March/April
5
KEMA"HIRAN KEIB UBAPAAN PE TING : DATUK MUSA
Pengetahuan mengenai kemahiran keibubapaan adalah penting dalam memimpin keluarga ke arah kebahagiaan. "Sekiranya ibu bapa dalam setiap keluarga memiliki kemahiran keibubapaan, sudah pasti gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja kita dapat dibendung," jelas Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Musa Haji Aman di majJis perasmian Seminar Kemahiran Keibubapaan di sebuah hotel ternama di Keningau pada 18 Mac lalu. Ucapan beliau disampaikan oJeh Pengurus KumpuJan Bahagian Perkhidmatan Korporat, Kamis Haji AwangAli. Menurut Datuk Musa juga, masyarakat yang berjaya bergantung kepada corak pembentukan sesebuah keluarga di daJam masyarakat terse but. Manakala kejayaan sesebuah keluarga pula bergantung kepada kecekapan dan kepintaran ibu bapa, di dalam memimpin sesebuah institusi keluarga tersebut. lusteru itu, kata Datuk Musa, ibu bapa mestilah prihatin akan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka dan melaksanakan tugas terse but dengan penuh amanah dan bertanggungjawab agar anak-anak mereka berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Para peserta sibuk dengan urusan pendajiaran.
Kamis Haji A wang Ali (duduk, bersongkok) bergambar bersama para pegawai Kanan Yayasan Sabah dan para peserta.
Seminar sehari itu melibatkan seramai 180 peserta dari daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawanl Pensiangan. Sebanyak empat kertas kerjadibentangkan oleh ahli panel dari Pusat Perkembangan Kanak~Kanak. Kertas kerja tersebut ialah Pertumbuhan dan Perkemb~ngan Kanak-Kanak; Kesihatan dan Pemakanan yang Baik untuk Keluarga dan Anak; Menangani Masalah Tingkahlaku Anak-anak; .danCani-cara Membantu Anak-anak Dalam Pembelajaran.