Page 1

PERCUMA

SELAMAT TAHUN BARU 2015

KELUARAN 4 | Januari 2015

Madu Ole-Ole Terengganu MS 18

2016

Tahun Melawat Terengganu MS 24

Terengganu

Gerbang Pelancongan MS 10


kronik, manakala Tabung Dana Sosial Perubatan pula berkaitan peralatan kesihatan seperti besi, susu, lampin pakai buang dan alat-alat kesihatan. “Kerajaan negeri melihat adalah lebih baik ketiga-tiga tabung tersebut disatukan yang dinamakan Tabung Dana Khas Darul Iman bagi memudahkan rakyat dan juga bagi mengelak berlakunya pertindihan.

Muhamad Pehimi Yusof menyerahkan kerusi roda sumbangan kerajaan negeri kepada Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Abdul Rahim Abdullah di Pusat Rawatan Harian HSNZ, Kuala Terengganu.

Tabung Dana Khas Darul Iman Kerajaan Terengganu kini menyelaraskan semua dana bantuan berkaitan kesihatan yang disediakan bagi membantu golongan sasar agar tidak berlaku pertindihan melalui satu tabung, iaitu Tabung Dana Khas Darul Iman. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhamad

Pehimi Yusof berkata, dana yang disediakan kerajaan negeri sebelum ini, diklasifikasikan mengikut kategori iaitu Tabung Penyakit Kronik untuk penyakit jantung, buah pinggang dan kanser. Selain itu, Tabung Darul Iman pula melibatkan bantuan kepada mangsa bencana alam seperti ribut, banjir serta bagi penyakit selain penyakit

“Sebagai permulaan, sebanyak RM10 juta disediakan untuk tabung itu dan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan. RM5 juta adalah daripada kerajaan negeri manakala RM5 juta lagi adalah daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di bawah anak syarikat kerajaan negeri dan jumlah terkumpul untuk Tabung Dana Khas Darul Iman kini adalah sebanyak RM10 juta,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penyerahan kerusi roda sumbangan kerajaan negeri di Pusat Rawatan Harian Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Hadir sama, Timbalannya, Mohd Iskandar Jaafar, Pengarah HSNZ Dr. Abdul Rahim Abdullah dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar.

Dua Kategori Pertandingan

Lembu Cantik

Kerajaan Terengganu akan memperkenalkan pertandingan lembu cantik tahun 2015 bagi meningkatkan harga haiwan itu serta menggalakkan orang ramai menceburi bidang penternakan lembu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata, pertandingan akan membabitkan peringkat daerah dan negeri dalam

2 |januari 2015

dua kategori iaitu lembu betina dan lembu jantan. “Kemuncak pertandingan akan diadakan pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Nawi berkata, hadiah lumayan menanti pemenang pertandingan itu dan ia akan ditentukan nanti.


suarakita

5,588

Rumah Teres Mampu Milik Siap Dibina Sebanyak 5,588 unit rumah teres mampu milik telah siap dibina dan pengagihan kesemua unit berkenaan akan dibuat selewat-lewatnya pada Januari 2015. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, harga rumah yang ditawarkan adalah RM68,000 seunit berserta bayaran deposit lima peratus daripada jumlah itu yang bersamaan dengan RM3,400. “Tempoh bayaran telah dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun bagi meringankan beban rakyat, tanpa sebarang kos perkhidmatan ataupun faedah.

IQ TERENGGANU Dinaiktaraf Sebagai Kolej

Institut al-Quran Terengganu (IQT) di Padang Midin mendapat pengesahan daripada Kementerian Pendidikan untuk dinaiktaraf sebagai sebuah Kolej, kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman. Serentak itu, katanya, satu program baharu akan diperkenalkan untuk pelajar Tingkatan Empat iaitu Program Yusuf al-Qaradhawi yang akan mengambil 30 pelajar cemerlang sebagai pelajar perintisnya mulai 2015. Beliau berkata, program yang menggabungkan bidang

“Ini menjadikan jumlah yang perlu dibayar hanya sebanyak RM189 sebulan secara kadar rata, termasuk insuran selama 30 tahun,” katanya semasa sesi penggulungan Bajet 2015 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Program rumah mampu milik itu ternyata meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri terutama mereka yang selama ini menyewa atau menumpang.

sains dan agama itu akan menjadi platform dalam usaha melahirkan semula ulamaulama tersohor negeri ini. “30 pelajar perintis itu terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah dan mestilah menghafaz 30 juzuk al-Quran sebagai kriteria utamanya,” katanya. Penaiktarafan IQT kepada Kolej itu merupakan salah satu Aku Janji Barisan Nasional Terengganu pada PRU13. Reka bentuk rumah teres mampu milik yang disediakan kerajaan negeri demi memastikan keselesaan dan kebajikan rakyat.

|3

januari 2015


Dari Rakyat Kepada Rakyat Untuk Rakyat Bajet 2015 yang dibentangkan pada Disember lalu merupakan bajet pertama Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu dengan peruntukkan RM2.37 bilion. Dengan tema ‘Melestarikan Budi Memacu Transformasi’, Bajet 2015 disifatkan sebagai ‘Dari Rakyat Kepada Rakyat Untuk Rakyat’ yang menjadi iltizam kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terbela.

Mengukuhkan hasrat itu, kerajaan negeri bakal membina 3 lagi Sekolah Menengah IMTIAZ di Setiu, Kuala Nerus dan Marang dengan kos keseluruhan RM180 juta serta menaik taraf Institut alQuran Terengganu sebagai kolej. Buat pertama kalinya, Kerajaan Terengganu menampung bayaran caj pengurusan PTPTN sebanyak 1% peminjam anak Terengganu. Golongan berpendapatan rendah adalah golongan yang tetap mendapat perhatian Kerajaan Terengganu. Untuk meringankan beban golongan terbabit kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk Tabung Dana Khas Darul Iman untuk golongan miskin dan pesakit kronik.

Proses penyediaan bajet mengambilkira input dari rakyat melalui Majlis Perundingan Rakyat (MPR) dan secara online melalui Minggu Cadangan Bajet.

Sementara itu, RM30 juta untuk pelaksanaan Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah rakyat miskin.

Jelas sekali Kerajaan Barisan Nasional mengambilkira pandangan rakyat. Ia selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu yang menekankan aspek inklusif dalam pembangunan negeri.

Kemakmuran negara haruslah dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Untuk itu, bermula tahun 2015 pengayuh beca roda tiga, pemandu bot penambang tradisional bakal menerima sumbangan sebanyak RM200 sebulan.

Antara perkara menarik untuk disoroti berkaiatan kepentingan rakyat ini ialah iltizam kerajaan untuk memantapkan pembangunan modal insan yang meliputi satu proses rantaian lengkap dari dalam kandungan ibu sehinggalah tamat pengajian.

Kesimpulannya, Bajet 2015 jelas memperlihatkan komitmen kerajaan untuk dan meneruskan tradisi membela nasib rakyat.

Menarik perhatian, hadiah RM100 untuk setiap bayi yang lahir dalam tahun 2015 melalui SSPN-i pertama kali dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Rakyat pelbagai lapisan sewajarnya bersyukur kerana masih mempunyai kerajaan yang sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat.

Selain itu, hadiah RM500 untuk setiap pelajar Terengganu yang mendapat keputusan semua A dalam UPSR 2014 melalui SSPN-i dan meneruskan baucer RM500 untuk pelajar masuk IPT.

Pengarang

SIDANG PENGARANG PENAUNG YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu PENASIHAT I Ahmad Fauzan Abdul Kadir Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar PENASIHAT II Che Mansor Che Kerma Pengarah Unit Komunikasi Negeri

4 |januari 2015

PENGARANG Fauzi Mohd PENOLONG PENGARANG Aida Abd Rahman WARTAWAN Suriati Ali Noraini Jusoh Syazni Zainuddin Mohammad Ishak

JURUFOTO Harish Fadzillah Abu Kassim Hasmizi Ab Hamid Tg Syamim Tg Ismail PEREKA GRAFIK Che Ku Nubailah Che Ku Aris


suarakita

Pemikiran Rakyat Terengganu

‘Dirogol’ Pemimpin PAS

“MoU itu bukan antara Kerajaan Terengganu sebaliknya membabitkan urusan dalam kalangan syarikat swasta sendiri yang tidak kena mengena langsung dengan kerajaan negeri,” tambah Ahmad Razif.

Kerajaan Terengganu sekali lagi menafikan penglibatan CAA Resources Sdn. Bhd. dan manamana anak syarikatnya termasuk Capture Bukit Besi Sdn. Bhd. dan Red Sun Resources Sdn. Bhd. dalam sebarang kegiatan perlombongan di negeri ini termasuk di Bukit Besi.

Adakah PAS Terengganu sanggup membuat siasatan perlombongan besi syarikat yang mempunyai kaitan dengan CAA Resources di Kelantan.

Penafian itu dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman semasa sesi penggulungan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Undangan Negeri. Ketika ini, isu tersebut telah dijaja oleh pembangkang khususnya PAS. Pemimpin PAS di Terengganu secara ‘tiba-tiba’ menjadi ‘pejuang’ Bukit Besi dengan hanya bersandarkan dakwaan Ketua Eksekutif CAA, Li Yang dalam satu temubual bersama New York Times pada 19 November 2014. Walaupun perkara itu telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Besar dan Dewan Pangkuan Diraja Terengganu pada 23 November lalu, namun sebahagian pemimpin PAS dilihat tidak mahu menerima apa jua penjelasan kerajaan negeri. Barangkali, inilah ‘peluang’ yang mesti digunakan sepenuhnya oleh kepimpinan PAS negeri bagi memberi gambaran kepada rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak bersih dan penuh dengan penyelewengan. Bagi PAS, laporan berita New York Times adalah tepat dan mesti dipercayai walaupun Kerajaan Terengganu telah menghantar surat bantahan kepada Wisma Putra berhubung dakwaan itu. PAS melemparkan tuduhan tidak berasas termasuk melalui risalah dan ceramah selain membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 November lalu. Pada 6 Disember lalu, PAS Kawasan Dungun melalui Yang Dipertuanya yang juga Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli mengumumkan penubuhan ‘Jawatankuasa Bertindak Isu Bukit Besi’. Dalam keghairahan PAS ‘membedil’ kepimpinan Kerajaan Terengganu, mereka tidak terfikir takut-takut ‘senjata’ yang diasah itu ‘makan tuan’.

Merujuk kepada laporan tahunan 2013 CAA Resources, syarikat itu telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat swasta yang kononnya mempunyai hak perlombongan di Terengganu. “Berasaskan penelitian dan siasatan, CAA Resources mahu pun anak syarikatnya tidak pernah wujud di Bukit Besi. Saya bimbang laporan yang dimaksudkan bukan di Terengganu, tetapi Kelantan. Jadi memungkinkan timbul kekeliruan seperti ini. “Oleh itu, saya mohon pihak pembangkang buat juga siasatan di Kelantan berkaitan dengan dua MoU yang dibentang dalam laporan tahunan syarikat tersebut,” kata Ahmad Razif. Berdasarkan laporan tahunan itu, dua MoU telah ditandatangani di Kelantan membabitkan anak syarikat CAA Resources iaitu Capture Advanve di kawasan seluas 1,940 hektar di Kemahang 3 pada 1 Disember 2013. MoU itu melibatkan Capture Advance dan JKKR Felda Kemahang 3 dan Bukit Besi Mining Sdn. Bhd. Adakah pemimpin PAS mentafsirkan Bukit Besi Mining Sdn. Bhd. sebagai ‘perogolan’ Bukit Besi di Terengganu? Atau pemimpin PAS yang ‘merogol’ pemikiran rakyat Terengganu.

Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar menyatakan hasil siasatan Pejabat Tanah dan Galian Negeri ke atas CAA Resources serta anak syarikatnya adalah seperti berikut: 1. Syarikat-syarikat itu tidak pernah berurusan dengan kerajaan negeri. 2. Syarikat-syarkat itu tidak pernah diberi kelulusan dalam aktiviti perlombongan oleh kerajan negeri di Bukit Besi atau Negeri Terengganu. 3. Syarikat-syarkat itu bukan subkontraktor atau operator kepada mana-mana syarikat perlombongan di Terengganu terutamanya di Bukit Besi. 4. Syarikat-syarkat itu tidak memiliki tanah lombong di Bukit Besi dan seluruh Terengganu. Berkenaan pendapatan royalti bijih besi, Menteri Besar memberitahu perkara berikut: 1. Kerajaan Terengganu mengenakan caj royalti sebanyak 5 peratus bukan sahaja kepada syarikat yang melombong bijih besi bahkan kepada semua mineral lain. 2. Caj 5 peratus yang dikenakan ditetapkan dalam Enakmen Mineral (Terengganu) 2002. 3. Kaedah pengiraan royalti dan jumlah pengeluaran serta jualan bijih besi dibuat oleh Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu (JMG).

Manakala MoU kedua melibatkan kawasan seluas 485 hektar di Tanah Merah pada 19 Disember tahun sama antara Capture Advance dan SRI Jedok Mining Sdn. Bhd.

4. Pendapatan keseluruhan bagi dua tahun berakhir iaitu 2013 dan 2014 adalah sebanyak RM3,532,146.92 juta termasuk bayaran yang belum diterima sebanyak RM2,076,155.68 juta.

Dalam keghairahan itu, diharap pemimpin PAS tidak lupa bahawa hal ehwal tanah dan galian adalah urusan kerajaan negeri atau Kerajaan PAS Kelantan.

5. Jumlah jualan bagi dua tahun tersebut sebanyak 1,419,934.32 metrik tan.

|5

januari 2015


1

Bajet yang diperuntukkan RM2.37 bilion bertema ‘Melestarikan Budi Memacu Transformasi’.

2

Bersifat inklusif kerana mengambilkira pandangan rakyat melalui Majlis Perundingan Rakyat (MPR) dan secara online melalui Minggu Cadangan Bajet.

3

Kerajaan negeri menggangarkan memperolehi hasil RM2.4 bilion pada tahun 2015 berbanding RM 2.2 billian pada tahun 2014.

4

Peruntukan Pembangunan RM699.8 juta (sektor sosial), RM335 juta (sektor ekonomi) dan RM201.3 juta (sektor pentadbiran).

5

Empat strategi, (1) Memperkasa Sistem Penyampaian Kerajaan; (2) Memantapkan

6 |januari 2015

Pembangunan Modal Insan; (3) Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat dan (4) Merancakkan Ekonomi Negeri.

12

6

13

Penubuhan Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT).

7

Bantuan ehsan RM 500 bagi setiap keluarga mangsa banjir baru-baru ini.

Hadiah RM500 untuk setiap pelajar Terengganu yang mendapat keputusan semua A dalam UPSR 2014 melalui SSPN-i. Bina 3 lagi Sekolah Menengah IMTIAZ di Setiu, Kuala Nerus dan Marang dengan kos keseluruhan RM180 juta.

8

14 15

9

16

10

17

RM10 juta untuk kemudahan WiFi di tempat strategik seluruh negeri. Kemudahan permohonan secara online bagi bantuan kerajaan. Hadiah RM100 untuk setiap bayi yang lahir dalam tahun 2015 melalui SSPN-i.

11

Bonus untuk guruguru pintar al-Quran.

Program Melahirkan Yusuf al Qaradawi.

Institut al-Quran Terengganu akan dinaik taraf kolej pada tahun 2015. Hadiah baucer RM500 untuk pelajar masuk IPT. PTPTN - kerajaan menampung bayaran caj pengurusan 1% peminjam anak Terengganu.

18

10 lagi biasiswa PhD, bagi kakitangan kerajaan negeri.


suarakita

19

Biasiswa penuh untuk tiga pelajar cemerlang SPM, sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Program Saintis Islam (PSI).

20 21

Makmal bahasa di 32 buah sekolah.

Tambahan peruntukkan untuk program ‘Second Honeymoon’.

22

RM30 juta untuk pelaksanaan Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah rakyat miskin.

23

RM10 juta diperuntukkan Tabung Dana Khas Darul Iman untuk golongan miskin dan pesakit kronik.

24

Pusat Hemodialisis dan Pusat Rehabilitasi di semua lapan kawasan Parlimen untuk pesakit buah pinggang dan pesakit yang memerlukan rawatan susulan.

25

Yayasan PBT di setiap daerah. 1% pendapatan PBT dimasukkan ke Yayasan PBT untuk membantu golongan miskin.

26 27

Perkhidmatan bas bandar percuma.

RM40 juta untuk pembangunan bekalan air.

33

RM34 juta bagi kerja-kerja perparitan.

34

RM5 juta untuk peniaga kecil di kampung.

28

35

29

36

30

37

Program Latihan Pembantu Rumah untuk bantu ibu tunggal dan orang miskin. Taman Rekreasi Keluarga – RM2 juta di setiap daerah. Kenaikan insentif dari RM2,000 kepada RM5,000 untuk persatuan belia yang aktif.

31 32

RM2,000 untuk setiap PIBG.

RM60 juta bagi menjayakan program kebersihan.

Bazar Rakyat di Kuala Terengganu yang berkonsepkan Pasarnita untuk wanita berniaga. RM10 juta untuk bantu golongan ibu tunggal berniaga. Pengayuh beca roda tiga, pemandu bot penambang tradisional bakal menerima sumbangan sebanyak RM200 sebulan.

38

RM20.6 juta untuk program

39 40

RM17.3 juta untuk pengurusan sukan.

pertanian.

RM10 juta untuk litar motosikal yang akan dibina di kawasan di Gong Badak, Kuala Nerus.

41

Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 untuk kakitangan awam negeri.

|7

januari 2015


Lompat Tikam antara makanan popular di negeri Terengganu.

bersama air daun pandan dan sedikit air kapur.

Mempunyai dua lapisan berbeza. Bahagian atas yang berwarna putih dihasilkan menggunakan adunan tepung beras dicampur bersama santan dan secubit garam sebagai penambah rasa.

Sebelum kedua-duanya disatukan, adunan tersebut dimasak sehingga pekat dan berkilat.

Bahagian bawahnya pula berwarna hijau hasil campuran tepung beras yang diadun

8 |januari 2015

Kuih yang enak dimakan bersama kuah gula melaka ini mudah didaapti di pasar, warung serta pasar malam dan menjadi antara makanan pilihan pengunjung.


suarakita

Nama

Mohd Hafifi Mansor

Asal

Taman Permint Perdana, Seberang Takir, Kuala Terengganu

Tarikh Lahir 28 Oktober 1990

Pendidikan

Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Keluarga Anak ke-4 daripada 6 beradik

Pencapaian

Pingat Emas Sukan Malaysia (Sukma) 2006, 2008 dan 2010 Pingat Perak Sukan SEA 2011 Pingat Gangsa Sukan Komanwel 2010 Pingat Emas Sukan Komanwel 2014

Sumber Inspirasi Ibu, Norrizam Embong

Falsafah Hidup

Kekuatan hakiki tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

|9

januari 2015


KERJAYA • Pegawai Tadbir Am, Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan (19811990) • Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Kementerian Kewangan (19911995) • ADUN Permaisuri (1995-1999) • Pengerusi Hubungan Raya Terengganu Sdn. Bhd. (1995-1999) • Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu (1995-1997) • Pegawai Pembangunan Permaisuri (2001-2004)

DUN

• ADUN Permaisuri (2004-2008) • Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah Negeri (2004-2008) • Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri (Jun 2013-sekarang) • Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman (KSB) (September 2014-sekarang)

PENGLIBATAN DALAM PARTI • Ketua Pemuda Cawangan Felda Dungun (1981-1988)

UMNO Jerangau,

• Setiausaha UMNO Setiu (1995-1998)

Bahagian

• Naib Ketua UMNO Bahagian Setiu (1998-2001)

PERSONALITI Lahir pada 4 April 1955 di Kampung Mangkok, Setiu. Memiliki lima cahaya mata, kesemuanya lelaki hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta, To’ Puan Zaimah Ab. Aziz.

PENDIDIKAN • Sarjana Muda (Biologi) Universiti Sains Malaysia (1975-1981) • Sarjana Sains Politik, Universiti Utara Malaysia (8 November 2014)

10 |januari 2015

• Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu (2001-2004) • Pengerusi Biro Pertanian UMNO Terengganu (2004-2009) • Ketua UMNO Bahagian Setiu (2004-sekarang) • Pengerusi Biro Latihan UMNO Terengganu (2009-2012) • Pengarah Strategi dan ‘War Room’ UMNO Terengganu (Ogos 2014-sekarang)


suarakita 10 IKON PELANCONGAN TERENGGANU • Sepuluh destinasi menarik dan terbaik di negeri ini digelar sebagai ikon pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan tempatan dan luar negara. • Ikon pelancongan itu termasuk Taman Taman Islam; Taman Reakresi dan Mini Zoo Bukit Takal; Muzium Negeri; Pulau Redang; Pulau Warisan; Tasik Kenyir; Pantai Batu Buruk; Pasar Besar Kedai Payang; Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kampung Cina • Destinasi itu wajar digelar sebagai ikon kerana menjadi faktor penyumbang peningkatan jumlah pelancongan pada setiap tahun. Peningkatan jumlah pelancong bukan saja mampu memberangsangkan ekonomi negeri dan menarik minat pelabur malah meningkatkan taraf hidup penduduk terutama yang membabitkan diri dalam perniagaan.

TAWAN HATI PELANCONG • Apa yang membanggakan apabila tiba musim cuti sekolah atau umum industri kecil sederhana seperti peniaga keropok lekor, kain batik dan songket bagaikan tidak menang tangan melayan pelanggan. • Menyarankan kepada semua peniaga terutama pengusaha makanan supaya tidak mengambil kesempatan terhadap kedatangan pelancong dengan mengenakan harga yang tidak munasabah. • Sikap ingin untung sekejap ini, bukan saja merugikan diri sendiri malah membabitkan imej Terengganu. Apabila pelancong mengeluh mengenai harga makanan mahal, mereka bukan saja tidak mengunjungi restoran itu lagi malah akan menjaja topik kepada rakan atau saudara lain. • Pelancong juga akan naik bosan untuk mengunjungi Terengganu, sekaligus membantutkan usaha kerajaan negeri yang tidak jemu-jemu

menghebahkan tentang keindahan dan tarikan negeri ini. • Kerajaan negeri menganjurkan pelbagai program tahunan peringkat antarabangsa di pelbagai lokasi menarik di negeri ini sebagai langkah menambat hati pelawat terutama pelancong luar negara. • Antaranya, Terengganu International Press Tour of Terengganu dan World International Islamic Festival.

SASARAN PELANCONG KE TERENGGANU • Industri pelancongan negeri yang menyasarkan ketibaan lebih lima juta pelancong tahun 2015 dijangka dapat disokong oleh tiga penerbangan terus dari Singapura, Medan, Indonesia dan Ningbo, China. • Penerbangan terus dari Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sudah bermula Mac 2014, dan penerbangan Medan, Indonesia pada September 2014.

• Manakala perkhidmatan sama ke Ningbo akan direalisasikan pada Februari 2015. • Terengganu juga yakin sasaran lima juta ketibaan pelancong dapat dicapai memandangkan setakat Jun 2014, lebih 2.5 juta pelawat sudah direkod berdasarkan penginapan di hotel. • Kompleks mega Paya Bunga Square (PB Square) milik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di bandaraya Kuala Terengganu ini mula beroperasi Disember 2014 mampu menarik pelancong ke Terengganu. • Kompleks berharga RM120 juta itu mengandungi satu blok hotel 19 tingkat dengan 199 bilik, kolam renang, bilik seminar, gimnasium, ruang pejabat, premis perniagaan empat tingkat dan tempat letak kereta tiga tingkat.. • Manakala Paya Bunga Sentral (PB Sentral) pula dijangka beroperasi pada suku tahun pertama 2016. Mempunyai dua tingkat ruang pawagam (11 dewan), satu tingkat ruang boling 36 lorong dan tujuh unit kedai.

| 11

januari 2015


Mungkin masih ramai yang tidak tahu mengenai Taman Panorama yang tersergam indah di Bukit Pak Apil, tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu. Selain menjadi destinasi tumpuan untuk aktiviti riadah, berada di puncak Bukit Pak Apil satu kepuasan apabila dapat melihat wajah pusat bandar Kuala Terengganu termasuk muka kuala Sungai Terengganu dari puncak Panorama. Taman Panaroma yang siap sepenuhnya pada tahun 2013 dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana termasuk kawasan rekreasi, laluan pejalan kaki, pondok rehat dan menara tinjau. Sebuah restoran, Panorama Cafe yang mampu memuatkan 200 pengunjung pada satu masa turut dibina bagi menarik minat pelancong tempatan dan luar negara bertandang ke taman ini untuk bersantai sambil menghirup udara segar hutan dara.

12 |januari 2015


suarakita

Pencapaian Terengganu Hockey Team (THT) telah mengukuhkan nama Terengganu sebagai kuasa baharu sukan negara. Juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2014 itu menutup tirai musim 2014 dengan penuh bergaya selepas muncul juara Piala TNB. Pada aksi final penuh dramatik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, THT kendalian Sarjit Singh meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada masa penuh perlawanan.

dengan 17 gol selain Mohd Hafizuddin Othman yang dipilih selaku penjaga gol terbaik.

Piala TNB

Ketiga-tiga mereka menerima wang tunai RM2,000 setiap seorang.

Ketiga - TNB

KEPUTUSAN PENUH SAINGAN LIGA HOKI MALAYSIA (TNB-MHL) 2014 Liga TNB-MHL Juara - THT Naib Juara - KLHC

Juara - THT Naib Juara - KLHC Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Mohd Fitri Saari (THT) Penjaring Terbanyak Faizal Saari (THT) Penjaga Gol Terbaik Mohd Hafizuddin Othman (THT) Pemain Terbaik Kejohanan Faiz Helmi Jali (TNB)

Ketiga - TNB

Kejayaan itu membolehkan THT membawa pulang wang tunai RM70,000 dan Piala TNB yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat kepada kapten THT, Mohd Shahrun Nabil Abdullah manakala KLHC meraih RM50,000 selaku naib juara. Lebih manis, tiga pemain THT iaitu pasangan adik-beradik Mohd Fitri dan Faizal Saari masing-masing dinobat selaku pemain terbaik perlawanan akhir dan penjaring gol terbanyak

| 13

januari 2015


YIT Tambah Tiga Tadika Baharu Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan menambah tiga Tadika YIT yang baharu menjadikan 21 cawangan seluruh Terengganu mulai tahun 2015.

TAMAN TEMA

ISLAMIK Di TTI

Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah Taman Tema Islamik di Taman Tamadun Islam (TTI) dalam usaha menarik lebih ramai pelancong terutama daripada Timur Tengah datang ke Terengganu.

Tiga cawangan itu di Losong, Kuala Terengganu, Ajil (Hulu Terengganu) dan Kampung Renek (Setiu) melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM7 juta. Pengarahnya, Dato’ Mohd Yasim Awang berkata, Tadika YIT Cawangan Losong dan Ajil akan beroperasi di bangunan baharu, sementara Tadika Cawangan Renek beroperasi di bangunan sedia ada yang diubahsuai. “Sehingga tahun ini, hampir 4,000 pelajar ditempatkan di 18 buah cawangan YIT seluruh negeri termasuk cawangan

terbaharu di Masjid Kubang Parit (Kuala Terengganu) yang memulakan sesi persekolahan pada 2014. “Permintaan ibu bapa yang cukup menggalakkan untuk memasukkan anak-anak ke YIT menyebabkan kita perlu menambah cawangan baru bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak pra sekolah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2014, di Dewan Utama YIT, Kuala Terengganu. Hadir merasmikan majlis itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Samiun Salleh.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, taman tema yang mengguna pakai konsep dihasilkan ahli sains Islam pada zaman dahulu itu, bakal dibina tidak lama lagi. “Saya sudah minta dibuat kajian mengenai pembinaan sebuah taman tema Islamik yang akan menonjolkan konsep dilahirkan oleh saintis seperti Al-Jazari dan ramai lagi. “Mungkin kita boleh guna kaedah permainan berasaskan teknologi ciptaan saintis Islam terdahulu sesuai dengan kawasan TTI ini,” katanya selepas merasmikan Festival Seni Islam Antarabangsa Terengganu (TIIAF) 2014 yang berlangsung di TTI. Sementara itu, kata Ahmad Razif bagi mengimarahkan lagi jemaah di Masjid Kristal, kerajaan telah memperuntukkan RM1.5 juta bagi kerja menaik taraf masjid dan bakal membina 400 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta hotel di kawasan berhampiran TTI. “Apabila sudah ada penduduk sendiri, sudah pasti, solat Jumaat boleh didirikan di Masjid Kristal selepas ini,” katanya.

14 |januari 2015

Para pemenang mengabadikan gambar kenangan bersama Pengarah YIT, Dato Mohd Yasim Awang (lima dari kanan) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Samiun Salleh (lima dari kiri) selepas penyampaian hadiah sempena Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2014, di Dewan Utama YIT, Kuala Terengganu.


suarakita

Kerajaan Terengganu meraih perolehan sebanyak RM4.36 bilion daripada sektor pelancongan pada 2013. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, jumlah itu adalah perbelanjaan yang meliputi penginapan, makan minum, perkhidmatan pelancongan, pengangkutan, pembelian kraftangan dan pertukaran mata wang asing.

“Pendapatan itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding lima tahun lalu iaitu hanya RM2.67 bilion diperoleh hasil pelancongan pada 2008 dan kerajaan negeri akan terus memperkasa industri pelancongan sebagai pendapatan kedua negeri selepas sumber petroleum. “Purata pelancong asing tinggal selama empat hingga enam hari manakala pelancong domestik pula antara tiga dan tujuh hari di negeri ini,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri. Mohd Jidin berkata, kerajaan negeri mengandakan pelbagai aktiviti promosi di peringkat antarabangsa

untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke negeri itu pada 2015. “Antaranya kita mengikuti aktiviti promosi di Berlin dan Dubai serta bertemu ramai penggiat industri pelancongan seluruh dunia untuk memasarkan produk pelancongan terkenal di Terengganu. “Malah sebagai persediaan menyambut Tahun Festival Malaysia 2015, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang seperti Festival Islam Antarabangsa Sedunia, Festival Gamelan Sedunia, Pesta Mencandat Sotong dan Kejohanan Antarabangsa Motorcross,” ujarnya.

120,000 Pelajar Terima Bantuan Pakaian Sekolah Kerajaan negeri mengagihkan bantuan pakaian sekolah untuk sesi persekolahan 2015 kepada lebih 120,000 pelajar bernilai kira-kira RM12 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, pemberian tahunan itu merupakan antara usaha kerajaan negeri membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan setiap kali tibanya tahun baharu. “Kesemua murid yang layak akan menerima RM100 bagi membeli pakaian sekolah dan bermula tahun ini, bantuan diberikan melalui baucar

bagi menggantikan wang tunai agar pemberian itu benar-benar dimanfaatkan,” katanya.

peniaga terbabit manakala pelajar boleh mendapatkan pakaian mengikut citarasa sendiri.

Ghazali berkata, penerima yang mendapat baucar itu boleh menukarnya di kedai pakaian terpilih dan secara tidak langsung akan menjana ekonomi dalam kalangan

Menurutnya bagi mereka yang mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai, bantuan dihadkan kepada dua orang sahaja untuk setiap keluarga

| 15

januari 2015


Lensa

SuaraKita

Dua pemuda memunggah kelapa ke atas lori selepas tapak perniagaan di Pasar Besar Kedai Payang dinaiki air akibat air pasang besar.

Aksi penduduk di atas bot ketika di bawa ke pusat pemindahan banjir di Setiu.

Dato`Mohd Jidin Shafee memerhati seni tulisan khat ketika Festival Khat Antarabangsa Terengganu 2014 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Adun Ajil, YB Ghazali Taib beramah mesra dengan penerima rumah awam kos rendah di Ajil, Hulu Terengganu.

Beberapa pelajar tertarik dengan seni tulisan khat yang dipamerkan di Festival Khat Antarabangsa Terengganu 2014 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Beberapa wanita bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan masakan di pusat pemindahan banjir.

16 |januari 2015

Musim tengkujuh menjadi sumber rezeki tambahan kepada seorang penjual ubi di kampung Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu.


suarakita

Dato’ Ahmad Razif berkata sesuatu kepada warga emas ketika menyampaikan bantuan banjir RM500 di Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh, Setiu.

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain bola di halaman rumah walaupun ketika angin kencang di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Gelagat kanak-kanak ketika Program Berkhatan Perdana Dun Sura, Dungun.

Persaingan akhir menyaksikan Pasukan Hoki Terengganu (THT) muncul juara Liga Hoki Malaysia selepas menumpaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada penentuan pukulan penalti 2-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebahagian penyokong Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang setia memberi semangat pada aksi final Liga Hoki Malaysia.

Perkhidmatan kereta kuda antara kemudahan yang disediakan kepada pengunjung di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

| 17

januari 2015


Kerajaan Terengganu menjadikan madu lebah asli sebagai produk terbaru untuk dijadikan buah tangan kepada para pelancong yang bertandang ke negeri ini.

“Kerajaan negeri mahu membantu lebih ramai pemungut madu lebah untuk memasarkan produk dengan lebih terjamin kualiti, pembungkusan menarik dan kebolehpasaran produk.

di Terengganu Halal Hub, Chendering yang lengkap dengan kemudahan pusat pengumpulan, pemprosesan, makmal analisis, pembotolan dan perlabelan produk.

Selepas kerepok lekor dan batik, produk berasaskan madu dihasilkan dan dijenamakan di bawah satu nama “Madu Ole Ole Terengganu”.

“Jenama kita adalah tulen dan berkualiti tinggi mengikut standard ditetapkan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Madu Ole-Ole Terengganu sempena MAHA 2014 di Pavilion Terengganu, Serdang, Selangor.

Katanya, pusat itu diuruskan oleh Koperasi Pemungut Madu Lebah Terengganu Berhad (KOPEMAT) di bawah naungan Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program itu menjana pendapatan tambahan kepada kira-kira 200 pemungut dan penternak madu lebah dan kelulut di Terengganu dengan hasil pengeluaran 20 metrik tan setahun.

Tambah Ahmad Razif, bagi merealisasikan hasrat itu, kerajaan negeri mewujudkan Pusat Pembangunan Industri Lebah Madu

Produk ‘Madu Ole-Ole Terengganu’ terdiri daripada Rain Forest Organic Honey, Gelam Honey, Organic Farm Honey, Acacia Honey, Kelulut dan Designer Honey (berasaskan herba).

Ahmad Razif menunjukkan produk berasaskan madu yang dihasilkan dan dijenamakan sebagai Madu Ole-Ole Terengganu.

18 |januari 2015


suarakita

Kegembiraan pasangan suami isteri, Samsul Muariff Saroni, 50 dan Hayani Zakaria, 48 berikutan kejayaan anaknya, Muhammad Syahmi Asyraf Samsul Muariff dalam UPSR 2014 yang juga pelajar terbaik bagi calon berkeperluan khas, sejurus menerima keputusan itu di Sekolah Kebangsaan Sri Budiman, Kuala Terengganu.

UPSR : Terengganu Terbaik 14 Tahun Terengganu terus mencatatkan peningkatan dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk kali ke-14. UPSR 2014 menunjukkan peningkatan pencapaian Gred Purata (GP) dan pencapaian Baik (Minimum C bagi semua mata pelajaran). Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Mohammed Embong berkata, dari segi Gred Putara Negeri (GPN), pencapaian keseluruhan calon UPSR meningkat sebanyak 0.06 mata, iaitu daripada 2.20 pada tahun 2013 kepada 2.14 tahun ini. GPN negeri juga mengatasi pencapaian peringkat Nasional iaitu 2.29. Katanya, Pencapaian calon Cemerlang yang mendapat semua A pula mengalami sedikit penurunan daripada 14 peratus pada tahun 2013 kepada 12.1 peratus tahun 2014 iaitu menurun sebanyak 1.9 peratus. “Pada 2014, daripada 21,009 calon yang menduduki UPSR seramai 2,563 calon mendapat semua A berbanding 3,039 pada tahun 2013

dengan 21,701.

jumlah

calon

sebanyak

“Manalaka, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik dengan minimum Gred C bagi semua mata pelajaran yang dididuduki, meningkat sebanyak 5.5 peratus daripada 69.1 peratus pada tahun 2013 kepada 74.6 peratus (2014),� ujarnya. Beliau berkata demikian ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR di JPNT, Kuala Terengganu. Katanya, peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum juga berkurangan sebanyak 1.38 peratus iaitu daripada 3.58 peratus pada tahun 2013 kepada 2.2 peratus pada 2014. Dari segi pencapaian sekolah pula, Mohammed berkata, bilangan sekolah yang mencapai kelulusan seratus peratus minimum C telah meningkat daripada 17 buah pada tahun 2013 kepada 24 buah pada 2014.

Katanya, 10 daripada 20 buah sekolah yang menunjukkan pencapaian terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) adalah dari daerah Hulu Terengganu iaitu SK Bukit Tadok (1.23) dan SK Kemat (1.23), SK Dusun (1.32), SK Kuala Berang (1.34), SK Binjal Kertas (1.37), SK Tapu (1.38), SK Teris (1.43), SK Tengku Ampuan Intan (1.48), SK Seri Berang (1.48) dan SK Pauh (1.51) Sementara SK Chalok (1.24), SK Kampung Tayor (1.30) dan SK Kampung Jaya (1.37) di Setiu; SK Pasir Raja( 1.34) dan SK Tepus (1.47) Dungun; SK Paya Bunga (1.48) Kuala Terengganu; SK Rantau Petronas (1.51) Kemaman dan SK Amer (1.53) dan SK Tengku Mahmud (1.53) Besut. Menurut beliau, sebanyak 49 buah sekolah pula memperolehi peratus semua A sama atau melebih sasaran negeri iaitu 20 peratus antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jaya (38.46) di Setiu; SK Tengku Mahmud, Besut (38.2) SK Tengku Ampuan Intan (36.36), SK Kuala Berang (35.48), SK Bukit Tadok (33.33) di Hulu Terengganu serta SK Manir (31.58) di Kuala Terengganu. Seramai 21,817 murid merangkumi 21,367 (97.94 peratus) calon Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dan 450 (2.06 peratus) calon sekolah swasta mendaftar UPSR seluruh Terengganu tahun 2014.

| 19

januari 2015


Syarifah Katijah Omar bersama sebahagian produk pencuci PJ Hytech di Chendering, Kuala Terengganu.

PJ HYTECH

Sasar Jadi Konsultan Produk Pencuci Halal PJ Hytech Marketing, syarikat bumiputera yang mengeluarkan rangkaian produk bahan pencuci halal bagi kediaman dan kenderaan mensasarkan untuk melebarkan sayap perniagaan dengan menjadi juru runding dalam bidang itu mulai 2015. Pemiliknya, Sharifah Katijah Omar berkata, pihaknya bersedia untuk berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang serius dan berminat menceburi perniagaan berasaskan produk berkenaan. Segalanya bermula pada tahun 2000 kerana minat yang mendalam di bidang perniagaan menyebabkan dia tidak betah duduk diam dan bijak mencari peluang menambah pendapatan dengan hanya menjalankan

20 |januari 2015

operasi perniagaannya di belakang rumah bermodalkan RM5,000 pada waktu itu. Berkat kesungguhan, beliau yang dulunya hanya surirumah boleh berbangga kerana kini kilang miliknya yang beroperasi di kawasan perindustrian Chendering mampu mengeluarkan 16 produk meliputi bahan pencuci bagi keperluan isi rumah, serbuk pencuci pakaian dan peralatan dapur sehinggalah kepada bahan pencuci kereta. “Selain untuk pasaran tempatan, produk kami juga telah menembusi pasaran luar negara. “Syarikat turut mengikat kontrak untuk membekalkan serbuk pencuci baju, Put-Brite khusus untuk pasaran Afrika dan Hong Kong yang sekali gus dapat membantu

umat Islam disana mendapatkan bahan pencuci halal,” ujarnya ketika ditemui di kilang PJ Hytech Marketing, baru-baru ini. Katanya, selain elemen halal yang menjadi keutamaan, perniagaan keluarga itu sangat mementingkan kualiti. “Produk kami bukan sahaja halal tetapi merupakan formula tempatan dan mematuhi standard serta pengesahan SIRIM, oleh itu kita yakin akan mendapat di tempat di peringkat global terutama dalam kalangan pengguna Islam di seluruh negara. “Kita telah melakukan kajian dan pembangunan dari semasa ke semasa bagi memastikan produk yang dihasilkan terus berkualiti pada harga yang berpatutan,” katanya. Katanya, selaras dengan perkembangan itu, selain berhasrat membuka cawangan baru, PJ Hytech Marketing turut bercadang bergelar konsultan bagi membantu menggalakkan lebih ramai orang Melayu menceburi bidang perniagaan berasaskan produk bahan pencuci halal.


suarakita

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menjangkakan semua lima projek yang sedang dibangunkan di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Terengganu dengan kos RM500 juta akan siap selewat-lewatnya Mac 2016. Semua lima projek yang menjadi mercu tanda PMINT itu terdiri daripada Plaza Paya Bunga, Paya Bunga Square, Paya Bunga Sentral, Wisma PMINT dan Menara PMINT. Pengurus Besar PMINT, M. Harith Hassan berkata, setakat Disember hanya kompleks Paya Bunga Sentral yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap November 2015 atau selewat-lewatnya Mac 2016. Beliau memberitahu, selain bangunan Wisma PMINT dan Menara PMINT yang telah sedia ada, Plaza Paya Bunga dan Paya Bunga Square mula dibuka pada Disember 2014.

“Paya Bunga Square yang baharu dibuka kepada pengunjung sejak 1 Disember lalu mempunyai dua buah menara dengan setiap satu setinggi 19 tingkat. Menara ini turut menempatkan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan hotel. “Manakala untuk tingkat satu dan dua di Paya Bunga Square ini merupakan lot-lot kedai dan pusat beli-belah selain menyediakan lebih 400 lot parkir,” katanya ketika melawat kompleks yang menelan belanja kirakira RM150 juta. M. Harith menjelaskan, Paya Bunga Square dijangka mula dibuka secara rasmi pada 2015 bersempena sambutan jubli emas PMINT ke-50. Bagaimanapun katanya, buat masa ini pihaknya belum memutuskan status pusat beli-belah yang akan ditempatkan di kompleks berkenaan manakala Plaza Paya Bunga yang terletak bersebelahan akan

menempatkan pasar raya Parkson untuk membolehkan orang ramai membeli-belah di situ. Menurutnya, pada masa ini, kompleks Paya Bunga Square sudah 71 peratus beroperasi dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga 80 peratus pada Januari 2015 sebelum dijangka lengkap sepenuhnya pertengahan 2015. Mengenai Paya Bunga Sentral pula, jelas beliau, kompleks rekreasi tersebut akan menempatkan 11 buah pawagam canggih selain pusat boling 36 lorong serta lebih 700 lot parkir bertingkat. “Paya Bunga Sentral akan mempunyai 11 buah panggung wayang dan setiap sebuah akan dilengkapi dengan sistem bunyi yang mantap selain dipasang CCTV (kamera litar tertutup) dan sebagainya,” ujarnya.

| 21

januari 2015


Wanita yang dilahirkan pada 10 Januari 1969 di Kampung Binjai Rendah, Marang tidak pernah menduga sisi rutinnya berubah sejak Mei 2013 apabila suami tercinta dipilih majoriti rakyat selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Persatuan Isteri wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi); Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO cawangan dan bahagian; Naib Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWK) Parlimen Marang; Naib Presiden Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) dan Penaung Pusat Dalam Komuniti (PDK) Parlimen Marang.

Sejurus kemenangan A. Latiff Awang, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Pengkalan Berangan, Norlia Harun, 45, tidak betah untuk mengisi lebih banyak masa di rumah bersama anak-anak seperti sebelumnya. “Bermula dari pagi hingga ke malam, ada sahaja majlis yang bukan sahaja memerlukan saya menemani suami malah, program wanita dan juga pelbagai persatuan yang saya anggotai sejak beberapa tahun lalu. Pada masa yang sama, ramai juga penduduk yang datang ke rumah untuk berjumpa. Kami sentiasa bersedia menerima tetamu tidak kira siapa mereka dan pada bilabila masa sahaja pintu rumah kami terbuka untuk mereka. “Segalanya berubah, kalau dahulu saya banyak masa dan boleh memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga dan juga butik pengantin, kini tiada lagi masa senggang untuk perniagaan itu menyebabkan saya menyerahkannya kepada saudara terdekat bagi meneruskan perusahaan berkenaan,” kata ibu kepada lima anak itu. Norlia yang memeterai ikatan perkahwinan dengan A. Latiff tanggal 22 Januari 1994 berkata,

22 |januari 2015

pertemuannya dengan lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu terjadi secara tidak langsung apabila keduaduanya yang tinggal di kampung berjiran aktif dalam persatuan belia sejak remaja lagi serta sering berkumpul di majlis yang sama. Katanya, dari situ dia sudah masak dengan kesibukan suaminya sejak dari awal perkahwinan sehinggalah bergelar wakil rakyat sekali gus sentiasa menyokong setiap pembabitan A. Latiff termasuk dalam program kemasyarakatan di peringkat cawangan, DUN, parlimen mahupun negeri. Sebagai isteri Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri dan juga Ketua UMNO Bahagian Marang, beliau cuba mengimbangi pengaruh dan juga tanggungjawab suaminya dengan memegang beberapa jawatan seperti ahli

Menurut wanita yang pernah menjadi tenaga pengajar di LKPI, biarpun dihambat kesibukan waktu beliau tetap meluangkan masa bersama anak-anak pada musim cuti persekolahan dan hujung minggu terutama turun ke dapur untuk memasak juadah kegemaran keluarga khususnya masakan kampung yang menjadi pilihan suami. “Suami saya seorang yang tidak cerewet bab masakan kegemaran. Lazimnya ikan singgang, ulamulaman, budu dan belacan yang menjadi pilihan utama beliau tatkala berkesempatan makan bersama keluarga di rumah,” katanya.


Kajian

suarakita

Holistik

PUNCA BANJIR

YPK Jalankan Kursus Percuma Pembantu Rumah Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam meninjau keadaan banjir di sekitar Hulu Dungun.

Kerajaan negeri meminta Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) supaya mengkaji secara holistik mengenai punca banjir di negeri tersebut. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, laporan penuh mengenai sistem perparitan serta saliran dan punca banjir perlu dibentangkan sama ada pada Januari atau Februari 2015 “Saya telah minta JPS negeri untuk mengenal pasti tempat yang selalu dilanda banjir dan mengkaji dari segi teknikal serta mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikannya. “Awal tahun depan kita akan fokus untuk menyelesaikan perkara ini dan kalau kita tidak ada kemampuan untuk

menyelesaikan cara jangka masa panjang, kita akan menyelesaikan cara jangka pendek supaya perkara ini tidak akan berulang,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kemasik. Ahmad Razif berkata, JPS kini sedang membuat laporan teknikal mengenai bencana tersebut dan beliau akan meminta pihak JPS untuk menghantar laporan segera setelah keadaan banjir kembali pulih. “Bila keadaan sudah stabil, saya minta JPS beri laporan dan kerajaan negeri akan mengeluarkan peruntukan untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Kerajaan Terengganu memperuntuk RM1 juta untuk menjalankan program kursus pembantu rumah tangga untuk wanita tempatan termasuk ibu tunggal, mulai Januari ini. Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, kursus itu bertujuan mengatasi masalah pembantu rumah warga asing ketika ini. “Ini langkah baik untuk ibu tunggal, beliawanis atau siswazah (mencari pekerjaan selain) mengatasi masalah pembantu rumah warga asing,” katanya. Beliau berkata mereka yang berminat boleh mendaftar sekarang dengan YPK. Kursus percuma itu akan diadakan selama 20 hari dengan penyertaan 60 orang. “Mereka yang sihat dan mempunyai minat akan diberikan keutamaan untuk mengikuti kursus ini,” katanya. Selain itu, peserta akan dibayar elaun semasa latihan.

| 23

januari 2015


Kerajaan negeri bersetuju untuk sekali lagi mengisytiharkan 2016 sebagai Tahun Melawat Terengganu (TMT) selepas berjaya menganjurkan program serupa tahun 2013. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program TMT 2016 akan dibuat penjenamaan semula yang lebih sesuai dalam usaha merancakkan lagi sambutan berbanding sebelumnya. Beliau memberitahu, bagi tujuan itu, semua pihak terlibat akan mula membuat pelbagai persiapan bagi memastikan TMT 2016 berjalan lancar. “Kita dah buat keputusan untuk laksanakan persiapan selama setahun bagi menjadikan Tahun Melawat Terengganu 2016 jenama baharu,” katanya. Ahmad Razif berkata, keputusan berhubung TMT itu dibuat seiring dengan status Tasik Kenyir sebagai pulau bebas cukai yang dijadual bermula September 2015. Di samping itu jelasnya, Terengganu juga berkemungkinan menjadi salah satu lokasi bagi penganjuran kejohanan bola sepak Piala Dunia Remaja pada 2016 nanti. “Ini sesuai dengan tahun 2016 apabila Terengganu bersetuju menjadi penganjur kejohanan Piala Dunia Remaja dan yang kedua, Tasik Kenyir akan dibuka sebagai zon bebas cukai pada September. Jadi, elok benarlah 2016 sebagai Tahun Melawat Terengganu,” jelasnya.

24 |januari 2015


suarakita

Masjid Hiliran

Tempat Mandi Gajah Putih Berdasarkan catatan sejarah, Masjid Hiliran wujud di antara zaman Sultan Terengganu pertama dari salasilah Johor iaitu Sultan Zainal Abidin I (7108-1733), Sultan Mansur I (1733-1794) dan Sultan Zainal Abidin II (1794-1808). Ia terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu. Terdapat sebuah perigi yang dikenali sebagai Telaga Mandi Gajah Putih yang dipercayai dibina semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Menurut cerita penduduk setempat, telaga itu dibina menggunakan putih telur, madu lebah, pasir, kapur tohor dan batubata.

Pembinaan telaga itu bertujuan untuk memandikan gajah putih kepunyaan Sultan Zainal Abidin III yang dihadiahkan oleh Raja Siam, Raja Chulalongkorn sebagai tanda persahabatan sempena lawatan baginda dan para pembesar negeri ke Siam. Telaga bersejarah itu kini dikelilingi benteng konkrit dan pada dindingnya diletakkan sebuah tempayan yang digunakan sebagai tempat gajah menyedut air untuk dijiruskan ke badannya. Walaupun tarikh sebenar pembinaan masjid itu tidak dapat disahkan, tetapi Masjid Hiliran dipercayai dibina lebih 200 tahun lalu.

| 25

januari 2015


Hafifi, Fatehah Rangkul Olahragawan, Olahragawati Terengganu

Menepati jangkaan, jaguh angkat berat dan lumba basikal negara, Mohd. Hafifi Mansor dan Fatehah Mustapa dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2013/2014 dalam majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu. Kejayaan itu membolehkan Hafifi dan Fatehah membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta piala pusingan serta sijil kepujian. Persatuan yang mereka naungi pula masing-masing menerima RM2,000. Hafifi, 24, atlet kelahiran Seberang Takir menjadi penyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow dalam kategori kategori 69 kilogram.

26 |januari 2015

Fatehah, 26, pula melakar sejarah tersendiri setelah merangkul anugerah Olahragawati Terengganu untuk tahun keempat berturut-turut menerusi kecemerlangannya dalam sukan lumba basikal. Anak jati Kuala Berang itu turut meraih pingat perak dalam Sukan Komanwel di Glasgow yang berlangsung dari 23 Julai hingga 3 Ogos 2014.

Dua atlet olahraga, Harith Ammar Mohd. Sobri dan Siti Nur Afiqah Abdul Razak masing-masing dinobat sebagai Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan Terengganu 2013/2014. Setiap mereka menerima wang tunai RM2,500. Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik diraih sukan perahu layar, manakala kuartet olahraga 4x400m muncul Pasukan Wanita Terbaik. Persatuan Kanu Negeri Terengganu menerima anugerah Pengurusan Persatuan Terbaik.


suarakita

Turut mencuri tumpuan, bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said yang dianugerahkan Tokoh Sukan Terengganu bagi menghargai sumbangan dan komitmen tinggi beliau dalam membangunkan sukan negeri. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Seri Zolkples Embong menerima Anugerah Khas, manakala Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dianugerahkan Kepimpinan Sukan bagi sukan boling padang. Jurulatih Terbaik milik Abdul Rani Idris (perahu layar), Majlis Sukan Daerah Kuala Terengganu menerima

Anugerah Majlis Sukan Daerah Terbaik, manakala pengadil bola sepak Piala Dunia Wanita 2012, Samsudin Ibrahim menerima penghargaan Pegawai Teknikal Terbaik. Anugerah dan hadiah disampaikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman selain Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat. Dalam majlis itu, Pasukan Hoki Terengganu (THT) turut diraikan atas kejayaan merangkul kejuaraan berganda dalam Liga Hoki Malaysia dan Piala TNB 2014.

| 27

januari 2015


Setiap Mangsa Banjir Terima RM1,000 Setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu akan menerima bantuan ihsan kerajaan berjumlah RM1,000 selain barangan keperluan bagi membantu meringankan beban mereka akibat bencana itu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu, daripada jumlah itu, RM500 disalurkan oleh kerajaan negeri manakala sebahagian lagi oleh kerajaan Pusat menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Beliau berkata, mereka yang terjejas banjir gelombang pertama barubaru ini tidak lagi akan menerima bantuan serupa sekiranya sekali lagi terbabit dalam gelombang kedua dan seterusnya.

Taman Desa Tanjung Damai dan Taman Desa Darul Iman di Gong Badak, Kuala Terengganu. Turut berangkat adinda baginda, Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra. Yang turut hadir isteri Menteri Besar, Toh Puan Halina Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusoff.

Ahmad Razif berkata, Terengganu merupakan antara negeri yang dilanda banjir dan bakal menerima sebahagian daripada peruntukan tambahan oleh Kerajaan Pusat berjumlah RM50 juta sepertimana diumumkan sebelum ini. Jelasnya, daripada jumlah yang diterima itu, kerajaan negeri akan memperuntukkan bagi bantuan barangan keperluan kepada semua mangsa banjir di negeri ini secara berperingkat-peringkat.

“Namun kita akan tetap salurkan sumbangan berupa barangan seperti makanan, minuman dan segala keperluan asas lain untuk meringankan beban yang mereka tanggung akibat bencana itu,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang berkenan menyempurnakan majlis penyerahan bantuan barangan keperluan kepada keluarga mangsa banjir di

28 |januari 2015

Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengunjungi rumah seorang penduduk yang terlibat dengan banjir di Setiu.


suarakita

Kerajaan Terengganu memberi jaminan bahawa pemilikan tanah Melayu khususnya di lima kawasan utama dalam projek pembinaan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) akan dikekalkan sebagai Tanah Pegangan Melayu. Lima kawasan itu ialah Muara Utara, Muara Selatan, Pulau Warisan, Kampung Ladang/Tanjung dan Tebing Pesisir Air, yang merupakan kawasan perkampungan warisan dan tradisi Melayu di Kuala Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman berkata, kerajaan negeri tidak meminggirkan kawasan itu sebaliknya melaksanakan projek pembinaan KTCC sebagai pemangkin kepada transformasi pembangunan sosioekonomi negeri ini.

“Ketika ini, projek dengan nilai pelaburan sehingga RM5 bilion itu sedang giat dilaksanakan tanpa meminggirkan hak dan kepentingan orang Melayu di kawasan itu dan Tanah Pegangan Melayu. Apa yang diambil daripada penduduk sekitar telah pun kita beri pampasan setimpal dan menggantinya di kawasan lain,� katanya pada Persidangan DUN Terengganu. Terengganu mempunyai dua jenis simpanan tanah untuk orang Melayu iaitu Tanah Rizab Orang Melayu dan Tanah Pegangan Melayu dalam memastikan kelangsungan survival pemilikan tanah Melayu di negeri ini. Rosli berkata, projek itu yang merangkumi tiga pemangkin utama iaitu pusat gaya bersepadu, pusat komersial dan hab pendidikan akan mewujudkan lebih 100,000 peluang pekerjaan kepada penduduk negeri itu apabila siap kelak.

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bertanggungjawab membangunkan KTCC yang melibatkan kawasan seluas kira-kira tujuh kilometer radius dari Muara Sungai Terengganu. Antara komponen lain yang akan dibangunkan melalui penglibatan pelabur dalam dan luar negara ialah pusat perniagaan komersial, pusat konvensyen antarabangsa dan kediaman moden dilengkapi dengan pusat beli-belah, percutian, perubatan dan pendidikan. Bagi mempromosi imej Terengganu sebagai Gerbang Pelancongan, sebuah jambatan angkat yang menghubungkan kawasan seluas 72 hektar di Muara Selatan dan Muara Utara sedang dibina dan dijangka siap pada suku pertama 2017.

| 29

januari 2015


Akademi Sukan Terengganu

Yang Pertama Dalam Negara Kerajaan negeri akan mewujudkan Akademi Sukan Terengganu, pertama seumpamanya di negara ini dalam usaha memacu pembangunan sukan ke tahap lebih tinggi.

“Saya sudah mengarahkan Dato’ Rozi berbincang dengan Dato’ Seri Zolkples serta beberapa universiti untuk kerjasama yang berkaitan dengan sukan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perbincangan mengenainya sedang dibuat dengan pelbagai pihak dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat ditugaskan menguruskan usaha itu.

“Kita melihat di Terengganu, ada dua sekolah sukan, jadi selepas itu apa yang berlaku seterusnya. Justeru, kita mengambil inisiatif untuk mewujudkan akademi ini bagi membolehkan atlet kita bergerak ke peringkat seterusnya di akademi ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga melantik mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato’ Seri Zolkples Embong, sebagai Penasihat Sukan Terengganu berkuatkuasa serta merta.

30 |januari 2015

“Menerusi usaha ini, pembelajaran dan karier mereka tidak tamat setakat di sekolah sukan, tetapi boleh disambung di Akademi Sukan,” katanya selepas majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2013/2014.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga bersetuju memberikan 10 biasiswa setahun dalam bidang sukan termasuk kepada atlet yang melanjutkan pengajian ke peringkat lanjutan sarjana atau doktor falsafah. “Di samping itu juga, kita mahu pastikan mereka ini berkhidmat di negeri ini sebagai penasihat teknikal atau sebagai jurulatih yang dapat membantu membangunkan sukan di Terengganu. “Saya juga difahamkan akademi ini tidak ada lagi dan akan menjadi yang pertama di negara ini kerana yang ada ketika ini adalah Institut Sukan Negara (ISN),” katanya.


suarakita

PAYANG KAYU, Alor Limbat Kampung Terbersih Kampung Payang Kayu menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung peringkat negeri 2014 bagi kategori luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT). Kemenangan kampung di Hulu Telemong itu membolehkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan menerima RM250,000 bagi menjalankan projek dan wang tunai RM25,000. Bagi kategori dalam kawasan operasi PBT, pertandingan itu dimenangi JKKK Alor Limbat, Marang yang turut membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM275,000. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menyempurnakan penyampaian hadiah di Dataran Payang Kayu. Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria; Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri merangkap Adun Telemong, Dato’ Rozi Mamat. JKKK Bukit Wan, Kuala Terengganu merangkul tempat kedua bagi kategori luar kawasan operasi

Ahmad Razif menyampaikan hadiah kemenangan kepada JKKK Payang Kayu yang menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung Peringkat Negeri 2014 bagi kategori luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan di Dataran Payang Kayu, Hulu Terengganu.

PBT sekali gus memenangi wang tunai RM15,000 dan projek bernilai RM150,000. Tempat ketiga bagi kategori itu diraih JKKK Banggol Pak Ali, Marang dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM110,000 termasuk wang tunai RM10,000. Bagi kategori dalam kawasan operasi PBT, JKKK Jalan Tekukur, Kuala Terengganu diumumkan tempat kedua untuk memenangi wang tunai RM15,000 dan projek bernilai RM150,000.

keseluruhan berjumlah RM110,000 termasuk wang tunai RM10,000. Pada majlis itu, Ahmad Razif turut menyampaikan hadiah bagi pemenang Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) tahun 2014 anjuran KEMAS Negeri. Kampung Seri Kenangan, Setiu dinobat sebagai johan dengan membawa pulang wang tunai RM12,000, Kampung Gong Gunchil, Besut sebagai naib johan (RM10,000) dan ketiga Gong Lingai, Kuala Terengganu (RM8,000).

JKKK Lay Out Tok Saboh, Besut muncul tempat ketiga dengan hadiah

| 31

januari 2015


UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

Jalan Pejabat, 20200, Kuala Terengganu Darul Iman | Tel : 09-623 0582 Faks : 09-631 7504

SuaraKita Vol.4  

SuaraKita adalah majalah yang memaparkan aktiviti kerajaan negeri Terengganu dengan gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Majalah in...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you