Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.3 (jul-sep 2022)

Page 1

Edaran Percuma Julai - September 2022 Jilid 3/2022 KUMPULANYAYASANSABAH 40 PELAJAR Cemerlang terima ANUGERAH BIASISWA CEMERLANG NEGERI SABAH

40 PELAJAR CEMERLANG

“Tekun dan rajin adalah rahsia 40 orang pelajar cemerlang meraih ABCNS”

Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) yang telah memasuki tahun ke-33 ini terus memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Seramai 675 orang pelajar telah menerima tajaan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah sejak diwujudkan pada tahun 1990”

Meskipun terpaksa berdepan pelbagai cabaran dalam menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara maya dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan pada tahun 2021, para pelajar ini terus mempamerkan kecekalan dan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.

26 Julai 2022 Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha 2 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

“Pelajar cemerlang adalah cerminan ibu bapa yang cemerlang”

Anak yang hebat semestinya hasil daripada didikan ibu bapa yang hebat. Setiap ibu bapa di muka bumi ini mengimpikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Para pelajar sendiri mengakui bahawa dorongan daripada ibu bapa memberi kesan yang sangat besar dalam kejayaan yang mereka capai. Tanpa sokongan dan dorongan ibu bapa, siapalah mereka.

Tidak kurang tanggungjawab seorang guru yang telah banyak berkorban demi memastikan kejayaan para pelajar ini. Guru-guru telah mencuba sedaya upaya untuk menyesuaikan para pelajar dengan keadaan yang serba mencabar. Kualiti dan kesungguhan yang dimiliki oleh guru-guru dibuktikan melalui kejayaan anak-anak didik sekalian. “Terima kasih para guru!”

“Para penerima anugerah menjadi sumber inspirasi kepada pelajar yang masih berjuang dalam mencapai kejayaan dalam pelajaran”

Semoga para pelajar yang hadir pada majlis penyampaian ABCNS ini mendapat inspirasi dan motivasi untuk mengejar kejayaan demi masa depan yang cerah kelak.

“Terima Kasih Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Kerajaan Negeri Sabah atas pengiktirafan anugerah yang berprestij ini”

Semoga anugerah ini diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negeri Sabah.

3

ABCNS

12A

“I implore those taking SPM always to observe and study the big picture of a subject or topic you are learning to relate a topic to another topic to strengthen your cognitive memory and understanding of a topic. The formula is simple, imagine the main point of the topic, relate the sub-points, then understand and memorise.”

11A

Nicol Nychel Ronny

SM All Saints, Kota Kinabalu

9A

“Yayasan Sabah Group is doing fantastic work in providing scholarships as there are parents who cannot effort to pay high college fees. My goal is to work as a pharmacist treating and rehabilitating patients with addiction disorders at rehabilitation centres besides living a comfortable life.”

“Alhamdulillah, I feel grateful and happy for the opportunity given. I hope this scholarship can be solid support for me to continue my studies to a higher level. The most crucial element is efficient time management. Division of time between subjects is also necessary, focusing more on weaker subjects. Among the ways to improve weak subjects are lots of practice on mock question papers, consulting with as many friends and teachers as possible and utilising online lessons on YouTube, for instance.”

“Alhamdulillah, I was surprised when Yayasan Sabah Group offered me the ABCNS as this year is quite competitive compared to other years. Nevertheless, I am sure that I deserve this recognition. I diligently do exercises at home, either workbook exercises or modules I find on the Internet. I also practice ‘active recall’ to help me memorise and understand the topics. I also did not wait until the last week to revise the lessons. Instead, I started intensive revision three months in advance.”

?
Ahmad Nabil bin Abidin SMK Agama Kota Kinabalu
Chiam Ning Shuang SM Tsung Tsin Sabah, Kota Kinabalu
“My learning tips are to pay attention and complete focus in class, to have a systematic revision timetable, and to divulge in trial paper exercises well before SPM.”
Nur Atiqah binti Abdul Halim SM St. Patrick, Tawau 10A
Mohammad Anas bin Mohammad Adam SM Tshung Tsin Sabah, Kota Kinabalu 10A
4 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

9A

“Among the learning tips that I can share is to divide time well as this is very important to avoid learning stress and master all subjects. I am always diligent in asking questions during lessons, especially on challenging topics. I want to thank the Yayasan Sabah Group for allowing me to be one of the recipients of ABCNS. This opportunity increases my motivation to study more diligently and one day become a person devoted to providing good oral health among Sabahans.”

11A

“Firstly, my learning tips are revising daily. Secondly, adopt effective learning methods and not get bogged down in referencing textbooks alone. Thirdly, self-reward is gratification in rewarding more self-enthusiasm to learn more. Fourthly, group learning can be fun, interactive and beneficial in studies. Fifth, be ambitious, as it often yields excellent results. As Soekarno once said, aspire as high as the sky. If you fall, you will fall among the stars. Sixth, pray and surrender to God so that all our efforts are blessed.”

“The Movement Control Order (MCO) made me revise more at home and was not an obstacle to achieving excellent results. When the COVID-19 epidemic impacted our country, we had to resort to online home studying. I also attend online seminars held by online tutors to improve my understanding of a subject further. With this opportunity, I thank the Yayasan Sabah Group for choosing me as one of the ABCNS recipients.”

Allen Martin Jumin

SM St. Michael, Penampang 10A

“Yayasan Sabah Group has helped underprivileged students achieve their life goals allowing students the much-needed motivation to study hard and achieve flying colour results. When I become a medical doctor in the future, I want to be involved in clinical research and conduct more studies on human diseases. Working with other researchers in creating new medicines or solutions for chronic conditions or repurposing drugs to be more affordable, I aim to offer affordable treatments for the people.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 5

Kumpulan Yayasan Sabah

tingkatkan Kesedaran Budaya Kerja Selamat

Kumpulan Yayasan Sabah akan terus meningkatkan kesedaran menerusi pembudayaan kerja selamat khususnya dalam kalangan warga kerjanya. Demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar pada Majlis Perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah yang diadakan pada 28 Julai 2022 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Seiring dengan usaha itu, Kumpulan Yayasan Sabah melaksanakan pemeriksaan tempat kerja, audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan, melayani kes-kes pelaporan hazard serta memastikan semua prosedur COVID-19 dipatuhi.

“Sejak Ogos 2021, sebanyak 137 operasi nyahkuman di pejabat-pejabat Menara Tun Mustapha dan Wisma Innoprise telah dilaksanakan oleh pasukan sanitasi yang dianggotai oleh staf Kumpulan Yayasan Sabah bagi mengekang penularan virus COVID-19,” kata Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Menurut beliau lagi, Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan program tahunan yang disambut di seluruh negara dan tema pada kali ini iaitu “Hidup Bersama COVID-19: Langkah Ke Hadapan” adalah sangat bersesuaian dengan keadaan semasa.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar melawat pameran mengenai program keselamatan dan kesihatan pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah. Dato’ Sri Haji Gulamhaidar melawat tapak pameran NIOSH. Sebahagian daripada staf Kumpulan Yayasan Sabah yang hadir pada program tersebut. Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tengah) merasmikan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah 2022. Para peserta mendengar ceramah pertama bertajuk “Hidup Bersama COVID-19: Langkah ke Hadapan.
6

Seramai 200 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah telah menghadiri majlis pelancaran program tersebut.

Selepas acara perasmian, program diteruskan dengan dua ceramah diikuti dengan sesi perkongsian pengurusan dan pengendalian COVID-19.

Ceramah pertama bertajuk “Hidup Bersama COVID-19: Langkah Ke Hadapan” disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Encik Ab. Razak bin Md. Noh.

Manakala ceramah kedua yang bertajuk “Tanggungjawab Majikan dan Pekerja” disampaikan oleh Penolong Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah, Puan Jinurah Sintian.

Seterusnya sesi perkongsian mengenai Pengurusan dan Pengendalian Penularan Virus COVID-19 di Sabah Softwoods Berhad – Fasa Pandemik dan Endemik disampaikan oleh Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Sabah Softwoods Berhad, Encik Sabahuddin Yusuf.

Selain daripada ceramah berkenaan, pameran turut diadakan di podium Menara Tun Mustapha selama

seminggu. Aktiviti seperti cabutan tiket bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti barangan eletrik, beras dan minyak juga diselitkan dalam pameran tersebut.

Sempena acara tersebut Berita Kumpulan Yayasan Sabah sempat menemu ramah beberapa orang staf yang menghadiri ceramah berkenaan.

Noor Atikah Diana Adamin

Perpustakaan Penyelidikan Borneo

Tun Haji Mohd. Fuad Stephens

Judylyne binti Johny Zon Pedalaman Selatan

“Taklimat seumpama ini perlu diteruskan kerana ia sangat memberi manfaat kepada para peserta. Kandungan yang disampaikan sangat informatif.”

Salleh Mumin

Borneo Security Centre

Sdn. Bhd.

“Kandungan taklimat yang disampaikan sangat berguna untuk digunakan di tempat kerja khasnya dan kehidupan harian amnya. Ia sangat memberi manfaat, yang mana merupakan ilmu baharu dan pendedahan penting. Taklimat seperti ini amatlah penting untuk diteruskan kerana sangat memberi impak kepada setiap peserta yang terlibat.”

“Taklimat ini amat berguna kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah kerana ia membicarakan tentang maklumat baharu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang boleh diaplikasikan oleh staf bahagian, unit dan zon Kumpulan Yayasan Sabah.”

Sofea Nor Eliza binti Ruzalie Bahagian Tenaga dan Fasiliti

“Taklimat seperti ini amat wajar bagi seluruh warga Kumpulan Yayasan Sabah dalam memberi kesedaran agar tidak leka dalam meneruskan amalan penjagaan SOP COVID-19. Selain itu, taklimat mengenai pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga amat penting bagi pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah memastikan sistem yang dijalankan selaras dengan akta yang terkini.”

Jeizer Elvy Joseph UCSF

“Kandungan taklimat bagus, objektif penganjuran tercapai. Saya mencadangkan program ini harus diteruskan dan dijadikan aktiviti tahunan. Saya cadangkan selitkan juga slot untuk penyedia latihan seperti National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau syarikat-syarikat swasta.”

Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail menyampaikan hadiah utama cabutan tiket bertuah yang berupa sebuah freezer kepada Puan Asiah Dumahat dari Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 7

PERKASAKAN

PROGRAM SOSIAL MASYARAKAT

Selaras dengan objektif untuk memperkasakan lagi sistem penyampaian program sosialnya agar kekal relevan dengan keperluan masyarakat, bengkel bertajuk “Memperkasakan Hala Tuju Program Teras Zon Yayasan Sabah” telah dianjurkan pada 27 hingga 28 Julai 2022 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.

Pelaksanaan bengkel ini antara lain membuka peluang untuk peserta yang terdiri daripada staf Pejabat-pejabat Zon mengukuhkan penerapan seliaan program agar pelaksanaannya meninggalkan impak yang mendalam terhadap golongan sasar dalam usaha Kumpulan Yayasan Sabah melengkapi usaha-usaha kerajaan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di negeri ini.

Bengkel ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Korporat Yayasan Sabah.

Berucap pada majlis penutupan bengkel tersebut, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, mengulas Program Teras Zon Yayasan Sabah diwujudkan sejak tahun 1988 membuktikan kesinambungan berterusan tanggungjawab sosial korporat Kumpulan Yayasan Sabah terhadap kesejahteraan masyarakat negeri ini menerusi tiga bidang yang difokuskan iaitu Program Sosioekonomi, Program Intelek dan Minda serta Program Sosiobudaya.

“Pelaksanaan Program Teras Zon sudah melalui tempoh tiga dekad. Saya pasti dalam tempoh tersebut sudah ramai penduduk Sabah yang telah mendapat manfaat daripadanya. Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah akan sentiasa berusaha untuk memastikan Program Teras Zon dan program-program sosial yang lain dapat dilaksanakan pada setiap tahun,” ujar Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Mengenai kesan pandemik COVID-19 sejak dua tahun kebelakangan ini, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar berkata, “Seperti yang kita maklum, dalam tempoh PKP banyak sektor ekonomi yang tidak dapat beroperasi seperti biasa. Kebanyakan Anakanak Syarikat Kumpulan Yayasan Sabah juga turut terkesan menyebabkan sumber pendapatan kita juga terjejas.”

“Kita mengharapkan agar pada tahun 2022 dan tahun-tahun seterusnya sektor ekonomi akan kembali normal. Kumpulan Yayasan Sabah sangat memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk memastikan program-program sosial seperti yang telah saya sebutkan tadi dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

“Namun demikian, perancangan Program Teras Zon juga perlu disejajarkan dengan keutamaan dan kedudukan sumber kewangan semasa Kumpulan Yayasan Sabah,” tegas beliau.

Bercakap lanjut mengenai manfaat yang diterima hasil daripada penganjuran Program Teras Zon Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menarik perhatian peserta-peserta bengkel mengenai nilai tambah yang dikecapi masyarakat menerusi kursus-kursus kemahiran ekonomi yang telah dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

“Di samping Program Sosioekonomi, aktiviti seperti bimbingan akademik dan motivasi kepada pelajar sekolah menengah di bawah Program Intelek dan Minda diadakan dengan tujuan untuk membantu para pelajar agar lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan awam seperti SPM dan STPM di samping Program Sosiobudaya yang memberikan tumpuan kepada kerja-kerja khidmat masyarakat,” kata beliau lagi.

“Saya menaruh harapan tinggi agar resolusi bengkel ini akan menjadi panduan berguna dalam sistem pelaksanaan Program Teras Zon. Kita amat memerlukan jaringan program sosial yang dapat mencerminkan iltizam Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di Sabah terutamanya dalam kalangan B40,” tegas beliau sebelum mengakhiri ucapannya.

KUMPULAN YAYASAN SABAH
Aktiviti semasa bengkel.
8 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sempena bengkel tersebut, Berita Kumpulan Yayasan Sabah telah menemu ramah Ketua-ketua Pentadbir Zon yang hadir.

Puan Ane Abd. Rahman

Ketua Pentadbir Zon

Zon Pantai Timur Utara - ZPTU (Sandakan)

“Penganjuran bengkel ini memang wajar dilaksanakan bagi tujuan keselarasan kehendak pihak Pengurusan yang boleh disampaikan kepada masyarakat dan begitu juga kemahuan masyarakat yang boleh disampaikan kepada pihak Pengurusan secara dua hala melalui pejabat-pejabat zon.

Tanggungjawab pejabat-pejabat zon dalam melaksanakan Program Teras adalah untuk memastikan program tersebut dapat diterima pakai dan relevan dengan keadaan semasa oleh masyarakat luar bandar selaras dengan hasrat pihak Pengurusan.

Bagi perancangan jangka pendek, Pejabat ZPTU mencadangkan agar pelaksanaan program kesedaran sama ada ekonomi ataupun sosiobudaya seperti ceramah, seminar, pameran jualan, gotong-royong dan sebagainya. Manakala perancangan jangka panjang adalah melaksanakan program yang berkala.

Inisiatif SMJ merupakan pendorong kepada perlaksanaan program yang akan dilaksanakan kerana setiap program yang dicadangkan untuk dilaksanakan akan dijadikan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada kejayaan program yang dilaksanakan.

Penambahan bilangan sasaran yang mendapat manfaat dalam Program Teras merupakan harapan pejabat-pejabat zon. Dengan penambahan jumlah sasaran ini, Kumpulan Yayasan Sabah secara tidak langsung membantu masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan serta keupayaan mereka.”

Encik Adman Haji Samat Ketua Pentadbir Zon Zon Pantai Barat Utara - ZPBU (Kota Marudu)

“Pada pendapat saya bengkel yang melibatkan penyertaan semua ketua pentadbir zon dan staf masingmasing ini amat baik kerana ia membantu semua zon merangka satu kaedah menambah baik perincian Program Teras bersesuaian dengan keperluan serta impak kehidupan masyarakat.

Mengenal pasti keperluan masyarakat di satu-satu tempat serta pemantauan secara berterusan selepas penganjuran program perlu diadakan secara berkala bagi menilai dan mengenal pasti keberkesanan program yang dianjurkan tersebut.

Bagi memantapkan lagi usaha Kumpulan Yayasan Sabah di peringkat zon, satu perancangan jangka panjang yang melibatkan peruntukan Program Teras perlu disalurkan sepenuhnya ke pejabat zon tanpa berfasa demi melancarkan lagi perancangan serta penganjuran Program Teras. Kedua, pematuhan kepada spesifikasi input, proses dan standard program terangka perlulah diselaraskan bagi setiap zon di samping inisiatif penerapan budaya kualiti dan latihan secara berterusan kepada staf harus dipertingkatkan.

Akhir sekali, Program Teras merupakan usaha murni Kumpulan Yayasan Sabah. Program ini perlu diteruskan bagi membantu masyarakat luar bandar yang memerlukan agar ia sinonim dengan dakapan kemajuan Inisiatif SMJ.“

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (enam dari kanan) bergambar kenangan bersama para peserta bengkel. Turut dalam gambar, Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (lima dari kiri).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 9

“Pada pendapat saya bengkel ini amat berfaedah untuk kita fokus semula hala tuju inisiatif Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkasakan Program Teras Zon.

Menerusi bengkel ini, misi ZPBS dipermudahkan dalam mengenal pasti, merangka dan melaksanakan program yang telah dirancang agar mencapai objektif penganjuran dengan lebih sempurna dan berada pada landasan yang betul sekali gus mengenal pasti segala mekanisma ukuran kejayaan pengendalian sesebuah program.

Penyesuaian pada setiap keadaan perlu dilakukan dari semasa ke semasa agar kekal relevan di mata segenap masyarakat dan kami di peringkat zon bersedia menyahut sebarang cabaran demi penyampaian matlamat murni Kumpulan Yayasan Sabah yang lebih objektif dan efektif.”

“Bengkel ini telah memberi ruang dan peluang dalam kalangan pelaksana untuk membincangkan pendekatan untuk menambahbaikkan pelaksanaan program ke arah meningkatkan keberkesanan serta impak program Kumpulan Yayasan Sabah.

Pejabat zon berfungsi sebagai Kumpulan Yayasan Sabah mini dan ini menjadi tanggungjawab pejabat zon untuk melaksanakan program bagi manfaat kumpulan sasar serta imej Kumpulan Yayasan Sabah. Kita mempunyai rancangan jangka pendek dan panjang namun disebabkan kekangan bajet perancangan tersebut sukar untuk dilaksanakan.

Segala usaha ZPU adalah berpaksikan menokok tambah usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan khususnya dalam pembangunan modal insan serta kesejahteraan rakyat. Dilihat dari sudut ini, maka boleh disimpulkan bahawa Kumpulan Yayasan Sabah telah sedikit-sebanyak menyumbang kepada inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ).

Mudah-mudahan satu perancangan serta bajet dapat disediakan bagi memperkukuhkan Program Teras Zon demi masyarakat di pelosok negeri ini.”

Tuan Haji Gulam Hassan B. Hapil Ketua Pentadbir Zon Zon Pedalaman Selatan - ZPS (Beaufort)

“Bengkel seumpama ini perlu diadakan untuk menilai dan membuat penambahbaikan terhadap Programprogram Teras Zon yang telah dilaksanakan. Ia juga perlu agar hala tuju Program Teras sejajar dengan Pelan Pembangunan SMJ yang telah dilancarkan pada bulan Januari 2021.

Kumpulan Yayasan Sabah sebagai jentera pembangunan sosial negeri Sabah perlu melaksanakan agenda pembangunan sosialnya selaras dengan pelan pembangunan Sabah. Ini adalah kerana Program Teras Zon merupakan program yang direka bentuk untuk menokok tambah usaha kerajaan dalam membangunkan rakyat negeri ini terutamanya masyarakat luar bandar di Sabah.

Akhir kata, adalah diharapkan dengan adanya bengkel ini, hala tuju Program Teras dapat diselaraskan dengan hala tuju pelan pembangunan SMJ agar objektif Kumpulan Yayasan Sabah dan menokok tambah usaha pembangunan sosial negeri Sabah tercapai menerusi libat urus pejabat-pejabat zon Kumpulan Yayasan Sabah.”

Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin

Pegawai Pentadbir Zon Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Selatan (Tawau)

“Bengkel ini amat baik dan mencapai objektifnya dalam menambah baik bentuk Program Teras Zon. Sebagai penyelia peneraju Program Teras Zon di peringkat Zon Pantai Timur Selatan, kami memastikan segala perancangan, hala tuju dan pelaksanaan program dapat dilaksanakan dengan baik.

Pada hemah saya, perancangan dan pelaksanaan Program Teras Zon yang dilaksanakan hendaklah merangkumi sasaran kejayaan jangka masa pendek dan panjang serta boleh dinilai dan diukur pencapaiannya melalui kejayaan para peserta yang terlibat dalam bengkel ini.

Bersesuaian dengan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) Program Teras Zon menggalakkan pembangunan modal insan yang mapan dan berdaya saing yang boleh dijadikan ukuran pencapaian kejayaan setiap pelaksanaan program teras.

Harapan saya agar bengkel seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan dalam melahirkan masyarakat yang berkeyakinan tinggi, kebolehpasaran produk (ekonomi), dan peningkatan nilai tambah kendiri.”

Puan Linda Anthony Ketua Pentadbir Zon Zon Pantai Barat Selatan - ZPBS (Kota Kinabalu)
10 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

SESI LIBAT URUS

BAHAGIAN PENGURUSAN INTEGRITI AGENSI, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

KUMPULAN YAYASAN SABAH: KE ARAH TADBIR URUS KORPORAT YANG BAIK

Pengarah, Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (BPIA, SPRM), Dato’ Nor Azmi bin Karim telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah pada

2 September 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Delegasi tersebut terdiri daripada Encik Mohd. Fuad Bee bin Basrah, Penasihat Integriti Menteri di Pejabat Ketua Menteri,

Pegawai-Pegawai SPRM Negeri Sabah, Puan Dayang Noorashikhin binti Zulkefli, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pegawai-Pegawai Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah.

Sesi Libat Urus ini diadakan untuk berkongsi mengenai pelaksanaan pengurusan integriti dan governans di syarikat berkepentingan kerajaan ke arah tadbir urus korporat yang baik.

KUMPULAN YAYASAN SABAH MENYERTAI

‘PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN KELUARGA MALAYSIA

PERINGKAT NEGERI SABAH’

Kumpulan Yayasan Sabah telah menyertai pameran sempena ‘Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sabah’ pada 24 Ogos 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Program yang dianjurkan oleh Yayasan PRIHATIN dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan ini diadakan untuk memberi peluang kedua pendidikan tinggi dan kemahiran lanjutan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM, golongan B40 yang tercicir atau tidak berkemampuan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian terpilih. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Ariffin bin Haji Mohd. Arif.

Pada majlis tersebut, Kumpulan Yayasan Sabah mempamerkan maklumat mengenai tajaan pendidikan, kutipan pinjaman pengajian, Yayasan Sabah College of Technology (YSCT) dan University College Sabah Foundation (UCSF).

Datuk Dr. Haji Mohd. Ariffin (depan, dua dari kanan) menandatangani buku pelawat di gerai pameran Kumpulan Yayasan Sabah sambil disaksikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar (tiga dari kiri) dan tetamu kenamaan yang lain. Antara pengunjung yang melawat gerai pameran Kumpulan Yayasan Sabah. Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman memberi taklimat mengenai Kumpulan Yayasan Sabah dan juga pengurusan Integriti di Kumpulan Yayasan Sabah. Dato’ Nor Azmi (kanan) memberikan penerangan mengenai pengurusan tadbir urus korporat yang baik.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 11

RONDAAN

& Pemantauan) DaMaI

Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah dan Sabah Environmental Trust (SET) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Lanjutan untuk Lembah Danum-Lembangan Maliau-Kanyon Imbak (DaMaI) : Inisiatif Rondaan (Penguatkuasaan & Pemantauan) selama tiga tahun lagi (2022-2024) yang diadakan pada 23 Ogos 2022 di Sabah International Convention Centre (SICC).

Majlis ini disaksikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir.

Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah diwakili oleh Datuk Frederick Kugan, Ketua Konservator Hutan; manakala Jabatan Hidupan Liar Sabah pula diwakili oleh Encik Augustine Tuuga, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah dan SET diwakili oleh Dr. Rahimatsah Amat, Ketua Pegawai Eksekutif SET.

Dalam ucapan Datuk Abidin berkata, sebelum ini, Kumpulan Yayasan Sabah dan SET serta Jabatan Perhutanan Sabah telah lama bekerjasama melalui inisiatif DaMaI: Rondaan (Penguatkuasaan & Pemantauan) bagi memantau dan melindungi hidupan liar melalui MoU yang ditandatangani pada 24 Oktober 2017 yang berakhir pada 2021.

Menerusi MoU baharu tersebut, Jabatan Hidupan Liar Sabah secara rasminya menyertai inisiatif DaMaI: Rondaan (Penguatkuasaan & Pemantauan).

“Inisiatif itu bertujuan menangani pemburuan dan pencerobohan haram di Kompleks Hutan Hujan DaMaI melalui penubuhan dan operasi bersama pasukan peronda khusus untuk menguatkuasa dan memantau kawasan DaMaI, meningkatkan kapasiti pasukan peronda dan renjer hutan lain. Justeru, mewujudkan kawasan DaMaI sebagai landskap pengurusan yang mampan dan unggul di Sabah sebagai Tapak Warisan Dunia,” jelas Datuk Abidin lagi.

“Melalui inisiatif ini sebanyak 444 rondaan pemantauan telah dilaksanakan di seluruh kawasan DaMaI,” tambah beliau lagi.

MoU itu dilanjutkan untuk mewujudkan dan meluaskan kerjasama antara pihak pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar, khususnya di Sabah, bagi jangka masa panjang dan pembangunan mampan berdasarkan matlamat bersama iaitu memelihara khazanah alam untuk generasi akan datang.

Dalam kenyataannya, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar berkata, berikutan daripada lanjutan tersebut, usaha berterusan untuk perlindungan biodiversiti akan merangkumi pengumpulan data secara berkala menggunakan sistem Spatial Monitoring and Reporting Tool (SMART), melengkapkan renjer dengan alatan yang diperlukan, menetapkan dan menyelenggara perangkap kamera,

Pasukan
Lembangan Maliau. (Penguatkuasaan
INISIATIF
Pasukan Lembah Danum. Pasukan Kanyon
Imbak. dilanjutkan 12 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

membangunkan sistem pemantauan dan menjalankan rondaan berkala.

“Sehubungan dengan itu, melalui kerjasama ini, pelbagai latihan akan dianjurkan untuk meningkatkan kapasiti pasukan berdedikasi dan renjer hutan lain melalui latihan SMART dan penyepaduan wpsWatch dan EarthRanger untuk meningkatkan ketepatan data,” jelas Dato’ Sri Haji Gulamhaidar lagi.

Kumpulan Yayasan Sabah akan bekerjasama dengan SET untuk menjalankan dan melaksanakan projek, mengemas kini laporan kemajuan suku tahunan mengenai status rondaan dan menguruskan kerja-kerja lapangan dan lawatan tapak.

Sementara itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menyokong

inisiatif tersebut dengan menyediakan pasukan penguatkuasa, membangunkan sistem SMART berpusat dan menyediakan bantuan teknikal untuk kapasiti penguatkuasaan renjer.

Tambahan pula, SET akan membiayai aktiviti masa depan dan membantu sebagai kumpulan sokongan untuk latihan penyepaduan wpsWatch dan EarthRanger.

“Kumpulan Yayasan Sabah yakin bahawa pakatan padunya dengan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan SET akan memberi manfaat kepada keseluruhan usaha pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar. Kumpulan Yayasan Sabah juga berharap agar kesinambungan kerjasama ini akan memperkukuh usaha memerangi pemburuan haram dan pencerobohan haram, seterusnya melindungi hidupan liar dan rumahnya,” jelas Dato’ Sri dengan penuh harapan.

MBCA

menerima sijil GSTC

Tahniah Kumpulan Yayasan Sabah khususnya Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (MBCA) atas pengiktirafan Global Sustainable Tourism Council (GSTC) dan menjadikan MBCA sebagai destinasi dan pusat pelancongan mampan.

MBCA merupakan Hutan Simpan (Perlindungan) Kelas I dengan keluasan yang diwartakan seluas 58,840 ha di bawah Peraturan Hutan Lembangan Maliau 1997.

GSTC merupakan badan yang menguruskan kriteria piawaian global dan menyediakan akreditasi antarabangsa bagi Badan Pensijilan Pelancongan Mampan.

Vireo merupakan organisasi diiktiraf untuk mengendalikan perkhidmatan audit dan pensijilan ekopelancongan bagi pihak GSTC. Pihak Vireo telah mengadakan pra-pengauditan pada 12-17 Julai 2020 dan pengauditan utama pada 26 April 2022 ke atas Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau.

Pada 16 Jun 2022, Kumpulan Yayasan Sabah melalui MBCA telah diperakui memenuhi syarat dan kriteria antarabangsa GSTC. Dalam masa yang sama, MBCA telah tersenarai dalam penerima sijil GSTC Vireo yang pertama di Malaysia berjaya memperoleh pengiktirafan antarabangsa.

Ini menunjukkan MBCA mematuhi piawaian sosial dan alam sekitar yang tertinggi di dunia. Kumpulan Yayasan Sabah berhasrat untuk memohon pengiktirafan ini bagi kawasan yang berkaitan, khususnya Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA) dan Kawasan Konservasi Lembah Danum (DVCA).

Kumpulan Yayasan Sabah berharap pengiktirafan ini dapat menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa ke MBCA sekali gus akan memberi manfaat kepada Kumpulan Yayasan Sabah serta negeri Sabah.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 13

MoU lanjutan antara Kumpulan Yayasan Sabah dan UiTM

Kumpulan Yayasan Sabah telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) lanjutan dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam mempromosikan aktiviti penyelidikan, pembangunan, biodiversiti dan latihan di kawasan konservasi seliaan Kumpulan Yayasan Sabah pada 21 September 2022 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.

Kumpulan Yayasan Sabah dan UiTM telah bekerjasama menerusi MoU mempromosikan aktiviti penyelidikan, pembangunan, biodiversiti dan latihan yang ditandatangani pada 29 Januari 2011 bagi tempoh lima tahun dan telah berakhir pada 2015.

Menandatangani bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah ialah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan disaksikan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman manakala UiTM diwakili oleh Rektor, Datuk Profesor Madya Dr. Haji Abdul Kadir bin Haji Rosline dan disaksikan oleh Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Dr. Sharifah Nurafizah Syed Annuar.

Menurut Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, MoU tambahan ini tertumpu kepada pengembangan bidang penyelidikan dan latihan dengan penambahbaikan program Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari di kawasan konservasi seliaan Kumpulan Yayasan Sabah.

“Oleh itu, Kumpulan Yayasan Sabah dan UiTM akan bekerjasama dalam membangun dan mengadakan program pembangunan demi meningkatkan kemahiran pembangunan staf Kumpulan Yayasan Sabah menerusi pengurusan pelawat dan hospitaliti serta penyediaan penempatan latihan industri untuk pelajar UiTM,” jelas beliau.

“Antara aktiviti yang dirancangkan di bawah kerjasama ini ialah ekspedisi saintifik meliputi koridor pendidikan alam sekitar di Kawasan Konservasi Pantai Silam, Kawasan Konservasi Sungai Taliwas, Kawasan Konservasi Lembah Danum dan Projek Rehabilitasi Hutan Hujan InnopriseFACE (INFAPRO). Aktiviti ini akan menyumbang kepada penawaran dan permintaan kajian pendidikan alam sekitar dan ekopelancongan di kawasan konservasi seliaan Kumpulan Yayasan Sabah,” jelasnya lagi.

“Usaha itu telah pun dilaksanakan berikutan penyertaan UiTM dalam Eksplorasi Saintifik Kawasan Konservasi Sungai Taliwas, yang diadakan pada 7 hingga 17 Jun 2022, di mana UiTM telah menjalankan kajian pendidikan alam sekitar dan potensi ekopelancongan di Kawasan Konservasi Sungai Taliwas,” tambahnya.

Inisiatif tersebut akan menyediakan peluang pembelajaran yang baik kepada para pelajar dan fakulti UiTM bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran, pembangunan profesional dan pembangunan kurikulum mereka.

Majlis Pelepasan Ekspedisi Saintifik di Kanyon Imbak diakhiri dengan bergambar kumpulan berlatarbelakangkan Menara Tun Mustapha.
14 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Ekspedisi Saintifik Universiti Teknologi MARA Pelepasan di kawasan Konservasi Kanyon Imbak

Pada majlis yang sama, upacara simbolik pelepasan Ekspedisi Saintifik UiTM di Kanyon Imbak turut diadakan. Ekspedisi saintifik sebenar yang berkhususkan sains alam sekitar dan ekologi, pendidikan dan komuniti, serta flora dan fauna Kawasan Konservasi Kanyon Imbak akan berlangsung pada 2 hingga 8 Oktober 2022.

Ekspedisi tersebut tertumpu kepada pengumpulan data, dokumentasi dan menjalankan kajian saintifik mengenai kepelbagaian flora, fauna dan ekosistem Kawasan Konservasi Kanyon Imbak.

Selain itu, pelaksanaan aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan turut menyokong usaha meningkatkan kesedaran orang ramai melalui pendidikan dan latihan, termasuk kempen menyokong perlindungan dan pemuliharaan selaras dengan visi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 dalam mewujudkan masyarakat berasaskan pengetahuan untuk memupuk ekonomi yang mampan.

Penemuan daripada ekspedisi tersebut akan menyumbang ke arah pembangunan pelan lestari bagi pengurusan hutan dalam mengatasi cabaran berkaitan, khususnya dalam memelihara, memulihara dan mengurus flora dan fauna Sabah.

Ucapan oleh Datuk Profesor Madya Dr.
Haji Abdul Kadir. Ucapan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar. Temeterailah MoU antara Kumpulan Yayasan Sabah-UiTM.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 15

Kunjungan Hormat

Yayasan Pahang yang diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Dato’ Mahmud bin Mohd. Nawawi telah mengadakan lawatan ke Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Julai 2022.

Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.

Delegasi Yayasan Pahang berbincang dengan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah mengenai potensi kerjasama kedua-dua pihak.

Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar di Sabah International Convention Centre (SICC).

Antara lain perbincangan yang diadakan tertumpu kepada peningkatan kerjasama terutamanya dalam bidang pendidikan dan aktiviti sosial lain di samping aktiviti konservasi.

Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kumpulan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya, Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah bin Datuk Haji Sulaiman pada 13 Julai 2022.

PBNS

Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar di Menara Tun Mustapha.

Perbincangan tertumpu kepada usaha meningkatkan kerjasama antara kedua-dua organisasi bagi membantu usaha-usaha Kerajaan Negeri Sabah membantu rakyat negeri ini.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kanan) dan Dr. Haji Omar (dua dari kiri) berkongsi buah fikiran bersama-sama dengan rombongan PBNS serta pegawai-pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah.

Dr. Haji Omar (enam dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

16 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

MESYUARAT

MBJ

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah Siri – 2 telah diadakan pada 5 Julai 2022. Dalam mesyuarat kali ini, Pengerusi MBJ, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar mengucapkan terima kasih kepada semua ketua bahagian/zon/unit dan staf di ibu pejabat dan di lapangan yang telah bekerja keras untuk meningkatkan prestasi Kumpulan Yayasan Sabah yang telah merekodkan keuntungan yang tertinggi sejak sembilan tahun yang lalu.

Sebanyak lima isu telah diselesaikan, manakala tiga isu baharu telah dibincangkan dalam mesyuarat ini yang

melibatkan isu-isu sumber manusia, hartanah, kewangan dan kebajikan. Sebelum itu, satu mesyuarat pra MBJ telah diadakan pada 14 Jun 2022 bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit dan isu-isu baharu yang dikemukakan oleh Wakil Pekerja.

Daripada 15 isu yang dikemukakan, 12 isu telah dapat diselesaikan di mesyuarat pra MBJ ini, manakala tiga isu dibawa ke mesyuarat Induk MBJ. Mesyuarat pra MBJ ini dipengerusikan oleh Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar dan Ahli-ahli MBJ membincangkan isu-isu yang ditimbulkan oleh Wakil Pekerja. Encik Zulkhairi menjelaskan tentang isu sumber manusia yang dikemukakan semasa Mesyuarat Pra MBJ .
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 17

Menara Tun MustaphaLawatan ke

26 Julai 2022

Lawatan Rehlah Ilmiah Pelajar Muslim dan Muallaf Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau Taklimat Kumpulan Yayasan Sabah disampaikan oleh Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Mohd. Redzuan bin Mohd. Zin di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.
20 Julai 2022
Perbincangan antara Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian (BPPP) dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Penyampaian cenderamata kepada pegawai pengiring rombongan. Rombongan dibawa melawat Galeri Tun Mustapha dengan kendalian Pengurus, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Abu Zarin Abu Bakar Titingan (kiri). Rombongan sedang melawat Galeri Tun Mustapha. Perbincangan pihak BPPP dan pihak PTPTN dan dipengerusikan oleh Pengurus Kumpulan BPPP, Encik Mohd. Sharuddin bin Mohd. Wali (tengah). Penyampaian cenderamata kepada Pengurus Besar PTPTN Cawangan Sabah, Puan Muliati binti Kamaruddin (kanan). Gambar berkumpulan rombongan PTPTN Cawangan Sabah dan pihak BPPP.
18 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Ogos 2022

2 Ogos 2022 Perbincangan
dengan NIOSH Rombongan daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH) Wilayah Sabah yang diketuai oleh Pengurusnya, Encik Wan Sarman Sakan mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail (kiri). Gambar berkumpulan bersama rombongan daripada NIOSH.
12
Lawatan Industri Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara Kolej Vokasional Beaufort Taklimat Kumpulan Yayasan Sabah disampaikan oleh Encik Mohd. Redzuan (kiri) di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha. Rombongan dibawa melawat kawasan pengoperasian penghawa dingin dengan kendalian Pegawai Kanan Penyelenggaraan, Encik Dinata D. Abdillah (kiri).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 19

9 September 2022

Peserta

of the Globe International

12 Ogos 2022 Lawatan Kerja Yayasan Terengganu
Gambar berkumpulan dan penyampaian cenderamata kepada Yayasan Terengganu.
1 September 2022 Lawatan
Sambil Belajar daripada Sekolah Menengah La Salle Rombongan Yayasan Terengganu diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Yayasan Terengganu, Puan Hajah Rozita binti Zainum (empat dari kanan). Rombongan dibawa melawat Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.
24 Ogos 2022
Lawatan Yayasan Kebajikan Sabah Pustakawan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Nestor F. Passon (kanan) menerangkan mengenai koleksi buku ilmiah. Perbincangan antara rombongan Yayasan Kebajikan Sabah bersama Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (dua dari kanan). Para peserta Man of Globe International melawat Galeri Tun Mustapha dengan kendalian Encik Abu Zarin (kiri).
Lawatan
Man
20 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Encik Nestor (dua dari kanan) menerangkan cara-cara menggunakan mesin untuk melihat mikrofilem. Gambar berkumpulan rombongan Perpustakaan Kuala Lumpur bersama pegawai-pegawai Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.
20 September 2022 Lawatan Samayo Sdn. Bhd. Perbincangan antara rombongan Samayo Sdn. Bhd. dan Encik Hanafiah (kanan).
Gambar berkumpulan dan penyampaian cenderamata kepada SIRIM Cawangan Sabah.
19 September 2022 Lawatan Perpustakaan Kuala Lumpur 20 September 2022 Lawatan SIRIM Cawangan Sabah
Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM STS Sdn. Bhd., Raja Yahya Raja Ariffin (tiga dari kiri)menerangkan aktiviti-aktiviti SIRIM kepada Encik Hanafiah (dua dari kiri).
30 September 2022
Lawatan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran
Encik
Abu Zarin (kiri) menerangkan sejarah penubuhan Yayasan Sabah kepada ahli-ahli rombongan. Pengurus Kanan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Irene Vung (enam dari kanan) penyerahkan cenderamata kepada Ketua Unit Sejarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Kent, Tuaran, Puan Roryna binti A. B. Komon.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 21

BAHAGIAN PUNGUTAN PINJAMAN PENGAJIAN ke PTPTN Lawatan

Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian (BPPP) telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Urban Transformation Centre (UTC) pada 30 Ogos 2022.

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai operasi harian dan pengurusan perkhidmatan kaunter PTPTN. Di samping itu juga melalui lawatan ini kedua-dua pihak saling berbincang dan berkongsi pendapat tentang isu-isu berkaitan pengurusan pinjaman pengajian untuk dijadikan sebagai pelan penambahbaikan pada tahun-tahun yang mendatang.

Kunjungan Hormat Ke SPRM

Kumpulan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Pengurus Kumpulan BPPP, Encik Mohd. Sharuddin bin Mohd. Wali telah mengadakan lawatan ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah pada 13 September 2022.

Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy a/l Y. Subbiah.

Antara lain perbincangan yang diadakan tertumpu kepada penambahbaikan tadbir urus, integriti dan pelan antirasuah Kumpulan Yayasan Sabah.

Gambar berkumpulan Pengurus Kumpulan BPPP, Encik Mohd. Sharuddin bin Mohd. Wali (enam dari kanan) dan Pengurus Besar PTPTN Negeri Sabah, Puan Muliati binti Kamaruddin (lima dari kiri) bersama barisan pengurusan BPPP dan PTPTN. Datuk Karunanithy (tiga dari kiri) menyampaikan buletin SPRM kepada Encik Mohd. Sharuddin (empat dari kiri) sempena lawatan Kumpulan Yayasan Sabah ke SPRM. Encik Mohd. Sharuddin (tengah) bersama dengan Pengurus Kanan, Unit Pengukuhan & Pemantauan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Midin Haji Asli (kanan) berbincang dengan Datuk Karunanithy (kiri) mengenai potensi kerjasama kedua-dua pihak.
22 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

SICC TO

LEVERAGE BUSINESS EVENTS

TO BOOST ECONOMY

D’Heritage Sdn. Bhd., a wholly-owned company of Yayasan Sabah Group, which manages the Sabah International Convention Centre, has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with eleven hotels and five local colleges as part of a Strategic Partnership with Skill Development and Hospitality Providers to elevate Business Events (BE) in Sabah on 12 August 2022 at Sabah International Convention Centre.

The hotels involved include The Magellan Sutera Resort, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort, Le Meridien Kota Kinabalu, Hilton Kota Kinabalu, The Pacific Sutera Hotel, Hyatt Regency Kinabalu, Hyatt Centric Kota Kinabalu, Holiday Inn Express Kota Kinabalu, The Palace Hotel, Horizon Hotel, and The Luma Hotel.

The local colleges include Yayasan Sabah College of Technology, University College Sabah Foundation, Asian Tourism

International Colleges, Cosmopoint College Sabah, Ascot Academy and MSU College Sabah.

According to the Chief Executive Officer of D’Heritage Sdn. Bhd., Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki said, “To be one of the most sought-after BE destinations on an international level, we recognise the needs and importance of working closely with the other local industry partners to provide an all-inclusive BE experience in Sabah. This includes the hotels for accommodations and colleges to ensure local hospitality graduates are at par with the international service standards.”

“With the signing of the MoU, more focused efforts will be made to accelerate the industry’s growth and destination promotions. Thus, we are confident that these steps will create an environment where the industry can thrive and contribute to Sabah’s economic growth,” she added.

“These strategic partnerships will present enormous opportunities for local and international business owners engaged in tourism-related activities. It will create more job opportunities in industries such as hotels, travel agencies, transportation providers, event organisers, food and beverage operators, and many others, which will help boost the local economy,” she explained.

“Sabah International Convention Centre will leverage local strengths to boost the economic growth by attracting large-scale BE events that will generate income for the State, capitalising on Kota Kinabalu’s inherent strength as a tourism city as well as the domestic and international connectivity,” she concluded.

The signing ceremony was witnessed by the Sabah Assistant Tourism, Culture and Environment Minister, Datuk Joniston Bangkuai and the President of the Malaysian Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers (MACEOS), Encik Francis Teo.

Group photo with hotels and local colleges representatives. Datuk Joniston (centre) witnessing the official appointment of Datuk Rosmawati (right) as MACEOS Sabah Region Chairperson, presented by Encik Francis.
23

KRAF PUSAT KRAFTANGAN SABAH

Satu Tarikan Baru di daerah Keningau

Pada 28 September 2022, Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menganjurkan Majlis Perasmian Perkampungan Kraf Pusat Kraftangan Sabah bersempena dengan lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Tuan Haji Abdul Halim bin Hamzah ke Keningau. Di samping itu, beliau turut meninjau perkembangan pembinaan asrama pelatih PKS dan juga melawat nurseri Projek Penanaman Bahan Mentah (PPBM) - Buluh & Rotan oleh PKS.

Perkampungan Kraf ini telah dibina oleh para peserta Program Perkampungan Kraf (PPK) seramai 12 orang yang mana telah diketuai oleh Tenaga Pengajar Kayu PKS iaitu En. Philip Jolius. Selain itu, pembinaan Perkampungan Kraf ini juga telah mendapat khidmat nasihat daripada mentor Adiguru Kayu iaitu En. Muhaimin bin Hasbollah yang juga merupakan pemegang anugerah Tangan Emas daripada Inakraf atas kecermelangan beliau dalam bidang Seni Ukiran Kayu.

PKK merupakan salah satu daripada komponen dalam Program Rural Integrated Craft Heritage (RICH) yang dikendalikan oleh PKS di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah. Program RICH ini merupakan satu program baru yang diperkenalkan oleh PKS pada awal tahun 2022 yang mana lebih menjurus ke arah pemantapan nilai-nilai usahawan dalam diri para peserta PPK.

Dengan terbinanya Perkampungan Kraf ini akan menjadi salah satu platform kepada para usahawan kraf selian PKS untuk mempromosi dan menjual kraf masing-masing. Selain itu, Perkampungan Kraf ini juga bakal menjadi salah satu mercu tanda tarikan pelancong yang baru di daerah Keningau.

Gambar berkumpulan bersama peserta PKK.

Perasmian Perkampungan Kraf tersebut disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar bersama dengan Tuan Haji Abdul Halim. Turut hadir Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman, Pengurus Kumpulan Zon, Zon Pedalaman Utara, Encik Teo Guan Leck dan Pengurus PKS, Puan Vivian Evans.

Tuan Haji Abdul Halim cuba menganyam bakul rotan.

Dato Sri’ Haji Gulamhaidar meninjau kerusi rotan yang dihasilkan oleh peserta PKK.

PERKAMPUNGAN
Lawatan ke tapak nurseri program penanaman bahan mentah.
24 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

BizTransformation

Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menganjurkan Program Tranformasi Perniagaan (BizTransformation) melalui Peningkatan Kualiti Produk, Penjenamaan dan Teknologi Reka Bentuk Pembungkusan dengan kerjasama SIRIM Berhad pada 19 hingga 21 Julai 2022 bertempat di Dewan Salingkawang, PKS, Keningau.

Program bersepadu bersama SIRIM Berhad ini bertujuan memperkasakan pembangunan modal insan para usahawan selaras dengan penjenamaan semula Program Latihan Kraftangan kepada Program RICH (Rural Integrated Craft Heritage).

Jalinan kerjasama ini bakal melahirkan lebih ramai usahawan celik perniagaan seterusnya meningkatkan pendapatan sendiri khususnya dan membantu ke arah perkembangan ekonomi negara.

Seramai 41 orang peserta terlibat dalam program ini yang merupakan peserta Inkubator dan peserta Start-Up PKS.

Kumpulan Yayasan Sabah menerusi PKS komited dalam melahirkan usahawan yang serba boleh, berkaliber serta berdaya saing. Program ini juga diharapkan dapat memberikan kefahaman jati diri, keupayaan merancang, kebolehan timbang tara serta kefahaman membuat keputusan yang jelas, bernas, berwawasan dan berdaya saing kepada semua bakal usahawan.

Majlis penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman pada 21 Julai 2022.

PEMANTAPAN USAHAWAN MELALUI PROGRAM
Encik Hanafiah (bertali leher) bersama para peserta program BizTransformation. Puan Siti Nor Hikmah, peserta BizTransformation membentangkan berkenaan logo syarikat yang dihasilkan semasa sesi pembelajaran mencipta logo. Sesi pembentangan berkumpulan. Sesi proses pembuatan pembungkusan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 25

Pusat Kraftangan Sabah (PKS) participated in the fashion show in conjunction with Miss World Malaysia, Miss Grand Malaysia and Miss Supranational Malaysia as part of the Hyperlive Festival Malaysia on 28 August 2022 at the Sabah International Convention Centre.

The event was jointly hosted by the Ministry of Tourism, Culture and Environment Sabah, Sabah Tourism Board,

RETAIL to RUNWAY

Kota Kinabalu City Hall, Love KK Vibrant and Malaysian International Chamber of Commerce and Industry.

Through this fashion show, PKS successfully promoted its high-quality handicrafts and batik designs among local fashion enthusiasts.

Models on the runway.

Models donned in Batik Pareo.
26 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Subsidi Usahawan Majlis Penyerahan

Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikat milik penuhnya Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Subsidi untuk Usahawan Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC) pada 14 Julai 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Pada majlis tersebut, empat orang usahawan GLOPEC mendapat subsidi sebanyak RM8,000 setiap seorang. Keempat-empat usahawan ini terlibat sama dalam program “Taste of Sabah Promotion” di London, United Kingdom di bawah Program GLOPEC, Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020 Sabah pada 9 hingga 16 Mei 2022.

Antara usahawan yang mendapat subsidi ini adalah Encik Matthias Liew daripada Uinah Sdn. Bhd., Uinah Craft Beverages ialah jenama minuman produk Sabah yang membuat dan menjual minuman halia (halal) dengan menggunakan bahan semula jadi. Turut menerima sumbangan ialah Puan Jalinah binti Jahari daripada Jalina Resources Millionaire Sdn. Bhd., dengan produk Kerepek Yuly iaitu Yuly Potato Crackers dan Yuly Tapioca Crackers, Puan Nur Atikah binti Alimin daripada Sky Aura Food Sdn. Bhd. yang membekalkan produk berasaskan susu kambing (sabun dan minuman), dan Puan Rosmawati binti Sanda daripada AR Food Industrial Sdn. Bhd. yang menghasilkan jenama Kerepek Mina.

Majlis penyerahan subsidi kepada para usahawan ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman selaku wakil kepada Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd.

Penyerahan subsidi ini diharap dapat membantu para usahawan menerokai dengan lebih mendalam jaringan kerjasama perniagaan baharu dalam pasaran global. Ketika ini produk-produk usahawan tersebut telah mula dipasarkan kepada pembekal-pembekal peniaga dan pemilik restoran di United Kingdom.

GLOPEC yang dibiayai oleh program DPUB dan diwujudkan melalui kerjasama strategik di antara Kumpulan Yayasan Sabah dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 2020 adalah antara program kerjasama untuk membantu usahawan Sabah, terutamanya daripada kumpulan B40 dan M40 melalui pemasaran produk tempatan ke pasaran antarabangsa.

Turut hadir Pengarah Bersekutu TERAJU Sabah, Encik Mohd. Lan Muslim, Pengerusi Lembaga Pengarah KHSB, Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki, dan Pengurus Besar KHSB, Puan Zaiton Bakri.

Dato Sri’ Haji Gulamhaidar (enam dari kanan) turut meluangkan masa untuk bersama-sama dengan para usahawan GLOPEC.
27

Miss World

“Beauty with a Purpose” Charity Gala Dinner

Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB), a wholly owned company of Yayasan Sabah Group, participated in the fashion show in conjunction with Miss World Charity Gala Dinner “Beauty with a Purpose” on 26 August 2022 at The Magellan Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.

The gala dinner was jointly hosted by City Hall of Kota Kinabalu (DBKK) and Malaysian International Chamber of Commerce (MICCI).

The models showcased a total of fifteen newly designed Batik Bayu evening gowns. Through this fashion show, KHSB promotes the uniqueness and versatility of Batik Bayu designs among local fashion enthusiasts.

Besides KHSB, the fashion show was also participated in by other local designers such as Team Segala, Creations, December Teo, Ohlumis Enterprise, P’Lo Borneo Fashion Designer and Classique by Maya.

Yuslan Jafri, Batik Bayu designer (second from right) with all models at the end of the fashion show. Models wearing selection of evening gowns with Batik Bayu design.
28 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Program Taklimat

Usahawan anjur KHSB

GLOPEC

Kumpulan Yayasan Sabah menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB) telah menganjurkan taklimat untuk usahawan GLOPEC pada 30 Ogos 2022 di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.

Seramai dua puluh orang usahawan di bawah program GLOPEC telah menyertai taklimat ini.

Taklimat mengenai cap dagang ini telah dikendalikan oleh Penolong Pegawai Harta Intelek daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), Puan Fazlin Othman. Taklimat ini memberikan memberikan pendedahan kepada usahawan-usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sabah mengenai kepentingan cap dagang bagi produk-produk yang dihasilkan sebagai

Taklimat seterusnya telah dikendalikan oleh Ketua Unit Pembiayaan Mikro Wilayah Sabah, Agrobank Wilayah Sabah, Encik Hanifah bin Abdullah. Para usahawan telah diberikan pendedahan mengenai pembiayaan untuk usahawan mikro di bawah Agrobank khususnya projek berasaskan agro makanan serta beberapa lagi segmen pembiayaan bagi usahawan yang berminat

Hadir pada acara tersebut ialah Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman selaku wakil kepada Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. Turut hadir Pengurus Besar KHSB, Puan Zaiton

Taklimat kepada

BERTINDAK KECEMASAN

Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan sebuah program taklimat untuk Pasukan Bertindak Kecemasan Kumpulan Yayasan Sabah pada 20 September 2022 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.

Seramai 24 peserta telah menyertai taklimat ini. Taklimat tersebut telah dikendalikan oleh Ketua Cawangan Kesedaran Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Puan Moilley Milin di mana peserta diberi pencerahan mengenai prosedur kecemasan sekiranya berlaku kecemasan di tempat kerja sebagai persediaan kepada kursus kompetensi bagi anggota Pasukan Bertindak Kecemasan yang bakal diadakan kelak.

Untuk
Gambar berkumpulan peserta bersama Encik Hanafiah (duduk, empat dari kiri), Puan Zaiton (duduk, lima dari kiri), Encik Hanifah (duduk, tiga dari kiri) serta Puan Fazlin (duduk, dua dari kiri). Puan Moilley (kiri) menyampaikan taklimat.
PASUKAN
KUMPULAN YAYASAN
SABAH
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 29
@ Menara Kinabalu dan Menara Tun MustaphaARTISAN GALLERIALawatan ke
Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datin Sri Dr. Siti Alida John binti Abdullah menandatangani buku pelawat sebagai kenang-kenangan lawatan rombongan PERKEP. Ahli-ahli rombongan membeli-belah barangan kraf tangan. Pereka Kristal Handal Sdn. Bhd., Encik Yuslan Jafri menunjukkan cara mencanting batik kepada Pengerusi PUSPANITA KWSP, Datin Seri Aidah Abu (berbaju putih) dan rombongan. Datin Seri Aidah melihat salah satu produk Batik Bayu. Rombongan Unit Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melihat hasil seni lukis yang dipamerkan. Gambar berkumpulan rombongan MOTAC bersama produk Batik Bayu yang dibeli. 8 Ogos 2022 | Menara Kinabalu Lawatan Pengerusi PERKEP, JSJ 9 Ogos 2022 | Menara Tun Mustapha Lawatan Pengerusi PUSPANITA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
12
Ogos
2022
| Menara Kinabalu Lawatan MOTAC
30 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Ahli-ahli rombongan mencuba aktiviti mencanting batik.
2
September 2022 | Menara Tun Mustapha Lawatan Travel Guide Central Asia Region (Kazakhstan, Kyrgyz Republic, Tajikistan, Turkmenistan & Uzbekistan)
21 Ogos 2022 | Menara Tun
Mustapha
Lawatan Peserta Peringkat
Akhir Miss
Merdeka 2022
Para peserta juga melawat Galleria Artisan. Para peserta diberi peluang untuk mencanting batik. Gambar berkumpulan para peserta peringkat akhir Miss Merdeka dan pihak penganjur, I Empower Myself Sdn. Bhd. Salah seorang ahli rombongan mencuba proses mencuci kain batik lukis untuk membuang sisa silikat pada batik.
9 September 2022 |
Menara Tun Mustapha Lawatan Peserta Man of the Globe International
31

Kursus

Microsoft Excel

Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat melalui Unit Pengukuhan dan Pematuhan telah menganjurkan Kursus Microsoft Excel pada 21 sehingga 22 Julai bertempat di University College Sabah Foundation (UCSF). Seramai 20 orang staf sokongan Kumpulan Yayasan Sabah telah menyertai kursus ini. Melalui kursus ini, para peserta dapat mengetahui pelbagai fungsi formula dalam Microsoft Excel. Para peserta juga didedahkan dengan kemahiran dan kefahaman untuk menguruskan penyenaraian data dengan lebih baik dan berkesan. Kursus tersebut dikendalikan oleh Pensyarah UCSF, Encik Chen Fei Huang.

Bengkel Reka Bentuk Pelaksanaan Kajian Sosial Berimpak dan

Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Bengkel Reka Bentuk dan Pelaksanaan Kajian Sosial Berimpak pada 6 hingga 14 September 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Melalui bengkel ini, para peserta mempelajari kaedah penyelidikan sains sosial dan latihan menggunakan perisian statistik SPSS versi baharu. Fasilitator kursus terdiri daripada pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah iaitu Dr. Lim Thein Sang dan Dr. Juliana Langgat yang bertugas di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan.

Seramai 25 orang pegawai Kumpulan Yayasan Sabah telah menyertai bengkel ini.

Gambar berkumpulan peserta bengkel bersama Pengurus Kumpulan, Bahagian Penyelidikan, Dr. Yap Sau Wai (duduk, dua dari kanan) dan Dr. Lim (duduk, tengah).

Gambar berkumpulan para peserta. Salah satu sesi yang dikendalikan oleh Dr. Lim.
32 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

BPKK

anjur Latihan Pengungsian

Bahagian Perkembangan KanakKanak (BPKK) telah mengadakan latihan pengungsian (evacuation plan) di Bangunan Tadika Ria, Likas dan Bangunan Kristal Ria, Sadong Jaya pada 3 sehingga 4 Ogos 2022.

Program ini bertujuan memberi latihan kepada staf BPKK dan kanak-kanak tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan.

Kunjungan Hormat

Ahli Jawatankuasa Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail pada 4 Ogos 2022. Rombongan ini diketuai oleh Pengerusi Kelab, Encik Mohd. Salim Japaran dan disertai oleh semua ahli jawatankuasa kelab berkenaan.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menyerahkan surat pelantikan kepada Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi sebagai Penasihat kelab berkenaan. Dalam pertemuan tersebut, Encik Mohd. Salim turut menyatakan penghargaan kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah yang menyokong penubuhan kelab ini. Encik Zulkhairi pula memaklumkan Pengurusan akan sentiasa memberikan sokongan berterusan kepada kelab ini. Beliau juga berharap agar kelab ini akan terus aktif melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

KELAB REKREASI KUMPULAN YAYASAN SABAH
Encik Mohd. Salim menyerahkan surat pelantikan Penasihat Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah kepada Encik Zulkhairi sambil disaksikan oleh semua ahli jawatankuasa. Encik Zulkhairi (kiri) mendengar perancangan Encik Mohd. Salim berkenaan aktiviti-aktiviti rekreasi yang bakal dilaksanakan oleh kelab ini. Guru-guru menyemak senarai nama kanak-kanak terlibat dengan latihan pengungsian bangunan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 33

JOHAN

Kumpulan Yayasan Sabah muncul johan acara perbarisan (Kategori Swasta dan Komersial) sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada 31 Ogos 2022 bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Sebanyak 86 kontinjen dari pelbagai agensi, jabatan kerajaan dan badan sukarela menyertai perbarisan tersebut.

Acara sambutan dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M. Jasni

Encik Ahmad Fauzie Wasimin (dua dari kanan), wakil kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah menerima piala kemenangan daripada Datuk Seri Masidi (tiga dari kanan). Kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah segak bergaya. Aksi kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah.
KUMPULAN YAYASAN SABAH
dalam acara PERBARISAN HARI KEBANGSAAN Peringkat Negeri Sabah 2022 sempena muncul sambutan 34 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan isteri serta barisan kabinet negeri.

Acara sambutan diserikan dengan perarakan Jalur Gemilang dan perarakan bendera-bendera negeri. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2022, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar bergambar berkumpulan bersama kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah sempena jamuan di Sabah International Convention Centre (SICC). Hasil usaha dan komitmen semua, kemenangan ini milik Kumpulan Yayasan Sabah. Ahli-ahli kontinjen perbarisan memberikan tepukan gemuruh kepada semua!
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 35

ZON PEDALAMAN UTARA

BMYS BANTU RINGANKAN KOS PERBELANJAAN PERSEKOLAHAN

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pedalaman Utara (ZPU) telah melaksanakan penyerahan penajaan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) bagi tahun 2022.

Seramai 200 orang pelajar dari 25 buah sekolah menengah di daerah Keningau,

Tenom, Tambunan dan Nabawan telah menerima manfaat daripada tajaan BMYS ini yang dilaksanakan pada bulan Jun 2022.

Tajaan BMYS ditawarkan secara one-off dengan kadar RM250 bagi setiap pelajar yang terpilih untuk menampung

sebahagian perbelanjaan persekolahan mereka sekaligus membantu meringankan kos perbelanjaan ibu bapa pelajar berkenaan.

Pegawai Kawasan ZPU, Encik Victor P. Gansau(dua dari kanan) menyampaikan cek pembayaran BMYS kepada Pengetua SMK Sook, Keningau,Encik Pancratius Primus sambil disaksikan oleh para penerima BMYS di SMK Sook, Keningau.

Pegawai Kawasan ZPU, Puan Justina David(lima dari kiri) menyampaikan cek pembayaran BMYS kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SM St. Martin, Tambunan, Encik Romanus Joannes sambil disaksikan oleh para penerima BMYS.

LATIHAN PENGUNGSIAN UJI KESIAPSIAGAAN PENGHUNI ADYS KENINGAU

Pejabat ZPU telah mengadakan kawad kebakaran, demonstrasi dan taklimat keselamatan kebakaran bagi penghuni Asrama Daerah Yayasan Sabah (ADYS), Keningau pada 12 Julai 2022.

Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan keselamatan di premis Kumpulan Yayasan Sabah selaras dengan Polisi Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah serta Pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Seramai 29 orang pelajar ADYS Keningau dan penyelia asrama terlibat dengan pengendalian kawad kebakaran tersebut. Pelaksanaan kawad kebakaran ini bertujuan menilai sejauh mana tahap kesiapsiagaan penghuni asrama

sekiranya berlaku kecemasan termasuk tindakan pantas daripada penyelia asrama memberi amaran awal serta menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Program ini telah dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Keningau.

Pegawai Kawasan ZPU, Encik Hamidin Suin(empat dari kanan), menyampaikan cek pembayaran BMYS kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Chinta Mata, Tenom, Encik Jakaria Aneh dan disaksikan oleh para penerima BMYS. Pegawai Kawasan ZPU, Encik Suwandy Sundu(depan, kiri), menyampaikan cek pembayaran BMYS kepada Pengetua SMK Sepulot, Nabawan,Encik Paterip Usit @ Patrick. Turut hadir menyaksikan ialah Guru Biasiswa, Puan Claudia Musih (depan, kanan) dan para penerima BMYS. Para penghuni asrama beredar keluar daripada bangunan asrama ke tempat berkumpul sejurus loceng amaran kecemasan dibunyikan. Post-mortem, komen dan taklimat keselamatan kebakaran oleh Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat. Pegawai Tadbir ZPU, Encik Francis Kitingon mewakili Ketua Pentadbir ZPU menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat, Puan Wis Amilda bt. Ahmad. Turut hadir Penyelia ADYS Keningau, Puan Mary Agnes Stephen. Para penghuni asrama diberi taklimat keselamatan kebakaran daripada Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat. Demonstrasi memadamkan api dikendalikan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. Penghuni asrama turut menjalani latihan memadamkan api kebakaran.
36 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Objektif program ini ialah untuk memupuk kesedaran tentang tanggungjawab seorang pelajar, membentuk pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan masa dan kemahiran belajar yang berkesan. Seramai 232 orang peserta terdiri daripada calon Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) 2022 telah mengikuti program ini. Ceramah jemputan terdiri daripada Kaunselor Profesional Berdaftar, Dr. Hajah Ananglangka Mad Kassim dan penceramah bebas motivasi, pembangunan kendiri dan analisa sikap, Profesor Madya Roslan bin Mokthar yang juga bertugas di UiTM cawangan Sabah.

Seminar

Objektif program ini ialah untuk memastikan pelajar mendapat pendedahan awal tentang tugas dan peranan sebagai seorang pemimpin, di samping memberi kefahaman berkenaan integriti dan disiplin diri dalam menjalankan tugas di sekolah serta meningkatkan potensi pelajar untuk menjadi pemimpin yang berkebolehan di alaf baru ini.

Program ini dikendalikan oleh Encik Khairul Anwar Rosnan, seorang penceramah bertauliah dan disertai oleh seramai 312 orang pelajar yang terdiri daripada calon SPM 2022.

Program ini telah disertai oleh seramai 191 orang pelajar yang terdiri daripada calon SPM 2022 SMK Gunsanad 2, Keningau.
PROGRAM TERAS (INTELEK DAN MINDA) Ceramah Motivasi SPM @ SMK Kemabong, Tenom 23 Julai 2022
Motivasi SPM Take Charge A+ @ SMK Gunsanad II Keningau 26 Julai 2022 Program Motivasi Wow: Be Smart, Let’s Start @ SMK Sepulot, Nabawan 27 – 28 Julai 2022
Ceramah motivasi daripada Dr. Hajah Ananglangka. Encik Khairul Anwar Rosnan, penceramah motivasi bebas menyampaikan ceramahnya. Para pelajar dengan aktiviti dalam kumpulan masing-masingsemasa sesi
“Libatkan Diri
Anda”. Sebahagian pelajar yang mengikuti ceramah. Sebahagian pelajar tingkatan 5 SMK Gunsanad 2, Keningau yang mengikuti program motivasi. Sesi penghayatan yang dikendalikan oleh Prof. Madya Roslan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 37

Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa murid Pendidikan Khas tentang kepentingan pendidikan dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang peluang-peluang pembelajaran yang ada, bagaimana menangani murid

Pendidikan Khas, memberi peluang kepada murid mempelajari kemahiran kraf tangan, serta mengeratkan jalinan kerjasama dan meningkatkan hubungan silaturahim antara ibu bapa, guru dan murid Pendidikan Khas di SMk Nambayan.

Ceramah ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan, Tuan Haison bin Jahudin dan dihadiri oleh 92 orang peserta yang terdiri

Seminar Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar @ SMK Apin-Apin, Keningau

Julai 2022

Objektif program ini ialah untuk menjana dan meningkatkan motivasi diri untuk berusaha, memberi kemahiran khusus untuk menjawab soalan peperiksaan untuk mata pelajaran berkenaan, merancang laluan kerjaya dan matlamat

hidup dan memberi maklumat mengenai peluang belajar dan tajaan kewangan.

Seramai 181 orang pelajar SPM telah menyertai program ini yang turut dihadiri oleh University College Sabah

Foundation (UCSF) dan Yayasan Sabah College of Technology (YSCT) yang menyampaikan ceramah mengenai peluang belajar dan kursus kemahiran yang ditawarkan serta tajaan kewangan yang disediakan.

TERAS (SOSIOBUDAYA)

Julai 2022

Gotong-royong ini telah disertai oleh seramai 30 orang yang terdiri daripada golongan belia kampung yang mana kemudahan ini memberi manfaat kepada 480 orang penduduk kampung tersebut.

Ceramah Peranan Ibu Bapa dan Bengkel Kraf Tangan Murid @ SMK Nambayan, Tambunan 27 Julai 2022
Gotong-Royong menyiapkan Gelanggang Bola Tampar @ Kampung Luanti Baru, Keningau
23
27
Sebahagian daripada MBPK sedang membuat latihan dalam aktiviti membuat kraf tangan. Para pelajar calon SPM yang hadir tekun mendengar petua-petua untuk berjaya dalam peperiksaan. Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran UCSF, Encik Hossin Bayani menyampaikan maklumat seperti jenis kursus dan biasiswa yang ditawarkan serta kemudahan-kemudahan yang ada di UCSF. Kerja-kerja menyimen gelanggang bola tampar dengan menggunakan campuran konkrit siap dibancuh. Kerja-kerja mengemas permukaan lantai gelanggang bola tampar oleh para belia. Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan, Puan Linda Cladius Juing, menyampaikan ceramah bertajuk “Peranan Ibu Bapa dalam Menginspirasikan Perkembangan Potensi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas”.
PROGRAM
38 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Gotong-royong

Gotong-Royong Membaiki Tandas Awam

– 31 Julai 2022

Komuniti @ Surau Al Falah, Nabawan

Gotong-royong ini telah disertai oleh seramai 43 orang peserta yang mana kemudahan ini memberi manfaat kepada jemaah yang hadir ke Surau Al-Falah, Nabawan, para peserta Kelas Bimbingan Saudara Baru, murid-murid Sekolah Agama Rakyat

Al–Falah, para pengunjung Pusat Internet Malaysia Kg. Murni, Nabawan dan komuniti sekitar kampung yang merangkumi Kg. Murni A, B, C dan D.

Gotong-Royong Penyelenggaraan Bekalan Air Paip Graviti @ Kampung Sunsuron Bawah, Tambunan 25 – 26 Julai 2022
Gotong-Royong
Membersihkan
dan Menceriakan Kg. Rimbayan Ansip, Keningau
30 Julai 2022
Sebahagian penduduk kampung bergotong-royong menyelenggara bekalan air paip graviti. Gotong-royong membersihkan gelanggang sepak takraw dan kawasan padang. Pegawai Kawasan ZPU, Encik Victor P. Gansau (bertopi merah) bersama Pengerusi JawatankuasaPembangunan dan Keselamatan Kampung Rimbayan Ansip Keningau, Encik Robin Ansiu (kiri) menyertai aktiviti gotong-royong mengecat gelanggang sepak takraw
ini
telah disertai oleh seramai
30
orang penduduk kampung yang mana kemudahan ini memberi manfaat kepada lebih
250
orang penduduk kampung tersebut.
30
Gotong-royong membersihkan parit dan mengecat semula bangunan tandas komuniti Kg. Murni C, Nabawan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 39

Gotong-royong ini telah disertai

kepada lebih 480 orang

30 orang

PROGRAM TERAS (SOSIOEKONOMI)

PROGRAM CELIK USAHAWAN BANTU USAHAWAN

Pejabat ZPU telah mengadakan Program Celik Usahawan di daerah Keningau pada 25 dan 26 Julai 2022 bertempat di Pusat Kraftangan Sabah, Keningau. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Keningau, manakala di daerah Tenom pada 28 dan 29 Julai 2022 bertempat di Dewan Kelab Belia, Tenom

dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Tenom. Program ini bertujuan membantu kumpulan sasar dalam urus tadbir perniagaan dan kewangan yang lebih rapi dan efisien.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada peniaga kecil dari setiap daerah telah mengikuti program ini

yang dikendalikan bersama oleh Panel

Pembimbing dan Penceramah daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Inspirasi Minda (Konsultan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, Keningau) dan Unit Kawalan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia Cawangan Keningau.

PROGRAM KOMUNITI KRAFTANGAN

ZPU telah melaksanakan Program Komuniti Kraftangan (PKK) pada 4 Julai hingga 2 Ogos 2022 di Kampung Enam, Nabawan melalui peruntukan daripada Pusat Kraftangan Sabah (PKS).

Antara objektif program adalah untuk mengenal pasti potensi lokasi terpilih melalui proses pengembangan idea, soft skills, memberikan latihan berkenaan promosi dan jualan serta

melakukan jalanan ujian pengeluaran kraf bagi meningkatkan pendapatan peserta terlibat.

Program tersebut telah dikendalikan oleh jurulatih dan tenaga pengajar daripada Perbadanan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Sabah.

Gotong-Royong Mengganti Lantai Jambatan dan Membersih Kawasan Kampung/Dewan Mini Kg. Napingging, Melalap Tenom 30 Julai 2022
oleh seramai
penduduk
kampung di mana kemudahan yang diselenggarakan memberi
manfaat
pengguna.
Pegawai Ekonomi ZPU, Encik Shah Rizal Saleh (depan, enam dari kiri) bersama para penceramah dan peserta di daerah Keningau. Para penceramah bersama para peserta di daerah Tenom pada 28 dan 29 Julai 2022. Para peserta semasa sesi jalanan ujian membuat anyaman produk. Para peserta bersama produk yang dihasilkan. Para peserta gotong-royong membaiki dan mengecat jambatan.
40 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

ZON PEDALAMAN SELATAN

PROGRAM TAHSIN AL-QURAN (SURAH AL-FATIHAH)

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) telah menganjurkan dua siri Program Tahsin Al-Quran (Surah Al-Fatihah) sepanjang bulan Julai dan September 2022. Siri pertama diadakan pada 20 Julai 2022 bertempat di Masjid Cahaya, Hikmah, Kampung Brunei (Ulu) Membakut. Manakala siri kedua diadakan pada 9 September 2022 bertempat di Surau Kampung Layun Melalia, Sipitang.

Seramai 32 muslimah yang merupakan penduduk di sekitar Kg. Brunei (Ulu) dan Kg. Pelalai Membakut telah menyertai kursus ini. Manakala pada siri kedua program ini telah mendapat penyertaan 30 orang penduduk dari sekitar kawasan Kampung Melalia, Sipitang.

Surah Al-Fatihah adalah termasuk dalam rukun solat (rukun Quali), tanpa membacanya dengan betul, solat seseorang akan rosak atau tidak sah. Melalui program ini, para peserta dibimbing agar dapat memperbaiki bacaan surah tersebut.

KURSUS MEMBUAT KUIH TRADISIONAL

Seramai 47 orang terdiri daripada golongan wanita, ibu tunggal dan beliawanis dalam lingkungan umur 18 hingga 45 tahun dari sekitar daerah Papar telah menyertai kursus ini. Melalui kursus ini, para peserta dapat mempelajari asas pembuatan kuih tradisional khususnya kuih rempeyek dan kuih jala. Mereka juga didedahkan dengan proses yang betul bermula dari penyediaan adunan tepung sehinggalah ke proses menggoreng.

Tenaga pengajar, Puan Syarifah Abdul Lapih merupakan usahawan kuih tradisional yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam pembuatan serta penjualan makanan.

Pejabat ZPS dengan kerjasama Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Kawang, Papar pada 21 Julai 2022 telah mengadakan satu kursus membuat kuih tradisional di premis Mirza Enterprise, Kg. Sapat, Papar. Puan Syarifah menunjukkan cara menyediakan adunan tepung kuih rempeyek dan kemudian beliau menunjukkan demo menggoreng kuih tersebut. Tahsin Al-Fatihah dan terjemahan oleh Pegawai Tadbir Agama, Membakut, Ustazah Hujana binti Guljuman. Tuan Haji Gulam (tengah) menyaksikan penyampaian sijil peserta kepada salah seorang peserta kursus. Sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Pengerusi Masjid CahayaHikmah, Kampung Brunei (Ulu), Cikgu Ahmad Haji Bidin. Ketua Pentadbir ZPS, Tuan Haji Gulam bin Haji Hapil (berdiri, kedua dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. Salah seorang peserta mendengar cara menghafaz surah Al-Fatihah yang betul. Ustaz Mohd Hafiz Batu Bara bin Manshuruddin daripada SK Padang Berempah, Sipitang menyampaikan taklimat kepada para peserta. Gambar berkumpulan peserta program di Surau Kampung Layun Melalia, Sipitang.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 41

Pejabat ZPS telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Masjid Jamek Kampung Kerukan, Kuala Penyu pada 2 Ogos 2022. Para peserta diberi tunjuk ajar teknik pengurusan jenazah yang betul seperti memandikan,

KURSUS FARDU KIFAYAH

mengafankan dan tatacara menunaikan solat jenazah.

Para peserta juga turut melakukan latihan amali pengurusan jenazah semasa kursus tersebut diadakan.

Kursus ini dikendalikan oleh pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Beaufort iaitu Ustaz Haji Mohd Jalin bin Saramalih manakala pengurusan jenazah wanita pula disampaikan oleh Ustazah Zaiton binti Poknih.

KURSUS TEKNIK ASAS GUBAHAN JAMBANGAN BUNGA

Pejabat ZPS telah menganjurkan Kursus Teknik Asas Gubahan Jambangan Bunga bertempat di Dewan Kampung Binsulok, Membakut pada 4 Ogos 2022. Seramai 30 orang peserta wanita telah menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Kampung Binsulok, Membakut.

Dalam kursus ini, para peserta diberikan tunjuk ajar teknik asas gubahan jambangan bunga yang menarik dan bernilai komersial. Tenaga pengajar disampaikan oleh Puan Farella binti Omar Baki daripada Truly Lully Florist, Beaufort.

Turut hadir dalam program ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Binsulok Membakut, Encik Missiran Ismail, wakil dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.31 Membakut, Hajah Surayah binti Ibrahim dan Ketua Kampung Binsulok, Encik Awang Amin bin Awang Bakar.

Para peserta Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Jamek Kampung Kerukan. Puan Farella (berbaju biru) menunjukkan cara mengubahbunga tangan (hand-bouquet). Para peserta cuba mengubah bunga tangan masing-masing. Gambar berkumpulan para peserta bersama Tuan Haji Gulam Hassan(duduk, lima dari kiri).
42 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pejabat ZPS telah mengadakan Program Motivasi

Kecemerlangan Pelajar SMAN bertempat di Dewan Sekolah Menengah Agama Negeri Kg. Kabidang, Beaufort pada 20 September 2022.

Seramai 93 peserta yang terdiri daripada pelajarpelajar tingkatan 4 dan 5 telah menyertai program tesebut. Para pelajar diberi pendedahan mengenai pembentukan sahsiah diri seperti pengukuhan akademik dan ketahanan mental serta menguasai teknik menjawab soalan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022.

Tenaga pengajar untuk program ini ialah Encik Sulaiman Haji Suhaili daripada SMK Pengiran Omar 2, Sipitang.

KURSUS TEKNIK ASAS GUBAHAN CANTUMAN BENIH BUAH-BUAHAN KAEDAH TUT DAN BAJI

Pejabat ZPS telah mengadakan Kursus Teknik Asas Gubahan Cantuman Benih Buah-buahan bertempat di Stesen Pertanian Melalia, Sipitang pada 20 September 2022.

Seramai 30 peserta telah menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Kg. Melalia, Sipitang.

Dalam kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar teknik asas gubahan cantuman benih buah-buahan dengan cara yang betul. Tenaga pengajar untuk kursus ini ialah Encik Francis Angkui daripada Jabatan Pertanian Sipitang.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR SMAN
Gambar berkumpulan para peserta program kecemerlangan. Peserta kursus menjalankan latihan amali. Encik Sulaiman (baju merah) menerangkan teknik menjawab soalan peperiksaan. Gambar berkumpulan para peserta kursus.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 43

ZON PANTAI TIMUR UTARA

KURSUS KEUSAHAWANAN PEMASARAN PRODUK

Pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU) telah menganjurkan Kursus Keusahawanan Pemasaran Produk bertempat di Institut Perhutanan Sabah, Telupid pada 14 Julai 2022.

Seramai 24 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Kampung daerah Telupid.

Melalui kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar teknik asas pemasaran

secara dalam talian menggunakan aplikasi e-pemasaran seperti Shopee, Canva dan Photoroom. Tenaga pengajar untuk kursus ini ialah Puan Norainie binti Fattahul Ariffin daripada Cahya Matha Enterprise, Kota Kinabalu.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT GOTONG-ROYONG

Pejabat ZPTU telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat GotongRoyong di Masjid An-Nur Kg. Entilibon, Tongod pada 15 Julai 2022. Seramai 23 orang penduduk Kg. Entilibon hadir pada program tersebut.

PROGRAM KURSUS ASAS JAHITAN

Pejabat ZPTU telah menganjurkan Kursus Asas Jahitan bertempat di Kedai Jahit Dayang, Taman Tyng, Sandakan pada 18 hingga 21 Julai 2022.

Program tersebut dianjurkan khususnya kepada para wanita agar mereka dapat belajar asas menjahit baju untuk kegunaan sendiri dan keluarga.

PROGRAM HAFAZAN SURAH LAZIM

Pejabat ZPTU telah menganjurkan Program Hafazan Surah Lazim bertempat di Masjid An-Najam Kampung Jaya Baru, Kinabatangan pada 6 hingga 7 Ogos 2022.

Para peserta memberikan tumpuan sepenuhnya pada sesi tersebut.Gambar berkumpulan para peserta kursus keusahawanan pemasaran. Gambar berkumpulan para peserta sebelum aktiviti gotong-royong bermula. Para peserta program mengambil peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan masing-masing. Ustazah Nursaidah (kanan) sedang mengajar teknik hafalan kepada para peserta program. Sesi gambar berkumpulan. Para peserta dibimbing oleh jurulatih tentang tatacara penggunaan mesin jahit. Sesi gambar berkumpulan.
44 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

KURSUS PEMBUATAN BEBOLA AYAM DAN IKAN

Pejabat ZPTU telah menganjurkan Kursus Pembuatan Bebola Ayam dan Ikan bertempat di pejabat Datuk Tan Yong Gee, Beluran pada 11 Ogos 2022. Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus tersebut.

KURSUS PEMBUATAN TAUHU, BEBOLA DAN KEK IKAN, AYAM DAN DAGING

Pejabat ZPTU telah menganjurkan Kursus Pembuatan Tauhu, Bebola dan Kek Ikan, Ayam dan Daging bertempat di Dewan Terbuka Kg. Sri Manis, Kinabatangan pada 20 hingga 21 Ogos 2022.

KURSUS PEMBUATAN TAUHU DAN PUDING KACANG SOYA

Pejabat ZPTU telah menganjurkan Kursus Pembuatan Tauhu dan Puding Kacang Soya bertempat di pejabat Datuk Tan Yong Gee, Beluran pada 30 Ogos 2022. Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus ini.

PROGRAM KURSUS ASAS TANAMAN HIDROPONIK

Pejabat ZPTU telah menganjurkan Kursus Asas Tanaman Hidroponik bertempat di Balai Raya Kampung Sebait, Sandakan pada 1 September 2022.

Pada kursus itu, para peserta diberi taklimat asas mengenai sistem hidroponik diikuti dengan latihan amali.

Program tersebut bertujuan untuk membantu penduduk kampung menghasilkan bekalan sayur sendiri bagi tujuan kegunaan sendiri dan menanam minat mereka untuk menceburi bidang pertanian hidroponik bagi menjana sumber pendapatan kecil-kecilan.

Jurulatih kursus, Encik Abdullah Haji Abdul Halil (memakai apron) menerangkan langkah-langkah membuat tauhu, bebola dan kek ikan, ayam dan daging kepada para peserta. Sesi gambar berkumpulan. Gambar kenangan para peserta. Jurulatih kursus, Puan Kamliah Abdul Sani (bertudung kuning) menerangkan cara-cara membuat bebola ikan dan ayam kepada para peserta. Gambar kenangan para peserta. Jurulatih kursus, Puan Kamliah Abdul Sani (bertudung biru) menerangkan proses pembuatan tauhu dan puding kacang soya kepada para peserta. Pegawai Pertanian Sandakan, Puan Junaidah Serumbut (bertudung kelabu) menerangkan tatacara penanaman hidroponik kepada para peserta. Sesi praktikal penanaman hidroponik.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 45

PROGRAM KOMUNITI KRAF (PKK)

Pejabat ZPTU telah melaksanakan Program Komuniti Kraftangan (PKK) di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah dari Julai hingga September 2022 bertempat di Kg. Tangkarason, Paitan, Pekan Beluran dan Sandakan.

Seramai 20 orang pengusaha kraf telah menyertai program ini. Para peserta didedahkan kepada pemerkasaan produk bagi pengembangan idea inovasi produk kraf serta menggalakkan perniagaan jualan dalam talian bagi meningkatkan hasil jualan mereka.

Para peserta Kg. Tangkarason telah menghasilkan table runner menggunakan kaedah cross stich bermotif suku kaum Rungus, manakala peserta dari daerah Beluran dan Sandakan telah menghasilkan baju

tradisi Unduk Ngadau bersaiz mini untuk dipakaikan pada anak patung serta gelang kunci berbentuk tradisi baju etnik Kadazandusun dan sarung botol menggunakan benang bulu.

KARNIVAL PENDIDIKAN, KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN

Pejabat ZPTU telah menganjurkan Karnival Pendidikan, Kerjaya dan Keusahawanan dengan kerjasama PERKESO bertempat di Plaza Harbour Mall, Sandakan pada 25 September 2022.

Karnival tersebut dimeriahkan dengan aktiviti seperti jualan kraf tangan, pertandingan mewarna kanak-kanak, hiburan ‘Mawar Busker’, sesi senaman zumba dan pameran pendidikan.

Antara yang hadir dalam karnival ini ialah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman.

Para peserta dari Kg. Tangkarason bersama produk table runner yang dihasilkan. Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (memakai topi) melawat ruang pameran University College Sabah Foundation. Pegawai Tadbir Pusat Bertauliah, Puan Evy Francis (kanan) menerangkan kursus yang ditawarkan di Yayasan Sabah College of Technology. Pertandingan mewarna. Encik Hanafiah (berbaju biru gelap) melawat gerai jualan. Produk patung mini berpakaian pakaian tradisional.
46 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pejabat ZPTU telah melaksanakan pembayaran Biasiswa Menengah Yayasan Sabah tahun 2022 kepada 200 orang pelajar terpilih di 36 buah sekolah menengah di daerah Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod

dan Paitan pada 3 hingga 22 Ogos 2022. Pembayaran telah dilaksanakan oleh Ketua Pentadbir ZPTU, Puan Ane Abdul Rahman, Pegawai Tadbir Kanan, Encik Abdul Rasid bin Abdul Sani, Pegawai-pegawai Kawasan,

Puan Nur Aqilah binti Omar Baki, Encik Abdul Mutalib Haji Tanong, Encik Mohd Nazrin bin Eddie dan Penolong Pegawai Kawasan, Cik Khoo Chui Eng.

BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH TAHUN 2022
SMK Merpati, Sandakan pada 3 Ogos 2022. SMK Perempuan, Sandakan pada 3 Ogos 2022. SMK Telupid pada 8 Ogos 2022. SMK Simpangan, Paitan pada 8 Ogos 2022. SMK Tongod pada 9 Ogos 2022. SMK Elopura, Sandakan pada 3 Ogos 2022. SMK Entilibon, Tongod pada 9 Ogos 2022. SMK Bukit Garam, Kinabatangan pada 22 Ogos 2022. SMK Sukau, Kinabatangan pada 22 Ogos 2022. SMK Ulu Sapi, Telupid pada 8 Ogos 2022. SK Bawang (K9), Paitan pada 8 Ogos 2022. SMK Paris, Kinabatangan pada 22 Ogos 2022. SMK Pamol, Paitan pada 8 Ogos 2022. SMK Terusan Sugut, Paitan pada 8 Ogos 2022. SMK Penangah, Tongod pada 9 Ogos 2022.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 47
48 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH Kursus Pembuatan Kek Gulung dan Cackey Pocket di Dewan Asrama Yayasan Sabah Tawau | 30 Julai 2022 ZON PANTAI TIMUR SELATAN Kursus Pembuatan Produk Sejuk Beku di Dewan Asrama Yayasan Sabah Tawau | 23 Julai 2022 Kursus Asas Membuat Roti Bun di Kampung Kadumu, Lahad Datu | 16 Julai 2022 Kursus Asas Membuat Kek Lapis di Kampung Litok Pulau, Lahad Datu | 17 Julai 2022 PROGRAM TERAS Seramai 18
orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Majlis penutupan program disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Tadbir Kanan ZPTS, Encik Kadir bin Tahir. Kursus tersebut dibimbing oleh Puan Radhiyah binti Mohd. Ahmad. Seramai
20
orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Majlis penutupan program disempurnakan oleh Pegawai Kawasan Kalabakan dan Tawau, Encik Matley Musir mewakili Ketua Pentadbir, Zon Pantai Timur Selatan (ZPTS), Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Majlis penutupan program disempurnakan oleh Ketua Pentadbir ZPTS, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Majlis penutupan program disempurnakan oleh Puan Norkhajijah. Kursus tersebut dibimbing oleh Puan Radhiyah binti Mohd. Ahmad.

ZON PANTAI BARAT UTARA

Kursus yang pertama kali dijalankan ini disertai seramai 15 orang usahawan yang terdiri daripada pengusaha sarang burung walit, pakaian tradisional suku kaum Rungus, jurusolek dan pelbagai bidang lain di sekitar daerah Pitas yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 52 tahun.

Para peserta diberi pendedahan menggunakan aplikasi Canva untuk mereka bentuk logo serta pemasaran produk menerusi laman media sosial. Fasilitator kursus ini merupakan salah seorang tenaga pengajar daripada KKKM, Cik Shireen Azwa binti Abdul Rahman.

Pegawai yang terlibat dalam program ini termasuklah Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman Haji Samat, Pegawai Kawasan Pitas, Encik Jikim Rumangun dan Penolong Pegawai Kawasan Matunggong, Puan Octvia Endi.

Turut hadir dalam kursus ini adalah Pengarah KKKM, Puan Salbiah binti Banati bersama Timbalan Pengarah, Encik Abdul Rahman bin Abdul Latif.

PROGRAM PENDIDIKAN KESEDARAN JENAYAH DAN MENCEGAH KEBAKARAN

Pejabat ZPBU telah menganjurkan Program Pendidikan Kesedaran Jenayah dan Mencegah Kebakaran di Dewan Terbuka SK Ranau, Kota Marudu pada 16 Julai 2022.

Program ini dihadiri seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Ranau Kota Marudu, staf dan pelajar serta ibu bapa SK Ranau Kota Marudu.

Program ini bertujuan memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang pencegahan jenayah di samping memberi pengetahuan secara umum mengenai jenis kesalahan berdasarkan kepada undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia.

49
Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) telah menganjurkan Kursus Asas Marketing Online di Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKM) pada 14 Julai 2022.
KURSUS
ASAS MARKETING ONLINE Para peserta semasa kursus dijalankan. Gambar berkumpulan para peserta bersama pegawai yang terlibat dalam menjayakan Kursus Asas Online Marketing. Majlis penyampaian sijil kepada peserta kursus. Penyelia Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Kota Marudu, Encik Kamarudin bin Sabanah (berbaju bomba) menunjukkan demonstrasi memadam api kebakaran.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Ceramah mengenai kesedaran jenayah dalam kalangan masyarakat telah disampaikan oleh Ketua Bahagian

Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat

Daerah (IPD) Kota Marudu, ASP Muhammad Shakir bin Yahaya. Seterusnya, Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik IPD Kota Marudu, SM Azlan bin Ibrahim telah menyampaikan ceramah mengenai jenayah narkotik.

Manakala, ceramah mengenai pencegahan kebakaran dan demonstrasi pemadaman kebakaran pula disampaikan oleh Penyelia Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Kota Marudu, Encik Kamarudin bin Sabanah.

Pegawai yang terlibat dalam program ini adalah Pegawai Kawasan Pitas, Encik Jikim Rumangun, Pegawai Kawasan Kota Marudu, Encik Pudin bin Ibrahim dan Pembantu Tadbir, Encik Julnairi Nasib.

Turut hadir dalam program ini adalah Guru Besar SK Ranau Kota Marudu, Encik Saimin bin Haji Saidi, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Ranau Kota Marudu, Encik Jamal bin Radin dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Sektor Pengurusan Sekolah, Encik Makrin bin Haji Sudi mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Marudu.

ASP Muhammad Shakir menyampaikan ceramah mengenai kesedaran jenayah dalam kalangan masyarakat.

KURSUS ASAS MEMBUAT ROTI BAN

Pejabat ZPBU dengan kerjasama Kolej Komuniti Kota Marudu menganjurkan Kursus Asas Membuat Roti Ban bertempat di Rumah Kebudayaan Kg. Tempasuk 1, Kota Belud pada 16 Julai 2022.

Objektif penganjuran program ini ialah untuk memberi pengetahuan asas kepada peserta untuk membuat roti ban

Para peserta menjalani amali pembuatan roti ban.

selain menggalakkan para penduduk untuk menceburi bidang keusahawanan secara kecil-kecilan.

Kursus yang disertai oleh seramai 17 orang peserta ini dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Kota Marudu, Puan Anney binti Jaibi dan dibantu oleh Encik F. Leevian Wesly.

Sebahagian daripada peserta kursus mempamerkan hasil amali mereka.

Encik Adman (dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta. Gambar berkumpulan peserta bersama fasilitator kursus dan pegawai ZPBU. Encik Jikim (empat dari kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.
50 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

KURSUS ASAS MELABEL DAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN SEJUK BEKU

Kursus Asas Melabel dan Pembungkusan Makanan Sejuk Beku telah dianjurkan oleh pejabat ZPBU pada 21 Julai 2022 di perkarangan Rumah Rehat Banggi, Kudat.

Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan cara pelabelan semasa menghasilkan sesuatu produk.

Taklimat disampaikan oleh Puan Asni binti Ali, tenaga pengajar jemputan kepada 26 orang peserta.

Puan Asni (berdiri) menyampaikan ceramah beliau.

Gambar berkumpulan para peserta selepas menerima sijil penyertaan kursus.

Pejabat ZPBU telah menganjurkan Bengkel Asas Kimpalan Logam pada 21 Julai 2022 di Perkarangan Rumah Rehat Banggi, Kudat. Program ini bertujuan untuk menyampaikan pengetahuan dan pendedahan mengenai asas kimpalan logam. Program ini disampaikan oleh tenaga pengajar, Kolej Komuniti Kota Marudu, Encik Kamrin bin Jasmin. BENGKEL ASAS KIMPALAN LOGAM Para perserta mendengar taklimat yang disampaikan. Encik Adman menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta. Turut kelihatan Pegawai Kolej Komuniti Kota Marudu, Puan Kanne Paul (kanan). Salah seorang peserta mencuba latihan amali. Gambar berkumpulan bersama peserta. Encik Adman (dua dari kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 51

KURSUS ASAS PENGURUSAN JENAZAH

Pejabat ZPBU telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Jenazah di tiga buah kampung iaitu Kampung Tawadakan Kota Belud, Kampung Ayer Kudat dan Kampung Ranau Kota Marudu.

Kursus Asas Pengurusan Jenazah di Kampung Tawadakan, Kota Belud telah diadakan di Masjid Al’Asdi pada 23 Julai 2022. Seramai 31 orang peserta telah menyertai kursus

Para peserta membuat latihan pratikal cara menyediakan kain kafan.

yang dikendalikan oleh tenaga pengajar jemputan daripada JHEAINS, Kota Belud, Puan Sohia binti Rahman.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah Ketua Kampung Tawadakan, Encik Ismail bin Juang, Timbalan Pengerusi Masjid Al’Asdi Kg. Tawadakan, Tuan Haji Awang Japilan Haji Asong serta Pegawai JHEAINS, Daerah Kota Belud, Ustaz Jasri bin Jasin.

Encik Adman (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta Puan Kasiah Haji Ruma.

Gambar berkumpulan peserta.

Gambar berkumpulan peserta kursus.

Program yang sama seterusnya diadakan di Masjlid An’Nur Kampung Ayer, Kudat pada 28 Julai 2022. Program ini memanfaatkan 24 orang peserta yang menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Ustaz V. Agos Kurniawan bin Haji Hadidin. Ustaz V. Agos menunjukkan cara pengurusan jenazah kepada para peserta. Pegawai Kawasan Kudat, Puan Dg. Sapian Abrian @ Aprain (tiga dari kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.
52 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

BENGKEL PEMERKASAAN PRODUK KRAF (PKK)

Seramai 20 orang peserta berumur lingkungan 20 tahun hingga 60 tahun menghadiri kursus ini yang terdiri daripada penduduk sekitar Daerah Matunggong.

Dalam kursus ini, para peserta telah diberikan tunjuk ajar mengenai teknik penyediaan produk kraf yang betul.

Sebahagian para peserta tekun mendengar perkongsian ilmu berkaitan kraf yang disampaikan oleh tenaga pengajar.

Salah seorang wakil peserta yang menerima sijil penyertaan programdaripada Puan Octvia (dua dari kanan).

Taklimat disampaikan oleh tenaga pengajar daripada Kolej Komuniti Kota Marudu iaitu Cik Shireen Azwa binti Abdul Rahman, Encik Jaini Lakah, Encik Allbendoy Widin dan wakil Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, Puan Masludah Alman.

Turut hadir adalah Penolong Pengarah Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKM) , Encik Abdul Rahman bin Abdul Latif dan Pegawai-pegawai ZPBU yang terlibat dalam program ini adalah Puan Octvia Endi dan Encik Madarif Haji Ostin.

Para peserta sedang memperhatikan penyediaan hasil kraf tangan daripada tenaga pengajar.

Gambar berkumpulan para peserta bersama tenaga pengajar dan Pegawai-pegawai ZPBU serta KKKM.

Seterusnya pada 6 Ogos 2022 program ini turut diadakan di Masjid Nawarah Kampung Ranau Kota Marudu. Program ini dikendalikan oleh Pengerusi Masjid Nawarah, Encik Manan Sungkit dan disertai seramai 40 orang peserta. Encik Manan (berbaju emas) menyampaikan taklimat dan demonstrasi tatacara penggurusan jenazah kepada para peserta. Gambar berkumpulan peserta program. Majlis penyampaian sijil kepada para peserta program. Pejabat ZPBU telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Produk Kraf di Dewan Mini Pejabat Daerah Kecil Matunggong, Kudat pada 28 Julai 2022.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 53

KURSUS BINAAN BANGUNAN TEKNIK SUSUN BATA DAN PENGGAULAN SIMEN

Pejabat ZPBU telah mengadakan Kursus Binaan Bangunan Teknik Susun Bata dan Penggaulan Simen di Bengkel Kolej Komuniti Kota Marudu pada 30 Julai 2022.

Semasa kursus ini, para peserta mendapat pendedahan mengenai teknik susunan bata dan cara penggaulan simen yang betul dalam suatu proses pembinaan bangunan.

Selain itu, para peserta juga diberi peluang untuk mempraktikan proses yang telah mereka pelajari.

Taklimat disampaikan oleh tenaga pengajar daripada Kolej Komuniti Kota Marudu iaitu Encik Mohd. Lotfi bin Ahmad, Encik F. Leevian Wesly dan Encik Eddwil Jursy.

Encik Mohd. Lotfi (berdiri) menyampaikan taklimat kepada para peserta program. Gambar berkumpulan bersama para peserta program. Sebahagian daripada peserta melakukan latihan amali selepas demonstrasi oleh Encik Mohd. Lotfi. Encik Mohd. Lotfi menunjukkan cara menyusun bata kepada para peserta program. Pejabat ZPBU telah menganjurkan Kursus Asas Solekan dan Terapi Kecantikan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Kg. Kalumpang, Pitas pada 4 Ogos 2022. KURSUS ASAS SOLEKAN DAN TERAPI KECANTIKAN Para peserta mendengar tunjuk ajar yang disampaikan oleh tenaga pengajar. Salah seorang peserta mempraktikkan teknik terapi kecantikan yang betul sambil dibantu oleh tenaga pengajar.
54 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

KURSUS ASAS GUBAHAN BUNGA DAN HADIAH (BOUQUET)

Para peserta tekun mempraktikkan hasil gubahan sambil diperhatikan oleh Encik Adman.

Pejabat ZPBU telah menganjurkan Kursus Asas Gubahan Bunga dan Hadiah (Bouquet) di Gelanggang Sepak Takraw, Kg. Gumpa, Kudat pada 6 Ogos 2022.

Melalui kursus ini, para peserta diberikan tunjuk ajar mengenai teknik solekan dan terapi kecantikan yang betul. Taklimat disampaikan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Rohani Jamrin.

Program ini memberikan pengetahuan cara membuat gubahan bunga dan hadiah yang betul. Kursus ini telah memberikan manfaat kepada 15 orang peserta dari sekitar daerah Kudat.

Seramai 20 orang peserta berumur lingkungan 20 tahun hingga 50 tahun menghadiri kursus ini yang terdiri daripada penduduk sekitar daerah Pitas. Melalui kursus ini, para peserta telah diberikan tunjuk ajar mengenai cara dan teknik solekan dan terapi kecantikan yang betul. Taklimat disampaikan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Marlisa Ating dan Puan Cartinea Osuyun. Majlis penutupan program disempurnakan oleh Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman Haji Samat. Turut hadir Pensyarah Kanan Kolej Komuniti Kota Marudu, Puan Canne Paul. Pegawai-pegawai ZPBU yang terlibat dalam program ini adalah Encik Jikim Rumangun dan Mohd. Noor Ag. Kassim. Encik Adman (tiga dari kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta. Gambar berkumpulan peserta. Para peserta mempraktikkan teknik gubahan yang betul sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh tenaga pengajar. Para peserta mempraktikkan cara gubahan bunga yang betul sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh tenaga pengajar. Salah seorang wakil peserta yang menerima sijil penyertaan program.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 55

KURSUS ASAS PENANAMAN SAYUR HIDROPONIK DI KOTA BELUD

Pejabat ZPBU telah menganjurkan Kursus Asas Penanaman Sayur Menggunakan Hidroponik bertempat di Rumah Kebudayaan Kg. Tempasuk 1, Kota Belud pada 6 Ogos 2022.

Hidroponik adalah satu kaedah penanaman tumbuhan tidak menggunakan tanah tetapi hanya menggunakan air. Pada kursus tersebut, para peserta diberikan taklimat asas penanaman hidroponik dan diikuti dengan latihan amali.

Kursus tersebut dikendalikan oleh Pegawai Pertanian Kota Belud, Puan Hammney Kiong, Pegawai Pertanian Tuaran, Encik Rosli Ag. Said dan pengusaha tanaman sayuran hidroponik dari Kota Belud, Encik Lee Kok Jin.

Seramai 16 orang peserta daripada golongan B40 dan para belia penduduk sekitar daerah kecil Matunggong dalam lingkungan umur 16 tahun ke atas menyertai kursus ini.

Tujuan kursus ini adalah untuk mengajar para peserta cara membuat video pendek yang memberi impak besar dalam setiap penghasilan video. Para peserta juga diberi pendedahan dengan teknik dan pengetahuan mengenai spesifikasi video yang bertepatan mengikut kehendak pelanggan.

Pengisian kursus disampaikan oleh tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Kota Marudu iaitu Encik Sharul Nizam bin Yaakop dan Encik Muhamad Syamer bin Mohd Nasir.

Encik Adman (dua dari kanan) menyampaikan sijil penyertaan kursus kepada salah seorang peserta.

Gambat berkumpulan bersamaEncik Adman (duduk, tiga dari kanan). Para peserta cuba menyemai biji benih sayur untuk persediaan penanaman hidroponik. Encik Kok Jin (berdiri, kanan) berkongsi pengalaman sebagai pengusaha tanaman sayuran hidroponik. Pejabat ZPBU telah menganjurkan Kursus Pembikinan Video From Zero to Hero di Dewan Mini Pejabat Daerah Kecil Matunggong pada 9 Ogos 2022. KURSUS PEMBIKINAN VIDEO FROM ZERO TO HERO Sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh Encik Sharul Nizam (berdiri, kanan). Peserta diberi peluang untuk mempersembahkan hasil video mengikut kumpulan.
56 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Pejabat ZPBU telah melaksanakan pembayaran Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) kepada 84 pelajar terpilih di 14 buah sekolah menengah di daerah Banggi, Kudat dan Kota Marudu pada 17 hingga 22 Ogos 2022. Pembayaran telah dilaksanakan Pegawai-pegawai Kawasan ZPBU, Encik Pudin Ibrahim, Puan Dayang Sapiah Abrian @ Aprain, Encik Madarif Haji Ostin, Encik Noor bin Ag. Kassim, Encik Julnairi Nasib dan Puan Rusnah Damparan.
PROGRAM PENYAMPAIAN
BIASISWA
MENENGAH YAYASAN SABAH
Puan Rusnah (duduk, kiri), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Banggi,Cikgu Diman Haji Awan (duduk, tengah) dan Encik Madarif (duduk, kanan) bersama para penerima BMYS di SMK Banggi, Kudat pada 17 Ogos 2022. Puan Dayang Sapiah (kanan) menyerahkan BMYS kepada salah seorang penerima BMYS di SMK Kudat pada 17 Ogos 2022. Gambar berkumpulan penerima BMYS di SM Abd. Rahim, Kudat pada 17 Ogos 2022. Gambar berkumpulan penerima BMYS di SM Abd. Rahim, Kudat II pada 18 Ogos 2022. Gambar berkumpulan penerima BMYS di SM Lok Yuk pada 18 Ogos 2022. Gambar berkumpulan penerima BMYS di SMK Kudat II, Kudat pada 18 Ogos 2022.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 57
Gambar berkumpulan penerima BMYS di SM St. Peter, Kudat pada 18 Ogos 2022. Encik Pudin (tengah) menyerahkan BMYS kepada salah seorang penerima di SMK Bandau, Kota Marudu pada 19 Ogos 2022. Gambar berkumpulan para penerima BMYS di SMK Bengkongan, Kota Marudu pada 22 Ogos 2022. Gambar berkumpulan penerima BMYS di SMK Kota Marudu pada 19 Ogos 2022. Gambar berkumpulan penerima BMYS di SMK Tandek II, Kota Marudu pada 19 Ogos 2022. Gambar berkumpulan penerima BMYS di SMK Tandek, Kota Marudu pada 19 Ogos 2022. Gambar berkumpulan penerima BMYS di SMK Kota Marudu II pada 22 Ogos 2022. Gambar berkumpulan penerima BMYS di SMK Langkon, Kota Marudu pada 22 Ogos.
58 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

KURSUS REKA BENTUK PEMASARAN DIGITAL

Puan Nell (berdiri) menerangkan teknik-teknik pemasaran digital yang boleh digunakan.

Pejabat ZPBU telah menganjurkan Kursus Reka Bentuk Pemasaran Digital yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia, Pekan Matunggong pada 16 Ogos 2022.

Melalui kursus ini, para peserta diberi penerangan mengenai kaedah mereka bentuk pemasaran digital sesuai dengan

produk dan peralatan yang digunakan. Di samping itu, pengetahuan mengenai teknik yang mudah sebagai asas memasarkan jualan dengan platform seperti Shopee, Lazada, Instagram, Tik Tok, Facebook dan lain-lain turut dikongsikan. Kursus dikendalikan oleh tenaga pengajar PEDi Keluarga Malaysia, Pekan Matunggong iaitu Puan Nelly Stephanie Nawari dan Puan Sweetlyn Jonny.

KURSUS PEMELIHARAAN DAN PEMPROSESAN GAMAT

Gambar berkumpulan para peserta.

Pejabat ZPBU telah menganjurkan Kursus Pemeliharaan dan Pemprosesan Gamat yang diadakan di Dewan Terbuka Rumah Rehat Kg. Kerakit Banggi, Kudat pada 18 Ogos 2022.

Dalam kursus ini, para peserta telah diberikan tunjuk ajar mengenai teknik pemeliharaan dan cara pemprosesan yang betul untuk menghasilkan produk gamat.

KURSUS ASAS MEMBUAT ROTI CANAI

Pejabat ZPBU telah menganjurkan Kursus Asas Membuat Roti Canai di Balai Raya Kg.Tawadakan, Kota Belud pada 20 Ogos 2022.

Dalam kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar mengenai teknik membancuh, menguli serta diajar mengenali jenis tepung yang sesuai digunakan untuk membuat roti canai. Para peserta juga diberi peluang praktikal cara-cara mengaul dan menguli tepung untuk dijadikan roti canai.

Puan Mastiah binti Intoh (bertudung ungu) menunjukkan cara menyediakan roti canai.

Encik Adman menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.

Gambar berkumpulan para peserta. Encik Azmi (berdiri) menyampaikan taklimat beliau. Taklimat disampaikan oleh tenaga pengajar dari Pusat Pengembangan Akuakultur Marin, Manggatal, Jabatan Perikanan Kota Kinabalu iaitu Puan Nurhidayah Azmira binti Mohamad Jamil dan Encik Azmi bin Lalim.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 59

PROGRAM MOTIVASI SPM

Gambar kenanganEncik Adman (depan, tengah)dan Encik Mohd. Hairi (depan, dua dari kiri) bersama para pelajar SMK Pitas. Turut dalam gambar ialah Pengetua SMK Pitas, Encik Andrew Chungan(depan, dua dari kanan), Penceramah dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustazah Kamariah binti Jamil (kanan) dan Pegawai Kawasan Pitas,Encik Jikim Rumangun (kiri).

Pejabat ZPBU dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pitas telah menganjurkan program motivasi pelajar tingkatan 5 bertempat di SMK Pitas pada 25 Ogos 2022.

Program ini bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh serta menanam minat para pelajar hadir ke sekolah. Seramai 163 orang pelajar telah menyertai program ceramah motivasi ini.

Program motivasi tersebut disampaikan oleh Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Daerah Kota Marudu, Encik Mohd. Hairi bin Mahat. Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman Haji Samat.

PROGRAM PELUANG KEMASUKAN PELAJAR KE UCSF, KTYS DAN TAJAAN KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pejabat ZPBU telah menganjurkan dua siri Program Peluang Kemasukan Pelajar Ke Yayasan Sabah College of Technology (YSCT), University College Sabah Foundation (UCSF) dan Tajaan Kumpulan Yayasan Sabah yang diadakan di SMK Abd. Rahim II, Kudat pada 25 Ogos 2022 dan di SMK Banggi, Kudat pada 27 Ogos 2022.

Antara pengisian program ini ialah peluang-peluang menyambung pendidikan ke YSCT dan UCSF.

Selain itu, taklimat juga menyentuh peluang-peluang tajaan pendidikan yang disediakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Para peserta juga diberikan panduan mengisi permohonan tajaan melalui dalam talian.

Kedua-dua program ini dihadiri seramai 220 orang pelajar tingkatan 5 dan 6 yang berasal dari sekitar daerah Kudat.

Penyampaian ceramah motivasi pelajar oleh guru kaunseling SMK Abd. Rahim II, Kudat, Encik Masran bin Kotung. Pengurus Kanan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Irene Vung menerangkan peluang-peluang mendapatkan tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah. Gambar berkumpulan para peserta program di SMK Bangi, Kudat.
60 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

ZON PANTAI BARAT SELATAN

BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG. CONTOH

Selaras dengan penubuhan Kumpulan Yayasan Sabah, Pejabat Zon Pantai Barat Selatan (ZPBS) telah menyerahkan sumbangan bantuan kepada mangsa kebakaran Kg. Contoh pada 8 Julai 2022.

Seramai 19 orang keluarga yang terjejas menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai. Keluarga tersebut terbabit dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas pada 16 Jun 2022 yang telah mengakibatkan sebanyak lebih 10 buah rumah musnah dalam kebakaran.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Korporat, Encik Hanafiah Diman yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah.

Pada kesempatan tersebut, Encik Hanafiah mengulas, Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa prihatin terhadap mangsa kebakaran dan berharap agar bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mangsa terlibat.

“Walaupun sumbangan ini tidak banyak namun ia diharap dapat membantu

mangsa terutamanya daripada segi penyediaan barang keperluan asas keluarga mereka. Saya berharap agar semua mangsa tabah menghadapi dugaan ini dan terus berusaha menjalani kehidupan yang baharu,” katanya.

Sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah tersebut diterima oleh ketua keluarga mangsa kebakaran yang terjejas yang kini ditempatkan sementara di balai raya tersebut.

PROGRAM TERAS ZON

Program gotong-royong membina kolah dan bilik mandi telah dianjurkan oleh Pejabat ZPBS di Madrasah Miftahul Ulum Assobirin, Kg. Sosondoton, Ranau pada 25 Jun 2022. Program tersebut disertai oleh Puan Linda, staf ZPBS, staf dan penghuni Madrasah Miftahul Ulum.

PROGRAM SOSIO BUDAYA

Encik Hanafiah (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah. Encik Ismail menerangkan kejadian kebakaran kepada Encik Hanafiah dan Puan Linda. Gambar berkumpulan mangsa terkesan kebakaran bersama-sama Encik Hanafiah. Turut dalam gambar ialah Ketua Kampung, Kampung Contoh, Petagas, Putatan, Encik Ismail bin Ayub (empat dari kiri) dan Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony (empat dari kanan). Gotong-royong membina kolah dan bilik mandi.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 61
Puan Linda (duduk, tengah) bergambar bersama para peserta Latihan Paluan Gong di Kg. Bambangan Lama, Kiulu. Latihan yang melibatkan 20 orang kanak-kanak Kg. Bambangan Lama ini telah diadakan selama empat hari iatu pada 3, 10,17 dan 31 Julai 2022 bertampat di Pusat Rekreasi Kg. Bambangan Lama, Kiulu di bawah jurulatih, Encik Sallustro bin Januari (duduk, kiri) dan Encik Duasik Gansu (duduk, kanan). Puan Linda (duduk, dua dari kanan) bersama para petugas dari Tabung Darah QEH 1 dan 40 peserta program Kesedaran Talasemia dan Kempen Derma Darah di Kg. Kobuni, Inanam pada 17 Julai 2022. Penceramah kursus Fardhu Kifayah, Ustazah Lilis Mulyani (duduk, dua dari kanan), dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Pegawai Kawasan Putatan, Cik Nurasyikin Hamza (duduk tiga dari kanan) bersama para peserta kursus Kg. Ulu Seberang, Putatan pada 23 Julai 2022. Para peserta latihan sedang berlatih memalu gong di Pusat Rekreasi Kg. Bambangan Lama, Kiulu. Semasa program derma darah berkenaan, seramai 14 orang telah menderma darah. Seramai 25 orang penduduk Kg. Ulu Seberang, Putatan telah menghadiri kursus berkenaan yang bertujuan untuk mendedahkan kumpulan sasaran tatacara pengurusan jenazah.
LATIHAN PALUAN GONG
PROGRAM KESIHATAN DI KG. KOBUNI, INANAM KURSUS FARDHU KIFAYAH Puan Linda (duduk empat dari kanan) bersama peserta Seminar Penternakan Ikan Air Tawar di Kg. Babagon, Penampang pada 9 Julai 2022. Seminar sehari ini telah dijalankan dengan kerjasama penceramah jemputan dari Jabatan Perikanan Penampang, Encik Tony @ Herman bin Anus dengan dihadiri oleh seramai 30 orang penduduk Kg. Babagon, Penampang. PROGRAM SOSIO EKONOMI SEMINAR PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR
62 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH

Pejabat ZPBS telah melaksanakan pembayaran Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) kepada seramai 200 pelajar terpilih di 44 buah sekolah menengah di daerah Ranau, Tamparuli, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan pada 6 hingga 29 Julai 2022.

Pembayaran telah dilaksanakan oleh Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony, Pegawai Tadbir Kanan, Encik Jairu Ingging @ Lianard, Pegawai Tadbir, Puan Florine Chiuh, Pegawai Ekonomi, Encik Mohd Shari Tek Seng, Pegawaipegawai Kawasan, Encik Mohd Al Amin Abdul Thani, Encik Mohd Azubair Sainuddin, Cik Nurasyikin Hamza dan Puan Elesia Chin dan Penolong Pegawai Kawasan, Encik Saef-Ul Baree Rusnan.

Jurulatih kursus, Encik Asril bin Sudirman (baju kuning) dari Syarikat Hajah Yanong Industri Sdn. Bhd. sedang membimbing proses pembuatan bebola daging di Kg. Minangkob, Tamparuli yang dihadiri oleh seramai 15 orang peserta pada 20 Julai 2022. Encik Jairu Ingging @ Lianard, Pegawai Tadbir Kanan ZPBS (duduk tengah) bersama staf pejabat ZPBS dan para peserta kursus.
KURSUS PEMPROSESAN MAKANAN SEJUK BEKU
SMK Agama Mohamad Ali, Ranau - 6 Julai 2022.
SMK Ranau - 6 Julai 2022.
SMK Bundu Tuhan, Ranau - 6 Julai 2022. SMK Kemburongoh, Ranau - 6 Julai 2022.
SMA Al-Irsyadiah, Ranau - 6 Julai 2022. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 63
SMK Lohan, Ranau
- 7
Julai
2022.
SMK
Mat
Salleh, Ranau
- 7 Julai 2022.
SMK
Kundasang, Ranau - 7 Julai 2022.
SM
All
Saints, Likas
- 12 Julai 2022.
SM Shan Tao, Likas
- 12 Julai 2022.SMK Matupang Jaya, Ranau - 7 Julai 2022.
SMK
Timbua, Ranau - 7 Julai 2022.
SMK
Likas - 12 Julai 2022.
SMK
Perempuan Likas - 12 Julai 2022.
Kolej
Tingkatan 6 Kota Kinabalu - 13 Julai 2022. SM St. Peter, Telipok - 13 Julai 2022. 64 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
SMK Kolombong, Kota Kinabalu - 14 Julai 2022. SMK Taman Tun Fuad, Luyang - 14 Julai 2022. SMK Bandaraya, Kota Kinabalu - 13 Julai 2022. SM St. Francis Convent, Luyang - 14 Julai 2022. SM Sains Sabah, Tuaran - 19 Julai 2022. SMK Badin, Tuaran - 19 Julai 2022. SM Agama Kota Kinabalu, Luyang - 14 Julai 2022. SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu - 18 Julai 2022.
SMK Pekan Telipok, Tuaran - 19 Julai 2022. SMK Sri Nangka, Tuaran - 19 Julai 2022. SM St. Michael, Penampang - 19 Julai 2022. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 65
SMK Tun Fuad Stephens Kiulu, Tuaran - 20 Julai 2022. SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang - 20 Julai 2022. SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu - 21 Julai 2022. SM Stella Maris, Tanjung Aru - 21 Julai 2022. SMK Bahang, Penampang - 20 Julai 2022. SMK Limbanak, Penampang - 21 Julai 2022. SMK Sanzac, Sembulan - 21 Julai 2022. SMK Putatan - 21 Julai 2022.
66 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
SM St. James, Tamparuli - 21 Julai 2022. SMK Sungai Damit, Tamparuli - 21 Julai 2022. SMK Tamparuli - 21 Julai 2022. SMK Tenghilan, Tamparuli - 21 Julai 2022. SMK Tansau, Putatan - 27 Julai 2022. SMK Inanam, Kota Kinabalu - 28 Julai 2022. SMK Tobobon, Manggatal
- 28 Julai 2022.
SM
St.
John,
Tuaran - 29 Julai 2022. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 67

Karnival FUN RUN & RIDE

Karnival Fun Run & Ride anjuran Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) pada 16 Julai 2022 bertempat di Bandar Sri Indah, Tawau ubat rindu staf BWSB beriadah bersamasama selepas dua tahun dikekang oleh penularan pandemik COVID-19. Selain itu, karnival ini juga mengeratkan lagi hubungan di antara staf dan Pengurusan BWSB.

Acara sukan larian dan berbasikal merupakan acara utama pada karnival tersebut. Manakala bagi staf wanita pula, acara senamrobik merupakan acara yang menjadi kegemaran mereka. Selain itu, BWSB turut membuka ruang untuk program derma darah, pemeriksaan

kesihatan percuma serta program vaksinasi COVID-19. Di samping itu, ruang temu duga terbuka (walk-in) juga disediakan bagi para belia yang masih mencari pekerjaan.

Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi BWSB, Tuan Haji Abdul Karim Haji Abdul Wahid. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Encik Amran @ Ambran Pe’ang serta hampir 400 orang staf BWSB.

Sukan berbasikal antara aktiviti yang sedang sohor kini (trending) ketika ini. Para peserta bersemangat memulakan acara sukan larian 5km. Permulaan acara sukan berbasikal 10km.
68 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Ruang temu duga terbuka (walk-in) beri peluang para belia yang mencari pekerjaan. Staf BWSB juga berpeluang menderma darah. Tuan Haji Abdul Karim (tiga dari kanan) dan Encik Amran (tiga dari kiri) bergambar bersama-sama pemenang acara sukan berbasikal bagi kategori staf BWSB. Para pemenang acara sukan larian bagi kategori terbuka. Tuan Haji Abdul Karim menyarungkan pingat kepada salah seorang pemenang yang memenangi tempat kedua acara sukan berbasikal bagi kategori staf BWSB. Acara senamrobik pula menjadi kegemaran staf wanita BWSB.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 69

ON YOUR MARKS, GET SET, GO!

Yayasan Sabah Group, through its Child Development Division, in collaboration with the Parents Teachers Association (PTA), organised an annual one-day sports event on 23 July 2022 at Futsal Arena, Yayasan Sabah, Likas.

Over 150 children from Taska Kristal Ria, Taska Ria, Tadika Ria and Tadika Kodidik attended this year’s event. Aside from games for the children, other activities such as a march past team competition, aerobics, and a range of games open to PTA members and the general public were also organised.

Yayasan Sabah Group is committed to ensuring a holistic approach to producing a well-balanced human capital that focuses on the children’s mental, physical, spiritual and emotional needs to develop them to reach their full potential.

The event was officiated by the Senior Group Manager, Human Resource and Corporate Services Division (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.

Encik Zulkhairi (left) officiating the event. Also in the picture are Puan Rosmini Simin, Group Manager, Child Development Division (second from left) and Puan Irene Ambrose,Preschool Programme Supervisor cum Head of Unit (right). Encik Zulkhairi with Luke Huguan Francis after the torch run by students from Merpati Class. Children competing in the number sorting and zig zag running game. Sports pledge read by Sven Arddelson Nelson from Ketilang Class. Aerobic session.
70 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Tenpin B LING

Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikat milik penuhnya, Innoprise Capital Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Dalaman Kumpulan Yayasan Sabah dan pemilihan pemain ke PESAYA ke-14 Sarawak pada 24 Julai 2022 bertempat di KK Galaxy Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu.

Seramai 46 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Empat peserta yang mendapat kutipan mata tertinggi bagi setiap kategori lelaki dan wanita akan mewakili Kumpulan Yayasan Sabah dalam acara Tenpin Boling PESAYA ke-14 di Sarawak kelak.

Daripada kejohanan ini, pasukan lelaki akan diwakili oleh Encik Mohd. Redzuan bin Mohamad Zin (Bahagian Komunikasi Korporat), Encik Syisy bin Mohd. Ali Yassin (Bahagian Perundangan), Encik Saef-Ul Baree bin Rusnan (Zon Pantai Barat Selatan) dan Encik Bahari bin Busu (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, ICSB). Manakala bagi kategori pasukan wanita pula akan diwakili oleh Puan Nurul Ashikeen binti Sallehuddin (Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens), Puan Nur Hidayah binti Ayub (Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian), Puan Merieza binti Mohd Mansur (Sunwise Crystal Sdn. Bhd.) dan Puan Vera Ligadun (Unit Pengukuhan dan Pemantauan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat, YS/ICSB).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah merangkap Ketua Penyelaras PESAYA ke-14 Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif D’ Heritage Sdn. Bhd. merangkap Pengurus Tenpin Boling PESAYA ke-14 Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki dan Pengurus Besar Innoprise Capital Sdn. Bhd. merangkap Ketua Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah, Tuan Haji Mohamed Idris Mohamed Shafi.

Kejohanan
Encik Hanafiah (kanan) menyampaikan hadiah kepada Juara Kategori Lelaki A, Encik Mohd. Redzuan dan disaksikan oleh Datuk Hajah Rosmawati (kiri) serta Tuan Haji Mohamed Idris. Encik Hanafiah (kanan) menyampaikan hadiah kepada Juara Kategori Wanita A, Puan Nurul Ashikeen Salehuddin dan disaksikan oleh Datuk Hajah Rosmawati (kiri) serta Tuan Haji Mohamed Idris. Para pemenang bersama hadiah masing-masing. Antara aksi pemain yang bertanding.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 71

Atlet PESAYA Ke-14

Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikat milik penuhnya, Innoprise Capital Sdn. Bhd. telah mengadakan pemilihan akhir atlet Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) untuk mewakili Kumpulan Yayasan Sabah ke PESAYA Ke-14 yang bakal dilangsungkan di Sarawak tahun hadapan.

Pemilihan tersebut telah berlangsung pada 13 hingga 14 Ogos 2022 bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan. Antara sukan yang dipertandingkan termasuklah Sepak Takraw, Bola Tampar Wanita dan Lelaki, Badminton, Ping Pong, Dart, Karom, Bola Baling, Petanque, Futsal Wanita dan Lelaki, Bola Jaring dan Bola Sepak.

Kehadiran peserta daripada Zon Pantai Barat Utara, Kota Marudu, Sabah Softwoods Berhad, Benta Wawasan Sdn. Bhd., Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (Tawau dan Sandakan), Serijaya Industri Sdn. Bhd. turut dimeriahkan dengan penyertaan staf Yayasan Sabah College of Technology dan University College Sabah Foundation.

Seramai 142 orang telah dipilih dalam beberapa kategori sukan yang dipertandingkan. Pada kali ini juga beberapa muka baharu dalam organisasi telah berjaya dipilih dan sekaligus menjadi pelapis pada masa akan datang.

Sekitar Pemilihan Akhir
Sepak Takraw Bola Tampar (Lelaki)
72 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Bola Tampar (Wanita) Badminton Ping Pong (Berpasukan) Dart
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 73
Karom Petanque Futsal (Lelaki) Bola Baling
74 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Futsal (Wanita) Bola Jaring Bola Sepak
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 75

MRSMARTBODY

MR SMART BODY

dalam kategori terbuka.

Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikat milik penuhnya, Innoprise Capital Sdn. Bhd. (InnoCap) telah menganjurkan pertandingan “MR. SMART BODY” pada 16 Julai 2022 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengurus Kumpulan InnoCap, Tuan Haji Mohamed Idris bin Haji Mohamed Shafi.

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori tertutup iaitu daripada penyertaan staf Kumpulan Yayasan Sabah dan kategori terbuka iaitu penyertaan daripada luar organisasi.

Bagi kategori tertutup, tempat pertama telah dimenangi oleh Encik Sudirman bin Saman iaitu staf daripada Yayasan Sabah College of Technology (YSCT). Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Encik Farnee Sardun dan tempat ketiga dimenangi oleh Encik Tilun Biyan, yang mana kedua-duanya adalah staf daripada InnoCap.

Seterusnya, bagi kategori terbuka pula, tempat pertama juga telah dimenangi oleh Encik Sudirman bin Saman. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Encik Alpian Abdullah dan tempat ketiga dimenangi oleh Encik Slyvester Lai.

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan.

EDITORIAL Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat. PENASIHAT Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Farrah Fadzil Mairon Valerina Valerian Nurfaezah Abdul Ghani SUMBANGAN RENCANA Staf Bahagian Komunikasi Korporat Staf Pejabat Zon/Wilayah Staf Pusat Kraftangan Sabah Staf Kristal Handal Sdn. Bhd. Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd. Staf D’Heritage Sdn. Bhd. Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd. REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin Juliana Lim Muhammad Fahmi Abdul Alim Hannah Hidayati Zainudin JURUGAMBAR Bertille Alex Boyou Jeffrey R. Baxter Samson Lawrence Zairul Delin Azli Abu Bakar Junior Juryzam Staf Pejabat Zon/Wilayah TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.