Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.1/2023 ( Jan - Mac 2023)

Page 1

KUMPULANYAYASANSABAH PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Edaran Percuma Januari - Mac 2023 Jilid 1/2023
TINGKATKAN USAHA KUMPULAN YAYASAN SABAH

USAHA PEMBANGUNAN MODAL INSAN HARUS TERUS MENINGKATKAN

KHUSUSNYA DALAM ASPEK PENDIDIKAN

Demikian menurut Ketua Menteri

Sabah merangkap Pengerusi Lembaga

Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor semasa berucap di Malam

Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah pada 7 Februari 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC).

“Kumpulan Yayasan Sabah harus terus memberi fokus kepada pendidikan dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke pengajian tinggi. Pada tahun 2022 sebanyak RM28.5 juta telah dibelanjakan untuk memberi tajaan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman kepada 2,823 orang pelajar baharu dan yang sedang belajar. Saya berharap pelancaran Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) pada bulan Jun tahun lalu

dapat meringankan beban kewangan Kumpulan Yayasan Sabah dalam membiayai komitmen tersebut. Saya yakin dengan dana terkumpul TPNS akan dapat meringankan bebanan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah,” kata beliau.

Sehingga kini kerajaan telah melaksanakan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bagi membangunkan agenda pendidikan di negeri ini. Inisiatif ini membuka sinar baharu khususnya kepada golongan B40 untuk memastikan anak mereka mendapat pendidikan hingga ke peringkat universiti.

Di samping itu, beliau juga berbangga dengan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) yang mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan kira-kira 98

peratus manakala University College Sabah Foundation (UCSF) sebanyak 75 peratus pada 2022.

Dalam pada itu, Datuk Seri Haji Haji turut mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas pencapaian melaksanakan sebanyak 95 peratus daripada 17 inisiatif Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Inisiatif yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 membabitkan dua teras di dalam SMJ iaitu Modal Insan dan Kelestarian Hijau.

“Prestasi ini amat membanggakan dan tahniah kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah. Sebagai jentera strategik Kerajaan Negeri, Kumpulan Yayasan Sabah perlu terus memacu pelbagai program sejajar dengan Hala Tuju SMJ. “Dalam pada itu, usaha Kumpulan Yayasan Sabah yang komited melindungi khazanah yang terkandung di kawasan konservasi di bawah seliaannya, perlu terus dipertingkatkan. Usaha ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah yang sentiasa memastikan

KUMPULAN YAYASAN SABAH
– Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor
2 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Para hadirin menumpukan perhatian kepada ucapan Datuk Seri Haji Hajiji.

pelaksanaan pembangunan sosial dan ekonomi bergerak seiring dengan usaha melestarikan alam sekitar agar kesejahteraan rakyat terjaga,” tegas beliau.

Beliau berharap agar Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah terus berusaha agar aktiviti perniagaan anak-anak syarikat akan terus menghasilkan keuntungan sekali gus dapat menggandakan pembayaran dividen kepada Innoprise Corporation Sdn. Bhd (ICSB).

“Hampir semua sektor yang diceburi telah mencatatkan pulangan yang lebih baik pada tahun 2022. Keuntungan sebelum cukai dijangka melebihi RM412 juta.Tahniah kepada anak-anak syarikat berkaitan perladangan kelapa sawit dan penjanaan kuasa elektrik yang merupakan penyumbang utama kepada prestasi yang memberangsangkan ini.

Pemulihan keuntungan oleh anak-anak syarikat di sektor pelancongan dan kayu balak turut memberi kesan kepada prestasi baik ini.

“Saya dimaklumkan berdasarkan pemantauan berterusan terhadap anakanak syarikat pada tahun 2022 telah menghasilkan rekod pembayaran dividen kepada ICSB berjumlah RM253.18 juta,” katanya.
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kanan), Datuk Jasni (kiri) dan Encik Zulkhairi (kanan) mengiringi Datuk Seri Haji Hajiji (dua dari kiri) masuk ke dewan acara.
KUMPULAN YAYASAN
3
Antara barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bergambar berkumpulan bersama para tetamu. BERITA
SABAH

Beliau juga berharap pihak Pengurusan terus memberi perhatian dalam perancangan masa hadapan, antaranya memastikan Kumpulan Yayasan Sabah ditadbir secara efisien dari segi kos; mentranformasikan anak-anak syarikat yang rugi melalui usaha sama dimana wang pelaburan akan disuntik oleh rakan kerjasama dan mengewangkan (monetise) aset-aset Kumpulan Yayasan Sabah seperti tanah dan perhutanan.

Selain itu beliau berkata Kumpulan Yayasan Sabah perlu menambah nilai dan pulangan anak syarikatnya melalui penyenaraian di bursa saham, selain berkolaborasi dengan organisasi dari dalam dan luar negara yang mempunyai kepentingan bersama; pemantauan berterusan anak-anak syarikat untuk memastikan prestasi yang baik agar pembayaran dividen yang maksimum dapat dilakukan.

Jelasnya tumpuan juga perlu diberikan terhadap pelaksanaan Projek

Pembangunan Pavillion Harbour City, Jesselton Waterfront Sdn. Bhd. dan Lok Kawi Resort City; memastikan hasil tunai (cash entitlements) dari projek pembangunan bersama dapat diterima dengan secepat mungkin dan melaksanakan beberapa projek pembangunan hidroelektrik baharu di kawasan yang dikenal pasti.

Pada majlis tersebut, Dato Seri Haji Hajiji turut menyampaikan sijil kepada 26 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tujuh orang penerima

Anugerah Jubli Perak dan 30 orang penerima Anugerah Jasamu Dikenang. Beliau turut menyaksikan penyerahan bendera Yayasan Sabah kepada

kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah ke Pesta Sukan Antara Yayasan-Yayasan

Negeri Se-Malaysia (PESAYA) kali ke-14 di Kuching, Sarawak.

Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh penghibur tempatan yang terdiri daripada penari Kumpulan Budayawan, kugiran Masmona, Belinda Jane, Amin Wali dan Dabra Sia.

Datuk Seri Haji Hajiji (enam dari kiri), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (lima dari kiri), Datuk Jasni (enam dari kanan), Setiausaha Korporat Yayasan Sabah merangkap Ketua Penyelaras Pasukan PESAYA
4 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (lima dari kanan), Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail (empat dari kanan) dan ketua-ketua pasukan PESAYA mengibarkan bendera Yayasan Sabah bagi memberikan semangat kepada atlet Kumpulan Yayasan Sabah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah

Pembantu Menteri kepada Ketua

Menteri, Datuk Abidin bin Madingkir, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji

Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah

Yayasan Sabah, Pengerusi Eksekutif

ICSB, Datuk Jasni Dayah dan isteri serta

barisan Pengurusan dan staf Kumpulan

Yayasan Sabah.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 5
Sebahagian daripada staf yang hadir. Artis jemputan Amin Wali menghiburkan para tetamu. Persembahan duet dari Amin dan Dabra. Suasana malam kemuncak dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Dato’ Sri Haji Gulamhaidar. Nyanyian yang penuh emosi dan penghayatan oleh artis jemputan, Dabra Sia. Nyanyian Vokal mantap, bakat memukau oleh Belinda Jane dari Bahagian Perkembangan Kanak-kanak. Nyanyian padu dari Masmona Busker. Nyanyian yang penuh bertenaga oleh artis jemputan, Dabra Sia. Persembahan duet dari Dato’ Sri Haji Gulamhaidar dan Datuk Jasnih. Datuk Seri Hajah Azizah menyampaikan baucar satu malam di The Pacific Sutera Hotel kepada Pertandingan Pakaian Terbaik (Kategori Encik Peter Caseanus, staf Innoprise Capital Gambar berkumpulan para pemenang pakaian terbaik bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun (empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif D’Heritage Sdn. Bhd., Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki (tiga dari kanan). Antara pemenang Pertandingan Pakaian Terbaik...sarat dengan kilauan emas. Encik Ahmad Hussin bin Sabli, staf Bahagian Pembangunan Pendidikan menerima cabutan tiket bertuah hadiah utama yang ketiga, iaitu peti sejuk. Tarian conga. Persembahan tarian sambut tamu dari Kumpulan Budayawan. Datuk Seri Hajah Azizah menyarungkan sash kepada pemenang Pertandingan Pakaian Terbaik (Kategori Wanita), Puan Nuraina binti Halim, staf Kristal Handal Sdn. Bhd. baucar penginapan kepada pemenang (Kategori Lelaki) Capital Sdn. Bhd. Puan Dinisiah Liasan (paling kiri), staf Bahagian Penyelidikan menerima sampul kemenangan Pertandingan Pakaian Terbaik (Kreatif) daripada Datuk Seri Hajah Azizah. Puan Norazmah Bakri, staf Pusat Kraftangan Sabah menerima hadiah utama yang pertama, cabutan tiket bertuah iaitu ipad Pro. Tarian salsa. Encik Azlee Paiman, staf Kimanis Power Sdn. Bhd. menerima hadiah utama yang kedua, cabutan tiket bertuah iaitu smart TV 65 inci. Tarian twist. Food Presentation daripada staf SICC sebagai pembuka majlis jamuan.

JASAMU DIKENANG

Dari kiri : Jilika bin Kasa (Unit Pengurusan Sumber Manusia), Gan Cheu Min (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan Juhirin bin Kantis (Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd Fuad Stephens), Ambo Upe bin Choing (Bahagian Perhutanan Chia Fui Yean (Pejabat Pengarah), Dis bin Slamat (Bahagian Perhutanan – Sandakan), Tity bin Achong (Bahagian Konservasi dan (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan – YS/ICSB), Christopher Robin Manjaji (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan Zulkhairi bin Haji Ismail (Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Dato Sri’ Haji Gulamhaidar Mawi Haji Hassan (Bahagian Komunikasi Korporat), Kasim bin Musa (Bahagian Perhutanan – Tawau), Humphrey L Madani (Seksyen (Bahagian Pembangunan Pendidikan), Datuk Hajah Rosmawati binti Haji Lasuki (D’Heritage Sdn. Bhd.), David Yong (Bahagian Prisca Totu (Unit Keselamatan & Penguatkuasaan), Rohayah binti Bakar (Unit Pengurusan Sumber

ANUGERAH

PERKHIDMATAN CEMERLANG

Dari kiri : Alina Paut (Pejabat Setiausaha Syarikat - ICSB), Masliah binti Hamid (Bahagian Perhutanan – Tawau), Rosnani binti Nurisin (Bahagian Perhutanan Lingkan Wari (Unit Pengurusan Sumber Manusia), Rosneh binti Sik (Bahagian Pembangunan Pendidikan – YSKL), Lorraine Linda Chin (Bahagian Roslan Khairuddin (Bahagian Pembangunan Pendidikan – YSKL), Ahmad Fyzll Yusof (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Rithzali bin Nasir (Pejabat Dato Sri’ Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Haji Hajiji, Datuk Jasni, Emmaculate Marie Edward (Unit Pengurusan Sumber Manusia) , Chin Mui Kee (Bahagian (Unit Keselamatan & Penguatkuasaan), Lajubit Kidat (Unit Pentadbiran), Yussizahnah Akul(Unit Keselamatan & Penguatkuasaan), Razali Ismail Aslinda binti Haji Asa (Zon Pantai Timur Utara), Dg. Simagan binti Mesu (Bahagian Pembangunan Pendidikan),

ANUGERAH
10 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kewangan – YS/ICSB), Ane binti Abdul Rahman (Zon Pantai Timur Utara – Sandakan), Rosla binti Joanes (Bahagian Perhutanan – Tawau), – Tawau), Majini Saiti (Bahagian Perhutanan – Sandakan), Praxedes John Matayun @ Felicia (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan – YS/ICSB), dan Pengurusan Alam Sekitar – Lahad Datu), Mohd Tahir bin Liew (Bahagian Perhutanan – Tawau), A. Washli @ Wasli bin A Mahmood @ Mahmud Kewangan – YS/ICSB), Gordian Chrispen (Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian), Mohd Adrian bin Mohd Banting (Bahagian Perundangan – YS/ICSB), Gulamhaidar, Datuk Seri Haji Hajiji, Datuk Jasni, Marcellinus Gidung (Bahagian Perhutanan – Keningau), Bertille Alex Boyou (Bahagian Komunikasi Korporat), (Seksyen Teknologi Maklumat, Unit Pentadbiran), Abdul Latip bin Awang Anak (Unit Pengurusan Sumber Manusia), Ahmad Hussin @ Albat bin Sabli (Bahagian Perhutanan – Kota Kinabalu), Richard Atilano (Bahagian Perhutanan – Sandakan), Ab Kahar bin Samat (Unit Pentadbiran), Sumber Manusia) dan Mohd Rusydi b. Imran @ Rosti bin Sandayan (Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar).

Perhutanan – Keningau), Junainah Ali Noor (Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak), Justin @ Petrus bin Gilob (Zon Pedalaman Utara – Keningau), (Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan YS/ICSB), Jenny Vinda (Pejabat Ketua Pegawai Operasi), Adrianus Lolon (Bahagian Perhutanan – Tawau), (Pejabat Pengarah Yayasan Sabah), Zulkhairi bin Haji Ismail (Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan YS/ICSB), Mohamad Al Amin bin Abdul Thani (Zon Pantai Barat Selatan – Kota Kinabalu), Thomas Attiu Ismail (Zon Pantai Timur Utara – Sandakan), Mathew Dusun (Pejabat Setiausaha Korporat), Asnan bin Usmon (Bahagian Perhutanan – Lahad Datu), Pendidikan), Inne @ Annie bint Sipaut (Unit Pentadbiran) dan Irene Ambrose (Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak).

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 11

Kimanis Power paid RM20 Million

Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor witnessed the handing over of a dividend payment amounting to RM20 million for 2022 from Kimanis Power Sdn. Bhd. to NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd., a subsidiary of Yayasan Sabah Group at Menara Kinabalu on 14 February 2023.

Chairman of Kimanis Power Sdn. Bhd., Encik Abdul Aziz Othman handed over the dividend to the Executive Chairman of Innoprise Corporation Sdn. Bhd (ICSB), Datuk Jasnih Daya.

JUBLI PERAK ANUGERAH
Dari kiri : Suhaimi bin Utoh Kalbi (Bahagian Tenaga & Fasiliti), Norkhajijah binti Mohammed Tussin (Zon Pantai Timur Selatan –Zulkhairi bin Haji Ismail (Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Dato Sri’ (Bahagian Penyelidikan) dan Suraya binti Norajim
12 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

in dividends to NRG Consortium Sabah

Also present were Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Head (Business and Commercial Development) of PETRONAS Gas Berhad, Encik Hisham Maaulot, Chief Executive Officer of Kimanis Power Sdn. Bhd, Encik Rozali Khamis, Head of Petronas Sabah and Labuan, Puan Siti Ayu Abdul Wahab and Director of ICSB, Encik Joshua Ho.

Tawau), Hajah Ainahwati binti Abd Sani (Bahagian Audit Dalaman – YS/ICSB), Rafeah bte Samsudin (Bahagian Perhutanan – Lahad Datu), Sri’ Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Haji Hajiji, Datuk Jasni, Masdin bin Hamid (Bahagian Perhutanan – Tawau), Nesin @ Elizabeth binti Kinat Norajim (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan – YS/ICSB).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 13

MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITY COL L EG E

Sabah FoundatIon

University College Sabah Foundation (UCSF) terus melahirkan modal insan yang berkemahiran serta berkualiti menerusi peningkatan kualiti pendidikan.

“Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan penuh terhadap apa juga usaha pembangunan oleh UCSF menerusi Kumpulan Yayasan Sabah.” Demikian menurut Ketua Menteri Sabah merangkap Canselor UCSF, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor semasa menyempurnakan Majlis Konvokesyen UCSF kali ke-2 yang diadakan pada 14 Januari 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC).

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji juga menyatakan bahawa memorandum yang termeterai antara UCSF dan PETRONAS pada Oktober tahun 2022 merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha pembangunan modal insan di Sabah. “Melalui kerjasama ini, UCSF akan menawarkan kursus berasaskan Minyak dan Gas di kampusnya untuk melahirkan lebih ramai pelajar tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan sektor berkenaan,” tambah beliau.

Beliau turut mengumumkan, “Bagi memastikan UCSF terus cemerlang dan menjadi pilihan anak-anak kita, kerajaan negeri akan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta sebagai geran penyelidikan pembangunan Sabah, kursus dan latihan kepada penjawat awam serta belia, dan projek perintis bagi pengeluaran batik botani UCSF.”

Sebagai reaksi kepada pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah itu, Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas sokongan berterusan.

“Ini akan membolehkan UCSF mengukuhkan kapasiti penyelidikannya dan memainkan peranan penting dan menjalankan penyelidikan strategik pembangunan yang bermanfaat untuk negeri Sabah,” kata Dr. Rafiq.

Penyampaian sijil kepada para graduan oleh Datuk Seri Hajiji dan disaksikan oleh Pro-Canselor, Dato’ Sri Gulamhaidar (hadapan, kanan).
“Sebagai graduan UCSF, anda boleh memainkan pelbagai peranan dalam proses pembangunan negara” katanya.
Gelagat para graduan UCSF.

kali ke-2

Para penerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

Sidang redaksi Berita Kumpulan Yayasan Sabah sempat menemu ramah lapan orang pelajar cemerlang pada majlis tersebut.

Antaranya ialah, Siaw Shing Pau Johnson Jenoven, 24, berasal dari Papar dengan pencapaian keputusan akhir CGPA 3.95. Beliau merupakan penerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Tun Mustapha pada majlis konvokesyen tersebut.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah melalui UCSF kerana memberi peluang dan kemudahan pendidikan kepada rakyat Malaysia di Sabah serta menyediakan bantuan kewangan yang merangkumi biasiswa dan pinjaman kepada pelajar tanpa mengira bangsa, agama mahupun budaya,” kata Johnson dengan penuh kesyukuran.

Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Lestari. “Kepada rakan-rakan seperjuangan yang masih melanjutkan pelajaran di UCSF, sentiasa berusaha walaupun menghadapi segala rintangan untuk mencapai kejayaan demi menjamin masa depan yang cerah. Bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian,” tambah Johnson.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Alam Sekitar di sebuah syarikat perunding alam sekitar tempatan yang menyediakan perkhidmatan perundingan dan pengurusan alam sekitar, berazam untuk menyumbang kepada kemajuan negara secara am dan khususnya negeri Sabah dalam pembangunan mampan.

Johnson percaya bahawa kelestarian alam sekitar adalah petunjuk utama tahap kestabilan ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.“Dengan pengetahuan yang saya peroleh, saya akan mencadangkan langkah mitigasi yang tepat dan sesuai kepada pihak pemaju untuk menjalankan projek pembangunan tanpa memudaratkan atau memberi impak negatif kepada flora, fauna, penduduk dan alam sekeliling,” katanya dengan penuh semangat.

“Panduan ini penting kerana ia berfungsi sebagai rujukan lengkap buat arkitek landskap dan agensi pelaksana. Selain menjamin kelestarian biodiversiti dan ekosistem tempatan, ia juga dapat memastikan pembangunan memajukan kualiti hidup, keselamatan dan kesejahteraan tempatan,” ujar beliau.

Seterusnya, Song Yi Qi, 26, berasal dari Kundasang dengan pencapaian keputusan akhir CGPA 3.91. Beliau menerima Anugerah Naib Canselor pada majlis konvokesyen tersebut.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana dengan bantuan kewangan yang ditawarkan, saya dapat memulakan pengajian di UCSF,” katanya.

Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Apabila ditanya cara beliau mengulangkaji pelajaran yang membolehkan beliau mendapat keputusan cemerlang, beliau mengatakan bahawa amalan bertanya soalan adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Jika kita bertanya, kita boleh melihat sesuatu dari sudut yang berbeza, yang boleh membantu kita meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis,” katanya. Song kini bekerja sebagai Pentadbir Kanan di Chan Furniture Sdn. Bhd. dan juga bekerja sebagai ejen perniagaan dalam talian menjual barang kemas.

“Dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya peroleh, saya tekad untuk membantu rakyat Sabah meningkatkan kemahiran perniagaan dalam talian mereka, khususnya kemahiran pemasaran dan komunikasi produk,” kata Song.

“Saya dapati ramai rakyat Sabah ingin belajar tentang perniagaan dalam talian, tetapi ramai yang tidak tahu di mana hendak bermula atau mempunyai kemahiran yang diperlukan. Terdapat juga individu yang mempunyai kemahiran tetapi tidak tahu cara mengaplikasikannya dalam situasi tertentu, kerana kurang pemahaman,” tambahnya lagi.

Menurut Song, dengan lebih ramai rakyat Sabah yang mempunyai pengetahuan mengenai skil pengurusan kewangan, pentadbiran perniagaan dan pemasaran, ia pasti akan membantu melonjakkan semula ekonomi negeri Sabah.

16 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Seorang lagi penerima Anugerah Naib Canselor, Azmi bin Yusop, 29, dengan pencapaian keputusan akhir CGPA 3.98 berkata permintaan terhadap pakar perakaunan semakin meningkat seiring dengan perkembangan perniagaan di negara secara keseluruhan dan di negeri Sabah khususnya.

Beliau merupakan graduan Diploma Perakaunan dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama di UCSF.

“Dengan izin Allah, saya berdoa agar saya dapat menyumbang kemahiran dan kepakaran yang diperoleh bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri ke arah pembentukan negeri Sabah yang lebih maju dan berjaya pada masa hadapan demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan di samping meneruskan agenda pemerkasaan pendidikan melalui tajaan seperti biasiswa dan pinjaman pengajian tinggi. Kami amat berterima kasih atas bantuan yang ditawarkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan majlis konvokesyen kali ke-2 yang gilang gemilang ini. Saya amat berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah akan maju jaya dalam pelbagai usaha yang diceburi pada masa akan datang,” katanya lagi.

Penerima Anugerah Naib Canselor seterusnya ialah, Corie Jinunip Bakansing, 24, berasal dari Ranau dengan pencapaian keputusan akhir CGPA 3.91. Corie merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik dan berasal dari Ranau.

Apabila ditanya cara beliau mengulangkaji pelajaran yang membolehkan beliau mendapat keputusan cemerlang, Corie mengatakan bahawa beliau mengamalkan pendekatan pembelajaran secara berjadual.

Beliau menegaskan bahawa disiplin diri adalah kunci kejayaan seseorang dalam mencapai keputusan cemerlang demi menjamin masa hadapan yang cerah.

Sebagai seorang artisan Sabah, Corie berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri seperti membuka ruang studio, kedai cetak atau galeri seni yang akan berfungsi sebagai tempat pertemuan para pengkarya seni untuk mempamerkan karya-karya mereka kepada penggemar seni.

Menurut Corie, karya seni mampu dijadikan sebagai wadah penyatuan kaum dalam negara dan mampu memupuk semangat kekitaan dalam komuniti. Justeru, usaha untuk memelihara keunikan dan kepelbagaian seni warisan tempatan harus diutamakan agar warisan kesenian tidak pupus selama-lamanya.

“Kepada pelajar yang masih melanjutkan pelajaran di UCSF, kesabaran dan kerja keras membuahkan hasil, jangan pernah ragu atau kehilangan kepercayaan terhadap diri sendiri. Selain itu, sifat ingin tahu dan keberanian untuk mencuba perkara baharu harus diterapkan pada diri sendiri,” tegas beliau.

Bagi Lyziana Voni pula, beliau telah menerima Anugerah Naib Canselor dengan pencapaian keputusan akhir CGPA 3.96. Lyziana merupakan anak keempat daripada enam adik beradik.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memberi saya peluang untuk melanjutkan pelajaran di UCSF. Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus meningkatkan kualiti dan kemudahan pendidikan untuk rakyat di Sabah,” ujar beliau.

Beliau merupakan graduan Diploma Pengurusan Perniagaan dan kini berkhidmat sebagai Pembantu Peribadi.

Pesan Lyziana kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di UCSF, agar tidak mensia-siakan peluang yang diberikan, seiring dengan kemudahan yang disediakan. “Sudah tiba masanya untuk para pelajar terlibat aktif dalam membuat keputusan berkenaan masa hadapan. Buatlah yang terbaik dan nikmatilah masa anda di kolej sebaik mungkin,” katanya lagi.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 17

Seterusnya, Li Xia Jain Ng, penerima Anugerah Naib Canselor dengan pencapaian keputusan akhir CGPA 3.89.

Beliau merupakan graduan Diploma Pengurusan Hotel, dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memberi saya peluang untuk melanjutkan pelajaran di UCSF serta sokongan yang diberi,” katanya.

Menurut Li Xia, dalam usaha untuk menyumbang ke arah peningkatan hospitaliti dan pelancongan di Sabah, beliau tekad untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan memastikan pengalaman para pengunjung berada pada tahap memuaskan.

Beliau juga berpesan kepada rakan-rakan yang masih melanjutkan pelajaran di UCSF agar memanfaatkan masa di kolej dengan sebaiknya dan melibatkan diri dengan pelbagai program yang dianjurkan di UCSF sebagai persiapan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Nasihat yang serupa turut diberikan oleh seorang lagi penerima Anugerah Naib Canselor iaitu Noel Ethelbert Jinguli, graduan Diploma dalam Pengajian Media dan Kebudayaan dengan pencapaian keputusan akhir CGPA 3.95.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Penolong Editor di Majalah Breeze berkata bahawa kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh semasa melanjutkan pengajian di UCSF membolehkan beliau menghadapi dan mengatasi cabaran di tempat kerja.

Noel turut berkongsi “Jangan putus asa dan lakukan yang terbaik untuk membuktikan kebolehan anda kepada diri anda sendiri. Trust the process and cherish your time at UCSF.”

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah melalui UCSF kerana telah menjayakan majlis konvokeysen ini serta usaha berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam membantu pelajar merealisasikan impian mereka dan melahirkan modal insan yang berkualiti dan dinamik,” katanya.

Penerima Anugerah Naib Canselor seterusnya, Chong Chiew Ting @ Penny, 47, berasal dari Penampang tidak menjadikan faktor usia menjadi penghalang dalam hidupnya untuk berjaya menamatkan diploma dalam bidang visual dan reka bentuk.

“Di UCSF, Fakulti Seni dan Media Kreatif (FACM) terdiri daripada tenaga pengajar yang komited, berazam dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas mendidik para pelajar dalam usaha melahirkan modal insan yang berkemampuan tinggi dan berupaya berfikir secara kreatif,” ujar beliau.

Menurut Penny, beliau sedang mengusahakan projek sampingan peribadi iaitu mencipta buku ilustrasi kanak-kanak dengan tema alam semula jadi dan hidupan liar di Sabah.

“Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Yayasan Sabah melalui UCSF kerana menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah. Sebagai seorang ibu, saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah melalui UCSF akan terus meningkatkan tahap kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah dan mewujudkan modal insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif,” katanya dengan penuh harapan.

18 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sekalung

atas pelantikan sebagai

berkuat kuasa pada

26 Januari 2023

Berhormat
Daya
Tahniah Yang
Datuk Jasnih
Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
daripada BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 19
Pengurusan dan Staf Kumpulan Yayasan Sabah

TAKLIMAT PENGURUSAN KUMPULAN YAYASAN SABAH bersama PENGERUSI EKSEKUTIF ICSB

Pada 9 Mac 2023, pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan sesi taklimat aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah sempena pelantikan Datuk Jasnih Daya sebagai Pengerusi Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn. Bhd. bertempat di Wisma Innoprise.
20 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Ucapan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Gambar berkumpulan.

Antara lain objektif taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai operasi keseluruhan Kumpulan Yayasan Sabah dan peranannya dalam membantu dan menokok tambah usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam membangunkan negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Dalam majlis yang sama Datuk Jasnih diperkenalkan kepada ketua-ketua bahagian, unit, dan anakanak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah. Turut hadir Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar.

Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman menyampaikan ucapan alu-aluan. Taklimat mengenai aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah disampaikan oleh Pemangku Pengurus Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Izan binti Awang Razli.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 21

YSG, MBMC & NRRN education and training programme collaboration

Yayasan Sabah Group (YSG), the Maliau Basin Management Committee (MBMC), and the Nordic Rainforest Research Network (NRRN) have agreed to continue their collaboration in the Maliau Basin Conservation Area (MBCA).

A five-year Memorandum of Understanding (MoU) extension was inked on 10 February 2023 at the Sabah International Convention Centre, which will herald a new term of cooperation between the three parties. The signing ceremony was witnessed by the Assistant Minister to the Chief Minister of Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir.

The initiative’s scope builds on an MoU inked on 12 June 2015 covering primary field research, training hub, and encouraging interest within the Nordic research community in conducting research in the Maliau Basin.

These include the University of Copenhagen, Copenhagen Business School, and the Swedish University of Agricultural Sciences to promote, support, and facilitate research, education, and training activities, particularly in the MBCA.

extend research,

In his speech, Datuk Abidin asserted, “This MoU extension will concentrate on the MBCA and the areas around the MBMC purview. All parties agreed to continue the collaboration after the MoU’s expiration date on 11 June 2020.”

Datuk Abidin reiterated, “This MoU, signed between the Yayasan Sabah Group, MBMC, and the NRRN, represents a significant step forward in our ongoing efforts to protect and preserve the precious rainforests of Sabah.

Through this partnership, we will conduct extensive research into the unique biodiversity of our rainforests and develop effective conservation strategies to protect them.”

“We will tap into the expertise of leading scientists and researchers to understand our rainforest’s unique characteristics better and develop effective conservation strategies. We will also be able to work closely with local communities to ensure that their livelihoods and cultural heritage are respected and protected. Therefore, this partnership will significantly advance our

Datuk Sam (third from left), Datuk Fred (third from right) and Prof. Ida (second from right) signing the documents witnessed by Datuk Abidin (fourth from left). Also in the picture are Dr. Waidi (left), Datuk Sr. Haji Mohd. Yusrie (second from left) and Dr. Ulrik (right).
22 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

understanding of the rainforests of Sabah and pave the way for more effective conservation efforts in the years to come. I want to thank the NRRN for its commitment to this vital work, and I look forward to seeing the collaboration’s results,” he added.

Yayasan Sabah Group is highly optimistic that the collaboration will contribute significantly to constructive scientific research, particularly in assessing, monitoring, and managing biodiversity resources sustainably and promoting the importance of the tropical rainforest for present and future generations.

Not only does the MBCA serves as a natural legacy, it also serves as a substantial source of knowledge about the ever-spectacular tropical rainforest. The signing of the MoU extension will hopefully increase the number of researchers from the Nordic region to conduct research in and around Maliau Basin.

Signing on behalf of Yayasan Sabah Group was the Deputy Director of Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan and witnessed by the Group Manager of Conservation

and Environmental Management Division, Dr. Waidi Sinun. At the same time, MBMC was represented by its Chairman, Datuk Frederick Kugan and witnessed by the Permanent Secretary to the Minister of Tourism, Culture and Environment, Datuk Sr. Haji Mohd. Yusrie Abdullah, with NRRN’s Chairperson, Prof. Ida Theilade signing for NRRN and witnessed by NRRN’s Secretary, Dr. Ulrik Ilstedt.

Recognising that well-implemented conservation strategies necessitate sound government policy and smart collaboration, Yayasan Sabah Group continues building partnerships with a diverse range of global networking organisations to achieve a more significant impact in addressing pressing conservation challenges apart from gaining knowledge and expertise.

In this respect, Maliau Basin, one of the Yayasan Sabah Group’s conservation areas, is well-prepared to reach new heights through collaboration with the NRRN in its establishment as a significant area for research, education and training.

Datuk Sam (third from left), Datuk Fred (third from right) and Prof. Ida (second from right) displaying the signed documents witnessed by Datuk Abidin (fourth from left). Also in the picture are Dr. Waidi (left), Datuk Sr. Haji Mohd. Yusrie (second from left) and Dr. Ulrik (right).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 23

BATIK BAYU STORE @ SICC

Batik Bayu is a local batik brand by Kristal Handal Sdn. Bhd., a wholly-owned company of Yayasan Sabah Group. Its batiks are designed with motifs of different ethnic groups in Sabah. What differentiates it from other brands is that we are the only batik producer in Sabah that had been certified with the Batik Malaysia MS 692:2007 from Malaysia Handicraft Development Corporation (Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia) since 2015. We assure our customers that all our batik is produced of great quality to meet the required standard.

On 1 February 2023, Batik Bayu officially opened its pop-up store at Sabah International Convention Centre (SICC) by the name Batik Bayu Store @ SICC. This pop-up store will continue to run for the next three months. It is located at Level 2 of SICC near the surau and lift. Besides batik, other products such as handicrafts and accessories from local artisan are

also brought in, and one of them is Borneo Gemstones. The store’s opening hours are from 9:00 am to 5:00pm (Tuesday until Saturday), 1:00 pm to 5:00pm (Sunday) and closed on Monday. Prior to its opening, the outlet welcomed the visit of the Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar on 31 January 2023.

The store has received positive responses from the public since its opening. The pop-up store had gained more recognition and brand awareness. It hope that the availability of Batik Bayu products at SICC will provide more options for our customers as this location is in the city centre.

Batik Bayu products are also available at Galleria Artisan, Menara Tun Mustapha and Galleria Artisan, Menara Kinabalu.

24 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

CARBON:THE NEW RESOURCE of SABAH

Green Talk Series 2023 organised by UCSF

A talk on “Carbon: The New Resource of Sabah” was organised by University College Sabah Foundation (UCSF) at their campus in Sembulan on 1 March 2023. The talk was attended by 200 participants.

The Deputy Director of Yayasan Sabah and currently appointed as Adjunct Professor of the Faculty of Tropical Forestry of Universiti Malaysia Sabah, Datuk Sam Mannan was invited to present his talk based on his experience on forest management connected to carbon trading that involved 80,000ha of forest land in northern Kuamut.

According to Datuk Sam, “Through proper forest management, Sabah could expand carbon sequestration in forests and the natural environment beyond current levels through an array of measures. These include protecting natural forests and mangroves; restoring degraded forests and mangroves that have been disturbed, and increasing the amount of carbon sequestered per hectare of land through better land management practices.”

The talk was to create awareness of the financial benefit of preserving the natural forest for future generations while getting paid for it through carbon sequestration. Carbon sequestration is the process of capturing and storing

atmospheric carbon dioxide. Thus reducing excessive carbon emission into the air that is harmful to the environment. Its main objective was to provide a space for dialogue, learning, and action around environmental issues, aiming to promote a more sustainable and resilient future for all.

For decades, developed countries have polluted the environment through heavy industry activities, such as iron and steel; oil and gas; coal, fertiliser and pesticides. Therefore, carbon trading means these polluters have to be held accountable by providing funds to countries that are preserving their natural forests and to finance the rehabilitation of degraded forests due to previous logging activities. As Datuk Sam aptly put it, “Polluters must pay.”

The talk benefits students at UCSF as well as educators, policymakers, professionals, and businesses. The talk also helps graduates by providing valuable knowledge, skills, networking opportunities, and inspiration to pursue careers and lifestyles that align with their environmental values and goals.

Participants that attended the talk were from Government agencies, Non-Governmental Organisations, as well as students and officers from UCSF and Yayasan Sabah College of Technology.

Datuk Sam is seen answering some of the questions posed by participants during the question-and-answer session.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 25
Datuk Sam, UCSF Vice Chancellor Dr. Rafiq Idris (front, second right), Senior Lecturer Dr. Junaenah Sulehan (front, left), ICSB Chief Operating Officer, Encik Douglas Joinol (front, right) with participants.

Rombongan daripada Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRS Muslim) yang diketuai oleh

Pengerusinya merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Nicholas Sylvester telah membuat kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman pada 27 Februari 2023 di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk memperkenalkan KDMRS dan aktiviti-aktiviti yang memberi fokus kepada program kemasyarakatan melalui kerja-kerja kebajikan dan pendidikan khususnya untuk masyarakat KDMRS.

Kunjungan Hormat

KDMRS Muslim

KDMRS ditubuhkan pada tahun 2018 yang bertujuan untuk berkhidmat demi membina hubungan antara pelbagai etnik Kadazan-Dusun-Murut-Rungus-Sungai di Malaysia.

Mereka berhasrat untuk bekerjasama dengan Kumpulan Yayasan Sabah dalam menjalankan aktiviti sosial termasuk pembangunan pendidikan dan keagamaan khususnya dalam memperkasa ilmu sebagai seorang muslim.

Kunjungan Hormat

Encik Hanafiah (kanan) mendengar penerangan mengenai Sabah AIR Aviation daripada Encik Rodney (tengah).

Rombongan dari Sabah AIR Aviation Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Rodney Linus serta Eksekutif Kanan Pemasaran, Puan Floris Kinajil telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman pada 2 Mac 2023.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mewujudkan peluang kerjasama di antara syarikat berkenaan dengan Kumpulan Yayasan Sabah.

Tuan Haji Sylvester (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Encik Hanafiah bersama pegawai-pegawai dari KDMRS Muslim.
26 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah

Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya, Tuan Haji Yusdi bin Haji Nasip serta Ketua Pemasaran, Encik Mohd. Redzuan bin Ramlan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman pada 7 Mac 2023.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk mewujudkan kerjasama di antara Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Rombongan daripada Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya, Encik Suszma Khairitszi bin Mamat telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman di Menara Tun Mustapha pada 20 Mac 2023.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menerangkan program-program yang dilaksanakan oleh LPPKN Negeri Sabah. Turut hadir beberapa orang pegawai daripada LPPKN iaitu Pegawai Perubatan, Dr. Halimatul Saadiah Mohd Aris dan Penolong Pegawai Penerangan, Encik Eddy Samond bin Layun.

Encik Hanafiah (dua dari kanan) menerima cenderakenangan daripada Tuan Haji Yusdi. Encik Hanafiah (dua dari kanan) mendengar penerangan mengenai Lembaga Tabung Haji daripada Tuan Haji Yusdi (dua dari kiri). Encik Suszma (dua dari kanan) menerangkan kepada Encik Hanafiah (tiga dari kiri) aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh LPPKN Negeri Sabah.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 27
Encik Suszma (dua dari kanan) menyampaikan cendera mata kepada Encik Hanafiah.

Kunjungan Hormat

Persatuan Perkhidmatan

Taska Sabah

Seramai tujuh orang ahli Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah (PPTS) yang diketuai oleh Pengerusinya Puan Jelsie Fung telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Encik Hanafiah Diman pada 21 Mac 2023 di Menara Tun Mustapha.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan PPTS, ahli-ahlinya, objektif penubuhan dan program-program yang dianjurkan oleh PTTS. PTTS juga berharap dapat sokongan dan kerjasama dari pihak Yayasan Sabah kerana mempunyai matlamat yang sama dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Sabah.

Sesi taklimat memperkenalkan PPTS oleh Puan Jelsie kepada Encik Hanafiah. Penyampaian cenderamata dari
28 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Puan Jelsie kepada Encik Hanafiah sambil bergambar bersama dengan ahli-ahli PPTS.

Sumbangan Foodbank dan Dapur Pelajar UiTM

Kumpulan Yayasan Sabah melaluiBahagian Pembangunan Pendidikan telah menyampaikan sumbangan kepada Foodbank dan Dapur Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah bertempat di Asrama Lelaki Kolej Kediaman Manukan, UiTM pada 9 Mac 2023.

Antara sumbangan yang diberikan adalah 300 kampit beras, 50 kotak mi segera, 10 kotak biskut dan 20 kotak tin sardin.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Bahiwata S. Haji Mulia. Turut hadir dalam majlis ini ialah para pegawai dari Bahagian Pembangunan Pendidikan. Sebelum itu, ketibaan rombongan disambut oleh Penolong Pendaftar UiTM Encik Luqman Abd. Shukur serta wakil daripada penuntut asrama, tenaga pengajar dan warden asrama.

Gambar berkumpulan para pegawai daripada Bahagian Pembangunan Pendidikan dengan para pelajar. Puan Bahiwata (kanan) sempat beramah mesra dengan para pelajar asrama.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 29
Puan Bahiwata menyampaikan kampit beras kepada salah seorang pelajar.

Menara Tun Mustapha Lawatan ke

9 Disember 2022

Seramai 155 ahli rombongan dari SK Kota Klias, Beaufort yang terdiri daripada 45 orang ibu bapa, 16 orang guru, dan 94 orang pelajar mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha. Rombongan tersebut turut melawat Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

12 Disember 2022

Seramai 23 orang pelajar International Baccalaureate Diploma dari Kolej Melayu Kuala Kangsar bersama tujuh orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha.

Lawatan yang bertemakan Creativity, Activity & Service ini bertujuan untuk mengenali kepelbagaian budaya serta pembangunan fizikal dan insaniah di Sabah.

Peserta rombongan diberikan taklimat aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah oleh Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Mohd Redzuan Mohd. Zin yang diikuti dengan lawatan ke Galeri Tun Mustapha yang dikendalikan oleh Encik Abu Zarin Abu Bakar Titingan. Rombongan seterusnya dibawa melawat ke Galleria Artisan untuk melihat produk kraf tangan keluaran tempatan dan aktiviti mencanting batik.

Para pelajar mengambil kesempatan berkunjung ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens. Encik Salim Japaran, Pegawai Bahagian Pembangunan Pendidikan memberikan taklimat mengenai peluang-peluang tajaan Kumpulan Yayasan Sabah. Para peserta rombongan diberi taklimat mengenai aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah. Para peserta rombongan dibawa melawat ke Galeri Tun Mustapha. Para peserta rombongan dibawa melawat ke kawasan aktiviti mencanting batik di Galleria Artisan
30 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

10 Februari 2023

Seramai 100 orang pelajar beserta 12 orang guru daripada SJK (C) Yue Min, Penampang mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha. Rombongan turut melawat Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens dan Galeri Tun Mustapha (GTM).

13 Februari 2023

Rombongan daripada Sekolah Kebangsaan Kuala Abai, Kota Belud yang melibatkan seramai 40 orang murid tahun 6 dan juga enam orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha. Rombongan turut dibawa melawat perpustakaan dan GTM.

Gambar berkumpulan berlatarbelakangkan bangunan ikonik, Menara Tun Mustapha menjadi satu kemestian. Taklimat mengenai peluang-peluang pendidikan antara topik taklimat yang menarik perhatian para pelajar dan guru-guru. Rombongan diberikan taklimat mengenai fungsi Kumpulan Yayasan Sabah dan peluang-peluang pendidikan yang disediakan. Pelajar melihat koleksi buku-buku lama yang tersimpan di perpustakaan. Koleksi peribadi Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun di GTM.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 31
Koleksi alat muzik kesayangan Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha memukau perhatian para pelajar.

Majlis

Ramah Mesra & Taklimat Program Penghantaran

Pelajar Tingkatan Satu

Majlis ramah mesra dan taklimat program penghantaran pelajaran tingkatan satu ke Semenanjung Malaysia yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Pendidikan telah diadakan pada 20 Mac 2023 di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. Program penghantaran pelajar ke Semenanjung Malaysia sejak tahun 1968 ini amat signifikan dalam merapatkan lagi hubungan dan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Seramai 22 orang pelajar tingkatan satu dihantar ke Mahaad Tahfiz Negeri Pahang, Yayasan Islam Kelantan dan Kolej Genius Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Lawatan Institut Kemahiran MARA

Seramai 14 orang pelajar bersama dua orang pensyarah pengiring dari Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Menara Tun Mustapha pada 21 Mac 2023.

Dalam lawatan tersebut mereka diberi taklimat teknikal mengenai penghawa dingin memandangkan sebahagian daripada pelajar tersebut mengambil program Sijil Teknologi Penyaman Udara Dan Penyejukan. Taklimat disampaikan oleh Pegawai Kanan Penyelenggaraan, Encik Dinata D. Abdillah daripada Bahagian Tenaga dan Fasiliti. Sejurus selesai taklimat, rombongan tersebut dibawa melawat ke Galeri Tun Mustapha dan seterusnya ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

Para pelajar dan pensyarah menitip kenangan di hadapan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.
32 BERITA KUMPULAN YAYASAN
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Kanan Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur, Encik Roslan Khairudin.
SABAH

Saluran Dua Hala antara

Pengurusan dan Staf MBJ

Saling bantu-membantu kerana semua pihak adalah penting bagi kelancaran organisasi. Demikian ucapan

Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah merangkap

Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah pada mesyuarat MBJ siri 1/2023.

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 23 Mac 2023 di Menara Tun Mustapha.

MBJ meliputi perkara berkaitan dengan perkhidmatan organisasi dan pentadbiran yang menitikberatkan kepada kepentingan kebajikan staf. Isu-isu yang dikemukakan oleh staf melalui Wakil Pekerja perlu diselesaikan secara bersama melalui perbincangan dan perkongsian idea oleh semua ahli MBJ.

Pelbagai isu yang melibatkan kebajikan staf dibincangkan pada mesyuarat tersebut. Isu-isu berkenaan dibincangkan dalam suasana harmoni sesuai dengan tujuan MBJ iaitu mewujudkan hubungan yang rapat antara Pengurusan dengan staf.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Puan Felicia Matayun, Pengurus Kumpulan, Bahagian Perhutanan, Dr. Esther Li serta Wakil Pengurusan dan Wakil Pekerja.

MESYUARAT AGUNG KHAS

KPYSB

Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) telah

mengadakan Mesyuarat Agung Khas (MAK) pada 24 Februari 2023 di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Menurut Pengerusi KPYSB, Encik Jessel Kamijan @ Jessel bin Aloysius dalam ucapannya memaklumkan bahawa mesyuarat ini bertujuan bagi mendapatkan kelulusan pembukaan

Cawangan KPYSB di Dewan Taman Bakti IKhlas daripada anggota KPYSB. Cawangan ini adalah bagi menjalankan perniagaan dobi dan kiosk.

“Perniagaan dobi ini akan meningkatkan lagi keyakinan dan pulangan yang baik kepada ahli dan KPYSB,” jelas beliau.

Seramai 106 anggota KPYSB telah hadir ke Mesyuarat Agung Khas KPYSB.

Perbincangan isu-isu sedang dijalankan. Encik Zulkhairi (kanan) mempengerusikan mesyuarat MBJ. Encik Jessel menyampaikan ucapan di mesyuarat agung khas. Antara anggota KPYSB yang hadir di Mesyuarat Agung Khas.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 33

BENGKEL PELAN ANTIRASUAH

Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) telah menganjurkan Bengkel Analisis Data dan Penilaian Risiko Rasuah, Pelan Antirasuah Organisasi pada 13 hingga 16 Februari 2023 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu. Bengkel tersebut melibatkan 16 agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri yang dibimbing oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dan seramai 21 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti risiko rasuah, integriti dan tadbir urus yang bersumber dan tidak bersumber. Antara objektif lain bengkel ini adalah untuk menganalisis data dan risiko rasuah serta menentukan bidang keutamaan bagi risiko yang telah dikenal pasti.

Rentetan daripada bengkel tersebut, Kumpulan Yayasan Sabah telah menghantar deraf Plan Antirasuah Organisasi pada 24 Februari 2023 untuk tujuan pemurnian dalam siri bengkel seterusnya.

Sesi penilaian risiko rasuah. Sesi proses menganalisa data. Sesi menentukan bidang keutamaan. Sesi mengenal pasti risiko rasuah. Sesi gambar berkumpulan staf Kumpulan Yayasan Sabah.
34 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Fasa tiga siri bengkel ini ialah Bengkel Pembangunan Penilaian Risiko Rasuah dan Pengubalan Pelan Antirasuah Organisasi yang berlansung pada pada 16 hingga 17 Mac 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) melibatkan 40 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Objektif utama fasa ketiga ini adalah untuk memastikan pelan tindakan yang telah dibangunkan jelas dan dapat dipraktikkan dengan efektif serta memastikan inisiatif yang dicadangkan mendapat persetujuan daripada Pengurusan atasan di samping memastikan penyediaan draf buku yang sewajarnya.

Sesi taklimat dan pemurnian pelan tindakan. Sesi penentuan mekanisme pemantauan dan penilaian. Sesi semakan draf buku dan pelan tindakan mengikut bidang keutamaan. Sesi semakan draf buku dan penambahbaikan pelan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 35
Sesi pembentangan draf akhir buku Pelan Antirasuah Organisasi.

Majlis Penyampaian Sijil & Konsert Kanak-Kanak ke-39

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Konsert Kanak-Kanak ke-39 dengan tema “My Happy World” pada 11 Februari 2023 di Auditorium Tun Ahmad Raffae,

Menara Tun Mustapha. Persembahan tarian kontemporari gabungan lagu Etnik Sabah, lagu berbahasa Cina dan I Like Swift dan I Love U (Chombi) oleh murid Taska Ria.
36 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH Persembahan piano solo oleh adik Dayang Ku Qhayra Hasya binti Awangku Mohammed Khairy, murid Kelas Merpati, Tadika Kodidik.
Persembahan tarian kontemporari Kuch Kuch Hota Hai dan Anak Kampung oleh murid Taska Kristal Ria.
gimik pelancaran sebagai simbolik pelancaran majlis penyampaian sijil
kanak-kanak
Puan Rosmini melawat pameran. Puan Rosmini
menandatangani
dan konsert
ke-39. Puan Rosmini bersama guru-guru dan kanak-kanak menyanyikan lagu finale “Starting to Learn”.

Seramai 65 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Taska Ria, Taska Kristal Ria dan Tadika Ria telah menamatkan pelajaran di kelas masing-masing bagi sesi 2022/2023. Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan pameran hasil seni kraf tangan buatan para pelajar serta persembahan hiburan seperti piano, nyanyian dan tarian.

BPKK komited dalam memastikan kurikulum dan pendekatan holistik “Belajar Melalui Bermain” diterapkan dengan beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada keperluan mental, fizikal, rohani dan emosi kanak-kanak. Pendekatan ini mampu membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh serta meningkatkan keyakinan dalam diri mereka agar lebih bersedia untuk menghadapi suasana pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi dan formal khususnya di sekolah rendah.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengurus Kumpulan BPKK,

Persembahan tarian tradisional Melayu oleh murid Kelas Merpati, Tadika Kodidik. Persembahan tarian moden oleh murid Kelas Ketilang, Tadika Ria dan Kelas Merpati, Tadika Kodidik. Persembahan oleh murid Kelas Ketilang, Tadika Ria. Persembahan tarian lagu Pesta Muda Mudi oleh murid Kelas Ketilang, Tadika Ria.

Sempena majlis penyampaian sijil tersebut, Berita Kumpulan Yayasan Sabah telah menemu ramah ibu bapa pelajar cemerlang yang hadir pada majlis tersebut.

Menurut Puan Roza Vvianti binti Roslan, ibu kepada Leanne Grace Amanda binti Oliver, berumur empat tahun merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik dan merupakan seorang yang kreatif dan gemar melukis.

“Pada mulanya, Leanne sukar untuk bergaul dengan rakan sebayanya kerana kurang fasih bercakap. Namun berkat konsep “Belajar Sambil Bermain” yang diterapkan dalam sesi pembelajaran di Taska Kristal Ria, Sadong Jaya, Leanne kini dapat mengenali huruf, nombor dan mahir menulis nama sendiri. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pelajar Taska Kristal Ria atas kasih sayang yang tidak terhingga buat anak-anak kami,” kata Puan Roza dengan penuh kesyukuran.

“Tanpa didikan, dorongan dan kata-kata semangat mereka, Leanne tidak akan mampu untuk mengecap kejayaan. Justeru, pendidikan awal kanak-kanak sangat memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak,” tambahnya lagi.

Menyentuh tentang langkah penambahbaikan kaedah atau teknik pengajaran yang diamalkan di Taska Kristal Ria, Puan Roza berkata, “Saya amat berpuas hati dengan teknik pengajaran yang dilaksanakan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak taska. Terima kasih untuk didikan dan bimbingan tenaga pengajar dalam meningkatkan keyakinan Leanne untuk membuat persembahan di khalayak ramai.”

Seterusnya, Aafiyah binti Hasanuddin, berumur empat tahun, merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.

Menurut bapa kepada Aafiyah, Encik Hasanuddin bin Syahiddin, Aafiyah adalah seorang yang suka bergaul, suka menari dan bertanya soalan. Beliau menyedari betapa penting pendekatan “Belajar sambil Bermain” dalam membentuk perkembangan awal kanakkanak.“Kami amat berterima kasih atas segala didikan, tunjuk ajar dan ilmu yang telah dicurahkan demi memastikan anak-anak kami mendapat pelajaran yang baik dan efektif,” katanya.

Menyentuh mengenai persepsi kualiti pendidikan dan fasiliti di Taska Ria, Encik Hasanuddin berpendapat, “Secara keseluruhan, prasarana pendidikan dan persekitaran pembelajaran sangat memuaskan. Begitu juga dari segi aspek keselamatan persekitaran di taska tersebut,” tambah beliau lagi.

Beliau berharap pendekatan Pendidikan Islam dapat dititikberatkan dalam pembelajaran bagi para pelajar beragama Islam pada masa akan datang.

38 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Bagi Puan Haazliza binti Surumin pula, ibu kepada Hannani binti Hapizi, berumur lima tahun, merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. “Hannani merupakan seorang yang aktif bermain dan suka mencuba serta belajar perkara baharu dalam kehidupan sehariannya,” katanya.

“Saya sangat suka dengan penggunaan kaedah pengajaran kemahiran membaca ‘Bacalah Anakku’ kerana ia sangat berkesan dalam memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kaedah seumpama ini perlu diteruskan bagi membantu perkembangan pemikiran kanak-kanak kerana apabila kanak-kanak mempunyai pemikiran yang sihat ia akan mempengaruhi kesihatan emosi serta sahsiah diri,” tambahnya lagi.

Puan Haazliza turut memuji sikap profesional tenaga pengajar dalam membantu perkembangan positif kanak-kanak. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Kelas Merak yang sentiasa bersabar menghadapi anak-anak kecil setiap hari,” katanya dengan penuh kesyukuran.

Sebagai langkah penambahbaikan pusat prasekolah milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah tersebut, Puan Haazliza mencadangkan, “Kaedah pembayaran yuran perlu dipertingkatkan seiring dengan perkembangan teknologi. Hal ini disebabkan terdapat ibu bapa yang tidak mempunyai ruang untuk berurusan di pejabat, konsep pembayaran dalam talian tanpa tunai wajar diperhalusi.”

Encik Izhar bin Sali, bapa kepada Muhammad Adib bin Izhar, berumur enam tahun pula berpendapat, “Saya memilih untuk menghantar Adib ke Tadika Ria kerana saya melihat sepupunya yang juga pernah belajar di tadika tersebut telah mendapat manfaat yang positif daripada kaedah pembelajaran yang diterapkan.

Apabila ditanya mengenai teknik pengajaran yang dilaksanakan di tadika tersebut, beliau berpendapat, kaedah dan teknik pengajaran yang dilaksanakan sangat memuaskan, dan guru-guru amat perihatin terhadap keperluan para pelajar.

Beliau turut memuji kaedah pembelajaran “Belajar Sambil Bermain” yang diterapkan oleh BPKK kerana menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan dalam menarik perhatian Adib serta menggalakkanya belajar membaca, mengira, menulis dan mewarna.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah melalui BPKK kerana memberi peluang kepada anak saya untuk menimba ilmu dan pengalaman di Tadika Ria. Saya juga berharap pihak Pengurusan dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti menarik seperti lawatan dan acara kebudayaan,” jelas beliau.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 39

Menurut Puan Ezura As’ad Azam, ibu kepada Dayang Ku Qhayra Hasya binti

Awangku Mohammed Khairy, berumur tujuh tahun, merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik dan bercita-cita untuk menjadi doktor suatu hari nanti.

“Qhayra seorang anak yang aktif. Beliau suka bermain piano, melukis, mewarna, membaca buku, menyanyi dan berbasikal,” kata Puan Ezura.

“Kami memilih untuk menghantar anak-anak ke taska dan tadika Kumpulan

Yayasan Sabah kerana persekitaran tempat belajar yang kondusif dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Anak-anak bukan sahaja dapat belajar dalam ruang kelas yang selesa tetapi juga berpeluang melakukan aktiviti yang sesuai di luar kelas,” jelasnya lagi.

“Berdasarkan pengalaman kami, tenaga pengajar di BPKK amat berpengalaman dan kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran, sesuai dengan tahap anak-anak, sama ada sewaktu anak-anak belajar dalam kelas mahupun secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pendekatan yang digunakan mampu menimbulkan keseronokan, merangsang kreativiti dan membina keyakinan anak-anak hingga mereka pandai menyesuaikan diri, lebih-lebih lagi apabila melangkah ke sekolah rendah. Cadangan kami ialah agar kelas asas pendidikan agama dan tulisan Jawi boleh ditingkatkan lagi,” kata Puan Ezura.

“Sekalung penghargaan kami titipkan kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana hasil didikan BPKK, kedua-dua anak kami telah menunjukkan kecemerlangan, bukan sahaja dalam aspek akademik tetapi juga sahsiah diri. Inisiatif BPKK yang giat melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun juga memberikan peluang kepada anak-anak kami menyerlahkan bakat dan potensi diri, di samping melahirkan memori yang indah untuk diingati sampai bila-bila,” katanya dengan penuh kesyukuran.

“Terima kasih juga kepada guru-guru, pihak pentadbiran serta Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah yang sentiasa komited dan prihatin dalam memajukan lagi pendidikan awal kanakkanak,” tambahnya lagi.

Bagi Puan Joana Ginus pula, beliau memilih Tadika Ria kerana majoriti pelajar yang bersekolah di sana telah mencapai kemajuan akademik yang baik.

Menurut ibu kepada Sven Arddelson Nelson, berumur tujuh tahun, keyakinan anaknya menjadi lebih baik setelah tamat prasekolah. “Anak saya pada mulanya tidak pandai membaca, tetapi selepas mula bersekolah, dia kini mahir membaca dan di sini saya lihat terdapat peningkatan positif,” jelasnya.

Apabila ditanya mengenai teknik pengajaran yang dilaksanakan di tadika tersebut, beliau berpendapat, kaedah dan teknik pengajaran yang dilaksanakan cukup relevan untuk taraf pendidikan moden sekarang dengan menggunakan skop pembelajaran yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan khasnya untuk kanak-kanak dan bagi saya, usaha demikian harus diteruskan selaras dengan penambahan kaedah pembelajaran oleh Kementerian Pendidikan.”

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tadika Ria, Kumpulan Yayasan Sabah kerana sejak anak saya masuk di tadika ini, dia telah mendapat banyak kemajuan berbanding pada sekolah terdahulu. Kaedah dan teknik pembelajaran menunjukan kesan yang sangat progresif untuk kanak-kanak di Tadika Ria ini,” tambah Puan Joana lagi.

Dalam mencadangkan langkah penambahbaikan pusat prasekolah milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah ini, Puan Joana berharap, pihak Pengurusan perlu meningkatkan aspek keselamatan di bangunan tadika tersebut untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.

Puan Florence binti Masimbin, ibu kepada Mac Wallace Mark Munkis, berusia 12 tahun pula berpendapat, “Saya memilih untuk menghantar Mac ke Pusat Jagaan Ria bukan sahaja sebagai pusat transit bagi anak-anak tetapi juga kaedah tambahan bagi memastikan Mac betul-betul memahami bahan pembelajaran termasuklah menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Pusat transit tersebut juga menawarkan aktiviti ko-kurikulum serta bayaran yuran yang lebih rendah berbanding pusat transit dan pusat jagaan di luar.”

Menurut Puan Florence, Mac merupakan seorang yang aktif bersukan. “Mac merupakan salah seorang ahli Tunas Asas Bola Sepak Sabah (TABS) dan Akademik Badminton. Beliau juga pernah menyertai Astro Kem Badminton, program kerjasama yang dikendalikan oleh Astro Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dan Persatuan Badminton Nippon (NBA), dan mewakili sekolahnya dalam Kejohanan Badminton Terbuka Belia Sabah 2022,” jelas beliau.

“Sebagai ibunya, saya akan memastikan Mac dapat meneruskan minatnya terhadap sukan, tetapi dalam masa yang sama masih mementingkan kecemerlangan akademik,” katanya dengan tegas.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana menyediakan perkhidmatan seperti ini yang amat memudahkan para ibu bapa. Harapan saya agar ada bangunan yang lebih kondusif bagi anak-anak yang ingin belajar di masa akan datang. Saya juga berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus unggul maju jaya,” katanya dengan penuh kesyukuran.

Sejak penubuhannya pada tahun 1982, BPKK terus berusaha mempertingkatkan mutu pendidikan prasekolah di Sabah bagi menyokong usaha

Kerajaan Negeri Sabah

dalam

mewujudkan

masyarakat yang

unggul dalam

segenap aspek kehidupan.

Manakala bagi Puan Rosmeh binti Molidin, ibu kepada Grace Molidin Krishnan, berusia 10 tahun, “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas segala didikan dan jasa baik semua guru Pusat Jagaan Ria kerana mendidik anak saya selama ini.”

Menyentuh mengenai persepsi kualiti perkhidmatan di Pusat Jagaan Ria, Puan Rosmeh berpendapat bahawa Grace kini lebih fokus kepada akademik dan berkeyakinan untuk bergaul dengan rakan-rakan lain.

“Aktiviti-aktiviti yang disediakan amat memberikan kesan yang positif kepada perkembangan akademik dan sahsiah anak saya. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah melalui BPKK akan terus memberi penekanan terhadap pertumbuhan serta perkembangan awal kanak-kanak agar dapat meningkatkan potensi kanak-kanak ke tahap optimum secara holistik.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 41

Kursus

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) telah menganjurkan

Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dengan kerjasama

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri cawangan

Sabah. Kursus yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif

Benta Wawasan Sdn. Bhd., Encik Ambran bin Pe’ang ini telah diadakan pada 9 dan 10 Januari 2023 di Hotel LA, Tawau.

Kursus selama dua hari ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta. Dalam ucapan perasmian, Encik Ambran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada dua orang pegawai pakar

KIK daripada MAMPU, iaitu Puan Veronica Chin Moi Ching dan Cik Vivian Nazarius yang sudi membimbing pasukan-pasukan

KIK BWSB dalam kursus tersebut.

Beliau juga menjelaskan selaras dengan perancangan strategik BWSB, kejayaan penambahbaikan proses telah ditetapkan sebagai salah satu KPI korporat. Realisasi KPI ini mendorong staf BWSB untuk melaksanakan projek-projek penambahbaikan dan inovasi.

Encik Ambran berharap agar smua staf BWSB dapat menyumbangkan idea dan menjadi penggerak transformasi proses dan operasi syarikat. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perancangan Korporat, Inovasi Proses dan Perundangan BWSB kerana menjayakan penganjuran inisiatif ini.

Para peserta kursus. Gambar berkumpulan peserta bersama urus setia.
42 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Program

DEMONSTRASI JENTERA

Program demonstrasi jentera mekanisasi ladang telah diadakan di Ladang Belian, Benta Wawasan Sdn. Bhd., kawasan Kalabakan pada 31 Januari 2023. Sebelum segmen demonstrasi dijalankan, satu sesi taklimat pengenalan jentera Agrostar Ninja PB300X Power Barrow telah disampaikan kepada seramai 45 orang peserta.

Demonstrasi ini menampakkan potensi jentera berkenaan dapat meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti operasi pemungutan buah-buah tandan segar, tandan buah kosong, serta kampitan baja di ladang.

BWSB akan terus membawa masuk jentera-jentera yang boleh membantu ke arah pencapaian matlamat inisiatif mekanisasi syarikat.

Sungguhpun demikian, BWSB juga akan terus memberi perhatian khusus kepada ketersediaan blok-blok tanaman, sambungan di antara teres, kemahiran pengendali jentera, sokongan pembaikan kerosakan jentera dan sokongan perkhidmatan daripada pembekal untuk memastikan misi syarikat tercapai.

Sesi taklimat pengenalan jentera Agrostar Ninja PB300X Power Barrow. Demonstrasi cara penggunaan jentera.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 43

Sumbangan

Mangsa

Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) telah memberikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Masjid Al Munawwaroh, Kg. Jawa, Jalan Guru, Tawau pada 4 Februari 2023. Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi BWSB, Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Encik Ambran Pe’ang.

Seramai 23 ketua isi rumah terlibat dalam kejadian tersebut yang melibatkan 12 buah rumah musnah telah menerima sumbangan.

Datuk Haji Abdul Karim juga telah memberikan kata-kata semangat kepada mangsa kebakaran agar tabah menghadapi bencana yang terjadi dan berharap semoga ada hikmah disebaliknya. Selain sumbangan berbentuk air mineral, dapur gas dan bakul makanan, beliau juga menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Datuk Haji Karim (lima dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran. Datuk Haji Karim (tengah) dan Encik Ambran (enam dari kanan) bersama staf BWSB. Datuk Haji Karim (berdiri, kiri) memberi kata semangat kepada mangsa-mangsa kebakaran.
44 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

KURSUS ASAS GUBAHAN BUNGA PROGRAM

Pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) telah menganjurkan Kursus Asas Gubahan Bunga (Bouquet) bertempat di Dewan Kampung Melikai Menumbok pada 16 Mac 2023. Seramai 30 30 orang peserta wanita telah menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Kampung Melikai, Menumbok.

Dalam kursus tersebut, para peserta diajar mengenai teknik asas gubahan bunga (Bouquet) yang menarik dan bernilai komersial. Tenaga pengajar yang terlibat adalah Puan Farella binti Omar Baki daripada Truly Lully Florist, Beaufort. Turut hadir dalam program ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Melikai Menumbok, Encik Maslin bin Rajis serta Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok, Tuan Abd. Karim A.M Zahari.

Para peserta mempraktikkan cara Gubahan Bouquet Bunga yang diajar sambil disaksikan oleh Puan Farella. Gambar berkumpulan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 45
Puan Farella (berbaju biru muda) menunjukkan cara gubahan bunga (Bouquet) kepada para peserta.

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kumpulan Yayasan Sabah muncul sebagai naib juara dalam

Pesta Sukan Antara Yayasan-Yayasan Negeri Se-Malaysia

(PESAYA) ke-14 yang berlangsung pada 10 hingga 19 Februari

2023 di Kuching, Sarawak. Sebanyak 13 buah kontinjen dari yayasan-yayasan negeri seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan tersebut yang mempertandingkan 14 acara dan melibatkan seramai 1,131 penyertaan atlet seluruh negara. Kumpulan Yayasan Sabah menghantar seramai 174 orang atlet dan pegawai.

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah diketuai oleh Setiausaha

Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman selaku Ketua

Kontinjen. Acara pembukaan dan penutupan turut dihadiri oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar.

Keseluruhannya, Kumpulan Yayasan Sabah berjaya memperoleh dua pingat emas, tujuh perak, lapan gangsa dan empat di kedudukan keempat dengan jumlah kutipan sebanyak 51 mata meninggalkan Yayasan Pelajaran Johor di tempat ketiga. Dua pingat emas Kumpulan Yayasan Sabah diperoleh melalui acara golf berpasukan dan karom lelaki. Sementara itu, pingat perak diperoleh melalui acara tenpin boling berkumpulan wanita dan Master individu wanita, bolasepak, futsal wanita, petanque, golf individu dan karom wanita. Pingat gangsa pula diperoleh melalui acara bola baling wanita, dart, badminton, sepak takraw, E-Sport Mobile Legends dan tenpin boling berpasukan lelaki, individu wanita dan berpasukan keseluruhan.

Kejayaan ini amat bermakna kerana Kumpulan Yayasan Sabah berjaya memperbaiki kedudukan daripada tempat keenam semasa di PESAYA ke-13 Kedah tahun 2019 yang lalu.

Ketibaan

46 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Majlis Perasmian

Kemeriahan kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah pada Majlis Perasmian PESAYA ke-14.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 47
PESAYA ke-14 bermula dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan dan Menteri Belia dan Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato’ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah bertempat di Stadium Perpaduan Sarawak, Kuching.

Futsal Lelaki

48 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Futsal Wanita

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 49

Bola Jaring

50 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Petanque

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 51

Golf

52 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Bola Sepak

Bola Baling Lelaki

54 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Bola Baling Wanita

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 55
56 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Badminton

Dart

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 57

Karom

58 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sepak Takraw

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 59

Bola Tampar Lelaki

60 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Bola Tampar Wanita

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 61

Ping Pong

62 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

E-Sports (FIFA /MOBILE)

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 63

Tenpin Boling Lelaki

64 BERITA
YAYASAN SABAH
KUMPULAN

Tenpin Boling Wanita

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 65

Sukan Rakyat

Atlet Kumpulan Yayasan Sabah turut memeriahkan acara Sukan Rakyat PESAYA ke-14.
66 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Majlis Penutupan

Majlis Penutupan PESAYA ke-14 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching pada 19 Februari 2023 disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Sekitar Majlis Penutupan PESAYA ke-14 disempurnakan oleh Premier Sarawak.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 67
68 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kedudukan Pingat & Mata Kontinjen

Bertanding di PESAYA ke-14 Sarawak

Yayasan Jumlah Pingat Mata Sarawak Sabah Johor Pahang Kelantan Melaka Perak Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan Terengganu Selangor Kedah Perlis 12 2 5 3 1 1 1 1--9 7 3 4 2-1-3 8 3 4 1 2 1 1 1 1 12 4 4 3 1 1 11 4 3 224 17 11 11 4 3 2 2 2 1 195 51 44 38 14 10 8 7 6 6 5 2BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 69

KONTINJEN KUMPULAN YAYASAN Majlis Apresiasi

Sebagai menghargai kejayaan kontinjen

Kumpulan Yayasan Sabah mendapat

naib johan di Pesta Sukan Antara

Yayasan-Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-14 Sarawak, majlis apresiasi telah diadakan pada 7 Mac 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC).

Majlis ini diserikan dengan kehadiran

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji

Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan barisan Pengurusan Kumpulan

Yayasan Sabah.

Ketua Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada Pengarah Yayasan Sabah dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah atas kepercayaan dan amanah yang diberikan. Beliau juga mengucapkan

setinggi-tinggi tahniah kepada semua atlet yang menunjukkan prestasi cemerlang di PESAYA Sarawak kali ini.

Dalam majlis berkenaan, ketua pasukan daripada 13 acara menerima sijil penghargaan mewakili semua atlet. Mereka terdiri daripada Encik Al Amin bin Abdul Thani (Badminton), Puan Nor Bijaya Timala binti Maskor (Bola Jaring), Encik Laxmi bin Abul Sani (Bola Tampar Lelaki), Puan Sofea Walter binti Abdullah (Bola Tampar Wanita), Encik Abdul Wahap bin Abdul Latip (Dart), Encik Rohan bin Sapri (Karom), Encik Abu Zarin bin Abu Bakar Titingan (Futsal Lelaki), Puan Siti Sheriffah binti Haji Jabar Khan (Futsal Wanita), Puan Nor Hanikka binti Jupiring (Bola Baling Wanita), Encik Mohd Fuad bin Samin (Bola Baling Lelaki), Encik Mohammad Nasrun bin

Abdullah (Ping Pong), Cik Suzanirihwati binti Abdul Ghani (Petanque), Encik Gerard C. Monjiliu (Bola Sepak), Encik Suhaili bin Jahani (Sepak Takraw), Encik Mohd Iqbal bin Mohd Khalid (E-Sports ML), Encik Mohd Mizanuza’im bin Abdul Karim (E-Sports FIFA), Encik Juanis

Tinggal (Golf) dan Encik Mohd Redzuan bin Mohamad Zin (Tenpin Boling).

Anugerah Khas juga diberikan kepada salah seorang atlet iaitu Cik Suzanihriwati binti Abdul Ghani atas kejayaannya mendapat dua pingat emas dan satu perak pada Kejohanan 27th Thailand Master Athletic Championship 2023. Anugerah ini khas disampaikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar sebagai dorongan kepada atlet-atlet lain untuk terus cemerlang dalam acara sukan yang disertai pada masa akan datang.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Hanafiah selaku Ketua Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah.
70 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

KONTINJEN PESAYA YAYASAN SABAH BERLANGSUNG MERIAH

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang ketua pasukan, Encik Juanis Tinggal. Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan persembahan di majlis berkenaan. Cik Suzanirihwati menerima penghargaan khas daripada Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 71

Cik Suzanirihwati binti Haji Abd Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Suzan telah meraih dua pingat emas dan satu pingat perak di 27th Thailand Master Athletic Championship 2023 (Wilayah Satun). Susan memenangi pingat emas dalam Acara Lumba Jalan Kaki 5000m wanita (kategori 35-39 tahun) dan merejam lembing manakala pingat perak dalam acara lontar peluru Kejohanan tersebut berlangsung pada 22 hingga 26 Februari 2023.

Anak jati daerah Membakut yang bergiat aktif dalam bidang sukan sejak di bangku sekolah ini berkhidmat di Unit Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB).

DARI

MALAYSIA THAILAND KE

“Perkara yang mendorong saya untuk sentiasa aktif dalam sukan adalah apabila melihat golongan yang sudah berusia masih sihat dan aktif terutamanya dalam kejohanan sukan kali ini yang membuka kategori untuk warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas,” ujarnya ketika di tanya mengenai motivasinya menglibatkan diri dalam pelbagai kejohanan sukan.

Antara pencapaian terbaik beliau termasuklah meraih pingat perak dalam Acara Lumba Jalan Kaki 3000M di Sabah Open Master 2022. Manakala di Kuala Lumpur International Master Athletics Championship 2022, beliau juga meraih pingat perak dalam Acara Merejam Lembing dan Acara Lumba Jalan Kaki 3000M.

Sebelum ke Thailand, beliau telah mengharumkan nama Kumpulan Yayasan Sabah dalam Pesta Sukan Antara Yayasan-Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-14 di Sarawak dengan penglibatan dalam beberapa acara sukan berkumpulan iaitu petanque dan futsal (pingat perak) di samping bola baling (pingat gangsa).

Gambar kenangan di kejohanan 27th Thailand Master Athletic Championship 2023. Acara melontar peluru di 27th Thailand Master Athletic Championship 2023. 10th Sabah Master Athletics Open Championship 2022 Kuala Lumpur International Master Athletics Championship 2022

Kejohanan

FUTSAL LELAKI TERBUKA

Innoprise Capital Sdn Bhd dengan

kerjasama Mizanis Sports Boutique

telah menganjurkan kejohanan futsal

lelaki terbuka pada 18 Mac 2023.

Kejohanan yang melibatkan 19 buah

pasukan ini dijuarai oleh pasukan TT FT sementara naib juara dirangkul oleh

pasukan Chaiyang FT. Pemenang tempat pertama, naib johan dan pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir telah menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai dan piala iringan.

Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu inisiatif bagi menggalakkan

pencinta futsal mengembangkan bakat selain menerima pendedahan

penyertaan dalam kejohanan terutama sekali bagi pemain yang baharu

berkecimpung dalam sukan ini.

Innoprise Capital Sdn Bhd selaku

penganjur bersama Mizanis Sports

Boutique mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Pasukan TT FT juara kejohanan Aksi dalam perlawanan separuh akhir antara pasukan Boys United menentang pasukan Bad Liar.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 73
Naib juara, Chaiyang FT.

Selaras dengan perancangan aktiviti tahunannya, Kelab Rekreasi Kumpulan

Yayasan Sabah (KRKYS) telah menganjurkan

Program Gaya Hidup Sihat pada 1 Februari 2023 bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan. Seramai 20 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah menyertai aktiviti zumba yang antaranya merupakan atlet kontinjen PESAYA ke-14.

Objektif program ini adalah untuk menggalakkan staf Kumpulan Yayasan Sabah untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping memupuk silaturahim antara staf daripada pelbagai bahagian. Program ini akan dijalankan sepanjang tahun pada minggu terakhir setiap bulan. Zin jemputan yang telah mengetuai aktiviti zumba tersebut ialah Encik Mohd Rizal Nazaruddin Matlin yang merupakan pengajar berpengalaman di Studio Hotfit, Bwellness dan M93.

Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Encik

Zulkhairi bin Haji Ismail, Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), selaku penasihat KRKYS.

Sementara itu, sesi kedua Program Gaya Hidup Sihat ini telah berlangsung pada 2 Mac 2023 bertempat di Ruang Legar Tadika Ria yang disertai seramai 23 orang staf. Aktiviti ini diketuai oleh Encik Azazi bin Jumat yang juga dikenali sebagai Zin AJ. Beliau mengajar di beberapa buah studio iaitu Smoty Studio, Ossesys Studio dan Fitness Olympus Gymnasium Taman Bakti Ikhlas.

Peserta rancak melakukan senaman Zumba bersama Zin Mohd Rizal Nazaruddin Matlin. Sesi memanaskan badan sebelum aktiviti Zumba dijalankan. Gambar berkumpulan dan sesi ramah mesra bersama Encik Zulkhairi Ismail selepas selesai aktiviti Zumba. Peserta melakukan pergerakan Zumba yang dipimpin Encik Azazi.
74 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Gambar berkumpulan bersama Encik Salim bin Japaran, Pengerusi KRKYS selepas selesai aktiviti Zumba.

Majlis Iftar KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat-pejabat Zon telah menganjurkan majlis Iftar bersama Pengurusan di beberapa masjid di negeri ini.

ZON PANTAI TIMUR SELATAN

30 Mac 2023

Masjid Nurud Dakwah, Kg. Kijang, Merotai, Tawau

ZON PANTAI TIMUR UTARA

31 Mac 2023

Masjid Nur Al-Laili, Kg. Tangkee, Sandakan

Encik Hanafiah berucap. Sesi ceramah dan tazkirah. Solat Magrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (barisan depan, empat dari kanan) menyampaikan sumbangan untuk Masjid Nurud Dakwah kepada Encik Tuan Haji Idris. Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Masjid Nur Al-Laili, Encik Suna bin Dori Hamsan. Suasana masyarakat Kg. Kijang berbuka puasa bersama warga Kumpulan Yayasan Sabah.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 75

ZON PANTAI BARAT SELATAN

Datuk Seri Haji Masidi berucap. Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. Suasana masyarakat Kg. Terelobou berbuka puasa bersama warga Kumpulan Yayasan Sabah. Encik Hanafiah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Encik Jainin Wajiman, salah seorang golongan Asnaf sambil disaksikan oleh Menteri Kewangan merangkap Wakil Rakyat Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun (tengah) dan Pegawai Daerah Ranau, Encik Jumain (kiri). Encik Hanafiah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Surau Kg. Teralobou, Encik Sajili bin Sahibin sambil disaksikan oleh Datuk Seri Haji Masidi (tengah) dan Encik Jumain (kiri). Masyarakat Kg. Tangkee berbuka puasa bersama Datuk Sam dan staf Kumpulan Yayasan Sabah. Solat Magrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. 1 April 2023
76 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Surau Kg. Terelobou, Ranau

Ceramah Ramadan

Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan

Sabah (BAKIYS) telah menganjurkan ceramah

Ramadan pada 30 Mac 2023 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Sesi ceramah yang dihadiri lebih 90 orang staf

Kumpulan Yayasan Sabah ini disampaikan oleh

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam

Sabah (MUIS), Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad.

Pengisian ceramah pada kali ini menekankan

kepentingan adab dalam ketakwaan dan kepentingan takwa dalam kehidupan.

Sesi ceramah ini dimeriahkan dengan kehadiran

Ketua Penerangan Pertubuhan Islam Seluruh

Sabah (USIA), Datuk Abdullah bin Hussin, Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber

Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, serta Timbalan

Pengerusi BAKIYS, Encik Salim bin Japaran.

Sepanjang bulan Ramadan, BAKIYS

menganjurkan dua sesi ceramah. Dalam sesi

seterusnya BAKIYS menampilkan Pegawai

Dakwah USIA, Ustaz Ikhwan bin Asngadi yang berlangsung pada 13 April 2022.

Sesi ceramah bersama Ustaz Malai Ali.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 77
Sesi gambar berkumpulan bersama Encik Salim, Encik Zulkhairi, Ustaz Malai Ali dan Datuk Abdullah.

Bernama Infographics

Source Service Circular No. 5. 2018 (Guidelines on Handling Sexual Harassment Cases at the Workplace)

EDITORIAL

PENASIHAT

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP

SIDANG EDITORIAL

Sam S. Karnail

Somineh Sipin

Nurfaezah Abdul Ghani

Ann Otigil Nur Syafathin Mohd Yadi

SUMBANGAN RENCANA

Staf Pejabat Setiausaha Korporat

Staf Bahagian Komunikasi Korporat

Staf Bahagian Pembangunan Pendidikan

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Staf Pusat Kraftangan Sabah

Staf Kristal Handal Sdn. Bhd.

Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah

REKA BENTUK & SUSUN ATUR

Alastair Nicholas Peter

Ahmad Fauziee bin Wasimin

Juliana Lim Yuen Ling

Muhammad Fahmi Abdul Alim

Hannah Hidayati Zainudin

JURUGAMBAR

Jeffrey R. Baxter

Samson Lawrence

Zairulazrin Delin

Azli bin Mohd. Abu Bakar

Junior Juryzam

Staf Pusat Kraftangan Sabah

Staf Kolej Teknologi Yayasan Sabah

TERBITAN

Bahagian Komunikasi Korporat

Kumpulan Yayasan Sabah

Tingkat 15, Menara Tun Mustapha

Ibu Pejabat Yayasan Sabah

Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu

Sabah, Malaysia

Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546

Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my

E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan.

Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.

Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.