SuaraKita Vol.7

Page 21

SetiuWetland

suarakita

Taman Negeri

Kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Taman Bencah Setiu atau lebih dikenali dengan Setiu Wetland sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semulajadinya.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, untuk peringkat permulaan, tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan kawasan itu bagi tujuan ekopelancongan. “Pada asalnya kawasan yang dicadangkan seluas 1,743 hektar, bagaimanapun pada peringkat awal ini perkara utama yang perlu ditekankan adalah bagaimana menjadikan kawasan 400 hektar yang diwartakan itu sebagai tarikan ekopelancongan terlebih dahulu. “Justeru, selaras dengan hasrat tersebut kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan sebanyak RM500 ribu buat permulaan untuk tujuan pembinaan benteng di kawasan pantai bagi mencegah air laut memasuki kawasan hutan paya

bakau yang telah dikenalpasti,” ujarnya selepas meninjau Setiu Wetland di Setiu. Menurut Ahmad Razif, pihaknya juga sedang menunggu keputusan daripada kerajaan pusat berkenaan permohonan berjumlah kira-kira RM9.1 juta bagi membangunkan keseluruhan kawasan yang dicadangkan sebagai Taman Negeri itu. Katanya, selain kerajaan negeri, pihak yang terlibat sepenuhnya dalam merencanakan pembangunan di kawasan Setiu Wetland adalah ECERDC, Jabatan Perhutanan serta Yayasan DiRaja Sultan Mizan. “Kita juga mendapat khidmat nasihat dari segi pembangunan kawasan dan penyelidikan tentang pemuliharaan alam semulajadi yang dikendalikan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT). “Mengikut kajian yang dibuat UMT tahun lalu, setiap kawasan dengan keluasan 400 hektar di Setiu Wetland, nilai asetnya bernilai kira-kira RM1.5 juta,” ujarnya.

A. Rahman memantau keberkesanan CCTV yang disumbang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pejabat Majlis Perbandaran Dungun.

Dungun

Giatkan Kempen Bandar

SELAMAT

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) menerima 16 unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam usaha membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah di daerah tersebut. Yang Dipertua MPD, A. Rahman Che Ali berkata, CCTV berkenaan adalah sumbangan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. “Antara lokasi pemasangan CCTV itu adalah di Hadapan Sekolah Menengah Sains Dungun, kawasan Masjid Intan Zaharah, persimpangan Arena Merdeka serta persimpangan Che Lijah. “Sebelum ini, MPD turut menerima 35 unit CCTV daripada kerajaan negeri sejak 2011 hingga tahun lalu,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Majlis Penyerahan CCTV Majlis Perbandaran Dungun. Katanya, berdasarkan kepada perakuan Lab Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), program ‘Bandar Selamat’ telah disyorkan menjadi asas utama untuk meningkatkan keselamatan awam dan pencegahan jenayah jalanan di bandar-bandar seluruh negara. “Justeru, pemasangan CCTV ditempat awam dan kawasan-kawasan ‘Hot Spot’ adalah satu langkah pencegahan jenayah jalanan dalam Program Bandar Selamat,” ujarnya. Katanya, langkah itu juga turut membantu pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam kawalan, penguatkuasaan dan pengurusan masalah laulintas dan lot parkir kenderaan dalam bandar.

| 21

april 2015


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.