Page 1

PERCUMA

KELUARAN 8 | Mei 2015


Transformasi Tujuh Kampung Nelayan

TERENGGANU

Kerajaan negeri akan mentranformasikan b eberapa pe rk a m p ung a n ne la ya n di Terengganu kepada persekitaran lebih baik dengan harapan ia mampu melonjakkan tahap sosio ekonomi penduduk secara menyeluruh. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan dan Perladangan Negeri, Nawi Mohamad berkata, perlaksanaan melalui Program Transformasi Nelayan Baharu Terengganu itu akan melibatkan tujuh kampung berpotensi tinggi membabitkan peruntukan RM13 juta. Kawasan terlibat ialah Kampung Tok Jembal, Kampung Telaga Daing, Kampung Teluk Ketapang, Kampung Baru, Kampung Seberang Takir, Kampung Seberang Pak Abu dan Kampung Batin di Kuala Nerus. Katanya, kampung itu akan dipecahkan kepada empat zon iaitu zon pemprosesan, zon pelancongan, zon perikanan dan rekreasi serta zon akuakultur supaya aktiviti yang diusahakan mudah dipantau. “Sebagai contoh zon pemprosesan akan terlibat dengan aktiviti jualan produk proses; perusahaan bilis, ikan kering dan belacan. “Manakala zon perikanan pula akan mengusahakan river cruise, kraftangan, projek akuakultur, restoran makanan laut dan pasar nelayan,” katanya. Menurut Nawi, dijangka sebanyak 512 keluarga nelayan di kawasan itu akan. “Kita juga akan berusaha menyusun semula aktiviti penangkapan ikan melalui pemodenan vesel dan peralatan menangkap ikan serta sistem upah yang adil,” katanya.

2 |mei 2015

Bantu Komuniti Muslim Australia Kerajaan Terengganu menyerahkan wang zakat sebanyak RM21,000 kepada Masjid Darul Imaan di Australia sebagai sambungan legasi mantan Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Namun demikian, penyaluran zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ke masjid itu terhenti pada tahun 1999 apabila pentadbiran kerajaan negeri bertukar kepada PAS. Penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kepada Setiausaha Jawatankuasa masjid itu, Hamdan Rostam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar. Ahmad Razif berkata, dana itu dikendalikan oleh Persatuan Melayu Islam Australia. “Tahun 1999 (zaman pemerintahan PAS), saluran zakat di masjid ini terhenti dan kini kita menyambung kembali legasi yang pernah dilakukan dulu bagi membantu

komuniti Melayu Muslim untuk menguruskan Masjid Darul Imaan ini,” katanya. Beliau berkata, ketika Wan Mokhtar menjadi Menteri Besar, setiap tahun kerajaan negeri menyalurkan RM30,000 kepada masjid tersebut bagi memastikan aktiviti Agama Islam dapat dijalankan sepertimana dijalankan di Malaysia. Tambah Ahmad Razif, Terengganu juga akan menandatangani satu perjanjian persefahaman dengan Masjid Darul Imaan untuk menghantar pelajarpelajar cemerlang Terengganu dalam bidang agama sebagai imam dan guru agama di masjid itu setiap tahun. “Kita akan bawa pelajar dari Terengganu untuk praktis dan ajar agama di Sydney kerana kita sendiri ada kolej agama dan sekolah agama yang melahirkan ramai tahfiz. “Mungkin bermula pada tahun ini kita akan menyediakan imam dari Terengganu untuk ke Sydney bersempena dengan bulan puasa sepertimana kita memanggil imam dari negara Arab untuk menjadi imam di masjid-masjid negeri kita,” katanya.


suarakita

LIMA KAWASAN PENDARATAN HELIKOPTER

Di Tasik Kenyir

Kerajaan Terengganu akan mewujudkan beberapa kawasan pendaratan helikopter di Tasik Kenyir, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee. Menurutnya, setakat ini lima kawasan pendaratan atau helipad telah dikenal pasti dan pihaknya menjangkakan menjelang akhir tahun ini, kemudahan itu akan boleh digunakan. Beliau berkata, inisiatif yang dilakukan itu bagi memudahkan pihak keselamatan menjalankan tugas sekiranya berlaku kes kecemasan di kawasan tasik yang mempunyai 340 buah pulau itu. “Beberapa lokasi strategik telah dikenal pasti untuk pembinaan helipad ini dan tindakan pantas dapat diambil jika berlaku kes kecemasan.

“Kita berhasrat untuk mewujudkan helipad ini di setiap stesen. Bagaimanapun setakat ini lima lokasi telah dikenal pasti,” katanya. Mohd Jidin berkata, antara lokasi helipad yang dikenal pasti ialah di Gua Bewah, Gua Taat dan Santuari Kelah. Katanya, jika musim tengkujuh melanda, kemungkinan laluan air tidak dapat digunakan dan bagi mengelakkan berlakunya insiden tidak diingini, kerajaan negeri mencari alternatif dengan menggunakan laluan udara. Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya meletakkan sasaran 500,000 pelancong bakal bertandang ke tasik tersebut sehingga penghujung tahun ini berbanding 400,000 pelancong dari dalam dan luar negara pada tahun lepas.

WAJIB GUNA TULISAN

JAWI

Bagi terus menghidup dan memartabatkan jawi, kerajaan negeri kini mewajibkan penggunaan tulisan warisan itu bagi semua bentuk paparan iklan di seluruh negeri bermula April. Langkah yang dianggap mencerminkan keazaman kerajaan negeri melalui kepimpinan baharu untuk memastikan tulisan itu lagi tidak terpinggir dengan langkah yang lebih tegas. Keputusan kerajaan negeri dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dalam surat pekeliling kepada semua jabatan negeri dan Persekutuan, badanbadan berkanun di samping pihak berkuasa tempatan. Beliau berkata, langkah yang diputuskan oleh pihak berkuasa negeri, berkuat kuasa sertamerta. “Pihak berkuasa negeri telah membuat keputusan mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada semua iklan termasuk billboard, banting, banner, poster dan papan tanda. “Sehubungan dengan itu, semua jabatan dikehendaki memastikan setiap iklan yang diluluskan mematuhi arahan ini dengan serta merta bagi permohonan baharu,” ujarnya. Katanya, ia juga tertakluk bagi permohonan yang telah diluluskan sehingga tempoh 15 April depan manakala bagi iklan sedia ada, diwajibkan pada tarikh penyambungan lesen.

Jambatan baharu empat lorong yang merupakan kemudahan utama menghubungkan Pengkalan Gawi ke tempat letak kereta di Pulau Poh Besar yang sedang dalam pembinaan di Tasik Kenyir

|3

april 2015


penubuhan Madrasah Moden pertama negeri di Batu Rakit, penubuhan Sekolah Berasrama Penuh IMTIAZ Elit di Besut dan meneruskan pembinaan Sekolah Menengah IMTIAZ yang baharu di Kuala Nerus, Setiu dan Marang. Dalam usaha mengukuhkan daya saing negeri dalam bidang ekonomi, Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) dan Terengganu Investment Unit (T-Invest) ditubuhkan. Bagi meraikan suara rakyat suara keramat, Ahmad Razif menubuhkan Majlis Perundingan Rakyat (MPR) di semua daerah di Terengganu serta melancarkan sistem e-Aduan.

Bukanlah mudah duduk di kerusi panas seperti mana yang dirasai dan dilalui oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Tanggal 12 Mei 2015, genap setahun beliau mengemudi bahtera kepimpinan negeri sebagai Menteri Besar Terengganu yang ke-14. Ahmad Razif meneruskan kesinambungan kepimpinan negeri yang sedang meniti arus pembangunan dan kemakmuran. Agenda kepimpinan beliau jelas dalam setiap pendekatan yang dilaksanakan apabila memberi fokus dalam semua aspek tanpa ada pihak yang merasa diketepikan dan terpinggir dari arus pembangunan. Malah, Transformasi Terengganu Baharu atau singkatannya TTB yang diperkenalkan membuktikan kesungguhan beliau untuk menabur bakti dan menyemai budi kepada rakyat.

Selain itu, Pusat Transformasi Rakyat (PUTRA) dan Institut Darul Iman (IDAMAN) diwujudkan bagi membuat kajian terhadap keberkesanan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Antara keputusan drastik yang dibuat termasuklah menangguhkan cadangan kenaikan kadar cukai pintu MBKT, menaik taraf Pasar Besar Kedai Payang mengikut citarasa peniaga dan menyelesaikan beberapa masalah peniaga di Pasar Chabang Tiga. Selain itu, Ahmad Razif turut menurunkan harga rumah mampu milik (RMM) sebanyak RM7,000 dan menghapuskan kadar faedah bayar balik sebanyak 5.5 peratus dalam pemilikan rumah tersebut.

Turut menjadi keutamaan Ahmad Razif adalah menyelesaikan isu-isu berbangkit seperti menyegerakan kerja membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, membuka sepenuhnya Lebuh Raya Pantai Timur Fasa II dan melaksanakan projek tebatan banjir di Kuala Nerus. Di sebalik beberapa kejayaan itu, Ahmad Razif begitu berharap untuk duduk bersama tiga mantan Menteri Besar dalam satu forum yang dihadiri pelbagai pihak. Katanya, beliau sendiri akan menjadi moderator kepada majlis itu selepas tempoh setahun beliau menjadi Menteri Besar. Pandangan daripada tiga bekas Menteri Besar iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (1974-1999), Dato’ Seri Idris Jusoh (20042008) dan Dato’ Seri Ahmad Said (20082014) juga akan membantu menjayakan TTB yang bersandarkan kepada lapan prinsip utama.

Bagi meningkatkan integriri pentadbiran negeri, Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu ditubuhkan dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selepas setahun saya sebagai Menteri Besar, pandangan ketiga-tiga tokoh (bekas Menteri Besar) apa yang mereka laksana dan apa inspirasi, apa yang belum terlaksana dan apa tugas saya, serta gabungan solidariti yang patut berlaku,” katanya.

Aspek pendidikan dan pembangunan modal insan terus diperkasakan seperti

Ketua Editor

SIDANG PENGARANG PENAUNG YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu PENASIHAT I Ahmad Fauzan Abdul Kadir Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar PENASIHAT II Che Mansor Che Kerma Pengarah Unit Komunikasi Negeri

suarakita CARA LAMA DIMENSI BARU

4 |mei 2015

KETUA EDITOR Fauzi Mohd PENOLONG KETUA EDITOR Aida Abd Rahman WARTAWAN Suriati Ali Noraini Jusoh Mohd Syazni Zainudin

JURUFOTO Harish Fadzillah Abu Kassim Hasmizi Ab Hamid Tg Syamim Tg Ismail PEREKA GRAFIK Che Ku Nubailah Che Ku Aris Ameer Farhan Mohd Rusli

Diterbitkan secara bulanan oleh

Dicetak oleh

Jalan Pejabat, 20200, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Tel : 09-623 0582 Faks : 09-631 7504

Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Tel : 09-666 8611 Faks : 09-666 0611

UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

PERCETAKAN YAYASAN ISLAM TERENGGANU SDN BHD


suarakita

Baginda berbeza daripada gambaran tipikal seorang raja di dunia. Baginda seorang raja yang berjiwa rakyat, berdedikasi, berkarisma, bertenaga, gigih dan aktif. Demikian karakter yang menggambarkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Ulang tahun ke-53 Hari Keputeraan baginda pada 26 April 2015, Sultan Mizan berjaya melaksanakan tugastugas sebagai pemerintah negeri dengan begitu cemerlang dan berkesan. Sememangnya, susur-galur baginda sangat menarik disingkap.

hidup untuk

Sultan Mizan mencipta sejarah tersendiri apabila mencatatkan sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua termuda pada usia 45 tahun iaitu selepas Almarhum Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ketiga pada usia 40 tahun. Bahkan, menariknya baginda merupakan satu-satunya Yang diPertuan Agong yang lahir selepas merdeka. Menjengah usia 17 tahun, baginda telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda Terengganu pada 6 November 1979. Sultan Mizan dilantik sebagai Sultan Terengganu ke-16 pada 15 Mei 1998 selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Dalam lipatan sejarah, baginda juga adalah sultan termuda di negara ini pada usia 36 tahun.

Penolong Pentadbir Tanah Daerah selama dua tahun iaitu mulai 11 Julai 1989 hingga 10 Julai 1991.

Kehidupan Sultan Mizan yang merupakan putera sulung daripada tujuh bersaudara tidak terbatas di istana semata-mata.

Dalam tempoh itu juga sebagai Ketua Agama Islam, baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mulai 1 Jun 1991 hingga 31 Disember 1995.

Sebelum berangkat ke luar negara untuk mengikuti kursus ketenteraan di England, baginda pernah berkhidmat sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. Pengalaman selama setahun itu membenihkan pengalaman berharga kepada baginda. Aura sebagai seorang pemimpin terserlah sejak Sultan Mizan masih muda. Baginda dikatakan sanggup meredah hutan dan turun padang bersama kakitangannya berpanas ke merata kampung bagi mengetahui cara-cara mengukur tanah. Ketabahan baginda menghadapi dugaan dan cabaran diperkukuhkan dengan latihan ketenteraan, termasuk kursus pegawai kadet selama enam bulan di Akademi Tentera Diraja Sandhurts, England iaitu dari Mei hingga Disember 1983. Setelah menamatkan pengajian di U.S. International UniversityEurope (kini dikenali sebagai Alliant International University) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Hubungan Antarabangsa), baginda dilantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri pada 11 Julai 1988 sehingga 10 Julai 1989. Kemudian, Sultan Mizan telah dipertanggungjawabkan sebagai

Pada 28 Mac 1996, baginda telah selamat diijabkabulkan dengan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Bahtera kehidupan baginda berdua diserikan dengan empat orang cahaya mata. Sultan Mizan disifatkan sebagai pemerintah yang sangat prihatin terhadap kemakmuran dan keharmonian rakyat jelata. Bahkan, bagi merapatkan jurang antara rakyat dan istana, baginda mengambil pendekatan turun ke akar umbi dengan solat Jumaat di masjidmasjid seluruh negeri Terengganu. Sebagai satu landasan untuk terus meringankan beban rakyat, baginda mengambil inisiatif mewujudkan Yayasan Diraja Sultan Mizan yang dilancarkan pada 19 Julai 2005. Yayasan itu membuka ruang seluasluasnya untuk baginda terlibat dalam kerja-kerja amal dalam menaiktaraf sosioekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. Semoga baginda terus memayungi negeri dengan rasa kasih sayang, menebalkan lagi kesetiaan yang menjadi rukun pegangan rakyat, ke arah Terengganu yang lebih aman, sejahtera dan mahu dengan rahmat yang melimpah. Dirgahayu Tuanku.

|5

april 2015


Dodol daun palas masih digemari dan tetap menjadi pilihan walaupun semakin kurang orang yang pandai membuatnya. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat kuih tradisional Terengganu ini adalah beras pulut, santan, gula melaka, air dan daun palas. Untuk membuatnya, beras pulut perlu direndam terlebih dahulu sebelum dikisar hingga hancur. Kemudian masak santan dan masukkan beras pulut yang dikisar tadi, kacau rata. Masukkan gula melaka dan terus kacau sehingga adunan bertukar warna perang gelap. Kebiasaannya, proses untuk mengacau dodol ini memakan masa antara lima hingga tujuh jam. Apabila masak, ia disejukkan terlebih dahulu di dalam talam sebelum dipotong dan dibungkus di dalam daun palas yang telah siap disalai.

6 |mei 2015


suarakita

PMINT LABUR RM150 JUTA

BANGUN BANDAR BAHARU KERTIH Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu yang meraikan sambutan 50 Tahun Jubli Emas baru-baru ini terus melangkah ke depan dalam membangunkan beberapa projek mega di negeri ini membabitkan pelaburan hampir RM1 bilion. Projek pembangunan itu termasuk mewujudkan jajaran atau medan PMINT di tengah-tengah bandar raya ini, pembangunan Bandar Baharu Kerteh di Kemaman serta pembinaan fasa baharu perumahan KP Perdana termasuk projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Pengurus Besar PMINT, M. Harith Hassan berkata, pelan pembangunan

Bandar Baharu Kerteh di Kemaman melibatkan kawasan seluas 19.2 hektar itu akan dibangunkan membabitkan antara tiga hingga empat fasa.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis Perhimpunan Khas dan Pelancaran Sambutan 50 Tahun Jubli Emas PMINT di Menara PMINT.

Jelas beliau, fasa pertama dijangka bermula dalam tempoh terdekat dengan membina 15 unit premis kedai, 24 unit rumah kediaman melibatkan pelaburan RM7 juta.

Sementara itu kata M. Harith, projek medan PMINT yang terdiri daripada pembinaan tiga buah kompleks belibelah iaitu Paya Bunga (PB) Plaza, PB Square dan PB Sentral selain menaik taraf stesen bas sedia ada.

“Keseluruhan projek mega untuk bandar baharu Kerteh ini dijangka melibatkan keseluruhan jumlah pelaburan kira-kira RM150 juta. Untuk fasa-fasa seterusnya, projek mega lain seperti hospital swasta, hotel dan kompleks beli-belah juga akan kita bangunkan,” ujarnya.

Di samping itu jelasnya, medan PMINT turut menempatkan dua buah bangunan milik perbadanan iaitu Menara PMINT dan Wisma PMINT.

Seramai 30 pelajar cemerlang bakal menerima tajaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi daripada tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri pada tahun ini. Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TISB), Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dan TDM Berhad masingmasing akan menaja 10 anak Terengganu yang bertuah. “Ini adalah sebahagian dari program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan untuk masyarakat dan program seumpama ini perlu diperbanyakkan lagi pada masa depan. “Pemilihan pelajar akan diselia oleh Yayasan Terengganu dan biasiswa diberi juga bergantung kepada kursus yang akan diambil oleh pelajarpelajar berkenaan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Latihan Untuk PengarahPengarah Kumpulan Syarikat TISB di Hotel Permai.

Ahmad Razif (tiga dari kiri) berkata sesuatu kepada tetamu kehormat yang juga peserta Program Latihan Untuk Pengarah-Pengarah Kumpulan Syarikat TISB di Hotel Permai, Kuala Terengganu.

|7

april 2015


PONDOK DARUL IMAN BERWAJAH BAHARU

PULAU BEBAS CUKAI 60 Peratus Siap

Pondok Darul Iman (PDI) yang dikelolakan Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan berwajah baharu apabila bangunan bernilai hampir RM6 juta yang sedang dalam proses pembinaan di tapak pondok itu di Hulu Terengganu siap sepenuhnya tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Agama, Institut Pengajian Islam (Inspi) dan PDI, Muhammad Ramli Nuh berkata, peruntukan itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri barubaru ini bagi menaik taraf institusi dan mampu menampung lebih ramai penuntut. “Insya-Allah, bila siap bangunan itu nanti yang saya jangka mungkin tahun hadapan, para pelajar akan lebih selesa menuntut ilmu di sini dan turut menjadi asas bagi mereka melanjutkan pengajian. “Mungkin keadaan pondok itu tidak lagi kelihatan seperti pondok biasa dengan adanya bangunan moden ini. Tapi, asasnya pondok dan kita takkan lari daripada asas ini,” katanya. Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Kali Pertama dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar PDI. Yang hadir sama Pengarah YIT, Dato’ Dr. Alias Abdullah. Dalam pada itu, Muhammad Ramli berkata, lulusan PDI kini boleh berbangga apabila banyak institusi tempatan dan luar negara bersedia memberi tawaran khusus untuk menyambung pengajian mereka selepas ini. “Alhamdulillah, kita juga telah menjalinkan kerjasama dengan UIN Suska (Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim) di Riau, Kepulauan Sumatera, Indonesia. “Sudah ramai pelajar dari negeri ini yang kita hantar ke sana. Bahkan, ada dalam kalangan pelajar kita yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik di sana,” ujar beliau.

Insfrastruktur projek Pulau Bebas Cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir masih dalam pembinaan.

Kerajaan Terengganu menjangkakan projek pulau bebas cukai Tasik Kenyir akan mula beroperasi sepenuhnya pada Mac 2016. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd. Jidin Shafee berkata, sehingga kini kerja pembinaan kawasan bebas cukai itu berjalan lancar dan beliau yakin sehingga penghujung April, sebanyak 60 peratus mampu disiapkan. Katanya, setakat ini kos sebanyak kira-kira RM100 juta diperuntukkan bagi projek itu. “Secara purata, semuanya sudah siap sehingga 55 peratus, kami berharap pada Oktober ini sebanyak 95 peratus projek ini dapat disiapkan sebelum melakukan penyerahan dan kami jangkakan paling lewat pada bulan Mac tahun depan projek ini bakal memulakan operasi. “Tiada halangan lagi untuk merealisasikan hasrat ini kerana kerja yang sukar baik di dalam mahupun di atas air telah

8 |mei 2015

berjaya dilepasi,” katanya ketika membawa wakil media melawat kawasan projek pulau bebas cukai di Tasik Kenyir. Mohd Jidin berkata, projek itu terkandas seketika ekoran bencana banjir yang melanda negeri ini mengakibatkan proses pembinaan sedikit tersasar daripada jadual awal yang ditetapkan. Beliau yakin apabila siap sepenuhnya, projek itu akan menjadi tarikan terbaharu kepada pelancong yang bertandang ke negeri ini, sekali gus membantu menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu serta meningkatkan taraf ekonomi terutamanya bagi penduduk di kawasan berkenaan. “Dengan pembangunan kawasan bebas cukai dan berkonsep ‘pakej dari pulau ke pulau’ yang kami perkenalkan serta tarikan rangka manusia prasejarah di Gunung Bewah, ia akan menjadi destinasi pelancongan yang menarik,” katanya.


suarakita

PROFIL Nama : Muhammed Ashraf Saipu Rahman Tarikh lahir :26 April 1994 Tempat Lahir : Hospital Dungun, Terengganu Kediaman : Jalan Belakang Taman Elina II, Kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu Adik beradik : Anak ke empat daripada enam beradik (Saiful Anua, 32; Syahieda Maisarah, 28; Saiedah Amira, 25; Muhammed Ashraf, 21; Muhammad Shukry, 20; dan Muhammad Hilman, 15) Nama bapa : Saipu Rahman Ab Wahad (60 tahun) Nama ibu : Maryam Abdullah (53 tahun)

PENDIDIKAN : • SK Sura, Dungun • SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu (Tingkatan 1 hingga 3) • SMK Sultan Omar, Dungun (Tingkatan 4 hingga 5) • Profesion : Atlet Lompat Tinggi Negara

MENGENAI MUHAMMED ASHRAF • Menghadiahkan emas pertama kepada negara di Kejohanan Terbuka Filipina 2015, April lalu hasil rekod ketinggian 2.13 meter. • Misi utama beliau adalah mahu memecahkan rekod kebangsaan 2.27 meter yang dicipta oleh Lee Hup Wei dan yakin dengan tunjuk ajar daripada jurulatihnya, Ahmad Najwan Aqra Hassaim, impian itu mampu menjadi kenyataan. • Selain itu, pentas Sukan SEA Singapura adalah yang pertama kali buat dirinya, sekali gus akan berusaha sebaik mungkin untuk menghadiahkan pingat buat kontinjen negara.

PENCAPAIAN TERBAIK • 2014 - Pingat Emas Kejohanan Terbuka Filipina 2015 (2.13 meter) • 2014 - Pingat Emas di Kejohanan Terbuka Pahang (2.15 meter) • Pingat Emas Kejohanan Terbuka Perak (2.14 meter) • Pingat Emas Kejohanan Terbuka Selangor (2.13 meter) • Pingat Emas Kejohanan Terbuka Terengganu (2.08 meter)

|9

mei 2015


Anak kelahiran Kampung Binjai Rendah, Marang ini dilahirkan tanggal 11 November 1960. Memilih Norlia Harun sebagai suri hidup dan dikurniakan lima cahaya mata, iaitu Ahmad Syamir, 22; Amirul Syarif, 17; Aimi Dayana, 16; Mohamad Idham Muiz, 11 dan Nur Farisha A Latiff, 5 tahun.

PENDIDIKAN • Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, (1996-1999) • Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan (1979-1980) • SMK Padang Midin, Kuala Terengganu (1978-1979) (Tingkatan 6) • SMK Bukit Sawa, Marang, Kuala Terengganu (1973-1977) (Tingkatan 1-5) • SK Bukit Sawa, Marang, Terengganu (1967-1972)

PENGALAMAN KERJAYA • Bertugas sebagai guru di SK Bukit Apit, Hulu Terengganu (1981-1988), SK Bukit Sawa, Marang (1989), SK Gondong, Marang (1990-1994), SK Bukit Payong, Marang (1996) • Bertugas di SK Rusila, Marang sebagai Kaunselor Pelajar (1997-2005) • Kaunselor Pentadbiran di PDD Marang (2005-2006) • Setiausaha Sulit, Timbalan Menteri Sumber Manusia (2006-2008) • Penolong Pengarah, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (2009-2013)

PENGLIBATAN DALAM POLITIK • Ketua Pemuda UMNO Cawangan Binjai Rendah (1996-2000) • Setiausaha UMNO Cawangan Binjai Rendah (2000-2003) • Timbalan Ketua UMNO Cawangan Binjai Rendah (2004-2008) • Ketua UMNO Cawangan Binjai Rendah (2008-Sekarang) • AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Marang (1986-1994) • AJK UMNO Bahagian Marang (1995-2008) • Ketua UMNO Bahagian Marang (2014-Sekarang)

10 |mei 2015

JAWATAN KINI • 2015-Sekarang : Ahli Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu • 2013-Sekarang : ADUN Pengkalan Berangan • 2014-Sekarang : Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri • 2014-Sekarang : Pengerusi TESDEC • 2014-Sekarang : Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Terengganu • 2013-Sekarang : Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Terengganu


suarakita Memperkasa Sistem Penyampaian Kerajaan

negeri Terengganu untuk keselesaan rakyat mengakses kepada internet jalur lebar tanpa bebanan kos. Keseluruhan perkhidmatan wifi percuma adalah sebanyak 181 lokasi.

Ia sebagai strategi utama dalam Bajet 2015. Di antara langkah dan tindakan proaktif diambil oleh kerajaan negeri untuk memperkasa dan menambaik sistem penyampaian kerajaan adalah menerusi;

Fasa pertama perlaksanaan projek ialah memberi keutamaan kepada projek perintis Terengganu OPEN Wi-Fi di sembilan lokasi dan penaiktarafan infrastruktur T@WAN.

Penubuhan Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT) yang dilancarkan pada 22 Mac yang lalu bertujuan untuk mempertingkatkan tahap integriti dalam sistem penyampaian kerajaan. Penubuhan Majlis Perundingan Rakyat (MPR) bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan cadangan dari akar umbi selain memberi fokus kepada sebarang masalah rakyat yang berkonsep kepada pengisian berdasarkan keperluan rakyat. Penubuhan Pusat Aduan Rakyat atau e-Cakna yang beroperasi di Paya Keladi merupakan pusat setempat yang membolehkan rakyat menyalurkan pendapat, cadangan, maklumbalas atau aduan yang berkait dengan jabatan dan agensi kerajaan. Permohonan bantuan dan dana secara online (bantuan ke IPTA/IPTS, bantuan pakaian sekolah, bantuan raya, dan dana remaja)

Sasar 181 Lokasi Wi-Fi Seluruh Terengganu Projek ini merangkumi penaiktarafan Terengganu Wireless Area Network (T@WAN) yang menghubungkan jabatan-jabatan Kerajaan dan pelaksanaan Terengganu Open Wi-Fi di 181 lokasi yang melibatkan 600 ‘hotspot’ seluruh Terengganu dan kerajaan negeri melantik kontraktor bagi menjayakan projek ini. Terengganu Open Wi-Fi adalah perkhidmatan wifi percuma di kawasan tumpuan orang ramai yang melibatkan pemasangan di 104 lokasi (600 hotspot) di seluruh

Projek perintis merangkumi Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Pasar Payang, kawasan rekreasi Pantai Batu Burok, Pusat Akuatik Kuala Terengganu, Terminal Bas Kuala Terengganu, Bazar Warisan, Pulau Redang dan Hospital Sultanah Nur Zahirah. Open Wi-Fi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud telah beroperasi sepenuhnya dan projek diteruskan di lapan lokasi lagi.

Aplikasi Sistem Agihan Bantuan Kerajaan Tanpa Borang Sistem Agihan Bantuan Negeri Terengganu adalah satu aplikasi yang dibangunkan bagi menyelaraskan sistem bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dibawah satu pangkalan data. Sistem ini merangkumi tiga bantuan utama iaitu Bantuan Dana Perayaan, Program Bakti Remaja dan Bantuan Pakaian Sekolah. Sistem ini membantu rakyat dan kerajaan mempercepatkan permohonan dengan menghapuskan satu proses kerja dimana tiada lagi penggunaan borang. Sistem ini akan memudahkan rakyat Terengganu untuk mengisi maklumat tanpa mengira masa dan tempat dan ini menghalang timbulnya isi borang hilang atau tercicir dan nama tiada lagi dalam senarai permohonan. Melalui permohonan atas talian yang dilakukan oleh pemohon sendiri dapat mengurangkan kesilapan maklumat pemohon dan ini juga membantu pihak kerajaan membuat proses semakan dengan lebih telus.

bermula daripada pemohon, JKKK, Agensi Transformasi Rakyat Terengganu, ADUN, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai yang berkaitan.

Telefon Pintar E-Aduan Terengganu Aplikasi Telefon Pintar E-Aduan Terengganu mula dibangunkan pada bulan Julai 2014 dan pra pelancarannya pada awal bulan Ogos 2014 adalah sebagai tambahan kepada saluran aduan yang sedia ada seiring perkembangan pemilikan telefon pintar dan keperluan capaian internet dikalangan rakyat . Aplikasi E-Aduan Terengganu ini tersedia untuk pengguna telefon pintar dengan keperluan minima versi Android 4.0 dan IOS 7.0. E-Aduan Terengganu dilengkapi dengan pendaftaran aduan baru, semakan dan notis bagi maklum balas terhadap aduan yang diterima dan diuruskan oleh Unit Pusat Aduan (UPA), Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Sehingga kini terdapat lebih 600 pengguna telefon pintar telah memuat turun aplikasi ini dan jumlah aduan yang diterima sehingga kini adalah melebihi 45% daripada jumlah keseluruhan aduan yang diterima pada 2014. Berkesinambungan daripada projek pembangunan aplikasi telefon pintar ini, satu lagi versi aplikasi bagi kegunaan Desk Officer agensi kerajaan akan dilancarkan tidak lama lagi. Ini bagi memastikan setiap aduan yang perlu diambil tindakan oleh agensi kerajaan dapat diterima dan dijawab dengan kadar segera. Seiring dengan perancangan kerajaan negeri mewujudkan Pusat Panggilan 1Terengganu (1TECC) yang akan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, aduan yang diterima dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hari bagi aduan kritikal dan tujuh hari bagi aduan yang lain.

Selain itu, semua maklumat dapat diakses dengan mudah dan cepat pada semua peringkat pengguna

| 11

mei 2015


Hembusan angin dan deruan ombak yang sekali-sekala menghempas ke pantai menyuntik rasa tenang dan damai di jiwa. Seketika, perasaan hati begitu melonjak ingin menetap di situ selama-lamanya. Ditambah pula dengan pemandangan sekitarnya yang menarik cukup merehatkan minda sekali gus menjadi terapi terbaik untuk menyihatkan tubuh yang penat dan stres kerana kesibukan kerja.

Keindahan panorama dengan aliran sungai jernih dan cetek yang terdapat di persisir Pantai Kemasik, Kemaman nyata menarik minat pengunjung. Setiap kali singgah di destinasi itu, pelbagai panorama menarik pasti mendamaikan termasuk jeti kayu, perahu nelayan, tugu pengenalan pantai, gelagat kanak-kanak bermain pasir dan penduduk kampung menaikkan wau. Dek keindahan itu juga membuatkan pengunjung luar Terengganu dan

pelancong dari pelbagai negara gemar bertandang semata-mata ingin mendapat ketenangan, lari daripada kesibukan kota dan merasai udara nyaman serta bersih. Pendekatan pihak berkuasa tempatan membina pelbagai kemudahan seperti tandas, surau, taman permainan,gerai makan, pondok rehat, jeti, laluan penjalan kaki dan tempat letak kereta membuatkan mereka tidak pernah serik dan akan mengunjunginya kembali jika ada kelapangan. Beberapa chalet dan rumah istirehat yang dibina pengusaha berhampiran Pantai Kemasik nyata memudahkan pelancong untuk bermalam secara individu atau bersama keluarga. Pantai Kemasik yang terletak kira-kira 30 km dari Bandar Chukai dan 125 km dari Kuala Terengganu itu nyata menarik minat orang ramai terutama pengguna jalan raya kerana berada berdekatan dengan jalan utama. Tugu pengenalan pantai yang dibina seakan melambai-lambai kedatangan pegunjung ke destinasi itu untuk pelbagai tujuan sama ada beristirehat atau berkelah. Penduduk tempatan bijak memanfaatkan kawasan lapang di pantai itu dengan pelbagai aktiviti, termasuk bermain bola sepak, bebeku, sukaneka dan bola tampar.

12 |mei 2015


Pusat REHABILITASI Di Semua Daerah Semua daerah di Terengganu dilengkapi dengan kemudahan Pusat Rehabilitasi 1Malaysia apabila empat lagi perkhidmatan itu dibina tahun ini demi membolehkan masyarakat setempat menerima rawatan lebih meluas dan berkesan. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini, sebanyak empat buah pusat diwujudkan di Dungun, Kuala Nerus, Setiu diikuti Besut yang bakal beroperasi dalam masa terdekat. “Terbaharu, kita telah mengenal pasti lokasi yang bersesuaian untuk pembinaan pusat itu di Marang dan sedang melihat kos sebelum meluaskan perkhidmatan itu ke daerah seperti Kuala Terengganu, Kemaman dan Hulu Terengganu. “Pembinaan kemudahan ini berkonsepkan perkongsian pintar dan integrasi antara kerajaan negeri dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Jabatan Kesihatan negeri dan ketika Kerajaan Terengganu tidak lagi menghantar pelajar dari negeri ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke Rusia, mulai tahun ini. Keputusan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dibuat kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu berikutan langkah Majlis Amanah Rakyat dan Jabatan Perkhidmatan Awam yang mengurangkan penghantaran pelajar ke negara tersebut. “Kami juga membuat keputusan ini disebabkan faktor kemudahan serta lokasi penempatan pelajar yang jauh dari kampus,” katanya selepas

ini kita sedang meninjau bangunan terutama yang tidak digunakan untuk tujuan tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Klinik 1Malaysia di Padang Air, Kuala Nerus. Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohammad Omar.

suarakita rawatan kepada pesakit, memberi pendidikan kepada pesakit mengenai penjagaan rutin harian di rumah, memberi pendidikan kepada penjaga serta memantau keberkesanan rawatan kepada pesakit. Selain itu, pusat tersebut juga menyediakan kemudahan pengangkutan secara percuma untuk menghantar dan mengambil pesakit dari rumah memandangkan ramai antaranya tidak mempunyai kenderaan.

Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir yang bernilai RM1 juta merupakan yang pertama di negara ini dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada Mei 2013. Pada masa ini, antara aktiviti yang dijalankan di pusat berkenaan adalah penilaian dan

Terengganu

HENTI TAJA PELAJAR KE RUSIA merasmikan Program Inovasi Guru Kafa Terengganu (i-Kafa) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ghazali berkata sebagai alternatif, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menghantar pelajar kursus perubatan ke Universitas Kristen Krida Wacana di Jakarta, Indonesia, dengan penghantaran pelajar pertama pada September ini. Katanya ini membabitkan kos pengajian termasuk elaun sara hidup berjumlah kirakira RM390,000 s e o r a n g dengan tempoh pengajian lima setengah tahun.

universiti ini dibuat kerana kelebihannya sebagai antara Universiti Awam terbaik dalam bidang perubatan diikuti aspek klinikal yang terbaik sekali gus akan melancarkan proses pembelajaran oleh pelajar kelak,” katanya. Ghazali berkata kedudukan universiti tersebut yang berada di tengah bandaraya Jakarta secara tidak langsung memudahkan akses pelajar ke mana-mana hospital berdekatan untuk menjalani latihan dan kursus berkaitan. Sehingga ini, sejak penghantaran pertama pelajar ke dua universiti di Rusia iaitu di Volgograd State Medical University dan I M Sechenov First Moscow State Medical University, sejumlah 221 anak jati Terengganu sedang menuntut di negara tersebut.

“Pemilihan

| 13

mei 2015


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan memperluas program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) ke seluruh negeri bagi mengembalikan semula imej Terengganu sebagai pusat pengajian agama terkenal di negara ini. Pesuruhjaya MAIDAM, Dato’ Rozali Salleh berkata program SPAIT yang bermula di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman dan Besut pada Oktober 2011 itu akan diperluas ke masjid terpilih di daerah Hulu Terengganu, Marang, Setiu, Dungun dan Kuala Nerus. “Kami ingin melahirkan masyarakat yang benar-benar memahami dan mempraktikkan Islam berpandukan kepada ahli sunah wal-jamaah iaitu objektif program kami antaranya untuk memenuhi keperluan pengajian Islam secara tersusun

dan berstruktur terutama kepada golongan berusia 25 tahun ke atas. “Kami juga mahu melahirkan individu Muslim yang benarbenar mahir dalam pengajian Islam serta berkebolehan menggunakan pengetahuannya untuk membimbing keluarga dan masyarakat,” katanya selepas menyampaikan surat pelantikan guru dan urus setia SPAIT tahap Ibtidaie 2015. Katanya 163 orang telah menyertainya sejak 2011 iaitu 57 dari daerah Kuala Terengganu, Kemaman (55 orang) dan Besut (51 orang). Rozali berkata mereka dikehendaki menduduki peperiksaan di peringkat awal tahap Ibtidaie dan pelajar yang lulus, layak menduduki peperiksaaan tahap kedua iaitu tahap Mutawassit seterusnya ke

peringkat Mutaqadim dengan mengambil masa 15 bulan di setiap peringkat pengajian. Beliau berkata semasa program permulaan pengajian SPAIT empat tahun lepas, peruntukan hampir RM1 juta disediakan oleh MAIDAM. “Kami yakin program SPAIT merupakan pengajian agama yang pertama seumpamanya di negara ini dan kami jangka ia akan melibatkan peruntukan yang besar apabila ia diadakan di seluruh daerah di Terengganu mulai Mei ini,” katanya. Syarat kemasukan bagi program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat di negeri itu yang berminat dan permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang ditetapkan dan boleh didapati di pejabat agama daerah masing-masing.

nanti akan memberi impak yang baik kepada keindahan bandar. Antara kawasan tumpuan adalah sepanjang pembahagi jalan di Jalan Sultan Omar, yang akan digantikan dengan landskap yang lebih cantik dan sesuai.

Bandaraya Kuala Terengganu sedang bertukar wajah apabila Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menukar landskap dan pencahayaan dengan yang baharu dan lebih menarik. MBKT membelanjakan kos yang besar untuk tujuan itu termasuk RM5 juta dari MBKT dan sebahagiannya menggunakan bajet kerajaan negeri bagi pengindahan bandar . Kerja mengindahkan lagi bandar dilaksanakan dengan menukar landskap serta pencahayaan yang pastinya

14 |mei 2015

Selain itu, MBKT sedang menambah pencahayaan dan menggantikan rumput sedia ada di Dataran Batu Burok kepada rumput mutiara supaya kawasan itu mampu menjadi lokasi utama orang ramai bersantai dengan tenang dan selamat, terutama pada waktu malam. Hasrat MBKT mahu menjadikan Dataran Batu Burok sebagai ‘taman hijau’ sepertimana di Dataran Merdeka Kuala Lumpur serta menukarkan rumput asal kepada rumput mutiara. “Sekiranya padang rumput itu nanti dijaga dengan elok, Insha-Allah kawasan itu mampu menjadi tempat beriadah yang popular di kalangan penduduk dan pengunjung luar,” kata Datuk Bandar MBKT, Mohd Kamil Othman.


suarakita

EMPANGAN PAYA PEDA

Tingkat Pengeluaran Padi Pembangunan Empangan Paya Peda di Hulu Besut hampir 98 peratus siap dengan jangkaan pada Ogos nanti, kata Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Zulkifly Harun. Katanya, sebaik siap projek tersebut, ia dijangka dapat menakung hujan di sekitar 7,500 hektar kawasan tadahan ke dalam kawasan takungannya yang mempunyai keluasan 1,200 hektar itu. “Malah seramai 2,700 petani di Besut dan Setiu akan dapat limpahan bagi mengusahakan seluas 9,000 hektar tambahan kawasan padi, hasil kemudahan sistem pengairan yang dibekalkan Empangan Paya Peda nanti berbanding hanya 5,323 hektar sahaja ketika ini,” katanya. Menurutnya dengan wujudnya sistem empangan lebih baik dari Empangan Paya Peda, para petani dijangka akan dapat mempertingkat hasil padi daripada 5.6 metrik tan sehektar kepada 6.5 metrik tan menjelang 2020.

Projek pembinaan empangan yang melibatkan kos RM349 juta yang dimulakan pembinaannya pada 2010 dan sepatutnya siap pada 30 November 2013 tetapi terlewat selama 1 tahun 4 bulan daripada jadual asalnya, bertujuan membekalkan air kepada 2,759 pesawah dalam Skim Pengairan Besut. Ia merupakan takungan air yang terbesar di Daerah Besut bagi dimanfaatkan bukan sahaja untuk tanaman padi tetapi sebagai sumber bekalan air bersih kepada penduduk, kegiatan industri pelancongan di samping mengatasi masalah banjir. Empangan itu yang mampu menakung 200 juta meter padu air itu mampu menakung antara 15 hingga 20 peratus air hujan yang turun di musim tengkujuh kelak bagi mengelak berlakunya banjir.

PUSAT TINGKATAN ENAM PERTAMA

Pantai Timur

Tiga ratus pelajar Tingkatan Enam dari tiga buah sekolah di Besut akan ditempatkan secara berpusat di Kompleks Yayasan Terengganu di Kampung Padang Landak bagi memulakan pengajian November ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Husain berkata, Kementerian Pendidikan telah meluluskan pembukaan pusat itu sebagai Pusat Tingkatan Enam yang pertama di Pantai Timur. Menurutnya, pusat berkenaan merupakan kompleks milik kerajaan negeri yang sebelum ini menempatkan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang berpindah ke Kompleks Imtiaz di Bukit Keluang, Besut awal tahun ini. “Buat permulaan, pelajar dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, SMK Bukit Payong dan SMK Seri Nering akan ditempatkan di situ,” katanya pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014. Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof. Shafruddin berkata, pusat itu memberi peluang kepada pelajar Tingkatan Enam di daerah itu bagi merasai pengalaman belajar seperti di kolej dan pusat matrikulasi.

| 15

mei 2015


Lensa

SuaraKita

teks

Kumpulan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kuala Terengganu mempersembahkan tarian dengan gaya tersendiri di Pertandingan Bakat Kesenian OKU (Semai Bakti) Peringkat Negeri Terengganu 2015, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob sempat membaca Suara Kita ketika masa terluang semasa lawatannya ke Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Pelajar sesi pertama Madsarah Moden MAIDAM Kuala Nerus melihat senarai nama mengikut kelas yang ditetapkan pihak pengurusan.

Barisan peserta yang memenangi Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (KPS) 2015, di Felda Residence, Kuala Terengganu.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Zulkiply Ramli menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil JKM selepas merasmikan Seminar Home Help Peringkat Pantai Timur 2015 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Peniaga di Pasar Tani Tepoh membekalkan ikan hidup bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan bekalan mentah lebih segar dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

16 |mei 2015


suarakita

Pelajar mencuba pembuatan kek cawan di Booth Giatmara ketika Hari Karnival Pendidikan MARA 2015 di TTC.

Gelagat peserta Program National Academic Decathlon 2015 (NAD 2015) yang sempat dirakam ketika berlangsungnya program itu buat julung kalinya di Universiti Malaysia Terengganu.

Ketangkasan sekumpulan daripada keseluruhan 727 peserta dari 33 negara yang mengharungi cabaran di Kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas – Marang 2015.

Orang ramai tidak melepaskan peluang meninjau sekitar KT Walk yang mula dibuka pada 24 April lalu.

Sebahagian tetamu dan penerima anugerah di istiadat penghadapan dan pengurniaan bintang -bintang darjah kebesaran negeri, sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan, di Singgahsana Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

| 17

mei 2015


Buat pertama kalinya, kerajaan negeri akan turut memberi bonus RM500 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Pegawai Teknologi Maklumat (EIO), Juruteknik Komputer (TSO) dan guru kelas tadika. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah itu sebagai menghargai

peranan mereka dalam pendidikan terutamanya penguasaan al-Quran di peringkat usia awal dan membantu menjayakan usaha pembudayaan komputer di sekolah. “Pembayaran bonus itu membabitkan kira-kira 3,000 penerima dan ia akan dibuat mulai bulan puasa ini. Ia kali pertama dilaksanakan,” katanya

Sekumpulan anak muda dari Marang berkonvoi sempena pelancaran Skuad 37 Parlimen Marang.

selepas melancarkan Skuad 37 Parlimen Marang sempena Hari Terbuka Gen Y. Skuad 37 Parlimen Marang bertujuan menyelaraskan kerjakerja sukarelawan dalam kalangan gene¬rasi muda khususnya di kawasan itu. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.

Ahmad Razif bersama pemimpin politik dari Parlimen Marang ketika melancarkan Skuad 37 Parlimen Marang sempena Hari Terbuka Gen Y Parlimen Marang.

JOM PELAJARI

Loghat Terengganu Perkataan

KOK-OR 18 |mei 2015

Pemberian itu seiring dengan pengumuman Menteri Besar semasa pembentangan Bajet 2015 yang awalnya kepada guru-guru di bawah program Pintar al-Quran dengan mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta.

Dalam Bahasa Inggeris bermaksud lamentation / expression

of feeling of uneasiness / to laugh heartily.

Makna : Pernyataan rasa kurang senang. Makna lain, perihal ketawa atau ketakutan. Contoh ayat : 1. Kalau baju raya yang saya tempah itu tidak siap, kok-orlah, tidak rayalah saya nampaknya.

2. Aku takut kok-or, melihatkan budak kecil itu melintasi jalan yang sibuk dengan kenderaan yang laju. 3. Ibunya ketawa kok-or, apabila memerhatikan akan telatah anak kecilnya.


suarakita

Ahmad Razif mengetuai senarai pengurniaan bintang dan darjah kebesaran negeri yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengetuai senarai pengurniaan bintang dan darjah kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Dalam istiadat yang berlangsung di Singgahsana Istana Syarqiyyah, Ahmad Razif menerima bintang Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri bersama Ketua Istiadat, Dato’ Bentara Luar, Dato’ Omar Pilus. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pula merupakan penerima tunggal bagi anugerah bintang Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’. Seramai 17 penerima dianugerahkan bintang Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang juga membawa gelaran Dato’ dan mereka termasuklah Exco kerajaan negeri, Muhammad Pehimi Yusof; Mufti Terengganu, Dr. Zulkifly Muda; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Mohamad Nor Ibrahim dan Pegawai

Daerah Besut, A. Rahim Jusoh.

Fauzi Mustaffa dan ahli perniagaan, Azizulrahim Ahmad Zambri.

Lain-lain penerima ialah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohamad Kamil Othman; Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, A. Rahman Yahya; Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Ahmad Fauzi Nordin; Pengarah Seksyen Bajet Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Adam Sulong; Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud; Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, Ibrahim @ A. Aziz Yaacob dan Pengurus Besar Kanan HRM Petronas Gas Bhd., Raiha Azni Abd. Rahman.

Darjah Seri Mahkota Terengganu (S.M.T) pula dianugerahkan kepada 14 penerima iaitu Ahli Jawatankuasa Badan Amal dan Kebajikan Isteri WakilWakil Rakyat (Serikandi), Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Ibrahim Mohamad; Pendaftar TATI, Shahidan Embok; Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya Terengganu, Che Razali Adis dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Zulkifli Ali.

Turut menerimanya Timbalan Presiden Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah Melayu Kuala Kangsar, Kapten (B) Dr. Tengku Mohd. Kamil Tengku Ismail; Juru ukur Tanah, Dr. Md. Said @ Mohd. Zaid Abdullah; Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah Berhad, Mahmud Fauzi Muda; Pengetua Sekolah Grammar Kuala Terengganu, Harry Isaacs; Juru ukur Tanah, Dr. Mohamed Shahdan Shahid dan Doktor Pakar Kulit, Dr. Ko Chung Beng. Enam penerima dianugerahkan darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z) dan mereka ialah Hakim Mahkamah Sesyen, Hassan Abdul Ghani; Pegawai Tadbir dan Diplomatik Intan, Mohamed Zahari Razali; Pengarah Muzium Negeri, Mohd. Yusof Abdullah; Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Mustaffa Said; Pengarah Perunding Motivasi, Mohd.

Pengurus Unit Pelancongan Terengganu, Ishamudin Hashim; Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Suryati Adnan; Pakar Patologi HSNZ, Dr. Zakaria Jusoh; Ahli Lembaga Pengarah PTB, Sulaiman Salleh; Ketua Sekretariat Technofound MARDI, Ariffin Tawang; Ketua Pegawai Eksekutif DUN Kota Putera, Abdul Rashid Awang; Pegawai Perubatan Pakar, Dr. Mohamad Ros Mohamad Ali; Pakar Neurologi Perubatan dan Kesihatan, Dr. Mohd. Nasir Tak Abdullah dan Pengerusi Eksekutif Searie Sdn. Bhd., Azri Sani Datuk Mazlan. Empat penerima dianugerahkan darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (A.M.Z), 30 penerima dianugerahkan darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T), lapan menerima Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C), 171 menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), seorang menerima Bintang Lama Berjawatan (B.L.B) manakala 28 penerima dianugerahkan Pingat Lama Berjawatan (PLB).

| 19

mei 2015


Menurut beliau, semasa membeli tanah di kawasan seluas 6.5 hektar di Kampung Kepah, Kuala Berang yang kini menjadi tapak kilang air mineralnya sekitar tahun 2007, beliau tidak menjangkakan bahawa di bawah tanah itu mempunyai sumber air mineral.

Syarikat T e r a t a i T e n a n g Enterprise Sdn Bhd menyasarkan untuk mengembangkan pasaran air mineral keluarannya ke Mekah sebelum akhir tahun ini. Pengurusnya, Zakaria Yusoh, 65, berkata, syarikatnya kini dalam proses perbincangan dengan beberapa peniaga tempatan yang berniaga disana untuk memasarkan air mineral jenama Akiya bagi memenuhi keperluan masyarakat Malaysia dan jemaah luar yang mengerjakan haji dan umrah di tanah suci. “Proses perbincangan setakat ini berjalan lancar, dan insyaAllah tidak lama lagi jika tiada halangan orang ramai yang berada di tanah suci boleh mendapatkan air mineral Akiya dan paling lewat pun hujung tahun ini,” ujarnya.

“Semuanya bermula pada tahun 2009, apabila ada sahabat dari Sabah datang ke sini untuk mengambil contoh batuan yang dikatakan berpotensi untuk dibuat kaca dan dalam masa yang sama anak saya mencadangkan supaya kami mencari sumber air mineral. “Pada awalnya, memang saya tak tahu pun di bawah tanah (tapak) yang saya beli mempunyai sumber air mineral, tapi selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Geosains, memang benar tanah tersebut terdapat sumber air mineral di mana punca air yang diperoleh adalah dari kedalaman 108 meter di bawah paras permukaan bumi,” ujarnya. Menurut anak jati Kampung Tanjung, Kuala Terengganu itu, untuk membina kilang dan mengusahakan air mineral bukan suatu perkara yang mudah. “Saya mengambil masa selama enam tahun untuk mengeluarkan air mineral berkualiti dan terpaksa menjual tanah serta beberapa aset lain untuk mendapatkan modal sebanyak RM2 juta bagi mengusahakan air mineral Akiya yang mula dipasarkan pada tahun lalu,” jelasnya.

Katanya, sebelum dipasarkan air mineral tersebut telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pengiktirafan oleh Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). “Malah berkat kesabaran juga, saya akhirnya berjaya mendapatkan Pensijilan Halal untuk produk ini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) walaupun prosesnya agak rumit,” ujarnya. Zakaria berkata, dengan bantuan 20 pekerja menggunakan beberapa mesin memproses air mineral secara separa automatik, syarikatnya mampu mengeluarkan 10,000 botol air mineral berkuantiti 500 mililiter (ml) dan 1,500 ml sehari yang dipasarkan di seluruh Terengganu, Johor serta Selangor. Justeru, beliau kini sedang giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dan bercadang menambah beberapa lagi mesin memproses air supaya dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran. “Kami akan terus melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan,” ujarnya yang bakal memperkenalkan air mineral Akiya berkuantiti 350 ml dalam masa terdekat.

Katanya, walaupun jenama Akiya masih baru dalam pasaran Malaysia, beliau yakin dengan kualiti mineral yang tinggi ia mampu bersaing dengan jenama lain yang telah bertapak lama di Malaysia sekali gus menembusi pasaran antarabangsa. Bercerita lanjut mengenai penglibatannya dalam perniagaan yang jarang diceburi golongan bumiputera itu, Zakaria berkata semuanya berlaku secara tidak sengaja dan berbekalkan semangat berani mencuba.

20 |mei 2015

Zakaria (enam dari kiri) bersama kakitangan yang banyak membantu mengembangkan perniagaannya.


SEKRETARIAT KHAS Pemantau GST

Terengganu menubuhkan Sekretariat Khas Pemantau GST (Cukai Barang Dan Perkhidmatan) bagi membantu pihak Kastam dan Kementerian Perdagangan dalam Negeri Kepenggunaan Dan Koperasi (KPDNKK) bagi menangani kesan GST yang menjadi isu pada masa kini.

Sekretariat khas dikendalikan Sukarelawan TTB Brotherhood bertindak sebagai sukarelawan pemantau harga di premis perniagaan dan kedai terpilih yang beroperasi di Tingkat 18, Wisma Darul Iman. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Samiun Salleh berkata selain memantau tindakan segenlintir peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati, Sukarelawan TTB Brotherhood juga bertindak

membantu kerajaan memberikan maklumat tepat dan menyeluruh mengenai GST kepada rakyat. “Sekretariat khas dianggotai 400 orang termasuk dari jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan yang juga akan bertindak menyelaras pengumpulan segala maklumat serta data berkaitan GST, selain menerima aduan daripada media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan facebook.

suarakita pada sidang bersama Kastam dan KPDNKK di Wisma Darul Iman. Hadir sama, Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Marina Awang dan Ketua Unit Pencatutan KPDNKK, Saidi Ismail. Pada masa yang sama, beliau berkata, kerajaan negeri juga menggerakkan PBT seluruh negeri untuk membuka kiosk aduan bagi membolehkan pengguna mengemukakan sebarang aduan berkaitan GST di samping mendapatkan maklumat dan info GST.

“Mereka juga akan membandingkan harga barangan terpilih terutama makanan asas di hypermarket dan pasar raya terpilih,” katanya

KT Walk ADA KELAINAN

Menurut Mohamad Kamil, pelbagai kelainan ditampilkan, termasuk mempelawa pengusaha nasi dagang, keropok lekor, satar dan ‘otok-otok’ berniaga di lokasi sama.. “Orang ramai pasti menggemarinya kerana tidak perlu mencari lokasi lain untuk makan atau minum. “Kita akan memastikan harga yang ditawarkan berpatutan supaya sepadan dengan kadar sewa yang dikenakan, hanya RM5 bagi setiap tapak,” katanya.

Pasar Malam KT Walk yang beroperasi setiap Jumaat bermula 24 April lalu memeriahkan pusat bandar Kuala Terengganu terutamanya pada cuti hujung minggu. Pasar malam di Jalan Sultan Ismail mula ditutup kepada orang ramai bermula jam 3 petang bagi memudahkan peniaga membuat persiapan tempat sebelum perniagaan bermula dari pukul 5 petang dan berakhir pukul 12 tengah malam. Kawasan yang terlibat sepanjang 500 meter dari bangunan Menara PMINT sehingga Tabung Haji. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Mohamad Kamil Othman, berkata seramai 100 peniaga tempatan akan terlibat

menjual produk seperti makanan tradisional Terengganu, produk asas tani, pakaian, barangan cenderahati dan kraftangan. Katanya, sekiranya mendapat sambutan luar jangkaan, jumlah peniaga akan ditambah dan tempoh perniagaan dilanjutkan sehingga pukul 3 pagi. “Pada masa sama lokasi akan diperluaskan bermula jalan berdekatan Hotel Seri Malaysia sehingga Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah. “MBKT percaya apa yang dilaksana itu mendapat sambutan berikutan tiada pasar malam seumpama itu di Terengganu, selain berada di tempat strategik dan tumpuan ramai,” katanya.

Menurutnya, setiap peniaga akan dibekalkan tong sampah bagi memastikan kawasan masing-masing terjaga dan kekal bersih setiap masa. “Kita juga akan menempatkan beberapa pengawal keselamatan dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sepanjang operasi,” katanya. Tambahnya, aktiviti dan persembahan kebudayaan turut dianjurkan antaranya tarian tradisional Terengganu; malam kesenian islam; demontrasi silap mata, ayam serama, canting batik dan sukan mini marathon, street Soccer. Katanya, orang ramai boleh meletak kenderaan masing-masing di tempat letak kenderaan di Jalan Batas Baru, PB Square dan tapak stesen teksi lama.

| 21

mei 2015


PERMOHONAN

DANA RAYA,

BAKTI REMAJA Secara Online

Rakyat Terengganu yang masih belum membuat permohonan bantuan perayaan Aidilfitri dan Dana Bakti Remaja boleh berbuat demikian secara online sehingga 15 Mei ini. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh berkata, permohonan itu boleh dibuat melalui pautan iDANATTB di laman sesawang danattb. terengganu.gov.my.

PANTAI RHU SEPULOH Perintis Zon Mandian Selamat

Beliau berkata, permohonan secara dalam talian ini hanya melibatkan permohonan baharu sahaja iaitu bagi mereka yang tidak pernah memohon pada tahun 2014 atau permohonan gagal pada tahun 2014, dan bagi mereka yang telah bertukar status seperti bujang kepada berkahwin.

Kerajaan negeri akan mewujudkan Zon Mandian Selamat di pantai seluruh negeri bagi memastikan setiap aktiviti riadah di kawasan berkenaan berada dalam pemantauan pihak berkuasa.

“Mereka yang dikategorikan warga emas, orang kurang upaya, keluarga berpendapatan rendah, ibu atau bapa tunggal dan individu belum berkahwin adalah golongan yang layak membuat permohonan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, pantai Rhu Sepuloh di Setiu dipilih sebagai projek perintis sebelum diperluaskan setiap daerah di Terengganu.

Samiun berkata, individu yang tidak mahir menggunakan internet dan komputer boleh ke Pusat Bestari.Com di kawasan masingmasing.

Menurutnya, kemudahan yang akan disediakan di zon itu antaranya menara tinjau, anggota pengawal pantai (kawalan), kemudahan bilik mandi dan persalinan.

“Tahun lalu, sebanyak RM70,099,000 diperuntukkan bagi bantuan perayaan Aidilfitri melibatkan 189,840 penerima manakala Dana Bakti Remaja pula melibatkan peruntukan berjumlah RM18,745,200 kepada 93,726 penerima,” katanya.

22 |mei 2015

“Zon Mandian Selamat akan meningkatkan kemudahan dan menyediakan kawasan rekreasi keluarga yang lebih menarik, selesa serta selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gotongroyong Bersih Pantai peringkat Setiu di Pantai Rhu Sepuloh. Hadir sama, Pegawai Daerah Setiu, Talaha Ali dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang. Mohd Jidin yang juga ADUN Permaisuri berkata, hasil lawatan beliau bersama Menteri Besar ke Gold Coast, Australia, banyak perkara yang boleh diambil untuk memajukan kawasan pesisiran pantai di Terengganu. “Kita juga akan menyediakan kemudahan untuk peniaga menjual cenderamata, makanan tradisional dan hasil laut penduduk sempat. “Dengan keadaan pantai cantik dan bersih, kerajaan yakin konsep dilaksanakan ini akan jadi kenyataan dan tumpuan ramai untuk beriadah bersama keluarga,” katanya.


suarakita

Roslida

Selesa Jadi ‘Jururawat Tanpa Gaji’ Keputusan bersara awal ketika berumur 45 tahun yang dipilih To’ Puan Roslida Daud, 48, selepas 25 tahun menabur bakti sebagai jururawat dan jawatan terakhir Ketua Jururawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan memberi banyak keistimewaan. Beliau isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof itu mengakui keputusan dibuat untuk bersama-sama berada di belakang suami dalam memberi khidmat sebagai wakil rakyat. Di samping mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan masyarakat setempat di mana sebelum ini hanya sempat mengikuti Program Turun Padang pada hari minggu sahaja. Katanya, memegang gelaran jururawat selama 25 tahun cukup bermakna, apatah lagi suami kini dipertanggungjawab mengalas portfolio dalam bidang sama iaitu kesihatan. “Setiap kali Program Turun Padang bersama Wanita UMNO dan Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) pasti akan menjenguk pesakit. “Pengalaman yang ada digunakan sebaik mungkin dengan memberi kaunseling tentang penyakit dan menyampaikan motivasi supaya pesakit mempunyai semangat untuk sembuh,” katanya. Menurut Roslida, melalui kepelbagaian program, mampu memberi impak yang baik kepada masyarakat, selain dia dapat bergaul dan saling mengenali dengan lebih dekat. “Apa sahaja yang berlaku di sekeliling merupakan inspirasi dan motivasi bagi saya untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya. Roslida mempunyai lima permata hati, hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, anak sulung, Mohd Nasrul, 22, Munirah, 20, Amir Hakim, 18, Izzuddin, 16 dan paling bongsu Nurshafiqah, 14. Menurutnya banyak perbezaan ketika bertugas berbanding kini sebagai suri rumah sepenuh masa. “Sudah pasti banyak masa boleh diluangkan sama ada bersama keluarga dan masyarakat setempat,” ujarnya.

| 23

mei 2015


Terminal Agro

Terengganu Dibina RMK-11 Pembinaan Terminal Agro Terengganu di Bukit Payong, Marang akan dimasukkan ke dalam agenda Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A. Latiff Awang berkata, hasil perbincangan dan lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob ke tapak berkenaan, pihaknya bersetuju menjadikan projek berkenaan sebagai permohonan projek kementerian di bawah RMK-11. “Pembinaan terminal yang juga pasar borong negeri ini sebenarnya sudah lama dirancang iaitu sejak 2006 dan kerja-kerja penyediaan tapak telah siap pada 2008 dengan kos sebanyak RM10 juta di atas tapak seluas 9.8 hektar, namun ia tergendala disebabkan kekangan bajet kerajaan negeri,” katanya selepas Program Lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke tapak Terminal Agro.

A.Latiff berkata, projek pembinaan terminal tersebut dianggarkan bernilai RM100 juta termasuk laluan akses ke terminal berkenaan.

sebuah pusat rangkaian pemasaran produk pertanian, perikanan, penternakan dan pendidikan agro pertama di negeri ini.

“Ia akan dilengkapi dengan 350 lot zon borong untuk pasaran produk, pejabat urus tadbir, 18 unit gudang borong, kompleks dingin beku, kawasan hentian rehat dan rawat dengan kemudahan bank, lapan lot gerai makan, pejabat pos dan bit polis.

“Terminal ini terletak di kawasan strategik, berhampiran Bandar Marang dan berdekatan susur keluar ke Bukit Payong melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 dan berada di tengahtengah antara daerah lain di negeri ini.

“Kemudahan prasarana lain seperti menara tangki air, tiga unit pencawang Tenaga Nasional Berhad, 600 unit parkir dan kolam takungan juga akan dibina,” katanya. A.Latiff berkata, apabila siap kelak terminal berkenaan akan menjadi

32 SEKOLAH

PERINTIS TRENGLISH Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sepanjang tiga tahun bermula tahun ini. Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong, berkata program Trenglish bertujuan meningkatkan budaya penggunaan Bahasa Inggeris Komunikasi di kalangan murid-murid khasnya dan rakyat amnya. Mohd Zubir menyempurnakan gimik pelancaran Program TRENGLISH di Wisma Darul Iman.

Sebanyak 32 sekolah terpilih sebagai sekolah perintis program pendidikan, Trenglish atau ‘Transforming English’ di bawah agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Kesemua sekolah dari setiap DUN akan melaksanakan program itu secara kolaboratif oleh Yayasan Terengganu (YT) dan Jabatan

24 |mei 2015

“Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri agar rakyat di negeri ini memiliki kemampuan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris bagi membolehkan rakyat berperanan secara aktif dalam era globalisasi ini. “Di samping itu, program Trenglish juga diharap dapat membantu meningkatkan keyakinan murid-murid negeri Terengganu bagi menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris

“Di Marang, kita mempunyai pelabuhan perikanan laut dalam yang besar di Chendering dan kalau pembinaan terminal ini dilaksanakan, saya yakin pendaratan ikan akan lebih berfokus dan menjadi satu pusat transit pembekalan ikan untuk diedarkan ke seluruh semenanjung,” katanya.

dalam peperiksaan awam khasnya Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya selepas melancarkan program itu di UMT. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Khas, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail merangkap Pengerusi Program Trenglish 2014-2016. Katanya, antara pengisian Trenglish yang dicadang dan akan dilaksanakan secara berfasa ialah penempatan pembantu guru Bahasa Inggeris (Terengganu Hired English Language Personnel atau T-HELP), penerbitan majalah Fun Trenglish secara berkala dan penerbitan modul Trenglish. Selain itu, pengasian lain seperti Friends of Trenglish, Trenglish Camp, Trenglish with community, Trenglish On Air, Trenglish Online (Instagram), Trenglish Nerve Center dan Trenglish Kiosk.


suarakita

Dahulunya dikenali sebagai Masjid Raja Bukit Besar. Bangunan asal masjid yang berusia 95 tahun itu diperbuat daripada kayu cengal mula diubahsuai pada 2008 bagi memberi keselesaan kepada kirakira 3,000 jemaah. Masjid sementara dibina di kawasan berdekatan sementara Masjid Sultan Muhammad siap dibina pada Januari 2014. Sultan Terengganu ke-12, al-Marhum Sultan Muhammad Shah II Sultan Zainal Abidin telah mewakafkan tanah seluas satu hektar bagi membina masjid tersebut. Struktur Masjid Muhammad yang mempunyai empat menara di setiap penjuru, setinggi tiga tingkat masih mengekalkan senibina tradisional. Tanah perkuburan Islam yang lama dalam kawasan masjid itu dijaga rapi. Dalam masjid itu, dua jam berdiri berukiran kayu ditempatkan berdekatan mimbar sebagai peringatan kepada jemaah supaya hargai masa.

| 25

mei 2015


Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan lebih ramai pelajar anak negeri ini mengikuti pengajian agama secara lebih kondusif, mula mengambil seramai 120 pelajar sebagai kumpulan awal April lalu. Pelancaran operasi institusi pengajian di Batu Rakit itu yang bakal menjadi permulaan kepada perkembangannya di setiap daerah kelak, disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman. Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri merealisasikan hasrat rakyat yang semakin meningkat untuk menempatkan anak-anak di sekolah agama setelah peluang makin terbatas kerana sekolah-sekolah itu termasuk rangkaian sekolah Imtiaz hanya menampung pelajar cemerlang. “Mungkin ketika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mereka tidak berjaya mendapat keputusan cemerlang sekali gus gagal masuk ke sekolah-sekolah agama. Jadi, dengan adanya madrasah ini, mereka akan diberi peluang kedua,” katanya. Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas meneympurnakan pelancaran operasi madrasah itu. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Moden Malaysia, Dato’ Dr. Masyitah Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Madrasah Moden MAIDAM, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pesuruhjaya MAIDAM, Dato’ Mohd. Rozali Salleh.

26 |mei 2015


suarakita

Dilengkapi dengan pelbagai prasarana termasuk asrama, dewan dan bilik kuliah, madrasah tersebut pada peringkat permulaannya dibuka kepada 200 pelajar lelaki sahaja. Ahmad Razif berkata, pengambilan pelajar tidak dibuat dengan syarat yang ketat tetapi berdasarkan minat dan keupayaan untuk mendalami pengajian agama. “Konsep yang kita utamakan adalah bidang agama dan juga akademik kerana untuk menjadi imam, pegawai agama dan lainlain jawatan mereka perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),� ujarnya. Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, dua lagi madrasah moden dijangka dibuka awal tahun depan iaitu di Besut dan Hulu Terengganu. “Pada masa sama, kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berhasrat untuk mewakafkan tanah atau bangunan mereka untuk tujuan ini. Kerajaan negeri menerusi Maidam akan menyediakan tenaga pengajar untuk menjayakannya,� ujar beliau. Sementara itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk mewujudkan sebuah makmal bahasa di sekolah-sekolah di negeri ini khususnya melibatkan sekolah agama dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Arab dan bahasa Inggeris dengan Madrasah Moden Maidam sebagai perintis.

| 27

mei 2015


Berlatarkan pemandangan alam semulajadi nan damai, Lerek begitu istimewa di kalangan penduduk kampung itu. Walaupun masih ada tanda tanya yang belum terjawab, kampung itu tidak terpinggir daripada kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lerek, Ramli Puteh, 55, berkata masih terdapat ‘misteri’ yang belum terungkai di kampung itu. “Di dalam kampung ini mempunyai beberapa keunikannya yang sehingga kini masih menjadi tanda soal dikalangan penduduk setempat. “Terdapat dua kubur lama yang tidak dapat dikenalpasti pemilik asalnya dan juga dua batang

28 |mei 2015

pokok yang dianggarkan berusia lebih daripada 100 tahun,” katanya. Tambahnya dua pokok gergasi tersebut mempunyai nilai yang begitu tinggi. “Kita mempunyai pokok getah yang saiznya dianggarkan terbesar di negeri ini manakala pokok asam jawa yang sering mengeluarkan buah tanpa mengikut musim,” katanya lagi. Ramli yang merupakan anak jati Kampung Lerek berkata nama kampung tersebut berasal dari nama pokok. “Diceritakan kepada saya, kampung ini diberi nama dari Pokok Lerek yang tumbuh meliar di sekitar kawasan ini. “Daun pokok tersebut kebiasaannya digunakan untuk membuat lemang

di mana pada masa kini ramai yang menggunakan daun pisang sebagai pengganti kerana ianya sukar diperolehi,” katanya. Namun demikian, diharapkan jabatan berwajib mengambil inisiatif bagi memelihara serta memulihara keunikan yang terdapat di kampung tersebut.


suarakita

YDSM

Sedia Khidmat

Guaman Percuma Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) akan meneruskan khidmat bantuan guaman secara percuma khusus kepada golongan kurang berkemampuan di kawasan luar bandar di Terengganu.

SEAPLANE, AMPHICOACH

TARIKAN BAHARU

Industri pelancongan Terengganu bakal mempunyai satu lagi daya tarikan baharu apabila sebuah kapal terbang air atau ‘seaplane’ bakal beroperasi di Terengganu.

Beliau berkata demikian di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Pengetua Dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kapal terbang air yang bernilai RM3.5 juta itu akan digunakan untuk mengangkut penumpang terutama pelancongan ke Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Tasik Kenyir.

Dalam perkembangan berkaitan, Terengganu akan menerima ‘amphicoach’ atau bas amfibia, dijangka pada Jun depan yang berkapasiti 100 orang penumpang.

“Pada dasarnya kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat yang bakal menguruskan kapal terbang berkenaan termasuk hal berkaitan penyelenggaraan dan penjagaan kerana syarikat itu mempunyai kepakaran. “Justeru, setelah selesai urusan perjanjian dengan syarikat tersebut, buat permulaan kapal terbang air yang boleh memuatkan enam penumpang dalam satu-satu masa itu akan beroperasi di Marina Duyong,” ujarnya.

Kenderaan yang bernilai kira-kira RM3 juta sebuah itu ditempah kerajaan negeri dengan kilang pengeluar kenderaan itu di Malta. “Sebuah bot ini kita sudah terima, tinggal sebuah sahaja lagi dalam masa terdekat. Buat sementara waktu ini, kita akan gunakannya di Taman Tamadun Islam dan Pulau Duyong dahulu, untuk tambah nilai konsep pelancongan kita,” katanya.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof berkata sebanyak 40 peguam sivil dan syariah di negeri ini kini menawarkan khidmat mereka untuk membantu golongan tersebut. Beliau berkata, bantuan guaman itu juga dapat mengikis prasangka golongan miskin bahawa perkara berhubung khidmat guaman memerlukan perbelanjaan besar dan membebankan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. “Program yang dilancarkan sejak dua tahun lepas di Kuala Terengganu ini akan diteruskan dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Terengganu (MAIDAM),” katanya. Mohd Fadzli berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Kesedaran Undang-undang dan Khidmat Nasihat Guaman di Musolla Iqra Kampung Paya Raya, Kampung Raja, Besut. Menurutnya, sejak program itu dilancarkan, kes-kes yang dihadapi oleh masyarakat Islam terutama berkaitan bidang syariah seperti tuntutan nafkah dan penceraian berjaya diselesaikan. Beliau berharap melalui penubuhan program klinik bergerak itu, ia akan memberi banyak kemudahan kepada golongan tidak berkemampuan untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat di masa depan. Di samping itu, katanya, terdapat juga kirakira 200 peguam sivil dan syariah di negeri ini yang boleh memberikan khidmat kaunseling dan nasihat sama ada sesuatu masalah boleh teruskan dengan tindakan undang-undang atau sebaliknya. Beliau berkata, dengan persetujuan jawatankuasa peguam negeri, aktiviti khidmat guaman di Kuala Terengganu dan Besut akan ditakwimkan untuk tempoh setahun bagi memudahkan orang ramai dan penduduk setempat mendapatkan khidmat tersebut.

| 29

mei 2015


PONDOK ISLAH Didik Remaja Bermasalah

TERENGGANU PERINTIS PROJEK TERNAK TERUMBU KARANG

Terengganu dipilih untuk menjadi perintis bagi membangunkan projek penternakan terumbu karang di Semenanjung Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Negeri, Nawi Mohamad berkata, buat permulaan Pulau Bidong telah dipilih untuk menjadi lokasi projek perintis tersebut dengan melibatkan 20 peserta yang terdiri dari nelayan tempatan. “Ini adalah satu lagi transformasi yang melibatkan nelayan di mana skop pendapatan mereka tidak hanya terhad untuk menangkap ikan, sebaliknya mereka bakal dibimbing menjadi penternak terumbu karang yang berjaya kerana industri ini mempunyai potensi sangat besar di pasaran dunia. “Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga memainkan peranan untuk mengenalpasti lebih banyak kawasan baharu untuk projek ini memandangkan kita mempunyai banyak sumber yang sesuai untuk industri ini,” katanya.

Kerajaan negeri bercadang membina Pondok Islah untuk menempatkan pelajar bermasalah, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Kompleks Al-Islah itu bakal dibina di Kampung Serada. Ia dibina di atas tapak seluas 11.6 hektar dan dijangka akan mulakan operasinya tahun hadapan. “Selain mengutamakan pelajar yang selalu menimbulkan masalah di sekolah, kita juga bercadang untuk menjadikan Pondok Islah ini sebagai pusat pemulihan untuk anak-anak muda yang ditangkap kerana kesalahan sosial. “Perkara ini akan diperhalusi kerana melibatkan undangundang dan sekarang ini masih di peringkat kajian,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Pengetua Dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman. Katanya, ini bermakna mereka yang ditangkap berpakaian tidak senonoh dan tidak

menunaikan solat jumaat selepas ini juga akan dihantar berkursus di Pondok Islah untuk tempoh masa tertentu. “Kerajaan negeri bercadang gabungkan sekali dengan konsep pemulihan kepada yang bermasalah, kerana kita sendiri sedia maklum ramai anak-anak muda yang dikenakan hukuman oleh mahkamah sekarang ini, tidak ada tempat di Terengganu dan terpaksa hantar ke negeri lain,” ujarnya. Katanya, konsep pembelajaran di Pondok Islah sama seperti sekolah harian biasa cuma diperkemaskan lagi dengan ilmu agama yang lebih mendalam. “Kita akan bina balik kerohanian mereka dengan mengajar mengaji, solat dan seumpamanya khas untuk mereka yang bermasalah ini,” katanya. Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran, Yayasan Islam, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi merealisasikan hasrat itu.

Beliau berkata selepas majlis menyempurnakan Memorandum Persefahaman (MoU) pembangunan projek penternakan terumbu karang di Pulau Bidong antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, Jabatan Perikanan Malaysia, Yayasan Coral Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Projek penternakan terumbu karang di dasar laut Pulau Bidong seluas 30 hektar itu dijangka memberi pulangan kira-kira RM60,000 dalam tempoh antara tiga hingga empat bulan bagi setiap hektar yang diusahakan.

30 |mei 2015

Pengetua dan guru besar menerima replika cek skim insentif kecemerlangan peperiksaan awam di Majlis Perjumpaan YAB Menteri Besar Bersama Pengetua Dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman.


suarakita

Perenang Olimpik negara, Heidi Gan dan Benjamin Konschak dari Jerman masing-masing menjuarai kategori wanita dan lelaki kejohanan Swimathon Antarabangsa KapasMarang 2015. Heidi Gan,26, berjaya menamatkan renangan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke Pantai Peranginan Kelulut dengan masa 1 jam 20 minit 15 saat. Manakala Konschak anak kelahiran Frankfurt yang bekerja sebagai guru mencatat masa 1 jam 24 minit 18 saat. Dengan perbezaan masa kira-kira empat minit lebih awal sampai ke garisan penamat, Heidi berjaya dinobat juara keseluruhan kejohanan Swimathon Antarabangsa KapasMarang untuk tahun ini mengatasi rekod kejuaraan tiga tahun berturutturut yang dipegang Konschak dan membawa pulang piala pusingan, trofil dan wang tunai RM3,000. Heidi berjaya memenangi kategori Wanita Terbuka dan Wanita Keseluruhan bernilai RM2,000 dan RM1,000 bagi setiap kategori.

A.Latiff menyampaikan trofi kepada Perenang Olimpik negara, Heidi Gan yang menjuarai kategori wanita dalam kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas – Marang 2015.

Seramai 727 peserta dari 33 negara mengambil bahagian dalam 10 kategori yang dipertandingkan pada kejohanan edisi ke-16 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM40,700. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A.Latiff Awang. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa

TERENGGANU, SINGAPURA Tubuh Pro Development Project

Terengganu dan Singapura menjalin kerjasama strategik dalam pembangunan sukan berbasikal dengan menubuhkan pasukan lumba basikal, ‘Pro Development Project.’ Program pembangunan tersebut merupakan usahasama pertama antara kedua-dua pihak itu dalam melahirkan barisan pelumba profesional pada masa depan.

Koordinator pasukan, Nasaruddin Idris memberitahu, pasukan perintis itu telah dilancarkan di Shimano Cycling World di Hab Sukan Singapura. Katanya, projek itu merupakan hasil kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) dan beberapa penaja dari Singapura.

Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman. Kejohanan yang dianjurkan kerajaan negeri itu menarik penyertaan dari pelbagai negara termasuklah Australia, Austria, Jerman, Hong Kong, Singapura, New Zealand, Vietnam, Taiwan dan Malaysia.

“Buat permulaan, enam pelumba berumur antara 16 dan 18 tahun telah dipilih bagi musim 2015 iaitu empat pelumba dari Terengganu manakala dua dari Singapura. “Ia akan menyertai Jelajah Persahabatan di Thailand dari 2 hingga 5 Mei,” katanya. Menurutnya, pasukan itu akan diiringi oleh pengurus pasukan, Loh Keng Wah, yang merupakan bekas pelumba kebangsaan Singapura dan ketua jurulatih Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan.

| 31

mei 2015


Pantai Penarik, Setiu

SuaraKita Vol.8  

Majalah SuaraKita dengan tagline Cara Lama Dimensi Baru adalah terbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu atau ringkasnya adalah UKOM adalah...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you