Jilid 2/2023 KUMPULANYAYASANSABAH ASET & HARAPAN SISWA-SISWI NEGERI SABAH
Edaran
Percuma Mac - Jun 2023
- Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
Gambar berkumpulan siswa-siswi bersama Datuk Seri Haji Hajiji.
bersama bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Encik Sabdin bin Ibrahim (paling kiri), Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah, Puan Hajah Rogayah binti Awang Besar (dua dari kiri), Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (tiga dari kiri), Ketua Pengarah JPAN, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, (tiga dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Encik Ramlan Awang Ali (dua dari kanan), Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah, Puan Bahiwata S. Haji Mulia (kanan).
Siswa-siswi merupakan aset besar dan harapan negeri Sabah serta pewaris kepada kepimpinan masa hadapan.
Demikian menurut Ketua Menteri
Sabah merangkap Pengerusi Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin
Haji Noor pada Majlis Berbuka Puasa
Bersama Mahasiswa-Mahasiswi Sabah yang menuntut di Semenanjung Malaysia bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 10 April 2023.
“Anda akan menjadi pemimpin pelapis serta sumber modal insan untuk masa hadapan. Sebab itu dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pembangunan modal insan antara teras utama yang diberi perhatian. Justeru, pelbagai bantuan pendidikan diberikan bagi memastikan anak-anak muda kita mampu menjadi menjadi pemimpin pelapis yang serba boleh dan berdaya saing,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri menaruh harapan tinggi kepada siswa-siswi Sabah untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan di Sabah.
Sejak negara bergelut dengan pandemik COVID-19 sehingga tahun lalu, Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan kemasukan pelaburan langsung asing dan domestik termasuk beberapa lagi projek pelaburan yang kini sedang dalam proses untuk dilaksanakan daripada sektor ekonomi bernilai RM33.4 bilion yang akan menjana lebih 5,000 peluang pekerjaan.
“Baru-baru ini, kami secara rasmi juga telah mengabil alih 50 peratus kepentingan dalam lapangan minyak Samarang di mana Sabah dijangka menerima 50 peratus kelayakan rakan kongsi daripada pengeluaran minyak dan gas.”
“Dengan segala pembangunan ini, di sinilah kerajaan menuntut peranan daripada siswa-siswi semua untuk menyumbang kepada pembangunan di Sabah. Oleh itu, tanggungjawab yang terpikul di bahu siwa-siswi semua sememangnya besar kerana selain harapan dan kepercayaan ibu bapa dan keluarga, anak-anak juga merupakan harapan dan kepercayaan kerajaan,” katanya.
Justeru itu, sebagai generasi yang bakal menjadi pemimpin negeri Sabah pada masa akan datang, siswa-siswi perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi.
“Negeri Sabah amat memerlukan pemimpin dan modal insan yang berkualiti, yang tinggi ilmunya, kukuh,
Sesi dialog
Datuk Seri Haji Hajiji menyampaikan ucapan.
Penceramah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Hariri Mohamad Daud menyampaikan tazkirah Ramadan.
Persembahan nasyid oleh UNIC.
keperibadiannya serta baik akal budinya. Tidak kira di mana dan apa jawatan yang bakal anda pegang, peranan anda tetap diperlukan bagi menjayakan misi pembangunan negara sebagaimana yang kita semua harapkan,” katanya.
Kerajaan negeri melalui Kumpulan
Yayasan Sabah telah membelanjakan
sebanyak RM685 juta bagi pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman
pengajian tinggi sejak 1967 sehingga
tahun lalu. Sehingga kini, seramai
43,665 orang pelajar Sabah yang
mengikuti pelbagai disiplin ilmu sama
ada di institusi pengajian tinggi di dalam
mahupun luar negara telah menerima
bantuan berkenaan. Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi, Jabatan
Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN)
dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
melalui Pusat Zakat Sabah dan Yayasan
Kebajikan Sabah turut memberikan
tajaan pendidikan tahunan selain
daripada Kumpulan Yayasan Sabah.
Tabung Pendidikan Negeri Sabah juga telah dilancarkan pada tahun lalu untuk membantu lebih ramai anak-anak Sabah yang memerlukan tajaan pendidikan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Seramai lebih kurang 1,200 orang siswa-siswi Sabah yang menuntut di Zon Tengah dan Selatan Semenanjung
Malaysia (Selatan Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) telah menghadiri majlis ini. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima
Haji Kadzim Haji M. Yahya, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih bin Daya, Ahli-ahli Parlimen,
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
Sabah dan Ahli-ahli Lembaga Pemegang
Amanah Yayasan Sabah.
Susulan daripada majlis ini, Kumpulan Yayasan Sabah turut menganjurkan dua siri majlis berbuka puasa bersama-sama siswa-siswi Sabah yang menuntut di Zon Timur dan Zon Utara Semenanjung Malaysia. Ini bagi memberi peluang kepada pemimpin negeri ini berjumpa dengan lebih ramai siswa-siswi yang tidak dapat bersama-sama di PICC.
Datuk Seri Haji Haji menyampaikan duit raya kepada siswa-siswi.
Datuk Seri Haji Hajiji beramah mesra bersama siswa-siswi. Sebahagian daripada siswa-siswi yang hadir.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 3
MAJLIS BERBUKA PUASA MAHASISWA | MAHASISWI
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI SEMENANJUNG MALAYSIA ZON TIMUR (PAHANG, KELANTAN & TERENGGANU) 12 APRIL 2023 | PUSAT KONVENSYEN TAMAN TAMADUN ISLAM KUALA TERENGGANU
dialog yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Haji Arifin (tengah) memberikan siswasiswi info berkenaan tajaan pendidikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah, MUIS, Yayasan Kebajikan Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah.
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (kanan) menyambut ketibaan Datuk Dr. Haji Arifin, wakil kepada Ketua Menteri Sabah.
Persembahan Qasidah Hadi Ar’rukban, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Sesi
Siswa-siswi yang mengambil bahagian semasa sesi soal-jawab selepas sesi dialog.
Gambar berkumpulan siswa-siswi bersama Datuk Dr. Haji Arifin.
Wakil siswa-siswi menerima duit raya daripada Datuk Dr. Haji Arifin (tiga dari kiri).
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (berdiri paling kiri) dan Datuk Dr. Haji Arifin (berdiri dua dari kiri) bertanya khabar bersama siswa-siswi Sabah.
Siswa-siswi tidak melepaskan peluang untuk swafoto bersama dengan Datuk Dr. Haji Arifin dan Dato Sri’ Haji Gulamhaidar.
MAJLIS BERBUKA PUASA MAHASISWA | MAHASISWI
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI SEMENANJUNG MALAYSIA ZON UTARA (PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG & UTARA PERAK)
13 APRIL 2023 | SETIA SPICE CONVENTION CENTRE, PULAU PINANG
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (kiri) mengiringi Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya wakil kepada Ketua Menteri Sabah (berbaju biru, tengah). Turut mengiring, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan bin Muharam (kanan).
Siap bertanjak, salah seorang siswa yang mengajukan soalan selepas sesi dialog.
Isu tiket kapal terbang yang mahal antara topik yang dibawah oleh siswa-siswi.
Sesi dialog yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Haji Arifin (tengah) turut diadakan pada majlis ini.
Gambar berkumpulan siswa-siswi bersama Datuk Ir. Shahelmey.
Wakil siswa-siswi menerima duit raya daripada Datuk Ir. Shahelmey (tiga dari kiri).
Wakil siswa-siswi menerima duit raya daripada Datuk Ir. Shahelmey (tiga dari kiri).
Tersenyum riang dapat swafoto bersama Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (berdiri paling kiri) dan Datuk Dr. Haji Arifin (berdiri dua dari kiri).
Datuk Ir. Shahelmey beramah mesra bersama siswa-siswi Sabah.
Datuk Ir. Shahelmey beramah mesra bersama siswa-siswi Sabah.
Menyumbang Kuih-Muih Aidilfitri
Kumpulan Yayasan Sabah turut terlibat sebagai salah sebuah organisasi daripada 31 penyumbang kuih-muih Hari Raya Aidilfitri kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan.
Sumbangan terdiri daripada 26 buah kotak yang berisi kuih-muih Aidilfitri dan 13 hamper makanan. Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor ini telah diadakan di Menara Kinabalu pada 6 April 2023.
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (empat dari kanan) menyampaikan replika sumbangan kuih-muih Aidilfitri kepada Datuk Seri Hajiji.
8 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Sebanyak 13 buah organisasi telah menerima sumbangan pada majlis tersebut. Penerima-penerima sumbangan tersebut
ialah Markas Pemerintahan Armada Timur, Polis DiRaja
Malaysia, Divisyen Kelima Infantri (5 Div), Tentera
Udara DiRaja Malaysia, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Angkatan Tugas Bersama
2, Polis Gerakan Am, Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia, Negeri Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sabah, Jabatan Penjara, Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah, Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia serta Jabatan
Sukarelawan Malaysia.
Para petugas dari Bahagian Komunikasi Korporat memasukkan kuih-muih raya ke dalam kotak.
Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar menzahirkan perasaan gembira terlibat sebagai penyumbang kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan. Diharap sumbangan kuih-muih ini dapat memberikan kegembiraan kepada mereka dalam suasana menyambut Aidilfitri.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 9
26 kotak sumbangan dan 13 hamper yang disumbangkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.
Majlis
Majlis Pelancaran Ulang Tahun
Ke-50 Sabah Softwoods Berhad
(SSB) telah diadakan pada 26
Mei 2023 bertempat di Sabah
International Convention Centre.
Majlis pelancaran yang penuh
gilang-gemilang itu telah
disempurnakan oleh Ketua
Menteri Sabah merangkap
Pengerusi Lembaga Pemegang
Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri
Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.
“SSB telah menetapkan penanda aras
dalam kelestarian pengurusan tanah sekali
gus menjadikan Syarikat Berkaitan Kerajaan
Negeri (GLC) memainkan peranan penting
dalam pembangunan sektor perladangan di Sabah
dengan membuktikan keupayaan dalam pengurusan
tanah dengan maximumkan produktiviti, pada masa sama seimbangkan persekitaran serta landskap,” kata Datuk Seri Haji Hajiji.
SSB telah meletakkan penanda aras yang tinggi dalam sektor perladangan di Sabah – Datuk Seri Haji Hajiji.
Lembaga Pengarah dan barisan Pengurusan SSB menyambut ketibaan Datuk Seri Haji Hajiji.
10 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (lapan dari kanan) bersama Lembaga Pengarah dan Pengurusan SSB serta kenamaan yang lain.
Tambah beliau SSB telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor perladangan di Sabah dengan membuktikan keupayaan dalam pengurusan tanah dengan memaksimumkan produktiviti, pada masa sama menyeimbangkan persekitaran serta lanskap.
“Kejayaan dalam penyelidikan dan pembangunan, pengurusan perladangan serta pemuliharaan alam sekitar adalah sesuatu yang sangat membanggakan,” demikian puji Datuk Seri Haji Hajiji.
Beliau berkata, sebagai salah sebuah GLC utama negeri ini, SSB sudah memberikan sumbangan besar daripada segi pembayaran dividen kepada kerajaan negeri. Katanya, usaha ini membolehkan syarikat induknya, Innoprise Corporation Sdn Bhd menjadi peneraju dalam bidang perladangan di Sabah.
“SSB juga sering membantu kerajaan negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah dalam pembangunan pendidikan, pemuliharaan alam sekitar serta pelbagai program sosial yang bermanfaat kepada rakyat Sabah,” jelas Datuk Seri Haji Hajiji.
Pada majlis yang sama, Datuk Seri Haji Hajiji turut melancarkan buku sempena dengan ulang tahun syarikat berkenaan. Buku tersebut merupakan koleksi aktiviti-aktiviti SSB sepanjang 50 tahun.
Turut hadir bekas Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul, Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Pengerusi SSB, Datuk Mohd Arsad Bistari, Ketua Pegawai Eksekutif SSB, Datuk Haji Daud Tompokong, dan ketua-ketua bahagian serta Kumpulan Yayasan Sabah.
Antara tetamu yang hadir.
Datuk Seri Haji Haji mengucapkan terima kasih kepada Puan Nena Bracesos Fontanila (berbaju biru) atas kesetiaan beliau berkhidmat bersama SSB. Beliau merupakan staf yang paling lama berkhidmat di SSB.
Datuk Seri Haji Hajiji menandatangani buku kehadiran pelawat sambil diperhatikan oleh Datuk Haji Daud (kanan), Datuk Arsad (dua dari kanan) dan Datuk Safar (tiga dari kanan).
Antara tetamu VVIP duduk di meja utama dari kiri Tan Sri Datu Khalil bin Jamalul, Datuk Nizam bin Datuk Abu Bakar Titingan, Datuk Mohd Arshad, Datuk Seri Haji Hajiji, Dato’ Sri Gulamhaidar dan Datuk Haji Daud.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 11
BUBUR LAMBUK, Majlis Penyerahan
BERBUKA PUASA & SOLAT TERAWIH
Majlis Penyerahan Bubur Lambuk, Berbuka Puasa dan Solat
Terawih anjuran Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan
Sabah (BAKIYS) telah diadakan di Foyer Auditorium Menara Tun
Mustapha pada 17 April 2023. Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar kepada lebih 200 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah.
Majlis disusuli dengan program Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Pegawai Tadbir Kanan Seksyen Sokongan, Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian, Ustaz Hafiz bin Datuk Dr. Hamzah Al-Hafiz. Program khatam Al-Quran ini dihadiri oleh Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia
dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin
Haji Ismail, Pengerusi Benta Wawasan Sdn. Bhd., Datuk Haji
Abdul Karim bin Haji Wahid dan Timbalan Pengerusi BAKIYS, Encik Salim Japaran. Selain itu, program Khatam Al-Quran ini turut disertai oleh staf daripada unit dan bahagian Kumpulan
Yayasan Sabah sepanjang dua minggu dalam bulan Ramadan. Ustaz Hafiz turut menyampaikan tazkirah sementara menanti azan waktu untuk berbuka puasa.
Majlis berbuka puasa berlangsung meriah dengan pelbagai jenis jamuan sumbangan daripada pelbagai pejabat Kumpulan Yayasan Sabah. Majlis diakhiri dengan solat maghrib, isyak dan solat terawih berjemaah.
Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (empat dari kiri) menyampaikan bubur lambuk kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah. Turut kelihatan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (lima dari kiri), Encik Zulkhairi (tiga dari kiri) dan Encik Salim (dua dari kiri).
Ustaz Hafiz (berbaju Melayu berwarna biru) memimpin acara Khatam Al-Quran.
Staf dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah berbuka puasa bersama-sama.
12
Kunjungan Hormat
Kementerian Kewangan (CawanganMalaysia Sabah)
Kumpulan Yayasan Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Kewangan Malaysia (Cawangan Sabah) yang diketuai oleh Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Puan Rafidah binti Datu Derin bersama beberapa pegawai yang lain pada 7 June 2023. Rombongan berkenaan mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman.
Pertemuan itu membincangkan hebahan pelaksanaan Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (Mobile Community Services).
Kunjungan Hormat
Jabatan Penjara Malaysia (Cawangan Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan)
Kumpulan Yayasan Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Penjara Malaysia (Cawangan Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan) yang diketuai oleh Timbalan
Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan, Penolong Kanan Komisioner Abd Rauf bin Lang Pasih bersama beberapa pegawai lain pada 26 Jun 2023.
Rombongan berkenaan mengadakan perbincangan bersama
Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman dan Pengurus Operasi Innoprise Capital Sdn. Bhd., Encik Mahmat Kamal Rajah.
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan Jabatan
Penjara Malaysia kepada pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah di samping memaklumkan mengenai
penganjuran Kejohanan Interstate Futsal Majlis Sukan
Penjara Malaysia 2023 yang bakal diadakan pada 21 hingga 24
September 2023 oleh Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sabah yang akan diadakan di Kompleks Sukan Tun Adnan.
Puan Rafidah (berbaju ungu) menerangkan aktiviti-aktiviti Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak kepada Encik Hanafiah.
Encik Hanafiah menerima memento daripada Encik Abd Rauf (empat dari kanan).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 13
Encik Abd Rauf (kanan) menerangkan kejohanan futsal yang akan diadakan di Kompleks Sukan Tun Adnan.
BENTA WAWASAN SDN. BHD. Program
15 Mac 2023 | Klinik Ladang Seraya, Benta Wawasan Sdn. Bhd.
Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) telah bekerjasama dengan Unit Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Tawau dalam menganjurkan Program
Derma Darah. Turut diadakan pemeriksaan mata secara percuma yang diberikan oleh Borneo Optometry Clinic kepada staf BWSB. Program ini dianjurkan bagi membantu Hospital Tawau menambah tabung bekalan darah untuk pesakit yang memerlukan.
Sekitar Aktiviti-Aktiviti
Staf mendaftarkan diri dan menyemak status kesihatan sebelum menderma darah.
Sebahagian daripada staf yang menderma darah.
Staf turut melihat pilihan kaca mata yang dipamerkan oleh Borneo Optometry Clinic.
14 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
DERMA DARAH
Majlis BERBUKA PUASA Peringkat Ladang
29 Mac 2023 | Ladang Belian, Tawau
BWSB telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di peringkat ladang yang dihadiri oleh Pengurusan bersama tidak kurang 500 orang pekerja daripada ladang Wilayah Utara dan Selatan.
Solat Terawih berjemaah.
Sebahagian daripada staf yang hadir.
Tuan Amran (lima dari kanan) bergambar bersama barisan Pengurusan BWSB.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 15
Ketua Pegawai Eksekutif, BWSB, Tuan Amran @ Ambran bin Peang (duduk, tengah) bersama barisan Pengurusan.
Majlis BERBUKA PUASA
Peringkat
Ibu Pejabat
BWSB telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di peringkat lading yang dihadiri oleh Pengurusan bersama staf yang bertugas di ibu pejabat dan rakanrakan korporat. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid.
Sebelum berbuka puasa, satu sesi Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Haji Muhammad Othman. Pada majlis yang sama, BWSB turut memberikan sumbangan kepada enam buah pusat madrasah dan sekolah tahfiz di sekitar bandar Tawau bagi membantu perjalanan pengurusan keduadua pusat pengajian tersebut.
6 April 2023 | Inderaloka Grand Ballroom, Univilla
Datuk Haji Abdul Karim menyampaikan ucapan.
Datuk Haji Abdul Karim menyampaikan sumbangan BWSB kepada salah seorang wakil madrasah dan tahfiz yang menerima sumbangan.
Sebahagian daripada staf dan tetamu yang hadir.
Datuk Haji Abdul Karim (enam dari kanan) bersama barisan pengurusan BWSB.
Solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah.
16
Gambar kenangan bersama staf Jabatan Komunikasi Korporat BWSB yang merupakan tulang belakang penganjuran acara ini.
RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI
7 Mei 2023 |
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dianjurkan bagi merapatkan silaturahim antara staf dan warga Tawau yang terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan agama. Di kesempatan yang sama, Pengurusan BWSB juga telah memberikan bantuan prihatin kepada 11 orang staf BWSB bagi membantu meringankan beban kewangan staf yang mengalami masalah kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif (tiga dari kiri), ADUN Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir (dua dari kiri) turut meluangkan masa bersama-sama dengan warga BWSB. Turut sama, Konsulat Republik Indonesia di Tawau, Ibu Heni Hamidah (dua dari kanan).
Datuk Haji Abdul Karim (dua dari kanan) menyampaikan bantuan prihatin kepada salah seorang staf BWSB, Encik Basri Umar sambil disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasni Dayah (empat dari kiri).
Datuk Haji Abdul Karim (lima dari kanan) bergambar kenang-kenangan bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri/ADUN Apas, Tawau, Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (lima dari kanan) dan rombongan beliau.
Antara jemputan VIP yang hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods Berhad, Datuk Haji Daud Tompokong (kiri).
Sebahagian daripada staf dan tetamu jemputan yang hadir.
Dewan Masyarakat Tawau Majlis
17
sempena
DOA Majlis Sambutan HARI PERPUSTAKAAN
Perpustakaan
Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens telah mengadakan majlis doa selamat sempena
sambutan Hari Perpustakaan ke–43 pada 6 Jun 2023 bertempat di ruang
Audio Visual perpustakaan tersebut. Turut diadakan bacaan doa bagi kesejahteraan
Pengurusan tertinggi Kumpulan Yayasan Sabah. Bacaan doa selamat telah dipimpin oleh
Pegawai Tadbir Kanan, Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian, Ustaz Hafiz Datuk Dr. Hamzah
Al-Hafiz. Turut hadir ialah Ketua Pustakawan, Encik Zainudin Saridi serta staf Kumpulan Yayasan Sabah.
Staf
Kumpulan Yayasan Sabah yang hadir pada majlis tersebut.
ke-43 18 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Majlis BACAAN DOA SELAMAT buat bakal HAJI
Badan
Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) telah mengadakan Majlis Bacaan doa Selamat bagi meraihkan staf yang bakal menunaikan ibadah Haji. Majlis yang diadakan pada 9 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 22 turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Manan, Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Pengerusi BAKIYS, Tuan Haji Idris Shafi, Timbalan Pengerusi BAKIYS, Encik Salim Japaran, dan juga staf Kumpulan Yayasan Sabah. Bacaan doa selamat dipimpin oleh Pegawai Tadbir Kanan, Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian, Ustaz Hafiz Datuk Dr. Hamzah Al-Hafiz.
Staf Kumpulan Yayasan Sabah yang hadir pada majlis tersebut.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 19
TAKLIMAT PENDAFTARAN HAJI & PEMBUKAAN AKAUN TABUNG HAJI
Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) dengan kerjasama Tabung Haji (TH) telah mengadakan taklimat berkaitan pendaftaran haji dan pembukaan akaun TH pada 22 Jun 2023 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.
Taklimat disampaikan oleh Pengurus Cawangan TH Kota Kinabalu, Tuan Haji Abdul Samat @ Musa bin Mansur. Seramai 30 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah hadir ke taklimat tersebut dan mengambil peluang untuk membuat pendaftaran haji dan pembukaan akaun.
Antara peserta yang menghadiri sesi taklimat.
Tuan Haji Abdul Samat menyampaikan taklimat.
TABUNG HAJI 20 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Antara staf Kumpulan Yayasan Sabah yang mengambil peluang untuk mendaftar dan membuka akaun TH.
Kursus Audit Dalaman
Kursus ini diadakan pada 9 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 7 dan dihadiri oleh lapan orang
pegawai Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian (BPPP). Taklimat disampaikan oleh Pengurus Kumpulan BPPP, Encik Mohd. Sharuddin bin Mohd. Wali.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan keberkesanan sistem kawalan dalaman dengan memastikan wujudnya struktur pengurusan dan operasi yang berkesan bagi mengelak sebarang kepincangan dan memperbaiki sebarang kelemahan dalam semua proses BPPP. BPPP merancang untuk melaksanakan sebanyak dua kitaran audit dalaman setahun.
Taklimat Integriti
Taklimat ini diadakan pada 14 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat, Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha dan dihadiri oleh tujuh belas orang staf BPPP. Taklimat disampaikan oleh Pengurus Kanan Unit Pengukuhan dan Pemantauan, Encik Midin Haji Asli.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan integriti khasnya dalam meningkatkan prestasi kerja serta organisasi. Taklimat ini juga diadakan agar dapat meningkatkan disiplin staf BPPP ke arah memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan (peminjam).
Mengoptimumkan Kerjasama Untuk Mencapai Matlamat Bersama MBJ
Pelaksanaan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) meningkatkan keyakinan staf terhadap pihak Pengurusan di mana staf merasa dihargai apabila perkara yang mereka kemukakan diberi penjelasan dan penyelesaian.
Mesyuarat MBJ Siri 2 bagi tahun 2023 telah diadakan pada 8 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 13, Menara Tun Mustapha.
Persefahaman antara staf dan pihak Pengurusan akan meningkat dengan adanya mesyuarat MBJ kerana setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan kepentingan bersama iaitu baik untuk staf mahupun untuk organisasi.
Encik Zulkhairi (kanan) mempengerusikan mesyuarat MBJ.
Pelbagai isu yang melibatkan kebajikan staf dibincangkan pada mesyuarat tersebut. Isu-isu berkenaan dibincangkan dalam suasana harmoni sesuai dengan tujuan MBJ iaitu mewujudkan hubungan yang rapat antara pihak Pengurusan dengan staf.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengurus
Kumpulan Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin
Haji Ismail, Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Puan Felicia P.J. Matayun, Pengurus Kumpulan, Bahagian Perhutanan, Dr. Esther Li serta Wakil Pengurusan dan Wakil Pekerja.
Staf BPP mendengar sesi taklimat
Perbincangan isu-isu.
Para peserta mendengar taklimat Encik Sharuddin (berbaju hitam).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 21
Sambutan hari GURU & hari
PEKERJA
BAHAGIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) telah mengadakan sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja yang bertemakan Bling-bling pada 16 Jun 2023 bertempat di Hotel 7, Kota Kinabalu.
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara staf di samping menghargai mereka dengan penyampaian penghargaan kelas ceria dan staf cemerlang. Majlis makan malam ini juga diserikan dengan persembahan daripada setiap unit, pertandingan fesyen, persembahan karaoke, tarian dan cabutan tiket bertuah.
Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.
Pengurus Kumpulan, Bahagian
Perkembangan Kanak-Kanak, Puan Rosmini Simin (kiri) menyampaikan hadiah kepada
Puan Janainah Abdul Rahman (tengah) mewakili Kelas Pearl sebagai pemenang Kelas Ceria Kristal Ria, Sadong Jaya. Turut kelihatan
Encik Zulkhairi (dua dari kiri),
Puan Dorothy Chia Yun Jin (dua dari kanan) dan Pengurus BPKK, Encik Clement Loo (kanan).
Kelas Merpati menerima anugerah sebagai pemenang Kelas Ceria Tadika Ria. Puan Rozita Jhot (tengah) dan Puan Amareanny Bolong (kedua dari kanan).
Gambar kenangan Guru Kelas Nilam, Puan Keristina Utar (tengah) dan Puan Julianna Joy Timothy Santos (dua dari kanan) bersama dengan Puan Rosmini (kiri), Encik Zulkhairi (dua dari kiri) dan Encik Clement selepas menerima hadiah mewakili Kelas Nilam sebagai pemenang Kelas Ceria Taska Ria.
Encik Zulkhairi (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Puan Siti Nur Ain Kau Abdullah yang dinobatkan sebagai Staf Cemerlang Kristal Ria, Sadong Jaya.
Puan Norhazillah Ali Jati (dua dari kanan) dinobatkan sebagai Staf Cemerlang Tadika Ria.
22 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Puan Rahamah Bolong (dua dari kanan) dianugerahkan sebagai Staf Cemerlang Unit Pentadbiran BPKK.
Gambar kenangan bersama dengan Encik Zulkhairi (duduk, enam dari kanan).
Persembahan nyanyian staf BPKK, Puan Habibah Sipin
Kumpulan Power Puff Girl bersama dengan Encik Zulkhairi (lima dari kanan) sambil memegang hadiah yang diterima sebagai pemenang Spot The Difference .
Majlis turut meraikan staf BPKK yang bersara iaitu Puan Dorothy Chia Yun Jin.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan staf daripada Unit Tadika Ria.
Staf daripada Unit Taska Ria menunjukkan bakat dengan persembahan tarian mereka.
Puan Rosmini menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Fesyen Staf, Puan Agnes Pindeh.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 23
Encik Zulkhairi menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah kepada Puan Siti Aishah binti Abdul Said.
Taklimat Bersama
Ibu Bapa Sempena
Kemasukan Murid
Sesi 2023/2024
Bersempena dengan kemasukan murid sesi 2023/2024, satu taklimat bersama ibu bapa telah dianjurkan oleh Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak secara maya pada 18 April 2023.
Antara pengisian taklimat tersebut adalah pengenalan mengenai program prasekolah antaranya taska, tadika, kelas transisi dan prasekolah luar bandar.
Penerangan bagi setiap program disampaikan oleh pegawai-pegawai yang mewakili setiap program tersebut. Para ibu bapa turut diberi peluang untuk mengemukakan soalan pada sesi taklimat tersebut.
Taklimat secara maya dimulakan oleh Ketua Unit Program Prasekolah, Puan Irene Ambrose @ Barnedette (kiri).
24 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Sesi soal jawab bersama ibu bapa.
Sambutan
Hari Raya Aidilfitri & Pesta Kaamatan
Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak
Bahagian Perkembangan Kanak–Kanak Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta
Kaamatan pada 18 Mei 2023 bertempat di Dewan Bangunan Tadika Ria. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus Kumpulan Bahagian Perkembangan Kanak–Kanak (BPKK), Puan Rosmini Simin, staf Tadika Ria dan juga ibu bapa kanak–kanak Tadika Ria.
Aktiviti yang dijalankan adalah jamuan hari raya, persembahan tarian dan nyanyian daripada kanak–kanak Tadika Ria, serta Pertandingan Menghias Photo Booth Raya Kaamatan kalangan guru–guru Tadika Ria.
Program tahunan ini bertujuan bagi memupuk sikap kekeluargaan dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru–guru, ibu bapa dan juga kanak–kanak Tadika Ria.
Persembahan nyanyian adik Aliff Safwan Asman daripada kelas Merak.
Persembahan kanak – kanak Tadika Ria daripada kelas Merpati.
Puan Rosmini (tujuh dari kiri) bersama dengan Unit Tadika Ria yang menjadi johan Pertandingan Menghias Photo Booth Raya Kaamatan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 25
Gambar kenangan guru – guru, staf BPKK dan ibu bapa serta kanak–kanak Tadika Ria.
DYAM Raja Puan Muda Perak Melawat Ke Galleria Artisan, Menara Tun Mustapha
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak
Dato’ Seri Diraja Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan rombongan telah melawat Galleria Artisan di Menara Tun Mustapha.
Lawatan yang bertujuan untuk meninjau produk batik dan kraf keluaran Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB) ini telah diadakan pada 21 Jun 2023.
Ketibaan Dato’ Seri Diraja Tunku Soraya disambut oleh Pengerusi KHSB, Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki serta para pegawai daripada KHSB.
Semasa lawatan tersebut, Dato’ Seri Diraja Tunku Soraya dan rombongan diberi penerangan mengenai keluaran batik terbaharu dan produk kraf keluaran KHSB oleh Pegawai Bertanggungjawab KHSB, Encik Ebby Azwanshah bin Manap.
Dato’ Seri Diraja Tunku Soraya menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan oleh Datuk Hajah Rosmawati (kiri) dan Encik Ebby (kanan).
Gambar kenangan staf Galleria Artisan bersama Dato’ Seri Diraja Tunku Soraya (depan, lima dari kanan) dan Datuk Hajah Rosmawati (depan, empat dari kanan).
26 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Dato’ Seri Diraja Tunku Soraya meneliti batik yang dihasilkan oleh KHSB.
Jom Membaca
10 Minit Selama
Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit telah diadakan pada 18 Mei 2023 bertempat di Perpustakaan Penyelidikan
Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Menara Tun Mustapha. Bertemakan “Baca Bina Insan”, program tahunan ini bertujuan bagi mengukuhkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.
Turut serta dalam program ini ialah Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman, staf Kumpulan Yayasan Sabah dan para pelajar Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS). Selain membaca selama 10 minit, acara teka jumlah buku dan cabutan bertuah turut diadakan.
Encik Hanafiah (depan, dua dari kiri) turut meluangkan masa menyertai program ini bersama Encik Zainudin Saridi, Ketua Pustakawan (depan, kiri), dan staf yang lain.
Para pelajar menyertai acara teka jumlah buku.
Staf Kumpulan Yayasan Sabah serta para pelajar KTYS yang turut serta dalam program ini.
Encik Hanafiah membuat cabutan bagi memilih nombor bertuah.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 27
Gambar berkumpulan.
YSG Idol Cungkil Bakat Terpendam
Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah (KRKYS) telah menganjurkan Pertandingan YSG Idol pada 10 Jun 2023 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. Seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada staf Kumpulan Yayasan Sabah yang bertugas di ibu pejabat, zon, dan anak syarikat menyertai pertandingan tersebut.
Melalui program ini, KRKYS dapat mencungkil bakat-bakat terpendam staf Kumpulan Yayasan Sabah. Di samping itu, pertandingan ini diharapkan dapat mengasah bakat nyanyian dan persembahan staf. Cik Christila Jun Jabeh, daripada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan (UKP) muncul juara YSG Idol dan turut memenangi Kategori Khas Vokal Terbaik. Beliau membawa pulang wang tunai RM500 dan sebuah hamper makanan. Naib juara dimenangi oleh Encik Saifullah Sulaiman, juga daripada UKP dan membawa pulang wang tunai RM300.
Manakala tempat ketiga jatuh kepada Encik Peter Caseanus daripada Innoprise Capital Sdn. Bhd. Beliau turut menang Kategori Khas Pakaian Tercantik dan membawa pulang wang tunai RM200 serta sebuah hamper makanan.
Bagi Kategori Khas Persembahan Terbaik dimenangi oleh Encik Rendy Ziki daripada Kolej Teknologi Yayasan Sabah. Beliau membawa pulang sebuah hamper makanan.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) merangkap Penasihat KRKYS, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail dan disaksikan oleh Pengerusi KRKYS, Encik Salim Japaran.
Juara YSG Idol - Cik Christila Jun Jabeh, UKP dan pemenang Kategori Khas Vokal Terbaik.
Naib Juara YSG Idol - Encik Saifullah Sulaiman, UKP.
Pemenang Tempat Ketiga YSG Idol - Encik Peter Eleazar Caseanus, Innoprise Capital Sdn. Bhd. Beliau juga pemenang Kategori Khas Pakaian Terbaik.
28 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Gambar berkumpulan para peserta, urus setia KRKYS dan sebahagian daripada staf yang hadir bersama Encik Zulkhairi (duduk, tengah).
Encik Aliman Sani Pengiran Bujang, Pejabat Zon Pedalaman Selatan.
Encik Afizz Ariffin, Bahagian Pungutan Pinjaman Pendidikan.
Cik Nur Niqmah Farahin Bakar, Bahagian Tenaga dan Fasiliti.
Encik Mohd Khairul Adha Ibrahim, UKP.
Puan Izan bte Awang Razli, Bahagian Komunikasi Korporat.
Encik Moro Dek, University College of Sabah Foundation.
Encik Marwan Matlan, UKP.
Encik Md Khairul Daimam, UKP.
Encik Rendy Ziki, Kolej Teknologi Yayasan Sabah pemenang Kategori Khas Persembahan Terbaik.
Encik Syafiq Kasan, Seksyen Teknologi dan Maklumat.
Encik Syazwan Roslan, Bahagian Pungutan Pinjaman Pendidikan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 29
Encik Mohd Zaiyaadi Mohd Yaakub, Bahagian Perhutanan.
Penyampaian hadiah kepada juara pertandingan YSG Idol, Cik Christila oleh Encik Zulkhairi (kanan) dan disaksikan oleh Encik Salim (tiga dari kiri).
Gambar berkumpulan para pemenang YSG Idol. Dari kiri Encik Saifullah, Cik Christila dan Encik Peter.
Puan Hartini Isyak, Bahagian Perhutanan.
Encik Alias Kachi, UKP.
30 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Urus setia KRKYS menyemak kehadiran peserta YSG Idol.
ZON PANTAI BARAT UTARA
MAJLIS IFTAR KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa
Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Masjid Al’Azhar Kampung Taritipan, Kota Marudu pada 25 Mac 2023.
Majlis ini dihadiri 100 orang penduduk kampung berkenaan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ADUN Bandau
merangkap Ahli Parlimen P.168, Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Encik Said bin Ambar dan Pengerusi Masjid Al’ Azhar, Kampung Taritipan, Encik Junain bin Talip. Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman bin Haji Samat mewakili pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan berupa dua unit kipas angin untuk kemudahan masjid.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah di Masjid Kampung Karakit, Banggi melalui pejabat ZPBU, Kota Marudu pula telah diadakan pada 30 Mac 2023. Majlis ini dihadiri 100 orang penduduk Kampung Karakit.
Encik Adman mewakili pihak Pengurusan menyampaikan sumbangan berupa set mikrofon untuk kemudahan masjid.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Anak Negeri Banggi, Encik Jasni Isir, Pengerusi Masjid Kg. Karakit, Encik Awang Masri bin Saladi, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kecil Banggi, Encik Maslan bin Ashdan, Pegawai dan wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ustaz Mohd Nizam bin Salali.
Pejabat ZPBU telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa
Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah pada 8 April 2023 bertempat di Masjid Ubudiah, Pekan Sikuati, Kudat. Seramai 200 orang telah hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah bin Diman. Pada majlis tersebut, Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan kepada Masjid Ubudiah.
Datuk Wetrom (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan.
Encik Adman (kanan) menyampaikan sumbangan berupa set mikrofon kepada Encik Awang Masri.
Encik Hanafiah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Ubudiah, Tuan Haji Ismail bin Haji Tukimin. Turut kelihatan, Encik Adman (dua dari kanan).
Suasana berbuka puasa bersama penduduk Pekan Sikuati, Kudat.
Solat Maghrib berjemaah.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 31
Pada 10 April 2023, pejabat ZPBU telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah di Masjid Kampung Kiandut, Pitas. Seramai 100 orang penduduk Kampung Kiandut hadir mengimarahkan majlis ini.
Pada majlis ini, Encik Adman telah menyampaikan sumbangan berupa set meja dan mikrofon untuk kemudahan masjid.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Penolong Pegawai (Pembangunan) Daerah Pitas, Encik Johari Abdullah, Pegawai Penerangan Pitas, Encik Jemin Pangat, Penolong Pegawai Unit Sumber Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Daerah Kudat, Puan Nurhidayah binti Abdullah, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Pitas, Ustaz Kamal bin Sindong, Ketua Kampung Kiandut, Encik Istari Labun, Imam Masjid Kg. Kiandut, Encik Azlan Doloo dan Pengerusi Masjid Kampung Kiandut, Encik Awang Nasran bin Harun.
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI
KURSUS KEUSAHAWANAN
27 APRIL 2023 @ BENGKEL KRAF TANGAN KAMPUNG SUNGAI ELOI, PITAS
Kursus ini merupakan anjuran bersama pejabat ZPBU dengan Kolej Komuniti Kota Marudu. Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta berkaitan bidang keusahawanan. Kursus ini juga bertujuan untuk membimbing peserta cara-cara membuat kertas kerja perniagaan yang mudah difahami serta mencetus semangat daya saing yang sihat dalam kalangan bakal usahawan.
Kursus yang disertai 22 orang perserta ini telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Kota Marudu, Encik Abdul Rahman Abdul Latip.
Encik Adman (tiga dari kiri) menyampaikan set meja dan mikrofon kepada Encik Awang Nasran.
Ustaz Kamal menyampaikan tazkirah Ramadan kepada penduduk Kampung Kiandut.
Sesi soal jawab antara peserta dan penceramah jemputan Encik Abdul Rahman.
32 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Encik Adman (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta sambil disaksikan oleh Encik Abdul Rahman (kiri).
(PEDI), KOTA BELUD
Kursus yang disertai 20 orang perserta ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mereka berkaitan pemasaran produk secara maya. Selain itu, kursus ini juga membantu para peserta memahami teknik dan langkah-langkah pemasaran secara dalam talian di samping mencetuskan rasa semangat untuk bersaing dan meninjau peluang dalam perniagaan secara dalam talian.
Pengisian kursus ini telah disampaikan oleh Encik Azlee bin Okee daripada Persatuan Usahawan Digital IKS (PERDIKS), daerah Tuaran.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengurus Pusat Ekonomi Digital, Encik Hasif Hamzi bin Musataffi.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Jupilin Bongol, pengusaha atap rumbia tempatan dan dihadiri seramai 26 orang peserta.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran para peserta berkaitan anyaman atap rumbia. Bengkel ini juga diadakan bagi membimbing peserta mengenai teknik pemasaran hasil anyaman atap rumbia. Di samping itu, bengkel ini juga mencetus motivasi untuk bersaing dalam industri pembuatan atap rumbia.
Turut hadir dalam program ini ialah
Ketua Kg. Radu Pengkalan, Encik Yamit Kundahal, Pengerusi Masjid Kg. Kerongkom, Encik Ghani Aluh dan Ketua Kg. Selaping, Encik Oyong bin Datu Aduraman.
KURSUS MARKETING ONLINE 28 APRIL 2023 @ PUSAT EKONOMI
DIGITAL
Encik Azlee menyampaikan taklimat kepada peserta kursus.
BENGKEL MENGANYAM ATAP RUMBIA 29 APRIL 2023 @ DEWAN KAMPUNG PISOMPURUAN KAMPUNG RADU, KOTA MARUDU
Encik Adman menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta sambil disaksikan oleh Encik Azlee (dua dari kanan).
Puan Jupilin (duduk di lantai) menunjukkan demonstrasi penganyaman atap rumbia kepada peserta.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 33
Encik Adman (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta sambil disaksikan oleh Puan Jupilin (kiri).
KURSUS PENANAMAN HIDROPONIK
10 MEI 2023 @ DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG MANDAP, KOTA BELUD
Seramai 40 orang peserta menyertai kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para peserta berkaitan penanaman sistem hidroponik. Kursus ini juga membimbing mereka mengenai teknik pemasaran hasil tanaman hidroponik selain mencetuskan rasa semangat untuk bersaing dalam industri penanaman hidroponik.
Kursus ini dikendalikan oleh pengusaha tanaman hidroponik tempatan, Encik Ezara Sadok. Turut hadir dalam program ini ialah Penolong Pegawai Pertanian Kota Belud, Puan Hamney Kiong, Ketua Kampung Mandap, Encik Pong Lakanting dan mantan Pegawai Kebajikan Daerah Kota Belud, Encik Madius Surag Mantan.
BENGKEL PENDAWAIAN ELEKTRIK
20 MEI 2023 @ KAMPUNG BINTASAN LAUT, KOTA MARUDU
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memberikan kemahiran asas pendawaian elektrik kepada para peserta di samping membantu mereka memahami teknik pendawaian elektrik yang betul. Bengkel ini juga bertujuan untuk membantu mereka menjana pendapatan keluarga.
Taklimat bengkel telah disampaikan kepada 28 orang peserta oleh tenaga pengajar daripada Kolej Komuniti Kota Marudu, Puan Zariah binti Abd Manan dan Penyelaras Bengkel Kolej Komuniti, Encik Ahmad Muzzakir.
KURSUS MEMBUAT SAMBAL BILIS & KUAH KACANG
25 MEI 2023 @ DEWAN TERBUKA KAMPUNG SALIMPODON LAUT, PITAS
Taklimat kursus telah disampaikan kepada 28 orang peserta oleh
Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Kota Marudu, Encik Abdul Rahman Abdul Latip dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangungan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Kursus ini dianjurkan bagi memberikan kemahiran asas tatacara pembuatan sambal bilis dan kuah kacang serta membimbing peserta dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi di samping mencetus semangat berdikari dalam kalangan peserta.
Majlis penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh
Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.3, Pitas, Puan Ramlah binti Nasir.
Turut hadir ialah pengurus projek, Puan Canne Paul dan penyelaras II, Puan Zariah Abd Manan daripada Kolej Komuniti Kota Marudu.
Encik Ezara (dua dari kiri) menunjukkan demonstrasi penyediaan alatan tanaman hidroponik kepada para peserta.
Encik Adman (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta sambil disaksikan oleh Encik Ezara (kanan).
Puan Zariah (lima dari kiri) dan Encik Ahmad (kanan) menunjukkan demonstrasi pendawaian litar elektrik.
Peserta melakukan latihan amali dengan membuat sambal bilis dan kuah kacang secara berkumpulan.
34 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
KURSUS DIY TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR
27 MEI 2023 @ GELANGGANG FUTSAL, KAMPUNG KORINA SIKUATI, KUDAT
Taklimat kursus telah disampaikan kepada 40 orang peserta oleh Pegawai Perikanan Daerah Kota Kinabalu, Encik Samsul Bin Molintas.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta cara menternak ikan dalam sangkar, habitat, pemakanan dan penjagaan ikan ternakan. Kursus ini juga membantu peserta untuk membina sangkar ikan dengan kos yang lebih murah menggunakan bahan yang mudah didapati di pasaran. Selain itu, ia turut membantu mereka menjadikan projek ini sebagai salah satu sumber ekonomi yang boleh dilakukan di kawasan rumah tanpa menggunakan modal yang besar.
Turut hadir ialah Ketua Kampung Korina, Tuan Madpiasin Haji Madakasi, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Korina, Encik Mohd Said bin Muallam, Pegawai Perikanan Daerah Kudat, Encik Zainal bin Abidin dan Puan Norlianih Tusin.
KURSUS HIDROPONIK
1 JUN 2023 @ KAMPUNG NANGKA, DAERAH KECIL MATUNGGONG
Seramai 31 orang peserta telah menyertai kursus Hidroponik anjuran pejabat ZPBU.
Taklimat kursus disampaikan oleh seorang usahawan Kota Belud daripada Syarikat Lee Hydrofarm, Encik Lee Kok Jin.
Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman para peserta mengenai penanaman sistem hidroponik. Selain itu, kursus ini membimbing para peserta mengenai teknik pemasaran hasil tanaman hidroponik. Kursus ini juga dianjurkan bagi memupuk semangat untuk bersaing dalam industri penanaman hidroponik.
Turut hadir dalam program ini ialah Encik Jomilin Mulaham, Timbalan Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga Kampung Nangka, Encik Jeffrin Monolinso daripada Pejabat Daerah Kecil Matunggong.
Para peserta melakukan latihan amali menyediakan sangkar ikan (kanvas).
Encik Lee (kiri) menunjukkan peralatan yang perlu digunakan untuk tanaman hidroponik.
Encik Adman (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Lee.
Gambar berkumpulan bersama peserta kursus.
Gambar berkumpulan bersama peserta kursus.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 35
KURSUS KEROPOK LEKOR RANGUP DAN SOS PENCICAH
7 JUN 2023 @ KAMPUNG LIMBUAK, BANGGI
Taklimat kursus telah disampaikan kepada 39 orang peserta oleh pegawai daripada Malaysian Agricultural Research and Development (MARDI), Puan Afni binti Ali dan Encik Mohd Azree bin Abd. Majid.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan peserta mempelajari teknik pemprosesan produk hiliran berasaskan hasil ikan. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk membantu para peserta menjana pendapatan sampingan yang seterusnya akan dapat menjana ekonomi setempat serta mengelakkan pembaziran lambakan bekalan ikan.
Turut hadir dalam program ini ialah Penolong Pegawai Daerah Banggi, Encik Asdi @ Mohd Faizal Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Kampung Limbuak Banggi, Encik Rahmat bin Jasni.
KURSUS KORDIAL MANGGA DAN JEM MANGGA
8 JUN 2023 @ KAMPUNG MALIYU, BANGGI
Taklimat kursus telah disampaikan kepada oleh pegawai daripada Malaysian Agricultural Research and Development (MARDI), Puan Afni binti Ali dan Encik Mohd Azree bin Abd. Majid kepada 39 orang peserta.
Melalui kursus ini, para peserta dapat mempelajari teknik pemprosesan produk hiliran berasaskan buah mangga. Kursus ini juga bertujuan untuk membantu para peserta menjana pendapatan di samping mengelakkan pembaziran akibat lambakan bekalan buah mangga di kawasan berkenaan.
KURSUS CANTUMAN BUAH-BUAHAN
21 JUN 2023 @ KAMPUNG MELANGKAP, KOTA BELUD
Program tersebut ini dihadiri oleh 46 orang petani dan pengusaha tanaman buah-buahan. Kursus ini dikendalikan oleh pegawai daripada Jabatan Pertanian Daerah Kota Belud, Encik Maulanah bin Pit.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para peserta berkaitan teknik cantuman buah-buahan serta membimbing mereka cara-cara memasarkan hasil tanaman tersebut selain memupuk semangat untuk bersaing dalam industri penanaman buah.
Turut hadir dalam program ini adalah Pegawai Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional, Encik Loverinus Jailih, Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N. 11, Encik Damius Talindap, Ketua Kampung Melangkap, Encik Somboton Gunsalahun, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Melangkap, Encik Jameson bin Yabis dan Penolong Pegawai Pertanian Kota Belud, Encik Awang Aidil Adzhar bin Bakar.
Encik Mohd Azree (tiga dari kanan) menunjukkan sukatan air dalam adunan keropok lekor kepada peserta.
Para peserta melakukan latihan amali cara-cara memotong adunan keropok lekor yang telah direbus.
Encik Mohd Azree (kanan) menunjukkan cara pemilihan buah mangga untuk membuat kordial dan jem kepada para peserta.
Puan Afni (dua dari kanan) menunjukkan cara membotolkan kordial kepada para peserta.
36 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Para peserta melakukan latihan amali mencantumkan pokok buah masing-masing.
KURSUS ASAS JAHITAN
27 JUN 2023 @ LOMPOZOU CRAFT CENTER, KAMPUNG LOMPOZOU
Pejabat ZPBU telah mengadakan Kursus Asas Jahitan bertempat di Lompozou Craft Center, Kampung Lompozou, daerah kecil Matunggong pada 27 Jun 2023.
Kursus ini dihadiri oleh 24 orang peserta dan dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Kolej Komuniti Kota Marudu, Puan Canne Paul dan Puan Zariah Abd. Manan.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperkasakan kemahiran menjahit para peserta dalam menghasilkan tas tangan berkualiti. Selain itu, kursus ini juga mendorong para peserta untuk membuka perniagaan kraf.
Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lompozou, Matunggong, Encik James Maradan.
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA ETNIK DAN BUDAYA IRANUN
24 MEI 2023 @ DEWAN UTAMA SK TAMAU, KOTA BELUD
Seramai 10 orang peserta mewakili tujuh buah sekolah menyertai pertandingan ini. Dianggarkan seramai 300 orang penonton hadir menyaksikan pertandingan tersebut yang terdiri daripada penduduk tempatan, ibu bapa dan pelajar sekolah.
Objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk memantapkan kemahiran komunikasi bahasa ibunda para peserta dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat serta membina keyakinan diri para pelajar yang menjadi peserta pertandingan.
Pertandingan ini juga dimeriahkan dengan pameran buku budaya dan kain sulaman budaya iranun oleh Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun Sabah, pameran peluang pendidikan oleh University College Sabah Foundation dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah selain saringan penglihatan mata secara percuma oleh syarikat Yun Optometry daerah Kota Belud.
Turut hadir ialah Penaung Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun Negeri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Dr. Japran bin Haji Kusin dan Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Ustaz Wahab Sidik. Selain itu, pertandingan ini juga dihadiri pemimpin tempatan dan guru besar sekolah di Bahagian Zon Utara Kota Belud dan ketua-ketua jabatan kerajaan.
Encik Adman (lima dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Tan Sri Pandikar semasa perasmian majlis.
Puan Canne menyampaikan taklimat kepada para peserta.
Para peserta melakukan latihan amali menggunting pola jahitan.
Nur Zuima binti Ramadhani, peserta daripada SK Ulu Kukut, Kota Belud.
Mohd Naufal bin Mustafa Kamal, peserta daripada SK Tamau, Kota Belud.
Amniya farzana binti Jamal peserta daripada SK Pandasan, Kota Belud.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 37
ZON PANTAI BARAT SELATAN
MAJLIS IFTAR KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pantai Barat
Selatan (ZPBS) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa
Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Surau Kg. Terelobou, Ranau pada 1 April 2023. Turut hadir di majlis tersebut, Menteri Kewangan merangkap Wakil Rakyat
Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Pegawai
Daerah Ranau, Encik Jumain Abd. Ghani dan Setiausaha
Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah bin Diman. Seramai 200 orang penduduk Kg. Terelobou menghadiri majlis ini. Pada majlis tersebut juga, Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan Surau Kg. Terelobou yang disampaikan oleh Encik Hanafiah.
dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Encik Jainin Wajiman, salah seorang golongan asnaf sambil disaksikan oleh Datuk Seri Haji Masidi (tengah) dan Encik Jumain (kiri).
Yayasan Sabah.
Seterusnya pada 12 April 2023 pejabat ZPBS dengan kerjasama
Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.12
Sulaman telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji
Hajiji bin Haji Noor di Surau Darul Iman, Kg. Lok Nunuk, Tuaran.
Majlis tersebut juga menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan kepada dana pembangunan Surau Darul Iman, Kg. Lok Nunuk. Majlis yang dihadiri sekitar 500 orang penduduk Kg. Lok Nunuk tersebut dimulakan dengan sesi berbuka puasa sebelum solat maghrib, isyak dan tarawih.
Encik Hanafiah (dua
Suasana penduduk Kg. Terelobou berbuka puasa bersama warga Kumpulan
Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Surau Kg. Lok Nunuk, Encik Sitarin Haji Jaafar sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (empat dari kiri), Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah bin Diman (dua dari kiri), Pegawai Daerah Tuaran, Encik Hadzlan bin Jablee (tiga dari kanan), Ahli Parlimen Tawau, Tuan Lo Su Fui (kiri) dan Wakil Rakyat Karamunting, Tuan George Vun Zin (kanan).
Datuk Seri Panglima Haji Masidi mengerjakan solat Maghrib berjemaah bersama para penduduk Kg. Terelobou dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.
Encik Hanafiah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Surau Kg. Teralobou, Encik Sajili bin Sahibin sambil disaksikan oleh Datuk Seri Haji Masidi (tengah) dan Encik Jumain (kiri).
38 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Pejabat ZPBS seterusnya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Masjid Al-Akmal, Kg. Karambunai Baru, Tuaran Papar pada 17 April 2023. Turut hadir ke majlis tersebut, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. merangkap Wakil Rakyat Pantai Dalit, Datuk Jasnih bin Daya bersama Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah bin Diman. Majlis yang dihadiri sekitar 150 orang penduduk Karambunai Baru tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan kepada golongan Asnaf dan Masjid Al-Akmal yang disampaikan oleh Datuk Jasnih.
KURSUS PEMANTAPAN IBADAH SOLAT
4 MAC 2023 @ SURAU AN-NUR KAMPUNG TEBONGON, PUTATAN
Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat ZPBS telah menganjurkan Kursus Pemantapan Ibadah Solat pada 4 Mac 2023 bertempat di Surau An-Nur Kg. Tebongon, Putatan. Seramai 42 orang peserta mengikuti kursus ini yang dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ustaz Jasimin Mohd. Rashid dan juga Ustazah Lilis Mulyani Maamun.
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA
Penduduk Kg. Lok Nunuk berbuka puasa bersama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji dan barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Datuk Jasnih.
Datuk Jasnih (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Masjid Al-Akmal, Encik Matslee Haji Kassim sambil disaksikan oleh Encik Hanafiah (tiga dari kanan).
Ustaz Jasimin (berdiri) menyampaikan intipati kursus kepada para peserta lelaki.
Peserta wanita melakukan praktikal solat sambil dipimpin oleh Ustazah Lilis (kiri).
Para penduduk Kg. Karambunai Baru, Tuaran mengerjakan solat fardu Maghrib bersama Datuk Jasnih dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Datuk Jasnih, staf Kumpulan Yayasan Sabah dan para penduduk Kg. Lok Nunuk, Tuaran mengerjakan solat fardu Maghrib
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 39
KURSUS PENYEMBELIHAN HAIWAN DAN FARDHU KIFAYAH (PENGURUSAN JENAZAH)
11 MAC 2023 @ MASJID AL HASYIM, KAMPUNG PULAU SEPANGGAR, KOTA KINABALU
Seramai 41 orang peserta telah mengikuti Kursus Penyembelihan Haiwan dan Fardhu Kifayah (Pengurusan Jenazah) yang dilaksanakan serentak pada 11 Mac 2023 bertempat di Masjid Al Hasyim, Kg. Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu anjuran pejabat ZPBS. Kursus ini dikendalikan oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ustaz Roni Abdul Rahman.
KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS
16 MAC 2023 @ RS KAMANDUS VIEW, KAMPUNG BAYAG, KIULU
Seramai 23 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Pertolongan Cemas yang dikendalikan oleh Pemerintah Kawasan St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Pantai Barat Selatan, Encik Mohd. Nasir bin Haji Ismail. Kursus anjuran pejabat ZPBS ini diadakan pada 16 Mac 2023 bertempat di RS Kamandus View, Kg. Bayang, Kiulu.
Ustaz Jasimin (berdiri) menyampaikan intipati kursus kepada para peserta lelaki.
Ustaz Jasimin (duduk, berkopiah putih) menyampaikan intipati kursus kepada para peserta lelaki.
Encik Mohd. Nasir menunjukkan cara yang betul kepada para peserta.
Para peserta menjalani latihan amali agar mereka mengetahui menggendalikan situasi sekiranya perkara sedemikian berlaku.
Encik Mohd. Nasir menunjukkan demonstrasi.
Ustaz Jasimin (berdiri, berjubah hitam) menyampaikan intipati kursus kepada para peserta lelaki.
Ustaz Jasimin (berdiri) menunjukkan cara menyembelih yang betul.
40 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Para peserta menumpukan perhatian demostrasi proses mengkafankan jenazah.
KURSUS ASAS GUBAHAN BUNGA
13 MEI 2023 @ KAMPUNG MAANG, PENAMPANG
Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Kee Florist, Puan Kee Y Kamariah binti K Yusof yang disertai oleh 35 orang peserta.
Puan Kee Y Kamariah binti K Yusof (duduk, dua dari kiri) Pengerusi Pastoral Zon Divine Mercy Maang, Encik Ignatius Moguil (duduk, tiga dari kiri), Ketua Pentadbir Zon, Puan Linda Anthony (duduk, tengah), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kawasan Bugus, Kg. Maang, Penampang, Encik Placidus Mercellinus (duduk, tiga dari kiri), Pengerusi Komiti Kewangan & Harta Benda, Zon Divine Mercy Maang, Encik Peter Masamil (duduk, dua dari kiri) dan Pegawai Tadbir ZPBS, Puan Florine Chiuh (duduk, kanan).
KURSUS ASAS HIDROPONIK
20 MEI 2023 @ KAMPUNG KOPIMPINAN, PUTATAN
KURSUS PEMPROSESAN TOMATO: SAMBAL TOMATO
4 MAC 2023 @ DEWAN HOMESTAY KAMPUNG SINISIAN, KUNDASANG
Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Perniagaan
Gambar kenangan bersama Pegawai ZPBS - Kawasan Penampang, Encik Muhammad Syimir bin Rasidi (duduk, kiri),
Hasil gubahan para peserta.
Peserta semasa sesi praktikal.
Encik Afizul (berbaju biru, berseluar coklat) menerangkan cara menyemai anak pokok kepada para peserta.
Puan Jaqueline menyampaikan taklimat sebelum sesi amali bermula.
Sesi amali. Produk tomato yang dihasilkan oleh peserta kursus.
Seramai 21 orang peserta mengikuti kursus ini yang dikendalikan oleh tenaga pengajar, Encik Afizul Bin Jamal.
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 41
Oojana, Puan Jaqueline binti Gontuk.
ZON PEDALAMAN SELATAN
MAJLIS IFTAR KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pedalaman
Selatan (ZPS) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa
Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Masjid Kg. Tempurong, Kuala Penyu pada 6 April 2023.
Turut hadir ke majlis tersebut, Pembantu Menteri 1
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah
merangkap Wakil Rakyat Klias, Datuk Isnin bin Haji Aliasnih, Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu, Encik Joumat bin Haji Bisnim dan Pegawai
Bertanggungjawab, ZPS, Encik Latip bin Taip. Majlis yang dihadiri sekitar 150 orang penduduk Kg. Tempurong tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan Masjid Kg. Tempurong yang disampaikan oleh Datuk Isnin dan Encik Latip.
Seterusnya pada 13 April 2023, pejabat ZPS telah
menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Surau Kg. Surati, Papar. Turut hadir di majlis tersebut, Wakil Rakyat Limbahau, Datuk Juil Nuatim, Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Papar, Encik Masnor bin Mansor dan Pegawai Bertanggungjawab ZPS, Encik Latip bin Taip. Majlis yang dihadiri sekitar 150 orang penduduk Kg. Surati tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan Surau Kg. Surati yang disampaikan oleh Datuk Juil dan Encik Latip.
Datuk Isnin (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Encik Kamuning bin Tinggal, salah seorang golongan asnaf sambil disaksikan oleh Encik Joumat (tiga dari kiri) dan Encik Latip (lima dari kanan).
Datuk Juil (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Puan Nursyuhada binti Abdullah, salah seorang golongan asnaf sambal disaksikan oleh Encik Latip (empat dari kanan), Encik Masnor (kiri) dan Pengerusi Surau Kg. Surati, Encik Abd Rahim bin Salleh (dua dari kanan).
Encik Latip (tengah) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Surau Kg. Surati, Encik Abd Rahim bin Salleh sambil disaksikan oleh Datuk Juil (dua dari kanan) dan Encik Masnor (kiri).
Penduduk Kg. Surati, Papar berbuka puasa bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah dan para pemimpin setempat.
Encik Latip (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Masjid Kg. Tempurong, Encik Mohd Yussof bin Hanifah sambil disaksikan oleh Datuk Isnin (tengah) dan Encik Joumat (tiga dari kiri).
Penduduk Kg. Tempurong, Kuala Penyu berbuka puasa bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah dan para pemimpin setempat.
Datuk Isnin, staf Kumpulan Yayasan Sabah dan para penduduk Kg. Tempurong, Kuala Penyu mengerjakan solat Maghrib.
42 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Menyusul selepas Kuala Penyu, pejabat ZPS menyantuni masyarakat Kg. Bukau, Lumadan, Beaufort menerusi penganjuran Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Masjid An-Nur Kg. Bukau, Lumadan pada 17 April 2023. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Wakil Rakyat Lumadan, Datuk Haji Ruslan Muharam, Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Tuan Haji Tajudin Asari dan Pegawai Bertanggungjawab ZPS, Encik Latip bin Taip. Majlis yang dihadiri sekitar 250 orang penduduk Kg. Bukau tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah memberikan sumbangan kepada golongan asnaf dan Surau Kg. Bukau.
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA
PROGRAM FARDU KIFAYAH - PENGURUSAN JENAZAH
23 MEI 2023 @ MASJID NURHIDAYAH, KAMPUNG PALU-PALU, KUALA PENYU
Program bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara pengurusan jenazah dengan betul dan tertib. Program ini turut memberi kesedaran kepada para peserta mengenai tanggungjawab dalam pengurusan jenazah. Program ini dihadiri seramai 61 orang
peserta.
Datuk Haji Ruslan menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Puan Apsah binti Ghani, salah seorang golongan asnaf sambil disaksikan oleh Encik Latip (tiga dari kiri), Tuan Haji Tajudin (tiga dari kanan) dan Pengerusi Masjid An-Nur, Encik Mohd. Jaidi Dulamit (dua dari kiri).
Imam Daerah Beaufort, Tuan Haji Mohd Jalin bin Saramalih menyampaikan ceramah mengenai teori asas ilmu pengurusan jenazah.
Para peserta mempelajari teori pengurusan jenazah.
Penduduk Kg. Bukau, Lumadan berbuka puasa bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah dan para pemimpin setempat.
Encik Latip (lima dari kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Masjid An-Nur, Encik Mohd. Jaidi Dulamit (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Datuk Haji Ruslan (tiga dari kiri) dan Tuan Haji Tajudin (tiga dari kanan).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 43
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI
KURSUS TEKNIK ASAS MEMBUAT MI KUNING DAERAH MEMBAKUT
26 MEI 2023 @ DEWAN KAMPUNG BRUNEI, MEMBAKUT
Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai teknik membuat mi kuning. Selain itu, program ini turut memberikan peluang kepada para peserta untuk menjadi usahawan dalam bidang pemprosesan mi.
Tenaga pengajar yang dilantik adalah seramai lima orang diketuai oleh Puan Siti Noraidah Micheal Abdullah daripada SNS Enterprise, Kg. Lumat Jalan Safoda, Membakut
Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.31 Membakut, Tuan Haji Saruji bin Haji Abdul Rahman merasmikan penutupan program tersebut.
ASRAMA YAYASAN SABAH DAERAH SIPITANG
MAJLIS BERBUKA PUASA
5 APRIL 2023 @ ASRAMA YAYASAN SABAH, SIPITANG
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar beramah mesra dengan staf pejabat ZPS.
Tenaga pengajar, Puan Siti Noraidah (bertudung coklat) daripada SNS Enterprise membuat demonstrasi kepada para peserta.
Para peserta membuat adunan untuk menjadikan doh mi kuning.
Proses memotong aduan doh untuk menjadikan mi kuning menggunakan mesin.
Para pelajar Asrama Yayasan Sabah, Sipitang bersama dengan staf ZPS yang hadir.
Sesi berbuka puasa pelajar Asrama Yayasan Sabah Sipitang.
Setelah doh diproses menjadi mi kuning, mi kuning tersebut direbus.
Tuan Haji Saruji (dua dari kanan) meninjau hasil pembuatan mi kuning yang telah dihasilkan oleh para peserta kursus diiringi oleh Encik Latip bin Taip, Pegawai Bertanggungjawab ZPS (kanan) dan Puan Latipah Haji Khamis, Pegawai Penyelaras Program (dua dari kiri).
Proses mencampurkan serbuk kari ke dalam adunan untuk dijadikan pewarna.
44 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
SESI PENDAFTARAN DAN TAKIMAT KEMASUKAN PELAJAR BAHARU
6 MEI 2023 @ ASRAMA DAERAH YAYASAN SABAH, SIPITANG
Sesi pendaftaran dan taklimat pelajar baharu tahun 2023 telah diadakan pada 6 Mei 2023 bertempat di Asrama Daerah Yayasan Sabah Sipitang (ADYSS).
Jumlah kekosongan dalam asrama tersebut adalah seramai 16 orang pelajar iaitu 10 orang pelajar untuk asrama lelaki dan enam orang pelajar untuk asrama perempuan. Seramai 15 orang pelajar telah mendaftar masuk ke asrama tersebut. Pelajar yang ditawarkan merupakan mereka yang bersekolah di sekolah berhampiran seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar I dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II. Sesi pendaftaran ini turut dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga pelajar.
PROGRAM PENUTUPAN ORIENTASI DAN JAMUAN HARI RAYA SEMPENA
PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU
6-12 MEI 2023 @ ASRAMA YAYASAN SABAH, SIPITANG
Program orientasi ini bertujuan untuk menyesuaikan diri dan juga bagi meningkatkan keyakinan pelajar selain pengenalan kepada peraturan Asrama Yayasan Sabah, Sipitang. Antara pengisian program sepanjang minggu orientasi tersebut adalah permainan berkumpulan.
Selain itu, penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memenangi permainan sepanjang minggu orientasi serta jamuan hari raya bersama pelajar dan staf ZPS turut diadakan di luar dewan asrama.
Sesi pendaftaran pelajar yang turut ditemani ibu bapa dan penjaga masing-masing.
Pegawai Tadbir ZPS, Puan Judylyne binti Johny menyampaikan taklimat kepada ibu bapa dan pelajar baharu.
Penyelia ADYSS, Encik Sipin Dambong mengendalikan bacaan ikrar bersama-sama dengan staf ZPS dan para pelajar.
Acara permainan berkumpulan pelajar.
Pegawai Bertanggungjawab selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Asrama menyampaikan hadiah kepada wakil yang memenangi permainan berkumpulan.
Pegawai Kawasan selaku Ahli Jawatankuasa ADYSS, Encik Hamzah bin Sainin menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada pelajar yang menjuarai permainan Amanah - Jaga Tag Nama Individu.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 45
ZON PEDALAMAN UTARA
MAJLIS IFTAR KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pedalaman Utara (ZPU) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Surau Al-Falah, Kg. Murni C, Nabawan pada 5 April 2023.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) merangkap Wakil Rakyat Nabawan, Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin dan Pengurus Kumpulan Kanan, Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.
Seramai 250 orang penduduk Kg. Murni C hadir ke majlis tersebut yang turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan Surau Al-Falah yang disampaikan oleh Datuk Abdul Ghani dan Ketua Pentadbir ZPU, Encik Teo Guan Leck.
Encik Zulkhairi (kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Surau Al-Falah, Tuan Andy Fathmal Mohd. Ikhan sambil disaksikan oleh Datuk Abdul Ghani (dua dari kiri) dan Encik Teo Guan Leck (dua dari kanan).
Penduduk Kg. Murni C, Nabawan berbuka puasa bersama Datuk Abdul Ghani (duduk, empat dari kanan) dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.
46 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Datuk Abdul Ghani (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Puan Minah binti Agu, salah seorang golongan asnaf sambil disaksikan oleh Encik Zulkhairi (tengah) dan Encik Teo Guan Leck (dua dari kanan).
GOTONG-ROYONG
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA
Pejabat ZPU telah melaksanakan enam program gotong-royong di bawah Program Sosiobudaya sepanjang bulan April dan Mei 2023. Objektif program ialah untuk memelihara budaya gotong-royong dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk kampung serta menyelenggara prasarana awam dengan mengecat semula balai raya, membina gelanggang bola tampar dan membina tapak serbaguna.
Selain itu, bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kampung juga dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada penduduk kampung untuk mengekalkan persekitaran kampung yang bersih, nyaman, menarik dan ceria di samping meningkatkan kesedaran mengenai bahayanya wabak denggi.
20 APRIL 2023 @ KAMPUNG BINOUOU LAUT SOOK, KENINGAU
Pejabat ZPU dengan kerjasama Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Binouou Laut Sook, Keningau telah mengadakan program gotong-royong mengecat balai raya dan membersihkan kawasan persekitaran kampung di Kg. Binouou Laut Sook, Keningau.
Gotong-royong ini disertai oleh 51 orang penduduk kampung di mana kemudahan yang diselenggara memberi manfaat kepada 200 orang penduduk kampung tersebut.
29 - 30 APRIL 2023 @ KAMPUNG RANGGOM, KENINGAU
Pejabat ZPU dengan kerjasama JPKK Kg. Ranggom, Keningau telah mengadakan gotong-royong membina gelanggang bola tampar di Kg. Ranggom, Keningau.
Gotong-royong ini telah disertai oleh 13 orang penduduk kampung dan kemudahan yang dibina memberi manfaat kepada lebih 50 orang belia dan beliawanis kampung tersebut.
Penduduk kampung bergotong-royong memotong rumput dan membersihkan kawasan luar balai raya.
Kerja-kerja mengecat dinding balai raya. Pemenang peserta bertuah gotong-royong disampaikan oleh Pemaju Mukim Sook, Encik Jubilin bin Yulin (kanan) dan disaksikan oleh Encik Victor (kiri).
Kerja - kerja menyimen tapak gelanggang permainan.
Para belia sedang bermain bola tampar sebaik sahaja gelanggang ini telah siap dibina oleh mereka sendiri secara bergotong-royong.
Penyerahan dua buah mesin rumput oleh Pegawai Kawasan Keningau, Encik Victor P. Gansau (depan, kanan) kepada Pengerusi JPKK Kg. Binouou Laut Sook, Keningau, Encik Hilary Matawi (depan, tengah), disaksikan oleh Ketua Kampung, Puan Vianis Pilos (depan, kiri).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 47
20 - 21 MEI 2023 @ KAMPUNG LINSUDAN, SOOK, KENINGAU
Pejabat ZPU dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.44 Tulid serta JPKK Kg. Linsudan, Sook, Keningau telah mengadakan program gotong-royong membina tapak serbaguna di Kg. Linsudan, Sook, Keningau pada 20 dan 21 Mei 2023. Tapak ini boleh digunakan sebagai gelanggang sepak takraw, tempat letak kenderaan dan tempat menjaja.
Gotong-royong ini disertai oleh 18 orang penduduk kampung yang mana kemudahan yang dibina memberi manfaat kepada 100 orang penduduk kampung tersebut.
27 MEI 2023 @ KAMPUNG AGUDON, KENINGAU
Pejabat ZPU dengan kerjasama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Liawan, UPPM N.41 Liawan dan JPKK Kg. Agudon, Keningau telah mengadakan gotong-royong perdana dan ceramah kesihatan di Kg. Agudon, Keningau pada 27 Mei 2023.
Gotong-royong ini disertai oleh 81 orang peserta terdiri daripada penduduk kampung berkenaan yang juga turut menghadiri ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Keningau, Dr. Nor Atiqah binti Zakaria.
Kerja-kerja membersih, memotong rumput dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk oleh penduduk kampung.
Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.41 Liawan, Encik Frederick @ Fred Toyong (depan, lapan dari kanan) yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri N.41 Liawan menyampaikan mesin rumput dan peralatan gotong-royong sumbangan pejabat ZPU kepada Pengerusi JPKK Kg. Agudon Keningau, Encik Bisit bin Minggit (depan, enam dari kiri).
Turut kelihatan Ketua Pentadbir ZPU, Encik Teo Guan Leck (tujuh dari kiri), Pengurus ZPU, Encik Justin Gilob (kiri), Pegawai Kawasan Keningau, Encik Victor P. Gansau (depan, empat dari kanan) dan para peserta gotong-royong.
Dr. Nor Atiqah menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk Lupuskan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes.
Tapak yang telah siap dibina. Kerja-kerja menyimen tapak serbaguna.
48 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI
KURSUS PENGENALAN PENSIJILAN HALAL
26 MEI 2023 @ DEWAN MINI KELAB SUKAN DAN REKREASI KOMUNITI TENOM
Kursus Pengenalan Pensijilan Halal bagi daerah Tenom telah diadakan di Dewan Mini Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Tenom pada 26 Mei 2023 dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Tenom.
Program yang diadakan selama sehari ini bertujuan membantu kumpulan sasar dalam meningkatkan ilmu pengetahuan serta kesedaran mereka kepada praktis aktiviti perniagaan berlandaskan syariah (Halal) dan seterusnya mendapat kepercayaan pelanggan dalam membantu meningkatkan pendapatan.
Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada penjaja dan peniaga kecil dari setiap daerah telah mengikuti program ini yang dikendalikan oleh Samsari Consultancy.
KURSUS PEMASARAN PRODUK DALAM TALIAN
29 MEI 2023 @ BILIK MESYUARAT WISMA TENOM
Program ini bertujuan membantu kumpulan sasar dalam meningkatkan ilmu pengetahuan peserta khususnya daya tarik produk mereka terhadap pelanggan dan seterusnya akan membantu meningkatkan pendapatan peserta.
Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada penjaja dan peniaga kecil telah mengikuti program yang dikendalikan oleh oleh Inspirasi Minda Sdn. Bhd. yang merupakan konsultan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.
Penceramah daripada Samsari Consultancy, Tuan Haji Saman bin Haji Ungki menyampaikan ceramah mengenai Pengenalan Pensijilan Halal.
Gambar kumpulan para peserta bersama Tuan Haji Saman (depan, enam dari kiri), Pegawai Ekonomi ZPU, Encik Sah Rizal Salleh (depan, tujuh dari kiri) dan Pengerusi Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Tenom, Puan Noormah Bt. Gappar (depan, lapan dari kiri).
Para peserta tekun membaca nota yang diberikan.
Gambar berkumpulan setelah kursus tamat.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 49
ZON PANTAI TIMUR SELATAN
MAJLIS IFTAR KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kumpulan Yayasan Sabah melalui
pejabat Zon Pantai Timur Selatan (ZPTS)
telah menganjurkan Majlis Berbuka
Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan
Yayasan Sabah pada 30 Mac 2023
bertempat di Masjid Nurud Dakwah, Kg. Kijang, Merotai, Tawau.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah
Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah bin Diman. Pada majlis tersebut, Kumpulan Yayasan Sabah
menyampaikan sumbangan kepada Masjid Nurud Dakwah dan sejumlah 50 buah bakul makanan kepada golongan asnaf Kg. Kijang.
Program ini dikendalikan oleh Kaunselor
Pendidikan Daerah Kunak, Encik Jamaludin bin Lattang. Objektif program ini adalah untuk memberi motivasi kepada para pelajar agar sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam akademik.
Selain daripada pengisian ceramah motivasi, pelajar juga menerima beg sekolah dan peralatan alat tulis sekolah sumbangan daripada anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah, Sabah Softwoods Berhad (SSB) yang disampaikan oleh Ketua Pentadbir Zon, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin. Turut hadir pada program tersebut adalah Pengurus Komunikasi Korporat SSB, Encik Abdul Rahim bin Ibrahim.
Encik Hanafiah (tujuh dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Masjid Nurud Dakwah, Tuan Haji Idris Masaliku.
Penduduk Kg. Kijang bersama warga Kumpulan Yayasan Sabah mengerjakan Solat Terawih berjemaah.
Suasana para penduduk Kg. Kijang, berbuka puasa bersama warga Kumpulan Yayasan Sabah.
Sesi ceramah motivasi kepada pelajar disertai oleh ibu bapa.
Gambar berkumpulan.
PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA PROGRAM CERAMAH MOTIVASI KEMBALI KE SEKOLAH 23 MAC
SK PANGI, KUNAK 50 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
2023 @
PROGRAM SENI KHALIGRAFI KHAT
11 - 12 APRIL 2023 @ SMK MADAI, KUNAK
Aktiviti ini bertujuan untuk menceriakan dinding ruang yang kosong dengan lukisan mural. Seramai 35 orang pelajar telah menyertai program ini dengan bimbingan daripada jurulatih khaligrafi khat, Encik Norgajir.
PENGURUSAN MASA DAN TEKNIK BELAJAR PELAJAR STPM
7 JUN 2023 @ SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH, SEMPORNA
Pengurusan masa yang berkesan mampu membuatkan pelajar menyusun aktiviti yang ingin dilakukan dengan cara terancang. Dalam hal ini, ketepatan masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan mampu menghasilkan tugasan yang berkualiti. Seramai 150 orang pelajar sekolah tersebut terlibat dalam program ini dan dikendalikan oleh Guru Kaunseling, Encik Mohd. Fhazrulafifi bin Zainol Azizi. Selain daripada pengurusan masa, pelajar juga diberi informasi mengenai teknik untuk belajar bagi mendapat keputusan yang cemerlang.
PROGRAM
PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI
BENGKEL TEKNIK ASAS UKIRAN KAYU
1 JUN 2023 @ KAMPUNG KABIMBANGAN, PULAU BUM-BUM, SEMPORNA
Bengkel teknik asas ukiran kayu merupakan kerja mengukir atau menggores kayu mengikut reka corak yang tertentu dengan menggunakan alatan seperti pahat dan pisau. Seramai 15 orang perserta yang merupakan penduduk Kg. Kabimbangan, Semporna menyertai bengkel tersebut dengan bimbingan jurulatih pengukir, Encik Mohd. Rafi bin Barahim. Objektif bengkel ini adalah untuk mengasah kemahiran penduduk kampung dan menggalakkan mereka untuk menjadikan seni ukiran kayu ini sebagai perniagaan sumber pendapatan mereka.
Sesi ceramah pengurusan masa dan teknik untuk belajar yang disampaikan oleh Encik Mohd. Fhazrulafifi (kiri).
Proses mengukir kayu.
Proses mengukir kayu. Gambar kumpulan para peserta bersama Encik Mohd. Rafi (duduk, dua dari kiri) dan pegawai-pegawai pelaksana ZPTS.
Gambar kumpulan para pelajar bersama Puan Norkhajijah (lima dari kanan) dan pegawai-pegawai ZPTS.
Ruangan dinding kosong untuk mural di SMK Madai.
Gambar kumpulan para pelajar yang terlibat dalam program tersebut.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 51
ZON PANTAI TIMUR UTARA
MAJLIS IFTAR KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pantai
Timur Utara (ZPTU) telah menganjurkan Majlis Berbuka
Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Masjid Nur Al-Laili, Kg. Tangkee, Sandakan pada 31 Mac 2022.
Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan
Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan. Seramai 200 orang penduduk Kg. Tangkee menghadiri majlis tersebut yang turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyumbangkan wang tunai kepada dana pembangunan Masjid Nur Al-Laili.
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI
1 MAC 2023 @ KAMPUNG BUIS, TELUPID
Pejabat ZPTU telah mengadakan Kursus Asas Gubahan Bunga dan Bouquet yang mendapat penyertaan 20 orang wanita. Dalam kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar teknik-teknik asas seperti memotong dan menyusun bunga serta membuat hiasan menggunakan bahan-bahan yang berbeza. Peningkatan kemahiran dan dapatan ilmu daripada kursus tersebut dapat membuka ruang dan peluang kepada para peserta untuk menjana tambahan pendapatan dan meningkatkan taraf sosioekonomi masingmasing.
Para penduduk Kg. Tangkee berbuka puasa bersama Datuk Sam dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.
Para peserta membuat gubahan mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan pelbagai jenis bunga, dedaun dan elemen hiasan lain untuk mencipta susunan yang unik.
Gambar kenangan para peserta kursus dengan bouquet yang dihasilkan.
Datuk Sam (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Masjid Nur Al-Laili, Encik Suna bin Dori Hamsan.
KURSUS ASAS GUBAHAN BUNGA DAN BOUQUET
52 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
KURSUS ASAS GUBAHAN BUNGA DAN BOUQUET
27 MAC 2023 @ KAMPUNG ENTILIBON, TONGOD
Seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Melalui kursus ini, para peserta diberi pendedahan tentang penghasilan gubahan terkini dengan cara lebih kreatif untuk meningkat kemahiran kreativiti penduduk setempat Kampung Entilibon dalam bidang gubahan bunga.
KURSUS DIGITAL INVITATION CARD
15 MAC 2023 @ KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN
Kursus ini merupakan anjuran bersama pejabat ZPTU dan Kolej Komuniti Sandakan. Tenaga pengajar, Puan Danielle binti David juga merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Sandakan.
Pogram tersebut bertujuan untuk membuka peluang kepada peserta khususnya belia tentang ilmu membuat kad jemputan secara digital yang boleh digunapakai sebagai jemputan majlis perkahwinan, jamuan, kenduri dan sebagainya.
Seramai 20 orang peserta telah memeriahkan kursus tersebut. Hasil kemahiran yang diperoleh daripada kursus ini para peserta dapat mengembangkan kemahiran ini sebagai perkhidmatan yang boleh dikomersialkan seterusnya dapat menjana pendapatan sendiri.
KURSUS DIGITAL INVITATION CARD
15 MAC 2023 @ KAMPUNG BOTITION
Seramai 17 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada penduduk sekitar kawasan kampung Botition. Melalui kursus ini para peserta diberi pendedahan cara-cara menghasilkan kad jemputan digital melalui aplikasi Canva sekaligus memberi peluang kepada para peserta untuk menerokai idea-idea baharu untuk membantu mereka menambah sumber pendapatan.
Peserta membuat gubahan bunga dan bouquet mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan pelbagai elemen hiasan.
Salah seorang peserta dalam proses mengubahsuai video jemputan.
Puan Danielle memberi keterangan tentang aplikasi Canva dan kemudahan yang tersedia.
Sesi membuat kad jemputan digital mengikut kreativiti masing-masing.
Puan Ane (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta kursus.
Gambar kenangan peserta kursus dan hasil gubahan masingmasing. Turut dalam gambar ialah Ketua Pentadbir ZPTU, Puan Ane Abdul Rahman (duduk, tiga dari kanan).
Sesi bergambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Ketua Pentadbir ZPTU, Puan Ane (duduk, tengah) Pegawai Kawasan Sandakan selaku penyelaras program, Puan Nur Aqilah Omar Baki (duduk dua dari kanan) serta wakil daripada Kolej Komuniti Sandakan dan peserta kursus.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 53
KURSUS PEMBUATAN TAUHU BASAH/PUDING KACANG SOYA & BEBOLA IKAN/AYAM
19 MAC 2023 @ TAMAN BUKIT PERMATA, KINABATANGAN
Dalam kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar proses pembuatan tauhu dan bebola secara praktikal. Kursus tersebut dikendalikan oleh Chef Abdullah bin Haji Abdul Halil yang berpengalaman hampir 20 tahun. Beliau turut berkongsi nasihat tentang cara pemasaran dan penjualan produk dalam kalangan masyarakat setempat.
KURSUS MEMBUAT BONSAI MANIK
2 MEI 2023 @ DEWAN DATUK YONG GEE, BELURAN
Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Puan Kamliah binti Abdul Sani dan disertai oleh 20 orang peserta yang turut memeriahkan suasana. Dalam kursus tersebut, peserta diberi tunjuk ajar tentang seni membuat bonsai seperti cara memasang, mendawai, dan membentuk bonsai manik menggunakan kreativiti masing-masing.
KURSUS MEMBAIKI SMARTPHONE: TAHAP 1
9-10 MAC 2023 @ KAMPUNG JAYA BARU, KINABATANGAN
Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada golongan belia.
Dalam kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar dalam bidang membaikpulih telefon pintar seperti menggunakan peralatan asas untuk melerai dan memasang semula bahagian komponen luar dan dalam pelbagai model telefon pintar.
Tenaga pengajar ialah juruteknik dan Penolong Pengurus, AJ Fix Mobile
Repair and Service, Encik Daniel Azhan
Christopher. Dengan permintaan terhadap perkhidmatan membaiki telefon pintar yang semakin meningkat, program ini memberi peluang kepada para peserta untuk memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah atau bekerja sebagai juruteknik untuk menjana pendapatan sampingan.
Sesi latihan amali.
Sesi latihan amali.
Encik Daniel (berbaju putih) memberi tunjuk ajar tentang cara meleraikan komponen peranti komponen peranti dengan teknik yang betul.
Gambar kenangan bersama peserta kursus. Turut dalam gambar ialah Pegawai Tadbir Kanan ZPTU selaku penyelaras program, Encik Abdul Rasid bin Abdul Sani (depan, lima dari kiri).
Sesi latihan amali.
Gambar kenangan para peserta kursus.
Gambar kenangan para peserta kursus bersama Ketua Pegawai ZPTU, Puan Ane (depan, empat dari kanan) dan Penolong Pegawai Kawasan Beluran, Khoo Choi Eng (depan, lima dari kanan).
54 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
KURSUS MEMBUAT JAMBANGAN BUNGA
9 MEI 2023 @ DATUK TAN YONG GEE, BELURAN.
Seramai 25 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Beluran. Dalam kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar teknik asas gubahan jambangan bunga yang menarik dan bernilai komersial. Tenaga pengajar program ini ialah Puan Kamliah Abdul Sani.
KURSUS ASAS SULAMAN BAJU
18 MEI 2023 @ RESTORAN DOJI, PEKAN TELUPID
Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Puan Dominica Lamasing dan disertai oleh seramai 18 orang peserta. Melalui kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar dalam teknik asas sulaman baju tradisi Labuk serta penggunaan bahan-bahan yang sesuai untuk menghasilkan baju tradisi Labuk.
KURSUS ASAS SOLEKAN PENGANTIN
23 MEI 2023 @ KAMPUNG IMBAK TONGOD
Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus tersebut.
Melalui kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar tentang teknik asas seperti memilih bedak yang sesuai dengan kulit dan cara menggunakan alat solekan untuk membentuk rupa pengantin yang semula jadi dan elegan.
Peserta kursus menjalankan latihan amali teknik asas gubahan jambangan bunga.
Sesi latihan amali.
Sesi latihan amali.
Gambar kenangan bersama peserta kursus. Turut dalam gambar ialah Encik Abdul Rasid (duduk, tiga dari kanan) dan Penolong Pegawai Kawasan Beluran selaku penyelaras program, Cik Khoo Chui Eng (duduk, kiri).
Gambar kenangan peserta kursus.
Gambar kenangan bersama peserta kursus. Turut dalam gambar ialah Puan Ane (duduk, tiga dari kanan).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 55
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA
PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI
12 MAC 2023 @ MASJID AN-NAJAM, KG. JAYA BARU, KINABATANGAN
Program khatan beramai-ramai menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat serta memenuhi tuntutan agama Islam. Program tersebut juga bertujuan untuk membantu meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam melaksanakan tuntutan agama ke atas anak-anak mereka tanpa perlu menanggung kos tinggi.
Gambar kenangan bersama peserta program. Turut dalam gambar ialah Puan Ane (berdiri, dua dari kiri) dan Pegawai Tadbir Kanan, Encik Abdul Rasid bin Abdul
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
20 MEI 2023 @ SURAU AN-NUR, KAMPUNG SENTOSA JAYA, SANDAKAN
Seramai 36 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Melalui kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar tentang tatacara pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan Fardhu Kifayah bagi masyarakat Islam. Selain itu, kursus tersebut diadakan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada umat Islam tentang cara pengurusan jenazah yang betul.
Gambar kenangan bersama para peserta kursus.
Sebahagian daripada anak-anak lelaki yang sedang menunggu giliran untuk berkhatan.
Sani (berdiri, tiga dari kanan).
Penceramah, Ustaz Jumain bin Kandar (baju emas) menerangkan tatacara pengurusan jenazah.
56 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Sesi latihan amali.
M ESYUARAT A GUNG
Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) telah mengadakan Mesyuarat Agung pada 28 Jun 2023 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.
Seramai 86 anggota KPYSB telah hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Pengerusi KPYSB, Encik Jessel Kamijan @ Jessel bin Aloysius dalam ucapannya memaklumkan pencapaian KPYSB bagi tahun 2022 adalah amat memberangsangkan dan dijangka akan meningkat dengan adanya perniagaan baharu yang diceburi.
KPYSB telah memulakan penyewaan tapak perniagaan tujuh unit kiosk. Manakala, perniagaan Dobi Layan Diri mula
beroperasi sepenuhnya pada penghujung bulan Julai 2023 di Dewan Serbaguna KPYSB, Taman Bakti Ikhlas, Manggatal. KPYSB turut mendapat kelulusan daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dengan tambahan pinjaman kredit yang berjumlah RM2 juta. Jumlah keseluruhan pelaburan KPYSB dalam Ar-Rahnu juga telah meningkat sebanyak RM6.5 juta.
Empat calon Ahli Lembaga KPYSB bagi tempoh 2023-2024 iaitu Puan Susan Malagob, Puan Zaiton binti Bakri, Encik Gerard Clement Mojiliu dan Encik Stephen Jilimin telah menang tanpa bertanding dalam pemilihan ahli lembaga koperasi tersebut.
Sebahagian daripada anggota KPYSB mendaftar kehadiran.
Encik Jessel menyampaikan ucapan beliau.
57
Sesi pengundian ahli jawatankuasa baharu.
KEJOHANAN LIGA FUTSAL
di Arena Futsal Yayasan Sabah 2023 PERDANA MALAYSIA
Arena Futsal 2 Yayasan Sabah telah
dipilih secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai lokasi untuk
Kejohanan Liga Futsal Perdana Malaysia (LFPM) pada 19 Mac sehingga 25 Jun 2023.
LFPM berlangsung pada 18 Februari 2023 sehingga
5 Ogos 2023. Edisi musim ke 14 ini menampilkan 14 buah pasukan yang bertanding dalam dua kumpulan melibatkan 12 perlawanan bagi setiap pasukan.
Kumpulan A terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kedah, KPT-PST Mustangs, Pahang Renjer, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu. Manakala, Kumpulan B menampilkan pasukan Johor Darul Ta’zim, KL City, Kuala Lumpur, PFA Odin Sarawak, Selangor MAC, Selangor TOT United dan Shah Alam City.
Malaysia Futsal Cup (MFC) 2023 pula bakal menyusul pada Ogos dan September 2023 selepas berakhirnya kejohanan LPFM 2023 ini. Kejohanan ini akan disertai lapan pasukan yang terdiri daripada tiga pasukan teratas Kumpulan A dan B pada LPFM 2023 serta dua pasukan pemenang dari pusingan kelayakan iaitu pasukan tempat keempat dan kelima Kumpulan A dan B.
Pada 19 Mac 2023, pasukan Sabah telah menumpaskan pasukan ATM dengan kemenangan 6 – 0. Ini merupakan kemenangan ketiga pasukan Sabah dalam liga tersebut. Sabah kini berada di kedudukan tempat ketiga dalam kumpulan A.
EDITORIAL
PENASIHAT
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP
SIDANG EDITORIAL
Sam S. Karnail
Farrah Fadzil Mairon
Annieyldah Peter Hamidon
Mary Joan Taji
Nur Syafathin bin Mohd. Yadi
Irene John Jinuli
SUMBANGAN RENCANA
Staf Pejabat Setiausaha Korporat
Staf Bahagian Komunikasi Korporat
Staf Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian
Staf Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak
Staf Pejabat-pejabat Zon
Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.
Staf Sabah Softwoods Berhad
REKA BENTUK & SUSUN ATUR
Alastair Nicholas Peter
Ahmad Fauziee bin Wasimin
Juliana Lim Yuen Ling
Muhammad Fahmi Abdul Alim
Hannah Hidayati Zainudin
JURUGAMBAR
Jeffrey R. Baxter
Samson Lawrence
Zairulazrin Delin
Azli bin Mohd. Abu Bakar
Junior Juryzam
Staf Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian
Staf Pejabat-pejabat Zon
Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.
Staf Sabah Softwoods Berhad
TERBITAN
Bahagian Komunikasi Korporat
Kumpulan Yayasan Sabah
Tingkat 15, Menara Tun Mustapha
Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546
Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my
E-mel: ysinfo@ysnet.org.my
Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan.
Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.
Antara aksi perlawanan pasukan Sabah menumpaskan pasukan ATM dengan jaringan 6-0.