SuaraKita Vol.4

Page 31

suarakita

PAYANG KAYU, Alor Limbat Kampung Terbersih Kampung Payang Kayu menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung peringkat negeri 2014 bagi kategori luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT). Kemenangan kampung di Hulu Telemong itu membolehkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan menerima RM250,000 bagi menjalankan projek dan wang tunai RM25,000. Bagi kategori dalam kawasan operasi PBT, pertandingan itu dimenangi JKKK Alor Limbat, Marang yang turut membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM275,000. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menyempurnakan penyampaian hadiah di Dataran Payang Kayu. Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria; Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri merangkap Adun Telemong, Dato’ Rozi Mamat. JKKK Bukit Wan, Kuala Terengganu merangkul tempat kedua bagi kategori luar kawasan operasi

Ahmad Razif menyampaikan hadiah kemenangan kepada JKKK Payang Kayu yang menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung Peringkat Negeri 2014 bagi kategori luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan di Dataran Payang Kayu, Hulu Terengganu.

PBT sekali gus memenangi wang tunai RM15,000 dan projek bernilai RM150,000. Tempat ketiga bagi kategori itu diraih JKKK Banggol Pak Ali, Marang dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM110,000 termasuk wang tunai RM10,000. Bagi kategori dalam kawasan operasi PBT, JKKK Jalan Tekukur, Kuala Terengganu diumumkan tempat kedua untuk memenangi wang tunai RM15,000 dan projek bernilai RM150,000.

keseluruhan berjumlah RM110,000 termasuk wang tunai RM10,000. Pada majlis itu, Ahmad Razif turut menyampaikan hadiah bagi pemenang Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) tahun 2014 anjuran KEMAS Negeri. Kampung Seri Kenangan, Setiu dinobat sebagai johan dengan membawa pulang wang tunai RM12,000, Kampung Gong Gunchil, Besut sebagai naib johan (RM10,000) dan ketiga Gong Lingai, Kuala Terengganu (RM8,000).

JKKK Lay Out Tok Saboh, Besut muncul tempat ketiga dengan hadiah

| 31

januari 2015


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.