Skip to main content

Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.3/2023 (Jul - Sep 2023)

Page 1

Edaran Percuma

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Julai - September 2023

Jilid 3/2023

Kumpulan Yayasan Sabah komited terhadap usaha

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


Pendidikan berkualiti kunci melahirkan modal insan yang berilmu – Datuk Seri Haji Hajiji bin Haji Noor Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah

Auditorium Tun Ahmad Raffae dipenuhi dengan kehadiran para pelajar, ibu bapa, warga pendidik dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri/ Persekutuan serta Kumpulan Yayasan Sabah.

Pendidikan berkualiti ialah kunci untuk melahirkan modal insan yang berilmu bagi membentuk masa depan yang cemerlang. Demikian menurut Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah ke-34 (ABCNS) pada 1 Ogos 2023 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. “Bagi memperkukuhkan modal insan, kerajaan negeri telah menyediakan beberapa inisiatif seperti BUDI, BISTARI, BAKTI, BAGUS, AKSA, BISBAH dan BAIK. Kerajaan telah membelanjakan RM35 juta pada tahun 2022. Inisiatif-inisiatif ini merupakan bantuan tunai pendaftaran IPT, simpanan SSPN, bantuan peperiksaan, anugerah kecemerlangan, sumbangan peralatan sekolah, komputer riba dan bantuan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Bantuan ini memberi manfaat kepada 41,590 orang pelajar dan 3,044 orang bayi serta 1,500 sekolah dan 630 PIBG. Pada tahun ini, RM43 juta diperuntukkan bagi tujuan yang sama,” kata Datuk Seri Haji Hajiji.

2

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kanan), Datuk Jasnih (dua dari kiri) dan Tuan Haji Raisin (kanan) menyambut ketibaan Datuk Seri Haji Hajiji.

Menurut beliau, kerajaan komited dalam memberikan penekanan kepada peningkatan peluang pendidikan inklusif untuk semua rakyat. Ini adalah untuk memastikan agar semua pelajar, tanpa mengira latar belakang mereka mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan berkualiti. Untuk itu, pada tahun ini dua lagi inisiatif diperkenalkan iaitu Bantuan Aktiviti Guru dan Ibu Bapa Sabah (BANTU) dan Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS).


“Dengan adanya peluang yang lebih inklusif, kita akan dapat membangunkan modal insan yang lebih komprehensif. Oleh itu, saya berharap Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat memuktamadkan keputusan penurunan kuasa dalam bidang pendidikan dan kesihatan kepada Negeri Sabah seperti yang dibincangkan menerusi Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” jelas Datuk Seri Haji Hajiji. Beliau percaya, sistem pendidikan Sabah akan terus maju seiring dengan perkembangan di Semenanjung jika lebih autonomi diberikan kepada Kerajaan Negeri. Isu-isu utama pendidikan seperti sekolah daif serta capaian Internet yang rendah boleh diselesaikan dengan segera. Ini kerana, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mempunyai fleksibiliti untuk pelbagai isu yang berkaitan pendidikan di negeri ini.

Datuk Seri Haji Hajiji bersalaman bersama sebahagian daripada pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah.

Para penerima ABCNS.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

3


“Para penerima ABCNS merupakan aset yang penting dalam memacu pembangunan negeri. Sebagai pemimpin masa depan, gunakanlah peluang yang diberikan ini dengan sebaik mungkin. Tidak ada yang mustahil jika kita cekal dan gigih. Semoga kejayaan mengiringi anak-anak semua,” kata Datuk Seri Haji Hajiji.

Datuk Seri Haji Hajiji menyampaikan ucapan beliau.

Sebahagian daripada para pelajar sekolah menengah yang hadir. 4

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Beliau turut menasihatkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM agar pencapaian para penerima ABCNS sebagai pembakar semangat untuk mereka berjaya dalam peperiksaan kelak.


Datuk Seri Haji Hajiji menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima ABCNS.

Kumpulan Yayasan Sabah telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri untuk menyediakan biasiswa ini sejak tahun 1990. Sehingga kini, seramai 715 orang telah mendapat manfaat daripada program ini yang telah menelan perbelanjaan sebanyak RM124.4 juta. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan memberikan motivasi kepada mereka untuk terus mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Datuk Seri Haji Hajiji beramah mesra bersama para penerima ABCNS.

Secara keseluruhannya, Kumpulan Yayasan Sabah membelanjakan RM668 juta dalam pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi yang memberi manfaat kepada 41,221 orang para pelajar Sabah. Ini semua dilakukan demi memberikan bantuan kewangan kepada pelajarpelajar yang memerlukan untuk memastikan mereka dapat mengakses pendidikan yang berkualiti.

Gambar berkumpulan bersama Datuk Seri Haji Hajiji, Dato’ Sri Gulamhaidar, Datuk Jasnih, Datuk Seri Sr. Haji Safar (dua dari kanan) dan Tuan Haji Raisin.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

5


Salah seorang penerima ABCNS, Adik Hafeezudin bin Almudin bersama bapa beliau (berbaju batik) bergambar bersama Datuk Seri Haji Hajiji.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Surveyor Haji Safar bin Untong, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Yusof bin Yacob, Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB), Datuk Jasnih bin Daya, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Ahli-ahli Lembaga Pengarah ICSB dan ketua-ketua jabatan Negeri, Persekutuan dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Gambar berkumpulan para penerima ABCNS dan ibu bapa bersama Datuk Seri Haji Hajiji.

6

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Kedua-dua ibu bapa Adik Ng Jia Wen (kanan) turut mengabadikan kenangan bersama Datuk Seri Haji Hajiji.

7


Sabah State Excellent Scholarship Award

NURTURING FUTURE LEADERS

The ABCNS has become synonymous with fostering excellence, empowering young minds, and cultivating future leaders. The recipients of the 34th ABCNS award expressed their gratitude towards the Sabah State Government and Yayasan Sabah Group for their selection as the award recipients.

Caleb Liew Kah Kok expressed his gratitude towards Yayasan Sabah Group for its support. As the second of six siblings, Caleb believes even minor achievements can bring more learning opportunities. He advises students to be organised and set reminders for homework and tests. Caleb also acknowledged the sacrifices made by his parents and teachers for his success.

Danish Shahrin bin Mohd. Hussin acknowledged the ABCNS scholarship that has allowed him to pursue his dream of obtaining an Engineering degree. He advises effective learning by writing everything down to stay organised. Danish thanked his family, teachers, friends, the Sabah State Government, and Yayasan Sabah Group for their support.

Farzana Nur Haziyah binti Daud from Kota Kinabalu, believes ABCNS will help her achieve her dreams. She says, “Thanks to the award, Sabahan students can pursue their passions and education up to the university level.” Farzana advises students to ask questions and engage with their peers and teachers. She acknowledged Yayasan Sabah Group and her supportive family and friends for the award.

Nurhazimah binti Hamzah, 18-year-old recommends taking notes during class to prepare for SPM exams. Nurhazimah’s parents and Yayasan Sabah Group supported her success. She hopes to inspire others to pursue their dreams.

8

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Meet Chris Ezekiel Nelson, an exceptional SM La Salle Kota Kinabalu student. He shared his views on the prestigious ABCNS Award, which provides financial assistance to students in Sabah who wish to pursue higher education. According to Chris, this award reduces the financial burden on students and encourages young people in Sabah to strive for success in their SPM examinations. Chris aims to graduate with a Bachelor’s Degree in Chemical Engineering and contribute to our country’s progress in oil and gas research and development. Chris encourages all young people to work hard with dedication, and a passion for learning.

Ennrique Esmilandro Venson from Kota Marudu, is a Foundation in Science student at University Malaysia Sabah. His dream is to become a sports medicine doctor and orthopaedic surgeon. He credits time management for his success, spending at least eight hours daily on study and eight hours on sleep. He acknowledged Yayasan Sabah Group for the ABCNS scholarship. He hopes to make a difference in society with his knowledge and his parents for their support and sees the scholarship award as a shared achievement.

Muhammad Ilham bin Zulfikkah expresses his gratitude for the scholarship he received. He believes it opens doors for Sabahan youths, especially those pursuing their desired fields of study. Ilham emphasises the importance of a positive attitude, effective time management, and suitable study techniques. He hopes to become a neurologist and serve Sabah’s health sector, thanking the Sabah State Government and Yayasan Sabah Group and his parents, teachers, and friends for their unwavering support.

Muhammad Ammar Haziq bin Abdul Malek, an aspiring engineer from Tawau, is thrilled to receive the ABCNS award. He believes that Yayasan Sabah Group is doing an exceptional job by providing educational opportunities and facilities for young people. He thinks this award can help young individuals pursue excellence, contribute to the development of the State, and cultivate young talents from Sabah. Ammar suggests discipline is crucial to achieving goals and finding motivation to study. He thanked his parents, friends, the Sabah State Government and Yayasan Sabah Group for this valuable opportunity.

The Yayasan Sabah Group is fully committed to empowering the youth of Sabah through a range of measures, including providing extra incentives to outstanding students, upgrading educational facilities, and introducing new courses that align with the current developmental needs of Sabah. This bold initiative is crucial in cementing Sabah’s position as a leading educational hub in Malaysia and on the global stage. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

9


Perasmian

Fokus Pembangunan Modal Insan

Kumpulan Yayasan Sabah akan terus memberi fokus kepada pembangunan modal insan bagi membawa perubahan kepada masyarakat luar bandar. Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar berkata, program-program yang dibawa oleh Kumpulan Yayasan Sabah adalah berpaksikan kepada Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Datuk Seri Dr. Jeffrey memotong reben sebagai simbolik perasmian Asrama PKS. Ketibaan Datuk Seri Dr. Jeffrey diiringi tarian sambut tamu dan kulintangan.

Ketibaan Datuk Seri Dr. Jeffrey disambut oleh Dato’ Sri Gulamhaidar.

“Pelan SMJ, hasil inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, antara lain menekankan keperluan untuk meningkatkan modal insan dan kesejahteraan rakyat. Atas komitmen ini, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menyokong agenda pembangunan SMJ dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negeri yang progresif dan berjaya,” jelas beliau. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Asrama Pusat Kraftangan Sabah (PKS) di Keningau pada 24 Julai 2023. Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan.

10

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dato’ Sri Wan Ahmad (tiga dari kiri) menyerahkan replika kunci asrama kepada Dato’ Sri Haji Ghulamhaidar (lima dari kiri) disaksikan oleh Datuk Seri Dr. Jeffrey (empat dari kiri).


“Dengan sokongan padu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dalam pembiayaan dana program sejak 2012, PKS memberi fokus kepada pembangunan modal insan dalam bidang kraf tangan,” kata beliau. “Bermula tahun 2021 pula, PKS telah mengorak langkah ke hadapan dengan penjenamaan semula program yang dijalankan iaitu Program Rural Integrated Craft Heritage atau RICH,” tambah beliau. “Program RICH ini memberi fokus kepada pembangunan dan pemantapan keusahawanan para peserta program. Menerusi program ini, para usahawan kraf tangan akan lebih mampan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran industri kraf tangan,” jelas beliau.

Datuk Seri Dr. Jeffrey menyampaikan ucapan.

Para tetamu di majlis berkenaan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

11


Datuk Seri Dr. Jeffrey meninjau Asrama PKS.

Sejak tahun 2011 hingga 2023, hampir 22,000 orang telah mendapat latihan di PKS dalam pelbagai bidang kraf tangan seperti batik, rotan, buluh, perkayuan dan sebagainya. Tambah beliau, “PKS juga bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi mendapatkan khidmat nasihat pakar serta kemahiran dan teknologi dalam bidang-bidang tertentu.” Menerusi Program Latihan Kraftangan dan Program RICH, PKS telah menyediakan platform kerjaya kepada bekas pesertanya. Pemandangan dari udara Asrama PKS.

12


Datuk Seri Dr. Jeffrey memeriksa bekalan air yang terdapat di Asrama PKS.

Pada tahun ini, PKS memperkenalkan satu lagi program baharu iaitu Program Penanaman Bahan Mentah yang akan memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar. Program ini melibatkan penanaman bahan mentah rotan dan buluh di kawasan tanah konsesi Yayasan Sabah, seluas 200 ekar. Inisiatif ini dijangka akan menjadi rantaian ekonomi yang berterusan dalam industri kraf tangan di samping menjamin kemampanan sumber bahan mentah berkenaan. Menurut beliau, apa yang jelas, program anjuran PKS telah berjaya menarik minat ramai beliabeliawanis seluruh Sabah sejak ia mula beroperasi pada 2012. “Maka dengan mengambil kira kebajikan para peserta dan penjimatan kos menyewa jangka panjang, tercetuslah idea untuk mendirikan asrama bagi menempatkan para peserta PKS,” kata beliau.

“Terdapat bekas peserta yang kini menjadi tenaga pengajar dalam bidang kraf tangan, tidak kurang juga yang menjadi usahawan kraf. Ada juga bekas peserta kita yang melanjutkan pelajaran di Institut Kraf Negara di Rawang, Selangor. Inilah pulangan yang ingin kita lihat di mana masyarakat kita berdikari dan berjaya keluar daripada kekangan ekonomi masing-masing,” kata beliau.

Datuk Seri Dr. Jeffrey selepas menanam pokok Trompet Mawar.

Asrama tiga tingkat ini mempunyai dua buah blok lelaki dan wanita yang mampu menempatkan seramai 200 orang penghuni dalam satu-satu masa. Setiap blok asrama dilengkapi dengan 23 buah bilik dengan kemudahan surau, ruang dobi serta pantri. Tidak dilupakan juga, asrama ini turut dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi memudahkan golongan ini menggunakan fasiliti yang ada. Pembinaan asrama ini menelan kos sebanyak RM17.67 juta menerusi pembiayaan ICU. Pembinaannya bermula pada 6 Mei 2021 dan telah disiapkan mengikut jadual dalam tempoh 24 bulan pada 3 Mei 2023. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pembantu Menteri Kerja Raya II merangkap ADUN N40 Bingkor, Datuk Robert Tawik, Ahli Parlimen P181 Tenom, Tuan Riduan Rubin, Pengerusi Sabah Energy Corporation merangkap ADUN N41 Liawan, Datuk Annuar Datuk Ayub, Ketua Pengarah ICU, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Makhzan bin Mahyuddin, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Encik Samsul bin Dollah, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Pegawai dari Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Wan Ahmad menyempurnakan penanaman pokok Trompet Mawar.

Dato’ Makhzan menyempurnakan penanaman pokok Trompet Mawar.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13


In a spirited rendezvous that underscores the unparalleled richness of Borneo’s heartland, Yayasan Sabah Group has enthusiastically took part in a two-day exposition coinciding with the International Conference of The Heart of Borneo (HoB). With the resonating theme, “An Ecosystem That Provides,” the event unfolded its grandeur within the esteemed confines of the Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu. The calendar dates of August 23 and 24, 2023, etched the itinerary for this momentous event. The Deputy Chief Minister 1 cum State Minister of Agriculture and Fisheries, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan officiated the event on behalf of the Chief Minister of Sabah. Under the roof of HoB, a spectacular array of booths flourished, brimming with enthralling narratives and

interactive engagements tailored for the public’s indulgence. Visitors revelled in the opportunity to partake, seizing opportunities to enrich their understanding and secure prized mementoes. The atmosphere hummed with collective consciousness and connection, all unified by an unwavering devotion to shared environment awareness and conservation efforts. Amid this rich tapestry of environmental celebration, the spotlight focused on Yayasan Sabah Group’s exhibition booth. Here, the spotlight converged on the DaMaI Rainforest Landscape, a jewel in Sabah’s crown. Encompassing an expanse that sprawls approximately a million hectares, this resplendent rainforest contains three pivotal conservation realms: the revered Danum Valley, the enigmatic Maliau Basin, and the rugged Imbak Canyon conservation areas.

Engagement flourishes at the booth…The Yayasan Sabah Group booth was the centre of attention, with visitors engaged in lively discussions and admiration for the ecological wonders on display. The atmosphere was dynamic and exciting.

14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Datuk Seri Dr. Jeffrey (second from right) receiving a memento from the Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar at the Yayasan Sabah Group’s exhibition booth. Looking on are the Chief Conservator of Forests, Datuk Frederick Kugan (right) and the Group Manager of Conservation and Environmental Management Division, Dr. Waidi Sinun (second from left).

With bated breath, Yayasan Sabah Group anticipates the continued ardour of championing the cause of conservation. As the echoes of this extraordinary event continue to reverberate, may it inspire and propel our endeavours to safeguard these invaluable sanctuaries.

Recognising the significance of preservation…Sabah Softwoods Berhad Sustainablity Manager, Tuan Haji Mohd. Hafizzul Samatu presenting a paper entitled “Conservation Tourism-An Opportunity for Co- existing with Elephants.”

The rich and diverse world of mushrooms… Associate Professor Dr. Jaya Seelan A/L Sathiya Seelan from University Malaysia Sabah talks about “Bornean Mushroom Biodiversity.”

Safeguarding ecological richness while meeting people’s needs… Sabah Softwoods Berhad CEO, Datuk Haji Mohd. Daud bin Tampokong addressing the audience on the topic of “Balancing Biodiversity Conservation and Sustainable Development through the Living Landscape Approach: Case Studies from Malaysia.”

Conference unveils thought-provoking discourse… DaMaI Officer Encik Mohd Azizi Mohd Asri presented a paper entitled “Anti-Poaching Measures within DaMaI Landscape: DaMaI Patrolling (Enforcement and Monitoring) Initiative.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


KUMPULAN YAYASAN SABAH

PERKASAKAN KOMITMEN TERHADAP PENYELIDIKAN HUTAN

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri), Datuk Frederick (dua dari kiri) dan Datuk Dr. Glen (dua dari kanan) menandatangani dokumen lanjutan MoU sambil disaksikan oleh Datuk Abidin (berdiri, tiga dari kiri) dan Mr David (berdiri, tiga dari kanan). Turut dalam gambar ialah Encik Hanafiah (tiga dari kanan), Dr. Waidi (kiri) dan Dato’ Henry (kanan).

Dalam usaha untuk mengukuhkan komitmennya terhadap penyelidikan hutan yang berimpak tinggi, Kumpulan Yayasan Sabah telah menandatangani Memorandum Persefahaman (Lanjutan) dengan South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP) untuk Program Penyelidikan dan Latihan Lembah Danum pada 28 Julai 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre. Menandatangani bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah ialah Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman sebagai saksi. Manakala itu, Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum (DVMC) diwakili oleh Pengerusinya merangkap Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan dan Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar Kumpulan Yayasan Sabah merangkap Setiausaha DVMC, Dr. Waidi Sinun sebagai saksi. SEARRP diwakili oleh Pengarahnya, Datuk Dr. Glen Reynolds dan Lembaga Pemegang Amanah SEARRP, Dato’ Henry Barlow sebagai saksi.

Majlis penandatanganan perjanjian persefahaman tersebut disaksikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir dan Konsul Kehormat British di Sabah, Mr David Powell. Dalam ucapannya Datuk Abidin berkata, Program Penyelidikan dan Latihan Hutan Hujan Tropika Lembah Danum telah dijalankan sejak 1984 sebagai sebahagian daripada usaha kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia Sabah dan The Royal Society, United Kingdom. “Sejak itu, tujuh memorandum persefahaman telah ditandatangani bagi meneruskan kolaborasi tersebut,” katanya. “Dalam pemeteraian MoU kali ketujuh (2015 - 2020), The Royal Society diwakili oleh SEARRP untuk mengawal selia Program Penyelidikan Hutan Hujan Tropika Asia Tenggara, yang berpusat

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri), Datuk Frederick (dua dari kiri) dan Datuk Dr. Glen (dua dari kanan) menunjukkan dokumen yang ditandatangani sambil disaksikan oleh Datuk Abidin (empat dari kiri) dan Mr David (tiga dari kanan). Turut dalam gambar ialah Encik Hanafiah (empat dari kanan), Dr. Waidi (kiri) dan Dato’ Henry (kanan). 16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


di Kawasan Konservasi Lembah Danum (DVCA),” jelas Datuk Abidin.“Seperti mana MoU yang telah ditandatangani sebelum ini, MoU ini bertujuan untuk melatih para saintis muda Sabah dalam penyelidikan alam sekitar tropika untuk menyumbang kepada pembangunan sains Hutan Hujan Tropika Asia Tenggara, pengurusan hutan dan strategi pemuliharaan, yang melibatkan lebih daripada 140 orang penyelidik antarabangsa,” ujar beliau. Pada majlis itu, Datuk Abidin turut melancarkan buku bertajuk ‘Water and The Rainforest in Malaysian Borneo: Hydrological Research at the Danum Valley Field Centre’ oleh Profesor Ian Douglas. Buku ini mengisahkan tiga puluh tahun pengajian hidrologi beliau di DVCA.

Acara disusuli dengan seminar Program Penyelidikan dan Latihan Lembah Danum yang disertai oleh 80 orang penyelidik daripada pelbagai jabatan, agensi, organisasi dan institusi termasuk Kumpulan Yayasan Sabah, Universiti Teknologi MARA Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, World Wide Fund for Nature Malaysia, dan lain-lain. Seminar tersebut bertujuan untuk menekankan usaha penyelidikan dan latihan di DVCA untuk pemuliharaan biodiversiti dan pembangunan mampan.

Datuk Abidin melancarkan buku ‘Water and The Rainforest in Malaysian Borneo: Hydrological Research at the Danum Valley Field Centre’.

Antara peserta yang hadir dalam seminar berkenaan.

Dr. Arthur Chong dari Jabatan Perhutanan Sabah menyampaikan ceramah kepada para peserta. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

17


Shangri-La in the forest…Maris forest…Maris Camp, where survey participants converged during the survey.

Shangri-La in the forest… Maris Camp, where survey participants converged before the survey.

The first Innoprise-IKEA Tropical Forest Rehabilitation Project (INIKEA) Resources & Wildlife Survey 2023, conducted from 7 to 20 August 2023, was a groundbreaking survey designed to traverse a vast area, an essential milestone in the continuing conservation efforts in Sabah. The Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, commented, “The Resources & Wildlife Survey is not just about data collection. It’s about creating a sustainable blueprint for the land and the rich biodiversity it hosts. We envision the INIKEA Strategic Management Plan as the beacon guiding our steps towards preserving and uplifting this precious area. Our vision is clear: a conserved, thriving ecosystem that benefits nature and humanity.”

INIKEA RESOURCES & WILDLIFE SURVEY 2023 Guiding Future Conservation Initiatives The survey’s objectives include compiling data for the INIKEA Strategic Management Plan, documentation of wildlife abundance and distribution, assessing potential threats such as poaching, forest fires, and impacts from surrounding land use, determining possible tourism developments and Identifying research questions for future explorations. Dato’ Sri Haji Gulamhaidar added, “The survey’s magnitude mirrors the significance of our objectives. With over 150 participants, including eminent researchers, government agencies, and supporting personnel, we aim to leave no stone unturned.” Ten campsites were identified for the survey, with participants allocated to ensure comprehensive coverage within a 2.5 km radius.

Exploring the unknown…The INIKEA Resources & Wildlife Survey 2023 participants.

18


Nature’s artistry in feathered diversity… Survey participants discovered a plethora of exotic birds.

Spearheaded by the Sabah Wildlife Department, the Organising Committee comprises distinguished members, including Sabah Forestry Department, Sabah Wildlife Department, Sabah Parks, Sabah Museum, HUTAN-KOCP, WWF-Malaysia, Sabah Environmental Trust, and various universities. After the conclusion of the survey, a briefing was held on 19 August 2023 at INIKEA’s Maris Camp to spotlight the findings. The INIKEA collaboration dates back to 1998 and was initiated following an agreement between Innoprise Corporation Sdn. Bhd. and the Sow-A-Seed Foundation. With an area spanning 14,300 ha in the Sungai Tiagau Forest Reserve, INIKEA is a testament to sustainable forest rehabilitation. The project’s core lies in aiding the recovery of degraded forests. Dato’ Sri Haji Gulamhaidar remarked, “Through INIKEA, we are not just planting trees. We are planting hopes for future generations. By reintroducing native tree species lost to logging and fire, we’re reviving the heartbeats of these forests.”

INIKEA’s success is monumental, and it’s the most extended active forest and one of Malaysia’s most expansive enriched planted areas. “The INIKEA model represents the kind of sustainable development we envision for the state and potentially other concession areas within Yayasan Sabah,” stated Dato’ Sri Haji Gulamhaidar. However, a gap remains. “Despite its successes, the INIKEA area remains largely uncharted regarding wildlife diversity. This survey is vital to understand our progress and the life that now thrives in the rehabilitated forests,” concluded Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Lost in the wilderness of curiosity… Survey participants were engaging in thorough data compiling of the forest surrounding INIKEA.

19


SPOTLIGHT-VOICES FROM THE WILD Insights from Participants

Embarking on a journey deep within the heart of Sabah’s biodiverse rainforests, we had the privilege to engage in conversations with some of the remarkable individuals who were at the forefront of the Innoprise-IKEA Tropical Forest Rehabilitation Project (INIKEA) Resources & Wildlife Survey 2023. This survey, has brought together a diverse team of experts with a shared passion for preserving and understanding the rich tapestry of life that thrives within INIKEA’s rejuvenated landscapes. Through interviews with Puan Amanda Shia, a dedicated member of the Kinabatangan Orangutan Conservation Programme (KOCP) from HUTAN, Dr. Spencer Magindol and Encik Mohd Ariff Hilmy Rabuni from UiTM, Encik Cafasso Theodore Tappa from World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia, and Encik Mohd Soffian Abu Bakar from the Sabah Wildlife Department, we gained profound insights into

Dr. Spencer (left) reaching out for a Wild Tarap (Marang), possibly eaten by Sun Bear at Site 9 Maris.

the meticulous techniques used to capture the essence of wildlife diversity, assess potential threats, and promote responsible tourism while unravelling the mysteries of nature. Let’s hear from dedicated individuals illuminating the path to coexist with nature. INIKEA’s revitalised landscapes thrive with life, inspiring us to protect these ecosystems for future generations. Amanda situates us at the heart of their operations-Marimba Camp, nestled within areas undergoing rehabilitation phases. “We intended to collect wildlife data and compare the biodiversity across these stages, utilising the knowledge of our rangers and scientists,” she explains. A meticulous approach unfurls in their research mechanisms, encompassing camera traps, mist nets, and small mammal traps. “We monitor, capture, and release various species in

Amanda (third from left) and her team assembling camera traps placement at Site 10, Marimba.

Encik Mohd Ariff (left) and his team examining animal footprints at Site 8, Sg. Sumagas.

20


their natural habitats, complemented by recce walks, night surveys, and other pragmatic methods to document wildlife status and population trends,” Amanda reveals. Dr. Spencer envisions a broader horizon that bridges understanding and conservation within natural areas, particularly from a tourism perspective. “This area has witnessed logging and degradation from wildfires,” he acknowledges, underscoring the opportunity for large-scale rehabilitation efforts to inspire restoration and education. He elaborates on their methodology, weaving observation, field visits, and comprehensive research to unearth the region’s resources, tourism potential, and geomorphological gems. “Caves, boulders, and hydrological resources like waterfalls and rivers hold immense value, attracting local visitors and tourists. Understanding the diverse wildlife is also crucial,” he adds. Cafasso Theodore Tappa ushers us into the heart of discovery, detailing their encounters with remarkable species such as Civets, Clouded Leopards, Deer, and Porcupines. Their arsenal – camera traps, mist nets, and night surveys manifests their commitment to documenting wildlife in their natural habitat. Envisaging INIKEA as a realm for research and tourism, Encik Mohd Ariff weaves a narrative of hope. “The forest is healing and vibrant, supporting diverse species like deer, birds, and squirrels. The thriving plant life is a testament to a balanced ecosystem,” he emphasises. Encik Mohd Soffian reveals a multifaceted approach. “Our team of eleven is divided into two groups, each playing a unique role,” he explains. “Setting up camera traps and mist nets captures essential data on wildlife behaviour, population dynamics, and habitat preferences, driving the development of INIKEA’s Strategic Management Plan.”

Encik Cafasso (left) setting up a small animal trap at Site 1 (unnamed).

These voices, resonating from within Sabah’s lush embrace, unveil a symphony of dedication, exploration, and preservation. They invite us to witness the wilderness through their eyes, drawing us closer to the harmony between humanity and the natural world. The experts agree that INIKEA’s potential for research and tourism is vast and unexplored. The journey undertaken by these dedicated individuals is one that not only uncovers the secrets of the wild but also paints a vibrant picture of what conservation in action can achieve. Each data point collected adds a new layer to the narrative of Sabah’s biodiversity, igniting hope and nurturing a harmonious relationship between humanity and the natural world.

Encik Mohd Soffian and his team setting up a camera trap at Site 5 (unnamed).

21


TEMPAH KEMUDAHAN SUKAN @ KOMPLEKS SUKAN TUN ADNAN SECARA DALAM TALIAN

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) menyempurnakan pelancaran aplikasi GoNet sambil disaksikan oleh Datuk Jasnih (empat dari kanan) dan Datuk Jaffari (dua dari kiri).

Kompleks Sukan Tun Adnan (KSTA) bergerak setapak lagi dengan peralihan kepada sistem tempahan secara dalam talian melalui aplikasi GoNet. Majlis pelancaran aplikasi dalam talian ini disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar pada 3 Ogos 2023 di Arena Futsal, KTSA. KSTA diuruskan oleh Innoprise Capital Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah. Pada majlis tersebut, Kumpulan Yayasan Sabah melalui Innoprise Capital Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian perkhidmatan dengan GoNet Holdings Sdn. Bhd., bagi penggunaan aplikasi GoNet. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya, Pengerusi Lembaga Pengarah Innoprise Capital Sdn. Bhd., Datuk Jaffari Walliam, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Innoprise Capital Sdn. Bhd., Ketua-ketua Bahagian dan Anak-anak Syarikat Kumpulan Yayasan Sabah.

Duduk dari kiri: Puan Ong Cheau Ying, Datuk Jaffari Walliam, Dr. James dan Puan Evelyn John menandatangani dokumen perjanjian perkhidmatan sambil disaksikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar dan Datuk Jasnih.

Datuk Jaffari Walliam dan Dr. James menunjukkan dokumen yang telah ditandatangan. Turut dalam gambar Dato’ Sri Haji Gulamhaidar dan Datuk Jasnih.

22

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Menurut Datuk Jaffari, “Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikat milik penuhnya, Innoprise Capital Sdn. Bhd., melancarkan aplikasi GoNet bagi membolehkan tempahan fasiliti dan kemudahan sukan di KSTA dibuat secara dalam talian. Pelancaran sistem ini juga merupakan usaha pendigitalan Kumpulan Yayasan Sabah bersama GoNet Holding Sdn. Bhd., untuk menaiktaraf sistem tempahan secara manual kepada dalam talian dan sistem bayaran tanpa tunai menerusi aplikasi GoNet,” jelas beliau. GoNet Holding Sdn. Bhd. ialah syarikat Teknologi Kewangan (Fintech) pertama yang membekalkan perkhidmatan tempahan sukan secara dalam talian dan mempunyai lesen daripada Bank Negara Malaysia bagi pengeluar e-wallet bukan bank yang diluluskan serta dilesenkan untuk melaksanakan kutipan pembayaran dan transaksi wang secara dalam talian. “Menerusi perkhidmatan tempahan dalam talian ini, pelanggan dapat menjimatkan masa kerana tempahan boleh dibuat melalui aplikasi GoNet pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja,” kata Datuk Jaffari.

Antara jemputan yang hadir.

“Penggunaan sistem tempahan secara dalam talian ini adalah satu usaha dan perubahan bagi menambah baik tadbir urus kerja mengikut arus pemodenan teknologi masa kini. Oleh itu, pendekatan ini secara langsung menyokong usaha kerajaan negeri dengan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan fasiliti sukan di Sabah,” tambah Datuk Jaffari. Dengan termeterainya Perjanjian Perkhidmatan selama lima tahun antara Kumpulan Yayasan Sabah melalui Innoprise Capital Sdn. Bhd. dan GoNet Holding Sdn. Bhd., aplikasi tempahan dalam talian ini diharapkan dapat melancarkan proses tempahan kemudahan sukan di mana para pengguna hanya memerlukan rangkaian internet untuk membuat tempahan bila-bila masa sahaja. Sistem ini juga adalah usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam memaksimumkan penggunaan fasiliti dan kemudahan sukan di KSTA dan menjadikan sistem pengurusan tempahan dan bayaran semakin efektif dan proaktif serta dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pengguna. Dalam majlis itu, Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Datuk Jaffari selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Innoprise Capital Sdn. Bhd., dan Setiausaha Syarikat Innoprise Capital Sdn. Bhd., Puan Ong Cheau Ying sebagai saksi. Manakala GoNet Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarah Urusan, Dr. James Yong Chau Leong dan Pengarah GoNet Holdings Sdn. Bhd., Puan Evelyn John Ganjos sebagai saksi.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

23


KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK HUTAN Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) dan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah telah menganjurkan Program Penanaman 100 Juta Pokok Hutan pada 21 Jun 2023 bertempat di Ladang Keruing, Benta Wawasan Sdn. Bhd., Tawau. Perasmian program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Konservator Hutan (Operasi), Encik Musa Salleh. Turut hadir pada program tersebut ialah pegawai-pegawai Perhutanan Daerah, Pengurus Besar BWSB, Encik Chu Chee Ming dan barisan Pengurusan berserta Ahli Jawatankuasa program dan staf BWSB. Kempen ini telah dilaksanakan di seluruh negara sejak 5 Januari 2021 dan berlangsung selama lima tahun, 2021-2025. Bertemakan “Pokok Kita, Kehidupan Kita,” Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mempromosi dan menggalakkan penglibatan pelbagai pihak demi menjayakan kempen tersebut.

Encik Musa (berbaju hijau) memotong reben simbolik perasmian Program Penanaman 100 Juta Pokok Hutan sambil disaksikan oleh Encik Chu (enam dari kiri) serta barisan Pengurusan BWSB.

Objektif kempen ini antaranya, mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara. Atas kesedaran terhadap kempen ini, BWSB telah pun menanam sebanyak 26,920 benih pokok jenis kayu jati di kawasan seluas 42.22 hektar dan komited untuk menanam sebanyak 13,286 anak benih pokok di kawasan seluas 20.44 hektar untuk tahun 2023. Semoga objektif ini akan dapat direalisasikan dengan jayanya.

COMPLIANCE CERTIFICATE AWARD 2022

Encik Chu (baris depan, dua dari kanan) menerima Compliance Certificate Award 2022 daripada Datuk Seri Haji Hajiji sambil disaksikan oleh Datuk Frederick (baris depan, kiri).

Pada 26 Jun 2023, bersempena Malam Apresiasi Perhutanan Tahun 2023 bertempat di Ballroom, The Magellan Sutera, Kota Kinabalu, telah berlangsung majlis penyerahan Compliance Certificate Award 2022. Penyerahan sijil ini diberikan kepada pemain industri dan syarikat yang berkelayakan yang mematuhi syarat-syarat yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan mencapai kemajuan yang membanggakan.

24

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pada majlis yang sama, BWSB telah menerima sijil tersebut yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid dan Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan. Compliance Certificate Award ini telah diserahkan kepada Pengurus Besar BWSB, Encik Chu Chee Ming. Tahniah diucapkan kepada BWSB, semoga terus berkembang maju pada tahun-tahun akan datang.


PENGARAH YAYASAN SABAH rasmi MANIS 2023

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar ketika berucap merasmikan MANIS.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan anugerah kepada Mantan Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha Limauan, Dr. Rapihi bin Derim @ Wasihim.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan anugerah kepada Pengetua Cemerlang, Jusa C, SMK Majakir, Tuan Haji Abdul Aziz Mohamed Zain.

Pada 20 September 2023 bertempat di Hotel Raia Kota Kinabalu, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar telah menyempurnakan Majlis Anugerah Inspirasi (MANIS) 2023. Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Papar tersebut diadakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pentadbir serta guruguru di daerah Papar yang telah bertungkus-lumus mendidik para pelajar sehingga membawa kejayaan dalam pencapaian akademik. Dalam ucapan beliau, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan MANIS sebagai satu wadah dalam mengangkat agenda pendidikan negeri di samping meningkatkan prestasi pendidikan daerah Papar. Seramai 110 orang guru-guru dari daerah Papar menerima anugerah masing-masing pada majlis tersebut. Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Encik Bakri Sudin menyampaikan cenderakenangan kepada Dato’ Sri Haji Gulamhaidar selepas perasmian program.

Gambar berkumpulan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bersama pegawai pendidikan dan warga pendidik daerah Papar. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25


MBJ

Kumpulan Yayasan Sabah

Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) siri 3 bagi tahun 2023 telah diadakan pada 5 September 2023 di Menara Tun Mustapha. Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi MBJ, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar mengalu-alukan kehadiran semua dan sempat mengucapkan tahniah kepada semua Wakil Pekerja kerana telah menjalankan amanah dengan baik. Mesyuarat MBJ ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat Wakil Pekerja untuk memperbaiki serta menaik taraf keperluan organisasi pada masa hadapan. Pelbagai isu yang melibatkan kebajikan staf dibincangkan pada mesyuarat tersebut. Isu-isu berkenaan dibincangkan dalam suasana harmoni sesuai dengan tujuan MBJ iaitu mewujudkan hubungan yang rapat antara Pengurusan dengan staf. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Puan Felicia P.J. Matayun, Pengurus Kumpulan, Bahagian Perhutanan, Dr. Esther Li serta Wakil Pengurusan dan Wakil Pekerja.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tujuh dari kiri) mempengerusikan mesyuarat MBJ.

Mesyuarat diakhiri dengan gambar berkumpulan Wakil Pekerja bersama Pengerusi dan Wakil Pengurusan.

26

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Datuk Jasnih memotong kek ulang tahun yang disediakan khas oleh Sabah International Convention Centre (SICC) sambil disaksikan oleh sebahagian Ketua-ketua Bahagian dan staf ICSB.

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran

Pengerusi Eksekutif ICSB

Sambutan ulang tahun kelahiran Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih bin Daya di Aras 7, Wisma Innoprise pada 18 September 2023 dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian ICSB. Walaupun disambut sedikit lewat dari tarikh ulang tahun sebenar pada 15 September 2023, sambutan ini amat bermakna sebagai tanda ingatan staf ICSB kepada Pengerusi Eksekutif ICSB.

Kunjungan hormat

PUSAT KREATIF EKONOMI DAN INOVASI SABAH (SCENIC) KE KUMPULAN YAYASAN SABAH Rombongan SCENIC telah mengadakan kunjungan hormat yang disambut oleh Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi Haji Ismail pada 18 September 2023 bertempat di Menara Tun Mustapha. SCENIC adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang bernaung di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dalam memacu industrI melalui keusahawanan berteraskan inovasi, teknologi dan inovasi serta ruang kreatif. Kunjungan hormat ini memberi peluang kepada Pengurusan SCENIC mengetahui operasi Pejabatpejabat Zon di samping memperkukuhkan ikatan silaturahim dengan Kumpulan Yayasan Sabah. SCENIC berhasrat untuk berkolaborasi dengan Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat-pejabat Zon pada masa akan datang. Kerjasama ini diharap agar kedua-dua pihak dapat membantu membina ekonomi tinggi melalui kaedah memupuk inkubator, bakat kreatif, pembuat, inovator melalui inisiatif pembangunan keupayaan inklusif, menghubungkan bakat-bakat bertaraf global dengan pihak berkepentingan untuk memacu industri di Sabah, menyalurkan teknologi baharu untuk meningkatkan

Gambar berkumpulan. Rombongan SCENIC diketuai oleh Penasihat SCENIC, Dr. Sharifah Nurafizah Syed Annnuar (empat dari kiri), Puan Uliantie Sarjuni (dua dari kiri) dan Puan Larainn Jaminih (kiri). Manakala Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Encik Zulkhairi (tiga dari kanan), Pengurus Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Izan binti Awang Razli, Pegawai Tadbir dan Pembantu Pegawai Tadbir, Pejabat Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Mohd. Fairuz bin Haji Mohd. Yussof (dua dari kanan) dan Encik Mohd. Iqbal bin Mohd. Kalid (kanan).

pengeluaran industri, bekerjasama dengan pihak berkepentingan di dalam ekosistem untuk menghasilkan impak yang lebih besar dan memperkasakan ekosistem kreatif dan inovatif di Sabah di semua sektor. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27


“BATIK SABAH

DI PENTAS PERAGAAN MISS WORLD MALAYSIA 2023”

menjadikan rekaan tersebut elegan dan eksklusif.

Peragaan fesyen batik di pentas Miss World Malaysia 2023 bersempena dengan Hyperlive Festival Malaysia 2023 amat bermakna kepada Pusat Kraftangan Sabah (PKS) yang mana di pentas ini, PKS telah menjadi penaja pakaian batik para ratu cantik yang bertanding dalam Miss World Malaysia 2023. Acara ini telah berlangsung pada 25 Ogos 2023 bertempat di SICC, Kota Kinabalu. Koleksi pakaian Batik Sabah yang diperagakan oleh PKS merupakan inspirasi daripada kepelbagaian budaya yang terdapat dalam Negeri di Bawah Bayu dan direka oleh anak jati Sabah sendiri. Elemen yang ditonjolkan dalam rekaan gaun yang diperagakan oleh para ratu cantik pada malam kemuncak Miss World Malaysia 2023 juga memfokuskan kepada motif-motif etnik tempatan Sabah di samping corak flora dan fauna yang

PKS berbangga atas penyertaan kali kedua dalam acara yang berprestij ini. Peluang menaja koleksi pakaian Batik Sabah di pentas Miss World Malaysia 2023 membuka peluang kepada industri pembuatan Batik di Sabah khususnya untuk lebih dikenali oleh masyarakat di luar sana. Di samping berpeluang menaja pakaian Batik, PKS juga telah ditawarkan untuk mengadakan pameran dan jualan kraf tangan serta batik sepanjang acara berlangsung. Peluang mengadakan pameran dan jualan ini menjadi platform kepada usahawan seliaan PKS untuk mempromosikan produk sendiri di samping memberi pengalaman baru dalam selok-belok perniagaan. Menerusi program ini, ianya bukan sahaja memberikan pengalaman berguna kepada usahawan yang terlibat, malah turut memberi sumber inspirasi kepada pereka untuk menghasilkan rekaan pakaian batik yang lebih segar dan seiring dengan trend fesyen terkini.

Peserta pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia 2023 memperagakan koleksi pakaian Batik Sabah.

28

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Showcasing

Sabah’s Batik Heritage 10 SABAH INTERNATIONAL Expo 2023 at the

th

The Sabah International Convention Centre (SICC) was abuzz with excitement as it hosted the 10th Sabah International Expo 2023 (SIE2023) from 21 to 24 September 2023. Among the exhibitors, Yayasan Sabah Group was highlighted, proudly showcasing its rich heritage through the Batik Bayu brand. The Yayasan Sabah Group’s presence at SIE2023 was a testament to its commitment to promoting and preserving Sabah’s cultural heritage. The booth, adorned with intricate batik designs and vibrant colours, has captivated visitor’s attention from far and wide. At the heart of the exhibit was Batik Bayu, a product line crafted by Kristal Handal Sdn. Bhd., a wholly-owned subsidiary of Yayasan Sabah Group. Batik Bayu, synonymous with fine quality Sabah Batik, encapsulates the essence of Sabah’s cultural tapestry. The Batik Bayu brand represents the harmonious blend of tradition and modernity, preserving the age-old art of batik-making while infusing contemporary elements to cater to a global audience. Visitors to the Yayasan Sabah Group’s booth had the opportunity to witness the collection on display ranges from traditional motifs that pay homage to Sabah’s indigenous communities to modern interpretations that reflect the dynamic spirit of the State. The vibrant colours and exquisite detailing in each piece truly celebrate Sabah’s diverse cultural heritage. Beyond its aesthetic appeal, Batik Bayu also serves as a vehicle for economic empowerment. The Yayasan Sabah Group’s commitment to sustainable development is evident in its support for local communities involved in the batik-making process. As the curtains rise on the SIE2023, the Yayasan Sabah Group invites visitors to immerse themselves in the rich tapestry of Sabah’s batik heritage. It’s an experience that showcases the past and promises a vibrant future for this exquisite art form. Through Batik Bayu, Yayasan Sabah Group’s preservation commitment is a shining example of Sabah’s contribution to Malaysia’s cultural mosaic.

The fine Batik Bayu collection on display at the Yayasan Sabah Group exhibition booth.

Minister of Industrial Development & Entrepreneurship, Tuan Phoong Jin Zhe (seated) expressing his appreciation to Yayasan Sabah Group for supporting SIE2023.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

29


tarik PELANCONGAN BUDAYA PKS berasaskan SENI KRAF WARISAN & ETNIK

Lagak istimewa para peserta MIM2023 ketika tiba di bangunan PKS.

Selaras dengan usaha kerajaan dalam mempromosikan produk pelancongan di negeri Sabah, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) telah memilih Pusat Kraftangan Sabah (PKS) sebagai salah satu lokasi lawatan Miss International Malaysia 2023 (MIM2023) - Rural Community Experience pada 26 September 2023 dan Program Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia Sabah 2023 pada 28 September 2023.

Tenaga Pengajar Kursus Gentian Kaca dan Epoksi, PKS, Encik Masiul Kazul (kanan) menerangkan kepada peserta MIM2023 berkenaan produk inovasi meja kayu dan epoksi.

PKS turut berasa berbesar hati atas peluang penaja rasmi tersebut yang berbentuk penajaan aksesori fesyen iaitu tas tangan gabungan batik, buluh dan pandan yang bakal diperagakan oleh kesemua 20 orang peserta MIM2023 sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan kehalusan seni kraf tempatan selain memperkenalkan keunikan budaya yang terdapat di daerah Keningau di pentas antarabangsa.

Puan Vivian (duduk, belakang, lima dari kanan) bergambar kumpulan bersama peserta MIM2023 di galeri pameran kraf tangan PKS.

Selain itu, rombongan Program Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia Sabah yang terdiri daripada 20 orang pengamal media daripada seluruh negara tersebut turut berfokus kepada mempromosikan produk pelancongan di daerah-daerah seperti Keningau, Kuala Penyu dan Tenom.

30

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Para pelawat telah disambut oleh Pemangku Pengurus Kumpulan, PKS, Puan Vivian Evans dan diberikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan PKS sebelum mereka terlibat pada pelbagai aktiviti interaktif kraf yang telah disediakan sebagai sajian pengalaman handson para pelawat. Yang menarik, peserta MIM2023 juga berkesempatan mencuba memasak sajian makanan tradisi daripada suku kaum Dusun Bingkor, Keningau di samping memperagakan pakaian batik daripada PKS. Program seumpama ini bukan sahaja dapat merancakan aktiviti pelancongan di daerah Keningau malah juga sebagai pemangkin kepada peningkatan aktiviti ekonomi para pengkraf tempatan seterusnya menempa nama melalui kehalusan hasil kerja tangan mereka. Diharapkan agar PKS terus maju ke hadapan sebagai lokasi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Peserta MIM2023 meneliti tanaman yang ditanam di nurseri PKS.

Peserta MIM2023 mencuba bakat memasak masakan tradisi tempatan.

Puan Vivian (kanan) menerangkan produk kraf tangan hasil buatan pelatih PKS kepada rombongan media.

Penolong Jurutera Mekatronik PKS, Encik Azizul Abd. Rajak (dua dari kiri) memberikan taklimat proses mencetak tekstil digital kepada rombongan media.

Gambar kumpulan rombongan media bersama Puan Vivian (baris depan, lima dari kanan). BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

31


Kunjungan Hormat

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR Pada 16 Ogos 2023, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar telah menerima kunjungan hormat seramai enam orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Papar. Rombongan tersebut yang diketuai Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Encik Bakri bin Sudin telah menyampaikan hasrat untuk bekerjasama dengan Kumpulan Yayasan Sabah bagi membantu pelajarpelajar yang kurang berkemampuan khususnya di daerah Papar dengan mengambil peluang program dan perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah. Beliau juga memaklumkan program-program yang akan diadakan dan dalam masa yang sama menjemput kehadiran Pengarah Yayasan Sabah pada program-program tersebut. Encik Bakri mengulas dengan kehadiran Pengarah Yayasan Sabah nanti dapat memeriahkan lagi suasana memandangkan beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat disenangi oleh penduduk daerah Papar.

Sesuatu yang mencuit hati Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) semasa sesi taklimat oleh Encik Bakri (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bergambar bersama rombongan Pejabat Pendidikan Daerah Papar, Pengurus Kumpulan Bahagian Tenaga dan Fasiliti Kumpulan Yayasan Sabah, Ir. Tuan Haji Rohan bin Haji Ahmat (kiri) dan Pengurus Kanan Unit Hartanah Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Awangku Nazaruddin bin Datuk Pg. Hussein (kanan) semasa lawatan di Aras 18 Menara Tun Mustapha.

32

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


LAWATAN KERJA TERAJU

ke GLOPEC

Delegasi daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang diketuai oleh Pengarah TERAJU, Encik Samsulkamar Mohamad Ali telah membuat lawatan kerja ke Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC) pada 5 Julai 2023. Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman dan Pegawai Tadbir Kanan, Pejabat Ketua Pegawai Operasi, Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Encik Stephen Jilimin.

Sesi perbincangan.

Encik Hanafiah (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Encik Samsulkamar.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

33


Kunjungan Hormat IAB Rombongan daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) cawangan Sabah yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pembangunan Pendidikan, Encik Indra Sahril Saynati telah membuat kunjungan hormat kepada Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) (ketika itu), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail pada 3 Julai 2023 bertempat di Menara Tun Mustapha. Antara objektif kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan pelaksanaan program Educational Management and Leadership Consultant Service (EMLeCS) dalam membangunkan potensi profesional dan kendiri staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Penyampaian cenderamata daripada Encik Indra sahril (lima dari kiri) kepada Encik Zulkhairi sambil bergambar bersama staf IAB dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Sesi perbincangan.

34

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Sumitomo and

Yayasan Sabah Group

paving Sustainable Energy Partnership

As a symbolic gesture of goodwill and partnership, tokens of remembrance were exchanged between Yayasan Sabah Group and Sumitomo Corporation, marking the beginning of a promising collaboration.

On 6 September 2023, a delegation from Sumitomo Corporation, Japan, led by Mr. Isao Nakamura, General Manager of Power Infrastructure Department No. 5, specialising in South East Asia sectors, embarked on a significant business mission. Their destination was the Yayasan Sabah Group, where they sought to collaborate through Jentayu Sustainables Berhad. The primary focus of this partnership lay in the realisation of mega hydropower projects, specifically the Telekosang Hydropower plant, boasting a capacity of 40MW situated along the scenic Telekosang River in Tenom, as well as the Oriole Hydropower plant, an impressive 170MW facility nestled along the banks of Hulu Padas and Maligan River. During this pivotal meeting, Yayasan Sabah Group expressed its eagerness to join hands with Sumitomo Corporation in the realm of renewable energy, encompassing hydropower, solar, and wind energy, among other promising avenues such as carbon trading. It is worth noting that Yayasan Sabah Group shares a historic collaboration with the Sumitomo Group, dating back to the 1980s, specifically through Sumitomo Forestry Co Ltd in the forestry sector. The Chief Operating Officer of Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Encik Douglas J. Joinol represented Yayasan Sabah Group on this occasion. The meeting also included key representatives from Jentayu Sustainables Berhad, led by its Chief Corporate Officer, Datin Noor Afzalinah Mohd Afzul Khan.

Present at the meeting was the delegation from Jentayu Sustainables Berhad and Sumitomo Corporation, (seated to the left side of the meeting table). BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

35


Gambar kenangan bersama rombongan daripada Balai Seni Lukis Sabah.

LAWATI PKS Peserta Kursus Rural Integrated Craft Heritage (RICH) PKS, Puan Czra Vannesa Wong (dua dari kanan) memberikan penerangan berkenaan produk meja epoksi kepada Puan Sarah (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Pemangku Pengurus Kumpulan PKS, Puan Vivian Evans (kanan).

Sejak awal tahun 2023, Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah mula menerima kunjungan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan. Kunjungan seumpama ini amat memberangsangkan kerana ia secara tidak langsung menjadi medan promosi kepada PKS sebagai sebuah pusat pembangunan industri kraf tangan. PKS sangat mengalu-alukan kunjungan orang ramai ke pusat ini. PKS menawarkan pelbagai aktiviti demonstrasi kraf di bengkel-bengkel kraf tangan selain galeri-galeri yang boleh dilawati serta kedai kraf tangan Secret Bamboo Legacy yang dikendalikan oleh usahawan PKS. Diharapkan pada tahun ini, industri kraf tangan khususnya di Sabah semakin berkembang seterusnya dapat membantu memacu ekonomi para usahawan tempatan. Pada 10 julai 2023, PKS menerima lawatan daripada Balai Seni Lukis Sabah (BSLS) yang diketuai oleh Pengarah BSLS, Puan Sarah Elisya Ahmad Syah.

Para pelawat SIA bergambar kumpulan.

Pada 18 Julai 2023, para pelajar dan pensyarah Sabah Institute of Arts (SIA), Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke PKS. Dalam lawatan tersebut, mereka turut menyertai aktiviti interaktif kraf yang telah disediakan oleh PKS iaitu mewarnakan batik dan membuat gelang kunci kayu.

36

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Pada 16 Ogos 2023, rombongan daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysai (MTPB) yang diwakili oleh Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat MTPB, Encik Muadz Samat, Pegawai Pelancongan Kanan, Encik Marhafizman Mohamad Daud dan Timbalan Pengarah, Pusat Informasi Pelancongan Sabah, Puan Trecey J. Tojuka turut tertarik dengan kraf tangan anyaman kelarai.

Mentor Bengkel Anyaman Buluh, Puan Verolyna Kaya (kanan) menerangkan produk anyaman kelarai kepada Encik Muadz (tengah) dan Encik Marhafizman (kiri).

Puan Trecey (kanan) teruja dengan beg kelarai yang dibeli di PKS.

Dari Switzerland ke Keningau, mr. Phillip Kuntze dan Madam Annete Luder Panchaud dari Ballenberg Open Air Museum Brienz, Switzerland telah mengunjungi PKS pada 17 Ogos 2023. Mr. Phillip merupakan pengasas kepada World Crafts yang merupakan sebuah institusi yang membangunkan sistem perniagaan saksama dan mampan bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di seluruh dunia menerusi aktiviti pembuatan dan penjualan kraf tangan. Beliau amat tertarik dengan keadah pembuatan kraf tangan anyaman kelarai yang masih mengekalkan teknik pembuatan tradisional.

Puan Vivian memperkenalkan kraf tangan anyaman kelarai yang dijadikan sebagai hiasan dinding.

Madam Annete mencuba bakat kraf anyaman bakul rotan gergasi di bawah seliaan pengajar kraf anyaman rotan PKS, Encik Thomas Joseph.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

37


Kumpulan Yayasan Sabah turut serta dalam

MCS

Seiring dengan kluster Kesejahteraan Rakyat di bawah konsep Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya, Kumpulan Yayasan Sabah turut serta menjayakan program Mobile Community Services (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan Negeri. Dalam program ini, Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan beberapa perkhidmatan untuk orang ramai antaranya peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). Pusat Kraftangan Sabah (PKS), turut serta dengan mempamerkan produk-produk kraf tangan hasil usahawan tempatan. Selain itu, Sabah Softwoods Bhd. juga mengadakan temu duga pengambilan pekerjaan dan Benta Edible Oil Sdn. Bhd. pula mengadakan jualan minyak masak rahmah jenama BESS di Kalabakan, Tawau.

Dataran Kemabong, Tenom 8 Julai 2023

Program ini turut dihadiri oleh ADUN Kemabong merangkap Pengerusi SEDCO, Datuk Rubin Balang, Ahli Parlimen Tenom, Tuan Riduan Rubin dan Pegawai Daerah Tenom, Encik Mas Syazwan Masood.

Datuk Rubin (tengah) mengunjungi ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

Antara aktiviti orang ramai di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

38

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


SK Pinawantai, Ranau 7 Ogos 2023

Para pengunjung diberi penerangan di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan, Tawau 19 Ogos 2023

Program ini dihadiri oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan merangkap Ahli Parlimen P191 Kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri N71 Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy.

Datuk Andi mengunjungi ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

Antara aktiviti orang ramai di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

39


Padang Terbuka Pekan Kunak 20 Ogos 2023

Program ini dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N63 Kunak, Puan Norazlinah binti Arif.

Puan Norazlinah mengunjungi ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.

Antara aktiviti orang ramai di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah. 40

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK

sempena MINGGU INTEGRITI JKM

Sempena Minggu Integriti Jabatan Ketua Menteri (JKM), Kumpulan Yayasan Sabah diamanahkan untuk menganjurkan Pertandingan Video Pendek bertemakan Integriti Di Hati. Pertandingan ini terbuka kepada semua agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri termasuk Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Ogos 2023 dan durasi video yang dibenarkan adalah antara tiga hingga tujuh minit sahaja. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk para pemenang iaitu johan RM5000, naib johan RM3500 dan ketiga RM2000. Kumpulan Yayasan Sabah turut menyediakan beberapa buah video pendek untuk pertandingan berkenaan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

41


Puan Rosmini (tiga dari kanan) merasmikan Hari Sukaneka BPKK ke-38.

Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan Hari Sukaneka ke-38 pada 9 Julai 2023 bertempat di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tun Adnan.

Sesi senamrobik dipimpin oleh staf BPKK, Puan Rozita Jhot (kiri).

42

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Pertandingan menguntai manik oleh kanak-kanak Taska Ria dan Taska Kristal Ria.

Lebih 500 orang hadir pada acara tersebut. Turut hadir ialah Pengurus Kumpulan BPKK, Puan Rosmini Simin, Pengerusi PIBG, Puan Rabiatul Adawiyah binti Ahmad dan Pengurus BPKK, Encik Clement Loo. Acara tahunan tersebut dianjurkan khas untuk kanakkanak Taska Ria, Taska Kristal Ria, Tadika Ria dan Pusat

Pertandingan memasukkan gelung ke dalam kon oleh kanak-kanak Pusat Jagaan Ria.

Jagaan Ria. Objektif program tersebut adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan sepadu daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta meningkatkan tahap keyakinan diri, menanam sikap kesukanan dan semangat berpasukan. Di samping itu, program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa, kanak-kanak dan staf BPKK.

Taska Ria muncul juara dalam Pertandingan Lintas Hormat (Kategori Taska).

Rumah Merah muncul juara dalam Pertandingan Lintas Hormat (Kategori Tadika).

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

43


Kursus Asas Kemahiran

PEGAWAI KESELAMATAN TAHAP 1 Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPP) telah menganjurkan Kursus Asas Kemahiran Pegawai Keselamatan Tahap 1 pada 20 hingga 21 Jun 2023 bertempat di Securido Guard Service Sdn. Bhd. (SGSSB), Petagas Light Industrial Estate, Jalan Putatan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti kerja anggota penguatkuasa untuk lebih bertanggungjawab semasa menjalankan tugas. Latihan ini turut meningkatkan kemahiran komunikasi dengan atau pelawat serta mengatasi masalah-masalah yang terdapat dalam kalangan anggota keselamatan supaya mereka akan harapan majikan dan peranan mereka untuk mencapai matlamat organisasi. Seramai 12 orang pengawal keselamatan telah mengikuti kursus ini di bawah seliaan penceramah SGSSB serta para penceramah jemputan.

Penyelia Unit Pengajian Akademik, Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu, Inspektor Rahmat bin Aris menyampaikan taklimat kepada anggota pengawal keselamatan.

Anggota pengawal keselamatan turut diberikan pendedahan teknik mengawal kebakaran kecil.

Pengerusi SGSSB, Kapten (B) Haji Najmuddin bin Mohd Ibrahim menyampaikan sijil tamat kursus kepada salah seorang anggota keselamatan, Encik Md. Khairul Adha bin Ibrahim (kiri) sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan SGSSB, Puan Noor Farhdilah binti Najmuddin (kanan).

44

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


MESYUARAT SIRI 1, 2023

PEGAWAI PERHUBUNGAN KESELAMATAN & KESIHATAN, UNIT KESELAMATAN & PENGUATKUASA

SLO mendengar taklimat yang disampaikan oleh Puan Ramsina.

Pada 11 Julai 2023, Mesyuarat Pegawai Perhubungan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Unit Keselamatan & Penguatkuasaan Siri 1/2023 telah diadakan bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengurus Kanan Unit Keselamatan dan Penguatkuasa, Puan Ramsina Hansaram. Seramai 51 orang Pegawai Perhubungan Keselamatan (SLO) daripada pelbagai bahagian dan unit turut serta dalam mesyuarat ini dalam membincangkan isu-isu semasa dan prosedur kerja selamat Kumpulan Yayasan Sabah.

Gambar berkumpulan bersama Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) (ketika itu), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail (duduk tengah), Puan Ramsina (duduk dua dari kiri) dan SLO.

MENINGKATKAN PRODUKTIVITI MENERUSI BLIS Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah mengadakan program Latihan Penggunaan Pangkalan Data BLIS (BERNAMA Library Infolink services) pada 10 Ogos 2023 bertempat di Bilik ICT perpustakaan tersebut. Seramai 25 orang pelajar University College Sabah Foundation (UCSF) dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) telah mengikuti latihan ini di bawah seliaan Encik Izzul Zunnurain Darusamin dan Puan Shahirah Mohd Fauzi daripada BERNAMA.

Para peserta program didedahkan dengan kaedah pengguna BLIS secara khusus oleh Encik Izzul.

Latihan tesebut melatih para pengguna mendapatkan maklumat secara tepat dan tepat di samping melatih mereka kaedah pencarian data dengan pantas. BLIS adalah sebuah pangkalan data yang kaya dengan koleksi berita lama dan kini, statistik, infografik, laporan industri dan ekonomi. BLIS mampu memberikan informasi kepada segala keperluan para penyelidik dengan pantas. Para peserta program bergambar kumpulan bersama Pegawai Kanan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Nestor Juanis (kanan) dan pelatih program BLIS, Encik Izzul (dua dari kiri). BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

45


Taklimat

SALUR INFO FAEDAH CARUMAN

Sebahagian staf yang hadir pada sesi taklimat.

Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ ICSB) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan taklimat Faedah-Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada staf Kumpulan Yayasan Sabah pada 19 September 2023 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan makluman mendalam kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah mengenai faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO, serta bagaimana staf boleh memanfaatkannya untuk kebaikan diri mereka dan keluarga. Beberapa faedah yang dibincangkan termasuk faedah kesihatan, faedah kecacatan, faedah kemalangan, faedah kematian dan faedah pencen.

Pegawai Eksekutif Kanan, PERKESO, Encik Abdullah bin Gani menyampaikan taklimat.

Hal ini bakal mendorong mereka untuk mengambil manfaat penuh daripada PERKESO, membantu dalam pemahaman yang lebih baik tentang hak mereka, dan memberikan kesedaran akan pentingnya perlindungan sosial dalam masyarakat dan kerjaya. Seramai 130 orang staf telah mendapat manfaat hasil daripada taklimat tersebut yang diharapkan dapat memberi pendedahan yang komprehensif kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Encik Abdullah bergambar bersama peserta sejurus selepas tamat taklimat.

46

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Latihan Menyelamat hadapi

SAAT CEMAS

sekitar Kursus Dalaman Latihan Asas Pertolongan Cemas, CPR dan AED.

Unit Pengukuhan dan Pemantauan (UPP) telah menganjurkan Kursus Dalaman Latihan Asas Pertolongan Cemas, CPR (Bantuan Pernafasan) dan AED (Difibrilator Luaran Automatik) pada 26 hingga 27 September 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. Pengurus Kanan, UPP, Encik Midin bin Haji Asli berkata, kursus latihan asas pertolongan cemas amat berguna sebagai langkah siap siaga menghadapi sebarang situasi kritikal dan kecemasan di tempat kerja mahupun dalam kehidupan seharian. Pada latihan tersebut, fasilitator kursus, Dr. Abigail Camins dan Encik Jinih bin Matrin daripada Cert Academy Sdn. Bhd. berkata, “Kursus kemahiran tersebut penting untuk memberikan pertolongan cemas sebagai respons atau rawatan pertama dengan sertamerta kepada mereka yang memerlukan.” “Ilmu pertolongan cemas amatlah berharga bagi memahami situasi kecemasan sekiranya terdapat kemalangan berlaku di sekeliling kita termasuklah di tempat kerja. Para peserta latihan didedahkan teknik balutan dan cara pertolongan yang betul untuk pelbagai kecederaan sebelum dihantar ke hospital. Matlamat saya agar kesemua para peserta latihan menjadi penyelamat,” tambahnya lagi.

Para peserta kursus bergambar kumpulan bersama fasilitator kursus .

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

47


TAKLIMAT STAF BAHARU Seramai 30 orang staf baharu telah mengikuti Taklimat Kumpulan Yayasan Sabah yang diadakan pada 20 Julai 2023 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha. Sesi taklimat dimulakan dengan taklimat Pengenalan Mengenai Kumpulan Yayasan Sabah yang disampaikan oleh Pengurus Kumpulan, Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Sam S. Karnail. Taklimat mengenai Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah disampaikan oleh Pegawai Sumber Manusia Kanan, Encik Abdul Latip bin Awang Anak, manakala taklimat mengenai General Terms and Conditions for Innoprise Corporation Sdn. Bhd. disampaikan oleh Pengurus Unit Pengurusan Sumber Manusia, Puan Noorizah binti Abd Rashid.

Pengenalan mengenai Kumpulan Yayasan Sabah disampaikan oleh Encik Sam.

Selain itu, taklimat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan disampaikan oleh Pegawai Tadbir Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan, Puan Vanessa James. Manakala Pegawai Pemantauan Kanan, Unit Pengukuhan dan Pemantauan, Encik Syarul Rozaily b. Usul menyampaikan taklimat mengenai integriti.

General Terms and Conditions for Innoprise Corporation Sdn. Bhd. disampaikan oleh Puan Noorizah. Encik Abdul Latif dengan taklimatnya mengenai Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah.

Puan Vanessa menerangkan mengenai pengenalan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Kepentingan integriti dalam kendiri setiap staf ditekankan dalam taklimat Encik Syahrul.

Gambar kenangan bersama sebagai penutup program taklimat. 48

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


PERSIDANGAN TECHON 2023 Encik Jim membentang kertas kajian beliau.

Kumpulan Yayasan Sabah telah menghantar dua orang staf Bahagian Penyelidikan, iaitu Encik Jim Jipun dan Encik Jupilin Gilau pada persidangan The 7th Technology and Innovation International Conference (TECHON) 2023 (Persidangan Antarabangsa Teknologi dan Inovasi ke-7) pada 12 hingga 13 Julai 2023 bertempat di Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak. Persidangan yang bertemakan “Empowering TVET Towards Accelerating Digital Transformation” (Memperkasakan TVET Ke Arah Mempercepatkan Transformasi Digital) tersebut telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak. Encik Jim telah dijemput sebagai salah seorang ahli pembentang dengan kertas kajian beliau yang bertajuk “Analisis Pencapaian Program Latihan Kraftangan (PLK) Sebagai Sebuah Program Pembasmian Kemiskinan.” Beliau juga turut meraih anugerah Best Presenter (Pembentang Terbaik) pada persidangan tersebut. Persidangan ini menyediakan platform bagi para penyelidik, ahli akademik serta agensi kerajaan bertemu untuk berkongsi maklumat bagi membangunkan bidang kepakaran masingmasing. Ia juga turut menjadi wadah untuk para peserta persidangan untuk mencetus idea-idea baharu mengenai teknologi dan inovasi bagi menghasilkan penyelidikan yang bermutu tinggi dan mampu menyumbang kepada kemajuan khususnya untuk Sabah dan Malaysia amnya.

Encik Jim menerima sijil penghargaan daripada pihak penganjur.

Penyertaan dalam persidangan ini telah memberi peluang kepada mereka berdua dalam memperkenalkan Kumpulan Yayasan Sabah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai salah sebuah pusat rujukan maklumat yang bermutu tinggi dalam bidang sains sosial dan sains gunaan. Persidangan tersebut juga mengembangkan lagi kepakaran teknologi dan inovasi serta membangun jaringan dalam perkongsian ilmu dan pengetahuan secara berterusan.

Gambar berkumpulan bersama para peserta.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

49


Ibadah Korban

RUMAH ANAK YATIM ANJURAN BAKIYS

Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) telah menganjurkan program Ibadah Korban dengan kerjasama Rumah Anak Yatim dan Maahad Tahfiz HOME Tuaran pada 1 Julai 2023. Program yang melibatkan kerjasama dua pihak ini melibatkan sumbangan korban sebanyak sembilan ekor kerbau. Program disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya. Turut hadir Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) (ketika itu),

Proses penyembelihan kerbau ibadah korban.

Encik Zulkhairi bin Ismail dan Pemangku Pengerusi BAKIYS, Encik Salim Japaran. Datuk Jasnih turut membuat lawatan prasarana rumah anak yatim tersebut dan menyempurnakan penanaman pokok di kawasan rumah berkenaan.

Proses melapah daging korban.

Datuk Jasnih (tiga dari kiri) menyampaikan daging korban kepada Pengerusi Rumah Anak Yatim dan Maahad Tahfiz HOME Tuaran, Tuan Haji Sulaiman Haji Osman.

Datuk Jasnih menyempurnakan penanaman pokok di kawasan rumah berkenaan. Gambar berkumpulan bersama para tenaga kerja dan jawatankuasa terlibat.

50

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Ustaz Abd. Wahab Abd. Hamid (kiri) dari Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Sabah sedang menyampaikan dialog bersama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Tuan Haji Abd Rahman Yakub (tengah) dan Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Abdul Rahman (kanan).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Tuan Ts. Mustapha Sakmud menyampaikan sijil penyertaan kepada Pemangku Pengerusi BAKIYS, Encik Salim Japaran sambil disaksikan oleh dif-dif jemputan.

WACANA MALAYSIA MADANI Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Negeri Sabah, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menganjurkan program Wacana Malaysia Madani pada 15 September 2023 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. Program ini melibatkan seramai 500 orang peserta. Antara yang terlibat ialah kakitangan kerajaan negeri, persekutuan, badan berkanun, swasta dan orang awam.

Tujuan program ini adalah untuk menyemarakkan program keilmuan di samping memberi input positif kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah yang terlibat. Program ini juga mampu mengukuhkan lagi hubungan antara agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta badan bukan kerajaan yang akhirnya akan memberi impak yang baik terhadap peranan kerajaan hari ini dalam memastikan nilai kerohanian seimbang dengan pembangunan negeri.

Antara peserta yang hadir dalam wacana berkenaan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

51


KONTINJEN KUMPULAN YAYASAN SABAH

Serikan suasana Sambutan Maulidur Rasul 1445h

Kontinjen UCSF berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Kementerian dan Jabatan.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW 1445H/2023M Peringkat Negeri Sabah pada 28 September 2023, Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) telah menyertai perarakan yang diketuai oleh Pengerusi BAKIYS, Encik Salim Japaran. Penyertaan ini melibatkan seramai 30 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah. Turut serta dalam perarakan tersebut ialah University College Sabah Foundation (UCSF). Sebanyak 112 kontinjen telah menyertai perarakan yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Ketua Menteri Sabah dan barisan Jemaah Menteri Kabinet Negeri Sabah.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar (kiri), turut hadir memberikan sokongan kepada kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah.

52

Kumpulan Yayasan Sabah melalui UCSF berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Kementerian dan Jabatan. Perarakan bermula di Padang Bandaran Kota Kinabalu dan berakhir di perkarangan Sabah International Convention Centre (SICC). Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah berarak sambil membawa sepanduk.


Kenderaan pacuan 4-roda baharu untuk kegunaan Pejabat-pejabat Zon.

KENDERAAN BAHARU

PERKASA OPERASI ZON

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pejabat-pejabat Zon Kumpulan Yayasan Sabah menerima enam buah kenderaan pacuan 4-roda yang baharu daripada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah. Majlis penyerah�n kenderaan-kenderaan ini disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar pada 22 September 2023. Dato’ Sri Haji Gulamhaidar berharap dengan adanya kenderaan baharu ini dapat membantu melancarkan operasi Pejabatpejabat Zon Kumpulan Yayasan Sabah terutama dalam

menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dan menjayakan aktiviti-aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah. Pejabat-pejabat Zon berkenaan adalah Zon Pantai Barat Selatan, Zon Pantai Barat Utara, Zon Pedalaman Selatan, Zon Pedalaman Utara, Zon Pantai Timur Selatan dan Zon Pantai Timur Utara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi Haji Ismail, Ketuaketua Pentadbir Zon dan Ketua-ketua Bahagian Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (lima dari kiri) menyerahkan replika kunci kenderaan kepada Ketua-ketua pentadbir Zon. 53


ZON PEDALAMAN SELATAN PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH KUALA PENYU 3 Ogos 2023 @ Dewan Dato’ Haji Ajak, Kuala Penyu Pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) telah melaksanakan majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kuala Penyu pada 3 Ogos 2023 bertempat di Dewan Dato’ Haji Ajak, Kuala Penyu. Kehadiran seramai 60 orang peserta turut memeriahkan majlis tersebut. Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Pegawai Khas Parlimen Beaufort, Encik Abdullah Satar yang mewakili Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen P177 Beaufort, Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching.

Encik Abdullah (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Khas Ma’al Hijrah peringkat daerah Kuala Penyu kepada Puan Lasiah Muslin.

Gambar berkumpulan.

KURSUS TAHSIN AL-QURAN DAERAH MENUMBOK 30 Ogos 2023 @ Masjid Jamek Kariah Kilugus, Menumbok Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini. Kursus ini dikendalikan oleh Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Badan Dakwah Kuala Penyu, Puan Hajah Lasiah dan Timbalan Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Kuala Penyu, Tuan Haji Musa.

Tuan Haji Musa (kiri) menyelia latihan praktikal salah seorang para peserta lelaki.

Puan Hajah Lasiah menyelia latihan praktikal salah seorang peserta wanita.

PROGRAM SKIM BANTUAN KHAS (SBK) SUMBANGAN BEG SEKOLAH DAN ALAT TULIS 30 Ogos 2023 @ Masjid Jamek Kariah Kilugus, Menumbok Pejabat ZPS telah menyampaikan sumbangan beg sekolah dan alat tulis kepada 100 orang pelajar golongan B40 daripada SK Lambidan, SK Batu Linting, SK Tanjung Aru dan SK Sangkabok. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N33 Kuala Penyu, Datuk Limus bin Jury.

Antara penerima bantuan peralatan sekolah Program SBK SK Tanjung Aru. 54

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Limus menyampaikan ucapan.

Antara penerima bantuan peralatan sekolah Program SBK SK Batu Linting.

Antara penerima bantuan peralatan sekolah Program SBK daripada SK Lambidan.

Antara penerima bantuan peralatan sekolah Program SBK SK Sangkabok.


ZON PEDALAMAN UTARA PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA CERAMAH MOTIVASI SAHSIAH JATI DIRI PELAJAR & TEKNIK BELAJAR BERKESAN 6 Jun 2023 @ SM St. Martin, Tambunan Seramai 255 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 telah mengikut program ini yang dianjurkan oleh pejabat ZPU. Ceramah ini dikendalikan oleh Kaunselor Berdaftar/Pengamal Kaunseling (KBPA), penceramah bebas, pakar motivasi dan psikologi serta peserta sukarelawan negeri Sabah, Dr. Hajah Ananglangka binti Mad Kassim. Program ini bertujuan untuk menambah nilai jati diri para pelajar dengan memberi pendedahan terhadap proses mengenal potensi diri mereka sendiri supaya mereka akan lebih yakin dengan kebolehan dan bakat semula jadi diri. Pelajar juga didedahkan dengan multi-skill dan menggunakan bakat kreatif berfikir di luar kotak (thinking out of box) dalam menjalani proses kehidupan. Para pelajar turut dibantu dalam meningkatkan teknik belajar yang berkesan. Teknik belajar yang betul amat membantu terutama kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dr. Hajah Ananglangka berinteraksi dengan para pelajar.

Para peserta membuat catatan.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM DAN MOTIVASI PELAJAR 19 - 20 Jun 2023 @ SM St Francis Xavier, Keningau Objektif program ini adalah untuk membantu para pelajar meningkatkan kemahiran teknik menjawab soalan yang betul, menyuntik motivasi kepada mereka agar lebih berkeyakinan dan tekun dalam menghadapi peperiksaan SPM serta membantu mereka mempertingkatkan usaha dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik. Seramai 155 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 5 mengikut program ini. Ceramah motivasi dikendalikan oleh penceramah, Encik Yusuf bin Hasni, daripada Cosmopoint College Kota Kinabalu. Manakala teknik-teknik menjawab soalan subjek-subjek SPM dikendalikan oleh guru-guru SM St Francis Xavier, Keningau sendiri iaitu Puan Abiah Lobou (Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu), Encik Robert Alexius Nain (Kemahiran Menjawab Soalan Sejarah) dan Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris SPM disampaikan oleh Puan Stacey David.

Puan Abiah (berdiri, kiri) berkongsi teknik dan tips menjawab soalan kepada para pelajar.

Encik Robert Alexius (berdiri) berkongsi kemahiran menjawab soalan Sejarah.

Encik Yusuf menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar.

Sesi Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris SPM dikendalikan oleh Puan Stacey (berbaju putih).

University College Sabah Foundation (UCSF) turut membuka kiosk dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Komunikasi Korporat UCSF, Encik Morsede Mohamed.

Encik Morsede (duduk, kiri) bersama staf UCSF di kiosk penerangan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di UCSF. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

55


SEMINAR MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN SPM 27 Jun 2023 @ SMK Sook, Keningau Seminar anjuran pejabat Zon Pedalaman Utara (ZPU) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Sook Keningau ini telah disertai oleh seramai 200 orang pelajar tingkatan 5 yang dikendalikan oleh penceramah daripada Recaliph Consultancy, Encik Mohammad Salehan Shah bin Abdul Talib. Objektif program ini ialah untuk memupuk dan membentuk keyakinan diri yang tinggi dan sikap positif pelajar untuk terus berusaha tanpa ada rasa putus asa dan memberi pendedahan kepada mereka tentang pengurusan masa dan kemahiran belajar yang berkesan dalam menghadapi peperiksaan. Encik Mohammad Salehan menyampaikan ceramah.

PROGRAM MOTIVASI “BE EXCELLENT” 8 Julai 2023 @ SMK Agama, Keningau Program yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Agama Keningau ini disertai oleh seramai 247 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Program ini dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Utama Negeri, Unit Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Encik Mohd. Fahnan bin Abdul Wahab. Beliau juga merupakan Penceramah Motivasi Negeri Sabah yang bertauliah dalam bidang Neuro Linguistic Programming dan Hakim Kebangsaan Daie Cilik BPI, Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan penyaluran ilmu kepada para peserta mengenai cabaran dalam persekitaran sekolah dan masyarakat masa kini, meningkatkan motivasi diri, daya juang, daya tahan dan daya saing dalam diri pelajar serta meningkatkan kesedaran diri yang positif dalam diri mereka untuk mencapai kecemerlangan.

Encik Mohd. Fahnan berinteraksi dengan para pelajar.

Penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dilaksanakan.

KEM AKADEMIK: BENGKEL MURID GALUS (GAGAL LULUS) SPM 2023 UNTUK MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK 14 - 15 Julai 2023 @ SM Chung Hwa, Tenom Program ini dianjurkan oleh pejabat ZPU dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SM Chung Hwa, Tenom telah disertai oleh seramai 147 orang pelajar terdiri daripada 57 Murid GALUS Sains dan 90 Murid GALUS Matematik. Program ini dikendalikan oleh guru-guru daripada SM Chung Hwa, Tenom yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik. Objektif program ini adalah untuk membantu menyuntik semangat dan keyakinan diri para pelajar menghadapi peperiksaan SPM, membantu meningkatkan pencapaian lulus mata pelajaran teras serta membantu meningkatkan gred purata dan purata lulus murid-murid SPM 2023.

Salah seorang guru (berbaju biru) membantu para pelajar dalam sesi latihan bengkel.

56

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Wakil pejabat Pendidikan Dareah Tenom, Encik Adnan Muslim (berjaket hitam) berinteraksi dengan para pelajar sambil diperhatikan oleh Pegawai Kawasan ZPU, Encik Hamidin Suin (berbaju kelabu),Pengetua SM Chung Hwa, Tenom, Puan Ouu Chu Suan (kanan, berbaju putih) dan Pegawai Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Yee Lee Ling (dua dari kanan, baju biru).


CERAMAH MOTIVASI MEMACU POTENSI DIRI 18 Julai 2023 @ SMK Desa Wawasan, Tambunan Objektif program ini adalah untuk menyediakan para pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 supaya lebih komited dan berkeupayaan dalam menghadapi peperiksaan, memupuk sikap pelajar supaya sentiasa memanfaatkan masa untuk belajar lebih-lebih lagi dalam saat-saat yang genting ini serta merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa. Program anjuran bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Desa Wawasan Tambunan ini telah disertai oleh seramai 125 orang pelajar yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Utama Negeri, Unit Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Encik Mohd Fahnan bin Abdul Wahab. Beliau juga merupakan Penceramah Motivasi Negeri Sabah yang bertauliah dalam bidang Neuro Linguistic Programming dan Hakim Kebangsaan Daie Cilik Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Encik Mohd Fahnan (tengah) berinteraksi dengan para pelajar.

Antara aktiviti yang dilaksakan.

SEMINAR MOTIVASI ‘REAL FIGHTER’ DAN TEKNIK MENGULANG KAJI PELAJAR SPM SESI 2023/2024 27 Julai 2023 @ SMK Gunsanad, Keningau Program anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Gunsanad, Keningau ini telah disertai oleh seramai 138 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 SMK Gunsanad, Keningau yang dikendalikan oleh penceramah motivasi daripada Smart Method Training Consultant, Encik Rusdi bin Rusli. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan motivasi dan sahsiah para pelajar agar sentiasa bersedia dan bersemangat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah seterusnya membuka minda untuk merancang laluan kerjaya dengan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM. Encik Rusdi menyampaikan ceramah beliau.

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR - “TOGETHER WE MAKE PENSIANGAN SUMINGKOT” 27 Julai 2023 @ SK Pensiangan K9, Nabawan Objektif program ini adalah agar para pelajar dapat menguasai kemahiran belajar dalam aspek teknikal serta memberi pendedahan dan pemahaman kepada ibu bapa terhadap Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara melalui Akta Kanak-Kanak 2001. Program ini anjuran bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Pensiangan K9, Nabawan telah disertai oleh seramai 154 orang peserta yang terdiri daripada 97 orang pelajar dan 57 orang ibu bapa. Program ini dikendalikan oleh Encik Sekaran Wahid daripada Emporise Academy Training & Consultancy dan Encik Jebronnie Mathews daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Nabawan.

Encik Jebronnie berinteraksi dengan salah seorang ibu peserta.

Antara pelajar yang hadir. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

57


BENGKEL TEKNIK PENANDAAN DAN SKEMA PEMARKAHAN KERTAS SOALAN SEJARAH SPM SERTA CERAMAH MOTIVASI CALON SPM 2023 27 Julai 2023 @ SM St. Anthony, Tenom Program ini anjuran bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling, SM St. Anthony, Tenom telah disertai oleh seramai 78 orang peserta yang terdiri daripada tingkatan 5, SM St. Anthony, Tenom. Para penceramah terdiri daripada pemeriksa kertas Sejarah SPM, SMK Kemabong, Puan Azia Nadia Jaimi dan penceramah motivasi daripada Great Impact Resources, Kota Kinabalu, Encik Norhasdi Hassan. Objektif program ini adalah untuk membantu para pelajar mentransformasi pemikiran dan sahsiah mereka ke arah kejayaan yang lebih cemerlang, membantu meningkatkan kemahiran teknik menjawab kertas Sejarah SPM serta membantu mereka belajar mengurus diri, masa dan emosi dengan lebih efektif untuk mencapai kejayaan.

Penglibatan para peserta dalam aktiviti yang dijalankan.

Para pelajar membentangkan hasil daripada perbincangan berkumpulan yang dikendalikan oleh Puan Azia (memegang mikrofon).

“Kehebatan seorang pelajar adalah apabila dapat mengenal potensi diri” - Encik Nurhasdi.

PROGRAM MOTIVASI DAN CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM SEJARAH 3 Ogos 2023 @ SMK Keningau II, Keningau Seramai 169 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5, SMK Keningau II telah mengikuti program anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Keningau II. Para penceramah program ini terdiri daripada Encik Robert Alexius Nain (Pemeriksa Kertas Sejarah SPM) dan Encik Yusuf Hasni, penceramah motivasi daripada Cosmopoint College, Kota Kinabalu. Objektif program ini adalah untuk memberi keyakinan dan motivasi terhadap diri para pelajar agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan SPM, menggalakkan mereka untuk mengamalkan gaya belajar yang baik dalam usaha memaksimumkan pembelajaran efektif serta memberi kefahaman tentang teknik menjawab kertas soalan SPM Sejarah.

Encik Robert berkongsi teknik menjawab soalan bagi subjek Sejarah dengan para pelajar.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN DIRI: BANGKIT 2023 22 Ogos 2023 @ SMK Nabawan II, Nabawan Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar betapa pentingnya kejayaan akademik dalam menjamin masa hadapan, memberi semangat dan persiapan mental dan fizikal kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan SPM dan meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan SPM. Program dengan kerjasama SMK Nabawan II ini telah disertai oleh seramai 159 orang calon SPM 2023 SMK Nabawan II yang mana penceramahnya ialah Encik Yusof Hasni dan Encik Amir Shah bin Noor Ahmad daripada IZ Resource.

Antara para pelajar yang hadir. 58

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Amir menyampaikan ceramah motivasi masing-masing.


PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA Pejabat ZPU dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di beberapa buah kampung telah mengadakan gotong-royong, pemasangan tangki air, membaik pulih empangan dan paip graviti serta membaik pulih jambatan gantung. Objektif program ini ialah untuk memelihara budaya gotong-royong dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk kampung, mengekalkan kebersihan dan keceriaan dan menambah baik kemudahan asas di kawasan kampung.

MEMBERSIH KAWASAN DAN PEMASANGAN TANGKI AIR 24 Jun 2023 @ Tanah Perkuburan Kg. Mandalom Lama, Tenom Pejabat ZPU dengan kerjasama UPPM N42 Melalap dan JKKK Kg. Mandalom Lama, Tenom telah mengadakan gotong-royong membersih kawasan dan pemasangan tangki air di Tanah Perkuburan Kg. Mandalom Lama, Tenom. Gotong-royong ini disertai oleh seramai 69 orang peserta di mana tanah perkuburan ini merupakan kemudahan yang memberi manfaat kepada lebih kurang 250 orang penduduk kampung tersebut.

Pegawai Kawasan ZPU, Encik Hamidin Suin menyampaikan peralatan untuk kegunaan di pondok tanah perkuburan kepada Pengerusi Encik Bekelle Bujing, JKKK Kg. Mandalom Lama.

Pemasangan tangki air.

Kerja-kerja perbersihan kawasan.

MEMBAIK PULIH EMPANGAN DAN PAIP GRAVITI 30 Jun 2023 @ Kg. Kanagasan, Nabawan Seramai 27 orang penduduk kampung telah menyertai gotong-royong membaik pulih empangan dan paip graviti di Kg. Kanagasan, Nabawan. Program anjuran pejabat ZPU dengan kerjasama UPPM N46 Nabawan dan JKKK Kg. Kanagasan, Nabawan ini memberi manfaat kepada lebih 200 orang penduduk kampung tersebut.

Penduduk kampung membaik pulih empangan dan menggantikan paip graviti.

MEMBAIK PULIH DUA BUAH JAMBATAN GANTUNG 20 - 21 Julai 2023 @ Kg Tombotuon, Tambunan Pejabat ZPU dengan kerjasama JKKK Kg. Tombotuon, Tambunan telah mengadakan gotong-royong membaik pulih dua buah jambatan gantung di Kg Tombotuon. Gotong-royong ini telah disertai oleh 21 orang peserta di mana jambatan gantung ini merupakan kemudahan yang memberi manfaat kepada lebih kurang 250 orang penduduk kampung berkenaan. Keadaan jambatan gantung sebelum (gambar kiri) dan selepas (gambar kanan) pembaikan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

59


MEMBERSIHKAN KAWASAN PERMAINAN DAN MENAMBAH BAIK PINTU GOL PADANG BOLA SEPAK 30 Ogos 2023 @ Kg. Belumbung, Kemabong, Tenom Pejabat ZPU telah menganjurkan gotong-royong membersihkan kawasan permainan dan menambah baik pintu gol padang bola sepak dengan kerjasama JKKK Kg. Belumbung, Kemabong, Tenom. Seramai 52 orang menyertai gotong-royong ini yang mana pembaikan kemudahan ini memberi manfaat kepada lebih 200 orang penduduk kampung berkenaan.

Proses menyukat, memotong dan menyambung paip besi untuk menambahbaik pintu gol bola sepak.

Kerja-kerja pemasangan palang pintu gol.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI LAWATAN SAMBIL BELAJAR 26 Jun 2023 @ MARDI, Kota Kinabalu Di bawah Program Sosioekonomi, pejabat ZPU telah mengadakan lawatan sambil belajar bagi peserta dari daerah Tambunan ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kota Kinabalu. Program ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran peserta melalui pendedahan dan peranan dari latihanlatihan kemahiran yang dianjurkan pihak MARDI dan pendedahan kepada analisis nutrisi makanan yang dijalankan pihak MARDI. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada peniaga kecil berasaskan hasil pertanian seperti buah-buahan, sayuran segar dan halia di daerah Tambunan telah didedahkan kepada aspek-aspek yang boleh menambah baik hasil tanaman seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. Wakil MARDI Kota Kinabalu, Puan Nancy James, memberikan penerangan berkenaan latihan-latihan kemahiran.

CERAMAH PELUANG DAN POTENSI MEMBANGUNKAN PERNIAGAAN 28 Jun 2023 @ Kg. Enam, Nabawan Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan peserta melalui pendedahan kepada pengurusan kewangan pintar dan peluang pembiayaan mikro dan memberi pendedahan berkenaan potensi keladi cina sebagai tanaman kontan yang boleh diusahakan bagi meningkatkan pendapatan. Antara agensi-agensi yang terlibat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Nabawan, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nabawan dan Jabatan Pertanian Daerah Nabawan. Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada golongan petani dan penternak kampung berskala kecil hadir dalam program ini yang turut berpeluang mengetahui bantuan dan pembiayaan serta alternatif tanaman kontan yang boleh diusahakan.

Encik Azizul Mokti dari AIM Nabawan menyampaikan ceramah pengenalan kepada para peserta program. 60

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Ceramah berkenaan peranan dan bantuan oleh PPK disampaikan oleh Encik Jupri Jubal.

Encik Ricky Rojit dari pejabat Pertanian Daerah Nabawan memberi pendedahan berkenaan panduan penanaman keladi cina.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI PESERTA DARI KG. BOMBOI, SOOK 24 Julai 2023 @ Pusat Penyelidikan Pertanian, Tuaran Program ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para peserta melalui pendedahan fungsi Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC), Tuaran. Lawatan ini juga memberi pendedahan kepada para peserta mengenai aspek penyelidikan, pembangunan inovasi, pengurusan penyakit tanaman sayuran dan buah-buahan tempatan serta pengenalan kepada kaedah pemprosesan hiliran, lepas tuai dan makmal ARC. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada peniaga kecil berasaskan hasil pertanian seperti buah-buahan, sayuran segar dan halia didedahkan kepada aspek-aspek yang boleh menambah baik hasil tanaman mereka. Para peserta melawat hasil inovasi di ARC Tuaran.

KURSUS PENGAWETAN DALAM INDUSTRI MAKANAN DAN MINUMAN 27 Ogos 2023 @ Bilik Serdang, Pusat Kraftangan Sabah, Keningau Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta melalui kaedah penyediaan (pengawetan) dan penyimpanan sistematik (kaedah pembungkusan) serta penggunaan teknologi retort dalam industri makanan, pembungkusan dan latihan amali pengawetan dan pembungkusan. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Keningau (pengusaha jualan kuihmuih tradisional, pastri, kek, keropok, kerepek, sayuran dan buah-buahan diawet menjadi jeruk dan peniaga warung atau kedai makanan dan minuman) telah mengikuti kursus ini yang dikendalikan oleh AFCL Bioscience Sdn Bhd. Kursus ini merupakan kesinambungan kepada Program Celik Usahawan yang dilaksanakan pada tahun 2022.

Peserta berpeluang sendiri menggunakan mesin sealer berpandukan kaedah yang diajar.

Demonstrasi menggunakan mesin retort dengan sampel kuih dan buah-buahan.

BENGKEL LATIHAN PENGENDALI MAKANAN, TATACARA PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL DAN ASAS PELABELAN DALAM PEMBUNGKUSAN MAKANAN 28 Ogos 2023 @ Bilik Serdang, Pusat Kraftangan Sabah, Keningau Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta melalui Asas Pengendalian Makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan pendedahan kepada tatacara permohonan Pensijilan Halal Malaysia dan pelabelan pembungkusan produk makanan yang mematuhi garis panduan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Keningau telah mengikuti kursus ini yang dikendalikan oleh R&D Food Safety Solutions. Kursus ini merupakan kesinambungan kepada Program Celik Usahawan yang dilaksanakan pada tahun 2022 dan mensasarkan penjaja dan peniaga kecil yang terlibat dalam jualan bahan makanan mentah, bermasak, diproses sebagai produk hiliran di warung dan kedai makanan dan minuman.

Puan Dahirah bt. Mahmud dari R&D Food Safety Solutions memulakan sesi beliau dengan mengadakan kuiz kepada para peserta.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

61


KURSUS ASAS PENTERNAKAN AYAM PEDAGING 29 - 30 Ogos 2023 @ Bilik Serdang, Pusat Kraftangan Sabah, Keningau & Ladang Ternakan Ayam Kg. Mangkatai, Tambunan Program (di bawah Kursus Berpakej Korporasi Pembangunan Desa) yang diadakan selama dua hari ini bertujuan memberikan pendedahan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan peserta dalam industri ternakan ayam, infrastruktur, pengurusan kandang, perindukan dan peringkat pembesaran, pengurusan kesihatan, kawalan penyakit, pengiraan kos operasi dan pendapatan serta memberi pengalaman melalui lawatan ke kandang ternakan bagi melihat peringkat perindukan dan pembesaran ayam ternakan. Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil (PPPK) Tenom dan Keningau telah mengikuti kursus. Sesi lawatan di ladang ternakan ayam pedaging di Kg. Mangkatai, Tambunan. Antara yang dilawati adalah ruang brooding (ruang pembiakan) yang menempatkan sebanyak 3,400 ekor anak ayam berumur sekitar lima hari.

PROGRAM KOMUNITI KRAF PROGRAM KOMUNITI KRAF (PKK) DI BAWAH PROGRAM KHAS ANAK NEGERI (PKAN) SABAH 17 Julai - 18 Ogos 2023 @ Balairaya Kg. Liau Darat, Keningau Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada kumpulan sasar dalam meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya berkenaan pemasaran produk kraf tangan dalam talian, memelihara serta melestari sumber hutan dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan peserta. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha kraf tangan telah mengikuti program ini yang melibatkan agensi seperti Lembaga Taman-Taman Sabah, Kota Kinabalu dan Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia (PEDI Bingkor).

Puan Sulintina Kulinting dari Secret Bamboo Sdn. Bhd. (berdiri, empat dari kiri) menjelaskan penilaian kualiti produk kepada para peserta semasa menyiapkan kotak serbaguna daripada bahan buluh.

Encik Elvis Alosius dari PEDI Bingkor menyampaikan ceramah mengenai pemasaran produk kraf tangan dalam talian.

Ceramah dari Lembaga Taman-Taman Sabah disampaikan oleh Puan Ramlah bt Ag. Jalil.

ASRAMA DAERAH YAYASAN SABAH KAWAD KEBAKARAN, DEMONSTRASI/LATIHAN DAN TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN 27 Jun 2023 @ Asrama Daerah Yayasan Sabah (ADYS), Keningau Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan keselamatan di premis Kumpulan Yayasan Sabah selaras dengan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah serta Pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Seramai 42 orang pelajar ADYS Keningau dan penyelia asrama terlibat dengan pengendalian kawad kebakaran tersebut. Pelaksanaan kawad kebakaran ini juga bertujuan menilai sejauh mana tahap kesiap-siagaan para penghuni asrama sekiranya berlaku kecemasan termasuk tindakan pantas daripada penyelia asrama memberi amaran awal dan menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Program ini telah dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terdiri daripada tujuh orang anggota dan sebuah jentera bomba dan penyelamat. 62

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Penghuni asrama bergerak keluar daripada bangunan asrama ke tempat berkumpul sejurus loceng amaran kecemasan dibunyikan.


Anggota Bomba dan Penyelamat membuat demonstrasi penggeledahan dan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap.

Demonstrasi memadamkan api dikendalikan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.

Penghuni asrama turut menjalani latihan memadamkan api kebakaran.

BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH Pejabat ZPU telah melaksanakan penajaan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) bagi tahun 2023. Seramai 280 pelajar dari 25 buah sekolah menengah di daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan telah menerima manfaat daripada tajaan BMYS ini yang mana penyampaiannya dilaksanakan pada bulan Jun dan Julai 2023. Tajaan BMYS ditawarkan secara one-off dengan kadar RM250.00 bagi setiap pelajar yang terpilih dan bertujuan untuk menampung sebahagian perbelanjaan persekolahan mereka bagi membantu meringankan beban kos perbelanjaan ibu bapa pelajar berkenaan.

Daerah Keningau

Para penerima BMYS di SM St Francis Xavier, Keningau bergambar bersama Ketua Pentadbir ZPU, Encik Teo Guan Leck (lima dari kiri) dan Pengetua SM St. Francis Xavier Keningau, Puan Betty Leong (enam dari kanan).

Pegawai Kawasan ZPU, Encik Victor P Gansau (enam dari kanan) menyampaikan cek BMYS kepada Penolong Kanan Pentadbiran SMK Gunsanad II Keningau, Hajah Normah binti Haji Tahir dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Encik Victor menyampaikan cek BMYS kepada Pengetua SMK ApinApin, Keningau, Puan Dorothea Caherina Onong sambil disaksikan oleh para pelajar penerima biasiswa tersebut.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

63


Daerah Tenom

Pengetua SMK Kemabong, Tenom, Encik Patrick Usit menerima cek BKMYS daripada Pegawai ZPU, Encik Hamidin Suin (lima dari kiri).

Penyampaian cek BMYS kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Kemabong, Tenom, Encik Jakaria bin Aneh daripada Encik Hamidin.

Pengetua SMK Tenom, Encik Malek Mohd Shafdar bin Gulam Hassan menerima cek BMYS daripada Encik Hamidin.

Para penerima BMYS bersama-sama dengan Penolong Kanan (Pentadbiran) SMJK Chung Hwa, Tenom, Puan Yee Lee Ling menerima cek BMYS disampaikan oleh Encik Hamidin.

Penyampaian cek BMYS kepada Pengetua SMK St. Anthony, Tenom, Encik Gilbert S. Olas daripada Encik Hamidin.

Penyampaian cek BMYS kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Entabuan, Tenom, Encik Simeon bin Gamin oleh Encik Hamidin (lima dari kanan).

64

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Daerah Tambunan

Penyampaian cek BMYS kepada Pengetua SM St. Martin Tambunan, Encik Jenius Rantisan oleh Pegawai Kawasan ZPU, Puan Justina David (baris depan, dua dari kanan)Sambil disaksikan oleh Penolong Kanan, Encik Romanus Joannes (baris depan, tiga dari kiri) dan Guru Biasiswa, Encik Johnny (baris depan, dua dari kiri).

Puan Justina menyampaikan cek BMYS kepada Penolong Kanan SMK Nambayan Tambunan, Encik Bede John.

Pengetua SMK Desa Wawasan Tambunan, Encik Johari Awang Damit menerima cek BMYS daripada Puan Justina sambil disaksikan oleh Guru Biasiswa, Puan Nur Izzati binti Rubaidullah (baris depan, kanan).

Daerah Nabawan

Pegawai Kawasan ZPU, Encik Suwandy Sundu (tiga dari kiri) menyampaikan cek BMYS kepada Pengetua SMK Nabawan II, Encik Joshua Tuah sambil disaksikan oleh Penyelaras/Guru Biasiswa, Puan Norhidayah (kiri), Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Faridah Yumain (dua dari kiri), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Petrus Andrew Rupin (dua dari kanan) dan Penolong Kanan Ko–Kurikulum, Encik Martin Joseph (kanan).

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Nabawan, Encik Gilbert Josue Kating menerima cek BMYS daripada, Encik Suwandy sambil disaksikan oleh Guru Biasiswa SMK Nabawan, Encik Julian Mikat (enam dari kiri).

Pengetua SMK Sepulot, Nabawan, Encik Ramin @ Hairin Kundamor menerima cek BMYS daripada Encik Suwandy dan disaksikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Robin Yami (baris depan, kanan).

Encik Suwandy menyampaikan cek BMYS kepada Guru Biasiswa SK Pensiangan K9 Nabawan, Puan Nor Khairatun Amaliah Jusoh. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

65


ZON PANTAI TIMUR UTARA PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA PROGRAM SUNTIKAN MINDA SMK ULU SAPI 13 Julai 2023 @ Dewan SK Ulu Sapi, Telupid Seramai 174 orang pelajar sekolah tersebut terlibat dalam program ini yang dianjurkan oleh pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU). Program yang dikendalikan oleh Encik Malin bin Manni ini bertujuan untuk memperkasakan para pelajar dalam perkembangan akademik, kerjaya, peribadi dan sosial. Selain itu, memastikan mereka menerima sokongan dalam semua aspek kehidupan, akhirnya melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya. Sesi ceramah yang disampaikan oleh Encik Malin.

PROGRAM HALA TUJU SELEPAS SPM 22 Ogos 2023 @ SMK Sandakan Program ini dikendalikan oleh Encik Malin bin Manni. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang tatacara permohonan ke institusi pengajian tinggi selepas SPM melalui Unit Pusat Universiti (UPU). Selain memberi pengisian ceramah motivasi, beliau juga memberikan taklimat mengenai institut kemahiran awam seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan kolej komuniti bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Pameran Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF) turut memeriahkan program tersebut.

Sesi ceramah.

Gambar berkumpulan.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI KURSUS PEMBUATAN MI KUNING DAN WANTAN AYAM UDANG 20 Julai 2023 @ Dewan, Kg. Tangkarason, Paitan Seramai 35 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang dikendalikan oleh Puan Artawan Madali bagi Kursus Pembuatan Mi Kuning dan Puan Rosni Mantasim bagi Kursus Pembuatan Wantan Ayam dan Udang. Melalui kursus ini, para peserta diberi pendedahan tentang teknik membuat mi kuning dan wantan ayam dan udang secara praktikal.

Para peserta membuat adunan mi kuning. 66

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Puan Rosni (tengah) membuat demonstrasi kepada para peserta.

Gambar berkumpulan bersama para peserta kursus.


KURSUS PEMBUATAN BEBOLA DAN KEK UDANG GALAH 22 Julai 2023 @ Kg. Tidung, Kinabatangan Dalam kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar proses pembuatan bebola dan kek udang gajah secara praktikal. Kursus tersebut dikendalikan oleh Puan Kamliah binti Abdul Sani. Lebih daripada 20 orang peserta telah mendapat manfaat daripada program ini.

Tenaga pengajar, Puan Kamliah (dua dari kiri) menjelaskan tentang cara menyediakan bahan-bahan mentah.

Gambar berkumpulan.

KURSUS JAHITAN SIRI 2 24 - 27 Julai 2023 @ Vya Boutique, Bandar Prima, Sandakan Pejabat ZPTU telah mengadakan Kursus Jahitan Siri 2 pada 24 hingga 27 Julai 2023 bertempat di Vya Boutique, Bandar Prima, Sandakan. Kursus ini dikendalikan oleh pengasas Vya Boutique, Puan Rosjilah binti Malan. Dalam kursus ini, seramai 10 orang peserta dibimbing melalui proses mengukur, memotong dan mencantum kain untuk menghasilkan baju kurung moden. Mereka juga diberi tunjuk ajar pelbagai teknik jahitan untuk meningkatkan penampilan keseluruhan pakaian.

Peserta turut mempelajari teknik memasang kain renda.

Gambar berkumpulan.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA PROGRAM PERMUAFAKATAN BELIA (Gotong-Royong dan Pertandingan Bola Tampar) 22-23 Julai 2023 @ Kg. Tidung, Kinabatangan Program ini bertujuan untuk memupuk semangat permuafakatan dalam kalangan generasi muda. Lebih daripada 30 orang belia dan beliawanis turut memeriahkan suasana tersebut.

Sesi taklimat.

Sesi mengecat gelanggang bola tampar.

Gambar berkumpulan para belia dan beliawanis yang bertanding dalam acara bola tampar.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

67


ZON PANTAI TIMUR SELATAN PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA PROGRAM MOTIVASI SPM – MASIH ADA MASA 14 September 2023 @ SMK Silabukan, Tungku Pejabat Zon Pantai Timur Selatan (ZPTS) telah menganjurkan Program Motivasi SPM yang bertemakan “Masih Ada Masa.” Program yang diadakan di SMK Silabukan, Daerah Tungku ini telah diadakan pada 14 September 2023. Seramai 225 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Program tersebut bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar mengenai sahsiah diri seperti pengukuhan akademik dan ketahanan mental serta teknik-teknik menjawab soalan SPM. Encik Khairol Azwan bin Mohd Rosli dari Pejabat Pendidikan Daerah Tungku telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbir ZPTS, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin.

Pelajar bergambar kumpulan bersama Puan Norkhajijah (duduk, tiga dari kiri).

Puan Khajijah menyampaikan cenderamata kepada penceramah program, Encik Khairol Azwan bin Mohd Rosli.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI KURSUS ASAS BIDAN 11 - 12 Julai 2023 @ Pusat Latihan, Asrama Yayasan Sabah, Tawau Seramai 11 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Bidan yang berlangsung di Pusat Latihan Asrama Daerah Yayasan Sabah Tawau. Kursus yang dianjurkan oleh pejabat ZPTS ini dibimbing oleh Puan Nurazah binti Azak. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan bagi menjaga pesakit yang lebih tua, melahirkan bayi dan mengekalkan kesihatan semasa kehamilan.

Ceramah disampaikan oleh Puan Nurazah.

Para peserta bergambar kumpulan bersama Pegawai Kawasan, Dr. Siti Fatimah Lailatul Qadrina binti Haji Awang (enam dari kanan). 68

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sesi perkongisan secara praktikal.


KURSUS PENGHASILAN PRODUK MAKANAN BERASASKAN KACANG SOYA 11 Julai 2023 @ Dewan Felda Kalabakan Tengah, Kalabakan Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai bahan-bahan dan peralatan yang digunakan dalam penghasilan produk tersebut serta mengenal pasti tanda-tanda produk yang telah rosak dan tamat tempoh. Seramai 29 orang penduduk kampung sekitar Kalabakan telah menyertai kursus ini dengan bimbingan daripada tenaga pengajar, Puan Jenny John.

Proses pembuatan produk makanan. Sesi perkongsian yang disampaikan oleh Puan Jenny (berdiri, kiri).

KUSUS ASAS BEKAM 13 Julai 2023 @ Pusat Latihan, Asrama Yayasan Sabah, Tawau Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor daripada permukaan kulit dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Seramai 11 orang peserta telah menyertai kursus ini yang dibimbing oleh Puan Herni binti Sainuddin.

Sesi perkongsian.

Para peserta bergambar kumpulan bersama Dr. Siti Fatimah Lailatul Qadrina binti Haji Awang.

KURSUS PEMBUATAN PES MAKANAN (ANEKA MASAKAN) 18 Julai 2023 @ Pusat Latihan, Asrama Yayasan Sabah, Tawau Seramai 22 orang peserta telah menyertai kursus pembuatan pes makanan yang dibimbing oleh Encik Jamal bin Toraji. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai asas-asas teknologi pemprosesan dan pembungkusan pes makanan dan cara-cara pengawetan produk pes masakan yang sesuai. Encik Jamal menunjukkan cara-cara membuat pes makanan.

Salah seorang peserta bergambar dengan pes makanan yang telah siap.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

69


PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA PROGRAM SENI KALIGRAFI KHAT 12 Julai 2023 @ Kampung Bubul, Semporna Mempelajari teknik seni kaligrafi khat dapat menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi. Dengan menulis khat berterusan, secara langsung dapat memudahkan kita membaca tulisan jawi dan Arab dan pastinya memudahkan kita membaca Al-Quran. Seramai 24 orang peserta telah menyertai program ini dengan bimbingan daripada jurulatih khaligrafi khat, Encik Norgajir Noor.

Proses penghasilan tulisan khat.

Para peserta bergambar kumpulan bersama Pegawai Tadbir Kanan ZPTS, Encik Abdul Kadir bin Tahir (berdiri, tengah).

PENYERAHAN PROJEK PONDOK PERHENTIAN BAS 7 September 2023 @ Kg. Sg. Langgas, Kunak | Kampung Ulu Lormalong, Kunak Penyerahan projek pondok perhentian bas di bawah Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) diadakan di daerah Kunak iaitu di Kampung Sungai Langgas dan Kampung Ulu Lormalong. Setiap kampung menerima sebuah pondok bas agar dapat memberi keselesaan kepada penduduk kampung untuk berteduh semasa menunggu kenderaan apabila hendak keluar ke pekan.

SEBELUM Kawasan tapak pondok perhentian bas.

70

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

SELEPAS Ketua Pentadbir ZPTS, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin (dua dari kanan) menyampaikan penyerahan pondok perhentian bas kepada wakil penduduk, Encik Juhidin Bin Taking di Kampung Sungai Langgas, Kunak.


SEBELUM

SELEPAS

Proses menyiapkan pondok perhentian bas.

Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin menyampaikan penyerahan pondok perhentian bas kepada wakil penduduk, Encik Nawali Sahali di Kampung Ulu Lormalong, Kunak.

MEMBAIK PULIH PAIP AIR GRAVITI 9 September 2023 @ Pusat Ma’ahad Tahfis As-Sohabah Kg. Tobo-Tobo, Semporna Program Membaik Pulih Paip Air Graviti di Pusat Ma’ahad Tahfis As-Sohabah Kg. Tobo-Tobo, Semporna, melegakan penghuni kawasan pusat tersebut dan penduduk luar bandar lain yang kerap mengalami kesukaran bekalan air ketika musim hujan.

Proses membaik pulih paip air graviti.

Puan Norkhajijah menyerahkan projek baik pulih air graviti, pam air, tempat duduk tangki dan tangki 800 liter kepada tenaga pengajar Pusat Ma’ahad Tahfis As-Sohabah Kg. Tobo-Tobo, Ustaz Isa bin Musa.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

71


ZON PANTAI BARAT UTARA PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA PROGRAM PELUANG KEMASUKKAN PELAJAR KE UNIVERSITY COLLEGE SABAH FOUNDATION (UCSF), KOLEJ TEKNOLOGI YAYASAN SABAH (KTYS) DAN TAJAAN PENGAJIAN YAYASAN SABAH 13 September 2023 @ Dewan Perdana, SMK Abdul Rahim 1, Kudat Seramai 160 orang pelajar tingkatan 6 atas dan tingkatan 6 bawah SMK. Abdul Rahim 1, SMK Kudat 1 dan SMK Kudat 2 menghadiri program ini. Program ini dirasmikan oleh Penyelaras tingkatan 6 SMK Abdul Rahim 1, Puan Dolly Hasan dan disempurnakan dengan ucapan penutupan oleh Pegawai kawasan Zon, Pantai Barat Utara (ZPBU), Encik Milus Sueip. Antara pengisian program ini ialah taklimat ringkat mengenai pengajian di UCSF, KTYS dan penerangan mengenai tajaan pengajian Kumpulan Yayasan Sabah. Di samping itu, turut diadakan ceramah kaunseling yang disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Daerah Kudat, Encik Komar bin Abd Wahid dan taklimat ringkas pembukaan akaun Tabung Haji oleh Pengurus Cawangan Lembaga Tabung Haji Kudat, Tuan Haji Junaidi bin Ismail. Selain itu, majlis ini diserikan dengan taklimat yang bertajuk Sayangi Negara dan Jenayah Scammer daripada Pegawai Penerangan daerah Kudat, Puan Nadia M. Lawaji. Manakala, guru akademik tingkatan 6 (Seni Visual) SMK Pinaatai, Kudat, Dr. George Tamaki telah menyampaikan taklimat bertajuk Serlahkan Potensi Diri.

Gambar berkumpulan bersama peserta program.

Pegawai Kanan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Encik Mohd. Salim bin Japaran menyampaikan taklimat mengenai tajaan dan pinjaman pengajian Kumpulan Yayasan Sabah.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI KURSUS MEMBUAT KUIH TRADISIONAL DAN JEM KELADI 15 Julai 2023 @ Kampung Taritipan, Kota Marudu Taklimat kursus disampaikan oleh pengusaha kuih tradisional tempatan, Puan Tiah binti Yassin kepada 22 orang peserta. Objektif program ini adalah untuk memberikan kemahiran dan pengetahuan pembuatan kuih tradisional serta mendorong para peserta untuk menambah sumber pendapatan mereka. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Kampung Taritipan, Encik Sulong bin Kondong.

Puan Tiah menunjukkan cara-cara membuat kuih tradisional sarang semut kepada para peserta.

72

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman Hj. Samat (duduk, tiga dari kanan) bergambar berkumpulan bersama para peserta.


KURSUS PENYELENGGARAAN MOTORSIKAL 25 Julai 2023 @ Dewan Kolej Komuniti Antong, Kampung Indarason Laut, Matunggong Seramai 20 orang peserta menyertai kursus ini terdiri daripada penduduk Kampung Indarason Laut, Kampung Indarason Darat dan Kampung Panudahan Jambu. Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Kolej Komuniti Kota Marudu iaitu Encik Rayzideal Goluhing, Encik Jerixson Tobolok dan Encik Eddwill Jusry. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam penyelenggaraan motosikal seperti servis asas, pemeriksaan kerangkaan, penyelengaraan roda dan sistem brek. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan asas pengendalian bengkel dan kerjaya dalam bidang permotoran.

Encik Adman bergambar berkumpulan bersama para peserta.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Kampung Indarason Laut, Encik Andaman Mansaded, Ketua Kampung Indarason Darat, Encik Jimit Ara serta Penolong Pegawai Perpaduan Cawangan Daerah Kecil Matunggong.

KURSUS DIY SISTEM FERTIGASI TANAH 9 Julai 2023 @ Kampung Rampai Selatan, Kudat Tenaga pengajar bagi kursus tersebut adalah seorang pengusaha tanaman menggunakan sistem fertigasi iaitu Pengurus Syarikat Eco Farm Tuaran, Encik Alvinn Joss.

Encik Alvinn (berdiri, kiri) menunjukkan demonstrasi campuran tanah untuk menghasilkan sistem fertigasi kepada para peserta.

Program ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai sistem penanaman secara fertigasi di samping memberi peluang kepada para peserta untuk menambah sumber pendapatan keluarga.

Gambar berkumpulan para peserta dengan urus setia program.

Seramai 31 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Turut hadir dalam program ini ialah Imam Rawatib Kampung Rampai Selatan Sikuati, Kudat, Encik Azri Mohd Ayub.

BENGKEL PEMASANGAN DAN PENYELANGGARAN PENDINGIN HAWA RUMAH 29 Julai 2023 @ Kampung Langkon, Kota Marudu Seramai 21 orang belia Kampung Langkon menyertai kursus ini yang disampaikan oleh tenaga pengajar daripada Kolej Komuniti Kota Marudu, Encik Jamrin Jasman dan Encik Eddwil Jusry. Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan kemahiran dan pengetahuan dalam menyelengara dan memasang pendingin hawa serta menggalakkan mereka untuk menjana sumber pendapatan. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Kampung Langkon, Encik Rahim Bin Asun.

Encik Jamrin mewakili pihak Pengurusan Kolej Komuniti Kota Marudu menyampaikan kata-kata aluan kepada para peserta.

Encik Eddwil menyampaikan taklimat kepada para peserta.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

73


KURSUS MEMBAIKI HANDPHONE 10 Ogos 2023 @ Gelangang Futsal Kg. Feri, Pitas Seramai 25 orang peserta kursus yang terdiri daripada penduduk Kampung Kerasik dan kampung sekitarnya telah hadir ke kursus yang dikendalikan oleh pengusaha perkhidmatan membaiki telefon bimbit Pekan Kota Marudu, Encik Mohd Raniwan Pidiong. Objektif program ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas membaiki telefon bimbit serta mendedahkan para peserta dengan teknik dan penggunaan peralatan yang betul. Turut hadir ialah Penyelaras Kolej Komuniti Kota Marudu, Encik Ahmad Muzzakir Hisyam Bin Dahlan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Kerasik, Pitas.

Encik Mohd Raniwan menunjukkan cara-cara untuk membuka bahagian telefon bimbit.

Encik Adman menyampaikan sijil penyertaan kursus kepada salah seorang peserta.

KURSUS PENYELENGGARAAN PENDINGIN HAWA KENDERAAN 24 Ogos 2023 @ Dewan Kampung Sinukab, Pitas Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas kepada para peserta.

Encik Sh. Yaccub manunjukkan demonstrasi amali kepada para peserta.

Seramai 22 orang peserta telah mengikuti kursus yang diseliakan oleh pensyarah Kolej Komuniti Kota Marudu, Encik Sh. Yaccub bin Sh. Attar. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Kota Marudu, Encik Abdul Rahman Bin Abdul Latip dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sinukab, Pitas.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA KURSUS ASAS SIMULASI HAJI DAN UMRAH 21 Julai, 2023 @ Masjid Al’Mualaf Kampung Batu Layar, Banggi, Kudat Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar SMK Kudat, Ustaz Mohamed Rizal Bahrin bin Mat Rudin dan dihadiri seramai 47 orang peserta. Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman tatacara ibadah haji dan umrah serta memupuk semangat dan keinginan menunaikan Rukun Islam ke lima. Program ini telah disempurnakan oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kecil Banggi, Encik Maslan bin Ashadan.

Ustaz Mohamed Rizal menyampaikan taklimat kepada para peserta.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Kampung Batu Layar, Encik Amat bin Tambisan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu Layar, Puan Dewina binti Mawah, Pengerusi Masjid Al’Mualaf Kampung Batu Layar, Encik Rajiman bin Pakamah dan Imam Rawatib Masjid Al - Mualaf Kampung Batu Layar, Tuan Imam Haji Kisah Abd. Rahman. Ustaz Mohamed Rizal menunjukkan cara-cara memakai kain ikhram kepada para peserta. 74

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Ustaz Mohamed Rizal memberikan taklimat tatacara tawaf kepada para peserta.


PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESEDARAN SUSU IBU 12 Ogos 2023 @ Dewan Urusetia Kampung Landung Ayang, Kudat Program yang dihadiri seramai 55 orang peserta wanita ini adalah di bawah seliaan penceramah jemputan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kudat, Dr. Laila Syafiqah dan Puan Nurul Asilah. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberikan pendidikan dalam mencegah penyakit deman denggi di samping kesedaran kepentingan penyusuaan serta teknik pemerahan susu ibu. Turut hadir, Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kudat, Dr. Lokman Baharuddin, Wakil Ketua Kampung Landung Ayang, Puan Kirimzan Lolong dan Penyelaras University College Sabah Foundation (UCSF), Encik Arbot Makuut dan Penyelaras Kolej Teknikal Yayasan sabah (KTYS), Encik Teddy Benjamin.

Gerai pameran Pejabat Kesihatan Daerah Kudat.

Dr. Laila menyampaikan taklimat kepada para peserta.

KURSUS ASAS SIMULASI HAJI DAN UMRAH 19 Ogos 2023 @ Masjid Kampung Rosok, Kota Belud Kursus yang dihadiri 83 orang peserta ini disampaikan oleh Imam Masjid Daerah Kota Belud, Tuan Haji Madli bin Mukadim. Pengajuran kursus ini adalah untuk membimbing dan meningkatkan kefahaman peserta mengenai ibadah haji dan umrah selain mendorong para peserta untuk menunaikan ibadah ini apabila berkemampuan. Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Rosok, Encik Malik Gunak Abdullah, Pengerusi Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rosok, Encik Sabanting Kakan, Bendahari Masjid Kampung Rosok, Encik Laining @ Mohd Amir bin Kilig, Imam Rawatib, Encik Halmy Dumin serta Setiausaha Masjid Kampung Rosok, Kota Belud, Encik George @ Marinus bin Losuk @ Laousuk.

Para peserta mendengar taklimat teori ibadah haji dan umrah.

Tuan Haji Madli menunjukkan demonstrasi tawaf kepada para peserta.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

75


ZON PANTAI BARAT SELATAN PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA Program Motivasi Jati Diri Cemerlang telah disertai seramai 154 orang para pelajar. Program ini diadakan di SMK Bahang, Penampang pada 4 Julai 2023. Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Selatan (ZPBS), Puan Linda Anthony, (duduk, empat dari kanan) bergambar bersama guru-guru dan para pelajar SMK Bahang, Penampang selepas majlis perasmian penutupan program tersebut.

Pelajar memberikan tumpuan kepada salah seorang penceramah.

Seramai 148 pelajar telah mengikuti Program Jati Diri Cemerlang Ke Arah Masyarakat Madani yang diadakan pada 8 Julai 2023 di Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu. Puan Linda dan Pengetua Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, Encik Vasuthevan A/L S. Palanivulu, (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama guru-guru dan para pelajar Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.

Ceramah disampaikan oleh Encik Syhibin Jafar dari Institut Perguruan Kent, Tuaran.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI Kursus Asas Fertigasi Tanaman Cili telah diadakan pada 10 Jun 2023 bertempat di Kg. Marabahai, Tuaran melibatkan 22 orang peserta.

Encik Fahmie bin Abu Bakar menunjukkan cara-cara pemasangan paip yang betul kepada para peserta.

Para peserta bergambar bersama Pegawai Tadbir Kanan, ZPBS, Encik Azubair Sainuddin (duduk tiga dari kanan) dan tenaga pengajar Kursus Asas Fertigasi Tanaman cili Encik Fahmie Abu Bakar daripada Urban Tani, Kota Kinabalu.

Kursus Asas Fertigasi - Tanaman Cili telah diadakan di Kg. Minangkob, Tamparuli pada 14 Jun 2023. Seramai 22 orang peserta telah mengikuti kursus ini.

Encik Fahmie sedang menyampaikan ceramah kepada para peserta kursus. 76

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Ketua Pentadbir ZPBS,Puan Linda (duduk, dua dari kanan) dan pembimbing kursus, Encik Fahmie bergambar bersama para peserta.


Pada 17 Jun 2023, seramai 20 orang telah mengikuti Kursus Asas Hidroponik yang diadakan di Kg. Penampang Proper, Penampang. Pembimbing kursus daripada Asas Hidroponik, Penampang, Encik Afizul bin Jamal mengajar para peserta kursus menaman sayur secara hidroponik.

Pegawai Tadbir ZPBS, Puan Florine Chiuh, (duduk, tengah), Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kg. Penampang Proper, Encik Harry Mobinsil (duduk, dua dari kiri) dan pembimbing kursus, Encik Afizul bin Jamal (duduk, dua dari kanan) daripada Apy Hidroponik, Kg. Buang Sayang, Papar bergambar bersama peserta kursus.

Pada 17 Jun 2023, Kursus Asas Manicure dan Pedicure telah dianjurkan di Kg. Bukit Payung, Telipok yang dihadiri seramai 22 orang.

Tenaga pengajar kursus, Puan Lily Maguring (berbaju hitam) menunjukkan cara merias kuku kepada para peserta kursus. Puan Linda bergambar bersama para peserta kursus selepas majlis penutupan.

Kursus Asas Hidroponik telah diadakan pada 18 Jun 2023 bertempat di Kg. Topokon, Tamparuli melibatkan 30 orang peserta. Ceramah penanaman sayur cara hidroponik oleh pembimbing kursus, Encik Afizul.

Puan Linda menyampaikan set semaian benih hidroponik kepada salah seorang peserta kursus dengan disaksikan oleh pembimbing kursus, Encik Afizul (tengah).

Pada 24 Jun 2023, seramai 26 orang peserta telah mengikuti Kursus Pembuatan Baja Kompos dan Tanah Hitam yang dianjurkan di Kg. Kituntul Lama, Ranau. Sesi praktikal pembuatan baja kompos.

Puan Linda dan Pegawai Ekonomi ZPBS, Encik Mohd. Shari Tek Seng, (duduk, kanan) bergambar bersama peserta kursus.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

77


Seramai 22 peserta telah mengikuti Kursus Manicure dan Pedicure yang dianjurkan di Kg. Sailan, Putatan pada 24 Jun 2023. Tenaga pengajar kursus Manicure & Pedicure, Puan Lily Maguring (duduk, kanan) sedang menunjukkan cara merias kuku kepada para peserta kursus.

Encik Mohd. Azubair (duduk, tengah) bergambar bersama para peserta kursus selepas majlis penutupan.

Kursus Penternakan Ayam Pedaging Fasa I Dan II yang dianjurkan di Kg. Kigiwit, Ranau selama tiga hari dari 13 hingga 15 Julai 2023 telah memberikan manfaat kepada 20 orang peserta.

Pembimbing kursus, Encik Zulkiflee bin Tassim (kanan) daripada Ayambos Agrofarm, Beaufort memberikan taklimat kepada peserta kursus.

Encik Mohd Shari (barisan belakang, tujuh dari kiri) bergambar bersama para peserta kursus di Kg. Kigiwit, Ranau.

Kursus Asas Fertigasi - Tanaman Cili telah diadakan pada 18 Julai 2023 bertempat di Kiulu, Tuaran yang melibatkan seramai 22 orang peserta. Para peserta sedang membuat praktikal menanam benih sayur secara fertigasi.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.15 Kiulu En. Golubi Guntarek (tengah), tenaga pengajar dari Formeniaga Encik Fahmie Abu Bakar, (duduk kanan) bergambar bersama para peserta Kursus Asas Fertigasi Tanaman Cili.

Seramai 30 orang peserta telah mengikuti Kursus Asas Jambangan Bunga yang dianjurkan di Kg. Teguli Seberang, Putatan pada 22 Julai 2023. Para peserta mempraktikkan gubahan bunga.

78

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Puan Linda bergambar bersama pembimbing kursus Puan Kee Y. Kamariah binti K. Yusof (duduk, kanan) dan peserta kursus selepas majlis penutupan kursus.


Seramai 17 orang peserta telah mengikuti Kursus Asas Fertigasi Cara Menanam Buah Golden Melon pada 29 Julai bertempat di Ladang Urban Tani Kota Kinabalu, Menggatal.

Encik Fahmie membimbing para peserta menanam Golden Melon secara fertigasi.

Puan Linda dan tenaga pengajar, Encik Fahmie bergambar bersama para peserta kursus.

Kursus Pembuatan Makanan Kering Tradisional & Pembungkusan telah diadakan pada 29 Julai 2023 bertempat di Kg. Dungun Bawang Serayoh, Tuaran melibatkan 28 orang peserta.

Pegawai Kawasan Tuaran, Encik Mohd Al Amin Abdul Thani, (berdiri kanan) bergambar bersama para peserta kursus dan produk yang dihasilkan.

Pada 15 Ogos 2023, seramai 30 peserta telah mengikuti Kursus Membuat Pewangi Badan yang diadakan di Dewan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli.

Penolong Pegawai Tamparuli ZPBS, Encik Saef-Ul Baree Rusnan (duduk, kanan) bergambar bersama para peserta.

Fasilitator kursus, Puan Nadia Azia Binti Azis (tudung hitam), sedang membimbing para peserta dalam penghasilan pewangi badan.

Kursus Kait Siling telah diadakan pada 23 Ogos 2023 bertempat di Kg. Babagon, Penampang melibatkan 35 orang peserta.

(Duduk dari kiri) Pegawai Kawasan ZPBS, Encik Muhammad Syimir bin Rasidi, pembimbing kursus, Puan Verna Onoh, Puan Linda dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kg. Babagon, Puan Felimina Andreas bersama para peserta kursus.

Para peserta kursus melakukan latihan kait silang.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

79


PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIO BUDAYA Kursus Pertolongan Cemas telah diadakan pada 10 Jun 2023 bertempat di Kg. Kolosunan, Inanam yang melibatkan 27 orang peserta.

Ceramah pertolongan cemas disampaikan oleh Encik Mohd. Nasir Ismail daripada St. John Ambulans Malaysia, kawasan Pantai Barat Selatan Atas.

Demontrasi teknik melakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) oleh Pegawai St. John Ambulans Malaysia.

Kursus Menuju Kesempurnaan Solat telah diadakan di Masjid Daerah Putatan pada 13 Julai 2023 yang dihadiri seramai 53 orang di bawah bimbingan Pengarah Akademi Al-Quran Al Farabi, Ustaz Mohd Syahir Ismail.

Pegawai Tadbir Kanan, ZPBS, Encik Mohd. Azubair Sainuddin, (empat dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ustaz Mohd Syahir.

Gambar berkumpulan selepas majlis perasmian penutupan.

Program Gotong-Royong Membaiki Balai Raya telah diadakan di Kg Lembah Permai, Kundasang pada 6 Ogos 2023 yang melibatkan seramai 50 orang penduduk kampung tersebut.

Pembaikan Balai Raya Kg. Lembah Permai, Kundasang.

Ketua Pentadbir ZPBS, Puan Linda Anthony (berdiri, lapan dari kiri) bergambar bersama para penduduk semasa program gotong-royong membaiki Balai raya Kg. Lembah Permai, Kundasang.

Program Gotong-Royong Membaikpulih Balai Raya telah diadakan di Kg. Rugading, Penampang pada 27 Ogos 2023 yang melibatkan 30 orang penduduk kampung tersebut. Kerja membaiki Balai raya Kg. Rugading, Penampang.

80

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Puan Linda bersama para penduduk semasa program gotong-royong membaiki Balai raya Kg. Rugading, Penampang.


BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH Pejabat ZPBS telah melaksanakan penajaan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) bagi tahun 2023. Seramai 280 pelajar dari 25 buah sekolah menengah di daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan telah menerima manfaat daripada tajaan BMYS ini yang mana penyampaiannya dilaksanakan pada bulan Jun dan Julai 2023. Tajaan BMYS ditawarkan secara one-off dengan kadar RM250.00 bagi setiap pelajar yang terpilih dan bertujuan untuk menampung sebahagian perbelanjaan persekolahan mereka bagi membantu meringankan beban kos perbelanjaan ibu bapa pelajar berkenaan.

Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.

SM All Saints, Kota Kinabalu.

SM Lok Yuk , Kota Kinabalu.

SM All Saints, Kota Kinabalu.

SM St. Francis Convent, Kota Kinabalu.

SM St. Peter, Telipok, Kota Kinabalu.

SMK Bandaraya, Kota Kinabalu.

SMK Inanam, Kota Kinabalu.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

81


82

SMK Kolombong, Kota Kinabalu.

SMK Likas, Kota Kinabalu.

SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu.

SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu.

SMK Tebobon, Kota Kinabalu.

SMK Agama Kota Kinabalu.

SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu.

SM St. Michael, Penampang.

SMK Bahang, Penampang.

SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


SMK Limbanak, Penampang.

SM Stella Maris, Tanjung Aru.

SMK Putatan, Putatan.

SM La Salle, Tanjung Aru.

Maktab Sabah, Sembulan.

SMK Petagas, Putatan.

SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

SMK Sanzac, Sembulan.

SMK Tansau, Putatan.

Sma Al-Irsyadiah, Ranau. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

83


SMK Kemburongoh, Ranau.

84

SMK Bundu Tuhan, Ranau.

SMK Kundasang, Ranau.

SMK Lohan, Ranau.

SMK Mat Salleh, Ranau.

SMK Matupang Jaya, Ranau.

SMK Ranau, Ranau.

SMK Timbua, Ranau.

SMKA Mohamad Ali, Ranau.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


SM St. James, Tamparuli.

SM St. John, Tuaran.

SM Sains Sabah, Tuaran.

SMK Tenghilan, Tamparuli.

SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu, Tuaran.

SMK Badin, Tuaran.

SMK Taman Ria, Tuaran.

SMK Pekan Telipok, Tuaran.

SMK Sri Nangka, Tuaran.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

85


KONTINJEN KUMPULAN YAYASAN SABAH SERTAI PERBARISAN HARI KEBANGSAAN

PERINGKAT NEGERI SABAH 2023

Sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah tahun ini, Kumpulan Yayasan Sabah turut serta dalam acara perbarisan di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu. Acara sambutan dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr. Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri serta barisan kabinet negeri. Sebanyak 146 kontinjen yang terdiri daripada 123 kontinjen perbarisan dan 23 kontinjen kenderaan dari pelbagai agensi, jabatan kerajaan dan badan sukarela menyertai perbarisan tersebut. Kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah memulakan latihan kawad kaki bermula 7 Ogos 2023 dan kemudiannya menghadiri raptai selama tiga hari iaitu pada 27 hingga 29 Ogos 2023. Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar sempat meluangkan masa bersama-sama dengan kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah bagi menyampaikan amanat Pengurusan pada 28 Ogos 2023 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha. Amanat Pengurusan ini turut dihadiri oleh ketua-ketua bahagian, unit dan anak syarikat yang mana staf mereka turut terlibat dalam kontinjen perbarisan ini. Kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah akan turut terlibat pada Hari Istiadat Perbarisan sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang bakal diadakan pada 7 Oktober 2023 bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan amanat kepada kontinjen perbarisan.

Laungan semangat kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah.

86

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Siap siaga dengan semangat yang tidak pernah luntur walaupun cuaca tidak menentu.

Lintas hormat kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah semasa raptai penuh pada 29 Ogos 2023.

Kedudukan statik semasa sesi penilaian berlangsung sebelum acara bermula.

Lintas hormat daripada kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

87


PASUKAN BLACKLIST MUNCUL JOHAN EDISI SULUNG KEJOHANAN FUTSAL KRKYS Pasukan Blacklist mendominasi kejohanan futsal edisi sulung Piala Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah (KRKYS) dan seterusnya muncul johan dalam kejohanan ini. Sebanyak 13 buah pasukan bersaing melibatkan pemain-pemain daripada bahagian, unit dan anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah iaitu Blacklist, Wang Ft, KTYS B, KTUC Mix Ft, SICC A, SICC B, NCS Rangers, Kapla, Naughty Team B, ICAP Perut Ft, Ontox Mix Ft, EFD Ft dan BSCSB. Naib johan disandang oleh pasukan Wang Ft, tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Naughty Team dan tempat keempat dimenangi oleh Pasukan KTUC Mix Ft. Kategori Pasukan Terbaik jatuh kepada pasukan Wang Ft, Penjaring Terbanyak dimenangi oleh Encik Harifin Lokman daripada KTUC Mix Ft dan Penjaga Gol Terbaik, Encik Alastair Nicholas Peter dan Encik Gary Joy Gerard daripada pasukan Blacklist.

Encik Zulkhairi melakukan gimik perasmian dengan melakukan sepakan penalti ke gawang gol.

Johan - Blacklist.

Tempat Ketiga - Naughty Team. 88

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Joshua (empat dari kanan) diringi Pengerusi KRKYS, Encik Mohd Salim Japaran (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan Blacklist yang muncul sebagai Johan.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon merangkap Penasihat KRKYS, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail mewakili Pengarah Yayasan Sabah. Penyampaian hadiah semasa Majlis Penutupan disempurnakan oleh Pengawal Kewangan, Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Encik Joshua Ho.

Naib Johan - Wang Ft.

Tempat Keempat - KTUC Mix Ft.


Suzanirihwati menyinar

di KEJOHANAN OLAHRAGA SAMAS,

JOHOR-SINGAPURA

Puan Suzanirihwati binti Abd. Ghani, staf Unit Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) telah mengharumkan nama Kumpulan Yayasan Sabah dan negeri Sabah apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sabah Master (SAMAS) yang berlangsung pada 26 hingga 27 Mei 2023 di Mount Austin Stadium, Johor Bharu, Johor. Kejohanan ini melibatkan persaingan lebih 300 orang atlet daripada lapan buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Sri Lanka, India, Iran dan Uzbekistan. Dalam kejohanan ini Puan Suzanirihwati terus menyinar apabila memenangi tiga pingat emas kategori wanita 35 tahun ke atas masing-masing dalam acara 2000 meter Berjalan Kaki Wanita, Lempar Cakera dan Lontar Peluru serta sebuah pingat perak dalam acara Rejam Lembing Wanita.

Puan Suzanirihwati menerima medal kemenangan.

Cik Suzanirihwati bersama koleksi medal kemenangan.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

89


FATNEE SARDUN WAKIL MALAYSIA KE

Encik Fatnee mewakili Malaysia sebagai penjaga gol utama

KEJOHANAN PIALA CABARAN ARTALIVE Encik Fatnee Sardun, staf Innoprise Capital Sdn. Bhd. mengharumkan nama Kumpulan Yayasan Sabah dan negeri Sabah apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak Amputee Piala Cabaran Artalive pada 21 hingga 23 Julai 2023 di EV Avena Shah Alam. Dalam kejohanan berkenaan, Malaysia muncul sebagai naib johan dan Encik Fatnee muncul sebagai Penjaga Gol Terbaik kejohanan. Seterusnya Encik Fatnee dan pasukan Malaysia akan beraksi dalam kelayakan Piala Dunia dalam bulan Oktober 2023.

Encik Fatnee menerima hadiah Penjaga Gol Terbaik kejohanan daripada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Puan Hannah Yeoh.

EDITORIAL

PENASIHAT Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Rosly R. T. Jr Mohd. Redzuan Mohd. Zin Jeffrey Richard Baxter Valerina Valerian Dorothea @ Dolly Tay SUMBANGAN RENCANA Staf Bahagian Komunikasi Korporat Staf Pejabat-pejabat Zon Staf Perkembangan Kanak-Kanak Staf Penyelidikan Staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo,

Encik Fatnee bersama Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih bin Daya (dua dari kanan) sebelum ke kejohanan tersebut.

Tun Haji Mohd. Fuad Stephens Staf Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Staf Unit Pengukuhan dan Pemantauan Staf Unit Pentadbiran Staf Pusat Kraftangan Sabah Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd. Pejabat Ketua Pegawai Operasi, Innoprise Corporation Sdn. Bhd. REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin Juliana Lim Yuen Ling Muhammad Fahmi Abdul Alim Hannah Hidayati Zainudin JURUGAMBAR Jeffrey R. Baxter Samson Lawrence Zairulazrin Delin

Azli bin Mohd. Abu Bakar Junior Juryzam bin Jumat Staf Pejabat-pejabat Zon Staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens Staf Unit Pentadbiran Staf Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Staf Pusat Kraftangan Sabah Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd. TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook