Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.1/2024 ( Jan - April 2024)

Page 1

KUMPULANYAYASANSABAH
Selamat Menyambut HARI RAYA AIDILFITRI 1445H | 2024M Maaf Zahir & Batin Kumpulan Yayasan Sabah - Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor
Edaran Percuma Januari - April 2024 Jilid 1/2024

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (empat dari kiri) menyampaikan duit raya kepada salah seorang mahasiswa. Turut sama Datuk Dr. Haji Arifin (dua dari kanan), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri), Datuk Jasnih (dua dari kiri), Datuk Zainuddin Aman (kanan) dan Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Bahiwata Haji Mulia (kiri).

Ketibaan para mahasiswa dan mahasiswi ke Setia SPICE Convention Centre

Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi IPT di Semenanjung Malaysia bersama Ketua Menteri Sabah

Kumpulan Yayasan Sabah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung yang diadakan di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang pada 25 Mac 2024 dan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

“Sebanyak RM67.4 juta diperuntukkan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun ini, bagi membolehkan lebih ramai anak-anak

Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara. Jumlah tersebut meningkat berbanding RM53.8 juta pada tahun lalu sekali gus membuktikan komitmen ini menunjukkan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf kualiti kehidupan dan pendidikan rakyat negeri Sabah,” kata Datuk Seri Panglima Haji Hajiji yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

2 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Agenda pembangunan pendidikan di Sabah sentiasa diberikan keutamaan oleh kerajaan negeri, justeru itu, pelbagai inisiatif bantuan diperkasa termasuk untuk anak anak dalam kalangan keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Antara inisiatif tersebut ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI), manakala melalui Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah pula, kerajaan negeri telah menambah dana biasiswa daripada RM50 juta kepada RM100 juta bagi meringankan beban mahasiswa mahasiswi yang melanjutkan pengajian ke IPT.

Tambah beliau, “Semua itu kita sediakan demi anak-anak Sabah serta demi kemajuan dan kecemerlangan sektor pendidikan ke arah membentuk modal insan yang cemerlang. Saya berharap pelajar-pelajar kita akan merebut peluang dari pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri.”

Katanya, sejak tahun 1967 hingga 2023, Kumpulan Yayasan Sabah telah menyediakan pelbagai bantuan melalui pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi. Seramai 124,141 pelajar Sabah yang mengikuti pelbagai disiplin ilmu sama ada di IPT di dalam mahupun di luar negara, telah mendapat bantuan dengan perbelanjaan berjumlah RM952.2 juta.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kerajaan negeri memberikan bantuan one-off RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada mahasiswa dan mahasiswi Sabah agar mereka dapat balik ke Sabah untuk cuti perayaan ataupun kecemasan. Inisiatif ini melibatkan peruntukan RM10juta dan akan diagihkan dalam masa terdekat.

Para mahasiswa dan mahasiswi mengambil gambar berkumpulan di ruang reruai foto sebagai kenang-kenangan. Pengumuman bantuan one-off RM600 untuk tiket kapal terbang balik ke Sabah mendapat tepukan gemuruh siswa dan siswi. Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin sebagai moderator dialog memperkenalkan ahli-ahli panel.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 3
Adik Mohd Hafiz bin Kasmen dari Kolej Universiti Islam Perlis menyampaikan ucapan wakil mahasiswa.

Di akhir ucapan, beliau mengingatkan pelajar-pelajar agar meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek yang boleh membantu untuk pembangunan negeri Sabah pada masa hadapan. Ini kerana mahasiswa dan mahasiswi semua adalah pemimpin masa hadapan negeri dan negara. Apabila tamat pengajian nanti, Sabah dan negara memerlukan penyertaan dan keterlibatan mahasiswa mahasiswi semua dalam membawa negeri dan negara ke arah kemajuan yang lebih tinggi.

“Kalian semua akan menjadi golongan pelapis serta sumber modal insan untuk masa hadapan, yang akan menyambung legasi pembangunan negeri Sabah. Sebab itu dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pembangunan modal insan antara teras utama yang diberi perhatian,” katanya.

Kerajaan negeri akan terus memperkasakan inisiatif-inisiatif sedia ada bagi memastikan anak-anak Sabah mendapatkan pendidikan yang baik dan sempurna sekali gus mampu menjadi pemimpin pelapis yang serba boleh dan berdaya saing.

Program itu dihadiri lebih kurang 1,400 pelajar yang menuntut di IPT di Utara Semenanjung Malaysia. Majlis tersebut diisi dengan pengisian tazkirah Ramadan, jamuan berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah. Majlis berbuka puasa bersama mahasiswa dan mahasiswi IPT di Semenanjung Malaysia ini merupakan program tahunan Kumpulan Yayasan Sabah yang telah diadakan sejak tahun 2005.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri

Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Pengerusi Eksekutif Innoprise

Corporation Sdn. Bhd. (ICSB), Datuk Jasnih bin Daya, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN), Datuk Zainudin

Aman dan Timbalan Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad.

Para mahasiswa dan mahasiswi menikmati juadah berbuka puasa.
4 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Persembahan nasyid oleh UNISHAMS VOICE yang merupakan mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMs Kedah). Mahasiswa dan mahasiswi tidak melepaskan peluang untuk swafoto bersama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji. Solat Maghrib berjemaah. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji beramah mesra bersama-sama mahasiswa mahasiswi di luar dewan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 5
Mahasiswa dan mahasiswi bergambar bersama-sama Ketua Menteri Sabah di reruai foto sebagai kenang-kenangan.

Majlis Berbuka Puasa

Mempererat jalinan Silaturahim melalui bersama

MAHASISWA MAHASISWI SABAH

yang menuntut di SEMENANJUNG MALAYSIA (ZON SELATAN)

Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia pada 26 Mac 2024 bertempat di Grand Ballroom, AmanSari Residence Resort, Johor. Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif.

Salah seorang wakil mahasiswa menerima sampul raya daripada Datuk Dr. Haji Arifin. Disaksikan oleh Dato’ Sri Gulamhaidar (dua dari kiri), Datuk Ruslan (dua dari kanan) dan Encik Mohamad Sidik (kanan) serta Puan Bahiwata (kiri). Ucapan oleh wakil mahasiswa, adik Mohammad Khairul Akmal bin Mohd Azam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai Johor). Datuk Dr. Haji Arifin menyampaikan amanat beliau.
6 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Ketibaan Datuk Dr. Haji Arifin di sambut oleh mahasiswa dan mahasiswa Sabah.

Majlis ini merupakan majlis tahunan yang bertujuan untuk menyambut bulan Ramadan al-Mubarak bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah yang menuntut di Semenanjung Malaysia. Sebelum ini, Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan majlis berbuka puasa ini di Pulau Pinang pada 25 Mac 2024 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Seramai 600 orang para siswa dan siswi daripada 10 buah institusi pengajian tinggi di Zon Selatan Semenanjung Malaysia yang merangkumi Johor, Pahang Negeri Sembilan dan Melaka telah berkumpul di Johor untuk acara tersebut. Program ini juga memberi ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk beramah mesra bersama barisan kepimpinan negeri sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi maklumat di antara sesama pelajar berlainan IPT.

Majlis tersebut diisi dengan pengisian jamuan berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah. Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan

Muharam, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar

bin Khan Bahadar, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Ugama

Islam Sabah (MUIS), Datuk Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad

dan Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Timbalan Setiausaha

Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-tugas Khas), Encik Mohamad Sidik bin Awang Adi.

Sebahagian daripada mahasiswa dan mahasiswi yang hadir.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 7
Dato’ Sri Gulamhaidar (berbaju putih) beramah mesra bersama-sama dengan sebahagian daripada mahasiswa dan mahasiswi yang hadir.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) menyampaikan replika sumbangan kuih-muih Aidilfitri kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

Kumpulan Yayasan Sabah

menyumbang

Kuih-Muih Aidilfitri

Kumpulan Yayasan Sabah turut terlibat sebagai salah sebuah organisasi daripada 34 penyumbang kuih-muih Hari Raya Aidilfitri kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menyampaikan amanat beliau.

8

Sumbangan terdiri daripada 30 buah kotak yang berisi kuih-muih Aidilfitri dan 15 hamper makanan.

Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Menteri

Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor ini telah diadakan di Menara Kinabalu pada 4 April 2024.

Sebanyak 15 buah organisasi telah menerima sumbangan pada majlis tersebut. Penerima-penerima sumbangan tersebut ialah Markas Pemerintahan

Armada Timur, Polis Diraja Malaysia, Divisyen Ke-5 Infantri, Tentera Udara Diraja Malaysia, Angkatan

Tugas Bersama 2, ESSCOM, Agensi Penguatkuasaan

Maritim, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Negeri Sabah, Jabatan Penjara, Jabatan Kesihatan

Negeri Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pasukan Gerakan AM (PGA), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar menzahirkan perasaan gembira terlibat sebagai penyumbang kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan. Diharap sumbangan kuih-muih ini dapat memberikan kegembiraan kepada mereka dalam suasana menyambut Aidilfitri.

30 kotak sumbangan dan 15
hamper yang disumbangkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.
Para petugas dari Bahagian Komunikasi Korporat bergotong-royong melaksanakan proses penyediaan kotak hinggalah memasukkan kuih-muih raya ke dalam kotak.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 9

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menyampaikan ucapan tahunan kepada semua staf yang hadir.

Anak Syarikat

Kumpulan Yayasan Sabah

terus saksikan

Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah terus menyumbang dan meraihkan penghargaan kepada staf dan anak-anak syarikat yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi tahun 2023. Anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Staf Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Jubli Perak, Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Sukan dan Anugerah Syarikat Terbaik.

Kesemua anugerah disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Majlis ini diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 7 Februari 2024.

“Kumpulan Yayasan Sabah melalui jentera pelaburannya Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) mengambil langkah memantau prestasi setiap anak syarikatnya dengan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), memastikan prestasi operasi dan kewangan dapat diukur di samping mengemukakan pelan perniagaan lima tahun,” demikian menurut Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

Beliau seterusnya berkata Jawatankuasa Pengurusan Khas juga telah ditubuhkan bagi mengenal pasti beberapa pelaburan baharu yang akan dilaksanakan dengan tujuan mempelbagaikan perniagaan ICSB.

Para penghibur bergambar berkumpulan bersama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji dan isteri (tengah) serta jemputan kenamaan lain. Turut kelihatan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (depan, tiga dari kanan) dan Datuk Jasnih (depan, lima dari kiri).

10

“Pada tahun 2023, Kumpulan Yayasan Sabah berjaya merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM470 juta. Jelas beliau prestasi cemerlang ini adalah atas daya kepimpinan di semua peringkat pengurusan dan khidmat bakti seluruh warga Kumpulan Yayasan Sabah,” jelas beliau.

Beliau seterusnya berkata kecemerlangan dan kemampanan prestasi yang diperoleh ini, dapat memberi impak yang signifikan dengan pengisytiharan dividen yang konsisten serta urus tadbir pengurusan kewangan dan perakaunan yang telah memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini menerusi agihan seperti biasiswa dan bantuan sosial.

“Keuntungan yang diraih ini adalah melalui pelbagai sektor-sektor yang diceburi anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah seperti agroperladangan, pelancongan, minyak dan gas dan sektor perhutanan,” katanya.

11
Antara staf Kumpulan Yayasan Sabah yang hadir memeriahkan majlis.

Sementara itu dalam pendidikan, pada tahun 2023 Kumpulan Yayasan Sabah berjaya menyediakan pelbagai tajaan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman kepada seramai 4,859 pelajar baharu dan yang sedang belajar dengan peruntukan berjumlah RM40.93 juta. Selain daripada itu, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarkan pada tahun 2022 telah memberi manfaat kepada 2,897 orang pelajar dengan jumlah dana yang disalurkan sebanyak RM3.86 juta.

Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan bakat dan kelincahan staf Kumpulan Yayasan Sabah melalui persembahan tarian, nyanyian dan persembahan muzik dan video dengan tema 60an, 70an dan 80an.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri kepada Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim bin Haji M. Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan dan isteri, Datin Wahida Mardiana Norsalim, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar dan isteri, Datin Sri Rosna Haji Mohd Yunus, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya, Ahliahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah serta warga Kumpulan Yayasan Sabah.

12 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Antara aksi-aksi menarik daripada staf dengan fesyen 60an, 70an dan 80an.
13

Dari kiri ke kanan: Abdul Karim bin Kasil (Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau), Theresa Ubing @ Patricia (Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat YS/ICSB), Dorothy Chia Yun Jin (Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak), Lajubit bin Kidot (Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat YS/ICSB), Shairi bin Sailun (Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar), Abdul Wahap @ Wahab bin Abdul Latip (Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Datuk Jasnih bin Daya, Kadir @ Abdul Kadir bin Tahir (Zon Pantai Timur Selatan, Tawau), Goh Kim Khuan (Bahagian Pembangunan Pendidikan), Bernard bin Dunstan (Bahagian Perhutanan Wilayah Keningau), Basil Deway Wright Melegrito M. Telado Jr. (Bahagian Perhutanan – Kota Kinabalu) dan Ann Catherine Otigil (Bahagian Komunikasi Korporat).

Dari kiri ke kanan:

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Jadda bin Suhaimi (Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar) dan Datuk Jasnih.

14 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kedua-dua olahragawan dan olahragawati bergambar bersama-sama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (tengah), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kiri) dan Datuk Jasnih (dua dari kanan). Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menyampaikan cek replika kepada Suzanirihwati binti Haji Abd. Ghani, Olahragawati 2023 (Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran YS/ICSB).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 15
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menyampaikan cek replika kepada Fatnee bin Sardun, Olahragawan 2023 (Innoprise Capital Sdn. Bhd.).

Dari kiri Bahiwata Sayangan binti Haji Mulia (Bahagian Pembangunan Pendidikan), Raymund Thessin (Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Hajah Safiah binti Ibrahim (Bahagian Sumber Manusa & Petadbiran YS/ICSB), Erziana binti Jaison (Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd Conalis Jolik Majungil (Bahagian Perhutanan Wilayah Sandakan), Hajah Asnah binti Ag Besar (Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak), Alex Suinggi (Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi), Eric Goundilang (Bahagian Lahad Datu), Lasius Michael Yurid (Bahagian Perhutanan Wilayah Keningau), Madarif Haji Ostin (Zon Pantai Barat Utara, Kota Marudu), Mohd Ebby Azwanshah bin Manap (Kristal Handal Sdn. Bhd.), Dato’ Sri Sam S. Karnail (Bahagian Komunikasi Korporat), Midin Syafiq Ashraf Ignatius Abdullah (Bahagian Keselamatan & Penguatkuasaan), Dr. Waidi Sinun (Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar), Tamring Ida @ Mathilda Binti Jamin (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan

Didi binti Kinat (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan

Naimah binti Anang (Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar), Jessie Chong Iry M Karangkas (Bahagian Perundangan YS/ICSB), Norzimah Claudine Cleo Jumiril (Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan YS/ICSB), dan Victor bin Petrus Gansau (Zon

16 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

ke kanan: Pendidikan), Jenny Kung @ Marilyn Joseph (Bahagian Integriti & Pengukuhan), Sekitar – Kawasan Konservasi Lembah Danum, Lahad Datu), YS/ICSB), Hozana Chrien Sipon (Bahagian Perhutanan Wilayah Lahad Datu), Fuad Stephens), Juliana Lim Yuen Ling (Bahagian Komunikasi Korporat), Sandakan), Mohd Jainin bin Min (Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau), Kanak-Kanak), Fauziah binti Yunus (Pejabat Pengarah Yayasan Sabah), (Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar - Kawasan Konservasi Sungai Taliwas, Keningau), Joshua Ho Yee En (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan YS/ICSB), Mohd Syafiq bin Mahali (Pejabat Setiausaha Korporat Yayasan Sabah), Sri Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Datuk Jasnih, Midin bin Haji Asli (Bahagian Integriti & Pengukuhan), Penguatkuasaan), Mohd. Shari bin Tek Seng (Zon Pantai Barat Selatan, Kota Kinabalu), bin Adam (Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar, INIKEA, Tawau), Kewangan YS/ICSB), Kaseh binti Ajik (Bahagian Pembangunan Pendidikan), Kewangan YS/ICSB), Tony bin Alias (Zon Pantai Timur Selatan, Tawau), Chong Larroza (Pusat Kraftangan Sabah), Leonetta Edora William (Bahagian Hartanah), binti Mohamed Nun (Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak), YS/ICSB), Frederic Dambu Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan YS/ICSB) (Zon Pedalaman Utara, Keningau).

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 17

Anugerah Syarikat

Harapan Terbaik 2023

BORNEO NATURE TOURS SDN. BHD.

Anugerah Syarikat

Pengamal Hijau Terbaik 2023

- Sektor Agroperladangan

SABAH SOFTWOODS BERHAD

Dari kiri: Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Freddie Coleman (Ketua Pegawai Operasi), Datuk Jasnih dan Esner Chong (Pengurus Kewangan). Dari kiri: Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Datuk Haji Mohd. Daud Tampokong (Ketua Pengerusi Eksekutif), Datuk Jasnih dan Datuk Mohd Arsad bin Bistari (Pengerusi).
18 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Para penerima Anugerah Syarikat Terbaik bersama dengan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (sembilan dari kiri), Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (sepuluh dari kiri) dan Datuk Jasnih (sembilan dari kanan).

Anugerah Syarikat Pengamal Hijau

Terbaik 2023

- Sektor Pelancongan

BORNEO RAINFOREST LODGE / INNOPRISE JUNGLE LODGE SDN. BHD.

Anugerah Syarikat

Pengamal Hijau

Terbaik 2023

- Sektor Pelaburan

Lain & Anugerah

Syarikat Terbaik 2023

- Sektor Pelaburan Lain

KIMANIS POWER SDN. BHD.

Anugerah Syarikat Terbaik 2023

- Penyumbang Dividen Tertinggi

BENTA WAWASAN SDN. BHD.

Dari kiri: Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Haji Amran @ Ambran bin Pe’ang (Ketua Pegawai Eksekutif), Datuk Jasnih, dan Agnes Chee Suk Vui (Pengawal Kewangan). Dari kiri: Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Hisham Maaulot (Ketua Pembangunan Perniagaan & Komersial), Datuk Jasnih, Rozali Khamis (Ketua Pegawai Eksekutif), Sheila Chung Yin Ting (Pengurus Perniagaan & Komersial) dan Azlee bin Paiman (Pengurus Operasi). Dari kiri: Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Sail Jamaludin (Pengarah Operasi), Datuk Jasnih dan Alven Lim (Pengurus Jualan & Pemasaran).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 19

Anugerah Syarikat

Terbaik 2023

- Sektor Agroperladangan

INNOPRISE PLANTATIONS BERHAD

Anugerah Syarikat

Terbaik 2023

- Sektor Pelancongan

SHANGRI-LA TANJUNG ARU, KOTA KINABALU – TANJONG ARU HOTEL SDN. BHD.

Anugerah Pengerusi

Lembaga Pemegang

Amanah Yayasan Sabah 2023

INNOPRISE PLANTATIONS BERHAD

Dari kiri: Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Mr. Conor Hadlington (Pengurus Besar), Datuk Jasnih dan Suzaini Sabdin Ghani (Pengarah Jualan & Pemasaran). Dari kiri: Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Datuk Haji Majin (Pengerusi) dan Datuk Jasnih.
20 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Dari kiri: Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, Datuk Haji Majin Haji Ajing (Pengerusi), Datuk Mariati Robert dan Datuk Jasnih.

PAID RM16 MILLION IN DIVIDENDS TO NRG CONSORTIUM SABAH

Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor witnessed the handing over of a dividend payment amounting to RM16 million from Kimanis Power Sdn. Bhd. to NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd., a subsidiary of Yayasan Sabah Group at Menara Kinabalu on 18 January 2024.

Chairman of Kimanis Power Sdn. Bhd., Encik Abdul Aziz bin Othman handed over the dividend to the Executive Chairman of Innoprise Corporation Sdn. Bhd (ICSB), Datuk Jasnih bin Daya.

Also present were the State Secretary of Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Head (Business and Commercial Development) of PETRONAS Gas Berhad, Encik Hisham Maaulot, Chief Executive Officer of Kimanis Power Sdn. Bhd, Encik Rozali Khamis and Head of Petronas Sabah and Labuan, Puan Siti Ayu Abdul Wahab.

INNOPRISE CAPITAL SDN. BHD.

KIMANIS POWER PAYS DIVIDEND TO ICSB

Innoprise Capital Sdn. Bhd. handed over a dividend payment of RM100,000 to Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) at Wisma Innoprise on 5 February 2024.

Chairman of Innoprise Capital Sdn. Bhd., Datuk Jaffari William handed over the dividend to the Executive Chairman of ICSB, Datuk Jasnih bin Daya.

Among those present were the Chief Operating Officer of ICSB, Encik Douglas J. Joinol, General Manager of Innoprise Capital Sdn. Bhd., Encik Awang Zainuddin bin Awang Matusin, Operation Manager of Innoprise Capital Sdn. Bhd. and Encik Mahmat Kamal @ Mohd Kamal bin Haji Abdul Rajah.

Datuk Jasnih (fifth from right) receiving the mock cheque from Datuk Jaffari.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 21
Presentation of mock cheque by Encik Abdul Azin to Datuk Jasnih (third from left), witnessed by Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (centre). Ketibaan Ketua Menteri Sabah disajikan dengan tarian sambut tamu daripada Kumpulan Feisty Femme. Persembahan kedua Kumpulan Feisty antara persembahan yang mendapat tinggi dari staf yang hadir. Vokal mantap dan memukau oleh staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Puan Erziana Jaison Persembahan Kugiran Cakerawala – The New menyaksikan gabungan ahli lama dan baharu tersebut serta para pemenang YSG Persembahan tarian oleh RBJ Tawau. Kumpulan Siz Yeh Yeh daripada Zon Pedalaman Selatan. Sabah Softwoods Berhad tidak ketinggalan mempersembahkan tarian mereka. Kumpulan YSG Sandakan menghiburkan tetamu dengan lagu Dancing Queen.
22
Persembahan Benta Wawasan Puan Masdiah kelunakan Feisty Femme mendapat sorakan hadir. New Generation baharu kugiran YSG Idols. menghiburkan Queen. Kumpulan Go Retro beraksi dengan tarian era 60an, 70an dan 80an. Persembahan oleh staf Wawasan Sdn. Bhd., Masdiah Mijol menonjolkan kelunakan suaranya. Persembahan khas oleh Pengerusi Benta Wawasan Sdn. Bhd., Datuk Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid. Persembahan khas oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSB, Datuk Haji Mohd. Daud Tampokong. Persembahan khas oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 23
Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih bin Daya turut menyumbangkan sebuah lagu.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kumpulan Rings and Blings kelincahan tarian mereka Lagu Bunyi Gitar dipersembahkan Pengerusi, Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Salim Japaran diiringi dengan ahli-ahli kelabnya. Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.,Puan Bernadette Yangin (tiga dari kiri) menerima cabutan tiket bertuah hadiah utama yang pertama, iaitu pakej percutian ke Korea Selatan. Persembahan oleh staf Innoprise Capital Sdn. Bhd., Encik Peter Caseanus. Persembahan oleh staf Bahagian Perhutanan, Wilayah Tawau, Encik Dustine @ Japar Anak Tambi. Persembahan oleh staf Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan, Cik Christila Jun Jabeh.
24 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Persembahan oleh staf Bahagian Perundangan (YS/ICSB), Cik Elsabel Fulgentius.

Persembahan

Staf

Staf

Blings menunjukkan mereka di pentas. Salim Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Cik Siti Shazwinna Wasli (dua dari kanan) menerima cabutan tiket bertuah hadiah utama yang ketiga, iaitu pakej percutian ke Langkawi. Malam dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Dato’ Sri Haji Gulamhaidar dan para penari Kumpulan Yayasan Sabah. Staf UCSF, Encik Zulkifli Nawawi (tiga dari kiri) menerima cabutan tiket bertuah hadiah utama yang kedua, iaitu pakej percutian ke Indonesia. oleh staf Bahagian Perhutanan, Wilayah Tawau, Puan Azlina Michael. Persembahan khas oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan. Persembahan khas oleh Pengerusi Innoprise Capital Sdn. Bhd., Datuk Jaffari bin Waliam. Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd., Puan Erica M. Hamsah (kanan) menerima sampul kemenangan Pertandingan Pakaian Terbaik (kategori wanita).
25
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Encik Joefairul Johari (kanan) menerima sampul kemenangan Pertandingan Pakaian Terbaik (Kategori Lelaki). Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah diadakan pada 31 Januari dan 26 Februari 2024 bertempat di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu sejurus selepas Mesyuarat Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana TPNS berlangsung sebelum penyampaian bantuan TPNS. Pelaksana TPNS. Penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif. Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (enam dari kiri) menyampaikan bantuan TPNS kepada salah seorang siswa dan disaksikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar (tujuh dari kiri).
26 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin menyampaikan bantuan TPNS kepada salah seorang siswi.
TPNS IPT bantu pelajar melanjutkan pengajian ke

Seramai sembilan orang siswa dan siswi menerima bantuan TPNS serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). TPNS merupakan antara inisiatif dalam pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015-2023

diwujudkan bagi mengumpul dana untuk membuka lebih banyak peluang tajaan kepada anak negeri ke institusi pengajian tinggi (IPT). Tabung ini diharapkan memberikan sinar harapan kepada rakyat Sabah dalam mengejar pendidikan di menara gading.

Encik Johan bin Garabus (Lapan dari kiri) yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Sabah menerima bantuan TPNS yang disampaikan oleh Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin. Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris menerima bantuan TPNS daripada Dr. Haji Mohd. Arifin. Gambar berkumpulan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 27

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (berdiri, dua dari kanan), Datuk Frederick (berdiri, kanan) dan Profesor Datuk Dr. Kasim (berdiri, kiri) menunjukkan dokumen yang ditandatangani sambil disaksikan oleh Datuk Dr. Haji Arifin (berdiri, dua dari kiri).

menandatangani Memorandum

Perjanjian Projek Bioprospek

Penyelidikan dan Pembangunan Kulat

Liar, Halia Liar dan Tumbuh-Tumbuhan

Ubatan dan Aromatik (TUB) dengan

Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) dan

Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 23 Januari 2024 di Sabah International Convention Centre.

Menandatangani bagi pihak Kumpulan

Yayasan Sabah ialah Pengarah Yayasan

Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin

Khan Bahadar. Manakala, SFD diwakili oleh Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan dan UMS, diwakili oleh Naib Canselornya, Profesor

Datuk Dr. Kasim bin Haji Mohd. Mansur.

Majlis menandatangani memorandum

perjanjian tersebut disaksikan oleh

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin

Datuk Haji Mohd Arif.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (duduk, dua dari kanan), Datuk Frederick (duduk, kanan) dan Profesor Datuk Dr. Kasim (duduk, kiri), menandatangani dokumen memorandum perjanjian sambil disaksikan oleh

Datuk Dr. Haji Arifin (duduk, dua dari kiri).

Projek TUB ini merupakan inisiatif penyelidikan yang bertujuan untuk mengidentifikasi spesies kulat liar dan halia liar, khususnya Tuhau yang berpotensi untuk dikomersialkan pada masa hadapan sebagai langkah proaktif dalam mengatasi ancaman terhadap sekuriti makanan secara global. Projek TUB ini telah dijalankan di Kawasan Konservasi Lembah Danum, Lembangan Maliau, Kanyon Imbak dan kawasan pemuliharaan seperti Projek Rehabilitasi Hutan Hujan InnopriseFACE Foundation (INFAPRO) dan Projek Rehabilitasi Hutan Tropika

Kumpulan Yayasan Sabah.

Seperti yang termeterai dalam memorandum perjanjian yang ditandatangani, Projek TUB telah berjaya mendapat peruntukan sebanyak RM5 juta untuk tempoh lima tahun bermula tahun 2021 hingga 2025 di bawah sumber dana Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Projek TUB ini juga bertujuan untuk melahirkan siswazah PhD dan MSc dalam bidang berkaitan dan untuk

KE ARAH KELESTARIAN: PROJEK BI PROSPEK
28 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

membangunkan jaringan kolaboratif antara akademia dan agensi kerajaan dalam industri penyelidikan. Selain itu, projek ini telah melahirkan prototaip produk dan bio-kimia yang berbentuk novel serta mengintegrasikan pengetahuan teknologi melalui demonstrasi, penerbitan dan bengkel kepada komuniti dan usahawan setempat.

Inisiatif yang diambil oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan SFD ini adalah dialu-alukan kerana terus komited untuk menyokong dan menyalurkan dana dalam memelihara dan memulihara sumber alam semula jadi terhadap usaha Kumpulan Yayasan Sabah serta UMS dalam menjayakan projek tersebut.

Kumpulan Yayasan Sabah yakin projek TUB ini akan mendorong dalam

kemajuan bidang penyelidikan dan pembangunan serta inovasi yang diterajui, termasuklah di sektor hiliran bagi pengeluaran produk komersial yang akan menawarkan peluang ekonomi serta memastikan pengurusan sumber asli di Sabah secara mampan.

Spesies kulat. Tuhau.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 29

Pada majlis tersebut, Datuk Dr. Haji Arifin turut melancarkan dua buah buku yang bertajuk ‘Kehidupan dan Adat Suku Murut Tangala’ Kg. Inarad, Tongod’ dan ‘Kepercayaan, Ritual dan Adat Suku Tombonuo, Lingkabau, Sugut’ yang diterbitkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Acara disusuli dengan seminar berkenaan dengan projek TUB dan dapatan hasil kajian yang terkini yang disertai oleh peserta daripada pelbagai jabatan, agensi, organisasi dan institusi. Seminar ini penting untuk mewujudkan kesedaran terutamanya tentang kepentingan melindungi khazanah hutan Sabah.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (kiri) menyampaikan cenderamata kepada

Datuk Dr. Haji Arifin sambil disaksikan oleh Datuk Frederick (dua dari kanan) dan Profesor Datuk Dr. Kasim (kanan).

Ketua Seksyen Makmal Kimia dan Fitokimia, Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok, Encik Rolando Robert menyampaikan taklimat seminar bertajuk “Variation in the Genetic Make-up & Bioactivity of Tuhau in Sabah”.

Timbalan Pengarah, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan UMS, Profesor Madya Dr. Jaya Seelan Sathiya Seelan menyampaikan taklimat seminar bertajuk “Research Innovation of Bornean Mushroom to Boost Local Products in Sabah”.

Datuk Dr. Haji Arifin menyempurnakan pelancaran buku ‘Kehidupan dan Adat Suku Murut Tangala’ Kg. Inarad, Tongod’ dan ‘Kepercayaan, Ritual dan Adat Suku Tombonuo, Lingkabau, Sugut’ sambil disaksikan oleh Profesor Datuk Dr. Kasim (kiri), Datuk Frederick (dua dari kiri) dan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (kanan). Datuk Dr. Haji Arifin melawat pameran spesimen kulat. Gambar berkumpulan. Datuk Dr. Haji Arifin melawat pameran spesimen tuhau liar.
30 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dan EXCO PKNS ROMBONGAN MELAWAT PKS

Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Tuan Borhan bin Aman Shah serta rombongan melawat Pusat Kraftangan

Sabah (PKS) di Keningau pada 24 Januari 2024. Rombongan tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Rombongan tersebut disambut oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar. Tuan Borhan dan rombongan diberi taklimat mengenai operasi PKS.

Beliau kemudiannya dibawa melawat ke galeri dan bengkel-bengkel kraf tangan yang dihasilkan oleh para peserta kursus.

Menurut Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, pemilihan PKS sebagai destinasi lawatan amat dihargai kerana memberi makna untuk kedua-dua negeri Sabah dan Selangor dalam menjalin kerjasama dan persefahaman, khususnya berkaitan produk warisan kebudayaan, pelancongan dan seumpamanya.

“Kita juga berharap menerusi lawatan seperti ini, rombongan ini dapat mengenali negeri Sabah yang indah serta kaya dengan kepelbagaian dan keunikan budaya, secara lebih dekat lagi,” katanya.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata yang berbentuk ukiran

kepada Tuan Borhan sambil disaksikan oleh Setiausaha Korporat

Hanafiah

dengan hasil kreativiti yang ditunjukkan oleh pengusaha PKS. Turut serta

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (kanan).

Menara Tun Mustapha Yayasan Sabah, Encik Diman (dua dari kiri) serta delegasi yang lain. Tuan Borhan terpegun
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 31

Perkukuh Hubungan Dua Hala

Melalui

Kraf Tangan

Sebagai pembuka tirai tahun 2024, Pusat Kraftangan Sabah (PKS) berbesar hati menerima kunjungan daripada delegasi isteriisteri EXCO Kerajaan Negeri Selangor pada 22 Januari 2024.

Delegasi tersebut diketuai oleh isteri kepada Menteri Besar Selangor merangkap Yang di-Pertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal

Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Masdiana Muhamad, serta diiringi oleh isteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Yang Dipertua Mutiara GRS, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Julia Salag bersama isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda Haji Alias.

Turut hadir isteri-isteri Wakil Rakyat kawasan Keningau. Rombongan tersebut telah diberikan taklimat oleh Pengurus Kumpulan PKS, Puan Vivian Evans.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah International Convention Centre (SICC), Datuk Dr. Hajah Rosmawati Haji Lasuki, mewakili Pengarah Yayasan Sabah turut menyampaikan ucapan aluan sebagai pembuka acara.

Rombongan turut melawat bengkel-bengkel kraf tangan dan seterusnya mencuba sendiri pengalaman membuat interaktif kraf selain beramah mesra dengan para usahawan kraf tempatan.

32 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Gambar berkumpulan.

Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah menandatangani buku pelawat. Turut kelihatan Datin Seri Masdiana (dua dari kiri), isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah I, Datin

Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan (tiga dari kanan), Datin

Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuind (dua dari kanan), isteri kepada Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd./ADUN N41 Liawan, Datin Tengku Adlina Marita Datuk Dr. Tengku Zainal Adlin (tiga dari kiri) serta isteri kepada Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah/ADUN N40 Bingkor, Datin Nurul Ililiyana @ Doris Joprit (empat dari kanan).

Lawatan rombongan ke bengkelbengkel kraf tangan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 33
Datuk Dr. Hajah Rosmawati menyampaikan ucapan aluan.

Majlis Graduasi Sabah Animation Creative Content Academy

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar telah menghadiri Majlis Graduasi Sabah Animation Creative Content Academy pada 6 Februari 2024 di Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah. Pada majlis tersebut, seramai 167 orang pelajar telah menamatkan latihan dalam bidang animasi, visual dan dokumentari dari University College Sabah Foundation (UCSF).

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir yang mewakili Ketua Menteri Sabah. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan, Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris dan Pengarah Pembangunan Negeri Sabah, Encik Mohd. Azmi.

Salah seorang graduan menerima sijil daripada

Datuk Abidin (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Dato Sri’ Gulamhaidar (dua dari kiri), Datuk Seri Panglima Haji Hashim (dua dari kanan, Dr. Rafiq (kanan) dan Encik Azmi (kiri).

34 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Gambar berkumpulan.

SDG MALAYSIA peringkat Wilayah Sabah 2024 PAMERAN

Kumpulan Yayasan Sabah menyertai pameran anjuran Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) pada 25 Januari 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Pameran menumpukan perhatian kepada program-program pendidikan dan usaha-usaha konservasi kumpulan ini.

Program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai pelaksanaan Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Ia juga menjadi platform dialog awam dan kesedaran mengenai SDG, memberi input komprehensif untuk Kerajaan dalam pelaksanaan dasar sosio ekonomi bagi mencapai Agenda 2030. Di samping itu, pameran ini juga menjadi agenda promosi dan kesedaran rakyat terhadap projek/ program pembangunan SDG.

Kumpulan Yayasan Sabah menampilkan pameran melibatkan penyertaan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Bahagian Konservasi dan Alam Sekitar, Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF).

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar menerima kunjungan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah di reruai pameran Kumpulan Yayasan Sabah. Para pelajar diberi taklimat berkenaan peluang melanjutkan pengajian di KTYS.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 35

Majlis Penyampaian Sijil dan

Persembahan Kanak-Kanak

Penuh Gemilang

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah dan Persembahan Kanak-Kanak yang bertemakan ‘Gemilang’ pada 3 Februari 2024 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.

Seramai 77 orang kanak-kanak dari Taska Ria, Taska Kristal Ria dan Tadika Ria telah menerima sijil pendidikan prasekolah dan seramai lapan orang telah mendapat sijil cemerlang. Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan pameran hasil seni kraf tangan serta persembahan dan nyanyian daripada kanak-kanak.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar. Turut hadir ialah Pengurus Kumpulan, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB), Puan Halijah binti Haji Laini, Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat, Tuan Haji Budirman bin Haji Daud dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Puan Rabiatul Adawiyah binti Ahmad.

Puan Rosmini (kanan) menunjukkan hasil seni kraf tangan kanakkanak kepada Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kanan) semasa melawat pameran bersama-sama dengan Puan Halijah (dua dari kiri) dan Tuan Haji Budirman (kiri).
36 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Persembahan pembukaan dari murid Kelas Ketilang, Tadika Ria. Persembahan tarian moden lagu Girl in the Mirror dan Dynamite oleh murid Taska Kristal Ria. Persembahan bercerita dan lakonan dari murid Kelas Ketilang, Tadika Ria.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 37
Persembahan tarian kontemporari gabungan lagu Samba Nana, We’re Going on a Rocket Ship dan Daleng Dale oleh murid Taska Ria. Persembahan lakonan sketsa pendek oleh murid Kelas Merpati, Tadika Kodidik. Persembahan lagu finale Proud of You dan Gemilang.
38 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Gambar berkumpulan.

Adik Ayesha Aqillah binti Rijuin, murid Kelas Ketilang, Tadika Ria menerima sijil daripada Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga diri kiri).

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada adik Ael Ardhani bin Alfrie, murid Kelas Crystal, Taska Kristal Ria sambil disaksikan oleh Puan Rosmini (dua dari kiri) dan Puan Rabiatul (kanan) dan Penyelia Program Prasekolah, Puan Irene Ambrose (kiri).

Bercita-cita menjadi seorang doktor gigi, Adik Nasywaa

Athilah binti Azizol murid Kelas Merpati, Tadika Kodidik bergambar bersama Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga diri kiri) selepas menerima sijil.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 39

ICSB-NSSB SMQM: ENHANCING PERFORMANCE & PARTNERSHIP

The Special Management Committee of Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) held its Senior Management Quarterly Meeting (SMQM) with Norsechem (Sabah) Sdn. Bhd. (NSSB) on 5 March 2024, in Karamunting, Sandakan. The SMQM aimed to assess the NSSB’s progress and future business strategies.

The meeting, chaired by the Executive Chairman of ICSB, Datuk Jasnih bin Daya, addressed vital topics, including NSSB’s financial performance report for the 2023 and 2024 budget, business plans, and the challenges faced by NSSB. These were presented by the Chairman of NSSB, Dato’ Freddie Sua.

The session underscored identifying areas for improvement and developing strategies to bolster NSSB’s performance. NSSB’s Board and Management team collaborated on devising plans to tackle challenges and ensure sustained growth.

The SMQM served as a platform for ICSB and NSSB to align strategies and goals, laying the groundwork for a successful partnership in the forthcoming years.

NSSB, established on March 13, 1980, as a joint venture between Permodalan Bumiputra Sabah (60%) and Hexza Corporation Berhad (40%), became majority-owned by ICSB on 6 June 1996, after ICSB acquired 51% of the company’s shares.

NSSB operates a factory at Jalan Batu Sapi, Karamunting, Sandakan, which manufactures formalin and various types of resin for the woodworking industries in Sabah.

Dato Freddie (white shirt) presented NSSB’s 2023 financial performance to the ICSB Special Management Committee, led by Datuk Jasnih (fourth from left). NSSB Senior Plant Manager, Encik Mohd. Afizan bin Haji Asmat (left) explained the glue manufacturing process to ICSB’s entourage. Group photo.
40 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

SSB KOMITED MENYEDIAKAN

KEMUDAHAN PENDIDIKAN

KEPADA ANAK-ANAK PEKERJA

WARGA INDONESIA

Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods Berhad (SSB), Datuk Haji Mohd. Daud Tampokong dalam ucapan beliau semasa Program Sosialisasi Penerimaan Peserta Didik Baru SMA/SMK dan Gema Cita 2024 anjuran Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) bertempat di Masjid BaitulRahman, Ladang Kapilit, Tawau pada 20 Januari 2024.

“Sebagai salah sebuah anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah, kebajikan para pekerja akan terus diberi keutamaan terutamanya pendidikan pada anak-anak pekerja tersebut,” katanya.

“Salah satu inisiatif SSB adalah untuk memberikan pendidikan kepada semua anak-anak pekerja ialah dengan membina Community Learning Centre (CLC) di ladang-ladang syarikat,” tambah beliau.

Menurut Datuk Haji Mohd. Daud, SSB amat menitikberatkan kebajikan anakanak pekerja dan berhasrat untuk membina CLC di setiap ladang agar anak-anak pekerja khususnya anak-anak pekerja Indonesia tidak ketinggalan dalam mendapat pendidikan.

Selain membangunkan prasarana CLC, SSB juga telah melantik guru-guru terlatih untuk berkhidmat di sekolahsekolah CLC seperti Ladang Kapilit, Ladang Bukit Tukok, Ladang Mawang dan Kalum.

Pada tahun ini, SSB akan membina dua buah bangunan CLC lagi di Ladang Mawang dan Ladang Bukit Tukok. Terdahulu pembangunan dua buah bangunan CLC masing-masing di Kalum dan Ladang Kapilit telah siap dan digunakan bagi sesi persekolahan ini.

MAJLIS PENYERAHAN RUMAH SAMPAH

Majlis Penyerahan Rumah Sampah yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods Berhad (SSB), Datuk Haji Mohd Daud Tampokong telah diadakan pada 20 Januari 2024 di SMK Merotai Besar, Tawau.

Sumbangan tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat SSB dalam membantu sekolah-sekolah luar bandar yang memerlukan bantuan. Selain itu, pembinaan Rumah Sampah adalah bertujuan untuk membantu

pihak sekolah menjayakan “Program Panorama Indah” yang telah dimulakan pada tahun lalu.

Datuk Haji Mohd. Daud menyampaikan ucapan. Gambar berkumpulan. Datuk Haji Mohd Daud (dua dari kanan) menyerahkan plak sebagai gimik penyerahan kepada Pengetua SMK Merotai Besar Tawau, Puan Saloma Ambo (dua dari kiri). Gambar berkumpulan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 41

Majlis BACAAN YASSIN & KENDURI DOA SELAMAT

Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) telah mengadakan majlis bacaan

Yasin dan Kenduri Doa Selamat sempena kedatangan tahun baharu 2024 pada 12 Januari 2024. Turut hadir ialah warga BWSB dan Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Tuan Haji Ambran Pe’ang.

Sesi bacaan doa.
42 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Gambar berkumpulan barisan Pengurusan BWSB.

MAJLIS MALAM MESRA

Majlis Malam Mesra BWSB telah diadakan pada 4 Februari 2024 di Grand Ballroom, Hotel Borneo Royale, Tawau. Majlis ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim di antara warga BWSB.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Tuan Haji Ambran Pe’ang serta wakil dari Benta Edible Oil Sdn. Bhd. dan Benta Agrotech Sdn. Bhd.

Sesi pelancaran gimik yang disempurnakan oleh Datuk Haji Abdul Karim (dua dari kanan). Datuk Haji Abdul Karim menyampaikan ucapan perasmian. Upacara memotong kek sebagai simbolik sambutan majlis malam mesra BWSB. Sebahagian staf BWSB yang menghadiri majlis tersebut.
43

BWSB

komited tingkatkan INTEGRITI

BWSB telah mengadakan Integrity Awareness Enhancement Programme pada 29 Januari 2024 di City Hall, LA Hotel, Tawau, sebagai usaha untuk meningkatkan integriti dalam organisasi.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahagian Tawau, Encik Richard Hii Ding Yin. Program ini juga merupakan lanjutan dari seminar Anti Rasuah & Anti Penyogokan (ABAC) yang diadakan pada tahun 2022.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul

Wahid. Turut hadir ialah Ketua Pegawai

Eksekutif BWSB, Tuan Haji Ambran bin Pe’ang dan barisan pengurusan serta staf ibu pejabat.

Datuk Haji Abdul Karim (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Encik Richard (kanan). Datuk Haji Abdul Karim menyampaikan ucapan. Gambar berkumpulan.
44 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Pemilihan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah sesi 2024-2026 telah diadakan serentak di semua bahagian/zon/unit/wilayah/kawasan konservasi Kumpulan Yayasan Sabah pada 9 Januari 2024. Pemilihan ini bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Pemilihan yang diadakan di kawasan masing-masing ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf. Proses pemilihan Wakil Pekerja di zon/wilayah/kawasan konservasi dikendalikan oleh Pegawai Penyelaras yang telah

dilantik, manakala di Ibu Pejabat dikendalikan oleh Urus Setia MBJ yang terdiri daripada staf Bahagian Komunikasi Korporat.

Seramai 853 orang staf (73%) daripada seluruh bahagian/zon/ unit/wilayah Kumpulan Yayasan Sabah telah memilih calon masing-masing.

Pemilihan kali ini menyaksikan lima kawasan yang bertanding iaitu kawasan Kota Kinabalu (YS) dan (ICSB), Tawau, Lahad Datu dan Keningau/Beaufort/Kudat. Manakala, kawasan Sandakan hanya menghantar satu wakil sahaja yang membolehkan wakil kawasan tersebut menang tanpa bertanding.

PEMILIHAN WAKIL MBJ PEKERJA

Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar. Bahagian Hartanah. Pejabat Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon. Pejabat Setiausaha Korporat Yayasan Sabah.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 45
Kristal Handal Sdn. Bhd.

Hasil daripada pemilihan tersebut, seramai enam orang staf telah dipilih dan dilantik sebagai Wakil Pekerja yang baharu bagi sesi 2024-2026.

Wakil Pekerja MBJ sesi 2024-2026 adalah Encik

Hasranizam bin Haji Kiran sebagai Pengerusi/Wakil

Kota Kinabalu (YS), Encik Lorenzo Lowrince Wakil

Kota Kinabalu (ICSB), Encik Safri bin Omar Wakil

Wilayah Lahad Datu, Puan Azlina Michael sebagai

Setiausaha/Wakil untuk Zon/Wilayah Tawau, Encik

Suwandy Sundu Wakil Zon/Wilayah Keningau/ Beaufort/Kudat dan Puan Nur Aqilah binti Omar Wakil Zon/Wilayah Sandakan.

Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat. Pejabat Zon Pantai Timur Selatan. Pejabat RBJ Lahad Datu. Kawasan Konservasi Lembangan Maliau, Tawau. Pejabat RBJ Sandakan.
46 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
INIKEA, Tawau.

MBJ menuju kebersamaan

“Semoga Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) sesi 2024-2026 kali ini dapat memberi kerjasama yang baik agar hubungan antara pihak Pengurusan dan staf terjalin dengan erat,” demikian ucapan Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi MBJ, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar pada mesyuarat MBJ siri 1/2024 yang diadakan pada 8 Februari 2024 di Menara Tun Mustapha.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar juga menzahirkan rasa syukur pemilihan Wakil Pekerja untuk sesi 2024-2026 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada bulan Januari lalu. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Wakil Pekerja baharu dan berharap mereka terus menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah selaku suara kepada keseluruhan staf.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Pengurus Kumpulan, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ ICSB), Puan Halijah binti Haji Laini, Pengurus Kumpulan, Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Encik Joshua Ho dan Pengurus Kumpulan, Bahagian Perhutanan, Dr. Esther Li selaku wakil Pengurusan.

Pada mesyuarat yang sama, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar selaku Pengerusi MBJ juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Wakil Pekerja yang lepas iaitu sesi 2022-2024 sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan dan kerjasama yang baik serta telah bertungkus lumus membantu menyelesaikan masalah staf sepanjang menjadi Wakil Pekerja MBJ Kumpulan Yayasan Sabah.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Wakil Pekerja Sesi 2022-2024, Puan Irene Ambrose (lima dari kiri). Turut kelihatan dalam gambar adalah Wakil Pekerja Sesi 2024-2026 serta Wakil Pengurusan.

Mesyuarat MBJ siri 1 yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tengah). Gambar berkumpulan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 47

BAHIWATA SAYANGAN HAJI MULIA

Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan (BPP)

“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 5 Julai 1984. Pada masa itu, jawatan saya ialah Penolong Pegawai Kaunseling di Jabatan Kaunseling. Aspek terbaik bagi saya semasa bekerja bersama Kumpulan Yayasan Sabah adalah kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh Pengurusan untuk berfikir dan memberi pandangan serta melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab tanpa tekanan daripada pihak Pengurusan tertinggi Kumpulan Yayasan Sabah.

Hidup bukanlah sentiasa indah. Ada masa-masa, saya turut berhadapan dengan aspek yang sukar ketika bertugas. Memandangkan saya daripada bidang pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah sejak puluhan tahun, jiwa saya sentiasa bertumpu kepada pendidikan. Apabila dalam beberapa masa, saya berasa agak sukar jika Pengurusan tertinggi tidak selari dengan jiwa kita. Namun semua cabaran ini kita semua harus hadapi dengan cekal dan tabah. Banyakkan bersabar dan jangan mudah putus asa.

Rancangan saya semasa bersara adalah meneruskan misi membantu mereka yang memerlukan bantuan, justeru saya akan mencari platform baharu bagi mendapatkan dana agar misi saya untuk membantu lebih ramai orang yang susah dapat meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, insya- Allah dapat dicapai.

Saya akan merindui segala kerjasama, kolaborasi, kebaikan, kesetiaan rakan-rakan saya khususnya staf di pejabat BPP yang hidup susah senang dengan saya dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan serta pejabat-pejabat lain yang memberikan sepenuh bantuan dan komitmen semasa mengendalikan majlismajlis besar dan di saat-saat BPP memerlukan bantuan.

Saya amat bersyukur apabila Pengurusan dikurniakan dengan Pengarah yang sangat prihatin, memahami dan mengambil berat serta berjiwa pendidikan dan berjiwa rakyat.

Nasihat saya buat staf yang lain, teruskan perjuangan di Kumpulan Yayasan Sabah dan tanamlah perasaan cinta dan sayang buat organisasi ini serta sikap sense of belonging agar organisasi ini terus relevan sepanjang zaman dalam membantu semua anak bangsa tanpa mengenal agama, bangsa dan warna kulit selari dengan harapan pengasas Yayasan Sabah, Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Dato Harun.”

48 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Lawatan ke Menara Tun Mustapha

MASJID AL-IKHWAN TAMAN KUALA MENGGATAL | 17 Januari 2024 Sesi

perbincangan.

SK UMAS-UMAS, TAWAU | 18 Januari 2024

Murid-murid dan juga guru-guru dari SK Umas-Umas melawat Galeri Tun Mustapha. Rombongan SK Umas-Umas juga melihat koleksi buku di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji. Mohd Fuad Stephens. Pegawai Perkhidmatan Pengurusan, Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Nurfaezah Abdul Ghani (berbaju oren) menyampaikan cenderamata kepada wakil SK Umas-Umas, Tawau.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 49
Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (empat dari kiri) menerima cenderamata daripada wakil rombongan Masjid AlIkhwan Taman Kuala Menggatal.

SJK (C) YUE MIN, PENAMPANG | 19 Januari 2024

SK SUMBILING, BONGAWAN, PAPAR | 1 Februari 2024

Rombongan melawat Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji. Mohd Fuad Stephens. Rombongan melawat Galeri Tun Mustapha. Wakil rombongan SJK (C) Yue Min menyampaikan cenderamata kepada Eksekutif Komunikasi Korporat, Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Annieyldah Peter Hamidon (berjubah merah hati). Gambar berkumpulan. Taklimat disampaikan oleh Eksekutif Tadbir, Bahagian Komunikasi Korporat, Mohd. Redzuan Mohd. Zin.
50 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Rombongan melawat Galeri Tun Mustapha.

The Chief Operating Officer of Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Encik Douglas J. Joinol, and representatives from Real Estate Development (RED), Engineering Facilities Development (EFD), and NCT Forwarding & Shipping Sdn. Bhd., conducted a working visit to Usukan Cove Lodge and Usukan Jetty on 22 March 2024. The purpose of the visit was to oversee the progress of constructing ten units of modular cabins and inspect the maintenance works at the lodge building.

Working visit to

SK BUKIT QUOIN, TAWAU | 5 Februari 2024
Rombongan mendengar taklimat yang diberikan oleh Encik Mohd. Redzuan. Rombongan membaca buku di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji. Mohd Fuad Stephens. Encik Douglas (light blue shirt) overseeing the progress.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 51

Reruai Kumpulan Yayasan Sabah Program MCS

sempena

Program Mobile Community Services (MCS) merupakan anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah yang mula dianjurkan pada tahun lalu. Tahun ini, format program diteruskan sebagai salah satu usaha kerajaan secara bersepadu untuk mendekatkan pelbagai jenis perkhidmatan di lapangan kepada rakyat khususnya di luar bandar dan pendalaman yang berhadapan dengan isuisu kebolehcapaian.

Menerusi program ini, Kumpulan Yayasan Sabah merakyatkan perkhidmatan masyarakat setempat menerusi akses dan informasi mengenai aktiviti pendidikan dan pembangunan kapasiti yang diterajui oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Bagi suku tahun pertama 2024, Kumpulan Yayasan Sabah telah menyertai program MCS yang diadakan di daerah Ranau, Sandakan dan Tenom. Dalam program ini, Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan beberapa perkhidmatan untuk orang ramai antaranya peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), University College Sabah Foundation (UCSF) dan program-program latihan kraf tangan oleh Pusat Kraftangan Sabah (PKS).

SK Tampios & SK Tibabar, Ranau

13 - 14 Januari 2024

Staf UCSF dan KTYS bersedia menerima kunjungan orang ramai. Sebahagian daripada masyarakat setempat yang berkunjung ke reruai Kumpulan Yayasan Sabah di SK Tibabar, Ranau.
52 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Salah seorang pengunjung mendengar penerangan staf KTYS di SK Tampios, Ranau.

Dewan Sri Gum-Gum, Sandakan

27 Januari 2024

Kampung Alutok, Kemabong, Tenom

23 Februari 2024

Reruai Kumpulan Yayasan Sabah mula meriah dengan pengunjung sejak awal pagi lagi.

Gambar berkumpulan gabungan staf pejabat Zon Pedalaman Utara, PKS, KTYS dan UCSF.

Reruai Kumpulan Yayasan Sabah disertai pejabat Zon Pantai Timur Utara, KTYS dan UCSF. Pengunjung berpeluang mengetahui lebih lanjut berkenaan program-program pendidikan yang ditawarkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Aktiviti mencanting batik oleh PKS menarik perhatian pengunjung ke reruai Kumpulan Yayasan Sabah. Para pengunjung melawat ruang pameran Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 53

EDUCATE, ADVOCATE, EMPOWER: RAISING AWARENESS FOR BREAST CANCER & BREAST FILLER SAFETY

The Radiographer of Radiology Department, Queen Elizabeth Hospital II, Puan Tiffany Peteron presenting the latest developments in mammography and ultrasound techniques, emphasising the importance of early detection to save lives.

An educational talk on Breast Cancer and Breast Filler Awareness organised by the Human Resource & Administration Division (YS/ICSB) in partnership with the Sabah Breast Cancer Society was held on 23 February 2024 at the Tun Hamdan Theatre, Menara Tun Mustapha.

Over 150 participants from various divisions, zones, and units of the Yayasan Sabah Group attended the talk,

which aimed to empower individuals to raise awareness and advocate for breast health within their respective spheres. The talk also covered the possible risks and benefits of beauty fillers in light of the rise in social media advertisements for breast enhancement services. It emphasised the need for people to research and consult qualified professionals before undergoing such procedures.

The Medical Officer, Breast and Endocrine Surgery Department, Hospital Queen Elizabeth II, Dr. Nazihah Zulkarnain, presenting on the two types of breast enhancement procedure.
54 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

This programme aligns with the Yayasan Sabah Group’s commitment to promoting a culture of health and wellness among its employees. By providing valuable information and resources, the Group aims to support its employees in making informed choices for their overall well-being.

Self-breast examination demonstration. Administrative Officer at Yayasan Sabah Group’s West Coast South Zone office, Puan Florine Chiuh shares her experience as a breast cancer survivor during the Q&A session. Group photo.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 55

Bengkel U-PUSTAKA

Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens telah menganjurkan Bengkel U-Pustaka yang diadakan pada 24 Januari 2024 bertempat di Bilik Media, perpustakaan tersebut.

Seramai 19 orang staf telah menghadiri bengkel tersebut yang menerangkan cara-cara menggunakan portal U-Pustaka iaitu www.u-pustaka.gov.my Portal ini menyediakan perkhidmatan perpustakaan digital dan pendaftaran adalah percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebanyak 52 juta bahan digital yang boleh diakses ialah e-buku, e-majalah, e-suratkhabat, e-jurnal, e-pembelajaran, buku audio serta bahan penerbitan kerajaan. Portal ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya pinjaman buku fizikal melalui pos daripada 12 konsortium perpustakaan di seluruh Malaysia.

Puan Haritah @ Henritta B. Tanaisus, salah seorang fasilitator yang juga merupakan Pegawai dari Bahagian Sumber Maklumat, Perpustakaan Negeri Sabah yang juga merupakan salah seorang fasilitator menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh U-Pustaka.
56 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Ketua Pustakawan, Encik Zainudin Saridi (lapan dari kiri) menerima cenderamata daripada Puan Haritah diikuti dengan gambar berkumpulan staf yang menyertai bengkel tersebut.

BENGKEL PORTAL GERBANG E-BORNEO DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Bengkel untuk memperkenalkan pangkalan data Borneo iaitu Portal Gerbang Borneo (e-Borneo) telah diadakan pada 6 Mac 2024 bertempat di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Menara Tun Mustapha.

Seramai 13 orang peserta telah menghadiri program tersebut. Program yang dikendalikan oleh Pustakawan, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Puan Norhafiza Ibrahim, bertujuan untuk memberi pendedahan dengan kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri kearifan tempatan dan cara untuk mengesahkan kewujudan seni budaya warisan masyarakat melalui portal tersebut.

Gerbang Borneo (e-Borneo) berfungsi sebagai Gedung Khazanah Bangsa yang menghimpun pelbagai maklumat kearifan tempatan Borneo dalam pelbagai bidang mengikut pengkelasan Dewey Decimal Classification (DDC), termasuk karya umum, falsafah dan psikologi, agama, sains sosial, bahasa, sains tulen, teknologi dan sains gunaan, kesenian,

kesusasteraan, geografi dan sejarah serta lain-lain dalam pelbagai format termasuk buku, majalah, akhbar, kertas kerja, laporan penyelidikan, imej, dan audio visual.

Puan Norhafiza menyampaikan taklimat mengenai portal e-Borneo. Gambar berkumpulan. Sesi soal jawab
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 57

Staf BSCSB menjalani

Sesi Latihan MENEMBAK

Seramai sepuluh orang staf pemegang Lesen A, C dan U dari Borneo Security Centre Sdn. Bhd. (BSCSB) telah menjalani sesi latihan menembak pada 22 Februari 2024 bertempat di Lapang Sasar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Sesi latihan kemahiran menembak ini dikendalikan oleh Pegawai Turus Persenjataan, Kontinjen Sabah Lans Koperal Mohamad Mahathir bin Ag. Hassim, bertujuan untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan pembaharuan permit dan lesen senjata api tahun 2024/2025.

Tiga jenis model senjata api dalam simpanan BSCSB digunakan pada hari tersebut iaitu empat unit Benelli Shortgun Semi Auto 12 Bore, dua unit Winchester Shortgun Semi Auto 12 Bore dan satu unit Glock 9mm pistol.

Lans Koperal Mohamad Mahathir menunjukkan cara penggunaan senjata api yang betul kepada staf BSCSB.
58 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Turut hadir pada sesi latihan tersebut

ialah Ketua Pegawai Operasi, Innoprise

Corporation Sdn. Bhd., Encik Douglas

Joinol, Pengurus Besar Innoprise Capital

Sdn. Bhd., Encik Awang Zainuddin bin

Awang Matusin dan Pengurus BSCSB

Puan Norjie Haji Busu.

Sesi latihan menembak. Sepuluh staf BSCSB yang merupakan pemegang Lesen A, C dan U bersama Puan Norjie (enam dari kanan).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 59

Jelajah

MAJLIS BERBUKA PUASA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Bersama Masyarakat di Seluruh Sabah

Sepanjang bulan ramadan tahun ini, Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat-pejabat zon telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat setempat di seluruh Sabah bermula pada 18 Mac 2024 di daerah Beaufort sehingga 4 April 2024 di daerah Kota Belud. Program ini bertujuan merapatkan silaturahim antara Kumpulan Yayasan Sabah dan masyarakat setempat.

Surau Masjid Kg. Mentulud, Beaufort

18 Mac 2024

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam (dua dari kiri) menyaksikan Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Selatan, Puan Hajah Siti Sheriffah Jabar Khan menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Masjid (kiri).

Penduduk Kg. Mentulud berbuka puasa bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Masjid Diman Kusin Kg. Indarason Laut, Matunggong

19 Mac 2024

Ketua Pentadbir Zon, Zon Pantai Barat Utara, Encik Adman Haji Samad (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada pengerusi masjid.

Sebahagian daripada penduduk Kg. Indarasan Laut yang hadir.

60 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Masjid Nur Ain, Kg. Tambun Rikut, Kota Marudu

22 Mac 2024

Masjid Nur Ihsan Kg. Binuang, Lahad Datu

22 Mac 2024

Pengurus Kumpulan, Bahagian Integriti & Pengukuhan, Encik Midin Haji Asli (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Encik Adman (empat dari kiri). Kg. Binuang mendengar tazkirah ramadan sebelum berbuka puasa. Antara penduduk Kg. Tambun yang hadir. Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi Ismail (lima dari kiri) menyampaikan bantuan Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penduduk Kg. Binuang sambil disaksikan oleh Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Selatan, Puan Hajah Nurkhajijah Haji Tussin (empat dari kanan).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 61

Kg. Luanti Baru, Ranau

22 Mac 2024

Masjid Nur Syuhada, Kg. Sungai Nangka, Beluran

23 Mac 2024

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir (tengah) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada penduduk wakil penduduk Sungai Damit. Turut sama, Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Selatan, Puan Linda Anthony (kanan). Encik Zulkhairi menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada adik kecil yang merupakan salah seorang penerima sumbangan sambil disaksikan oleh Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Utara, Puan Ane Abdul Rahman (tiga dari kiri). Penduduk Kg. Luanti mendengar tazkirah ramadan sementara menunggu waktu berbuka puasa. Penduduk Kg. Sungai Nangka menunggu waktu berbuka puasa.
62 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Masjid Baitul Rahman Sungai Damit, Tamparuli

24 Mac 2024

Surau Kg. Purun, Kuala Penyu

25 Mac 2024

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau (tengah), menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penerima bantuan. Puan Siti Sheriffah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Masjid Surau Kg. Purun. Puan Linda (kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim @ Nordin. Sebahagian daripada penduduk Kg. Purun berbuka puasa bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 63

Surau Sungai Bubus, Sipitang

26 Mac 2024

Masjid Babulrahman Kg. Sinulihan Sook, Keningau

26 Mac 2024

Puan Siti Sheriffah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Pengerusi Surau Sungai Bubus, Sipitang. Turut disaksikan oleh Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yaacob. Encik Zulkhairi menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penduduk Kg. Sinulihan sambil disaksikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng (tiga dari kanan) dan Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Utara, Encik Teo Guan Leck (dua dari kanan). Penduduk Kg. Sungai Bubus berbuka puasa bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah. Penduduk Kg. Sinulihan berbuka puasa bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah.
64 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Masjid Batangan Baru, Pantai Dalit Tuaran

Masjid Kg. Selupoh, Sulaman, Tuaran

1 April 2024 2 April 2024

Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB), Datuk Jasnih Daya (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penerima. Encik Zulkhairi (kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penerima. Sebahagian daripada penduduk yang hadir. Pengerusi masjid menyampaikan ucapan alu-aluan.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 65

Masjid Kg. Kuala, Papar

4 April 2024

Masjid Al’Amin Kg. Payas-Payas, Kota Belud

5 April 2024

Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Encik Mohammad Ghazali bin Hajiji (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penduduk Kg. Kuala, Papar, sambil disaksikan oleh Encik Zulkhairi (dua dari kiri) dan Puan Hajah Siti Sheriffah (kiri). Penduduk Kg. Kuala, Papar berbuka puasa bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah. Timbalan Pengerusi Badan Kebajikan Pekerja Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS), Encik Salim Japaran(berjubah merah) turut menyampaikan sumbangan BAKIYS berupa karpet majid. kepada wakil Pengerusi Masjid Al’Amin.
66 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Encik Zulkhairi menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penduduk Kg. Payas-Payas sambil disaksikan oleh Pengerusi Innoprise Synergy Sdn. Bhd. |Innovision International Ltd., Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia.

ZON PANTAI BARAT UTARA

PROGRAM SKIM BANTUAN KHAS (SBK)

PENYAMPAIAN BANTUAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

KAMPUNG PIRASAN KOTA BELUD

Pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) telah menganjurkan Program Penyampaian Bantuan Sumbangan kepada Mangsa

Kebakaran di Kampung Pirasan, Kota Belud pada telah diadakan pada 30 Januari 2024.

Seramai 35 orang penerima yang merupakan mangsa kebakaran yang berlaku pada tahun 2023 telah menerima bantuan tersebut. Sumbangan telah disampaikan kepada enam orang wakil Ketua Isi Rumah (KIR) oleh Pegawai Pembangunan

Masyarakat Tempasuk, Encik Selamat bin Antang, wakil ADUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad bin Bistari.

Turut Hadir, Ketua Pentadbir ZPBU, Encik Adman Haji Samat, Pengurus, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Fairuz bin Yusuf, Pegawai Pendidikan Kanan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Encik Salim bin Japaran, Pegawai Kebajikan Daerah, Encik Ramcy Rosman Sapin, Penolong Pegawai Daerah, Encik Saiful Azuan, Pengerusi JKKK Kampung Pirasan, Encik A. Sabri bin

Haji Jamlin dan Ketua Kampung Pirasan, Kota Belud, Encik Jaip Adzim.

Gambar berkumpulan. Encik Salamat menyampaikan bantuan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 67

ZON PEDALAMAN SELATAN

MAJLIS

HARI NATAL DAN JAMUAN MAKAN AKHIR TAHUN 2023

Pejabat Zon Pedalaman Selatan (ZPS) telah mengadakan Majlis Hari Natal dan Jamuan Makan Akhir Tahun 2023 pada 3 Januari 2024 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Beaufort. Menurut Ketua Pentadbir ZPS, Puan Siti Sheriffah Haji Jabar Khan, “Majlis ini merupakan salah satu inisiatif pejabat ZPS untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan ahli PAWE Beaufort.”

Majlis tersebut turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik, termasuk permainan tradisional seperti boling menggunakan botol plastik, membaling bola ping pong ke dalam kotak telur, dan permainan Musang Berjanggut. Selain itu, staf ZPS turut menghiburkan para hadirin dengan persembahan lagu-lagu serta gaya dan pakaian dari era 60an.

Acara sukaneka boling menggunakan botol plastik. Gambar berkumpulan. Pertandingan Musang Berjanggut.
68 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Persembahan hiburan oleh pejabat ZPS.

PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA

12 Disember 2023 @ Dewan SMK St. Peter Bundu, Kuala Penyu

Pejabat ZPS telah menganjurkan program motivasi khas untuk para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023. Program ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada pelajar-pelajar tersebut agar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM mereka. Diharapkan, semangat dan keazaman yang dipupuk dalam program ini akan terus membawa manfaat kepada pelajarpelajar dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

PROGRAM TAHSIN SOLAT

11 Disember 2023 @ Surau Kampung Bangsal, Sipitang

Penyampaian

dari kiri).

Penyampaian cenderamata kepada Pengerusi Surau Kg. Bangsal Sipitang, Encik Sanilan Mulok (tiga dari kanan).

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kg. Bangsal telah mengikuti program tersebut yang dikendalikan oleh Ustaz Rani Bin Abdul Rahman dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Program ini bertujuan untuk membina generasi Islam yang taat beribadah melalui penguasaan kemahiran solat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan pentingnya amalan solat dalam kehidupan seharian serta memperkukuhkan ukhuwah Islamiyah dalam kalangan peserta.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR SPM TAHUN 2023
Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil pelajar oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu, Tuan Dr. Suntik bin Tuin (tiga dari kanan). sijil kepada Ustaz Rani (tiga dari kanan) disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sipitang, Ustaz Mohd. Ridzuan Haji Kaplin (tiga Penyampaian sijil penghargaan kepada Encik Tony (dua dari kiri) disampaikan oleh Pengetua SMK St. Peter Bundu, Encik Justin Ipiu (dua dari kanan).
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 69

ZON PANTAI TIMUR UTARA

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

KURSUS MEMBUAT MI KUNING DAN BEBOLA IKAN/AYAM

3 Februari 2024 @ Kediaman Tuan Haji Halik Ogi, Kampung Sukau Kinabatangan

Seramai 52 orang peserta, yang terdiri daripada penduduk sekitar Kg. Sukau dan Kg. Suan Lamba, Kinabatangan, menyertai kursus membuat mi kuning dan bebola ikan dan ayam yang dianjurkan oleh pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU) dengan kerjasama Persatuan Wanita Perdana (WADANA). Dalam kursus ini, para peserta diberi tunjuk ajar proses pembuatan mee kuning dan bebola secara praktikal. Kursus tersebut dikendalikan oleh Chef Abdullah bin Haji Abdul Halil yang berpengalaman lebih 20 tahun.

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

16 Februari 2024 @ Dewan Seri Milian, Kinabatangan

Seramai 70 orang peserta telah mengikuti program pengendalian makanan yang dikendalikan oleh penceramah, Puan Dahirah Mahmud dari R&D Food Safety Solution, sebuah syarikat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kursus tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dan keselamatan makanan untuk mencegah pencemaran dalam makanan.

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

2 Mac 2024 @ Bilik Mesyuarat Pejabat ZPTU

Seramai 45 orang peserta telah mengikuti program pengendalian makanan yang dikendalikan oleh penceramah, Puan Dahirah Mahmud dari R&D Food Safety Solution. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada para pengusaha kecil di Sandakan yang merancang untuk membuka perniagaan kecil-kecilan.

Tenaga pengajar, Chef Abdullah membuat demonstrasi cara membuat bebola ikan kepada para peserta. Gambar berkumpulan para peserta. Sebahagian para peserta yang menghadiri kursus tersebut. Gambar berkumpulan.
70 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Demonstrasi cara membuat mi kuning.

ZON PANTAI TIMUR SELATAN

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

KURSUS PEMBUATAN KEK HOKKAIDO

20 Februari 2024 @ Dewan Asrama Yayasan Sabah, Tawau

Pejabat Zon Pantai Timur Selatan (ZPTS) menganjurkan Kursus Pembuatan Kek Hokkaido telah memberi manfaat kepada 26 orang peserta yang terdiri daripada belia, ibu tunggal, suri rumah dan pengusaha tempatan. Kursus ini dibimbing oleh Puan Daliah Dahalang yang merupakan usahawan tempatan yang mempunyai jenama pau kukus sendiri iaitu D’Share, dan beliau juga adalah Panel Penasihat Industri (TAC) di Kolej Vokasional Tawau. Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran peserta menghasilkan kek hokkaido. Para peserta didedahkan dengan pengenalan kepada bahan-bahan dan teknik membancuh untuk menghasilkan kek hokkaido yang sedap.

KURSUS PEMBUATAN KEK HIASAN

26 Februari 2024 @ Dewan Asrama Yayasan Sabah, Tawau

Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada belia, ibu tunggal, suri rumah dan pengusaha tempatan, telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pejabat ZPTS bersama Puan Anika Mahmud. Kursus ini telah dijalankan khas untuk peserta yang tidak mempunyai kemahiran asas dalam pembuatan dan dekorasi kek. Kursus ini juga dapat memperkaya aktiviti peserta semasa waktu lapang dan secara tidak langsung memberi peluang untuk mencari pendapatan sampingan.

KURSUS PEMBUATAN PIZZA PREMIUM

27 Februari 2024 @ Dewan Asrama Yayasan Sabah, Tawau

Seramai 18 orang peserta menyertai kursus asas membuat Pizza Premium yang diketuai oleh tenaga pengajar, Puan Daliah Dahalang. Peserta didedahkan dengan panduan dan sukatan membuat doh pizza serta cara membuat sos buatan sendiri yang mudah dan sedap.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

GOTONG ROYONG MEMBINA SALURAN PAIP TEMPAT WUDUK

23 Februari 2024 @ Masjid Al-Mansa Kg. Sungai Langgas, Kunak

ZPTS telah mengadakan gotong-royong untuk membina saluran paip ke tempat wuduk di Masjid Al-Mansa bersama 10 orang ahli jawatankuasa masjid yang juga merupakan penduduk Kampung Sungai Langgas, Kunak. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbir ZPTS, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin.

Gambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Ketua Pentadbir ZPTS, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin (duduk, tengah), Pegawai Kawasan ZPTS, Encik Matley Musir (duduk, kanan), dan Puan Daliah (duduk, kiri). Hasil pembinaan saluran paip air. Puan Norkhajijah (berdiri, hadapan, tiga dari kiri) menyerahkan paip air secara simbolik kepada Pengerusi Masjid, Ustaz Juhidin bin Taking. Sesi menghias kek. Para peserta bergambar kumpulan bersama Pegawai Kawasan ZPTS, Encik Zamree Izwan bin Haji Hasim (duduk, tengah), Encik Matley Musir (duduk, kanan), dan Puan Daliah (duduk, kiri). Pizza premium yang dihasilkan oleh para peserta.
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 71

Innoprise Capital Sdn. Bhd. (INNOCAP) telah menganjurkan

Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Siri 1 2024 dan Futsal Lelaki Bawah 16 Tahun pada 25 Februari 2024 bertempat di Arena 1, Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah untuk memupuk minat sukan dalam kalangan belia melalui aktiviti futsal.

Kejohanan futsal lelaki terbuka melibatkan lapan pasukan, manakala futsal bawah 16 tahun melibatkan enam pasukan yang berentap untuk merebut gelaran juara.

Pasukan Project TD, BLB FT, Kuban FT, dan J Enjoy FT berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka. BLB FT menang lawan Project TD, manakala Kuban FT menang lawan J Enjoy FT dalam separuh akhir. Kuban FT dan BLB FT kemudiannya bertemu dalam pusingan akhir, dengan BLB FT muncul sebagai juara setelah menewaskan Kuban FT.

Manakala bagi Kejohanan Futsal Lelaki Bawah 16 Tahun telah menyaksikan sembilan pasukan dari daerah Ranau, Sandakan, dan sekitar Kota Kinabalu. Pasukan SJC, TABS SAFA Bandaraya A, Akbul JR, dan DNNY FT berjaya mara ke separuh akhir. TABS SAFA Bandaraya A memenangi separuh akhir pertama menentang SJC. Manakala, Akbul JR memenangi separuh akhir kedua menentang DNNY FT. Akbul JR akhirnya menjadi juara setelah menewaskan TABS SAFA Bandaraya A dalam pusingan akhir.

Kejohanan anjuran INNOCAP FUTSAL LELAKI
Gambar berkumpulan pasukan BLB FT (juara). Gambar berkumpulan pasukan Kuban FT (naib johan).
72 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Gambar berkumpulan pasukan Akbul JR (juara). Gambar berkumpulan pasukan Tabs Safa Bandaraya A (naib johan).
Kejohanan
Lelaki Terbuka Siri 1 2024 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 73
Futsal

Kejohanan Futsal Lelaki Bawah

16
74 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH
Tahun
BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 75

KPYSB Perkenalkan GoBill

Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) bersama GoNet telah mengadakan sesi taklimat dan bantuan teknikal bagi penggunaan sistem pembayaran dalam talian GoBill di aplikasi GoNet kepada penduduk dan pemilik rumah di Taman Bakti Ikhlas (TBI) pada 10 Mac 2024. Taklimat disampaikan oleh Pengarah Urusan GoNet, Dr. James Yong Chau Leong.

GoBill adalah salah satu fungsi dalam aplikasi GoNet yang membolehkan pengguna membuat pembayaran secara dalam talian dengan mudah dan pantas. Dengan GoBill, pengguna boleh membayar bil elektrik, air atau telefon tanpa perlu ke kaunter pembayaran.

EDITORIAL

PENASIHAT

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, JP

SIDANG EDITORIAL

Sam S. Karnail

Farrah Fadzil Mairon

Valerina Valerian

Jeffrey R. Baxter

SUMBANGAN RENCANA

Staf Bahagian Komunikasi Korporat

Staf Pejabat-Pejabat Zon

Staf Pejabat Ketua Pegawai Operasi, Innoprise Corporation Sdn. Bhd.

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Staf Sabah Softwoods Bhd.

Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd.

Staf Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad

REKA BENTUK & SUSUN ATUR

Alastair Nicholas Peter

Ahmad Fauziee bin Wasimin

Juliana Lim Yuen Ling

Muhammad Fahmi Abdul Alim

Hannah Hidayati Zainudin

JURUGAMBAR

Jeffrey R. Baxter

Samson Lawrence

Zairulazrin Delin

Azli Mohd. Abu Bakar

Junior Juryzam bin Jumat

Muhammad Fahmi Abdul Alim

Staf Pejabat-pejabat Zon

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Staf Sabah Softwoods Bhd.

Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd.

Staf Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad

TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat

Kumpulan Yayasan Sabah

Tingkat 15, Menara Tun Mustapha

Ibu Pejabat Yayasan Sabah

Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu

Sabah, Malaysia

Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546

Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my

E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan.

Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.

Staf GoNet menerangkan cara menggunakan GoBill di aplikasi GoNet. Pengerusi KPYSB, Encik Jessel Kamijan (kanan) menerangkan kepentingan penggunaan aplikasi GoNet. Sesi taklimat mengenai GoBill dalam aplikasi GoNet.
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.