Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.4/2023 (Oct - Dec 2024)

Page 1

Edaran Percuma

KUMPULAN YAYASAN SABAH Okt - Dis 2023

Jilid 4/2023

Gambar berkumpulan para penandatangan.

MoU

antara

KUMPULAN YAYASAN SABAH & RAKAN-RAKAN KOLABORASI PENDIDIKAN


Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) dan Profesor Datuk Dr. Kasim (tiga dari kanan) menandatangani dokumen MoU antara Kumpulan Yayasan Sabah dan UMS sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Masidi (tengah). Turut dalam gambar ialah Encik Hanafiah (kiri) dan Encik Luqman (kanan).

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) dan Tuan Haji Mohd Lafzul (tiga dari kanan) menandatangani dokumen MoU antara Kumpulan Yayasan Sabah dan MTNP sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Masidi (tengah). Turut dalam gambar ialah Encik Hanafiah (kiri) dan Ustaz Mohd. Amin (kanan).

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Pahang AlSultan Abdullah (UMPSA) dan Albukhary International University (AIU) telah diadakan pada 12 Oktober 2023 di Sabah International Convention Centre. Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun. MoU ini bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi pelajar-pelajar Sabah golongan B40 untuk mendapat bantuan pendidikan di peringkat menengah dan pengajian tinggi. Menurut Datuk Seri Panglima Haji Masidi, “Sejak tahun 1967 sehinggalah tahun 2022, seramai 120,442 orang anak negeri Sabah telah mendapat manfaat daripada tajaan Kumpulan Yayasan Sabah dan sebanyak RM789.3 juta telah dibelanjakan untuk pengajian di peringkat menengah dan pengajian tinggi.” “Melalui pemeteraian persefahaman tersebut, bagi program Tajaan Biasiswa Menengah, MTNP memberikan kuota

2

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

seramai empat orang pelajar Sabah. Kesemua pelajar ini akan mendapat tajaan penuh dari Kumpulan Yayasan Sabah,” jelas beliau.

Pada majlis yang sama, UMPSA dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah juga telah memeterai memorandum persefahaman untuk meneruskan kerjasama selepas tamat tempoh MoU “Bagi program Tajaan Biasiswa Pengajian tersebut pada tahun 2022. Lanjutan MoU Tinggi pula, UMS menerusi Fakulti ini akan melaksanakan program seperti Komputeran dan Informatik (FKI UMS) sebelum ini di samping menyediakan telah mengambil inisiatif untuk menarik laluan pendidikan melalui pemindahan minat pelajar-pelajar Sabah kategori B40 kredit bagi graduan Diploma KTYS dengan mewujudkan program ‘fastyang melanjutkan pengajian ke track’ Pascasiswazah Sarjana FKI UMS. UMPSA di peringkat Ijazah Sarjana Oleh itu, Kumpulan Yayasan Sabah akan Muda. Tambahan pula, kerjasama menaja seramai 15 orang pelajar dari akan diperluaskan dari segi pertukaran fakulti ini agar mereka dapat menjadi ilmu dalam pembangunan program, pakar dalam bidang yang diceburi,” penyelidikan dan latihan. tambah beliau. Kerjasama yang termeterai antara “Seterusnya, kerjasama antara UMPSA Kumpulan Yayasan Sabah dan AIU dan Kumpulan Yayasan Sabah telah memberi ruang untuk pelajar Sabah dari terjalin sejak tahun 2015 di mana UMPSA kawasan luar bandar ditempatkan di AIU menawarkan program berkembar yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan UMP-Jerman dalam bidang kejuruteraan Al-Bukhary. “Dalam pada itu, Kumpulan automotif, mekatronik dan kejuruteraan Yayasan Sabah bertanggungjawab perniagaan. Oleh itu, melalui MoU ini, menyediakan pelajar yang berkelayakan Kumpulan Yayasan Sabah akan menaja untuk ditemu duga oleh pihak AIU dan seramai 10 orang pelajar setiap tahun semua yuran pengajian dan kos sara untuk mengikuti program berkembar hidup pelajar akan dibiaya oleh Yayasan ini,” kata beliau. Al-Bukhary,” kata Datuk Seri Panglima lagi.


Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Aziz (tiga dari kanan) menandatangani dokumen MoU antara Kumpulan Yayasan Sabah dan AIU sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Masidi (tengah). Turut dalam gambar ialah Encik Hanafiah (kiri) dan Encik Abdul Shakur (kanan).

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) dan Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie (tiga dari kanan) menandatangani dokumen MoU antara Kumpulan Yayasan Sabah dan UMPSA sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Masidi (tengah). Turut dalam gambar ialah Encik Hanafiah (kiri) dan Encik Mohamed Rafiee (kanan).

Datuk Hajjah Tah Nia (tiga dari kiri) dan Profesor Dato’ Ts. Dr Yuserrie (tiga dari kanan) menandatangani dokumen lanjutan antara KTYS dan UMPSA sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Masidi (berdiri, dua dari kiri) dan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (berdiri, dua dari kanan). Turut dalam gambar ialah Setiausaha Syarikat KKYS Sdn. Bhd., Encik Waky bin Taim (kiri) dan Encik Mohamed Rafiee (kanan).

“Dengan bantuan tajaan pendidikan yang ditawarkan kepada para pelajar akan merapatkan jurang dalam akses kepada pendidikan berkualiti dan memastikan peluang yang sama untuk semua pelajar B40 di Sabah. Inisiatif ini akan memperkasakan mereka dengan sumber dan sokongan yang diperlukan untuk mencapai matlamat akademik mereka dan menyumbang kepada pembangunan peribadi dan profesional mereka,” katanya dengan penuh harapan.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar menandatangani bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah. Manakala itu, UMS diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Kasim bin Haji Mansor dan AIU diwakili oleh Naib Canselor dan Presiden, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Aziz Tajuddin. Dalam pada itu, Maahad Tahfiz Negeri Pahang diwakili oleh Pengurus Pembangunan Modal Insan, Ustaz Mohd. Amin bin Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP. UMPSA pula diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin.

Manakala bagi Kolej Teknologi Yayasan Sabah pula diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd., Datuk Hajjah Tah Nia binti Haji Jaman. Selaras dengan visi dan misi organisasi, Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai rakan kolaborasi melalui pemerkasaan pendidikan menerusi penyediaan peluang dan kemudahan pendidikan di peringkat menengah dan pengajian tinggi untuk meningkat taraf kualiti kehidupan dan pendidikan rakyat negeri ini. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

3


Datuk Jasnih (tengah), Encik Joshua (kanan) dan Hajah Ainahwati (kiri) bergambar bersama para atlet dalam Majlis Amanat Pengurusan bersama kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah.

BAH A S N A S A Y A Y KUMPULAN MUNCUL

a r a u J b i Na

H A B I H U M N A K U S A T S E P HANAN

KEJO

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah muncul sebagai naib johan dalam Kejohanan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri (JKM) ke-13 yang diadakan dari 21 hingga 27 Oktober 2023 dengan pungutan satu pingat Emas, tiga pingat Perak dan dua pingat gangsa. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) muncul Johan mengatasi lima jabatan yang lain.

Gambar berkumpulan Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah semasa Majlis Perasmian di Padang Merdeka.

4

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Hadiah-hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada majlis penutupan yang diadakan pada 27 Oktober 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre.

shua

oleh Encik Jo bah diketuai deka. Sa n sa ya Ya mpulan dang Mer Kontinjen Kuberjalan lalu lintas di Pa

Pesta sukan ini dikelolakan oleh Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama lima jabatan yang bertanding iaitu Kumpulan Yayasan Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur dan Kumpulan Sawit Kinabalu. Kejohanan pesta sukan ini telah dilancarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Penaung Sukan Muhibah JKM, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong pada 21 Oktober 2023 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar juga turut hadir ketika majlis penutupan kejohanan berkenaan di samping Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sukan Muhibah JKM, Datuk Dr. Ahemad Sade dan Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar.

gat daripada asan Sabah menerima pin Kontinjen Kumpulan Yay a Sr. Haji Safar bin Untong. glim Datuk Seri Pan

Berucap ketika majlis penutupan, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menekankan bahawa pesta sukan seumpama ini dapat memupuk perpaduan dan persaingan sihat di kalangan staf pelbagai jabatan. Pesta sukan ini mampu meningkatkan kecergasan warga JKM sekali gus membantu usaha menjayakan hala tuju Sabah Maju Jaya. Pada majlis yang sama, Majlis Penyampaian Hadiah Video Pendek Integriti telah diadakan dengan Kumpulan Yayasan Sabah berjaya menjuarai pertandingan berkenaan dengan tajuk video “Jalan Yang Aku Pilih”. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah menduduki tempat kedua dan Jabatan Perhutanan Sabah menduduki tempat ketiga.

Hip Hip Hooray!

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

5


JKM Sabah ke-13 Kejohanan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah kali ke-13 telah berlangsung pada 21 Oktober sehingga 26 Oktober 2023. Berikut merupakan acara sukan yang dipertandingkan dan memberikan Kumpulan Yayasan Sabah mendapat tempat kedua (Naib Juara) dalam kejohanan ini. Antara acara sukan tersebut adalah golf (pingat emas), Tenpin Boling (pingat Perak), Futsal (pingat Perak), Ping Pong (pingat Perak), Badminton (pingat Gangsa) serta Tarik Tali (pingat Gangsa).

Pingat EMAS

Golf

Pingat PERAK

Tenpin Boling

6

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Futsal (Lelaki)

Pingat PERAK

Pingat PERAK

Ping Pong

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

7


Pingat GANGSA

Badminton

Tarik Tali

Pingat GANGSA

8

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Tahniah buat semua para atlet Pesta Sukan Muhibah JKM Semua hebat-hebat belaka! Pasukan Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Tanah & Ukur Sabah, DBKK, Jabatan Ketua Menteri Perdana, Kumpulan Yayasan Sabah dan Kumpulan Sawit Kinabalu.

ke-13

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

9


10

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

11


12

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13


Majlis Penutup Pesta Sukan Muh

Persembahan Le Lucky memeriahkan majlis. Persembahan pembukaan semasa Majlis Penutupan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Persembahan Puan Donna Masidah dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Persembahan kemuncak dari Dato’ Sri Haji Gulamhaidar memeriahkan suasana majlis.

14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Persembahan Encik Sudirman Osman dari Jabatan Tanah dan Ukur.

Persembahan Encik Hanafih Utok dari Kumpulan Sawit Kinabalu.

Encik Joshua (empat dari kiri) menerima plak penghargaan daripada Ketua Menteri Sabah.

Persembahan Enci dari Jabatan Perh


pan Kejohanan hibah JKM ke-13

Persembahan Puan Erziana Jaison (dua dari kiri) dan Puan Elvian May Evy Francis (kanan) dengan lagu Original Sabahan.

ik Roddin Dilim hutanan Sabah.

Persembahan khas dari Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.

Encik Dinata (tiga dari kanan) menerima piala Pusingan pemenang acara Golf.

Persembahan Puan Izaazura Norisham dari JKM Perdana.

Persembahan khas dari Datuk Frederick Kugan, Ketua Konservator Hutan.

Persembahan Puan Rashidah Sahrin dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Persembahan khas daripada Datuk Jasnih bin Daya, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kanan) menerima piala Naib Johan Keseluruhan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


KUMPULAN YAYASAN SABAH MUNCUL

JOHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA MINGGU INTEGRITI JABATAN KETUA MENTERI

Sempena Minggu Integriti Jabatan Ketua Menteri (JKM), Kumpulan Yayasan Sabah diamanahkan untuk menganjurkan Pertandingan Video Pendek bertemakan Integriti Di Hati. Pertandingan ini terbuka kepada semua agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri termasuk Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebanyak 24 kumpulan menghantar video pendek masing-masing untuk dipertandingkan. Ke semua kumpulan tersebut mewakili beberapa jabatan iaitu Lembaga Kemajuan Hutan Negeri Sabah (SAFODA), Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGONS), Jabatan Arkib Negeri Sabah, Jabatan Cetak Kerajaan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Sabah Economics Development and Investment Authority (SEDIA), Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN), Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDN&P), Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) dan Kumpulan Yayasan Sabah. Pertandingan ini diadili oleh juri-juri bertauliah iaitu Encik Enzyfredo Abu Hasan (Radio Televisyen Malaysia), Encik Razif Hashim (Jabatan Penerangan Sabah), Encik Mohd. Fuad Bee Basrah (Penasihat Integriti Menteri di Pejabat Ketua Menteri) dan Puan Julianah Kuli (Dewan Bahasa dan Pustaka). Keputusan pemenang adalah seperti berikut : Johan Naib Johan Ketiga

: : :

CCD Studios, Kumpulan Yayasan Sabah GnK, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Rimba, Jabatan Perhutanan Sabah

Johan membawa pulang RM5,000.00 berserta sijil. Naib Johan menerima RM3,500.00 berserta sijil dan tempat ketiga menerima RM2,000.00 berserta sijil. Penyertaan yang disenarai pendek masing-masing menerima saguhati RM200.00. Hadiah-hadiah pemenang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor semasa Majlis Penutupan Kejohanan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri ke-13, 2023 pada 27 Oktober 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre. Johan, CCD Studios Kumpulan Yayasan Sabah.

Gambar berkumpulan.

16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


TPNS MEMBENTUK MASA DEPAN PENDIDIKAN BERKUALITI

Penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) diwujudkan untuk menjadi landasan bagi membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah berpeluang ke institusi pengajian tinggi dan selaras dengan salah satu teras hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat. Demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif dalam ucapan beliau sempena Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan TPNS pada 11 Disember 2023 bertempat di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu. Mengenai program-program yang dilaksanakan, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin berkata, “Sejak dilancarkan pada 2 Jun 2022, jumlah sumbangan dana yang diterima ialah RM55.7 juta. Daripada jumlah tersebut, setakat bulan Disember 2023, TPNS melalui Kumpulan Yayasan Sabah telah menggunakan RM3.7 juta untuk memberikan bantuan pendidikan kepada seramai 2,890 orang siswa-siswi yang sedang menuntut di dalam Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan juga di luar negara.”

Kerajaan Negeri Sabah dalam melaksanakan program-program pembangunan pendidikan di Sabah. Menurut Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin, sepanjang satu tahun pelaksanaan TPNS, seramai 2,890 orang siswa-siswi telah mendapat bantuan tajaan pendidikan. “Semoga jawatankuasa TPNS akan lebih giat melaksanakan program-program bantuan pendidikan agar lebih ramai anak-anak Sabah dapat dibantu agar mereka dapat melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi untuk tahun hadapan dan seterusnya,” katanya lagi.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (empat dari kiri) menyampaikan bantuan TPNS kepada salah seorang siswi.

“Keutamaan pemberian bantuan adalah kepada siswasiswi yang dalam kalangan keluarga B40 dan M40 yang sangat memerlukan bantuan serta pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kerana bidang-bidang tersebut mempunyai potensi kebolehpasaran yang baik dan amat diperlukan di masa hadapan,” jelas beliau. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan selaku Urusetia TPNS kerana sentiasa proaktif dalam menjalankan programprogram TPNS dan sentiasa menyokong usaha

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (empat dari kiri) menyampaikan bantuan TPNS kepada salah seorang siswa.

Gambar berkumpulan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

17


KTYS Graduan Berkualiti Tinggi Komited Melahirkan

Gambar kenangan graduan bersama Datuk Seri Panglima Haji Masidi.

Seramai 238 orang graduan telah menerima diploma dan sijil pada Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Sabah ke-26. Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun mewakili Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah pada 10 Oktober 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre. Menurut Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Kerajaan Negeri Sabah telah menetapkan lima inisiatif untuk memastikan kejayaan KTYS dalam persada pendidikan tinggi dan melahirkan golongan belia Sabah yang terjamin masa depannya. Pada majlis tersebut, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah melalui Innoprise Corporation Sdn. Bhd., akan Penyampaian Anugerah Pingat Emas oleh Datuk Seri Panglima Haji Masidi. memberikan bantuan bulanan sebanyak RM500,000 bersamaan RM6 juta pada tahun 2024, seperti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023. Kerajaan Negeri Sabah melalui Innoprise Corporation Sdn. Bhd. juga telah meluluskan geran khas sebanyak RM10 juta untuk kos operasi dan utiliti KTYS bagi tahun 2024 serta bonus tahunan kepada staf KTYS. Semua pegawai dan staf KTYS akan menerima bantuan sebanyak RM600. “Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) akan memberi peruntukan khas sebanyak RM3 juta setahun kepada staf KTYS untuk menjalankan kursus-kursus jangka pendek yang bersesuaian dengan keperluan kerajaan negeri,” ujar beliau.

18

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Tahniah semua graduan KTYS.

Menurut Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Kerajaan Negeri Sabah juga akan membina sebuah dewan serbaguna di Kampus Induk KTYS, Sembulan dengan kos sebanyak RM450,000. Para graduan KTYS.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji turut berharap pemberian ini akan meningkatkan tahap motivasi dan mutu kerja warga KTYS di samping terus melahirkan graduan yang mampu memenuhi permintaan pasaran industri masa kini. “Kerajaan Negeri Sabah akan terus beri penekanan terhadap pembangunan modal insan, khususnya golongan belia dalam agenda memacu pembangunan negeri ini. Saya menggesa para graduan agar mengambil peluang-peluang yang terbentang luas yang telah disediakan oleh kerajaan dan terus berusaha dalam membangunkan modal insan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini memfokuskan pendekatan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran,” Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menyimpulkan. Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Yayasan Sabah, Dato Sri’ Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Pengerusi Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd., Datuk Hajjah Tah Nia binti Haji Jaman dan Ketua Eksekutif KTYS, Tuan Haji Samin Ongki.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

19


Sempena majlis konvokesyen tersebut, Berita Kumpulan Yayasan Sabah sempat menemu ramah beberapa penerima Anugerah Graduan Cemerlang. Dayang Norfrida binti Datu Akmadun, penerima Anugerah Pingat Emas dengan PNGK 3.88, berasal dari Kota Kinabalu, telah melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. “Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memberi saya peluang untuk melanjutkan pelajaran di KTYS. Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah menerusi KTYS akan terus meningkatkan kualiti dan kemudahan pendidikan untuk rakyat di Sabah. KTYS BOLEH!,” ujar beliau. “Bagi menyokong kemajuan pembangunan modal insan yang mampan, saya berhasrat untuk menyumbang dalam sektor pendidikan, khususnya di peringkat tadika. Saya berharap dengan ilmu yang saya peroleh, saya dapat memainkan peranan sebagai guru dengan penuh tanggungjawab dalam merealisasikan aspirasi negara untuk membentuk generasi baharu yang cemerlang daripada segi akademik dan sahsiah kerana saya ingin melihat para pelajar di Sabah berkembang menjadi individu yang terbaik dan berpendidikan tinggi” katanya dengan penuh harapan. Apabila ditanya cara mengulang kaji pelajaran yang membolehkan beliau mendapat keputusan cemerlang, Dayang mengatakan bahawa amalan bertanya soalan adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bakal guru, Dayang Norfrida bersama ibu bapa beliau.

“Perbanyakkan bertanya kepada pensyarah tentang subjek yang kurang difahami dan rujuk kembali latihan-latihan yang diberikan kerana biasanya terdapat soalan-soalan yang serupa yang akan muncul semasa peperiksaan. Selain itu, amalkan pemikiran positif dalam menghadapi cabaran,” katanya. Seperti Dayang Norfrida, seorang lagi penerima Anugerah Ketua Eksekutif, Muhd. Nabil bin Moslee, berusia 21 tahun dan merupakan graduan peringkat diploma dalam jurusan Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia (DPSM) dengan PNGK 3.72 turut menyimpan niat untuk mendidik para belia Sabah agar menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Tidak terlintas difikirannya untuk diberi penganugerahan setinggi ini. Beliau berkongsi, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah KTYS, terutama yang telah mendidik dan membantu sepanjang pengajian diploma saya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Kumpulan Yayasan Sabah atas usaha dalam memastikan hal ehwal pelajar dan kolej berada dalam keadaan baik sentiasa.”

Muhd. Nabil bersama ibu bapa beliau.

Apabila ditanya mengenai kunci kejayaan beliau, “Petua pertama adalah untuk menanamkan perasaan ingin berjaya. Selain itu, membuat jadual harian atau mingguan yang seimbang untuk mengagihkan masa antara pembelajaran dan rekreasi. Akhirnya, utamakan hubungan dengan Tuhan.”

Pesan beliau kepada rakan-rakan yang sedang mengejar impian mereka untuk ke menara gading, ‘Sentiasalah mendengar nasihat dan bimbingan guru, serta tanamkan tekad untuk berusaha mencapai kejayaan. Dalam masa yang sama, sentiasa bersedia menghadapi cabaran yang mendatang. Jika kita memiliki set minda untuk berjaya, pasti setiap langkah kita akan menuju ke arah itu, dan sebaliknya. Teruskan berusaha dengan konsisten!,” tambah beliau.

20

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Seorang lagi penerima Anugerah Ketua Eksekutif, Muhammad Zulfadhli bin Ramly, sikap tidak mudah berputus asa dalam diri adalah faktor utama yang membantu dalam mencapai kejayaan. “Sebagai seorang pelajar, kita perlu proaktif dan bersedia untuk membangunkan jati diri dengan bersedia merancang kehidupan diri sendiri,” katanya. Berasal dari Kota Belud, graduan berumur 21 tahun dengan PNGK 3.86 peringkat Diploma Teknologi Binaan Bangunan (DBB) ini merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik. “Ibu bapa serta adik-beradik merupakan sumber inspirasi kepada saya. Mereka sentiasa memberi dorongan, semangat dan tunjuk ajar kepada saya,” kata beliau. Menurut Zulfadhli, beliau berhasrat untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan awam demi mencapai cita-cita untuk menjadi jurutera. “Buat masa ini saya melakukan kerja-kerja luar dalam bidang pembinaan untuk mencari lebih banyak pengalaman di samping mencari wang saku sendiri,” ujar beliau. Tambah beliau lagi, “Salah satu petua pembelajaran adalah untuk sentiasa fokus kepada kandungan pembelajaran.

Zulfadhli komited untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelaksanaan projek pembangunan komuniti di Sabah.

Seterusnya, menyimpan semua kertas nota yang diberikan kerana ia mengandungi maklumat penting yang boleh dijadikan bahan rujukan. Selain itu, jangan teragak-agak untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang perkara yang tidak difahami seperti kerja kursus, tugasan dan sebagainya. Utamakan pembahagian masa yang seimbang antara belajar dan masa lapang. Pastikan anda mempunyai rehat yang mencukupi sebelum menghadapi peperiksaan, “STUDY SMART NOT HARD”. Di samping menimba ilmu, kita juga harus menunaikan ibadah lima waktu sebagai orang Islam.” “Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pensyarah dan tenaga kerja di KTYS dan Kumpulan Yayasan Sabah yang telah membentuk kolej ini serta memberikan sokongan besar kepada anak-anak Sabah dalam melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga usaha berterusan Kumpulan Yayasan Sabah mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT,” ujar beliau dengan penuh kesyukuran. Bagi penerima Anugerah Ketua Eksekutif seterusnya, Keittler Jimond, dengan PNGK 3.80, berasal dari Kg. Malangang Baru, Kiulu telah melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam jurusan Teknologi Automotif. Meluahkan rasa gembira, Keittler bersyukur apabila akhirnya dapat menjadi alumni KTYS yang ke-26. Pesan beliau kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di KTYS, agar tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu dan terus mencabar diri mereka demi kemajuan peribadi dan profesional. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah dan pensyarah serta tenaga kerja di KTYS atas peluang yang diberikan sehinggalah berjaya menamatkan pengajian. Beliau juga berharap dengan ilmu yang diperoleh dapat membantu membangunkan industri automotif negeri Sabah mengikut keperluan dan teknologi terkini bagi menghasilkan produk automotif yang inovatif dan berdaya saing.

Keittler bersama ibu bapa beliau.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

21


Forum Landskap Hutan Hujan DaMaI wujudkan kesedaran awam

KONSERVASI HUTAN SABAH Forum Landskap Hutan Hujan DaMaI (DRL) mewujudkan kesedaran awam terutamanya kepada rakyat negeri ini mengenai peri pentingnya melindungi dan memulihara DRL, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir dalam ucapan beliau semasa merasmikan Forum Pihak Berkepentingan Lanskap Hutan Hujan DaMaI yang diadakan pada 7 November 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC). Forum anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah, Sabah Environmental Trust (SET), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah tersebut merupakan salah satu inisiatif yang dimeterai di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangan pada 23 Ogos 2022. “Landskap Hutan Hujan DaMaI meliputi kawasan seluas lebih kurang satu juta hektar yang merangkumi kawasan konservasi Lembah Danum, Lembangan Maliau dan Kanyon Imbak,” tambah beliau.

Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar, Dr. Waidi Sinun (dua dari kiri) memberikan penerangan mengenai keindahan dan inisiatif konservasi DRL kepada Datuk Abidin. Turut dalam gambar ialah Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar (kanan).

“Kerajaan Negeri Sabah berhasrat untuk mengekalkan 50 peratus daripada keluasan negeri Sabah sebagai litupan hutan. Ini meliputi kawasan seluas 3.84 juta hektar atau 52 peratus keluasan negeri sebagai kawasan yang diwartakan sebagai kawasan hutan simpan dan perlindungan lain, sejajar dengan Dasar Hutan Sabah 2018. Komitmen ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Kerajaan Negeri Sabah untuk memperluaskan lagi Kawasan Lindungan Penuh (Totally Protected Area) kepada 30 peratus daripada kawasan daratan negeri Sabah menjelang tahun 2025,” tegas beliau. “Setakat ini, sekurang-kurangnya 1.9 juta hektar atau 26 peratus Kawasan Lindungan Penuh telah diwartakan, manakala bakinya lebih kurang 400,000 hektar akan dikenal pasti dan diwartakan dalam masa enam tahun ini. Komitmen dan pencapaian ini meletakkan Sabah sebagai negeri peneraju di dalam bidang konservasi hutan,” tambah beliau.

22

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Abidin berucap kepada peserta forum.

Datuk Abidin turut memuji usaha kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah, SET, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar. Beliau menegaskan bahawa pemuliharaan tidak boleh dicapai dengan usaha yang berasingan; ia memerlukan tindakan bersama dan kepakaran secara kolektif pelbagai pihak berkepentingan. Ini melibatkan perkongsian melibatkan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan, komuniti tempatan, dan individu.


Timbalan Ketua Konservator Hutan (SFD), Dr. Robert C. Ong, menyampaikan kertas forum bertajuk, The DaMaI Rainforest Landscape: A large landscape to biodiversity conservation in Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SET, Dr. Haji Rahimatsah Amat bercakap mengenai, The Significance of DaMaI Rainforest Landscape as a Wildlife Refuge and the Importance of Conservation Activities in its Sustainable Management.

Pengarah South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP), Datuk Dr. Glen Reynolds menyampaikan forum bertajuk DaMaI Rainforest Landscape as an excellent, outstanding and exceptional area for strategic, innovative and creative research collaboration area.

Ahli Majlis Biodiversiti Sabah (SaBc), Dr. John Tay menyampaikan taklimat forum bertajuk Stakeholder Engagement in DaMaI Rainforest Landscape.

“Sejak MoU tersebut, sejumlah 644 rondaan telah dijalankan, merangkumi kawasan seluas 252,299 kilometer persegi, dan 61 tangkapan telah berjaya dibuat di kawasan DaMaI bagi membanteras jenayah hutan seperti pemburuan dan pembalakan haram,” kata Datuk Abidin.

Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Jamili Nais menyampaikan taklimat bertajuk, The Potential of DaMaI Rainforest Landscape as a World Heritage Site.

“Kumpulan Yayasan Sabah bersama SET, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar ini merupakan bukti keunggulan pendekatan berpasukan, bekerja bersama untuk melindungi dan melestarikan warisan alam semula jadi di Sabah,” kata Datuk Abidin dengan yakin.

kesan berkekalan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar negeri Sabah,” katanya sebelum mengakhiri ucapan beliau.

“Inisiatif kolaboratif antara Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar dan SET ini bakal mencetuskan impak yang signifikan, membawa kepada

Forum tersebut dihadiri oleh 200 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, NGO, ahli akademik, penyelidik, dan wakil-wakil dari komuniti tempatan. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

23


Bahagian Perhutanan Tawau Dengan bertemakan ‘Keluarga Bahagia, Hidup Ceria’, Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau di bawah kepimpinan Puan Azlina Michael selaku Pengerusi Penganjur dibantu oleh barisan AJK Pelaksana Program dan Penasihat Program, Encik Abdul Wahab Abdul Latip, Pengurus Perhutanan, Bahagian Perhutanan Tawau (Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.) telah merealisasikan program Hari Keluarga Bahagian Perhutanan Tawau pada 9 Disember 2023 bertempat di Pusat Perhutanan Luasong. Program ini diadakan khas untuk warga kerja serta ahli keluarga Bahagian Perhutanan (BP) Tawau. Pihak BP Tawau juga berbesar hati menjemput INIKEA Luasong untuk turut serta dlm program ini. Pelbagai aktiviti sukaneka telah disediakan kepada semua golongan baik kanak-kanak, dewasa lelaki, perempuan dan juga kategori berpasangan. Kemeriahan program dimulai dengan acara senam robik sihat kemudian aktiviti sukaneka dijalankan. Di samping itu, cabutan tiket bertuah yang diberikan secara percuma kepada semua staf dan ahli keluarga yang hadir juga adalah tarikan utama kerana sudah pastinya ia adalah detik-detik yang sentiasa dinanti-nantikan oleh warga kerja/ahli keluarga, apatah lagi pihak penganjur telah menyediakan 49 hadiah tiket bertuah iaitu 25 buah hamper dan 24 buah barangan elektrik yang menawarkan hadiah utama lumayan menanti mereka yang bertuah pada hari tersebut.

Kegembiraan terpancar di muka warga kerja dan ahli keluarga Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau.

Program tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar bersama Ahli Lembaga Pengarah Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. yang lain, Ketua Pegawai Eksekutif, Sabah Softwoods Berhad, Datuk Hj. Mohd. Daud Tampokong dan rombongan serta Encik Trevor Udarbe dan Encik Paulus Liason, Bahagian Perhutanan Kota Kinabalu. Sebagai tanda ingatan kasih sayang dan menghargai kehadiran pengarah pada hari tersebut, pihak penganjur telah menyediakan cenderamata kepada Pengarah atas keprihatinannya kepada warga kerja RBJ TAWAU khasnya walaupun pada hari tersebut Pengarah menghadiri tiga program serentak.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan ucapan semasa majlis.

24

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Dato’ Sri Haji Gulamhaidar turut berkesempatan mengadakan pertandingan karaoke pada sebelah petang hari tersebut dan diakhiri dengan jamuan makan malam bersama semua warga kerja dan ahli keluarga. Objektif utama dapat dicapai kerana program berjalan dgn lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku walaupun cuaca hujan pada sebelah petang ianya tidak mengganggu dua aktiviti yang diadakan serentak iaitu pertandingan karaoke diadakan di Rumah Rehat dan acara sukaneka diteruskan di padang sasar helikopter berdekatan Rumah Rehat. Semua yang hadir pada hari tersebut pulang dengan hati yang puas dan gembira. Acara ini berjaya memupuk semangat kerjasama berpasukan dan mengeratkan silaturahim di kalangan warga kerja dan ahli keluarga. Acara ini memberikan satu kepuasan kepada warga kerja di samping dapat merehatkan minda daripada tugas hakiki seharian bekerja.

Pertandingan karaoke.

Wajah-wajah gembira warga kerja dan ahli keluarga.

Kepentingan kerja berpasukan dan bekerjasama antara pihak yang turut menyumbang kepada kejayaan acara Hari Keluarga ini.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25


Gambar kenangan Datuk Jasnih bersama dengan pengurusan BWSB dan staf.

Lawatan Kerja

PENGERUSI EKSEKUTIF, INNOPRISE CORPORATION SDN. BHD. DATUK JASNIH DAYA

BERSAMA DENGAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BENTA WAWASAN SDN. BHD. (BWSB) Lawatan kerja Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih Daya bersama-sama dengan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah BWSB, Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Tuan Haji Ambran bin Pe’ang serta barisan pengurusan dan ketua-ketua jabatan/unit telah diadakan pada 12 Disember 2023. Ini adalah merupakan lawatan kerja yang pertama Datuk Jasnih, setelah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah BWSB. Perjalanan dimulakan dengan melawat Benta Agrotech Sdn. Bhd., sebuah syarikat usahasama antara BWSB dengan Bellus Terra Sdn. Bhd., yang menghasilkan baja dalam bentuk paket (sachet). Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Kilang Benta Edible Oil Sdn. Bhd. (BEOSB), anak syarikat milik penuh BWSB. Proses pembungkusan minyak masak dijalankan di sini.

Datuk Jasnih menandatangani buku pelawat semasa lawatan ke Ladang Kapur.

26

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Upacara menandatangani plak perasmian pejabat Ladang Kapur yang dilaksanakan oleh Datuk Haji Abdul Karim.

Perjalanan mereka kemudiannya diteruskan ke Ladang Kapur, di mana majlis perasmian pejabat Ladang Kapur yang baharu telah disempurnakan oleh Datuk Haji Abdul Karim dan kemudian meneruskan perjalanan ke Ladang Binuang. Semasa berada di Ladang Binuang, rombongan Datuk Jasnih juga dibawa melawat ke pusat penetasan kumbang (Weevil Breeding), sebelum beliau merasmikan pejabat Operasi Perladangan Zon Utara/Pejabat Ladang Binuang. Semasa di Ladang Binuang, rombongan ahli Lembaga Pengarah BWSB ini juga telah diberikan taklimat mengenai keadaan semasa di BWSB oleh Encik Chu Chee Ming, Pengurus Besar Operasi Perladangan.


Lawatan Kerja ke Kilang Pembungkusan Minyak Masak BESS, Benta Edible Oil Sdn. Bhd. di Pasir Putih.

Majlis perasmian pejabat Operasi Perladangan Zon Utara dan Ladang Binuang yang disempurnakan oleh Datuk Jasnih.

Bacaan doa di Ladang Binuang.

Melawat pusat penetasan kumbang (Weevil Breeding) di Ladang Binuang.

Lawatan ke Kilang Baja Benta Agrotech Sdn. Bhd. di Tanjung Batu.

Gambar kenangan Datuk Jasnih bersama dengan staf Ladang Belian.

Gambar kenangan bersama dengan staf di pejabat Operasi Perladangan, Ladang Seraya. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27


ICSB CONTRIBUTES RM3.5 MILLION TO STATE GOVERNMENT COFFER

Yayasan Sabah Group through its investment arm, ICSB handed over a dividend amounting to RM 3.568 million to the Sabah State Government on 31 October 2023 at the Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu. The Executive Chairman of ICSB, Datuk Jasnih bin Daya handed over the mock cheque to the State Finance Minister, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun witnessed by the Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. At the same event, ICSB also handed over a mock cheque of RM 147 million as a dividend to Yayasan Sabah. On hand receiving the mock cheque from the Datuk Jasnih is Dato’ Sri Haji Gulamhaidar witnessed by Datuk Seri Panglima Haji Masidi.

Datuk Jasnih (fourth from left) presenting a mock cheque to Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (third from right) witnessed by Datuk Seri Panglima Haji Masidi (centre).

Datuk Jasnih (third from right) presenting a mock cheque to Datuk Seri Panglima Haji Masidi (sixth, right) witnessed by Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (fifth from right). Also in the picture is Group Manager of Finance & Financial Services Division (YS/ICSB), Encik Joshua Ho (extreme right).

28

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


SENIOR MANAGEMENT QUARTERLY MEETING Datuk Jasnih (middle) chaired the Senior Management Quarterly Meeting.

ICSB and its subsidiaries’ leaders met at the conference room, Level 7, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu on 8 November 2023 for the first senior management quarterly meeting (SMQM). The ICSB executive chairman, YB Datuk Jasnih bin Daya, chaired the meeting. In his opening remarks, YB Datuk Jasnih highlighted the objectives of YS as enshrined in its establishment, which is to provide education and educational facilities for all Malaysians in Sabah, create opportunities for a more equitable distribution of economic wealth among the people in Sabah and give aids to charitable institutions and victims of natural disasters. He added that ICSB’s role within the context of the YS Group is to provide continuous financial support to YS to carry out its objectives. He reminded that all companies under the ICSB group must be profitable and must be able to pay meaningful and consistent dividends to ICSB. Datuk Jasnih also reminded the companies that he wants to keep them open. Therefore, he directed the subsidiaries’ management to implement mitigation plans to improve and turn around the losing subsidiaries. He further directed that the subsidiary companies must establish key performance indicators (KPI) to cover financial and operational aspects. He said setting up KPIs will establish measurable values demonstrating a company’s effectiveness in achieving its key strategic and operational goals and business objectives. Each subsidiary must submit and table the KPIs to the special management committee (SMC)

Datuk Jasnih stressed the turnaround of the losing companies, KPI, and team synergy for review and concurrence. YB Datuk Jasnih has stressed that all subsidiary companies must pay maximum and consistent dividends to ICSB. He also urged management to collaborate to maximise synergy to improve productivity, efficiency, and performance. He further urged company representatives to adopt harmonious interaction, share common goals, communicate effectively, and complement each other’s respective skills. Also present at the meeting were the Chief Operating Officer of ICSB, Douglas J. Joinol; the Group Manager of Accounts & Financial Services (YS/ICSB), Joshua Ho, JP.; members of SMC, the

heads of subsidiaries company of ICSB; Esner Chong, Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. & Innoprise Jungle Lodge Sdn. Bhd., Douglas Chong Financial Controller representing Tanjong Aru Hotel Sdn. Bhd., Fakarudin bin Ampong, General Manager, Inno Travel & Tours Services Sdn. Bhd., Dr. Doreen Goh, Managing Director, YSG Bioscape Sdn. Bhd., Awang Zainuddin Awang Matusin, General Manager, Innoprise Capital Sdn. Bhd., Awangku Nazaruddin bin Dtk Pg. Hussien, Senior Manager, Real Estate Unit, Norjie Haji Busu, Manager, Borneo Security Centre Sdn. Bhd., Azeera binti Mangguna, Manager, Kristal Handal Sdn. Bhd., Fauzee Leon Gregory, Manager, Sunwise Crystal Sdn. Bhd. and Sze Ming Yang, Manager, Inno Resource Development Sdn. Bhd.

Dr. Doreen, Managing Director of YSG Bioscape Sdn. Bhd. She highlighted the current global market for teak tissue culture.

Ms. Esner Chong, the Finance Manager of Shangri-La Tanjung Aru Resort, briefed on Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. and Innoprise Jungle Lodge Sdn. Bhd. positive results as of September 2023.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

29


Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Pelatih Pusat Warisan Kraf PKAN Sabah

Gambar berkumpulan bersama Pengurusan KTYS dan sebahagian pelatih yang menerima sijil.

Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Pelatih Pusat Warisan Kraf Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah pada 31 Oktober 2023 bertempat di Kampus B, Kolej Teknologi Yayasan Sabah. Latihan kemahiran yang dianjurkan oleh KTYS di bawah PKAN akan menokok tambah usaha untuk melahirkan usahawan berjaya seiring hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Ia juga menepati dasar keusahawanan nasional ke arah meningkatkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan bersifat kompetitif. “Ramai pelatih yang telah menjalani latihan kemahiran KTYS telah berjaya dalam industri yang mereka ceburi. Ini menunjukkan bahawa kraf tangan bukan sekadar tradisi, tetapi juga satu bentuk ekonomi yang mampan. Ia memberi peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat di Sabah dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini,” demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dalam ucapan beliau semasa merasmikan majlis tersebut.

Dato’ Sri Gulamhaidar berucap merasmikan majlis.

Dato’ Sri Gulamhaidar (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada seorang pelatih.

30

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Majlis Makan Malam bersama

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Turut hadir adalah Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah yang mewakili Ketua Menteri Sabah (empat dari kiri), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga, kiri) dan Datuk Jasnih (dua, kiri) di meja utama.

Penyampaian cenderamata daripada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd. Ali kepada Kumpulan Yayasan Sabah.

Ucapan aluan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Ketibaan Yang di-Pertua Negeri Melaka TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman ke negeri ini telah diraikan dalam Majlis Makan Malam yang telah diadakan di Sabah International Convention Centre pada 29 Oktober 2023.

Suasana malam dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Dato’ Sri Haji Gulamhaidar dan Datuk Jasnih.

Majlis Makan Malam ini telah dihoskan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, Pengerusi Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya serta Ketua-ketua jabatan Kumpulan Yayasan Sabah. TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd. Ali dan Toh Puan tiba ke Sabah untuk sesi lawatan rasmi bagi menghadiri Majlis Resepsi Brig. Jen. Datuk Haji Al-Hambra Tun Juhar dan Datin Scarlett Suhaili Sambinding yang telah berlangsung pada 1 Disember 2023.

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd. Ali berangkat balik. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

31


KUMPULAN YAYASAN SABAH KOMITED BASMI KEMISKINAN Pelaksanaan program penjanaan pendapatan melalui aktiviti pembuatan kraf tangan yang dilaksanakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) menokok tambah usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar. Demikian menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir dalam ucapan beliau sempena Majlis Apresiasi dan Penutupan Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah, PKS Sesi 2023 pada 4 Disember 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre. Datuk Abidin seterusnya berkata melalui dana oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Kumpulan Yayasan Sabah melalui PKS telah melaksanakan dua program teras iaitu Program Rural Integrated Craft Heritage (RICH) dan Program Penanaman Bahan Mentah (PPBM) – Buluh dan Rotan. Bercakap mengenai programprogram yang dilaksanakan, Datuk Abidin berkata, “Program RICH memberi tumpuan kepada pembangunan dan pemantapan keusahawanan dan dijalankan secara in situ melalui PKS dan Pejabat-pejabat Zon Kumpulan Yayasan Sabah. Manakala PPBM melibatkan tanah seluas 200 ekar di Kawasan Konsesi Yayasan Sabah di daerah Kecil Sook dengan melibatkan 100 orang komuniti setempat bagi memastikan sumber buluh dan rotan tersebut mampan untuk kegunaan dalam pembuatan kraf tangan untuk jangka masa panjang.”

Pengurus Kumpulan PKS, Puan Vivian Evans (dua dari kiri) sedang menerangkan tentang produk kraf tangan Sabah kepada Datuk Madingkir.

Datuk Abidin menyampaikan ucapan beliau.

Seramai 160 orang perserta PKS telah hadir untuk menerima sijil mereka.

“Program tersebut adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam hala tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam memperkasakan rakyat negeri ini untuk menerajui bidang keusahawanan. Saya yakin program ini akan menggalakkan para peserta berusaha dan berdikari seterusnya berjaya keluar daripada kekangan ekonomi masing-masing,” jelas beliau. “Dalam pada itu, pelbagai program telah dijalankan seperti program bimbingan khidmat kepakaran, program kemahiran insani dan program produk hiliran yang bertujuan memberikan nilai tambah kepada bakal usahawan PKS agar mereka dapat menonjol dalam bidang yang diceburi serta meningkatkan daya saing kumpulan sasar dalam bidang keusahawanan,” tambah Datuk Abidin. 32

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Ucapan daripada wakil pelajar PKS, Puan Mary Rimin.


Datuk Abidin (tengah) bersama Puan Norashikeen (lima dari kiri), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (empat dari kanan) dan Datuk Hajah Rosmawati (tiga dari kanan).

Datuk Abidin melawat pameran hasil kraf tangan para pelatih PKS.

“Pada tahun ini, Kumpulan Yayasan Sabah melalui PKS telah berjaya melahirkan seramai 160 orang pelatih yang terdiri daripada 135 orang bagi program RICH dan 25 orang bagi PPBM melalui PKAN yang telah dijalankan selama sembilan bulan bermula dari 1 Mac hingga 30 November 2023,” jelas beliau. “Satu lagi yang amat membanggakan kita ialah tujuh orang peserta program RICH 2023 telah berjaya memperoleh kelulusan dalam Program Pensijilan Kemahiran Malaysia melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Zon Sabah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang Operasi Pembuatan Perabot,” katanya lagi. Datuk Abidin turut memuji usaha Kumpulan Yayasan Sabah melalui PKS dalam mengadakan jalinan kerjasama berterusan dengan agensi-agensi yang berkepakaran dalam membantu para usahawan-usahawan di bawah seliaan PKS agar mereka dapat berdaya saing dengan pemain industri semasa. “Usaha bersama antara Kumpulan Yayasan Sabah melalui PKS dengan agensi kerajaan dan swasta seperti Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Pusat Reka Bentuk Pembungkusan dan Keselamatan SIRIM Berhad, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keningau, Geomatika College Keningau, Fashion Academy, Bam & Boo Enterprise dan Orbena Bamboo bakal mencetuskan impak yang signikan, membawa kepada kesan berkekalan dalam memajukan ekonomi komuniti tempatan serta memelihara kemahiran dan kesenian kraf tangan tempatan,” jelas beliau. Menurut Datuk Abidin, bidang keusahawanan bukan satu bidang yang mudah untuk diceburi, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Beliau turut menasihatkan para usahawan untuk memanfaatkan sepenuhnya program yang disediakan sekali gus menanamkan komitmen dan disiplin yang tinggi dalam diri masing-masing. “Diharapkan dengan adanya sokongan daripada Kumpulan Yayasan Sabah melalui program perintis dan jalinan kerjasama

Datuk Abidin (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang pelatih PKS sambil disaksikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kiri), Encik Samsul (kiri), Puan Norashikeen (dua dari kanan) dan Puan Jane Polus (kanan).

bersama agensi-agensi yang berkepakaran, para pelatih akan semakin bersemangat dalam industri pembuatan kraf tangan. Saya percaya industri kraf tangan di Sabah tidak hanya digunakan secara tradisional tetapi akan menjadi satu komiditi yang penting pada masa hadapan,” kata Datuk Abidin. Selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam hala tuju Pelan SMJ, Kumpulan Yayasan Sabah melalui PKS akan terus melahirkan modal insan yang berdaya saing dalam pembuatan produk kraf tangan demi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar Sabah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM, Puan Norashikeen binti Ishak, Ketua Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN), Puan Jane Polus Masundang, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Sabah, Encik Samsul bin Dollah serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Kumpulan Yayasan Sabah. Gambar berkumpulan.

33


Lawatan Exco NEGERI KELANTAN

Perbincangan antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Islam Kelantan bersama Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin sebelum penyerahan dokumen MoA.

Kumpulan Yayasan Sabah menerima kunjungan hormat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, Tuan Haji Wan Roslan bin Wan Hamat berserta rombongan Yayasan Islam Kelantan pada 8 November 2023. Tujuan kunjungan ini ialah menyempurnakan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Islam Kelantan. Sebagai simbolik penyempurnaan tersebut, pertukaran dokumen perjanjian antara kedua-dua pihak dilaksanakan di pejabat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif. Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato Sri’ Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, manakala Yayasan Islam Kelantan diwakili oleh Pengarahnya, Tuan Haji Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain. Menerusi kerjasama ini, Yayasan Islam Kelantan menyediakan ruang untuk 20 orang pelajar Sabah melanjutkan pelajaran di sekolah berprestij Maahad Tahfiz Kelantan. Manakala, Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan biasiswa sekolah menengah kepada pelajar terpilih tersebut. Setakat ini, seramai 16 orang pelajar sedang belajar di sekolah terpilih di Kelantan. Kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan peluang pendidikan rakyat Sabah di peringkat pendidikan menengah, di samping menyumbang terhadap masa depan yang lebih cerah untuk para pelajar. Rombongan tersebut turut meluangkan masa melawat Galeria Tun Mustapha di Menara Tun Mustapha bagi mengetahui dengan lebih dekat sejarah pelopor Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (enam dari kiri) dan Tuan Haji Nik Mohd Hasanuddin (lima dari kanan) menunjukkan dokumen MoA. Disaksikan oleh Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (tujuh dari kiri) dan Tuan Haji Wan Roslan (enam dari kanan).

34

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Gambar berkumpulan bersama Datuk Dr. Haji Mohamad Arifin di pejabat beliau.

Dato’ Sri Gulamhaidar (kiri) Tuan Haji Wan Roslan (tengah) melihat pameran aktiviti-aktiviti pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah yang merupakan aspirasi Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun.

Gambar berkumpulan di Galeri Tun Mustapha.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

35


Lintas hormat daripada kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah.

KONTINJEN KUMPULAN YAYASAN SABAH sertai perbarisan sempena

Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah

Sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah turut serta dalam acara perbarisan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Acara sambutan dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr. Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri serta barisan kabinet negeri. Sebanyak 88 kontinjen terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan berpakaian rasmi, jabatan kerajaan tidak berpakaian rasmi, kategori sekolah menengah, sekolah rendah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, persatuan etnik sabah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta menyertai acara perbarisan tersebut. Kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah memulakan latihan kawad kaki bermula 18 September 2023 dan kemudiannya menghadiri raptai selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 Oktober 2023.

Laungan semangat buat kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah bersama Datuk Jasnih.

36

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Jasnih menyampaikan amanat kepada kontinjen perbarisan.


Siap siaga dengan semangat yang tidak pernah luntur.

Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih bin Daya meluangkan masa bersama-sama dengan kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah bagi menyampaikan amanat Pengurusan pada 6 Oktober 2023 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha. Amanat Pengurusan ini turut dihadiri oleh ketuaketua bahagian, unit dan anak syarikat yang mana staf mereka turut terlibat dalam kontinjen perbarisan ini.

Kedudukan statik semasa sesi penilaian berlangsung sebelum acara bermula.

Antara kontinjen perbarisan yang turut serta.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

37


Lawatan sambil belajar ke PERPUSTAKAAN PENYELIDIKAN BORNEO TUN HAJI MOHD. FUAD STEPHENS

Pada 12 Oktober 2023, kanak-kanak daripada Taska Ria dan Taska Kristal Ria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Menara Tun Mustapha. Lawatan ini diketuai oleh Penolong Guru Besar, Puan Hajah Saripah binti Musa. Lawatan ini antara lain memberi ruang kepada kanak-kanak mendapatkan

Antara aktiviti yang amat menarik perhatian kanak-kanak dalam lawatan ini adalah menonton gabungan panel grafik, teknologi audio-visual dan artifak kisah kehidupan Allahyarham Tun Mustapha bermula daripada kehidupan susah sehinggalah beliau berjaya sebagai Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sabah.

38

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Selain daripada membaca buku, pihak perpustakaan juga menyediakan pengisian aktiviti bercerita kepada kanak-kanak.

pengalaman pembelajaran di luar taska dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna serta menarik.

Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens memberikan cenderamata kepada guru-guru pengiring dan kanak-kanak.

Sesi bergambar berkumpulan warga perpustakaan, kanak-kanak serta guru pengiring Taska Ria dan Taska Kristal Ria.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

39


LAWATAN KE MENARA TUN MUSTAPHA SK TIONG PERUNGUSAN, TUARAN

Pegawai Perpustakaan memberikan taklimat kepada murid-murid SK Tiong Perungusan.

Seramai 118 orang warga SK Tiong Perungusan, Tuaran yang terdiri daripada 73 orang murid, 20 orang guru dan 25 orang ibu bapa telah mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha pada 31 Oktober 2023. Tujuan lawatan berkenaan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan Kumpulan Yayasan Sabah terutama melibatkan bantuan pendidikan yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid sekolah berkenaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat menengah kelak. Antara pengisian lawatan berkenaan ialah taklimat Kumpulan Yayasan Sabah, lawatan ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens dan Galeri Tun Mustapha. Para peserta rombongan mendengar taklimat Kumpulan Yayasan Sabah.

Rombongan diketuai oleh ketua rombongan, Encik Shim Simbeh turut melawat ke Perpustakaan Negeri Sabah dan Akuarium Muzium Marin UMS.

Guru Besar SK Tiong Perungusan menerima cenderamata daripada Kumpulan Yayasan Sabah. 40


SK PULAU BUM-BUM, SEMPORNA

Koleksi peribadi Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun di GTM.

Rombongan mengabadikan kenangan di hadapan mural motif etnik negeri Sabah.

Seramai 35 orang pelajar beserta 13 orang guru daripada Sekolah Kebangsaan Pulau Bum-Bum, Semporna mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha pada 2 November 2023. Semasa lawatan itu juga, rombongan turut mengunjungi Galeri Tun Mustapha (GTM) dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

SK NUKAHAN, BEAUFORT

Rombongan SK Nukahan ke Menara Tun Mustapha.

Rombongan dari SK Nukahan, Beaufort telah mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha pada 10 November 2023 (Jumaat). Rombongan yang terdiri daripada Guru Besar, 11 orang guru dan 18 orang murid disambut dengan taklimat berkenaan operasi sosial dan komersial Kumpulan Yayasan Sabah. Rombongan seterusnya dibawa ke Galeri Tun Mustapha dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens. Salah seorang murid SK Nukahan tekun membaca info di Galeri Tun Mustapha. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

41


USUKAN COVE LODGE Lawatan kerja ke

Gambar berkumpulan.

Ketua Pegawai Operasi ICSB, Encik Douglas J. Joinol telah mengadakan lawatan kerja di tempat peranginan Usukan Cove Lodge yang dikendalikan oleh Inno Travel & Tours Services Sdn. Bhd. (ITTS) pada 20 Oktober 2023. Dalam pertemuan dengan Pengurus Besar ITTS, Encik Fakarudin bin Ampong, kedua-dua pihak membincangkan pelan operasi perniagaan pusat peranginan ITTS bagi mempertingkatkan aktiviti perniagaan dan seterusnya pendapatan syarikat.

Meninjau kapal Catamaran yang sebelum ini digunakan membawa pelancong ke Sungai Tempasuk bagi melihat keindahan Gunung Kinabalu, keunikan kelip-kelip dan monyet bangkatan bergayutan di pokok-pokok.

Kajian dokumentasi kuih muih Tradisional

ETNIK KADAZAN PENAMPANG

Satu lawatan kerja telah diadakan oleh Bahagian Penyelidikan untuk lebih mengenali jenis-jenis kuih-muih tradisional etnik Kadazan. Lawatan ini diketuai oleh Pengurus Kumpulan, Bahagian Penyelidikan, Dr. Yap Sau Wai serta staf beliau. Objektif lawatan tersebut adalah untuk menjalankan kajian dokumentasi serta merekodkan cara-cara penyediaan kuih-muih tradisional bumiputera Sabah khususnya etnik Kadazan Penampang.

Rombongan tertarik dengan cara pembuatan kuih-muih tradisional.

Hasil daripada kajian ini dapat membantu generasi akan datang mengenai informasi mengenal nama dan jenis kuih-muih tradisional etnik Kadazan, mengetahui resipi, cara penyediaan dan tujuan penghidangan kuih-muih sekali gus menambah ilmu tentang petua, adat dan pantang dalam proses penyediaan kuih-muih tradisional.

Dr. Yap serta rombongan disambut oleh Datin Sylvia Malakun, Penasihat kepada Majlis Wanita KDCA Penampang dan daerah Putatan bertempat di Rumah Penampang KDCA pada 17 Oktober 2023. Sebanyak tujuh jenis makanan kuih-muih dipertunjukkan iaitu hinobok-mata, hinompuka, hinungkakap, kinalang, nanggiu, sinaku dan vinoingan. 42

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Para guru, kanak-kanak dan pengawal keselamatan beredar ke tapak perhimpunan.

Latihan Pengungsian Bangunan

TASKA KRISTAL SADONG & JAYA TADIKA RIA Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan latihan pengungsian bangunan pada 10 hingga 11 Oktober 2023 di Bangunan Tadika Ria dan Taska Kristal Sadong Jaya.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para kanak-kanak dan guru tentang tindakan yang perlu diambil ketika berlakunya kebakaran atau kecemasan. Secara keseluruhan program ini telah berjalan dengan lancar dan disambut baik.

Kanak-kanak berkumpul di padang.

Para guru serta kanak-kanak di tapak perhimpunan.

Beberapa staf dilihat sedang mendukung bayi setelah loceng kecemasan dibunyikan.

Sesi pascanilai bersama dengan ketua lantai yang diadakan selepas latihan pengungsian.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

43


Kunjungan Hormat UTP ke

Kumpulan Yayasan Sabah

Encik Zulkhairi (kiri) berkongsi pengalaman Kumpulan Yayasan Sabah dalam mengendalikan program-program pembangunan masyarakat melalui pejabat-pejabat zon.

Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kumpulan Yayasan Sabah pada 9 Oktober 2023 yang diketuai oleh Professor Dr. Ts. Shahrina Md. Nordin. Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail menerima kunjungan tersebut. Turut hadir pada kunjungan tersebut adalah Ketua Pustakawan, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Zainudin Saridi dan Dekan Fakulti Pembangunan & Kepelbagaian Budaya, University College Sabah Foundation (UCSF), Dr. Gusni bin Saat serta pegawai-pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah. Antara lain perbincangan yang diadakan tertumpu kepada peningkatan kerjasama terutamanya dalam program pembangunan sosial di samping isu-isu berkaitan untuk dijadikan pelan penambahbaikan pada tahun-tahun akan datang.

Encik Zulkhairi (lapan dari kanan), Prof Dr. Ts. Shahrina (lapan dari kiri), Encik Zainudin (tujuh dari kanan) dan Dr. Gusni (enam dari kanan) bersama-sama pegawai-pegawai kanan dari Kumpulan Yayasan Sabah serta UTP.

44

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Kumpulan Yayasan Sabah lestarikan

Warisan Budaya Tempatan

Dr. Yap (dua dari kiri) menyampaikan buku “Kehidupan Dan Adat Suku Murut Tangala’ Kg. Inarad, Tongod” kepada Encik Yus sambil disaksikan oleh ketua-ketua komuniti kaum Murut Tangala’.

Usaha berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam memelihara budaya tempatan agar tidak lapuk dalam arus pembangunan semasa mampu melestarikan kekayaan warisan budaya tempatan. Majlis Penyerahan Buku Etnografi Suku Murut Tangala’ Kg. Inarad, Tongod telah diadakan pada 26 November 2023 bertempat di Pusat Kraftangan Sabah, Keningau. Dalam ucapannya, Pengurus Kumpulan Bahagian Penyelidikan, Dr. Yap Sau Wai, beliau berkongsi “Buku terbitan Kumpulan Yayasan Sabah berjudul ‘Kehidupan dan Adat Suku Murut Tangala’ Kg. Inarad, Tongod,’ ini amat bertepatan sekali memandangkan sebahagian daripada amalan tersebut telah mula dilupakan oleh generasi muda. Buku ini memaparkan dengan terperinci kehidupan dan kebudayaan suku Murut Tangala’ yang tinggal di Kg. Inarad, daerah Tongod. Buku tersebut juga sesuai sebagai rujukan bagi individu yang ingin memahami lebih mendalam tentang warisan kebudayaan etnik Murut Tangala’. Sedikit sebanyak buku ini dapat memberikan maklumat yang lebih mendalam bukan sahaja dalam kalangan suku Murut sendiri tetapi juga kepada masyarakat umum, para penyelidik, mahasiswa-mahasiswi dan agensi-agensi dan institusi-institusi yang berkenaan,” kata beliau. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Persatuan Etnik Murut Tangala’ Sabah (PEMUTAS), Encik Yus bin Panglima Pinsin, Pegawai Daerah Keningau, Encik Peter Jonu Moinjil, pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah dan wakil-wakil masyarakat kaum Murut Tangala’.

Sepatah dua kata oleh Dr. Yap.

Gambar berkumpulan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

45


Fasa 2

TAKLIMAT KEPADA STAF BAHARU

Pengenalan mengenai Kumpulan Yayasan Sabah disampaikan oleh Encik Sam.

Encik Hidzwan dengan taklimatnya mengenai Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah.

Seramai 29 orang staf baharu dari pelbagai pejabat telah mengikuti Fasa Kedua Taklimat Kumpulan Yayasan Sabah yang diadakan pada 15 November 2023 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha. Sesi taklimat merangkumi Pengenalan Mengenai Kumpulan Yayasan Sabah yang disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Sam S. Karnail. Taklimat mengenai PeraturanPeraturan Pegawai Awam Negeri Sabah disampaikan oleh Pegawai Sumber Manusia, Encik Hidzwan bin Hasnan, manakala taklimat mengenai General Terms and Conditions for Innoprise Corporation Sdn. Bhd. disampaikan oleh Pegawai Pengurusan Sumber Manusia Kanan, Puan Stephenie Louis. 46

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

General & Terms ICSB disampaikan oleh Puan Stephenie.


Puan Syariffah Sitti Nur Moneerah menerangkan mengenai pengenalan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Kepentingan integriti dalam diri setiap staf ditekankan dalam taklimat Encik Syahrul.

Selain itu, taklimat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan disampaikan oleh Pegawai Keselamatan dan Penguatkuasaan, Puan Syariffah Sitti Nur Moneerah. Manakala Pegawai Pemantauan Kanan, Bahagian Pengukuhan dan Pemantauan, Encik Syarul Rozaily b. Usul menyampaikan taklimat mengenai integriti.

Gambar berkumpulan sebagai penutup program taklimat.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

47


SKIM BANTUAN KHAS (SBK) KUMPULAN YAYASAN SABAH BANTU PELAJAR B40 Majlis Penyampaian SBK Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pantai Barat Selatan turut diadakan pada 9 November 2023 bertempat di Menara Tun Mustapha. Majlis penyampaian tersebut telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir. Seramai 318 orang pelajar dari SMK Bandaraya, SMK Inanam, SMK Kolombong, SMK Likas, SMK Sanzac dan SMK St. Francis Convent telah terlibat dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Selatan, Puan Linda Anthony serta wakil-wakil sekolah yang terlibat dan barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

Datuk Abidin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan SBK Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penerima dari SMK Likas sambil disaksikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kiri), Encik Zulkhairi (tiga dari kanan) dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Likas, Puan Asnah Ampong (kanan).

Perkongsian mengenai belajar di Kolej Teknologi Yayasan Sabah disampaikan oleh Pengurus Jabatan Pemasaran, Encik Hillary Sibangun.

Gambar berkumpulan. 48

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Komen Penerima Sumbangan SBK Nurraznah binti Abdullah @ SMK Sanzac

“Bantuan buku rujukan dan kalkulator saintifik ini dapat membantu saya membuat latihan dan nota-nota persediaan sebelum peperiksaan kelak. Saya sangat bersyukur menerima bantuan ini.”

Kheira Kasim @ SMK St. Francis Convent

Saya banyak dugaan belajar. Keluarga saya berpendapatan rendah menyebabkan saya sukar membeli buku rujukan. Bantuan ini amat membantu saya. Saya berasa bangga dipilih sebagai salah seorang penerima bantuan ini.”

Nur Natrisya Fatihah binti Mohd. Azrul @ SMK Bandaraya

“Alhamdulillah, terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah kerana memberikan bantuan buku rujukan SPM dan kalkulator saintifik. Ini sangat membantu saya dalam pelajaran. Semoga bantuan ini terus memberi sinar baru kepada pelajar B40 untuk terus berjaya dalam pendidikan.”

Ashraf Rafie Liew @ SMK Kolombong

“Saya bangga mendapat bantuan ini sebab memang agak sukar bagi keluarga saya membeli kalkulator saintifik memandangkan pendapatan keluarga yang tidak mengizinkan. Saya berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas bantuan ini. Saya yakin bantuan ini dapat membantu saya belajar dengan lebih baik.”

Mohammad Ramli bin Zainuddin @ SMK Inanam

“Buku rujukan SPM dan kalkulator saintifik sangat diperlukan dalam pembelajaran saya. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah kerana membantu meringankan beban pelajaran kami. Semoga ini menjadi penyemangat untuk terus berusaha dan berjaya.”

Muhammad Faiez bin Zennus @ SMK Likas

“Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah kerana menyediakan bantuan berharga, tiga buku rujukan SPM dan kalkulator saintifik. Sumbangan ini benar-benar memberikan sokongan kepada kami, pelajar B40, dalam mengejar impian pendidikan. Semoga kebaikan ini akan menjadi keberkatan buat semua yang terlibat. #BantuanPendidikan #YayasanSabah #PelajarB40” BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

49


PROGRAM PENYAMPAIAN SKIM BANTUAN KHAS Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat-pejabat Zon telah mengadakan Program Penyampaian Skim Bantuan Khas (SBK) tahun 2023. Program tersebut merupakan usaha Kumpulan Yayasan Sabah untuk menokok tambah usaha kerajaan dalam membantu mengurangkan beban keluarga pelajar daripada golongan B40 serta ibu bapa penerima bantuan e-kasih menerusi pemberian bantuan sokongan pembelajaran. Pada majlis tersebut, pelajar sekolah rendah telah menerima set barangan keperluan sekolah yang berupa beg dan alat tulis manakala pelajar sekolah menengah menerima tiga buku rujukan SPM dan kalkulator saintifik. Selaras dengan penubuhannya, Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar B40 bagi meningkatkan peluang pendidikan dan merapatkan jurang pencapaian pendidikan di Sabah.

50

Pejabat Zon

Bilangan Sekolah

Bilangan Sekolah

Zon Pantai Barat Utara

22

1,100 pelajar

Zon Pantai Barat Selatan

18

954 pelajar

Zon Pantai Timur Utara

168

1,447 pelajar

Zon Pantai Timur Selatan

33

2,828 pelajar

Zon Pedalaman Utara

9

1,109 pelajar

Zon Pedalaman Selatan

21

900 pelajar

Jumlah

271

8,338 pelajar

SK Ranau, Kota Marudu @ 2 Oktober 2023.

SK Liu, Pitas @ 10 Oktober 2023.

SK Tamau, SK Nanamun, SK Tempasuk II , SK Menunggui, SK Kuala Abai, SK Dallas, SK Kaung dan SK Rosok @ 19 Oktober 2023.

SM St. John, Tuaran @ 26 September 2023.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


SMK Pekan Telipok, Tuaran @ 26 September 2023.

SK Liu, Pitas @ 10 Oktober 2023.

SK Sungai Padas, Sandakan @ 16 Ogos 2023.

SK Tanjung Papat 2, Sandakan @ 22 Ogos 2023.

SK Sungai Anib 3, Sandakan @ 19 September 2023.

SMK Tulid, Keningau @ 26 September 2023.

SMK Tenom @ 27 September 2023.

SK Mandalipau, SK Kogopon dan SK Kaiduan @ 15 November 2023 .

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

51


SK Kunak @ 6 September 2023.

SK Balung, Tawau @ 12 September 2023.

SK Batu Payong, Tawau @ 12 September 2023.

SK Lambidan, Menumbok @ 23 Ogos 2023.

SK Kawang, Papar @ 21 November 2023.

SK Mandalipau, SK Kogopon dan SK Kaiduan @ 15 November 2023. 52

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


SK Benoni @ 2 November 2023.

SK Bongawan @ 1 November 2023.

SK Ladang Sandak @ 16 Ogos 2023.

SK Mendulong, Sipitang @ 16 November 2023.

SK Muhibbah @ 23 Ogos 2023.

SMK Kuhara @ 7 September 2023.

SMK Silabukan @ 14 September 2023.

SMK Tenghuilan, Tamparuli @ 19 September 2023.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

53


Kumpulan Yayasan Sabah turut serta dalam

MCS

Seiring dengan kluster Kesejahteraan Rakyat di bawah konsep Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya, Kumpulan Yayasan Sabah turut serta menjayakan program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah. Program setengah hari ini melibatkan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan negeri Sabah. Dalam program ini, Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan beberapa perkhidmatan untuk orang ramai antaranya peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF) dan kaunter pengambilan peserta bagi Kursus Penanaman Bahan Mentah serta Kursus Kraf Tangan anjuran Pusat Kraftangan Sabah.

Dewan Terbuka Dataran Rakyat, Tongod | 14 Oktober 2023 Program ini turut disertai oleh Pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU) yang mempamerkan produk-produk kraf tangan hasil usahawan tempatan daripada ZPTU. Para pengunjung diberi penerangan di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

Para pengunjung tertarik dengan produk kraf tangan hasil usahawan tempatan yang dipasarkan.

54

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


SK Long Pasia, Sipitang | 28 Oktober 2023 Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) telah menyampaikan Sumbangan Bantuan Khas (SBK) kepada 51 orang murid SK Long Pasia pada 28 Oktober 2023. Penyerahan tersebut diadakan sempena program Komuniti Perkhidmatan Bergerak (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah. Penyerahan bantuan tersebut disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.35 Sindumin, Encik Wendey Agong Baruh. Setiap murid mendapat satu set barangan peralatan sekolah iaitu beg sekolah, buku dan alat-tulis. SBK merupakan salah satu pendekatan dan inisiatif Kumpulan Yayasan Sabah di bawah program Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) untuk menyantuni rakyat di luar bandar terutamanya golongan B40. Kumpulan Yayasan Sabah turut menyertai pameran bagi menawarkan perkhidmatan untuk anak-anak muda dari Long Pasia, peluang meningkatkan kemahiran mereka di Pusat Kraftangan Sabah (PKS) dan peluang pengajian di University College Sabah Foundation (UCSF).

Encik Wendey (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang murid SK Long Pasia dan disaksikan oleh Penolong Pegawai, Pejabat ZPS, Puan Latifah Haji Khamis (kiri).

Gambar berkumpulan bersama murid-murid SK Long Pasia.

Orang ramai juga berpeluang mendapatkan info kursus-kursus berkenaan Pusat Kraftangan Sabah.

Encik Arbot Makuut, staf UCSF (berbaju putih) menerangkan peluang melanjutkan pengajian di universiti kolej tersebut.

Gambar perkumpulan staf ZPS, PKS dan UCSF yang turun ke Long Pasia.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

55


ZON PANTAI BARAT SELATAN PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM 19 September 2023 @ SMK Tenghilan, Tamparuli Program Motivasi Pelajar SPM yang melibatkan 142 orang pelajar telah diadakan pada 19 September 2023 bertempat di SMK Tenghilan, Tamparuli.

Pengetua SMK Tenghilan, Encik Marcus Salagan (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Yusuf (kiri). Turut dalam gambar ialah Penolong Pegawai ZPBS, Encik Saef-Ul Baree Rusnan (kanan).

Penceramah jemputan, Encik Yusuf dari PTC Consultancy & IZZ Resources menyampaikan ceramah.

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM 21 September 2023 @ SM Stella Maris, Tanjung Aru Program Motivasi Pelajar SPM yang melibatkan 154 orang pelajar telah diadakan pada 21 September 2023 bertempat di SM Stella Maris, Tanjung Aru.

Sesi ceramah.

Gambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Setiausaha Politik, Encik Mohd Sufian bin Matin (duduk tengah) mewakili Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya Sabah merangkap Ahli Parlimen P173 Putatan, Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony (duduk ketiga dari kanan) dan Pengetua SM Stella Maris, Encik Jainih bin Sabin(duduk ketiga dari kiri).

PROGRAM PEMBANGUNAN MOTIVASI PELAJAR 26 September 2023 @ SM St. John, Tuaran Program Pembangunan Motivasi Pelajar yang melibatkan 155 orang pelajar telah diadakan pada 26 September 2023 bertempat di SM St. John, Tuaran.

Penceramah Jemputan, Dr. Shahnon Rizal Thaijudin menyampaikan ceramah motivasi. 56

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Gambar berkumpulan para peserta program bersama Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony (duduk, tengah), Pengetua SM St. John, Puan Rahnah Fong (duduk, dua dari kiri), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SM St. John, Puan Amelia Yamping (duduk, kiri), Dr. Shahnon (duduk, dua dari kanan) serta wakil Unit Kebajikan SMK Pekan Telipok, Puan Juniza Juma’at (duduk, kanan).


PROGRAM LALUAN KERJAYA DAN MOTIVASI PELAJAR 3 Oktober 2023 @ SMK Kemburongoh, Ranau Program Laluan Kerjaya & Motivasi Pelajar yang melibatkan 155 orang pelajar telah diadakan pada 3 Oktober 2023 bertempat di SMK Kemburongoh, Ranau.

Penceramah jemputan, Encik Julius Makujal, Guru Cemerlang SMK Narinang, Kota Belud menyampaikan ceramah kepada para pelajar SMK Kemburongoh.

Sebahagian pelajar yang mengikuti ceramah.

PROGRAM MOTIVASI MEMBINA GENERASI CEMERLANG 24 Oktober 2023 @ SMK Limbanak, Penampang Program Motivasi Membina Generasi Cemerlang yang melibatkan 195 orang pelajar telah diadakan pada 24 Oktober 2024 bertempat di SMK Limbanak, Penampang.

Sebahagian pelajar yang mengikuti ceramah.

Kaunselor dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar/SPM, Pejabat Pendidikan Tuaran, Encik Stanley Missun menyampaikan ceramah motivasi.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI KURSUS ASAS PENTERNAKAN KAMBING 14 September 2023 @ Pejabat UPPM N.15 Kiulu Tuaran

Penceramah, Encik Saib bin Nudin menyampaikan ceramah.

Kursus Asas Penternakan Kambing telah diadakan pada 14 September 2023 bertempat di Pejabat UPPM N.15 Kiulu Tuaran melibatkan 21 orang peserta.

Gambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Pegawai Tadbir Kanan ZPBS, Encik Mohd. Azubair Sainuddin (duduk, dua dari kiri), Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sabah, Encik Saib bin Nudin (duduk, kiri) dan Dr. Mischellena Samanthan Michael (duduk, dua dari kanan), Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.15 Kiulu, Encik Golubi Guntarik (duduk, tengah) dan Pegawai Kawasan ZPBS, Encik Mohd. Al Amin Abdul Thani (duduk, kanan).

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

57


KURSUS PEMPROSESAN MAKANAN DARIPADA IKAN TAUSI 17 September 2023 @ Kg. Karambunai, Manggatal Kursus Pemprosesan Makanan daripada Ikan Tausi telah diadakan pada 17 September 2023 bertempat di Kg. Karambunai, Manggatal melibatkan 34 orang peserta.

Para peserta kursus menjalankan latihan amali memasak ikan tausi.

Gambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Pegawai Tadbir Kanan ZPBS, Encik Mohd. Azubair Sainuddin (duduk,tiga dari kiri), Ketua Kampung Karambunai, Encik Masdi Sirom (duduk, empat dari kiri) dan jurulatih, Puan Norhayati Enalailah Abdullah Tan (duduk, lima dari kiri).

KURSUS PENTERNAKAN AYAM PEDAGING FASA III 20 September 2023 @ Kg. Kigiwit, Ranau Kursus Penternakan Ayam Pedaging Fasa III melibatkan 20 orang peserta telah diadakan pada 20 September 2023 bertempat di Kg. Kigiwit, Ranau.

Gambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony (duduk, tiga dari kiri), Pegawai Ekonomi ZPBS, Encik Mohd. Shari Tek Seng (duduk, kiri) dan jurulatih dari Ayambos Agrofarm, Encik Zulkiflee bin Tassim (duduk, empat dari kiri).

Hasil ternakan ayam pedaging yang mula diternak semasa Kursus Ayam Pedaging Fasa I pada 13 Julai 2023 sudah matang dan sedia untuk dijual.

KURSUS PENGHASILAN PRODUK SAMBAL DAN PES 23 September 2023 @ Kg. Duvanson, Putatan Kursus Penghasilan Produk Sambal & Pes melibatkan 24 orang para peserta telah diadakan pada 23 September 2023 bertempat di Kg. Duvanson, Putatan.

Gambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony(duduk tengah), Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Duvanson Putatan, Encik Chris Phan (duduk, kiri) dan tenaga pengajar dari Oojana Akademi, Puan Jaqueline binti Gontuk (duduk, kanan).

58

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sambal dan pes yang dihasilkan oleh peserta kursus.

Sesi latihan amali di bawah bimbingan Puan Jaqueline.


PROGRAM KURSUS GUBAHAN JAMBANGAN BUNGA 30 September 2023 @ Kg. Inanam Laut, Inanam Program Kursus Gubahan Jambangan Bunga telah diadakan pada 30 September 2023 bertempat di Kg. Inanam Laut, Inanam melibatkan 30 orang peserta.

Para peserta kursus mempraktikkan gubahan jambangan bunga.

Gambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony dan tenaga pengajar, Puan Kee Kamariah binti K. Yusuf (duduk, kiri).

KURSUS PENGHASILAN SAMBAL DAN PES 8 Oktober 2023 @ Kg. Rampayan, Manggatal Kursus Penghasilan Sambal dan Pes yang melibatkan 30 orang peserta telah diadakan pada 8 Oktober 2023 bertempat di Kg. Rampayan, Manggatal.

Gambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony (duduk, tiga dari kiri) dan Jurulatih kursus, Cik Jaquelyne Gontuk (duduk, kiri). Sesi latihan amali memasak sambal dan pes.

KURSUS TANAMAN SACHA INCHI 25 November 2023 @ Kg. Paus, Ranau

Tenaga pengajar, Encik Alfred Korom menyampaikan ceramah mengenai kaedah penanaman sacha inchi.

Kursus Tanaman Sacha Inchi yang melibatkan 27 orang peserta telah diadakan pada 25 November 2023 bertempat di Kg. Paus, Ranau.

Gambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony (duduk, tiga dari kanan), Pemaju Mukim N38 Paginatan, Encik Yasiri bin Bijin (duduk, kiri), Ketua Kampung Paus, Ranau, Encik Piturus Kunsal (duduk, dua dari kiri), Pengusaha Pertanian Sacha Inchi, Datuk William Chiuh (duduk, dua dari kanan) dan Encik Alfred (duduk, kanan).

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

59


PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA PROGRAM MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN 14 Oktober 2023 @ Kg. Panjut, Tuaran Program Membersihkan Tanah Perkuburan yang melibatkan 20 orang peserta telah diadakan pada 14 Oktober 2023 bertempat di Kg. Panjut, Tuaran.

Pegawai Kawasan ZPBS, Encik Mohamad Al Amin bin Abdul Thani (empat dari kanan) menyampaikan peralatan gotong royong kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Panjut, Tuaran, Puan Sairah binti Eyan (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Pemaju Mukim Marabahai, Tuaran, Puan Jessy Chaw (tiga dari kiri).

Gambar bersama peserta gotong royong dan aktiviti gotong royong membersihkan tanah perkuburan Kg. Panjut, Tuaran.

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS 15 Oktober 2023 @ The Gate, Berunggis, Tamparuli Kursus Asas Pertolongan Cemas telah diadakan pada 15 Oktober 2023 bertempat di The Gate, Berunggis, Tamparuli melibatkan 20 orang peserta.

Encik Nasir Ismail (kiri) memberi taklimat dan tunjuk ajar mengenai pertolongan cemas kepada para peserta.

Gambar berkumpulan.

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS 21 Oktober 2023 @ Kg. Suromboton, Tamparuli Kursus Asas Pertolongan Cemas telah diadakan pada 21 Oktober 2023 bertempat di Kg. Suromboton, Tamparuli melibatkan 22 orang peserta.

Sesi latihan amali membalut luka di kepala.

60

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Tenaga pengajar dari St. John Ambulance, Encik Nasir Ismail memberi taklimat mengenai prosedur kecemasan.


ZON PANTAI BARAT UTARA PROGRAM KOMUNITI KRAF Program Komuniti Kraf (PKK) dibawah Program Khas Anak Negeri bagi tahun 2023 telah diadakan bermula pada bulan Ogos hingga Oktober, 2023 anjuran Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Pusat Kraftangan Sabah, Keningau. Sebahagian daripada program ini adalah program promosi dan jualan produk kraf tangan Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) yang telah diadakan pada 30 September hingga 1 Oktober 2023 di tapak tamu Pekan Kota Belud, tapak tamu Pekan Kota Marudu dan tapak tamu Pasar Besar Daerah Kudat. Seramai 15 orang peserta daripada Kampung Marabau, Kota Belud, Kampung Lingkudon, Kota Belud dan Kampung Lompuzau, Matunggong telah menyertai program ini. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkasa aspirasi meningkatkan ekonomi kumpulan sasar dan menggalakkan persaingan secara sihat dalam industri keusahawanan di samping memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah pemasaran produk kraf masing-masing. Program ini juga mendapat kerjasama daripada pejabat Majlis Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Kota Marudu dan Lembaga Bandaran Daerah Kudat dalam penyediaan tapak jualan.

(Dari kanan) Puan Alminah Salikin, Puan Rohana Ajah, Puan Sairah Kasam dan Encik Roslan Aujud @ Rajin mewakili kumpulan peserta sempena program aktiviti promosi dan jualan di Tamu Kota Marudu.

Para pengunjung melawat tapak jualan.

PROGRAM SKIM BANTUAN KHAS (SBK) MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BEG SEKOLAH Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat ZPBU dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, Pejabat Pendidkan Daerah Pitas dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Beg Sekolah. Masjlis penyampaian ini bermula pada 2 Oktober 2023 bertempat di SK Ranau, Kota Marudu yang melibatkan seramai 200 penerima bantuan daripada SK Ranau, SK Ongkilan, SK Tandek dan SK Taritipan. Setiap sekolah diperuntukkan 50 buah beg sekolah kepada murid yang terpilih. Turut hadir ialah wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, Encik Said bin Ambar dan guru besar daripada sekolah yang terlibat.

Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman Haji Samat (tiga dari kiri) menyampaikan beg sekolah kepada salah seorang penerima.

Penerima bantuan beg sekolah daripada SK Ranau Kota Marudu.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

61


Pada 4 Oktober 2023, majlis yang sama telah diadakan di SK Mandurian, Pitas, melibatkan 50 orang pelajar sekolah tersebut. Turut hadir ialah Guru Besar SK Mandurian, Encik Jimin bin Ugah.

Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman (empat dari kanan) menyampaikan beg sekolah kepada salah seorang penerima.

Para pelajar SK Mandurian.

Majlis penyampaian seterusnya berlangsung pada 5 Oktober 2023 bertempat di SK Tun Datu Haji Mustapha, Kudat. Enam buah sekolah iaitu SK Tun Datu Haji Mustapha, SK Muhibbah, SK Matunggong, SK Panudahan, SK Batu Layar dan SK Banggi masing-masing diperuntukkan 50 orang penerima yang terpilih. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kudat, Encik Morsidi Yusof serta guru besar daripada setiap sekolah.

Encik Morsidi Yusof menyampaikan ucapan.

Penerima bantuan beg sekolah daripada SK Tun Datu Haji Mustapha, SK Muhibbah. SK Matunggong, SK Panudahan, SK Batu Layar dan SK Banggi.

Bertempat di SK Liu, Pitas, program penyampaian beg sekolah ini diteruskan pada 10 Oktober 2023 kepada 50 orang murid sekolah tersebut. Turut hadir ialah Guru Besar SK Liu, Encik Gambar@Oyoh bin Wong Ah Kong.

Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman (empat dari kiri) menyampaikan bantuan beg sekolah kepada murid terpilih.

Penerima bantuan beg sekolah daripada SK Liu, Pitas.

62

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Manakala pada 11 Oktober 2023 program ini diadakan di SK Pantai, Pitas. Dalam majlis kali ini, dua buah sekolah iaitu SK Pantai dan SK Dallas yang melibatkan 100 orang murid telah menerima bantuan beg sekolah. Turut hadir ialah Guru Besar SK Pantai, Tuan Haji Thir @ Taib bin Haji Ohsou, Penolong Kanan Pentadbiran SK Pantai, Encik Naybin Majuring dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pantai, Encik Jony Dodong. Sementara itu, SK Dallas diwakili Guru Besar SK Dallas, Encik Abdul Rasad Sadikar,dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Dallas, Encik Azman Mamnu.

Encik Jikim Rumangun mewakili pejabat ZPBU (empat dari kanan) menyampaikan bantuan beg sekolah kepada penerima.

Penerima bantuan beg sekolah daripada SK Pantai dan SK Dallas, Pitas.

Pada 19 Oktober 2023, Majlis Penyampaian Bantuan Beg Sekolah ini berlangsung di Bangunan Gunasama Pejabat Persekutuan Sabah, Kota Belud. Program ini melibatkan 400 orang penerima yang layak daripada lapan buah sekolah di Kota Belud iaitu SK Tamau, SK Nanamun, SK Tempasuk II, SK Menunggui, SK Kuala Abai, SK Dallas, SK Kaung dan SK Rosok. Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Dr. Japran bin Haji Kusin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Encik Laugan Iman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Encik Hafizan bin Madin serta guru-guru besar, penolong-penolong kanan dan guru pengiring daripada 8 buah sekolah tersebut.

Encik Adman (lima dari kiri) menyampaikan bantuan beg sekolah kepada murid SK Menunggui.

Wakil penerima bantuan beg sekolah daripada SK Tamau, SK Nanamun, SK Tempasuk II , SK Menunggui, SK Kuala Abai, SK Dallas, SK Kaung dan SK Rosok.

BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH Program ini diadakan pada 7 hingga 24 Ogos 2023 bertempat di beberapa buah sekolah di sekitar ZPBU. Seramai 280 pelajar daripada 33 buah sekolah menengah ini yang telah mendapat manfaat tajaan BMYS ini merupakan anak ketua isirumah golongan B40. Tajaan BMYS ditawarkan secara one-off dengan kadar RM250 dan dibayar secara tunai kepada setiap pelajar yang terpilih dan bertujuan untuk menampung sebahagian perbelanjaan persekolahan mereka serta membantu meringkan beban kos perbelanjaan ibu bapa pelajar berkenaan. Pegawai penyelaras bagi program ini ialah Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak serta dibantu oleh Encik Fazlan Abdullah dari pejabat ZPBU. Senarai sekolah yang terlibat semasa aktiviti penyampaian BMYS:

Puan Jasinah Kumpit (kiri) dan Puan Siti Norfarah Ishak (kanan) menyampaikan BMYS kepada Pengetuan SMK Arshad Kota Belud, Cikgu Elsie Pius dan disaksikan oleh para penerima.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

63


Puan Jasinah Kumpit menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Taun Gusi Kota Belud, Cikgu Nuzie @ Mohd. Vub GH. Balus dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Guru Biasiswa SMK Tambulion Kota Belud, Cikgu Sulinda Tarintim dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Taun Gusi II Kota Belud, Dr. Dayang Sinar Hj. Igoh dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Agama Tun Said Kota Belud, Ustazah Norimah Sadih dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan HEM SMK Narinang Kota Belud, Cikgu Ahmad Bin Mehat dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan HEM SMK Sikuati II, Kudat, Cikgu Nain bin Mundian dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Usukan Kota Belud, Cikgu Hajral Sekal dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

64

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Guru Biasiswa SMK Tambulion Kota Belud, Cikgu Sulinda Tarintim dan disaksikan oleh para penerima BMYS.


Puan Jasinah Kumpit, Puan Siti Norfarah Ishak dan Encik Fazlan Abdullah menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Kota Marudu II Kota Marudu, Cikgu Morris Kundapit dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Tandek II Kota Marudu Cikgu Mak Yuk Kiew dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Guru Biasiswa SMK Langkon Kota Marudu Cikgu Cyril Sualan dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan HEM SMK Bengkongan Kota Marudu Cikgu Fadzil Tuyundo dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan HEM SMK Kota Marudu, Cikgu Larry Andang dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Guru Biasiswa SMK Tandek Kota Marudu, Cikgu Dayang Khursiah Binti Datu Kadir dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan HEM SMK Tandek Kota Marudu, Cikgu Andarod @ Androd Sadian dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Pita,s Cikgu A. Razak Othman dan disaksikan oleh para penerima BMYS. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

65


Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Guru Biasiswa SMK Pitas II, Pitas dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Pitas, Pitas, Cikgu Richard Samie Kiou dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

66

Puan Jasinah Kumpit menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Kanibongan Pitas, Cikgu Bonar Bin Majangkin dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Lok Yuk, Kudat, Cikgu Hor Chow Wah dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan HEM SMK Telaga, Pitas, Cikgu Kaseren @ Sandora Koten dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan HEM SMK Kudat II, Kudat, Cikgu Kwan Choi Mee dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Guru Biasiswa SMK Bongkol, Pitas, Cikgu Mohd Farudin Ibrahim dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan HEM SM St. Peter, Kudat, Cikgu Atiah Mohamad dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Pengetua SMK Kudat, Kudat, Dr. Hor Chow Wah dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan Hem SMK Abdul Rahim II, Kuda, Cikgu Rossimah Abd. Rashid dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan HEM SMK Abdul Rahim, Kudat, Cikgu Siow On Min dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Penolong Kanan HEM SMK Sikuati, Kudat, Abdul Dahalan bin Amna dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit menyampaikan BMYS kepada Pengetua sekolah SMK Pekan Kota Belud, Cikgu Rosmah Binti Sardik (berbaju biru, bertudung kuning) dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Guru Biasiswa SMK Matunggong, Kudat, Cikgu Damit Jaafar dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Guru Biasiswa SMK Pinawantai, Kudat, Cikgu Calvin bin Mojuntin dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Puan Jasinah Kumpit dan Puan Siti Norfarah Ishak menyampaikan BMYS kepada Guru Biasiswa SMK Banggi, Kudat, Cikgu dan disaksikan oleh para penerima BMYS. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

67


ZON PEDALAMAN SELATAN PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN CALON SPM TAHUN 2023 SMK MEMBAKUT Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pedalaman Selatan telah melaksanakan Program Intelek Minda, Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bagi Calon SPM Tahun 2023 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut.

Bengkel Teknik Menjawab soalan subjek Matematik dikendalikan oleh Encik Lain Kok Chung.

Pegawai Pelaksana Program Pejabat ZPS, Puan Latipah Haji Khamis (tiga dari kiri) menyampaikan penghargaan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort, Tuan Haji Lil Kiplee bin Kadir.

dikendalikan oleh Encik Mohd Nizam bin Awang Maslien.

Pengetua SMK Membakut, Tuan Matrudin bin Radin menyampaikan penghargaan kepada Pegawai Pelaksana Program Pejabat ZPS, Puan Latipah Haji Khamis.

Bengkel Teknik Menjawab soalan subjek Sejarah dikendalikan oleh Encik Asbar bin Baba.

Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort, Tuan Haji Lil Kiplee bin Kadir menyampaikan penghargaan kepada Penceramah bagi Subjek Bahasa Malaysia, Encik Shamsudin bin Ngadiran.

Sesi bergambar bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM CALON SPM TAHUN 2023 DAERAH SIPITANG

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pedalaman Selatan telah melaksanakan Program Intelek Minda, Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM bagi Calon SPM Tahun 2023 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II Daerah Sipitang pada 19 September 2023.

Encik Raymond Dugoh@ Dugok mengendalikan Bengkel teknik menjawab soalan bagi subjek Sejarah.

68

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sesi bergambar beramai-ramai bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II.


PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM & SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) Program yang dikendalikan oleh Penceramah, Encik Norhasdi bin Hasan ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar agar sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam akademik.

Encik Norhasdi bin Hasan, selaku penceramah jemputan menyampaikan Ceramah Motivasi Kecemerlangan.

Sesi bergambar beramai-ramai bersama pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Islamiah, Papar.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI BEAUFORT (SMAN) Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pembentukan sahsiah diri seperti pengukuhan akademik dan ketahanan mental serta menguasai teknik menjawab soalan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengetua SMAN Beaufort, Ustaz Jalaludin Haji Kadir menyampaikan ucapan.

Penyampaian sijil kepada salah seorang pelajar program motivasi.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM Seramai 104 orang pelajar tingkatan 6 SMK Kuala Penyu menghadiri program ini. Antara pengisian program ini ialah taklimat ringkas mengenai pengajian di UCSF, KTYS dan penerangan mengenai tajaan pengajian Kumpulan Yayasan Sabah. Di samping itu, turut diadakan ceramah motivasi bertajuk “Growth Mindset” yang disampaikan oleh Dr. Jailani bin Haji Edris. Sesi ceramah motivasi.

Sesi gambar berkumpulan. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

69


PROGRAM SKIM BANTUAN KHAS (SBK) PENYAMPAIAN SBK, TAHUN 2023 @ Dewan Terbuka SK Saga-Saga, Membakut Penerima SBK ini, melibatkan empat buah sekolah rendah iaitu SK Saga-Saga, SK Kg. Brunei, SK Pengiran Jaya dan SK Binsulok. Seramai 100 orang murid menerima SBK. Program ini dirasmikan oleh Encik Ibrahim bin Terki, Pegawai Daerah Membakut mewakili YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.

Salah seorang penerima SBK, daripada SK Saga-Saga, Membakut.

Gambar kenangan para murid-murid penerima Skim Bantuan Khas (SBK) bersama guru-guru dan tetamu kehormat.

PENYAMPAIAN SBK, TAHUN 2023 27 Oktober 2023 @ Dewan Terbuka SK Kebatu, Beaufort Pejabat Zon Pedalaman Selatan, Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan Program Penyampaian SBK bagi tahun 2023 pada 27 Oktober 2023 di Dewan Terbuka SK Kebatu, Beaufort. Penerima SBK ini melibatkan 3 (tiga) buah sekolah rendah iaitu SK Kebatu, SK Takuli dan SK Pintas. Seramai 100 orang murid penerima SBK ini melibatkan golongan miskin tegar B40. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Isnin bin Aliasnih @ Liasnih, Pembantu Menteri I, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Merangkap ADUN N32 Klias. YB Datuk Isnin sedang menyampaikan bantuan kepada penerima.

PENYAMPAIAN SBK, TAHUN 2023 1 November @ Dewan Terbuka SK Pekan Bongawan Penerima-penerima SBK ini melibatkan SK Pekan Bongawan untuk 100 orang murid. Objektif program ini dapat membantu meringankan beban kos perbelanjaan bagi keluarga murid yang kurang berkemampuan. Program ini dirasmikan oleh Encik Zulkhairi Haji Ismail, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon (KPPZ).

Encik Zulkhairi menyampaikan sumbangan kepada salah satu penerima SBK.

Gambar kenangan para murid penerima SBK bersama rombongan staf Kumpulan Yayasan Sabah serta guru-guru. 70

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PENYAMPAIAN SBK, TAHUN 2023 2 November @ Dewan Terbuka SK Benoni Melalui Pejabat Zon Pendalaman Selatan, Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan Program Penyampaian SBK 2023 yang telah diadakan di Dewan terbuka SK Benoni pada 2 November 2023. Penerima SBK ini melibatkan sebuah sekolah rendah iaitu SK Benoni. Seramai 100 orang murid penerima daripada golongan B40 miskin tegar SBK ini. Program ini dirasmikan oleh Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon (KPPZ). Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Encik Suzlan Suhaili, guru-guru SK Benoni dan juga kakitangan Kumpulan Yayasan Sabah.

Gambar kenangan para murid-murid penerima SBK bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah, guru-guru dan tetamu kehormat.

PENYAMPAIAN SBK, TAHUN 2023 15 November @ Dewan Terbuka SK Mandalipau, Papar Penerima SBK ini, melibatkan tiga buah sekolah rendah iaitu SK Mandalipau, SK Kogopon dan SK Kaiduan. Seramai 100 orang murid penerima SBK daripada golongan keluarga miskin tegar B40. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Juil Nuatim, ADUN N27 Limbahau.

Gambar kenangan para murid-murid penerima SBK tahun 2023 bersama guru-guru dan tetamu kehormat.

YB Datuk Juil Nuatim menyampaikan sumbangan kepada para penerima.

PENYAMPAIAN SBK, TAHUN 2023 16 November @ Bilik Makmal Mendulong, Sipitang Penerima SBK ini melibatkan dua buah sekolah rendah iaitu SK Mendulong dan SK Long Pasia, Sipitang. Seramai 100 orang murid penerima SBK ini daripada golongan miskin tegar yang terpilih untuk menerima SBK ini. Program ini dirasmikan oleh Puan Nurfasiha binti Masri, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, mewakili Encik Awang Raimy bin Pengiran Abdul Rahman, Pegawai Daerah Sipitang.

Gambar kenangan para murid-murid penerima SBK tahun 2023 bersama guru-guru. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

71


PENYAMPAIAN SBK, TAHUN 2023 21 November @ SK Kawang, Papar Penyerahan bantuan disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Setiap murid mendapat satu set barangan peralatan sekolah iaitu beg sekolah, buku latihan dan alat-tulis. “SBK merupakan usaha Kumpulan Yayasan Sabah untuk menokok tambah usaha kerajaan dalam membantu mengurangkan beban keluarga pelajar daripada golongan B40 serta ibu bapa penerima bantuan e-kasih menerusi pemberian bantuan sokongan pembelajaran,” demikian menurut Dato’ Sri Haji Gulamhaidar. Pada majlis tersebut, seramai 100 orang murid SK Kawang telah menerima set barangan keperluan sekolah. Setakat ini, Kumpulan Yayasan Sabah melalui Zon Pedalaman Selatan telah menyumbang bantuan ini kepada seramai 900 orang murid telah mendapat SBK dan SK Kawang, Papar merupakan sekolah yang terakhir menerima SBK untuk tahun 2023.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan ucapan.

Beliau turut menasihati murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan cemerlang bagi membantu mereka memohon pelbagai tajaan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Kumpulan Yayasan Sabah. Sehingga tahun 2022, Kumpulan Yayasan Sabah telah membelanjakan RM122 juta bagi memberikan 79,221 orang pelajar tajaan di peringkat sekolah menengah. Turut hadir Setiausaha Sulit kepada Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas, Encik Roslie bin Haji Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Encik Bakri bin Sudin, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Guru Besar, SK Kawang, Encik Sapli bin Haji Abdul Malik, warga pendidik dan pegawaipegawai Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar beramah-mesra bersama murid-murid SK Kawang.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (enam dari kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang murid SK Kawang. Disaksikan oleh Encik Bakri (lima dari kanan), Encik Sapli (empat dari kanan), Encik Roslie (tiga dari kanan) dan Encik Zulkhairi (lima dari kiri).

Gambar berkumpulan bersama para penerima SBK SK Kawang, Papar. 72

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


ZON PANTAI TIMUR SELATAN PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA KARNIVAL STEM PERINGKAT SK SEPAGAYA 27 September 2023 @ SK Sepagaya, Lahad Datu Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) anjuran ZPTS bertujuan untuk melonjakkan pencapaian pelajar generasi muda dan mampu memupuk minat mereka dalam bidang berkenaan. STEM perlu dipromosi untuk menjadi pilihan pelajar yang mempunyai kecenderungan kepada pembelajaran berteraskan kemahiran. Pada masa kini, permintaan kemasukan dalam bidang kemahiran telah meningkat kerana masyarakat sudah mula mengalihkan perspektif mereka ke arah kemahiran sebagai laluan yang terbaik untuk masa depan. Secara tidak langsung, STEM juga dapat memupuk semangat berinovasi dalam diri para pelajar serta memberikan inspirasi dalam menghadapi cabaran revolusi industri 4.0 (IR 4.0). Seramai 180 orang pelajar telah menyertai karnival STEM yang diadakan pada 27 September 2023 di SK Sepagaya, Lahad Datu.

Puan Khajijah (kanan) mencuba kerja kursus yang dihasilkan oleh salah satu kumpulan pelajar SK Sepagaya.

Para pelajar yang menyertai karnival ini.

PROGRAM TEKNIK PEMBELAJARAN BERKESAN DAN MOTIVASI PELAJAR SPM 29 September 2023 @ SMK Segama, Lahad Datu Seramai 184 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Program tersebut bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar mengenai sahsiah diri seperti pengukuhan akademik dan ketahanan mental serta teknik-teknik menjawab soalan SPM. Encik Saharudin bin Landide daripada Pejabat Pendidikan Lahad Datu telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbir ZPTS, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin.

Para pelajar SMK Segama.

Puan Khajijah (lima dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Saharudin (dua dari kanan). Turut dalam gambar ialah Pegawai Tadbir Kanan ZPTS, Encik Abdul Kadir bin Tahir (kanan).

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

73


PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI KURSUS ASAS PERSOLEKAN 20 September 2023 @ Dewan Perdana, Lahad Datu Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kg. Sepagaya telah menyertai kursus asas persolekan yang dianjurkan oleh ZPTS bersama jurusolek Lahad Datu, Cik Elma Awirah Ezin. Kursus ini telah dijalankan secara fizikal dan peserta telah didedahkan dengan cara penjagaan kulit wajah yang betul. Selain itu, sesi kecantikan diadakan secara praktikal, manakala sesi alat solek diadakan secara teori dan praktikal. Terdapat juga sesi praktikal untuk penjagaan wajah dan alat solek. Para peserta yang menyertai kursus ini.

KURSUS ASAS MEMBUAT ROTI 25 September 2023 @ Kg. Terusan, Lahad Datu Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Kg. Terusan menyertai kursus asas membuat roti anjuran ZPTS yang diketuai oleh tenaga pengajar, Puan Jenny John. Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran peserta menghasilkan roti diperingkat asas. Peserta didedahkan dengan pengenalan kepada peralatan yang digunakan untuk pembuatan roti, teknik membancuh dan menguli serta membakar produk roti yang berkualiti.

Sesi pembuatan roti.

Gambar berkumpulan.

KURSUS ASAS MEMBUAT TART TELUR DAN KEJU 26 September 2023 @ Kg. Tamoi Lama, Lahad Datu Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Kg. Tamoi Lama yang dianjurkan oleh ZPTS yang diketuai oleh tenaga pengajar, Puan Jenny John. Para peserta diberi tunjuk ajar dengan sukatan yang betul bagi menghasilkan tart cheese dan tart telur yang berkualiti dari segi rasa dan rupa. Kursus kemahiran ini juga merupakan salah satu platform untuk memperbanyakkan lagi usahawan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Sesi pembuatan tart telur dan keju.

Gambar berkumpulan peserta bersama Puan Khajijah dan Puan Jenny John.

KARNIVAL MINI USAHAWAN IKS DAN KRAFTANGAN 2023 27 - 28 Oktober 2023 @ Atrium Ground Floor, Eastern Plaza Tawau Karnival tersebut memfokuskan kepada membantu para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan usahawan kraf tangan khususnya di kawasan daerah Tawau, Kunak dan Semporna bagi memasarkan hasil produk perniagaan sekali gus merancakkan lagi aktiviti perniagaan mereka. Selain itu, penganjuran karnival mini ini juga merupakan salah satu komitmen serta apresiasi Kumpulan Yayasan Sabah terhadap sumbangan serta sokongan komuniti kepada penjaja dan peniaga kecil khususnya di Sabah dalam konteks IKS kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sebanyak 35 usahawan telah menyertai karnival ini dan dianggarkan seramai 500 ke 1,000 orang pengunjung yang datang memeriahkan karnival tersebut. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbir ZPTS, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin. 74

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Suasana sepanjang karnival berlangsung.

Puan Khajijah (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah satu peserta usahawan. Turut dalam gambar ialah Pegawai Tadbir Kanan ZPTS, Encik Abdul Kadir bin Tahir (dua dari kiri).

BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH Pejabat nZPTU, Tawau telah mengadakan penyerahan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) di 12 buah sekolah menengah di sekitar daerah Kalabakan dan Tawau. Program ini diadakan pada bulan September dan Oktober 2023. Seramai 92 orang pelajar sekolah menengah ini yang telah mendapat manfaat tajaan BMYS ini dan melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM23,000. Tajaan BMYS ditawarkan secara one-off dengan kadar RM250 dan dibayar secara tunai kepada setiap pelajar yang terpilih dan bertujuan untuk menampung sebahagian perbelanjaan persekolahan mereka serta membantu meringkan beban kos perbelanjaan ibu bapa pelajar berkenaan.

SM Holy Trinity.

SM St. Patrick.

SMK Umas-Umas.

SM Konven St.Ursula.

SMK Abaka. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

75


SMK Pasir Putih.

SMK Kuhara.

SMK Wallace Bay. SMK Tawau.

SM Islamiah.

SMK Kalabakan.

SMK Merotai Besar.

PROGRAM YAYASAN SABAH BERSAMA RAKYAT BAIK PULIH SURAU 9 September 2023 @ Surau Al Majid Kg. Sungai Tohok, Semporna Penyerahan projek baik pulih surau iaitu tempat ambil air sembahyang di bawah program Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) di Surau Al Majid Kg. Sungai Tohok, Semporna.

Kawasan tempat ambil wudhu.

76

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Lawatan ke tapak surau.

Ketua Pentadbir ZPTS, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin (tiga dari kiri) menyampaikan surat penyerahan baik pulih surau kepada Pengerusi Surau, Encik Pakir bin Salleh (dua dari kanan).


ZON PANTAI TIMUR UTARA PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA PROGRAM HALATUJU SELEPAS STPM 9 November 2023 @ Dewan Masyarakat Sandakan

Seramai 300 orang pelajar Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, Sandakan telah menghadiri program ini. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang tatacara permohonan UPU, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Pusat Latihan Kemahiran dan sebagainya. Selain itu, bagi menyampaikan maklumat tentang jenis-jenis tajaan,biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan daripada pelbagai agensi khususnya Kumpulan Yayasan Sabah serta membuka minda pelajar agar lebih peka dalam memilih bidang yang ingin dipelajari bersesuaian dengan keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Pegawai Kanan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Encik Mohd. Salim bin Japaran (kanan) menyampaikan taklimat mengenai tajaan dan pinjaman pengajian Kumpulan Yayasan Sabah.

Pensyarah, Kolej Politeknik Sandakan, Puan Siti Safiah Madri (kanan) menyampaikan taklimat mengenai cara membuat resume dan persediaan untuk temu duga.

Selain itu, program ini diserikan dengan caracara menghasilkan ‘Impressive Resume’ untuk permohonan kerja atau temu duga kemasukan IPTA dan memperkenalkan ‘Tips & Tricks’ ketika menghadiri sesi temu duga.

Gambar berkumpulan bersama peserta program.

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN SPM 2023 17 November 2023 @ SMK Sukau, Kinabatangan

Sebahagian pelajar yang mengikuti ceramah.

Gambar berkumpulan pelajar SMK Sukau.

Sesi ceramah.

Seramai 102 orang pelajar akan menduduki peperiksaan SPM 2023 telah hadir untuk mengikuti ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Penceramah Motivasi, Tuan Malin bin Manni. Objektif ceramah ini adalah untuk mendedahkan peserta bagaimana meningkatkan motivasi dan kemahiran pengurusan diri, masa serta teknik belajar yang berkesan dan untuk memberi pendedahan kepada pelajar teknik pengurusan masa/diri sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

77


PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI KURSUS KEMAHIRAN MEMBUAT GUBAHAN COKLAT DAN BUNGA (BOUQUET) 2 November 2023 @ Dewan Kg. Kokos, Paitan Seramai 26 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang dikendalikan oleh Momento Feliz (florist, ballon and décor). Melalui kursis ini, para peserta diberikan tunjuk ajar mengenai teknik gubahan coklat dan bunga mengikut kreativiti masing-masing. Para peserta mempraktikkan gubahan coklat dan bunga.

Gambar berkumpulan.

Hasil gubahan coklat dan bunga yang dihasilkan oleh para peserta.

KURSUS ASAS MEMBUAT TART CHEESE DAN TART TELUR 16 November 2023 @ Dewan Kg. Kokos, Paitan Seramai 21 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang terdiri daripada penduduk di sekitar kampung dan merupakan hasil kerjasama dengan Feyra Bakery & Café Sandakan. Melalui kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar dengan sukatan yang betul bagi menghasilkan tart cheese dan tart telur yang berkualiti dari segi rasa dan rupa. Peserta kursus juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugas yang berbeza. Pada kursus ini para peserta berjaya menghasilkan 200 biji tart cheese dan 50 biji tart telur.

Sesi membuat tart cheese. Sesi membuat tart telur.

78

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Gambar berkumpulan.

Hasil tart cheese dan tart telur oleh para peserta.


PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA PROJEK BANTUAN PRASARANA KOMUNITI BAIK PULIH JAMBATAN 14-18 Ogos 2023 @ Kg. Semawang, Sandakan Program Bantuan Prasarana Komuniti Baik Pulih Jambatan melegakan penghuni kawasan tersebut yang menghadapi masalah menyeberangi jambatan usang. Penduduk kampung yang telah mendapat manfaat daripada projek ini menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas bantuan yang diberikan. Projek ini merupakan salah satu usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam menokok tambah usaha kerajaan bagi memberi bantuan dan keselesaan tempat tinggal kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Keadaan jambatan sebelum (kiri) dan selepas (kanan) di Kg. Semawang, Sandakan.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI KAMPUNG ULU SAPI, TELUPID 29 Oktober 2023 @ Masjid Darul Iman Kursus yang dihadiri 32 orang peserta ini disampaikan oleh tenaga penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) daerah Beluran, Puan Kutinawati binti Sandakong dan Puan Rosnah Ahmad. Pengajuran kursus ini adalah untuk membimbing dan meningkatkan kefahaman peserta mengenai cara-cara menguruskan jenazah wanita. Program ini dilaksanakan agar dapat melahirkan generasi muda khususnya wanita di kampung Ulu Sapi yang mempunyai pengetahuan dalam menguruskan jenazah. Hal ini kerana penduduk kampung ini tidak mempunyai pewaris yang berpengalaman dalam menguruskan jenazah wanita di kawasan tersebut dan sekitarnya. Pengurusan jenazah secara amali.

PROGRAM KENDURI SEKAMPUNG DAN CERAMAH UMUM MAULIDUR RASUL 1445H 19 November 2023 @ Masjid Nur Iman, Kg. Gomantung Jaya

Ustaz Mohamad Sufan menyampaikan ceramah.

Gambar berkumpulan.

Seramai 160 orang penduduk di sekitar Kg. Gomantung, Kinabatangan telah menghadiri program ini. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Belia USIA Bahagian Sandakan merangkap Guru Besar, Sekolah Agama Negeri Kilometer 2, Sandakan, Ustaz Mohamad Sufan bin Bahrin.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

79


Anugerah

JASAMU DIKENANG ABD. KARIM BIN KASIL Pemandu Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar (Kawasan Konservasi Lembah Danum), Lahad Datu ABDUL WAHAB ABDUL LATIP Pengurus Perhutanan Bahagian Perhutanan, Tawau

“Saya memulakan perkhidmatan di Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Oktober 1985 setelah menamatkan pengajian di salah sebuah universiti tempatan. Saya juga merupakan salah seorang pelajar yang mendapat pembiayaan pendidikan daripada Kumpulan Yayasan Sabah pada ketika itu. Kini saya telah berkhidmat selama 38 tahun bersama dengan organisasi ini.

“Syukur alhamdulillah tidak terasa 34 tahun berlalu saya bersama dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Saya mula bekerja pada 1 Julai 1989 sebagai Pembantu Penyelidik dan pada tahun 2004 saya bertugas sebagai pemandu sehingga saya bersara.

Sepanjang berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, ia banyak mengubah, memperbaiki dan meningkatkan corak ekonomi kehidupan saya menjadi lebih baik dan terjamin.

Aspek terbaik selama bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah mendapat dan menimba pengalaman dengan mengenal pelbagai bangsa sama ada dengan rakan sekerja mahupun dengan pelancong-pelancong luar dan dalam negeri yang datang membuat kajian atau melawat Lembah Danum. Selama saya bertugas dengan Kumpulan Yayasan Sabah aspek yang paling sukar adalah apabila ditugaskan untuk mengambil atau menghantar pelawat dalam keadaan jalan tanah runtuh untuk mengejar masa penerbangan.

Bersesuaian dengan visi “Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin”, Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan pekerja serta pembayaran gaji yang konsisten.

Syukur alhamdulillah dengan semangat berani serta berkat kesabaran semuanya saya dapat lalui dengan baik. Rancangan semasa persaraan, saya akan berehat dan mengerjakan kebun.

Pengalaman sepanjang berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah ketika menjalankan kerja-kerja inventori pokok di dalam hutan belantara. Kesukaran yang dialami saya adalah pada ketika jalan raya belum dibina dan terpaksa berjalan kaki selama dua hari menuju destinasi. Laluan yang mencabar seperti merentasi sungai, jalan berbukit-bukau serta permatang perlu diharungi bersamasama barang keperluan kerja seperti peralatan perkhemahan dan bekalan makanan selama 25 hari perjalanan di dalam hutan.

Tentunya apabila bersara saya akan merindui rakan-rakan seperjuangan yang sudah seperti keluarga saya sendiri, di saat-saat suka duka, susah senang bersama semasa menjalankan tugas di Lembah Danum. Kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika bekerja adalah menerima kunjungan hormat daripada tetamu kehormat di Kawasan Konservasi Lembah Danum. Akhir sekali nasihat saya kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah, jagalah kesihatan, bekerja dengan amanah dan berikan perkhidmatan setimpal dengan kemampuan kita.”

Saya belum ada sebarang perancangan khusus bagi mengisi masa lapang selepas saya bersara. Akan tetapi, saya pasti akan lebih banyak meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Bekerja sebagai satu pasukan dalam satu keluarga yang besar di bawah payung Kumpulan Yayasan Sabah merupakan aspek yang akan diingati oleh saya kerana setiap tugasan menjadi mudah dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh ketua dan staf di bawah jagaan saya. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah hampir dihempap oleh dahan pokok yang besar semasa saya sedang tidur ketika sedang melakukan kerja-kerja inventori hutan. Nasihat saya kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah, bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan rasa gembira tanpa ada perasaan terpaksa kerana ianya akan memberikan 80

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

hasil kerja yang berkualiti dan tekanan di tempat kerja dapat dihindarkan. Bekerja sebagai satu keluarga, bersikap jujur, amanah dan berdedikasi juga merupakan amalan mulia demi menjayakan dasar dan rancangan yang telah diatur oleh pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah. Kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah pula, terus mengamalkan pengurusan yang cekap dan berintegriti serta bersikap adil tanpa mengira latar belakang. Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus bangun dan kembali ke era kegemilangan seperti suatu ketika dahulu demi pembangunan anak bangsa rakyat Sabah seiring dengan pembangunan Malaysia Madani.”


BERNARD DUNSTAN Kerani Kanan Bahagian Perhutanan, Keningau ABD. KADIR TAHIR Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Zon Pantai Timur Selatan (Tawau) “Saya mula berkhidmat Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 April 1987 sebagai Kerani Am (Pembantu Tadbir) yang dikenali sebagai Rakyat Bersatu Sdn. Bhd. ketika itu. Saya bertugas dan ditempatkan di Pejabat Luar Yayasan Sabah Daerah Lahad Datu. Pada tahun 1989, perkhidmatan saya dari Rakyat Bersatu Sdn. Bhd. (anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah) telah diserapkan sepenuhnya ke dalam Skim Perkhidmatan Yayasan Sabah. Saya juga telah diberi peluang untuk dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Kawasan pada tahun 1996 di tempat yang sama. Manakala pada tahun 2003, saya menjawat jawatan sebagai Pegawai Kawasan semasa bertugas di Pejabat Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Utara (Sandakan). Kini, jawatan sebelum bersara, saya adalah sebagai Pegawai Tadbir Kanan di Pejabat Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Selatan (Tawau). Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah ialah dapat menyumbang tenaga, bakti dan perkhidmatan kepada masyarakat sebagai sebuah agensi badan berkanun negeri berasaskan objektif penubuhan Yayasan Sabah untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat selari dengan peranan pejabat zon. Sebenarnya tidak banyak perkara yang sukar ketika bertugas dengan Kumpulan Yayasan Sabah, yang penting sekali perlu ada keyakinan diri, komitmen serta mengikuti garis panduan kerja berasaskan arahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Pengurusan. Rancangan semasa persaraan, saya ingin mengambil peluang untuk mengurus serta membantu keluarga di samping bercadang untuk berkecimpung dalam bidang tertentu yang dapat membantu menyara kehidupan serta ekonomi keluarga. Aspek yang dirindui ketika bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah ialah apabila mendapat sokongan serta kerjasama daripada individu ataupun kerja secara berpasukan dalam menjalankan sesuatu arahan dan tugasan.

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Mei 1989. Bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah yang terbaik kerana kemudahan perkhidmatan klinik, cuti serta gaji dan kebajikan staf sentiasa terjaga dan organisasi amatlah membantu dalam kehidupan. Bagi saya selama bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah berkat kesabaran, kecekalan dan komited dengan kerja, saya tidak pernah mengharungi kesukaran semasa bertugas. Rancangan saya setelah bersara wajib nanti ialah untuk balik ke kampung berehat serta menjaga kebun dan ingin menyertai mana-mana badan kemasyarakatan. Aspek-aspek yang amat saya rindui bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah adalah tugasan harian yang siap dilaksanakan tanpa kesilapan yang mana memberikan kepuasan hati. Selain itu senda gurau rakan-rakan sekerja juga akan saya rindui. Saat yang tidak akan dilupai ketika bertugas dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah seluruh warga kerja Bahagian Perhutanan Keningau bekerja keras untuk membuat persiapan bagi mencapai Pensijilan MS ISO, Pensijilan Hutan dan juga apabila memenangi Anugerah Kecemerlangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat nasional sebanyak sembilan kali. Kepada semua warga serta Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, nasihat saya supaya terus berbakti dengan penuh tanggungjawab serta berintegriti supaya Kumpulan Yayasan Sabah akan terus relevan kepada seluruh rakyat Sabah.”

Secara peribadi, saya ingin menasihati diri saya serta rakan seperjuangan yang masih berkhidmat dengan kumpulan Yayasan Sabah ialah agar bersama-sama komited, memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mematuhi peraturan semasa menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan serta berikanlah sokongan penuh terhadap inisiatif yang telah dirancang oleh pihak Pengurusan. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

Saat yang tidak akan dilupai ketika bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah, apabila terpilih mengikuti Program Lawatan Sambil Kerja (LASAK) ke Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand serta pengalaman selama tiga tahun mengikut pengajian sepenuh masa ke Universiti Sains Malaysia.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

81


BASIL DEWAY W.M. TELADO Pengurus Perkhidmatan Teknikal Bahagian Perhutanan, Kota Kinabalu

BADARIAH BINTI ISMAIL Pegawai Tadbir Bahagian Pembangunan Pendidikan

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 4 Mac 1981 di Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. Sepanjang bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah, banyak saya peroleh seperti peluang untuk melanjutkan pengajian atau kerjaya. Saya berkesempatan menyertai kursus-kursus yang berkaitan dengan tugasan saya seperti perhutanan, pengukuran tanah dan Geographic Information System (GIS) di samping kursus-kursus menambahbaik dalam hal pengurusan tugasan, delegasi dan sebagainya.

“Saya mula berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Jun 1984 di Bahagian Pembangunan Pendidikan selama 39 tahun 2 bulan. Selama bertugas di sini, saya sangat bersyukur atas keprihatinan Kumpulan Yayasan Sabah terutamanya dari segi kebajikan staf kerana menyediakan kemudahan subsidi perumahan, rawatan perubatan, peluang melanjutkan pelajaran dan sistem persaraan yang baik.

Pengalaman kerja yang saya tidak dapat lupakan adalah ketika bertugas di Bahagian Perhutanan, Unit Ukur Wilayah Tawau sebelum ditukarkan ke Unit Perkhidmatan Teknikal, Kota Kinabalu. Saya turut diberikan tugasan di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara atau Kuamut (Kawasan Konsesi Yayasan Sabah) dan menyiapkan pengukuran blok kup untuk tujuan pembalakan. Ketika itu, kawasan tersebut tidak mempunyai jalan dan kenderaan lain juga tidak dapat memasuki kawasan itu. Pasukan ukur yang diketuai oleh saya terpaksa berjalan kaki menempuh hutan yang jauh hanya berbekalkan makanan yang cukup untuk sebulan atau dua bulan sahaja. Ia benar-benar mencabar keupayaan saya dalam membuat perancangan kerja pengukuran sebelum kerja tersebut selesai. Saya berhasrat untuk melancong ke beberapa buah negara sekitar Asia Tenggara selepas bersara kelak di samping melibatkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Sifat kekeluargaan yang diberikan oleh rakan setugas sepanjang bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah akan selalu saya kenang. Saya ingin berkongsi nasihat agar semua warga Kumpulan Yayasan Sabah bekerja dengan penuh dedikasi, fokus dengan arahan yang diberikan dan bertanya apabila kurang faham. Pihak Pengurusan pula perlu bersikap toleransi, memahami staf bawahan dari segi kredibiliti mereka, memberi bimbingan kepada mereka yang masih lemah dalam tugasan dan sentiasa bekerja sebagai satu pasukan.”

82

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sudah pasti, saya akan merindui ruang kerja dan temanteman yang banyak membantu saya selama bersama Kumpulan Yayasan Sabah. Prinsip bekerja dengan penuh amanah, tekun dan komited diiringi dengan rakan kerja berpasukan dan sporting menjadikan tugasan yang sukar menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Saya juga bersyukur kerana masih berpeluang mewakili Kumpulan Yayasan Sabah pada Pesta Sukan Antara Yayasan-Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-14 yang berlangsung pada 10 hingga 19 Februari 2023 di Kuching, Sarawak. Saya bangga kerana pasukan kami, dart wanita berjaya membawa pulang satu pingat perak. Kepada staf yang masih berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah, sayangilah organisasi kita ini dan berkhidmatlah dengan penuh dedikasi dan integriti. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”


INNE SIPAUT @ ANNIE Pegawai Tadbir, Unit Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB)

JUONITA DAHU @ DUHU Penolong Pegawai Pelajaran Bahagian Pembangunan Pendidikan

“Saya mula berkerja di Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1985. Pada pendapat saya, salah satu aspek terbaik berkerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah ialah kemudahan rawatan awal yang telah disediakan. Antara aspek yang paling sukar pula ialah komunikasi di antara pegawai atasan dan bawahan. Saya percaya bahawa komunikasi yang bagus antara pegawai mampu diperbaiki lagi dan lebih terbuka untuk bekerjasama agar perhubungan sesama staf lebih harmoni.

“Saya mula bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 31 Januari 1989 sebagai Penolong Pegawai Pelajaran.

Rancangan bersara saya adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta. Sudah pasti, saya rindu untuk meluangkan masa bersama-sama dengan bekas rakan-rakan sekerja saya. Antara kenangan yang saya tidak akan lupa semasa bekerja ialah pada tahun 1994 iaitu kejadian gempa bumi di mana gegarannya boleh dirasa sehingga ke bangunan Menara Tun Mustapha. Saya bekerja pada ketika itu dan dalam keadaan cemas saya bergegas turun mengikut tangga dari tingkat 20 sehingga ke podium ketika anak pertama saya masih dalam kandungan. Nasihat saya kepada semua warga dan pihak Pengurusan ialah kita harus sentiasa berfikiran positif dan saling menghormati satu sama lain tanpa mengira jawatan.”

Saya bersyukur dan bangga dapat bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah kerana saya telah memperoleh banyak ilmu dan pengalaman sepanjang 34 tahun berkhidmat. Aspek paling sukar cuma ketika diadakan Skim Pemisahan Sukarela pada tahun 2003. Rancangan semasa persaraan, saya akan melibatkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan di kampung halaman. Aspek yang dirindui adalah kawan-kawan yang masih berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah dan bangunan Menara Tun Mustapha yang berdiri megah dan unik. Saat-saat yang tidak dapat dilupakan ialah ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan Yayasan Sabah. Nasihat untuk semua warga serta pihak Pengurusan agar terus bekerja keras, dedikasi, bertanggungjawab dan jujur semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju menjadi kebanggaan rakyat Sabah dan menjadi sebuah organsasi yang terbaik di Malaysia.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

83


IRENE VUNG Pengurus Bahagian Pembangunan Pendidikan “Sejarah saya dengan Kumpulan Yayasan Sabah bermula pada bulan Ogos tahun 1981 apabila diterima menjadi salah seorang pelatih di Bahagian Perkhidmatan Ambulans. Dipendekkan cerita, pada 15 November 1993, saya mula berkhidmat di Bahagian Pembangunan Pendidikan (BPP) sehingga menjawat jawatan terakhir sebagai Pengurus di Unit Tajaan Pinjaman Pentadbiran dan Kewangan. Aspek yang terbaik berkerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk mencapai objektif yang ditetapkan Kumpulan Yayasan Sabah. Organisasi ini telah membantu ramai masyarakat khususnya penduduk Sabah dalam menaiktaraf tahap pendidikan mereka termasuklah anakanak saya dan diri saya sendiri. Dalam menjalankan tugas, aspek yang paling menyukarkan, antaranya ialah semasa membangunkan sistem pangkalan data BPP “Education Management Information System” (EMIS) dalam menangani masalah pengurusan data yang semakin meningkat setiap tahun dan penyelarasan akaun di antara BPP dan Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB). Semasa persaraan kelak saya bercadang untuk melancong bagi melihat gaya kehidupan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan penduduk setempat. Saya juga suka berkebun, walaupun dalam keluasan yang kecil namun aktiviti ini membuat hati jadi tenang, apatah lagi melihat kehijauan pokok buah-buahan hasil titik peluh sendiri. Pada masa yang sama, saya akan mengisi lebih banyak masa bersama keluarga tersayang. Jika masa dan kesihatan mengizinkan saya juga akan bergiat aktif dalam Persatuan Marudu Bay Homestay, Kota Marudu yang telah saya sertai sejak tahun 2015 lagi. Antara perkara yang akan saya rindui bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah aktiviti-aktiviti yang melibatkan tugas-tugas di luar pejabat. Suasana kerjasama

84

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

dan sokongan padu daripada rakan sekerja dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang antara memori indah yang sentiasa dalam ingatan saya. Bersukan adalah salah satu aktiviti kegemaran saya untuk mengurangkan tekanan kerja di samping memotivasikan diri. Sejak awal lagi saya telah banyak menyertai pertandingan acara sukan yang dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dan saya bersyukur kerana berpeluang mewakili Kumpulan Yayasan Sabah di PESADA dan PESAYA. Melalui aktivitiaktiviti ini, saya berpeluang melawat hampir ke semua negeri-negeri yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Saya sangat seronok dapat memainkan peranan sebagai salah seorang atlet Kumpulan Yayasan Sabah bersama rakanrakan pasukan. Inilah yang sentiasa menjadi kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Nasihat saya kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah, be responsible, be trustworthy, give your true commitment and don’t procrastinate your work. Saya sangat berterima kasih dan menghargai organisasi ini kerana Kumpulan Yayasan Sabah telah mengubah kehidupan keluarga saya daripada keperluan asas kami sehinggalah membantu meningkatkan kualiti pendidikan kami seisi keluarga. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah dapat terus meningkatkan usaha menaiktaraf kehidupan serta tahap pendidikan rakyat negeri Sabah di samping memberi peluang sama rata kepada semua penduduk Sabah tanpa mengira bangsa dan agama sama ada dalam aktivitiaktiviti sosialnya mahupun dalam Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus berkembang maju sehingga ke akhir zaman.”


JUBITA KILOH Pembantu Khas Pejabat Zon Pedalaman Selatan, Beaufort “Saya mula bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 20 September 1990. Aspek yang paling sukar ketika bertugas dengan Kumpulan Yayasan Sabah apabila saya berada di kedudukan Gred N22 melakukan tugasan Gred N41 disebabkan kekangan staf yang sepatutnya mengalas tugasan berkenaan. Walaupun saya tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tugasan Gred N41 itu tidak menghalang saya untuk tidak menyempurnakan tugasan berkenaan dan saya mampu menyempurnakan dengan sebaiknya mengikut masa yang ditentukan. Rancangan saya semasa bersara adalah memanfaatkan masa terluang saya bersama keluarga dengan pengisian masa saya berkebun dan beramal. Aspek yang akan dirindui ialah melakukan tugasan harian sebagai Pembantu Khas Gred N22 dengan mengalas tugasan staf lain. Saat yang tidak mungkin saya lupakan selama 33 tahun saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, ialah di situlah sumber pendapatan saya menyara kehidupan keluarga sehingga anak-anak saya menamatkan pengajian mereka, walaupun anak-anak saya terlalu awal ditinggalkan oleh ayah mereka yang telah meninggal dunia. Saya juga pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali selama 33 tahun berkhidmat. Saya berharap agar warga serta pihak Pengurusan lebih tekun mengalas tugas atau peranan masing-masing serta saling bekerjasama dalam memajukan misi dan visi Kumpulan Yayasan Sabah selaras dengan pembangunan ‘Malaysia Madani.”

LAJUBIT KIDOT Kerani Am Unit Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah di Unit Keselamatan pada 1 Jun 1985. Tempoh perkhidmatan saya adalah selama 38 tahun 1 bulan. Aspek terbaik semasa saya bertugas di organisasi ini adalah kepelbagaian kursus dalaman yang relevan bagi memantapkan kemahiran staf mengikut perkembangan semasa. Aspek lainnya ialah kepuasan selama berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah yang tetap santai dan seronok walaupun sering sibuk dengan rutin harian. Namun, bagi aspek-aspek sukar adalah cabaran dalam perjalanan ke tempat kerja iaitu dari Kiulu ke Menara Tun Mustapha disebabkan penyelenggaraan jalan raya yang sering berlaku. Sebagai seorang kerani fail, saya juga merasa cabaran sepanjang bertugas di mana dokumen yang penting tidak diserahkan kepada pegawai sebagai rujukan semasa pengauditan dijalankan. Sebelum bersara, saya telah mengikuti kursus dalam bidang agro seperti pertanian, penternakan dan sebagainya. Oleh itu, selepas bersara nanti, saya ingin mencapai kejayaan dalam bidang agroteknologi sebagai petani moden selagi saya masih sihat. Saya semestinya akan merindui saat berkhidmat dan beramah-mesra bersama rakan sekerja seperti kami satu keluarga. Kenangan manis selama saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah yang tidak saya lupakan iaitu ketika mengikuti kursus bina semangat di Outward Bound Sabah di Kinarut, Papar, mengikuti lawatan ke Lembangan Maliau, Celyn Resort Kundasang, Labuan dan memancing ikan di Sunset Plaza Kumpulan Yayasan Sabah anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi, Unit Pentadbiran. Harapan saya kepada setiap warga Kumpulan Yayasan Sabah adalah untuk sentiasa datang awal ke tempat kerja untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan menjaga kesihatan. Jadilah pekerja yang jujur dan bertanggungjawab.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

85


LIONG LIEW HAN @ LIUHAN BIN LIONG Juruteknik Penyelenggaraan Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya mula bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1992. Memang terdapat perbezaan yang ketara apabila masuk bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1992 sehinggalah kini. Pelbagai suka dan duka yang ditempuh di mana semua ini akan sentiasa menjadi kenangan manis buat saya. Aspek kerja yang paling sukar ialah menyelesaikan masalah teknikal. Ini memerlukan pemahaman mendalam tentang teknologi yang terlibat dan keupayaan untuk berfikir secara kritkal untuk mencari penyelesaian yang berkesan. Semasa persaraan kelak, saya akan balik ke kampung dan meluangkan masa yang lebih dengan aktiviti-aktiviti berkebun. Sudah pasti saya akan merindui kawan kawan yang masih bekerja dan berjanji untuk sentiasa berhubung secara kerap. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa didokong oleh Pengurusan yang jujur dan telus untuk semua warganya.”

86

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

LINOP KITUNG @ LEASLY Penolong Akauntan Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB) “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 21 Jun 1999. Aspek yang terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah dapat menimba banyak pengalaman terutama sekali dalam bidang perakaunan selain menerima banyak bantuan daripada majikan. Sudah pasti dalam saya melaksanakan tugasan, ada beberapa ketika saya berhadapan dengan tugasan yang belum pernah dilakukan dan masih memerlukan tunjuk ajar. Namun kegigihan untuk belajar sentiasa harus ada dengan rakan-rakan sekerja. Semasa persaraan kelak, saya bercadang untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Antara perkara yang akan saya rindui masa bekerja dengan rakan-rakan yang begitu akrab sekali bagaikan adik-beradik. Bekerja sebagai satu pasukan tanpa berkira akan sentiasa menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Nasihat saya kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah, teruskan usaha anda demi nama baik Kumpulan Yayasan Sabah.”


MOHD. ARSHAD KASSIM Pegawai Tadbir Bahagian Perhutanan “Saya mula bertugas dalam Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 Oktober 1982. Bagi saya, peluang untuk berkhidmat dalam Kumpulan Yayasan Sabah membawa impak yang sangat besar dalam kehidupan saya. Peluang menjadi sebahagian daripada warga Kumpulan Yayasan Sabah telah mengubah kehidupan saya dan keluarga terutama dari segi ekonomi dan pendidikan anakanak. Selain itu, pemberian bantuan kewangan setiap akhir tahun telah membantu saya dalam meringankan beban perbelanjaan anak-anak dalam memulakan sesi persekolahan. Pengalaman dilantik sebagai Pengurus Pasukan Sepak Takraw (2013) dan Pengurus Pasukan Bowling (2007) dalam Pesta Sukan Antara Yayasan-Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) adalah sangat mencabar terutamanya dalam pemilihan pemain dari luar kawasan Kota Kinabalu untuk mewakili Kumpulan Yayasan Sabah. Saya telah berkhidmat selama 41 tahun dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Kini, saya bercadang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas persaraan. Sudah tentu saya akan merindui bekerja bersama staf Bahagian Perhutanan. Layanan baik dan ceria Pengurus Kumpulan, Pengurus Unit dan kawan-kawan sekerja semasa menjalankan tugasan adalah kenangan yang sangat indah. Jaga kesihatan, dan amalkan pemakanan yang sihat agar kita dapat menjalankan tugasan yang baik dan berkualiti. Saya doakan semoga semua staf diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.”

MAKUNSIN BIN YAYAUN Renjer Hutan Bahagian Perhutanan, Tawau “Saya mula berkhidmat pada tahun 1986 sebagai staf Daily Paid Worker (DPW) dan diserap kepada lantikan tetap pada tahun 1994 sebagai Renjer Hutan. Perkara yang sangat saya hargai adalah Kumpulan Yayasan Sabah tidak pernah tertangguh daripada memberi gaji bulanan. Walaupun kerja saya sebagai Renjer Hutan sedikit mencabar, tetapi ia juga salah satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Apabila saya memasuki alam pesaraan, saya pasti merindui rakan-rakan seperjuangan saya yang telah menjadi orang yang paling dekat dengan saya selain daripada keluarga sendiri. Bertahun-tahun pengalaman kami bersusahbersenang bersama tidak dapat diungkapkan dengan katakata. Kepada rakan-rakan saya yang masih berkhidmat, saya ingin berpesan janganlah kamu takut untuk mencuba perkara baharu dalam alam pekerjaan. Teruskan belajar benda baharu dan tingkatkan kebolehan diri. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah dan harapan saya semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus berkembang maju agar dapat meneruskan peranan sesuai dengan misi, visi dan objektif organisasi ini.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

87


NORMAN BIN RAMLEE @ RAMLI Pengurus Besar Inno Travel & Tour Services Sdn. Bhd. “Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada Jun 2011 sebagai Pengurus di Green Connection Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat di bawah kendalian Bahagian Bioteknologi dan Hortikultur pada ketika itu. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah mempunyai Pengurusan atasan dan rakan-rakan sekerja yang sering memberi kerjasama yang baik. Oleh sebab itu saya tidak mempunyai sebarang kesukaran ketika bertugas dengan organisasi ini. Sementara itu, aspek utama yang akan dirindui semasa bekerja dengan organisasi ini adalah rakan-rakan sepejabat yang supportive dan saling bantu-membantu. Pengalaman bertugas di Usukan Cove, Pandan Pandan Island dan Pandan Pandan Recreation juga antara kenangan terindah sepanjang bersama Kumpulan Yayasan Sabah. Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman pahit sewaktu bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah yang dapat saya kongsikan, selain daripada bekerja sebaik mungkin atas amanah dan tanggungjwab yang diberikan oleh pihak Pengurusan. Saya berharap keikhlasan dan tanggungjawab yang diamanahkan diredhai Allah SWT. Nasihat saya untuk semua staf, bekerjalah dengan ikhlas, jujur, amanah dan bertanggungjawab.”

RAHMAN BIN TAMAL Penguatkuasa Keselamatan Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 2008. Saya memegang jawatan Penguatkuasa Keselamatan di Unit Penguatkuasaan, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB). Saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain adalah antara aspek yang terbaik selama saya bekerja di organisasi ini. Antara kesukaran saya hadapi semasa berkhidmat sebagai seorang Penguatkuasa Keselamatan adalah ketika bekerja di Rumah Yayasan Sabah. Sebagai seorang Penguatkuasa Keselamatan, menyambut kehadiran tetamu VVIP seperti Ketua Menteri adalah amat sukar bagi saya kerana ianya melibatkan protokol yang perlu kita tahu terutama daripada pangkat dan gelaran. Setakat ini saya belum ada perancangan apabila bersara kelak. Saya akan mengambil ruang ini untuk berehat bagi mengatur perancangan seterusnya. Aspek yang saya rindukan sepanjang bekerja di organisasi ini adalah saat meninggalkan rakan-rakan sekerja di Rumah Yayasan Sabah, kerana bagi saya mereka ibarat keluarga sendiri yang banyak membantu ketika bekerja. Kenangan yang tidak mungkin saya lupakan adalah ketika menyertai kontinjen perbarisan bagi mewakili Kumpulan Yayasan Sabah untuk bertanding sempena Hari Kebangsaan dan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah. Bagi saya, ianya merupakan cabaran kerja berpasukan yang menguji ketahanan fizikal dan emosi setiap ahli kontinjen. Buat rakan-rakan yang masih bekerja, teruskan perjuangan, bekerjalah dengan lebih berdisplin dan sentiasa peka terhadap arahan dari semasa ke semasa.”

88

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


THERESA UBING @ PATRICIA Pengurus Unit Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 November 1989 sebagai Penggerak Pembangunan Insan dan telah berkhidmat selama 34 tahun dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Sebelum diserap sebagai staf Kumpulan Yayasan Sabah saya bersama-sama dengan 100 orang sahabat lain diwajibkan menjalani latihan pembangunan keusahawanan belia dan pembangunan kemasyarakatan selama empat bulan di Kompleks Sukan Likas. Selama berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya mendapat banyak pendedahan dan pengalaman dari segi pengurusan kerja, masa dan kewangan, semangat kerja berpasukan, penyelesaian masalah, kreativiti, kepimpinan, komunikasi dan perancangan berkesan. Saat-saat sukar semasa berada di Kumpulan Yayasan Sabah adalah pada tahun 2003, apabila berlakunya penstrukturan semula Kumpulan Yayasan Sabah. Pada ketika itu, sebahagian besar staf Kumpulan Yayasan Sabah ditawarkan dengan Skim Perpisahan Sukarela (VSS). Saiz staf yang dahulunya ramai telah dikurangkan menjadikan staf yang tinggal dan tidak memilih VSS perlu menggalas tanggungjawab dengan berbilang tugas. Mengenai rancangan semasa persaraan, saya akan lebih menumpukan perhatian kepada keluarga. Selama bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya amat bertuah kerana berpeluang bertugas di beberapa bahagian dan unit, iaitu di pejabat Kawasan/Zon, Unit Pentadbiran dan Unit Pengurusan Sumber Manusia. Setiap tempat bertugas ini berbeza-beza corak tugas/tanggungjawab, keperluan, staf serta rentak arahan dan kepimpinan ketua jabatan. Kesemua ini membentuk diri saya agar lebih bersifat mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, kreatif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pejabat, kerja berpasukan dan kepatuhan pada arahan ketua pejabat. Suasana harmoni di setiap tempat saya bertugas ini yang kerap mengadakan jamuan sambutan perayaan akan tetap menjadi kenangan abadi yang sukar saya lupakan. Terlalu banyak memori indah semasa bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Aspek yang paling sukar saya lupakan, apabila Kumpulan Yayasan Sabah mengiktiraf sumbangan kerja setiap staf dengan penganugerahan khidmat 25 tahun. Saya dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Jasamu Dikenang yang diiringi dengan hadiah berupa kewangan dan juga jam tangan berjenama mewah. Majlis Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah merupakan acara yang paling sinonim dan merupakan acara yang paling

SHAIRI SAILUN Pengurus Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar “Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada bulan Mei 1989. Bagi saya, aspek terbaik organisasi Kumpulan Yayasan Sabah ini adalah kemesraan yang ditunjukkan oleh setiap warganya. Namun saya juga tidak terlepas melalui pengalaman sukar semasa saya melaksanakan tugasan. Saya ingin lebih meluangkan masa bersama keluarga di samping mendekatkan diri kepada Sang Pencipta, Allah SWT yang Maha Esa, yang banyak tertinggal semasa dalam perkhidmatan. Sudah pasti, apabila bersara saya akan sangat merindui stafstaf di bawah jagaan saya di mana mereka sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Sokongan moral ketika susah dan senang yang diberikan oleh warga Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar akan sentiasa menjadi ingatan. Menjadi kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika bekerja di bawah seorang ketua yang berintegriti tinggi, tegas dan mempunyai wawasan yang jauh sehingga menjadikan Kumpulan Yayasan Sabah menonjol di arena antarabangsa. Saya ingin menasihati agar staf Kumpulan Yayasan Sabah tidak hanya mengejar jawatan semata, akan tetapi mengejar prestasi kerana jawatan akan datang dengan sendirinya apabila prestasi seseorang itu cemerlang.”

dinanti-nantikan oleh setiap staf Kumpulan Yayasan Sabah. Kepada staf yang masih berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya ucapkan all the best dan laksanakanlah tugas dan bertanggunjawab anda dengan sebaik mungkin. Kepada pihak Pengurusan yang sentiasa prihatin terhadap keperluan staf, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas peluang kerjaya yang telah diberikan kepada saya untuk berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

89


ANN CATHERINE OTIGIL Senior Management Services Officer Corporate Communications Division

BERNADIN MICHAEL WONG Administrative Officer Conservation & Environmental Management Division

“I joined Yayasan Sabah Group on 1 February 1983 at the age of 19 years old as a General Clerk/Typist in Corporate Planning Department under Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. I have worked with Yayasan Sabah Group for 40 years three months and five days and retired at the age of 60 years old on 6 May 2023 as a Senior Management Services Officer at Management Services Unit, Corporate Communications Division.

“I joined Yayasan Sabah Group in October 1989. I have served in various divisions such as Administration and Personnel Division, Centre for Borneo Studies, Conservation and Environmental Management Division, Conservation and Forest Rehabilitation Division and Research Division.

The best aspects of working with Yayasan Sabah Group were that opportunities are available and for us to expose. I, personally challenged myself and took this opportunity to go further studies in Perth, Western Australia and resumed to work 18 months later with better qualifications and salary that had improved my family’s standard of living until my retirement day. The Management also exposed me to travelling internationally to conduct official work for sales and marketing on Yayasan Sabah Group tourism products under the purview of Borneo Nature Tours Sdn. Bhd., a wholly-owned subsidiary company of Yayasan Sabah Group. For me, I think the most difficult aspects of working in Yayasan Sabah Group firstly; during the early 90s when I was attached to the tourism industry, I had to leave my family for a week or so to work officially outstation domestic or overseas without a mobile phone at that point of time. Secondly, dealing with staff and visitors who were impatient and not committed. During my retirement days, I will fulfill all the things that I cannot do during my working days, go travelling and work in God’s vineyards. What I will miss most, is sharing food and laughter with all my friends in Yayasan Sabah Group and the tourism industry. The most memorable moments working with Yayasan Sabah Group were the trust given to me to be the captain of the first ladies football team under the care of legendary footballer, Encik James Wong and the many official duties as Master of Ceremony during Yayasan Sabah Group events. For Yayasan Sabah Group staff, work smart with respect, humble and honesty for there will be a light waiting to reward you. Thank you to the Management for a satisfying and wonderful journey.”

90

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

The best aspects of working with Yayasan Sabah Group are career opportunities, security and employee perks. Aside from that, working with Yayasan Sabah Group has allowed me to broaden my knowledge, gain experience and become more driven and efficient. I thank Yayasan Sabah Group for having me in this organisation. Working at Yayasan Sabah Group has its ups and downs. The most challenging aspect of working at Yayasan Sabah Group is deadline pressure. But I accept it as part and parcel of my job. It can be stressful, but whenever I feel overwhelmed, I pray to God to give me the wisdom, knowledge and strength to carry out my duties. After I retire, I plan to take things slowly. I hope to have a wonderful retirement and look forward to spending more quality time with my family. I will also devote time to cooking, gardening, and reading. Having been with Yayasan Sabah Group for more than 34 years, I will miss my job, the environment of working together as a team and all my good friends. Everything is memorable - the events we organised together (e.g. seminars, workshops, conferences, courses and many more), the jokes and fun and the joy of working together as a team, even the pressure faced at work. My advice to all my colleagues and friends is to do your work with discipline and dedication, share your knowledge with others and respect authority.”


CAROLINE GOH KIM KHUAN Education Officer Education Development Division “I joined Yayasan Sabah Group in August 1981 as a Junior Clerk in the Administration Department (Now known as Human Resources & Administration Division). In 1983, I was transferred to the Education Development Division and worked in all units/sections, which gave me the opportunity to learn the department’s function. I was promoted in 2023 as Senior Education Officer. Though dealing with people from all walks of life in this office is challenging, it provides an opportunity to help people in need. During my 42 years working in this organisation, the Management allowed me to enhance my personal development through seminars, courses and further studies. I love my work and feel blessed to serve. Apart from work, I enjoy sports activities and events like the PESAYA games. These events allowed me to showcase my skills and compete with other talented athletes and provided a platform for cultural exchange and camaraderie. The scope of work in each unit within a division is broad and demanding. It was common when needed to complete a task in a limited time, and working late became a routine. There was a time when I had to work overtime till 2 am with colleagues and travel back home alone for more than 21 miles. Though we sacrifice our time, we enjoy the family environment in the office. There were many tearful and difficult moments throughout the years, but we can overcome them with understanding and support from our superiors. I plan to travel and spend time with my children when I retire. I will continue to do the things I enjoy, such as baking, gardening, etc. I will miss all my colleagues; they have become part of a family. I will also miss the interactions with students, parents and the public. Many memorable moments and one of them is getting to know and working with all types of staff and superiors. Some head of division were very considerate, fun and enjoyed working with. Those were the happiest times working with them.

DOROTHY CHIA YUN JIN Child Caretaker Child Development Division “I joined Yayasan Sabah Group on 15 May 2005 as a child caretaker. I am blessed to work with the Yayasan Sabah Group. I received good benefits and bonuses, presented with great opportunities and good exposure. Now that I am retired, I plan to rest well and look for good prospects and opportunities. Memories with our colleagues, superiors, and children sometimes cannot be forgotten. I remember how comfortable and happy I was working in such a positive environment surrounded by good people and great friends. I also remember how helpful and supportive higher-ranking officers were throughout office activities. Thanks to the Management of Yayasan Sabah Group for the opportunities and experiences. I was pleased to be able to serve. I hope that the staff and Management of Yayasan Sabah Group will continue to srive for exellence and uphold their commitment to the community.”

is to work harmoniously to ensure all work runs effectively and efficiently. The superiors must get to know and understand the team by standing in their shoes. At the same time, staff have to commit and be responsible for executing the task given. Last but not least, I hope Yayasan Sabah Group will continue to provide every staff with an opportunity to learn and improve in terms of personal development, such as attending seminars, courses, or even further studies to improve their work performance.”

Generally, my humble advice for the staff and Management

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

91


Anugerah

JUBLI PERAK

JADDA BIN SUHAIMI Pengurus Kanan Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar “Saya memulakan perkhidmatan di Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) pada 15 Oktober 1985 setelah menamatkan pengajian di salah satu universiti tempatan. Saya juga merupakan salah seorang pelajar yang mendapat pembiayaan pendidikan daripada KYS pada ketika itu. Kini saya telah berkhidmat selama 38 tahun bersama dengan organisasi ini. Sepanjang berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, ia banyak mengubah, memperbaiki dan meningkatkan corak ekonomi kehidupan beliau menjadi lebih baik dan terjamin. Bersesuaian dengan visi “Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited & Prihatin”, KYS sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan pekerja, pembayaran gaji yang konsisten serta tatakelola yang berkualiti. Pengalaman sepanjangberkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah ketika menjalankan kerja-kerja inventori pokok di dalam hutan belantara. Kesukaran yang dialami saya adalah pada ketika jalan raya belum dibina dan terpaksa berjalan kaki selama dua hari menuju destinasi. Laluan yang mencabar seperti merentasi sungai, jalan berbukit-bukau serta permatang perlu diharungi bersama-sama barang keperluan kerja seperti peralatan perkhemahan dan bekalan makanan selama 25 hari perjalanan di dalam hutan. Saya belum ada sebarang perancangan khusus bagi mengisi masa lapang selepas saya bersara . Akan tetapi, saya pasti akan lebih banyak meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Bekerja sebagai satu pasukan dalam satu keluarga yang besar di bawah payung KYS merupakan aspek yang akan diingati oleh saya kerana setiap tugasan menjadi mudah dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh ketua dan staf di bawah jagaan saya. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan beliau adalah hampir dihempap oleh dahan pokok yang besar semasa beliau sedang tidur ketika sedang melakukan kerja-kerja inventori hutan. Nasihat beliau, bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan rasa gembira tanpa ada perasaan terpaksa kerana ianya akan memberikan hasil kerja yang berkualiti dan tekanan di tempat kerja dapat dihindarkan. Bekerja sebagai satu keluarga, bersikap jujur, amanah dan berdedikasi juga merupakan amalan mulia demi menjayakan dasar dan rancangan yang telah diatur oleh pihak pengurusan KYS. Beliau juga turut memberi nasihat kepada Pengurusan KYS agar terus mengamalkan pengurusan yang cekap dan berintegriti serta bersikap adil tanpa mengira latar belakang. Harapan beliau agar KYS akan terus membangun dan kembali ke era kegemilangan seperti suatu ketika dahulu demi pembangunan anak bangsa rakyat Sabah seiring dengan pembangunan Malaysia Madani.”

92

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu Celebrates Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, commemorated its 40th anniversary with a gala dinner on 9 October 2023, officiated by the Chief Miniter of Sabah, cum Chairman of the Yayasan Sabah Board of Trustees, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. The event celebrated eight long-serving loyal staff, an internationally recognised green award, good deeds and a dividend payment of RM14.94 million to the investment arm of Yayasan Sabah Group, Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB). Eight staff members who worked at the resort for 36 to 40 years proudly received their Certificates of Appreciation from Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, who honoured them for their dedication to the company. STAR General Manager, Mr. Conor Hadlington, presented a mock cheque to the Executive Chairman of ICSB, Datuk Jasnih bin Daya. Meanwhile,

40

th Anniversary

the Ministry of Tourism, Arts & Culture Malaysia, Sabah Office, Assistant Senior Administrative Officer, Mr. Jemian Ahad, presented Mr. Conor with the “Green Hotel Award” certificate. The resort is the first hotel in Sabah to win this year’s prestigious award. The award recognises the resort’s commitment to environmental and sustainability programmes. Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, received its first environmental certification in 2001. Shangri-La Hotels and Resorts, the iconic flagship brand of the ShangriLa Group, is known for its distinctive Asian hospitality experience, which centres on “service from the heart”. Through imaginative, nature-inspired design, delightful culinary and cultural backgrounds, and authentic and thoughtful service, the brand enables guests to realise their moments of Shangri-La.

Today, the brand experience is brought to life in over 80 deluxe hotels and resorts at destinations around the world, including Australia, Canada, Mainland China, Hong Kong SAR and Taiwan, Fiji, France, India, Indonesia, Japan, Malaysia, Mauritius, Mongolia, Myanmar, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Sultanate of Oman, Thailand, Turkey, the United Arab Emirates and the United Kingdom. STAR is dedicated to providing exceptional experiences through a new loyalty programme with greater flexibility, simplicity, recognition, convenience, and, most importantly, more privileges tailored to the customers’ needs. Members of the Shangri-La Circle receive numerous perks when staying at participating Shangri-La Hotels and Resorts, Kerry Hotels, JEN by Shangri-La, and Traders Hotels. The programme also includes mobile check-in, check-out, and free nights.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

93


EM Mudball Making Shangri-La Tanjung Aru (STAR) collaborated with the “To Earth With Love” (TEWL) to develop Effective Microorganism (EM) mudballs to be tossed in the Sembulan River on 24 August 2023. TEWL is an NGO that focuses on environmental conservation and green education for the public. EM mudballs are made by combining Effective Microorganisms Activated Solution (EMAS), wheat bran and clay soil, which are effective solution for treating contaminated streams. However, EM mudballs must be cultured or fermented for a period of time to allow microorganisms to grow on the surface.

Mudball making session.

Group photo featuring their mudball creations.

EM Mudball Throwing A total of 549 EM mudballs were tossed into the Sembulan River. The activity was carried out in collaboration with representatives from TEWL and the Kota Kinabalu City Hall on 29 August 2023. This modest yet significant event represents STAR’S dedication to ongoing environmental conservation efforts and is a delightful way to commemorate its 40th anniversary. Celebrating together, one mudball at a time.

94

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


STAR Celebrates 40 Years of Luxury and Sustainability with International Coastal Cleanup A symphony of more than 100 passionate volunteers converged on the pristine shores of Tanjung Aru Beach, driven by a shared purpose; to protect and rejuvenate the coastal haven that cradles Shangri-La Tanjung Aru. This vibrant assembly, motivated by the spirit of community and environmental stewardship, embarked on an exhilarating transformation journey during the International Coastal Cleanup event on 9 September 2023. The one-and-a-half-hour voluntary odyssey covered an impressive stretch of 0.7 kilometres along Tanjung Aru Beach, a testament to the collective determination to make a difference. This remarkable coastal cleanup, a jewel in the crown of events commemorating Shangri-La Tanjung Aru’s 40th Anniversary, unfolded through a collaborative partnership with esteemed environmental non-governmental organisation, Reef Check Malaysia, and the adventure water sports aficionados at Waterfly Borneo, an esteemed Kota Kinabalu-based centre. Together, this dynamic alliance orchestrated a breathtaking symphony of conservation, successfully retrieving an astounding 256 kilograms of litter that had marred the beach’s natural splendour. The endeavour transcended boundaries as it resonated with the hearts of students from Stella Maris Secondary School, members of the public, and dedicated colleagues from Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Throughout the cleanup, a poignant tapestry of discarded items unveiled the pressing need for environmental vigilance. Cigarette butts, food wrappers, straws or stirrers, and plastic bottle caps emerged strewn across the shoreline. The meticulous data captured during the operation found its sanctuary within the Clean Swell app, which will soon be showcased in Reef Check Malaysia’s forthcoming Annual International Coastal Cleanup Report. This treasure trove of data serves as a compass, guiding our collective efforts to identify and eradicate the sources of coastal pollution.

The International Coastal Cleanup is a pivotal cornerstone in the mosaic of events marking Shangri-La Tanjung Aru’s 40th Anniversary. As we journey forward, the resort is poised to unveil a compelling Plastic for Food initiative, a collaborative masterpiece with Jetsin Sdn Bhd and Komuniti Prihatin Sabah. Furthermore, the resort is gearing up for the exhilarating Cycle for Charity event, where the proceeds will be channelled to equip our beloved Embrace beneficiaries, Kitobu Inanam Primary School and Kaiduan Papar Primary School, with much-needed sports equipment. In celebrating 40 years of excellence, Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, resounds with the harmonious cadence of environmental responsibility, community unity, and a deep commitment to creating a brighter, more sustainable future.

Celebrating the Synergy: Shangri-La Tanjung Aru colleagues, Reef Check Malaysia, and Waterfly Borneo Adventure enthusiasts in one frame. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

95


Visitation to Seri Mengasih

Seri Mengasih Centre students participating in fun activities.

The volunteers from Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, brought cheers and peals of laughter to the students and teachers of Seri Mengasih Centre, Tanjung Aru. The volunteers danced, played games and entertained the students during the half-day event. Some volunteers also helped to clean the drain and raked the dry leaves around the centre on 14 Septmeber 2023. During the visitation, the Alternate Director of Tanjong Aru Hotel Sdn. Bhd., Mr. Freddie Coleman and the Executive Committee of Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Mr. Yusuf Yaran, Mrs. Nora Bartosis, Mr. Ewan Yap and Mr. Rohizan Ramli had a tour of the centre. The team from Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, was welcomed by Madam Tulip, Vice Chairman of Seri Mengasih Committee of Management, Principal and staff.

Group Photo.

96

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Plastic For Food A programme titled Plastic for Food was held on 17 September 2023 at Gaya Island Primary School Hall, Kota Kinabalu .This programme was a joint initiative between Shangri-La Tanjung, Aru Kota Kinabalu, Jetsin Sdn. Bhd. and Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah in collaboration with the Royal Malaysian Police, Kota Kinabalu City Hall, Sabah Parks, Marine Police Region 4, Pulau Gaya Kota Kinabalu Primary School, Borneo Marine Research Institute Universiti Malaysia Sabah, Borneo Nature Explorer Tours & Travel Sdn. Bhd., Borneo Fun Fun Tour & Travel Sdn. Bhd. and Traverse Tours Sdn. Bhd.

A total of 12 tons of garbage was successfully collected.

The programme is one of the corporate social responsibility activities conducted with the STAR’s 40th anniversary celebration. The concept of this programme is to exchange plastic waste with raw materials for the villagers of Gaya Island, Kota Kinabalu. An estimated 3.6 tons of chickens were donated through Jetsin Sdn. Bhd. to 450 families in Kampung Torong Logong and Kampung Lobong, Pulau Gaya.

Among the objectives of the programme are to cultivate the spirit of cooperation between the villagers in cleaning the island, to create awareness of the importance of environmental care and the impact of littering in the sea and on the surrounding marine habitat, and to improve well-being and healthy quality of life and bring the noble value of loving the environment to the community. A total of 55 volunteers from STAR, Jetsin Sdn. Bhd., Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah and Welfare and Sports Club of the Accountant General’s Department of Malaysia, Sabah were involved. Also present were the Chairman of Tanjong Aru Hotel Sdn. Bhd., Datuk Edward Dagul, Managing Director of Jetsin Sdn. Bhd., Datuk Koh Chung Jade and the Chairman of the Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah, Mr. Mohammad Taufik Ismail.

Datuk Edward Dagul (second from left) presenting raw chicken packages to the locals.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

97


Setelah beberapa tahun tergendala akibat COVID-19, akhirnya Karnival Sukan Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) 2023 berjaya dilaksanakan. Sebanyak sembilan jenis sukan telah dipertandingkan iaitu bola jaring, badminton, dart, karom, bola tampar, petanque, sepak takraw, futsal dan bola sepak pada 16 hingga 17, 23 dan 24 September 2023.

Aksi perlawanan badminton kategori Wanita (beregu).

Pasukan Southern Rumah Kuning.

Karnival sukan ini diadakan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan, sekali gus mengeratkan silaturahim dan perasaan muhibah.

Pasukan Gabungan Rangers Rumah Biru.

Pasukan Northern Rumah Hijau.

98

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Gambar kenangan kesemua pasukan yang bertanding.

Pasukan Gabungan Rangers menguasai permainan pada hari pertama Karnival Sukan BWSB 2023.

Pertandingan bola tampar di antara pasukan Northern dan Southern.

Pertandingan bola tampar di antara pasukan Gabungan dan Southern.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

99


Gambar kenangan hari kedua.

Acara petanque di Kompleks Sukan Tawau.

Pasukan Gabungan Rangers menguasai permainan pada hari pertama.

100

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Acara sepak takraw.

Johan keseluruhan yang dimenangi oleh pasukan Northern bersama piala pusingan yang disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar.

Pertandingan bola sepak Piala Sumbangsih sempena karnival sukan tersebut

Gambar kenangan kesemua pasukan yang bertanding.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

101


Tuan Haji Mohd. Napiah menyampaikan ucapan beliau.

Program

Kesedaran Membanteras Buruh Paksa dan Buruh Kanak-Kanak Program Kesedaran Membanteras Buruh Paksa dan Buruh Kanak-Kanak, Sabah yang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah telah diadakan di dewan Ladang Seraya, Benta Wawasan Sdn. Bhd., Kalabakan pada 8 September, 2023. JTK diwakili oleh Timbalan Pengarah, Tuan Haji Mohd. Napiah bin Haris yang mewakili Pengarah JTK Sabah, Tuan Haji Wan Zulkifli bin Wan Setapa, manakala Benta Wawasan Sdn. Bhd. diwakili oleh barisan Pengurusan yang diketuai oleh Ketua Bahagian Sumber Manusia, Pentadbiran dan Komunikasi Korporat BWSB, Puan Hajah Rismawati Haji Lahatta, bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Ambran bin Pe’ang. Antara agensi yang terlibat dalam program ini adalah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, International Labour Organization, Majlis Perbandaran Tawau dan Malaysian Palm Oil Council.

Puan Hajah Rismawati (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Mohd Napiah (tiga dari kiri).

Sesi soal jawab sedang berlangsung.

Antara aktiviti yang berlangsung ialah sesi dialog, lawatan ke fasiliti yang terdapat di ladang dan juga Community Learning Centre (CLC).

Gambar kenangan semua peserta yang terlibat dalam program tersebut.

102

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Program

Perarakan dan Majlis Perhimpunan

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1445H/2023M

Pada 8 Oktober 2023, telah berlangsung program Perarakan dan Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1445H /2023M, Peringkat Perbandaran Tawau. Perarakan ini bermula di hadapan perkarangan Majlis Perbandaran Tawau dan berakhir di Dewan Masyarakat Tawau. Syarikat Benta Wawasan Sdn. Bhd. telah berjaya menjadi Johan bagi Kategori Jabatan. Tahniah Benta Wawasan Sdn. Bhd.!

Kontinjen BWSB bergambar kenangan sebelum perarakan bermula.

Perarakan berlangsung.

Bergambar kenangan bersama Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid sejurus dinamakan sebagai johan bagi kategori Jabatan untuk pertandingan sepanduk dan perbarisan. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

103


Program

PERSEMBAHAN AKHIR PROJEK KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

Naib juara dari Kumpulan KIK Alliances yang diketuai oleh Encik Muhamad Nur Asis dan Encik Ramlan Palang.

Juara Program dari Kumpulan KIK Innobenta yang diketuai oleh Encik Hermawan Fazly Suroto.

Penyampaian cenderamata kepada Puan Siti Fairuz Mohd Saidi, panel penilai daripada MAMPU, yang diserahkan oleh Tuan Haji Ambran Pe’ang, Ketua Pegawai Eksekutif BWSB.

Tempat ke-3 dari Kumpulan KIK Forerunners yang diketuai oleh Encik Sopian Ali.

Persembahan Akhir Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) anjuran BWSB dengan kolaborasi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri, cawangan Sabah telah berlangsung pada 14 November 2023. Program tersebut merupakan kesinambungan inisiatif pelaksanaan KIK BWSB yang dimulakan pada Februari 2023 dengan bimbingan oleh MAMPU Sabah. Inisiatif ini diterapkan selaras dengan Perancangan Strategik BWSB yang meletakkan Proses Kejayaan Penambahbaikan (Successful Process Improved) sebagai salah satu petunjuk prestasi utama (Key Performance Indicator) korporat. Gambar kenangan semua peserta yang terlibat dalam program tersebut.

104

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Tempat ke-4 dari Kumpulan KIK Prototypes yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Suno.


BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

105


Wajah bangga dan gembira para penerima anugerah Pengurus Kanan KPYS, Encik Andrew Woo (tengah), Pengurus Ar Rahnu KPYSB, Puan Lousia Liew (kanan) bersama Encik Jessel (kiri).

Pengerusi KPYSB, Encik Jessel Kamijan (kanan) menerima anugerah Kategori Kecil Pelaburan.

terima

ANUGERAH

EMAS Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) telah mencatat sejarah apabila menerima Anugerah Emas bagi kategori Kecil menerusi pencapaian prestasi operasi perniagaan Ar-Rahnu X’Change Jalan Lintas sepanjang tahun 2022. Anugerah Emas ini disampaikan semasa Majlis Anugerah ArRahnu X’Change 2022 pada 13 Oktober 2023 di Holiday Inn Melaka yang dianjurkan oleh Rakyat Management Services Sdn. Bhd. Majlis yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Rakyat Management Services Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohd Jafri Kudus ini bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada pencapaian francaisi Ar-Rahnu X’Change bagi tahun 2022. Terdapat 13 pemenang keseluruhan yang telah menerima anugerah berdasarkan empat kategori utama iaitu kategori Ultra, Besar, Sederhana dan Kecil. Setiap kategori

EDITORIAL

PENASIHAT Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Izan binti Awang Razli Valerina Valerian Azli Mohd. Abu Bakar Muriah Diun Zairulazrin Delin SUMBANGAN RENCANA Staf Bahagian Komunikasi Korporat Staf Pejabat-pejabat Zon Staf Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak Staf Bahagian Penyelidikan

mempertandingkan tiga anugerah iaitu Emas, Perak dan Gangsa. Selain itu terdapat juga anugerah khas iaitu `Francaisi Harapan’ bagi pengiktirafan francaisi baharu terbaik bagi tahun 2022. Selain penyampaian anugerah, majlis turut diadakan acara penyerahan Sijil Penyertaan kepada Ar-Rahnu X’Change baharu iaitu Ar-Rahnu X’Change Sejati Garden di Sandakan, Sabah dan Taman Krau Indah di Temerloh, Pahang. Majlis ini turut diserikan dengan acara penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dan bantuan di bawah program ‘Ar-Rahnu X’Change We Care’. Antara penerima sumbangan asnaf ialah Kariah Masjid Al-Abrar Balik Bukit, Kariah Masjid Ar-Razzaaq, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam. Manakala penerima sumbangan CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) Ar-Rahnu X’Change pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Krubong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Melaka. Rakyat Management Services Sdn. Bhd. yang merupakan francaisor kepada Ar-Rahnu X’Change mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pemenang. Semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin semangat dalam memberikan komitmen dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Ar-Rahnu X’Change.

Staf Pusat Kraftangan Sabah Staf Pejabat Ketua Pegawai Operasi, Innoprise Corporation Sdn. Bhd. Staf Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu Staf Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd. Staf University College Sabah Foundation

Zairulazrin Delin Azli Mohd. Abu Bakar Junior Juryzam bin Jumat Staf Pejabat-pejabat Zon Staf Pusat Kraftangan Sabah Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd. Staf University College Sabah Foundation

REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin Juliana Lim Yuen Ling Muhammad Fahmi Abdul Alim Hannah Hidayati Zainudin

TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

JURUGAMBAR Jeffrey R. Baxter Samson Lawrence

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.