Page 1

PERCUMA

KELUARAN 7 | April 2015


UniSZA

TAWAR 100 TEMPAT UNTUK ANAK TERENGGANU CEMERLANG SPM, STPM Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari negeri ini yang tidak menerima tawaran daripada universiti lain, boleh memohon kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menawarkan 100 tempat kepada anak jati Terengganu.

TERENGGANU

Perintis Aquapolitan

PERTAMA NEGARA

Ahmad Razif mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir pada Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Gelombang Kedua dan Penyampaian Kunci Rumah Mampu Milik di Dataran Permata, Seberang Takir.

melahirkan nelayan moden berkonsepkan Felda moden.

Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Yahaya Ibrahim berkata, penempatan itu merupakan kesinambungan kepada Program Pembela Bangsa yang dimulakan universiti itu pada 2013, bagi membantu pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah meluluskan permohonan Kerajaan Terengganu bagi membangunkan projek perintis Aquapolitan di Kampung Seberang Pok Abu di Seberang Takir yang bakal dilengkapi pelbagai prasarana dan berkonsepkan Felda moden.

Katanya, program itu dilaksanakan selepas melihat beberapa kes pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian kerana pelbagai masalah, seperti isu kemiskinan dan lokasi universiti yang terlalu jauh dari Terengganu.

Projek yang akan dilaksanakan tidak lama lagi itu lebih menjurus kepada usaha kerajaan dalam melahirkan golongan nelayan moden di Terengganu.

“Pada awal permulaan program, hanya 10 pelajar yang mendapat tempat dan jumlahnya meningkat kepada 20 orang pada tahun lepas.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebaik direalisasikan kelak, ia bakal mengubah landskap kehidupan nelayan di kawasan terlibat termasuk pembinaan rumah kediaman lebih selesa selain kemudahan jeti bagi memenuhi keperluan nelayan.

Beliau menyatakan perkara itu dalam Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Gelombang Kedua dan Penyampaian Kunci Rumah Mampu Milik di Dataran Permata, Seberang Takir.

“Melihat kepada kesan positif program ini, UniSZA komited menyediakan 100 tempat tahun ini dan pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat menyambung pelajaran digalakkan menyertai program ini,” katanya. Yahaya berkata demikian selepas merasmikan Program Transformasi Negara melibatkan lebih 1,000 pelajar universiti itu anjuran Pusat Penataran Ilmu UniSZA dengan kerjasama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri.

Beliau memberitahu, untuk permulaan, seramai 200 nelayan di Kampung Seberang Pok Abu akan dipilih menyertai projek berkenaan dan sekiranya berjaya, ia akan diperluaskan di seluruh negeri ini. “Kerajaan negeri dengan kerjasama ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur) akan membangunkan Kampung Seberang Pok Abu dengan projek Aquapolitan bagi

2 |april 2015

“Ini merupakan projek perintis, dijangka seramai 200 nelayan akan terpilih untuk menyertainya dan PM (Perdana Menteri) sudah meluluskan permohonan ini (projek Aquapolitan),” katanya.

Tambah Ahmad Razif, usaha itu juga dilaksanakan bagi memenuhi hasrat kerajaan dalam merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri dari sumber perikanan. Dalam perkembangan yang sama katanya, kerajaan negeri juga akan memperkasakan industri pelancongan di Terengganu termasuk menaik taraf golongan nelayan menerusi pelbagai bantuan kerajaan. “Kerajaan akan bantu golongan ini (nelayan) termasuk membaiki serta mencantikkan lagi botbot mereka sekali gus menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini,” ujarnya.


suarakita

Kerajaan negeri bercadang untuk membina trek basikal di setiap daerah di Terengganu selaras dengan usaha berterusan ke arah membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

“Kita sedang mengenal pasti untuk menyediakan trek itu di kawasan bandar bukan hanya di Kuala Terengganu malah di semua daerah.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyediaan infrastruktur terbaharu itu secara tidak langsung membolehkan orang ramai melakukan beriadah bersama rakan dan keluarga dalam suasana lebih meriangkan dan selamat.

“Usaha ini akan dilaksanakan secepat mungkin di Batu Buruk dan ketika ini kita hanya menunggu rekaan trek disiapkan,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini beberapa lokasi disenaraikan untuk dilengkapi dengan kemudahan trek itu terutama di kawasan rekreasi sedia ada.

Beliau berkata demikian selepas menyertai acara Kayuhan Bandar Raya di Dataran Syahbandar. Turut hadir Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohamad Kamil Othman.

Menurut Ahmad Razif, selain trek biasa, kerajaan negeri turut merancang untuk membina laluan yang lebih mencabar buat penggemar sukan ini menerusi penyediaan trek basikal bukit (mountain bike). Katanya, Bukit Panorama dan di Kompleks Sukan negeri di Gong Badak merupakan berberapa lokasi yang dicadangkan bagi aktiviti itu.

RM13 Juta UBAH WAJAH SUNGAI NAIL

asli penduduk Kuala Besut supaya pelancong dapat menikmati produk tempatan termasuk dihasilkan kaum nelayan di situ,” katanya. Pekan Kuala Besut merupakan pintu masuk utama ke Pulau Perhentian iaitu antara destinasi kegemaran pelancong ke negeri ini.

Projek pelancongan di Sungai Nail, Kuala Besut yang dirancang sebagai Gerbang Pelancongan Antarabangsa bakal merancakkan industri pelancongan di pekan nelayan itu dalam tempoh beberapa tahun lagi. ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, bersesuaian dengan perubahan yang akan berlaku di kawasan itu, beberapa projek sampingan

sedang dibangunkan bagi membuka peluang membantu penduduk tempatan menjana ekonomi. Menurutnya, pembangunan Sungai Nail yang bernilai RM13 juta itu bermula dari tebing muara sungai hingga Kampung Pacakan sejauh 5 kilometer kini dibangunkan dengan projek pelancongan.

Tengku Zaihan berkata, selain hasil kraftangan nelayan, makanan tradisional segar seperti otak-otak, satar, keropok lekor, ikan celup tepung serta hasil tangkapan laut seperti ikan, udang serta ketam akan dijual di pondok yang sedang dibangunkan di sepanjang tebing Sungai Nail itu. Projek Sungai Nail dibina sebagai tebatan banjir dan akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan Pekan Kuala Besut dalam memastikan ia terus kekal sebagai penempatan warisan.

“Antara yang sedang dibangunkan, lebih 20 buah pondok menjual produk

|3

april 2015


Langkah jujur Terengganu untuk mengeluarkan sel rasuah daripada anatomi pentadbiran diharap mampu mengukuhkan integriti serta meningkatkan penghormatan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Zakaria Jaffar berkata beliau percaya pembentukan majlis seumpama itu akan memperkukuhkan lagi usaha menyemai budaya berintegriti secara menyeluruh.

Integriti dapat diperkasakan jika pentadbiran negara diteras atas tiang perundangan dan dikuatkuasa tanpa gentar, pilih kasih, halangan dan campur tangan politik.

Usaha melahirkan sebuah negara berintegriti menjadi tanggungjawab bersama semua pihak termasuk anggota masyarakat, kata Zakaria, yang juga salah seorang wakil dalam MPINT.

Imej kerajaan yang berazam untuk memerangi rasuah dan penyelewengan diperkukuhkan melalui penubuhan Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT). MPINT dilancarkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri mewujudkan perkhidmatan awam yang telus dan bebas daripada unsur rasuah. Langkah itu selaras dengan memanifestasi harapan rakyat yang mahukan pentadbiran negeri yang bersih, berintegriti dan sifar rasuah. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelancaran MPINT juga disifatkan sebagai tepat pada masanya dan selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun lalu. “MPINT akan memberi penerangan terperinci mengenai tindakan yang boleh dikaitkan dengan kesalahan rasuah. Kami tidak mahu disebabkan sedikit kesilapan atau salah faham, ia mencalarkan imej perkhidmatan awam negeri ini,” katanya. Majlis perundingan itu juga berfungsi untuk menasihati kerajaan negeri dalam pelaksanaan integriti dengan tumpuan utama diberikan kepada sektor awam, swasta dan pertubuhan politik. MPINT dapat memastikan pembangunan di negeri ini meliputi ekonomi, sosial, budaya dan politik bertunjangkan integriti.

“Program dan sistem majlis itu boleh dijadikan panduan oleh negeri lain,” katanya. Apa yang menjadi faktor paling kritikal dalam memastikan usaha meningkatkan tahap integriti khususnya dalam perkhidmatan awam, sebenarnya bukanlah terletak pada hanya kesungguhan kerajaan. Kesungguhan itu juga perlu datang dari kepimpinan agensi kerajaan dan menuntut semua lapisan warganya untuk berubah. Apa yang diharapkan rakyat, wujud perubahan yang boleh dibanggakan ditunjukkan oleh kalangan anggota perkhidmatan awam berbanding sebelum ini. Dengan usaha yang digerakkan ini, tahap kesedaran para pegawai awam terhadap integriti dan semangat anti-rasuah dapat ditingkatkan. Namun demikian, masih banyak ruang boleh diperbaiki untuk menjadikannya unggul di kaca mata masyarakat. Pegawai awam dilihat mempunyai kuasa dan kuasa ini jika disalahgunakan boleh mengakibatkan kesan yang amat buruk. Walaupun adakalanya ia dipandang kecil namun jika tidak dibendung ia mampu meruntuhkan negeri dan negara.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap setiap negeri mencontohi langkah proaktif Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan MPINT sebagai asas melahirkan negara bebas rasuah.

Pengarang

SIDANG PENGARANG PENGARANG Fauzi Mohd

PENAUNG YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu PENASIHAT I Ahmad Fauzan Abdul Kadir Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar PENASIHAT II Che Mansor Che Kerma Pengarah Unit Komunikasi Negeri

PENOLONG PENGARANG Aida Abd Rahman WARTAWAN Suriati Ali Noraini Jusoh Mohd Syazni Zainudin

PEREKA GRAFIK Che Ku Nubailah Che Ku Aris

Diterbitkan secara bulanan oleh

Dicetak oleh

Jalan Pejabat, 20200, Kuala Terengganu Darul Iman Tel : 09-623 0582 Faks : 09-631 7504

(No. Pendaftaran 144692-D)

UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

4 |april 2015

JURUFOTO Harish Fadzillah Abu Kassim Hasmizi Ab Hamid Tg Syamim Tg Ismail

PERCETAKAN YAYASAN ISLAM TERENGGANU SDN BHD


suarakita

‘Pakar’

FACEBOOK VS ‘Profesor’ WHATSAPP Sikap sesetengah kelompok yang cuba menjadi ‘pakar’ dalam pelbagai perkara mengundang rasa kurang senang banyak pihak. Sikap ‘pakar’ tidak bertauliah itu bukan sahaja menyusahkan kerajaan dalam memberikan penerangan kepada rakyat malah mewujudkan kekeliruan dalam kalangan mereka. Ada pula yang bukan sahaja menjadi ‘profesor’ tidak bertauliah malah penghasut untuk menggerakkan rakyat bangkit menentang programprogram kerajaan. Contohnya Cukai Barangan Perkhidmatan (GST). Kelompok itu bukan sahaja wujud dalam kalangan ahli politik tetapi juga orang biasa yang kepala mereka sudah bernanah dengan pemikiran ‘segalanya mesti berpolitik’. Oleh itu, mereka menjadikan media sosial sebagai tempat melepaskan geram dan tunjuk pandai. Pelbagai tuduhan dan tohmahan mereka cipta untuk menakut-nakutkan rakyat dalam banyak perkara. Sebenarnya bukan sahaja dalam soal GST, malah dalam bidang politik pun ramai yang menjadi ‘profesor’ dan penghasut rakyat. Walaupun ada antara mereka tidak terlibat dalam politik namun disebabkan hati sudah dilumuri dengan perasaan benci maka mereka menjadikan media sosial sebagai medan untuk memburukburukkan negeri dan negara. Namun, ramai yang tidak hairan jika perbuatan itu dilakukan oleh pemimpin atau ahli parti politik pembangkang kerana memang kerja

mereka cuba mempengaruhi rakyat dengan fakta-fakta tidak betul bagi membangkitkan perasaan benci kepada kerajaan, tetapi malangnya ada dalam kalangan ‘profesor’ media sosial ini terdiri daripada kelompok yang tiada kaitan dengan politik. Melalui pelbagai bahan yang sebarkan melalui aplikasi WhatsApp atau Facebook mereka menggambarkan seolah-olah kalaulah menjadi pemimpin, mereka jauh lebih baik daripada pemimpin sedia ada. Justeru apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan akan tetap dipandang sinis oleh ‘profesor-profesor’ tidak bertauliah ini. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila wujud pula ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ media sosial. Golongan ini pula berperanan menyebarkan sesuatu perkara berkaitan dengan agama tanpa memeriksa dahulu kebenarannya. Kesudahannya, acap kali kita perhatikan umat Islam menjadi riuh dengan penyebaran sesuatu berita atau fakta yang tidak betul. Apatah lagi orang kita memang suka perkaraperkara kontroversi termasuklah soal halal haram. Akibat daripada kelemahan umat Islam dan wujudnya kelompok ‘ustaz dan ustazah’ itu maka memberikan kesempatan kepada musuh Islam untuk menusukkan jarum beracun mereka bagi memecah belahkan orang Islam. Tambahan pula ada dalam kalangan orang Islam, mereka hanya bijak bercakap dan menyebarkan sesuatu perkara kebaikan tetapi mereka sendiri belum tentu melaksanakannya.

Bercakap soal agama seolah-olah merekalah paling suci, paling hebat dan berpengetahuan tetapi dalam masa sama mereka juga menjadi ‘profesor’ tidak bertauliah menyebarkan perkara yang boleh memecahkan belahkan umat Islam. Namun tidak kira apa pun pandangan kita, kewujudan ‘profesor’ dan ‘pakar’ media sosial ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh mendatangkan kesan buruk kepada kuasa politik orang Melayu dan keutuhan perpaduan sesama Islam. Kita boleh tidak bersetuju atau tidak sependapat dalam sesuatu perkara atau tindakan, tetapi jangan sesekali menyematkan perasaan benci kepada mana-mana juga pihak apatah lagi jika individu atau kelompok itu sebangsa dan seagama dengan kita. Ketika ini, sudah ada dalam kalangan orang Melayu termasuklah mereka yang kononnya mendabik dada sebagai pembela orang Melayu dan pejuang Islam mengamalkan politik kebencian. Golongan ini tidak mendatangkan keuntungan kepada survival politik orang Melayu dan umat Islam. Bersihkanlah hati dan sucilah jiwa. Jadilah orang Melayu yang benarbenar memperjuangkan kepentingan bangsanya dan seorang muslim yang sentiasa mempertahankan keutuhan umat Islam. Media sosial ibarat sebilah pisau terpulang kepada kita bagaimana mahu menggunakannya sama ada untuk kebaikan atau melakukan kejahatan.

|5

april 2015


Puteri Mandi, kuih tradisional Terengganu yang hampir menyamai kuih onde-onde dengan rasanya yang manis, enak dijadikan pencuci mulut. Tidak banyak bahan diperlukan untuk menghasilkan juadah ini, hanya menggunakan tepung pulut, gula melaka, kelapa muda yang diparut, daun pandan dan air secukupnya. Bagi menghasilkan ‘puteri-puteri’ yang cantik, sedikit pewarna mengikut cita rasa masing-masing boleh dimasukkan ke dalam adunan tepung pulut setelah digaul sebati bersama air daun pandan dan tidak melekat pada bekas yang digunakan. Selepas itu, bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil dan penyetkan ditengahnya supaya leper sebelum dimasukkan ke dalam air mendidih hingga masak. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak. Untuk menghasilkan intinya pula, gula melaka dimasak bersama sedikit air dan daun pandan sehingga larut, kemudian dimasukkan kelapa muda parut. Akhir sekali, ‘puteri-puteri’ tadi perlu digaul bersama inti berkenaan sebelum sedia untuk dihidangkan.

6 |april 2015


Terengganu PERKENAL PAKEJ PELANCONGAN RAMADAN

suarakita

TERENGGANU - CYBERVIEW METERAI MOU BANGUNKAN HAB TEKNOLOGI Selepas penubuhan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T), kerajaan negeri berjaya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat gergasi negara, Cyberview Sdn Bhd. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi MoU itu, syarikat itu menjadi penasihat bagi membantu Terengganu membangunkan hab teknologi. Menurutnya, fasa pertama pembangunan hab itu merangkumi kawasan berkeluasan 13.35 hektar di Pusat Sains Terengganu di Kampung Laut, Kuala Terengganu.

Kerajaan negeri akan memperkenalkan pakej khas pelancongan Ramadan bagi memastikan pelancong memilih untuk bercuti di negeri ini walaupun pada bulan puasa. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selain memperkenalkan makanan tradisi negeri itu kepada pengunjung, pakej pelancongan tersebut akan memberi penekanan kepada program ibadah khususnya sepanjang Ramadan. “Kita akan rangka pakej yang merangkumi majlis berbuka puasa, diikuti solat terawih, qiamullail, bersahur dan sebagainya. “Secara tidak langsung, ia akan jadi daya tarikan pelancong dan orang luar datang ke Terengganu termasuk bagi menghabiskan cuti hujung minggu dan dalam masa yang sama mendapat ilmu hasil pelancongan itu yang dilengkapi pelbagai pengisian ilmu berguna,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat

Agung Dwi Tahunan Kali Ke-17 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu di Dewan Tunku Abdul Rahman. Katanya, pakej secara terperinci akan diumumkan sebulan sebelum Ramadan oleh pihak pelancongan dan buat masa ini, apa yang perlu diberi tumpuan ialah mengenai pengangkutan. “ B ia s a nya d a la m b u la n R a m a d a n, sya rik a t p e ne r b a ng a n akan m e ng ur a ng k a n ju mla h penerbangan harian mereka ke Kuala Terengganu namun kita mahu ia dikekalkan, atau mungkin juga boleh ditambah bersempena pakej pelancongan ini nanti,” katanya.

“Pembinaannya telah mencapai sehingga 95 peratus dan dijangka akan dilancarkan pada tahun ini. “Kita tidak mengehadkan kawasan bandar sahaja dalam pembangunan ini, tetapi kawasan luar bandar juga akan diberi perhatian agar mereka tidak berasa terpinggir daripada kemajuan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU bagi pembangunan hab teknologi di Terengganu antara kerajaan negeri dan Cyberview Sdn Bhd di Kuala Lumpur. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda mewakili kerajaan negeri manakala Cyberview Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Faris Yahaya.

Menurut beliau, pakej pelancongan Ramadan yang bakal diperkenalkan buat julung kali itu juga akan menjadi perintis kepada lebih banyak program pelancongan berkonsepkan ibadah di negeri ini.

Ahmad Razif menyaksikan pertukaran MoU antara kerajaan negeri dan Cyberview Sdn Bhd yang berlangsung di Kuala Lumpur.

|7

april 2015


SASAR PERTUMBUHAN EKONOMI SEHINGGA 5.5 PERATUS

Menurutnya, ia termasuk sektor pelancongan, perkilangan, minyak dan gas, bioteknologi dan teknologi maklumat. “Melihat keadaan ekonomi dengan kejatuhan harga minyak dan nilai mata wang ringgit yang rendah, kita yakin inilah peluang sektor pelancongan meningkatkan ekonomi negara dengan mempromosikan Malaysia, terutamanya negeri Terengganu.

Ahmad Razif ketika mengadakan sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Terengganu dan Cyberview Sdn Bhd.

Kerajaan Terengganu menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu antara 5 hingga 5.5 peratus tahun ini setelah mencatat 4.2 peratus pada 2014. Manakala bagi pendapatan isi rumah, peningkatan sehingga RM8,000 setahun disasarkan pada

tahun 2020 berbanding sebanyak RM4,205 pada tahun 2013. Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan menumpukan empat sektor teras bagi mencapai sasaran tersebut.

“Nilai mata wang ringgit yang rendah juga tidak akan menjejaskan Malaysia, sebaliknya memberi kelebihan kerana menggalakkan lebih ramai pelancong asing melawat serta berbelanja di sini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pembangunan hab teknologi di Terengganu antara kerajaan negeri dan Cyberview Sdn Bhd, di Kuala Lumpur.

MAJLIS RESEPSI WALIMAH PERDANA 1TERENGGANU

Kerajaan negeri akan meraikan pasangan pengantin yang berkahwin tahun lalu dan masih kekal sebagai suami isteri menerusi Majlis Resepsi Walimah Perdana 1Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, mereka juga akan diberikan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional bernilai RM200 dalam akaun bersama.

Katanya, program seliaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu bertujuan menghargai kejayaan suami isteri baharu mengekalkan kerukunan rumah tangga mereka selepas enam bulan bernikah. “Ini kerana berdasarkan rekod tahun 2014, sebanyak 125 kes perceraian berlaku antara suami isteri dalam

8 |april 2015

tempoh setahun perkahwinan dan angka ini sangat menakutkan. “Sebab itu kita membuat program untuk membimbing suami isteri baharu melayari perkahwinan yang bahagia,” katanya.

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 11,415 perkahwinan telah direkodkan manakala kes perceraian yang berlaku melibatkan sebanyak 2,455 pasangan di mana 125 pasangan bercerai selepas setahun berkahwin manakala 838 kes perceraian melibatkan perkahwinan melebihi usia lima tahun. Muhammad Pehimi berkata, majlis resepsi itu akan turut menjemput keluarga pengantin yang akan diraikan oleh pemimpin di peringkat DUN masing-masing dan dilakukan secara berperingkat di seluruh negeri.

“Walaupun terdapat 11,415 pasangan suami isteri baharu sepanjang tahun lalu, namun majlis resepsi ini hanya untuk mereka yang boleh memberikan komitmen hadir sahaja untuk melayakkan mereka menerima hadiah itu. “Selain hadiah simpanan RM200, mereka akan turut diberi input dari segi ilmu dan bimbingan perkahwinan agar ikatan itu kekal ke akhir hayat seterusnya melahirkan generasi cilik yang berakhlak dan mempunyai keluarga bahagia,” katanya. Mereka yang ingin menyertai program ini boleh mendapatkan borang di Pejabat YPKT setiap parlimen dengan syarat salah seorang pengantin mestilah rakyat Terengganu.


suarakita

Pesona

D’Haja

Profil Nama Nor Hasniza Binti Ahmad Nama Panggilan Puan Ija Tarikh Lahir 23 Mac 1981 Asal Kuala Terengganu Pendidikan Diploma Kejuruteraan Komunikasi, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Melaka Pekerjaan Pengarah Urusan D’Haja (M) Sdn Bhd Keluarga Anak sulung daripada enam beradik

Mengenai D’Haja • Koleksi D’Haja yang bermula dari harga RM100 cukup terkenal dengan rekaan beropol, selain menampilkan fabrik kapas viscos. D’Haja dikeluarkan dalam jumlah yang terhad bertujuan memberi nilai eksklusif kepada sesuatu rekaan dan pada masa yang sama untuk menyuntik kelainan kepada si pemakai. • Menampilkan pelbagai koleksi yang terdiri daripada warna - warna ceria daripada fabrik yang berkualiti tinggi, D’Haja sememangnya satu jenama yang mempunyai tanda dagangnya sendiri.

Pencapaian • Syarikat mula ditubuhkan pada 2010 dengan pembukaan satu butik di Bangunan Seremban Plaza, Negeri Sembilan. Kini memiliki tiga cawangan iaitu di Shah Alam, Danga Bay dan Paka. • Sehingga kini mempunyai 13 rangkaian pengedar di seluruh Malaysia. • Memenangi Anugerah Usahawan MARA 2013 (AURA). • Penaja utama untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013. • Pendakwah bebas, Dato’ Noor Bahyah Mahamood sebagai ikon tudung D’Haja, bergandingan bersama duta tudung tersebut, Irma Hasmie.

|9

april 2015


Nawi Mohamad

PENGERUSI JAWATANKUASA PERTANIAN, INDUSTRI ASAS TANI, PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI NEGERI PERSONALITI Nawi Mohamad, 52, dilahirkan di Kampung Darau, Hulu Besut pada 16 Mei 1967. Memiliki perwatakan sederhana dan peramah, membuatkan wakil rakyat Hulu Besut itu disenangi ramai pihak terutama penduduk setempat. Beliau yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya dan menetap di Jalan Pasir Akar, Jerteh. Menjadi wakil rakyat DUN Hulu Besut selama tiga penggal sejak tahun 2004.

PERKHIDMATAN • Pengerusi Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) • Pengerusi Top IT Sdn Bhd

KEGIATAN POLITIK • Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut (1993 hingga 1995) • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut

10 |april 2015

(1995 hingga 2001)

• AJK UMNO Bahagian Besut (2004 hingga 2014)

• Ketua UMNO Bahagian Besut (2014 hingga sekarang)


suarakita Terengganu Mahu Jadi Negeri Terbesar Eksport Melon Manis Terengganu berhasrat muncul sebagai negeri terbesar mengeksport melon manis fertigasi ke luar negara dengan anggaran 3,600 metrik tan setahun, membabitkan pendapatan hampir RM10 juta. Sebanyak 648,000 melon manis ditanam pada setiap musim membabitkan kawasan seluas 67 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tok Dor, Besut. Melalui tanaman empat musim setahun itu , dianggarkan sebanyak 1,944 metrik tan setahun melon mampu dikeluarkan dan akan dijual di pasaran tempatan dan luar negara melalui TADC. Tanaman yang diusahakan sejak 2006 itu akan diperluaskan di beberapa kawasan bersesuaian, bagi memenuhi permintaan cukup menggalakkan sama ada di pasaran tempatan mahu pun luar negara. Antara negara yang berminat mendapat bekalan itu, termasuk Dubai, Hong Kong, Indonesia dan Singapura. Seramai 34 peserta sedia ada yang terlibat dengan projek itu mampu menjana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan. Industri melon mungkin agak jarang diterokai petani sedangkan ia mampu memberi pulangan sepanjang masa kerana tanamannya tidak memerlukan musim tertentu.

RM4.1 juta mulai pada tahun depan. Lebih 600 pemungut dan pengusaha madu lebah tualang asli di negeri bersedia mendapat madu asli di hutan acacia dan hutan gelam di negeri ini. Sebahagiannya ada menternak sendiri di dusun buah-buahan sebelum dijual kepada pihak berkaitan untuk dijual di pasaran tempatan dan luar negara. Kita juga mempunyai Pusat Apiari Zon Timur di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu yang dijadikan sebagai pusat latihan dan penyelidikan bagi tujuan itu.

Pusat Sehenti Madu Asli Di Terengganu

Beberapa institusi penyelidikan termasuk Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia menjalin kerjasama bagi mengkaji ketulenan madu lebah dan kelulut.

Kerajaan negeri akan membina Pusat Pembangunan Industri Madu di Chendering, Kuala Terengganu membabitkan peruntukan RM1.7 juta dalam tempoh terdekat. Pusat yang dilengkapi tempat pengumpulan, alatan pemprosesan, makmal analisis, pembotolan dan perlabelan itu akan dijadikan sebagai ‘Pusat Sehenti Madu Asli Terengganu’.

Usaha itu memperkukuhkan lagi kelangsungan projek agar menepati standard yang diperlukan, selain dapat mengeluarkan produk madu berkualiti tinggi mengikut standard yang ditetapkan. Apa yang dirancang itu bakal menjana pendapatan tambahan pengusaha sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan melalui program Agroreneur Muda.

Pihaknya mensasarkan sebanyak 40 metrik tan madu lebah dan 20 metrik tan madu kelulut dapat dikeluarkan dengan perolehan pendapatan

Kerajaan negeri serius mahu menjadi produk madu sebagai ole-ole ketiga selepas keropok dan batik. Antara jenama madu yang bakal

dikomersialkan, termasuk Rain Forest Organic Honey (tualang), Gelam Honey, Organic Honey, Acacia Honey dan Designer Honey.

600 Peserta Program Jom Nanam Sudah Peroleh Hasil Kerajaan Terengganu mengenalpasti hampir 600 peserta di negeri ini telah menyertai Program Jom Nanam yang diperkenalkan melalui Jabatan Pertanian Negeri pada Jun tahun lalu. Peserta yang terlibat terdiri pekebun kecil dan suri rumah itu mampu memperoleh kira-kira 40 metrik tan hasil tanaman sayuran dengan nilaian pendapatan RM143,000 satu pusingan. Tanaman yang dikenalpasti mendapat hasil, termasuk cili merah, kacang panjang, timun batang, terung, bayam hijau, bayam merah, kangkung dan sawi. Pihak berkaitan akan mempergiatkan promosi supaya sasaran 100 peserta bagi setiap DUN mampu dicapai pada masa akan datang. Kerajaan serius mahu melaksanakan program itu, semata-mata mahu mengurangkan monopoli dan eksploitasi orang tengah. Selain itu memanfaatkan tanah kosong di sekeliling rumah dengan tanaman sayuran segar dan memperoleh pendapatan sampingan.

| 11

april 2015


Pulau Duyong yang melatari sebahagian kuala Sungai Terengganu menyimpan 1,001 sejarahnya yang tersendiri, antaranya Kota Lama Duyung .

tahun 1920 oleh beberapa orang tukang Melayu serta Cina Singapura.

Kota yang diperbuat daripada bahan campuran seperti madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu Sesuai dengan panggilannya dan sebagainya lagi itu berukuran sebagai kota lama, warisan yang 400 meter persegi. berusia hampir mencecah satu abad Reka bentuknya mirip Istana Kecil itu dikelilingi oleh tembok batu dan Raja Melayu tetapi diperkayakan lagi kelihatan seperti sebuah kubu. dengan memasukkan unsur-unsur Rumah kepunyaan Dato’ Biji Sura (Nik pengaruh seni bina asing seperti Muhamad Hitam) yang merupakan Corinthian atau Mesir terutama pada seorang hakim telah mula dibina tiang dan dinding batu. pada tahun 1919 dan siap pada Rumah ini juga memperlihatkan unsur-unsur rumah tradisional melayu Terengganu iaitu Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan dihiasi dengan ukiran sobek di sekeliling beranda. Menariknya lagi, ia mempunyai sembilan buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian dimana setiap satunya bersambung dengan dapur, bilik mandi, sarung, beranda dan titian. Uniknya, jika sebelum ini telaga hanya terletak di tanah tetapi kota tersebut mempunyai kelainan apabila telaga terletak disebelah ruang dapur dimana ianya diangkat lebih tinggi. Kini, kota tersebut diselia oleh pihak Muzium Negeri Terengganu dan dibuka kepada pengunjung setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 6 petang secara percuma.

12 |april 2015


suarakita

KAMPUS POLITEKNIK Hulu Terengganu Siap

2017

Kampus Politeknik Hulu Terengganu (PHT) seluas kira-kira 40 hektar di Kuala Jeneris berhampiran persimpangan Tasik Kenyir dijangka siap pembinaannya akhir 2017. Pengarahnya, Abdul Razak Sadli berkata, penubuhan mercu tanda baharu itu membolehkan PHT mencapai sasarannya untuk muncul sebagai pusat pendidikan pelancongan sekali gus menarik lebih ramai pelajar serta masyarakat

terhadap perkhidmatan ditawarkan.

yang

“Tapak sudah ada dan kini dalam proses tender, jika siap dibina kelak kampus itu mampu menampung sehingga 1,400 pelajar pada satusatu masa. “Selain itu, kami turut merancang menambah pengkhususan bagi Diploma Pengurusan Pelancongan yang ditawarkan ketika ini termasuk dalam Pengurusan Resort diikuti

Taman dan Rekreasi,” katanya selepas Majlis Konvokesyen kali Ketiga PHT di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Projek pembinaan kampus PHT tergendala berikutan masalah teknikal dan tapak asal yang tidak sesuai. PHT yang menyewa bangunan milik Majlis Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang kini mempunyai 413 pelajar dengan menawarkan dua program pengajian iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan. Menurut Abdul Razak, PHT yang bakal dibina kelak dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk chalet, spa dan tasik itu dilihat mampu menjadi destinasi persinggahan pengunjung terutama mereka yang datang ke Tasik Kenyir.

11 PASAR NELAYAN

BAKAL BEROPERASI

Sekurang-kurangnya 11 buah Pasar Nelayan yang keseluruhannya bernilai lebih RM2 juta akan beroperasi di Terengganu dalam usaha memperkasakan nelayan selain menjayakan program Jihad Membasmi Orang Tengah di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Nawi Mohamad berkata, empat pasar berkenaan telahpun siap beroperasi, empat lagi dalam pembinaan manakala dua lagi akan dibina tahun ini.

“Kita juga merancang menambah bilangan ini menjadi sebelas buah iaitu di Kerteh, Kemaman dan Seberang Takir, Kuala Terengganu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pasar Nelayan Kampung Benting Lintang, Besut. Hadir sama, ADUN Kota Putera, Mohd. Mahadi Musa dan Pengarah Bahagian Infrastruktur Lembaga

Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Mohamad Shafee Mohamad. Beliau berkata, empat pasar nelayan yang beroperasi sekarang telah mencapai jualan sebanyak 140 metrik tan yang bernilai RM1.2 juta sebulan yang merupakan satu pencapaian yang baik dengan kerjasama semua pihak.

Katanya, empat Pasar Nelayan yang telah beroperasi itu ialah di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, Rhu 10 (Setiu), Bandar Dungun (Dungun) dan Seberang Kastam (Besut) dengan pasar terbaharu mula beroperasi di Kampung Benting Lintang, Besut. Menurutnya, empat lagi Pasar Nelayan yang memberi fokus kepada pendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan sedang dalam pembinaan di Kampung Che Wan, Kijal (Kemaman), Taman Hadhari di Paka, Dungun, Rhu Muda dan Pengkalan Maras di Marang.

| 13

april 2015


“Bagi daerah Kemaman melibatkan Tunas Manja, Giant TMC, The Store dan Giant Kijal. Manakala Pasar raya Nirwana, Aneka, Samamaju, Ah Hong dan Pembong Tang Liang Heng di Dungun.

20 PASAR RAYA

Mohd Zubir meninjau barangan basah di pasar raya Sempena Kempen Penurunan Harga.

SERTAI KEMPEN TURUN HARGA

Sebanyak 20 buah pasar raya di Terengganu mengambil bahagian dalam kempen penurunan harga anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) peringkat negeri mulai Mac. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi

dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud berkata, serentak dengan kempen yang turut dilancarkan di seluruh negara bermula awal mac lalu, antara pasar raya di Terengganu yang mengambil bahagian adalah Emporium Hock Kee Seng, Giant Kuala Terengganu, Nirwana serta Tunas Manja bagi daerah Kuala Terengganu.

“Sementara itu, di Besut terdiri daripada Pasar Raya Pantai Timur Jerteh, Econjaya Jerteh, Pantai Timur Kuala Besut serta Supermas Gong Kepas Kampung Raja. Di Setiu pula, Pasaraya PKT Kampung Buluh Permaisuri telah mengambil bahagian,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Penurunan Harga Barang yang disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong. Menurut Roslee, kesemua pasar raya tersebut akan menyertai kempen itu dalam tempoh antara satu hingga empat bulan bergantung kepada pengurusan pasar raya masingmasing. Katanya, pelancaran kempen berkenaan merupakan antara inisiatif kerajaan untuk meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Tandas Awam LIMA BINTANG

itu sekali gus mampu menjadi tarikan dan keselesaan kepada pengguna khususnya pelawat luar Terengganu. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mohd Zulkifli Abu Bakar, berkata MPK membelanjakan RM250,000 hasil peruntukan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mentransformasikan tandas-tandas awam di Daerah Kemaman. Inisiatif pemimpin tertinggi negeri, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman yang turun padang bagi menggerakkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membuat perubahan berkonsepkan ‘cara lama dimensi baru’ khususnya dalam aspek kebersihan berjaya menyuntik transformasi. Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang menyokong hasrat murni kepimpinan yang berteraskan Transformasi Terengganu Baharu dan Terengganu TerBersih (TTB) meningkatkan tahap kebersihan tandas awam di daerah

14 |april 2015

“Buat permulaan, peruntukan itu digunakan bagi menaiktaraf tiga buah tandas awam di sekitar Bandar Chukai iaitu Tandas Awam Pasar Chukai, Tandas Awam Stesen Bas Bandar Chukai dan Tandas Awam Pasar Borong,” katanya. Katanya, MPK berusaha ke arah menjadikan kemudahan awam itu lebih mesra pengguna, mementingkan ciri keselamatan dan menambah keceriaan tandas menerusi landskap yang menarik beserta warna premis yang lebih ceria.


suarakita

Tunai Janji

AGENSI KERAJAAN

DIGESA

TURUN PADANG

BANTU RAKYAT

Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada pengayuh beca pada Majlis Pemberian Sumbangan Insentif Pemilik Beca dan Bot Penambang di Wisma Darul Iman.

Janji kerajaan negeri untuk memberikan insentif RM200 sebulan kepada pengayuh beca roda tiga dan pengusaha bot penambang menerusi Bajet 2015 berjaya ditunaikan. Seramai 76 penerima termasuk 20 pengusaha bot penambang menerima bantuan itu yang disampaikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di perkarangan Wisma Darul Iman. “Setiap yang berdaftar akan menerima RM600 seorang kerana kita buat bayaran untuk Januari hingga Mac. “Jadi selepas ini, sehingga bulan Disember dan mungkin tahuntahun akan datang bantuan RM200 setiap bulan akan diberikan kepada individu yang sama berdaftar dengan kita bagi mengelakkan penipuan dengan disalurkan terus ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional masing-masing,” ujarnya pada majlis itu. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.

Sementara itu katanya, antara usaha kerajaan negeri bagi membantu golongan ini, mereka juga akan dijadikan anak angkat kepada jabatanjabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini. “Sebanyak 11 GLC akan mengambil bahagian sekali gus menunaikan tanggungjawab sosial korporat mereka menerusi program ini. “Syarikat-syarikat ini akan membantu meningkatkan taraf hidup penarik beca dan pengusaha bot nelayan termasuk dari segi menanggung kos baik pulih pengangkutan yang mereka gunakan sebagai punca pendapatan serta membiayai kos kewangan untuk pertandingan beca dan bot berhias yang akan dianjurkan kerajaan negeri,” katanya. Menurutnya, secara tidak langsung selepas daripada pertandingan itu beca dan bot tersebut boleh terus digunakan untuk tujuan promosi pelancongan yang akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Ahmad Razif meninjau keadaan pejabat di Wisma Persekutuan ketika Program Turun Padang.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menggesa agensi kerajaan pusat dan negeri di Terengganu bekerja secara berpasukan supaya mampu menawarkan perkhidmatan dan menyelesaikan masalah rakyat dengan kaedah terbaik. Katanya, jangan tunggu rakyat datang ke pejabat buat aduan, sebaliknya perlu turun ke bawah untuk melihat dan mendengar apa permasalahan rakyat. “Dekatilah rakyat, berkunjunglah ke tempat mereka kerana bila kita dekat dengan mereka kita akan tahu pelbagai masalah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika program ‘walkabout’ di Wisma Persekutuan. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda. Ahmad Razif menyarankan agensi kerajaan membuka lebih banyak kaunter perkhidmatan di luar pejabat untuk memudahkan rakyat berurusan. “Pendekatan itu jelas memberi gambaran mesra rakyat dan inklusif, selain mampu memberi gambaran jelas dengan produk yang ditawarkan,” katanya.

| 15

april 2015


Lensa

SuaraKita

Pelawak terkenal tanah air, Jep dan Shuib melayan peminat cilik ketika mengadakan persembahan di Karnival Transformasi Terengganu Baharu, di DataranPermata, SeberangTakir.

Kanak-kanak teruja melihat motorsikal lama yang diubahsuai pada Karnival Transformasi Terengganu Baharu di Dataran Permata, Seberang Takir.

ADUN Pengkalan Berangan A. Latiff Awang bersama isteri Norlia Harun menuju ke Dewan Serbaguna Beladau Selat selepas Majlis Penyerahan Input Sokongan Akuakultur di Beladau Kepong, Kuala Terengganu

16 |april 2015

Aksi dua pesilat mempersembahkan Seni Silat Kura-Kura ketika Siri Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 peringkat keempat di Pekan Kuala Berang.

Amanina Ahmad Alawi berkongsi kegembiraan bersama ibu bapanya Huzaila Hussain dengan Ahmad Alawi Mat Salleh selepas meraih 11A+ dan muncul pelajar terbaik Terengganu dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2014.

Sekumpulan daripada 96 pelajar menjalani sesi temuduga sebelum diserapkan ke Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus.


suarakita

Sukarelawan bekerjasama memindahkan al-Quran yang rosak akibat banjir di Kelantan untuk dilupuskan di perkarangan Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu.

Seorang pengusaha kuih tradisional dari Kuala Berang, Fatimah@Anang Ayub,78, menunjukkan kuih sekaya labu antara kuih yang mendapat sambutan pelanggan.

Tiga pelajar cemerlang SPM gembira menerima sumbangan daripada kerajaan negeri di Majlis Penyampaian Komputer Riba Kepada Pelajar Cemerlang SPM Dan STPM Terengganu 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu.

Wanita UMNO Marang menerima anugerah atas kecemerlangan masing-masing sempena pelancaran dan penyampaian Vest Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Marang, di Dewan Sivik Binjai Rendah, Marang.

Penceramah bebas, Ustaz Mohd Kasim Elias bersama moderator Ustaz Mohd Zaki Mat Yakim ketika menyampaikan forum ‘Dulu Lain Sekarang Lain’ dalam program Al Hiwar di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam.

Anak Terengganu, Mohd Rafi Qori yang mengetuai pasukan MY Team dalam Ekspedisi ‘Trek For A Cause’ mengibarkan logo TTB di Everest Base Camp, Banjaran Himalaya.

Petugas melayani tetamu yang sabar menanti hidangan rojak buah yang tersedia di Majlis Makan Malam di Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu DiRaja Malaysia (RAMD) Kem Sri Pantai, Seberang Takir.

Pertunjukkan Seni Silat Tempur Senjata Ketika Pelancaran Gerak Kerja Dun Wakaf Mempelam Di Taman Tamadun Islam(Tti).

| 17

april 2015


Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera sebanyak RM100,000 untuk kerja mendalamkan muara Sungai Merang, Setiu. Inisiatif jangka pendek itu sebagai alternatif menyelesaikan kemelut yang melanda sebahagian besar daripada 850 nelayan dan pengusaha bot pelancongan di Setiu khususnya di Pulau Redang untuk keluar masuk berikutan muara yang cetek dan sempit sebelum ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, satu permohonan dibuat kepada Kerajaan Pusat mengenai keperluan yang boleh dilaksanakan supaya kerja pemulihan tidak berulang kali dan menyebabkan perbelanjaan berulang kali bagi mendalamkan muara sebelum ini.

“Saya berpandangan perlu ada satu kajian khusus dan ini diserahkan kepada dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memandangkan muara ini juga termasuk dalam peruntukan JPS menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang berjumlah RM100 juta,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kajian terperinci perlu dilaksanakan dengan melibatkan jangka masa panjang antara antara enam bulan hingga setahun memandangkan pelbagai faktor perlu diambilkira termasuk kajian yang dilaksanakan ketika musim monsun bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

Beliau berkata selepas melakukan tinjauan ke jeti Merang dan Kampung Mangkuk, Setiu. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.

“Jika dipersetujui oleh Kerajaan Pusat (menerusi RMK11) kajian oleh JPS yang bermula 2016 akan melibatkan RM3 juta, sebelum kerja pelaksanaan pada 2017 dengan keperluan RM25 juta secara berperingkat-peringkat sehingga mencecah RM100 juta bagi menyelesaikan keseluruhan projek ini,” katanya.

Ahmad Razif berkata, pemulihan semula itu akan memberi peluang kepada Sungai Merang untuk muncul sebagai gerbang pelancongan ke Pulau Redang.

JOM PELAJARI

Loghat Terengganu Perkataan

BERADONG 18 |april 2015

Dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘Immaculate’ Makna : 1. Suatu keadaan yang teratur dan lengkap Contoh ayat : 1. Ketibaan orang kenamaan itu telah disambut beradong oleh orang-orang kampung dengan perbarisan bunga manggar dan persembahan silat.

2. Dia memakai Baju Melayu dengan samping dan songkok beradong, semasa menghadiri Majlis Sambutan Maulidul Rasul. 3. Majlis perkahwinan itu tidak dibuat secara ala kadar, tetapi diadakan secara beradong, memandangkan itulah satusatunya anak perempuan mereka.


suarakita

Terengganu terus unggul dalam bidang akademik dengan pencapaian membanggakan apabila berada di kedudukan hadapan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2014. Ia turut mencipta sejarah tersendiri apabila tiga daripada 53 sekolah yang menawarkan pendidikan tingkatan enam memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas sekali gus menempatkan diri dalam kalangan sekolah paling cemerlang di negara ini. Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin yang memperoleh PNGK 3.21 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Besut (PNGK 3.12) yang masingmasing terpilih untuk menerima anugerah sekolah terbaik STPM peringkat kebangsaan. Pengarah Pendidikan Negeri, Zakaria Hussin memberitahu, sebuah lagi sekolah yang mencatatkan PNGK melebihi 3.0 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang iaitu sebanyak 3.10. Turut mencatatkan keputusan membanggakan ialah 19 sekolah lagi yang memperoleh PNGK melebihi 2.80 termasuklah SMK Renek, Besut; SMK Padang Midin dan SMKA Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu; SMK

Kuala Telemong, Hulu Terengganu; SMK Paka, Dungun; SMK Kuala Besut serta beberapa sekolah lain. “Secara keseluruhannya, 45 daripada 53 sekolah itu mencatatkan peningkatan memberangsangkan manakala selebihnya menunjukkan sedikit penurunan sekali gus meletakkan Terengganu sebagai antara negeri terbaik daripada segi pencapaian STPM selepas memperoleh PNGK 2.74 berbanding PNGK kebangsaan iaitu 2.62. “Pencapaian itu juga mengatasi PNGK tahun sebelumnya 2.58 iaitu peningkatan yang sangat signifikan, iaitu sebanyak 0.16 mata atau 6.20 peratus,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pencapaian peringkat negeri, di SMA Sultan Zainal Abidin ddalam majlis meraikan para pelajar cemerlang peperiksaan itu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman. Dalam majlis itu, seramai 12 calon yang mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil serta dua calon yang mendapat semua A- menerima sijil penghargaan beserta beg dan komputer riba.

Soon, Shazleen Shahhira Yaaccob, Siti Nur Amirah Ghazali, Noor Fariena Natyasha Husin, Tengku Norfazlia Tengku Saharudin, Syahrul Shafiq Omar di samping Wan Ee Va, Mariam Jamilah Abdullah, Norfazirah Besah dan Nurul Izzati Che Juhari. Sementara itu, Ahmad Razif yang berpuas hati dengan pencapaian itu turut mengumumkan keputusan kerajaan negeri menyediakan ganjaran khas kepada sekolahsekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang yang disalurkan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah tersebut. “Kerajaan negeri meluluskan sebanyak RM20,000 kepada SMA Atas Sultan Zainal Abidin atas kecemerlangan sekolah itu manakala dua lagi sekolah iaitu SMK Putra dan SMKA Durian Guling pula masingmasing akan menerima peruntukan sebanyak RM10,000,” katanya. Secara keseluruhannya, seramai 2,014 calon menduduki peperiksaan itu di negeri ini yang terdiri daripada 1,982 calon sekolah kerajaan, 25 calon sekolah swasta dan lima calon persendirian.

Penerimanya termasuklah Aisyah Nadhirah Juhari, Nurul Najiha Ramlee, Hui Min Siew, Ng Hui Teng, Khor Boon

| 19

april 2015


Zulkifli Othman Rempah Ikan Bakar Serbaguna (ZORIBS) yang merupakan syarikat pengeluaran produk makanan asas tani serta menjalankan aktiviti pemborong dan peruncitan meniti pelbagai cabaran sebelum mengukuhkan jenamanya dalam pasaran tempatan khususnya di Terengganu. Dengan bermodalkan RM10,000 dimana separuh daripadanya adalah hasil pinjaman daripada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan selebihnya simpanan sendiri, pemiliknya Zulkifli Othman, 48, boleh berbangga kerana produk berasaskan sos buatannya kini telah berada di pasaraya terkemuka di negeri ini. Malah, siapa sangka perniagaan yang diusahakan sejak 2009 oleh bapa kepada empat anak yang dulunya mengabdikan diri menjual surat khabar selama 14 tahun demi mencari rezeki halal akhirnya semakin berkembang kukuh sehingga berjaya menghasilkan empat produk utama yang mendapat sambutan menggalakkan. “Semasa awal pembabitan, dengan dibantu tiga pekerja kami hanya membuat sos ikan bakar untuk dipasarkan ke kedai-kedai runcit tetapi sekarang ini produk keluaran ZORIBS yang berjaya menambat hati pengguna

20 |april 2015

termasuk rempah ayam madu, cili boh dan sambal tumis dendeng. “Perkembangan produk ZORIBS banyak dibantu hasil bimbingan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta YPU,� ujarnya kepada Suara Kita di premis perniagaannya yang terletak di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Pada masa yang sama katanya, sokongan isteri Rohaya Mamat, 43, dan anak-anak serta semangat kental untuk mengubah nasib keluarga dan tidak mudah berputus asa membuatkan beliau yang tidak mempunyai sebarang asas semasa baru menceburi perniagaan ini sanggup menebalkan muka keluar masuk jabatan berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai produk keluarannya. Katanya, beliau bersyukur kerana perusahaan yang dijalankan itu mampu bertahan sehingga kini dan diterima pembeli termasuk pengusaha katering dan kedai-kedai runcit tempatan, malah lebih menarik rakyat tempatan yang tinggal di Kota London serta pelajar-pelajar negeri ini yang menuntut di Jordan juga selalu mendapatkan produk keluarannya untuk kegunaan.


SetiuWetland

suarakita

Taman Negeri

Kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Taman Bencah Setiu atau lebih dikenali dengan Setiu Wetland sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semulajadinya.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, untuk peringkat permulaan, tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan kawasan itu bagi tujuan ekopelancongan. “Pada asalnya kawasan yang dicadangkan seluas 1,743 hektar, bagaimanapun pada peringkat awal ini perkara utama yang perlu ditekankan adalah bagaimana menjadikan kawasan 400 hektar yang diwartakan itu sebagai tarikan ekopelancongan terlebih dahulu. “Justeru, selaras dengan hasrat tersebut kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan sebanyak RM500 ribu buat permulaan untuk tujuan pembinaan benteng di kawasan pantai bagi mencegah air laut memasuki kawasan hutan paya

bakau yang telah dikenalpasti,” ujarnya selepas meninjau Setiu Wetland di Setiu. Menurut Ahmad Razif, pihaknya juga sedang menunggu keputusan daripada kerajaan pusat berkenaan permohonan berjumlah kira-kira RM9.1 juta bagi membangunkan keseluruhan kawasan yang dicadangkan sebagai Taman Negeri itu. Katanya, selain kerajaan negeri, pihak yang terlibat sepenuhnya dalam merencanakan pembangunan di kawasan Setiu Wetland adalah ECERDC, Jabatan Perhutanan serta Yayasan DiRaja Sultan Mizan. “Kita juga mendapat khidmat nasihat dari segi pembangunan kawasan dan penyelidikan tentang pemuliharaan alam semulajadi yang dikendalikan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT). “Mengikut kajian yang dibuat UMT tahun lalu, setiap kawasan dengan keluasan 400 hektar di Setiu Wetland, nilai asetnya bernilai kira-kira RM1.5 juta,” ujarnya.

A. Rahman memantau keberkesanan CCTV yang disumbang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pejabat Majlis Perbandaran Dungun.

Dungun

Giatkan Kempen Bandar

SELAMAT

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) menerima 16 unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam usaha membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah di daerah tersebut. Yang Dipertua MPD, A. Rahman Che Ali berkata, CCTV berkenaan adalah sumbangan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. “Antara lokasi pemasangan CCTV itu adalah di Hadapan Sekolah Menengah Sains Dungun, kawasan Masjid Intan Zaharah, persimpangan Arena Merdeka serta persimpangan Che Lijah. “Sebelum ini, MPD turut menerima 35 unit CCTV daripada kerajaan negeri sejak 2011 hingga tahun lalu,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Majlis Penyerahan CCTV Majlis Perbandaran Dungun. Katanya, berdasarkan kepada perakuan Lab Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), program ‘Bandar Selamat’ telah disyorkan menjadi asas utama untuk meningkatkan keselamatan awam dan pencegahan jenayah jalanan di bandar-bandar seluruh negara. “Justeru, pemasangan CCTV ditempat awam dan kawasan-kawasan ‘Hot Spot’ adalah satu langkah pencegahan jenayah jalanan dalam Program Bandar Selamat,” ujarnya. Katanya, langkah itu juga turut membantu pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam kawalan, penguatkuasaan dan pengurusan masalah laulintas dan lot parkir kenderaan dalam bandar.

| 21

april 2015


RM21.8 Juta KILANG PADI

HASIL USAHA TANAH TERBIAR

Beri Manfaat

2,000

Pesawah

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan membuka sebuah lagi kilang memproses padi bernilai RM8 juta di Hulu Besut tahun hadapan. Ketua Pengarah LPP, Dato’ Arpan Shah Haji Satu berkata, kilang itu yang berupaya memproses padi antara lima hingga enam tan metrik sejam, akan dibina di kawasan seluas 20 ekar di Kampung Baruh Masin. “Kilang ini akan memberi manfaat kepada lebih 2,000 pesawah ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di daerah Besut, Setiu dan Pasir Putih, Kelantan dalam mengilang dan memasarkan hasil tanaman mereka,” katanya. Arpan Shah bercakap selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-35, PPK Gerai, Besut. LPP buat masa ini mempunyai dua kilang memproses padi iaitu di Kampung Kangkong, Kelantan dan Kubur Panjang, Kedah. Arpan Shah berkata LPP sedang membantu anggotanya di seluruh negara menguasai industri padi dengan melengkapkan rantaian nilai industri padi menjelang tahun 2016 supaya tidak lagi bergantung pada khidmat orang tengah. Beliau juga berkata usaha kerajaan memberi peruntukan besar untuk menyediakan pelbagai subsidi kepada penanam padi berhasil apabila penanam padi dapat meningkatkan hasil tanaman sehingga 5 tan metrik sehektar.

22 |april 2015

Ahmad Razif bersama Dato’ Baharum (lima dari kiri) dan kakitangan Felcra Berhad bergambar kenangan selepas Program Pengagihan Lebihan Pendapatan Kepada Kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman.

Terengganu menerima lebihan pendapatan RM21.8 juta yang diagih Felcra Berhad, hasil tanaman kelapa sawit dan getah di kawasan terbiar seluas 23,414 hektar di negeri ini. Pendapatan hasil tanaman kelapa sawit di kawasan 22,091 hektar dan getah (1,322 hektar) itu turut memberi manfaat kepada lebih 7,000 penduduk di mana telah menerima dividen berjumlah RM359 juta sehingga tahun lalu. Golongan itu yang terdiri orang awam menerima bayaran berjumlah RM297 juta, peserta asal (RM41 juta) dan Program Pemulihan Rakyat Termiskin (PPRT) pula melibatkan bayaran RM20 juta. Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad, Dato’ Baharum Mohamed, berkata pihaknya komited melaksanakan hasrat kerajaan yang mahu melihat pembangunan negara dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat sehingga ke luar bandar.

Katanya, faktor itu mendorong Felcra membangunkan banyak tanah terbiar di Terengganu untuk projek tanaman kelapa sawit dan getah. “Setiap hasil dan keuntungan yang diperoleh diagihkan mengikut penjanjian ditetapkan iaitu Felcra 60 peratus, manakala pemilik tanah iaitu Kerajaan Terengganu pula 40 peratus. “Lebihan pendapatan akan dibayar kepada pemilik tanah bergantung kepada hasil tanaman iaitu lima tahun atau sepuluh tahun sekali,” katanya selepas Program Pengagihan Lebihan Pendapatan Kepada Kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman hadir menerima cek berjumlah RM21.8 juta yang disampaikan Baharum, sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.


suarakita

Tinggalkan

DUNIA PERBANKAN

Bantu Suami Keputusan menamatkan perkhidmatan sejak lima tahun lalu di bidang perbankan yang mula diceburi pada 1995, tidak pernah disesali, apatah lagi tanggungjawab bergelar isteri wakil rakyat menuntut tugas yang melangkau peranan seorang isteri dan juga ibu. Fadzliaton Ruhaizan Ramli yang lebih mesra disapa Kak Ijan, kini mempunyai lebih banyak ruang masa dan kudrat untuk menyokong peranan suami, Ir Rosli Othman selaku ADUN Kemasik serta Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri yang perlu menunaikan amanah kepada rakyat tanpa mengenal masa dan ketika. “Memang terkejut apabila YB memberitahu akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008) lalu dan pada awalnya hanya menyangka dia mahu menguji Kak Ijan, bagaimanapun sebaik melihat sendiri borang pencalonan yang sampai ke pejabat, barulah boleh mempercayai kata-katanya. “Demikianlah segalanya sudah disusun dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah SWT dan kami sekeluarga akan sentiasa menyokong perjuangan YB sama ada dalam senang mahupun susah,� katanya. Kak Ijan turut mengakui yang dia kini semakin serasi dan mudah bergaul dengan masyarakat serta pemimpin akar umbi sekaligus kelebihan itu memudahkannya bersama kakitangan Pejabat DUN mengatur pelbagai program kebajikan dan sosial sehingga jayanya. Mengimbau pertemuan yang mengikat kepada lafaz ijab kabul antara mereka tanggal 29 November 1998 itu bermula apabila Rosli ketika itu sedang menguruskan projek pembinaan di Bukit Tinggi, Pahang dan menjadi pelanggan di institusi kewangannya sebelum menerbitkan bibit-bibit perkenalan. Perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Nurul Fatin, 16; Muhamad Ali Hakim, 15; Nurul Aisyah Maisarah, 8 dan Muhammad Aiman Harris Rosli, 3. Wanita yang berkaraktor ceria dan peramah yang lahir tanggal 20 Mac 1977 itu turut berkongsi minat serupa dengan Rosli, iaitu menonton wayang dan bercuti ke destinasi menarik bersama keluarga jika ada waktu senggang.

| 23

april 2015


SUBSIDI RUMAH RM48,000

Untuk Keluarga Miskin Kerajaan Terengganu terus membela nasib golongan yang tidak berkemampuan di negeri itu apabila bakal menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) hanya dengan kadar RM20,000 seunit kepada golongan tersebut. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, buat permulaan sebanyak 50 unit RMM Kampung Batin, Seberang Takir disediakan kepada golongan itu dengan hanya RM20,000 seunit berbanding harga sebenar RM68,000 seunit “Harga bagi sebuah rumah ini sekarang RM68,000. Bagaimanapun, setelah berbincang dengan pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersetuju memberi subsidi sebanyak RM30,000 manakala pihak kerajaan menambah lagi subsidi sejumlah

RM18,000 menjadikan harga bagi rumah tersebut RM20,000 sahaja. “Nilai rumah yang sangat jauh lebih rendah berbanding harga asal itu bagi memastikan golongan berpendapatan rendah terus mendapat pembelaan bagi memiliki

RANGER KENYIR

Penubuhan pasukan itu merupakan satu langkah serius oleh kerajaan negeri ketika tasik itu semakin terdedah kepada pencerobohan dari segenap sudut dengan kemudahan laluan perhubungan. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasukan tersebut dianggotai oleh pegawai daripada Jabatan Perhutanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Angkatan Tentera Malaysia

24 |april 2015

Beliau ditemui pada Program Jalinan Kasih Warga Kemas Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. Turut serta Pengarah Kemas Negeri, Dr Faridah Mat. Tambahnya, pihak MAIDAM akan membuat pemilihan pemohon yang layak mengikut data yang diperolehi. “Mereka yang dipilih adalah dari saluran yang betul dan pihak kerajaan tidak akan berkompromi kerana golongan ini juga layak untuk hidup selesa seperti orang lain. Kadar bayaran yang dikenakan setiap bulan hanya RM50,” katanya.

Ahmad Razif turut menyertai tarian zumba sempena Program Jalinan Kasih Warga Kemas Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.

Terengganu Tubuh

Kerajaan negeri menubuhkan satu pasukan khas, dinamakan Ranger Kenyir bagi beroperasi sepenuh masa dalam menangani gejala pemburuan haram, penyeludupan keluar khazanah hidupan dan alam sekitar kawasan Tasik Kenyir.

kediaman sendiri,” katanya.

(ATM) serta beberapa agensi berkaitan. “Pasukan ini telah mula beroperasi bulan ini dan mereka juga telah merancang untuk mengadakan beberapa operasi bersepadu secara sulit dalam usaha menangani gejala itu dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit. “Kita tidak mahu segala kekayaan sumber, keindahan flora dan fauna di kawasan Tasik Kenyir ini hilang akibat perbuatan tidak bertanggungjawab oleh mereka yang berkenaan,” katanya.

Ahmad Razif memberitahu, setiap jabatan atau agensi yang terlibat dalam pasukan itu akan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada iaitu

mengikut yang telah dipersetujui atau diwartakan oleh jabatan mereka sebelum ini. “Setakat ini, kita masih belum berjaya membuat tangkapan terhadap mereka yang terlibat. Bagaimanapun, hasil risikan awal termasuk operasi yang dijalankan oleh pihak tentera, kita berjaya menemukan atau jejak yang ditinggalkan oleh mereka,” ujarnya. Menurut beliau, Ranger Kenyir merupakan unit yang berbeza daripada pasukan khas sedia ada yang ditubuhkan oleh mengawal selia kawasan hutan di seluruh negeri ini kerana ia hanya memfokuskan kawasan sekitar Tasik Kenyir. “ B a g a i m a n a p u n , jumlah sebenar petugas Ranger Kenyir ini kita tidak boleh maklum kerana ia melibatkan banyak jabatan dan setiap operasi yang dijalankannya adalah sulit,” katanya.


suarakita

Masjid Taman Ilmu di Tembila, Besut yang menerapkan gabungan senibina Islam Moghul dan Mesir merupakan masjid terbesar di Terengganu dan keenam di Malaysia. Memiliki menara utama setinggi tujuh tingkat atau 75 meter tinggi dan empat menara kecil yang bersambung pada setiap bucu masjid. Reka bentuk bumbung bertingkat yang disusun piramid pasti menarik terutama jemaah masjid rumah Allah itu .

berlapis dua dan tiga secara meninggi seperti perhatian orang ramai setiap kali bertandang ke

Pada puncak bumbung pula, dipasang ragam hias yang dikenali ‘mahkota atap’ atau buah buton. Satu-satunya masjid di Terengganu yang mampu menampung jemaah teramai pada satu-satu masa iaitu10,000 orang. Masjid berkeluasan 10,000 meter persegi dan dibina di kawasan seluas 12.4 hektar itu mula digunakan jemaah pada Mei 2014.

Kemudahan yang disediakan untuk keselesaan jemaah, termasuk bilik multimedia, bilik kuliah dan bangunan audio visual. Pengurusan dan pentadbiran Masjid Taman Ilmu ditadbirurus jawatankuasa masjid yang diketuai Ahmad Azhar Harun @ Musa sebagai Pengerusi Masjid.

| 25

april 2015


Karnival TTB Jelajah Setiap Daerah

Karnival TTB bakal dianjurkan secara bersiri dengan menjelajah ke seluruh daerah di Terengganu. Pendekatan itu bagi membolehkan rakyat mengambil manfaat serta dapat mengenali prinsip TTB secara mendalam. Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di hadapan hampir 15,000 pengunjung ketika merasmikan Karnival TTB di Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Nerus, baru-baru ini. Pada majlis itu, Ahmad Razif turut melancarkan logo dan lagu TTB iaitu konsep yang diilhamkan beliau dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang lebih kompetitif dan berdaya saing seiring dengan perkembangan semasa. Apa yang dianjurkan kerajaan negeri itu sebenarnya mempunyai falsafah dan harapan besar di sebaliknya, agar masyarakat memahami kenapa TTB diperkenalkan. Orang rawai sewajarnya memanfaat sebaik mungkin apa yang

26 |april 2015

dilaksanakan itu kerana jelas sejajar dengan lapan prinsip dalam TTB yang menjadi keutamaan kerajaan negeri iaitu inklusif (suara rakyat, suara keramat), masjid dan surau sebagai sumber penyatuan. Prinsip lain, keluarga bahagia, rakyat sejahtera; integriti bersih dalaman dan luaran, mesra tapi tegas, disiplin kerja yang tinggi serta seruan perpaduan dan memperkasa pendidikan adalah amat penting dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Dalam hal ini, sudah pasti kerajaan negeri mahu memastikan bahawa prinsip-prinsip itu sentiasa diguna pakai pada setiap masa. Pada masa yang sama, Ahmad Razif cukup berharap prinsip itu sentiasa meniti dari bibir ke bibir, sekaligus turut menyokong dan mendokong apa yang dilaksanakan pemimpinpemimpin negeri dalam usaha merealitikan sebuah impian. Sepanjang program berlangsung, 53 booth dari pelbagai agensi mengambil bahagian, termasuk Kolej Universiti Tati (TATiUC), Unit Komunikasi Negeri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), TTITC, Yayasan Terengganu dan sektor swasta.


Program-program yang menggabungkan pelbagai yang menjuruskan kepada kekeluargaan.

dianjurkan pengisian semangat

suarakita

Usaha itu jelas mempunyai unsur dan nilai positif seperti program keagamaan, kerohanian, belia, ekonomi, kemahiran, seni budaya, kesukarelawan, kebajikan, kesihatan, kerjasama serta kemesraan. Paling menggembirakan golongan belia dan graduan apabila sebanyak 2,400 jawatan ditawarkan 16 majikan di Terengganu pada karnival julung kali itu. Peluang kerja itu ditawarkan melalui program ‘Jom Keje’ Karnival TTB. Forum Perdana turut menjemput tiga orang panel iaitu Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan Profesor Dr Muhaya Mohamad mendapat sambutan lebih 7,000 orang. Program bermanfaat lain termasuk servis kenderaan secara percuma, JPJ Bersama Komuniti, pendaftaran daftar pemilih dan pendaftaran Skuad Sukarelawan TTB. Pada masa sama, senamrobik TTB, pertandingan bola sepak, bola jaring, dam aji dan permainan tradisional tetapi diolah dalam bentuk moden turut dianjurkan. Demonstrasi memasak oleh Papa Joe, persembahan oleh Raja Lawak, pertandingan mewarna kanak-kanak serta program Sayangi Jantung Anda dari Institut Jantung Negara dimanfaat sepenuhnya orang ramai.

| 27

april 2015


Kampung paling hujung yang terletak di Hulu Besut ada sejarahnya yang tersendiri. Dengan namanya yang begitu unik, Kampung Subahanallah yang terletak di Mukim Keruak merupakan sebuah kawasan yang tidak berpenghuni. Menurut Pengerusi Homestay Keruak, Mohamad Abd Rahman, Kampung Subahanallah adalah salah satu tempat persinggahan pada masa dahulu. “Kampung ini dahulunya dijadikan jalan pintas oleh penduduk Kelantan yang ingin ke Besut terutamanya pekebun. “Mereka akan singgah di kawasan bukit kampung tersebut untuk bercucuk tanam kerana tanahnya yang subur dan kembali semula untuk mengutip hasil,” katanya. Tambahnya, menurut cerita orang lama di sekitar kampung itu, pahlawan Melayu yang pernah

28 |april 2015

menentang penjajah British di Pahang, Mat Kilau pernah singgah di Kampung Subahanallah untuk ke Hulu Terengganu. Mohamad yang kini berusia 59 berkata, pada zaman remajanya, beliau pernah mengikut orang tua untuk ke kawasan tersebut bagi melihat sendiri keadaan kampung tersebut. Ujarnya, menurut penceritaan yang diceritakan kepadanya kampung tersebut diberi nama Subahanallah kerana mempunyai sebab tersendiri. “Bagi yang melalui laluan ini pada seketika dahulu, mereka perlu meredah hutan, sungai dan bukit. “Sambil mereka berjalan, pekebun ini sering menyebut Subahanallah kerana penat berjalan dan kemudiannya ia digelar dengan nama sebegitu,” katanya. Kini, kampung tersebut dijadikan kebun kelapa sawit dibawah seliaan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).


PEMBANGUNAN NEGERI BERTUNJANGKAN

INTEGRITI

Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT) dilancarkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri mewujudkan perkhidmatan awam yang telus dan bebas daripada unsur rasuah. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata sebagai

permulaan, golongan sasar MPINT ialah wakil rakyat, pegawai kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemimpin setempat. “MPINT akan memberi penerangan terperinci mengenai tindakan yang boleh dikaitkan dengan kesalahan rasuah. Kami tidak mahu disebabkan

suarakita sedikit kesilapan atau salah faham, ia mencalarkan imej perkhidmatan awam negeri ini. “Ini juga akan melibatkan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada rakyat,” katanya ketika melancarkan majlis perundingan itu. MPINT dianggotai wakil 16 agensi kerajaan, institusi agama dan persatuan belia. Ahmad Razif berkata pelancaran MPINT juga disifatkan sebagai tepat pada masanya dan selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun lalu. Beliau berkata majlis perundingan itu juga berfungsi untuk menasihati kerajaan negeri dalam pelaksanaan integriti dengan tumpuan utama diberikan kepada sektor awam, swasta dan pertubuhan politik. “MPINT dapat memastikan pembangunan di negeri ini meliputi ekonomi, sosial, budaya dan politik bertunjangkan integriti,” katanya. Beliau yakin matlamat MPINT dapat direalisasikan dengan sokongan daripada SPRM, Institut Integriti Malaysia (IIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), tokoh-tokoh akademik dan pemimpin setempat.

Ahmad Razif memukul rebana ubi sebagai gimik pelancaran Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memperluaskan tanaman padi Aerob di kawasan seluas 64 hektar di Terengganu menjelang tempoh lima tahun akan datang. Pengarah LPP , Abdul Mubin Abdul Razak berkata, padi jenis baharu itu sudah ditanam di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras/ Batu Rakit membabitkan kawasan 10 hektar Katanya, apa yang diusahakan lima pesawah itu, menampakkan perkembangan positif dan yakin sasaran tanaman di kawasan seluas

64 hektar, lima tahun akan datang mampu dicapai. “Pemilihan lokasi tidak menjadi masalah besar, kerana padi Aerob boleh ditanam luar kawasan jelapang padi. “Banyak keistimewaan kepada petani berbanding tanaman padi varieti kerana dapat menjimatkan perbelanjaan, kurang serangan penyakit dan tidak perlu bergantung kepada bekalan air,” katanya. Abdul Mubin, berkata LPP turut mempergiatkan tanaman padi varieti di 12 PPK di Terengganu

membabitkan kawasan 12,671 hektar dengan penglibatan hampir 7,000 pesawah. “Antara PPK terlibat termasuk PPK Gerai, Besut menanam seluas 3,996 hektar dengan jumlah pesawah 2,498 orang; PPK Setiu 1,256 hektar (473 pesawah) dan PPK Kuala Terengganu pula seluas 176.2 hektar dengan jumlah 111 pesawah. “Setiap pesawah layak memperoleh RM2,300 yang meliputi bantuan pelbagai jenis baja, racun perosak dan upah membajak bagi setiap hektar tanaman padi,” katanya.

| 29

april 2015


Le Tour de Langkawi (LTdL) pada edisi ke-20 yang melabuhkan tirainya di Dataran Merdeka pada 15 Mac lalu tetap meninggalkan magis kepada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG). Kapten pasukan, Mohd Zamri Salleh berpuas hati dengan keputusan positif yang dicatatkan oleh pasukan yang dibimbing jurulatih dari Perancis, Sebastian Duclositu apabila meraih kedudukan podium menerusi Anuar Manan dan Mohd Adiq Husainie Othman. Anuar dan Adiq, masing-masing cemerlang pada peringkat pertama di Langkawi pada Ahad (8 Mac) dan peringkat kelima dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang, Khamis (12 Mac). Anuar yang pernah menjuarai peringkat kelima pada edisi 2010, meraih kedudukan ketiga pada peringkat pertama kali ini sejauh 99.2 km manakala Mohd Adiq Husaini memeraih keputusan yang sama itu pada peringkat kelima sejauh 200 km. “Kalau dibandingkan dengan musim lepas, pasukan kita banyak menunjukkan peningkatan pada tahun ini terutamanya dari kedudukan pasukan Asia secara keseluruhan,” katanya. Pada kali ini, Anuar muncul pelumba terbaik negara pada peringkat kelapan selepas menduduki tangga ketujuh dengan catatan dua jam 27 saat.

30 |april 2015

Sementara Mohd Zamri menduduki tangga ke-65 daripada 112 pelumba pada peringkat kelapan LTdL sejauh 96.1 km dari Kuala Kubu Bharu ke Kuala Lumpur. Pada masa sama, Mohd Zamri mengakui pasukan itu memerlukan pelumba yang mempunyai kepakaran dalam laluan pendakian pada kejohanan mendatang memandangkan sebahagian besar pelumba pasukan TSG berkebolehan dalam acara pecut seperti Anuar dan adiknya, Mohd Hariff.

Mohd Adiq (kanan) di rai Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Mukhriz Mahathir

“Pandangan saya, kita memerlukan pelumba yang boleh ‘deduct’ pelumba TSG kehadapan terutamanya dalam zon pendakian dalam mana-mana kejohanan,” katanya. Pandangan yang serupa dilontarkan Mohd Hariff yang berpuas hati dengan pencapaian pasukan TSG kerana kali terakhir mereka meraih kedudukan podium pada edisi tiga tahun lalu menerusi beliau sendiri dan juga Anuar. Beliau tidak menolak, kehadiran jurulatih, Sebastian Duclos bermula 2014 dengan bantuan pengurus pasukan, Zhen Yu Feng dari Amerika Syarikat juga antara kesan positif kepada pasukan yang merekodkan prestasi lebih baik pada LTdL kali ini. Selain itu juga, pencapaian mereka turut mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang menyifatkan pelumba berbasikal negara mampu bersaing dengan pelumba luar.

Mohd Zamri

“Pencapaian pasukan tempatan, saya lihat tidaklah teruk sangat. Saya lihat ada beberapa penamat podium dan ini saya rasa prestasi terbaik dalam beberapa tahun lepas,” katanya. Selain Mohd Zamri, Mohd Harif dan Mohamad Adiq dan Anuar, dua lagi pelumba berpengalaman yang membawa cabaran TSG pada LTdL 2015 lalu ialah Mohd Saiful Anuar Aziz dan pelumba import dari Singapura, Goh Choon Hua.


suarakita

Baginda turut berkenaan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua pemenang dan peserta tilawah kali ini. Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

“Saya berazam melakukan yang terbaik demi mencapai kejayaan peringkat kebangsaan dan seterusnya menaikkan imej Terengganu. “Cukup besar harapan kali ini untuk berada di tempat teratas kerana sudah lapan kali mewakili Terengganu hanya naib johan pada 2012,” kata Qari Terengganu, Mohd Hafas Ali.

Mengiringi baginda berdua, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda yang juga merangkap Pengerusi Jawatakuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri 2015. Dalam pada itu, johan qariah pula Nur Hidayah Abd Rahman 24, berkata persediaan awal akan dilakukan daripada pelbagai aspek terutama berkaitan kelemahan taranum bagi membaiki markah yang masih di tahap kurang memuaskan.

“Semua itu tidak menjadi penghalang untuk saya membawa nama Terengganu ke peringkat kebangsaan dan seboleh-bolehnya akan melakukan yang terbaik. “Pertandingan kali ini, kembar saya Nurul Jannah berjaya menduduki tempat ke tiga, tidak seperti tahun sebelumnya yang hanya berpuashati sebagai penerima saguhati,” katanya yang juga bekas penuntut tahun akhir jurusan Reka Bentuk Perindustrian Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Anak kelapan daripada sepuluh beradik itu yang pernah empat tahun berturut-turut dan kali terakhir tahun lalu mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Beliau yang menjuarai pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri, di Stadium Mini, Sungai Terom, Setiu. Hafas berkata, dia akan menjadikan adik yang juga qari negara Ahmad Tarmizi Ali sebagai idola serta rujukan penting untuk membaiki segala kelemahan. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan itu.

| 31

april 2015


Pantai Mangkuk, Setiu

SuaraKita Vol.7  

SuaraKita adalah majalah terbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu, agensi penerangan negeri di bawah kerajaan Negeri Terengganu. Majalah i...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you