COMPILATION BERITA VOL.2.2025

Page 1


MAJLIS PERASMIAN

PUSAT KAWALAN & STESEN PENYELIDIKAN LANGOM Kawasan Konservasi Lembah Danum

Edaran Percuma

mercu tanda baharu

Penyelidikan & Pendidikan Alam Sekitar Sabah

Datuk Ir. Shahelmey (tengah) menyempurnakan

Terletak jauh di tengah Kawasan Konservasi Lembah Danum yang menjadi kebanggaan negeri Sabah, Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom kini muncul sebagai mercu tanda baharu dalam usaha penyelidikan, pendidikan dan pemuliharaan alam sekitar. Projek yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah ini merupakan antara inisiatif penting dalam menjayakan agenda kelestarian negeri Sabah.

Langom bukan sekadar sebuah kompleks penyelidikan. Ia adalah simbol komitmen jangka panjang Kerajaan Negeri Sabah dalam melindungi khazanah biodiversiti dunia, di samping menjadi platform pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat, khususnya generasi muda, tentang pentingnya pemeliharaan alam semula jadi.

Pelaburan Strategik Demi Masa Hadapan

Projek ini bermula pada tahun 2021 apabila Kumpulan Yayasan Sabah menerima peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke12 (RMK-12) melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Malaysia (NRES). Pelaksanaan dibahagikan kepada dua fasa utama – Fasa I melibatkan penubuhan Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom dan manakala Fasa II pula akan melibatkan penubuhan Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Purut (lokasi belum dikenal pasti).

Jumlah keseluruhan kos kedua-dua fasa ini dianggarkan sebanyak RM5.6 juta, merangkumi kos perundingan, kerja-kerja pendahuluan, dan pembinaan fizikal. Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom mula dibangunkan pada November 2021 dan siap sepenuhnya pada tahun 2024 dengan kos sebanyak RM1.93 juta.

Pusat Rujukan Penyelidikan, Pendidikan dan Pemuliharaan

Kewujudan Langom membuka lembaran baharu dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan saintifik, latihan lapangan, pendidikan alam sekitar dan juga rekreasi terkawal di kawasan hutan simpan. Ia secara langsung menyokong usaha jangka panjang dalam pemulihan ekosistem hutan melalui program rehabilitasi seperti INFAPRO, hasil kolaborasi antara Kumpulan Yayasan Sabah dan FACE Foundation, Netherlands.

Langom juga akan menjadi antara pangkalan utama penyelidikan di Lembah Danum, salah satu daripada lima kawasan konservasi utama di bawah seliaan Kumpulan Yayasan Sabah bersama-sama Lembangan Maliau, Kanyon Imbak, Sungai Taliwas dan Pesisiran Pantai Silam. Penubuhan pusat ini dijangka menarik lebih ramai penyelidik dari dalam dan luar negara untuk menjalankan kajian berkaitan biodiversiti, perubahan iklim, dan rehabilitasi ekosistem tropika.

Paparan udara Pusat Penyelidikan Langom.
Majlis Perasmian Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom.
Datuk Frederick (tiga dari kanan) menyerahkan replika kunci sebagai simbol penyerahan rasmi Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom kepada
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Datuk Ir. Shahelmey (tengah).

Perasmian Rasmi: Tanda Permulaan Baharu

Pusat ini telah dirasmikan pada 24 Jun 2025 oleh Timbalan

Ketua Menteri III | Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya yang mewakili Ketua Menteri Sabah. Majlis perasmian tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan, Setiausaha Bahagian NRES, Encik Hamsha bin Injau, Pegawai Daerah Lahad Datu, Encik Firuz Idzualdeen bin Mohd. Dzul dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Tuan Haji Raflee Haji Mukadim.

Pada majlis tersebut, turut disempurnakan penyerahan simbolik kunci daripada Jabatan Perhutanan Sabah kepada Kumpulan Yayasan Sabah. Ia melambangkan permulaan satu fasa baharu pengurusan lestari yang lebih inklusif, profesional dan berpaksikan komuniti pendidikan.

Membina Generasi Baharu Pencinta Alam

Seiring dengan perasmian, satu Program Sekolah Angkat Kelab Pencinta Alam yang melibatkan 18 orang pelajar dan enam orang guru dari SMK Sepagaya, Lahad Datu, SMK St. Dominic, Lahad Datu dan SMK Agaseh, Lahad Datu telah dianjurkan dari 22 hingga 24 Jun 2025. Program ini merupakan antara aktiviti awal dalam inisiatif Sekolah Angkat Pendidikan Alam Sekitar, Kelab Pencinta Alam yang dirangka bagi memperkukuh jalinan antara pusat konservasi dan komuniti pendidikan sekitar Lahad Datu.

Para pelajar didedahkan kepada pelbagai aktiviti lapangan seperti eksplorasi biodiversiti, ceramah kesedaran, pencerapan flora dan fauna serta latihan asas pemuliharaan. Program ini bukan sekadar pendedahan ilmiah, malah membuka mata dan hati generasi muda terhadap peranan mereka sebagai penjaga masa hadapan alam sekitar.

Sidang redaksi Berita Kumpulan Yayasan Sabah berpeluang menemu ramah tiga orang pelajar yang terlibat dalam program berkenaan. “Saya berasa bersyukur terpilih menyertai program

ini yang memberi kefahaman lebih mendalam terhadap ekosistem hutan, flora dan fauna. Melihat keindahan alam semulajadi banyak memberikan kesedaran kepada kami,” kata Nuraril Fazliesyah bin Mohd Sah, pelajar SMK Sepagaya.

Seorang lagi peserta, Nurain Sakina dari SMK Agaseh pula menyifatkan penyertaan ini memberinya peluang belajar ilmu baharu termasuk penggunaan binokular dan kompas untuk aktiviti hutan.

“Saya sangat berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri keindahan hutan yang terdapat di kawasan konservasi ini, peluang yang sangat bernilai,” katanya dengan penuh semangat.

Manakala Darren Darlbertt Standley dari SM St. Dominic berkata, “Program ini perlu diterus dan diperluaskan kerana ianya membawa banyak manfaat kepada para pelajar, memberi pengalaman baharu dan menambah kemahiran di luar bilik darjah.”

Memupuk Pewaris Alam Masa Depan

Program Sekolah Angkat ini bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, prihatin dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar. Salah satu objektif utamanya adalah mempromosikan Langom sebagai destinasi utama pendidikan alam sekitar di Sabah, dengan memberi pendedahan terus kepada guru dan pelajar tentang isu-isu ekologi dan pemuliharaan.

Kerjasama strategik yang dijalin dengan pihak sekolah membolehkan pengetahuan dan nilai-nilai pemeliharaan alam disebarkan lebih luas di peringkat akar umbi. Ia turut meningkatkan kesedaran terhadap peranan dan kepentingan alam semula jadi dalam pembangunan mampan, selain menyemai semangat cinta terhadap alam dalam kalangan pelajar dan pendidik.

Pusat ini juga menyediakan ruang untuk pelajar dan guru mengikuti lawatan serta menyertai aktiviti lapangan yang menyeronokkan dan berfaedah. Ini termasuk penerokaan hutan, pemantauan hidupan liar, dan interaksi langsung dengan pakar-pakar penyelidik. Kesemua ini diharapkan dapat mencetuskan inspirasi untuk menjadikan mereka ‘duta alam’ yang aktif menyampaikan mesej kelestarian di sekolah dan komuniti masing-masing.

Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom bukan sekadar struktur fizikal baharu di tengah hutan Kawasan Konservasi Lembah Danum. Ia adalah simbol harapan, keazaman dan tindakan nyata negeri Sabah dalam memastikan khazanah hutan terus terpelihara demi generasi akan datang. Langom membawa misi besar, menghubungkan ilmu, komuniti dan alam dalam satu ekosistem lestari yang saling memerlukan.

Nuraril Fazliesyah
Pelajar SMK Sepagaya, Lahad Datu
Darren Darlbertt Standley
Pelajar SM St. Dominic, Lahad Datu
Nurain Sakina
Pelajar SMK Agaseh, Lahad Datu
Para pelajar menyertai program pendidikan alam sekitar selama tiga hari di Langom.

Peluang Tajaan Semua untuk

Gambar berkumpulan penerima TPNS.

Komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah melalui Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkasa bidang pendidikan terus diperkukuh melalui Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang diadakan pada 22 April 2025 bertempat di Menara Kinabalu. Majlis ini menyaksikan seramai 194 orang penerima menerima bantuan sekali beri bagi meringankan perbelanjaan pendidikan mereka, termasuk pelajar, guru, dan wakil sekolah yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku pada 9 dan 10 Mac 2025.

Antara bantuan yang disampaikan ialah Bantuan Bencana Banjir kepada 103 buah sekolah yang diwakili oleh guru besar dan pengetua sekolah, bantuan TPNS kepada seramai 69 orang siswa-siswi dan bantuan kaca mata kepada 20 orang pelajar sekolah. Turut disampaikan adalah bantuan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) masing-masing kepada Persatuan Ibu bapa & Guru SMK Agama Kimanis dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dalam majlis yang sama, University College Sabah Foundation (UCSF) turut menerima bantuan TPNS untuk diagihkan kepada pelajar-pelajarnya, selaras dengan usaha memperluas akses pendidikan tinggi dalam kalangan anak-anak Sabah.

Penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif. Turut hadir, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS yang lain.

Bantuan ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban kewangan para pelajar dan warga pendidikan yang terjejas, tetapi juga mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap cabaran pendidikan pasca bencana alam. Inisiatif ini menjadi simbol kesungguhan kerajaan untuk memastikan tiada yang tercicir daripada arus pendidikan meskipun diuji dengan musibah.

Majlis ini turut diserikan dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri TPNS yang menyatukan lebih 400 orang tetamu, termasuk penerima bantuan, ahli keluarga mereka dan warga pendidik. Suasana penuh kemeriahan ini menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim dan mengiktiraf usaha semua pihak dalam memajukan tahap pendidikan di Sabah.

TPNS Kepada Anak Sabah Menyediakan Sokongan

Wakil UCSF, Dr. Gusni Saat (empat dari kanan) menerima bantuan TPNS daripada Datuk Arifin (lima dari kanan).Turut kelihatan ialah Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (empat dari kiri), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran), Datuk Noorlija @ Norlijah binti Danin (tiga dari kiri), Pengurus Kumpulan Bahagian TPNS, Puan Bahiwata Sayangan Haji Mulia (dua dari kiri), Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Puan Emas Sanjongan binti Datuk Okar (kiri), Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Haji Raisin Saidin (tiga dari kanan), Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Tugas-tugas Khas), Tuan (kini Datuk) Haji Awangku Raimy bin Pg. Abd Rahman (dua dari kanan) dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Encik Mohd. Syahrin bin Samsir (kanan).

Salah seorang penerima bantuan kaca mata menerima bantuan kaca mata daripada Datuk Noorlija @ Norlijah binti Danin.
Penerima bantuan SEMESTA.
Salah satu wakil sekolah bagi penerima Bantuan Bencana Banjir.
Jamuan Aidilfitri disediakan kepada para tetamu.
Dato Sri Gulamhaidar bersama sebahagian penerima bantuan.

YSG Komited Memperkasa Pendidikan Melalui TPNS & Penyerahan

Sekolah Angkat Daerah Keningau

Komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkasakan pendidikan terus terserlah menerusi penganjuran Majlis Penyampaian Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dan Penyerahan Sekolah Angkat Daerah Keningau yang berlangsung pada 3 Jun 2025 bertempat di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau.

Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah I. Turut hadir Ahli-ahli Jawatankuasa TPNS serta tetamu jemputan daripada pelbagai agensi dan institusi pendidikan.

Seramai 98 orang penerima bantuan TPNS dan dua buah sekolah dijadikan sekolah angkat iaitu SK Banjar Keningau dan SMK Bingkor.

Sehingga kini, seramai lebih 9,000 orang pelajar telah menerima manfaat daripada bantuan pendidikan TPNS sejak diperkenalkan dan melibatkan peruntukan melebihi RM13 juta. Usaha ini sebagai langkah proaktif dalam membantu

meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah. Usaha ini mencerminkan iltizam kerajaan untuk menjadikan pendidikan sebagai hak yang harus dinikmati semua, bukan keistimewaan yang dimiliki segelintir. Ia adalah komitmen bahawa setiap anak Sabah layak diberi peluang untuk maju, tanpa dihalang oleh batasan ekonomi.

Turut diadakan ialah penyampaian Pelajar Cemerlang daerah Keningau kepada empat orang pelajar cemerlang, penyerahan bantuan Program Sahabat Bahasa : Memperkasa Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris kepada empat buah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) iaitu IPGM Kampus Kent, IPGM Kampus Keningau, IPGM Tawau dan IPGM Gaya, Kota Kinabalu, penyerahan bantuan tangki air kepada IPGM Kampus Keningau, penyerahan Bantuan PIBG Sabah (BAGUS) serta penyerahan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES) kepada Pejabat Pendidikan daerah Keningau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Keningau.

Salah seorang penerima bantuan TPNS.

Penyerahan bantuan peranti mudah alih (tablet) turut diberikan kepada Perpustakaan Negeri Sabah, PNS Cawangan iaitu PNS Keningau, PNS Kunak, PNS Membakut, PNS Tuaran, PNS Semporna, PNS Sandakan, PNS Tawau, PNS Beaufort, PNS Ranau dan PNS Kota Marudu.

Pameran pendidikan turut diadakan melibatkan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). Ia membuka ruang interaksi yang luas antara pelajar, ibu bapa dan penyedia pendidikan, serta memperkenalkan pelbagai laluan pendidikan yang boleh diterokai.

Majlis ini turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai agensi dan penaja seperti Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah (BPPYS), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS). Kerjasama erat ini mencerminkan semangat kolektif untuk memastikan setiap anak negeri mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama.

Lawatan ke pameran di dalam Perpustakaan Negeri Sabah Keningau.
Gambar berkumpulan kesemua jemputan dan para penerima bersama tetamu kehormat.

ICSB, EPMS & SINOPEC join forces for

Offshore Oil & Gas Growth

In a strategic step to bolster Malaysia’s offshore decommissioning expertise, Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB), the investment arm of Yayasan Sabah Group; Eastern Pacific Marine Services Sdn. Bhd. (EPMS), a subsidiary of Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad); and Sinopec Heavy Lifting and Transportation Co. Ltd. (SINOPEC) have formalised a collaboration agreement to enter a strategic collaboration to undertake upstream and downstream oil and gas opportunities in Malaysia, with a particular focus on Sabah waters.

The tripartite signing ceremony, held on 13 May 2025 at the Sabah International Convention Centre, was witnessed by the Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, the President and Group Chief Executive Officer of Terengganu Incorporated Sdn. Bhd, Dato’ Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun, and SINOPEC’s Vice President, Mr. Guo Zhong.

This collaboration aims to leverage all parties’ collective technical expertise, operational capabilities, and regional insights to deliver high-impact, value-driven solutions and advance shared growth ambitions in the oil and gas sector.

Signing on behalf of ICSB was its Executive Chairman, Datuk Jasnih bin Daya; representing SINOPEC was its Managing Director, Mr Liu Han, while EPMS was represented by the Group Chief Executive Officer of EPIC Berhad, Dr Ts. Haji Muhtar bin Suhaili.

According to Datuk Jasnih, “As a 30 per cent shareholder in the collaboration, ICSB is proud to play a key role in

the Engineering, Preparation, Removal, and Remediation (EPRR) Project, which represents a significant opportunity not only in terms of its technical scope and strategic importance, but also in its long-term value creation.”

“We firmly believe that, this project will enable ICSB to significantly increase its revenue stream and enhance its oil and gas sector footprint, further reinforcing our financial position and growth trajectory.

He further emphasised, “Our shared commitment to operational excellence, safety, and sustainability will drive us forward, ensuring that we uphold the highest standards across every aspect of the project.”

More than just a commercial endeavour, ICSB’s involvement in the EPRR Project reflects its broader mission to support Sabah’s sustainable economic development. ICSB is focused on ensuring that national-level projects yield real benefits for local communities. This includes creating employment opportunities, facilitating knowledge and technology transfer, and upskilling local professionals and contractors.

Yayasan Sabah Group has shaped Sabah’s socioeconomic progress for decades. While widely recognised for its contributions to education and social development, its commercial and industrial ventures spearheaded through ICSB have positioned it as a pioneer, leader, innovator, and growth facilitator. Since its incorporation in 1988, ICSB has been the Group’s principal investment vehicle, steadfast in its mission “To Be the Investment Vehicle of Yayasan Sabah Group of Companies for a Better Future of Malaysians in Sabah.”

Datuk Jasnih (seated, centre), Dr Ts. Haji Muhtar (seated, left) and Mr Guo (seated, right) signing the collaboration agreement documents witnessed by Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (standing, centre), Dato’ Haji Burhanuddin (standing, left) and Mr Guo (standing, right).

Echoing the strategic optimism, Dr. Ts. Haji Muhtar, on the other hand, expressed his enthusiasm and highlighted the significance of the collaboration, especially in line with Malaysia’s increasing emphasis on competitive oil and gas projects especially the responsible EPRR services in decommissioning of offshore facilities.

“This collaboration is a testament to our shared vision of driving operational excellence while supporting Malaysia’s energy transition agenda. As we formalise this tripartite agreement today, we do so not just with the intent to deliver projects, but with a shared commitment to excellence, integrity, talent growth, and sustainable development.”

“By combining the regional expertise of ICSB, the global capabilities of SINOPEC, and EPIC Berhad’s proven track in marine services and onshore disposals, we are assembling a capable and forward-looking team to meet the complex demands of offshore related projects and opportunities,” he remarked.

Sharing the international perspective, SINOPEC’s Vice President, Mr. Guo Zhong shared that the offshore platform decommissioning project represents an important undertaking in Malaysia’s energy sector and serves as a benchmark for sustainable practices in the global energy transition.

“We are dedicated to leveraging our technical expertise and project management excellence to collaborate seamlessly with our Malaysian partners. Our commitment extends beyond project execution - we aim to ensure operational safety, efficiency, and environmental stewardship while fostering long-term sustainable development in the region.”

“By combining expertise, integrated resource management, and cutting-edge technologies, this collaboration exemplifies the core principles of “mutual benefit and shared success. SINOPEC is committed to delivering best-

in-class services to local communities and the people of Malaysia,” he added.

This joint venture marks a transformative milestone in Malaysia’s offshore decommissioning landscape. With EPMS serving as the lead party and project coordinator, the consortium benefits from a well-defined structure and strong leadership. SINOPEC contributes specialised expertise in offshore lifting and transport logistics, backed by extensive international experience. Meanwhile, ICSB plays a strategic role by injecting local insight, fulfilling regulatory requirements, and ensuring direct economic benefits for the State of Sabah.

Beyond forthcoming opportunities, the collaboration lays the groundwork for a long-term partnership focused on knowledge transfer, local content development, and innovation in marine engineering, commissioning and decommissioning services within Malaysia’s offshore oil and gas sector. Through these efforts, the partnership will not only create lasting value for all stakeholders but also contribute significantly to the broader socioeconomic development of the region.

By leveraging complementary strengths and shared value, the partnership embodies a unified commitment to excellence. Each party contributes unique expertise, whether in project coordination, technical execution, or regional insights, ensuring a comprehensive and integrated approach to the successful delivery of the EPRR project.

With this strong foundation of collaboration, the consortium is well-positioned to deliver a project that meets Malaysia’s decommissioning needs, drives regional development, and enhances Sabah’s oil and gas capabilities. Together, this partnership aims to set new industry benchmarks through innovation, efficiency, and a steadfast focus on sustainability, thereby contributing meaningfully to the ongoing evolution of Malaysia’s energy landscape.

Datuk Jasnih (standing front, centre), Dr Ts. Haji Muhtar (standing front, left) and Mr Guo (standing front, right) displaying the signed documents witnessed by Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (standing behind, centre), Dato’ Haji Burhanuddin (standing behind, left) and Mr Guo (standing behind, right).

Pengerusi Eksekutif Jentayu Sustainables Berhad, Datuk Haji Beroz Nikmal Mirdin (lima dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Ir. Shahelmey (tengah). Turut kelihatan (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Oriole Hidro Padas Sdn. Bhd. (OHPSB), Puan Hajah Saridah Mohd. Dun, Pengerusi Oriole, Datuk Akhbarkhan bin Abdulrahman, Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih bin Daya, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar, Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh, Ahli Parlimen Tuaran merangkap Pengerusi SESB, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Ir. Ts. Mohd Yaakob bin Jaafar.

Majlis Pertukaran Dokumen

Projek PEMBANGUNAN 162MW LOJI JANA KUASA HIDROLETRIK ‘RUN OF RIVER’ di Hulu Sungai Padas, Sipitang

Majlis pertukaran dokumen Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PPA), di antara Oriole Hydro Padas Sdn. Bhd. dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Haji Shahelmey bin Yahya pada 30 April 2025 di Menara Kinabalu.

Penglibatan Kumpulan Yayasan Sabah dalam Projek Pembangunan Penjanaan Hidroletrik Hulu Sungai Padas, Sipitang (Projek Oriole) melalui pegangan ekuiti dalam Oriole Hydro Padas Sdn. Bhd. yang dilaksanakan berdasarkan pendekatan Run-of-River (ROR) merupakan manifestasi kepada komitmen ini. Projek ini melibatkan pembangunan dua loji jana kuasa hidroletrik di Sungai Maligan dan Hulu Sungai Padas.

Di samping menyokong keperluan kemajuan serta pembangunan ekonomi menerusi penglibatan terus dalam projek ini, Kumpulan Yayasan Sabah turut menekankan tanggungjawabnya terhadap kelestarian alam sekitar memandangkan projek ini berisiko rendah terhadap alam sekitar dan tidak melibatkan kawasan yang luas.

Turut berlangsung, pertukaran dokumen Kontrak Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (Engineering, Procurement, Construction, Commissioning - EPCC) antara Oriole Hydro Padas Sdn. Bhd. dengan syarikat konsortium yang dilantik diketuai oleh XD Power Transmission Sdn. Bhd., anak syarikat Xi’an Electric Engineering Co Ltd, bersama PT Anhe Konstruksi Indonesia dan Jawat Johan Sdn. Bhd.

Kumpulan Yayasan Sabah yakin pembangunan projek ini merupakan formula terbaik untuk diguna pakai dalam pembangunan lestari di negeri ini. Projek ini menggambarkan komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam membawa keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kesihatan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat. Ini seiring dengan usaha untuk mencapai pembangunan lestari secara menyeluruh dengan memberi keutamaan yang sama terhadap ketigatiga komponen tersebut, yakni bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ 2021 – 2025) yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Pertukaran Dokumen Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PPA) projek tersebut di antara OHPSB yang diwakili oleh Puan Hajah Saridah Mohd Dun dan SESB, yang diwakili oleh Ir. Ts. Mohd Yaakob bin Jaafar.

Pendekatan ini juga menyokong agenda yang digariskan menerusi Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDGs) 2030 yang menekankan pendekatan proaktif dalam usaha memacu pembangunan secara seimbang.

Projek ini juga dijangka dapat mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan bahan api fosil yang mana secara tidak langsung dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mengurangkan pemanasan global serta memastikan kemapanan dan kelestarian bumi.

Jelas sekali, Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy, RE) dalam bentuk tenaga hidrolektrik yang bakal dihasilkan menerusi projek ini merupakan sumber tenaga mesra alam yang dapat menyumbang kepada keperluan sumber tenaga semasa dan Kumpulan Yayasan Sabah percaya ia perlu digunakan sepenuhnya.

Penglibatan langsung Kumpulan Yayasan Sabah dalam industri Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy, RE) menunjukkan komitmen organisasi ini terhadap pembangunan sosioekonomi rakyat negeri ini secara lestari. Melalui kerjasama ini serta sokongan penuh Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Kumpulan Yayasan Sabah berharap agar projek ini yang dilaksanakan melalui kerjasama pintar antara agensi Kerajaan Negeri Sabah dan pihak swasta bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri Sabah dan kesejahteraan rakyat.

Projek ini dijangka dapat memberi manfaat yang besar kepada negeri ini. Antaranya projek ini dapat menaik taraf, menampung dan memastikan kestabilan grid bagi keperluan tenaga elektrik di negeri ini.

Sejajar dengan misi Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah, Projek Pembangunan Penjanaan Hidroletrik Hulu Sungai Padas, Sipitang ini akan memacu perkembangan sosioekonomi masyarakat setempat. Projek ini, sambil memenuhi keperluan tenaga, juga akan mengekalkan fungsi utama sungai untuk mengawal banjir, pengairan, dan bekalan air mentah, memberi harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Projek ini akan meningkatkan penglibatan Kumpulan Yayasan Sabah dalam sektor Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy, RE) pada tenaga hidro mini 40 megawatt di Telekosang, Tenom. Projek baharu ini dijangka dapat meningkatkan hasil pendapatan Kumpulan Yayasan Sabah daripada sektor ini dan

seterusnya meningkatkan perolehan keseluruhan Kumpulan Yayasan Sabah. Hal ini adalah penting agar Kumpulan Yayasan Sabah dapat mencapai misinya dalam melaksanakan program pembangunan rakyat.

Kumpulan Yayasan Sabah optimis terhadap potensi projek ini yang disokong ujuran kukuh dalam sektor tenaga dan dipacu pula oleh jangkaan pemulihan ekonomi. Pendapatan hasil projek ini dapat digunakan pada masa hadapan khususnya bagi tujuan pendidikan anak-anak Sabah.

Kumpulan Yayasan Sabah yakin dengan lonjakan impak sosioekonomi yang positif terhadap projek tersebut khususnya bagi para penduduk daerah Sipitang serta daerah-daerah berhampiran yang lain. Projek ini dapat membuka peluang kepada Kumpulan Yayasan Sabah untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat setempat menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) di kawasan tersebut dengan penyediaan sejumlah dana oleh syarikat yang dibentuk semasa tempoh projek berkenaan.

Sejak awal lagi, Kumpulan Yayasan Sabah komited dalam aspek konservasi alam sekitar di samping mempelbagaikan aktivitinya demi memenuhi peranannya dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan dalam masa yang sama memajukan sektor ekonomi negeri ini.

Komitmen ini terserlah di mana dalam memastikan kelestarian kawasan hutan di bawah jagaannya, Kumpulan Yayasan Sabah memperuntukkan lima kawasan konservasi iaitu Lembah Danum, Lembangan Maliau, Kanyon Imbak, Pesisiran Pantai Silam dan Sungai Taliwas. Di rantau Asia Tenggara, Kumpulan Yayasan Sabah mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis dalam pengurusan hutan mapan dan pemimpin dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Kumpulan Yayasan Sabah sememangnya peka terhadap keperluan untuk mengimbangi pemuliharaan ekologi dengan pembangunan sosioekonomi. Di sini, Kumpulan Yayasan Sabah yakin projek ini mewakili keseimbangan yang sesuai antara pemuliharaan ekologi dan pembangunan sosioekonomi yang bakal memaksimumkan manfaat untuk rakyat dan alam sekitar serta menggalakkan pembangunan ekonomi mampan.

Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menyediakan prasarana penting yang sewajarnya untuk rakyat negeri ini tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap kepentingan alam sekitar demi kelestarian hutan negeri Sabah.

Pada 20 April 2025, Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran MP Papar, Datuk Armizan bin Mohd Ali dan ADUN Kawang merangkap Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar telah diadakan di Dewan SMK Pengalat, Papar. Sambutan Aidilfitri tahun ini disambut oleh masyarakat berbilang kaum yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka yang dianjurkan. Kira-kira 10,000 orang rakyat pelbagai latar belakang kaum hadir untuk bersama-sama meraikan kemeriahan sambutan Aidilfitri.

Majlis ini lebih bermakna dengan kehadiran TYT Yang di-Pertua

ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, serta pemimpin masyarakat setempat.

Majlis ini juga membuktikan bahawa Aidilfitri bukan hanya sebuah perayaan untuk umat Islam, tetapi ia adalah peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Dengan suasana yang penuh keceriaan dan keharmonian, majlis ini berjaya merangkul semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah. Sambutan seperti ini memberi contoh kepada

TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Aman, menyampaikan sumbangan duit raya kepada golongan asnaf.

Antara pemenang slot cabutan bertuah yang disampaikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar.

Antara

Dato’

Kelunakan suara Dato’ Sri Gulamhaidar menghiburkan tetamu yang hadir.

Kanak-kanak gembira menerima duit raya daripada
Sri Haji Gulamhaidar.
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Dr. Hajah Rosmawati Haji Lasuki.
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bersama staf pejabat Pengarah Yayasan Sabah, Puan Fauziah Yunus (kiri) dan Puan Catherine Chiah (kanan)
jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis.
Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman (duduk, kiri), Encik Mursin Haji Laini (berdiri) serta Pengurus Kumpulan, Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Puan Rosmini Simin dan suami (kanan).

Menyantuni Golongan Yang

Kurang Bernasib Baik

Dalam Kemeriahan Aidilfitri

Datin Hariani Usman, isteri kepada Datuk Jasnih (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah satu keluarga mangsa kebakaran.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN N13 Pantai Dalit yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih Daya diadakan pada 20 April 2025 bertempat di perkarangan rumah keluarga beliau di Kg. Raganan Mengkabong, Tuaran.

Majlis yang diraikan dengan sambutan yang meriah oleh masyarakat setempat turut menyaksikan Datuk Jasnih menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 10 orang mangsa kebakaran di Kg. Mengkabong, Tuaran.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Pengurus Kumpulan Bahagian Integriti dan Pengukuhan, Encik Midin Haji Asli, Pengurus Kumpulan Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan, Encik Joshua Ho Yee En, Pengurus Besar Inno Travel and Tour Services, Encik Fakarudin bin Ampong, Pengurus Kristal Handal, Puan Azeera binti Mangguna serta staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Datuk Jasnih beramah mesra bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah yang turut hadir.
Datuk Jasnih menyantuni tetamu yang hadir.
Antara pemenang slot cabutan bertuah.
Datuk Jasnih (barisan belakang, lima dari kanan) dan Datin Hariani (barisan belakang, lima dari kiri) bersama para penerima bantuan mangsa kebakaran.

Kumpulan Yayasan Sabah

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah siri 2 bagi tahun 2025 telah diadakan pada 19 Mei 2025. Dalam mesyuarat kali ini, Pengurus Kumpulan Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Encik Joshua Ho telah mempengerusikan mesyuarat selaku wakil kepada Pengarah Yayasan Sabah yang merupakan Pengerusi MBJ Kumpulan Yayasan Sabah.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa isu telah dibincangkan dan keputusan-keputusan yang dicapai pada mesyuarat tersebut merupakan langkah penting ke arah memperkukuh Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa cadangan dan isu yang tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut diambil dengan penuh pertimbangan demi kepentingan jangka panjang dan kelestarian Kumpulan Yayasan Sabah secara keseluruhannya.

Keutamaan diberikan kepada strategi yang selari dengan visi, misi dan keupayaan semasa organisasi agar sebarang tindakan yang diambil dapat memberi impak positif secara menyeluruh.

Semoga dengan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak, Kumpulan Yayasan Sabah dapat mencapai visi untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan responsif kepada rakyat negeri ini.

Ziarah Tanda Ingatan Kasih

dan Penghargaan kepada MANTAN

PENGARAH Yayasan Sabah

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (enam dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Tan Sri Datu Khalil (enam dari kiri) berupa gambar Tan Sri Datu Khalil menyerah tugas sebagai Pengarah Yayasan Sabah pada tahun 1995. Gambar tersebut dirakam bersama Pengarah Yayasan Sabah ketika itu, Datuk (kini Tun Datuk Seri Panglima) Musa Haji Aman. Turut dalam gambar Encik Sam (lima dari kanan), Tuan Haji Budirman (tiga dari kiri), Puan Anica (dua dari kiri), serta staf dan mantan staf Kumpulan Yayasan Sabah yang turut hadir pada lawatan tersebut.

Sebagai tanda penghargaan atas jasa bakti dan kepimpinan beliau, warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah telah mengadakan lawatan ke kediaman mantan Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul pada 2 Mei 2025.

Rombongan yang diketuai oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar tersebut, turut disertai oleh seramai 10 orang staf dan mantan staf Kumpulan Yayasan Sabah. Lawatan ini juga bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-81 Tan Sri Datu Khalil pada 24 April lalu, serta sebagai kunjungan prihatin selepas beliau menjalani prosedur kesihatan.

Sepanjang lawatan tersebut, rombongan berkesempatan untuk beramah mesra dengan Tan Sri Datu Khalil sambil mengenang kembali zaman pentadbiran beliau sebagai Pengarah Yayasan Sabah dari 11 Jun 2001 sehingga 30 Jun 2013.

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar menyatakan bahawa kunjungan ini merupakan manifestasi penghormatan dan penghargaan kepada Tan Sri Datu Khalil atas segala jasa dan sumbangannya terhadap pembangunan Kumpulan Yayasan Sabah dan negeri Sabah secara keseluruhan.

“Tan Sri Datu Khalil merupakan tokoh yang sangat berjasa dalam membentuk hala tuju Kumpulan Yayasan Sabah semasa pentadbirannya. Lawatan ini bukan sekadar ziarah, tetapi juga satu penghargaan atas segala usaha beliau demi pembangunan negeri Sabah menerusi Kumpulan Yayasan Sabah. Kami doakan kesihatan beliau terus baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” ujar beliau.

Antara yang turut hadir ialah Pengurus Kumpulan, Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Sam S. Karnail, Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat, Tuan Haji Budirman bin Haji Daud dan Penasihat Undang-Undang Kanan, Puan Anica Jamui.

Memperkukuh Pelan Pengurusan Lembangan Maliau

Sebagai komitmen berterusan dalam usaha pemeliharaan alam semula jadi, Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Preferred by Nature (PbN) - Aage V. Jensen Charity Foundation, telah menganjurkan Bengkel Perancangan untuk Pelan Pengurusan Strategik Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (MBCA) Ke-3. Bengkel ini berlangsung pada 22 dan 23 April 2025 di Shangri-La’s Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Bengkel ini menghimpunkan seramai 53 peserta daripada pelbagai agensi dan institusi berkepentingan. Program ini memberi tumpuan utama kepada perbincangan mendalam

mengenai isu-isu kritikal yang berkaitan dengan pengurusan dan pemeliharaan MBCA yang mana merupakan salah satu kawasan konservasi terpenting di Malaysia.

Sepanjang dua hari bengkel berlangsung, peserta telah mengambil bahagian dalam sesi pembentangan pelbagai topik yang berkaitan dengan Pelan Pengurusan Strategik MBCA serta pelan tindakan yang menyeluruh. Turut diadakan ialah sesi perbincangan kumpulan secara interaktif bagi mengenal pasti isu-isu utama yang dihadapi serta penyelesaian yang boleh digerakkan secara kolaboratif.

Perbincangan mengenai pelan pengurusan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan potensi isu-isu kritikal di MBCA.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk menyatukan pandangan semua pihak berkepentingan dalam mengenal pasti cabaran sebenar yang dihadapi di lapangan, serta menetapkan hala tuju strategik bagi pengurusan MBCA yang lebih mampan dan berkesan. Melalui bengkel ini, satu pencapaian penting telah direkodkan iaitu penyelesaian isu-isu utama yang boleh ditangani dengan sokongan teknikal dan strategik daripada PbN.

Kumpulan Yayasan Sabah dan PbN komited untuk terus memperkukuh usaha konservasi melalui pendekatan perancangan strategik yang inklusif dan berpaksikan kerjasama pelbagai pihak. Pelaksanaan Pelan Pengurusan Strategik MBCA ke-3 ini dijangka memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian ekosistem hutan hujan tropika yang kaya biodiversiti di Sabah.

Gambar berkumpulan.
Setiap kumpulan membentangkan isu-isu yang mereka bincangkan.

Majlis

Penyampaian Bantuan

Landskap

Selama tiga hari di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau, pemimpin komuniti dari pelbagai daerah berkumpul untuk menyertai Program Kesedaran Landskap Hutan Hujan Danum-Maliau-Imbak (DaMaI). Dengan pelbagai aktiviti menarik dan sesi perkongsian, program ini memberi peluang kepada peserta memahami kepentingan menjaga alam sekitar dan seterusnya menyampaikan mesej tersebut kepada komuniti masing-masing.

Program ini dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar dan Sabah Environmental Trust pada 21 hingga 23 Mei 2025. Ia merupakan kesinambungan kepada Forum Landskap DaMaI, yang menekankan pentingnya kesedaran komuniti terhadap pemeliharaan ekosistem DaMaI, alam semula jadi dan biodiversiti hutan.

Pegawai Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Encik Isaac Grey, menyampaikan taklimat program.

Staf Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar (MBCA), Encik Mohd Izzul Hafiz bin Junairin (lima, kiri) menerangkan keunikan Kawasan Konservasi Lembangan Maliau kepada para peserta.

Para peserta melihat spesimen fossil yang dipamerkan di makmal Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau.

Para peserta turut melawat Masjid Asmaul-Husna.

Seramai 38 orang peserta dari daerah Sook, Nabawan, Sapulut, Kalabakan dan Tawau telah menyertai program ini. Sepanjang tiga hari dua malam tersebut, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti yang dirancang dengan rapi termasuk lawatan ke galeri, Maliau Sky Bridge, menara pemerhatian, aktiviti night walk dan night drive

Sesi perkongsian bertajuk “Kupi-Kupi” turut diadakan melibatkan Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar, Taman-Taman Sabah, Lembaga Pelancongan Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah. Ianya bertujuan bagi memberi ruang kepada peserta dan wakil-wakil agensi kerajaan untuk berkongsi pendapat dan maklum balas serta cadangan daripada komuniti.

Para peserta menikmati keindahan Lembangan Maliau dari menara pemerhatian.
Dalam misi mencari kelibat hidupan liar melalui aktiviti night walk.
Menjejaki hutan mendamaikan Maliau
Rusa yang ditemui.

Menjejaki kehijauan hutan yang mendamaikan melalui Maliau Sky Bridge.

Aktiviti night drive antara aktiviti yang menarik perhatina para peserta.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah merangkap Ahli Parlimen Kalabakan (P.191), Datuk Andi Muhammad Suryady Haji Bandy pada 22 Mei 2025. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Nabawan, Encik Marshal Anthony; Pegawai Daerah Sook, Puan Caroline Benjamin Jiungan; dan Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Dr. Waidi Sinun yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah, Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Selatan, Puan Norkhajijah binti Tussin;

Pegawai Bertanggungjawab Zon Pedalaman Selatan, Encik Justin Gilob; serta wakil-wakil Jabatan Perhutanan dari pelbagai daerah.

Melalui program ini, Kumpulan Yayasan Sabah berharap agar pemimpin komuniti yang terlibat akan menjadi agen penyampai dalam mengetengahkan kepentingan penjagaan landskap hutan hujan DaMaI di kawasan masing-masing. Kesedaran yang dibina di Lembangan Maliau ini diharapkan akan terus mengakar ke dalam masyarakat demi kelestarian alam semula jadi Sabah.

Antara spesies menarik ditemui.
Datuk Andi menyampaikan ucapan perasmian beliau.
Dr. Waidi menerangkan kepentingan menjaga Landskap Hutan Hujan DaMaI kepada Datuk Andi sambil disaksikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perhutananan Sabah, Jabatan Hidupan Liar dan Kumpulan Yayasan Sabah.
Gambar berkumpulan bersama Datuk Andi (berdiri, tengah).
Datuk Andi melihat peralatan yang digunakan untuk aktiviti pemantauan dan rondaan oleh pasukan renjer DaMaI.
Gambar berkumpulan para peserta bersama sijil penyertaan masing-masing.
Salah seorang peserta memberikan pendapat semasa sesi “Kupi-Kupi”.
Antara peserta menerima sijil penyertaan daripada Dr. Waidi (tengah).

10 MINIT PROGRAM

Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens telah menganjurkan Program Jom Baca 10 minit di Sekolah Rendah Islam Alamesra, Kota Kinabalu. Program ini diadakan bersempena dengan Hari Buku Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun di seluruh dunia.

Antara objektif pelaksanaan adalah untuk menyemarakkan amalan membaca sebagai gaya hidup rakyat Malaysia.

Gambar kenangan staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens bersama murid-murid serta guru daripada Sekolah Rendah Islam Alamesra, Kota Kinabalu.
Sesi Jom Baca 10 minit murid-murid
Sekolah Rendah Islam Alamesra, Kota Kinabalu.

Pengurus Kumpulan BPKK, Puan Rosmini Simin (kiri)

Majlis Sambutan Aidilfitri BPKK

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) telah diadakan di Dewan Serbaguna Tadika Ria dengan penuh keceriaan dan semangat kekeluargaan. Sambutan pada tahun ini penuh kemeriahan kerana julung kalinya Tadika Ria, Taska Ria dan Pusat Jagaan Ria diraikan bersama. Pelbagai juadah turut dikongsi bersama ibu bapa yang turut memberi sumbangan juadah untuk majlis tersebut. Semoga majlis seumpama ini dapat diadakan pada tahun-tahun yang akan datang bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan ibu bapa dan guru.

Gambar kenangan kanak-kanak dari Tadika Ria dan Taska Ria bersama guru-guru dan staf BPKK.

Ibu bapa dan guru menikmati beraneka juadah yang disajikan.
menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

SUKANEKA KE-40 BPKK

Mengukir Senyuman, Membina Sahsiah

Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) telah menganjurkan Hari Sukaneka Ke-40 yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula 21 hingga 24 Mei 2025 di dua lokasi utama, iaitu Bangunan Taska Ria dan Gelanggang Bola Jaring, Arena Futsal, Kumpulan Yayasan Sabah. Acara tahunan ini telah menghimpunkan penyertaan pelbagai peringkat, merangkumi kanak-kanak dari Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Ria yang turut disertai oleh ibu bapa, para pendidik serta warga kerja BPKK.

Program telah bermula pada 21 Mei 2025 bertempat di Bangunan Taska Ria, dengan penyertaan seramai 36 orang kanak-kanak yang diiringi oleh ibu bapa, guru-guru serta staf BPKK. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Encik Clement Loo. Manakala majlis penutupan yang juga merupakan kemuncak program disempurnakan oleh Pengurus Kumpulan BPKK, Puan Rosmini Simin.

Lumba memadankan puzzle melibatkan kanak-kanak kelas Mutiara.

Pertandingan perbarisan oleh kanak-kanak Tadika Ria.
Bacaan Ikrar daripada wakil pelajar

Pelbagai acara sukaneka telah dijalankan sepanjang program, antaranya termasuk larian guni, isi air dalam botol, bawa bola menggunakan sudu, tarik bola berpasangan, dan lari ikat kaki. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut menggalakkan kerjasama, ketangkasan dan semangat kesukanan dalam kalangan kanak-kanak.

Acara kemuncak telah berlangsung pada 24 Mei 2025, bertempat di Gelanggang Bola Jaring, Arena Futsal, Kumpulan Yayasan Sabah dengan jumlah kehadiran keseluruhan mencecah 261 orang.

Antara pengisian utama pada hari tersebut termasuk Pertandingan Perbarisan yang menonjolkan semangat berpasukan, larian obor, serta bacaan ikrar bagi menyemai nilai positif dalam kalangan peserta. Suasana turut dimeriahkan dengan senam robik, pelbagai sukaneka untuk kanak-kanak Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Ria, dan diakhiri dengan penyampaian hadiah sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta.

Secara keseluruhan, Hari Sukaneka Ke-40 ini berjaya mencapai objektif yang digariskan, bukan sahaja daripada aspek penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti fizikal, malah juga dalam membina keyakinan, kerjasama dan silaturahim dalam komuniti pendidikan awal kanak-kanak.

Diharapkan semangat dan kerjasama yang ditunjukkan dalam program ini akan terus dikekalkan dalam pelaksanaan programprogram akan datang demi kebaikan generasi masa depan negeri Sabah.

Pertandingan mengeluarkan gegelung daripada kon melibatkan kelas Zamrud.

Gambar kenang-kenangan bersama Puan Rosmini (baris belakang, empat dari kiri), Encik Clement (baris belakang, empat dari kanan), guru-guru dan kanak-kanak Tadika Ria.

BPKK

Bahagian Perkembangan Kanak-kanak (BPKK) telah mengadakan sambutan Hari Guru BPKK tahun 2025 pada 13 Jun 2025 yang telah diadakan di Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu.

Majlis ini diraikan sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada setiap sekolah agar perayaan ini dapat memberi kesedaran akan kepentingan peranan guru-guru dalam pembangunan negara selain menonjolkan dan meningkatkan profesion perguruan sebagai kerjaya yang mulia dan dihormati.

Sambutan seperti ini juga akan dapat menyemai semangat perpaduan, mengeratkan hubungan antara guru dan staf BPKK. Di samping menghargai jasa murni guru-guru dan sumbangan kakitangan setiap tahun.

HARI GURU

Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan majlis, antaranya ialah cabutan bertuah, persembahan daripada setiap unit, pertandingan fesyen dan pertandingan karaoke. Beberapa anugerah juga turut disampaikan dalam majlis sambutan Hari Guru tersebut yang turut disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Perkembangan Kanakkanak, Puan Rosmini Simin.

Antara persembahan daripada guru-guru pada majlis tersebut.
Pengurus Kumpulan BPKK, Puan Rosmini Simin (lima dari kanan) dan Pengurus, BPKK, Encik Clement Loo (enam dari kiri) bergambar berkumpulan bersama staf BPKK.
Puan Nurul Asyiqin binti Remy Louis telah dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Fesyen BPKK 2025 yang bertemakan Kebaya Batik.

Turut dianugerahkan Guru Cemerlang tahun 2025, Puan Noorhazilah binti Ali Jati dan Puan Nuralfeza binti Mohd. Arshad dari Tadika Ria serta Puan Janaina Abdul Rahman dari Taska Kristal Ria, Sadong Jaya. Manakala bagi Anugerah Ikon Inspirasi telah dianugerahkan kepada Encik Mohd. Rodzi bin Moen dari Unit Pentadbiran dan Kewangan BPKK.

Cemerlang 2025, Puan Nuralfeza

Mohd.

Tadika

Pemenang Pertandingan Kelas Ceria, Puan Noorhazilah binti Ali Jati, Tadika Ria.
Puan Nurul Asyiqin binti Remy Louis menerima sijil dan hadiah bagi
Pertandingan Kelas Ceria, Taska Kristal, Sadong Jaya yang dimenangi oleh beliau dan Puan Khaiyarti binti Arshad.
Guru
binti
Arshad (kanan),
Ria, BPKK.
Guru Cemerlang 2025, Puan Noorhazilah binti Ali Jati (kanan), Tadika Ria, BPKK.
Guru Cemerlang 2025, Puan Janaina Abdul Rahman (kanan), Taska Kristal Ria, Sadong Jaya.
Anugerah Ikon Inspirasi Taska Kristal Ria, Encik Mohd. Rodzi bin Moen (kanan) daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan BPKK.
Pemenang Pertandingan Kelas Ceria, Puan Emapepe Sanior dan Puan Norzimah binti Mohd. Nun, Taska Ria.

ZON PANTAI BARAT SELATAN

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

PERTANDINGAN BERCERITA (MANANGON) DALAM BAHASA KADAZAN DUSUN

6 Mei 2025 @ SMK Limbanak, Penampang

Antara peserta yang menyampaikan persembahan masing-masing.

PROGRAM DERMA DARAH

pemenang dan finalis pertandingan bersama

10 Mei 2025 @ Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu

Pengunjung Suria Sabah Shopping Mall yang turut menderma darah

PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN

KEPADA MANGSA KEBAKARAN

25 Jun 2025 @ Kg. Darau, Manggatal

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH

17 Mei 2025 @ Masjid Kampung Damat, Tamparuli

Peserta wanita yang hadir menyaksikan cara memotong kain kapan bagi jenazah wanita.

Imam HamizanUlus memberi penerangan dan cara yang betul menyediakan kain kapan untuk jenazah.

Antara keluarga

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Zon Pantai Barat

Selatan telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang berlaku pada 17 April 2025. Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi Haji Ismail menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga mangsa kebakaran.

Para
Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Selatan, Puan Linda (lima dari kanan), dan Pengetua SMK Limbanak, Encik Jackson Sigo (lima dari kiri).
Encik Zulkhairi (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlibat.
yang menerima sumbangan.

KURSUS MENJAHIT SILING PAKAIAN TRADISIONAL

26 April 2025 @ Pentas Terbuka Tagal Babagon, Penampang

KURSUS PEMBUATAN PAI PASTRI

11 Mei 2025 @ Sugar Academy, Putatan

PROGRAM PEMBUATAN KUIH KERING

18 Mei 2025 @ Pekarangan Masjid Nurul Islam, Kg. Petagas

PROGRAM KURSUS PEMBUATAN

DEDAK TERNAKAN UNGGAS AYAM DAN ITIK

19 Mei 2025 @ Dewan Pejabat Daerah Kecil, Tamparuli

PROGRAM KURSUS ASAS PASTRI

21 Mei 2025 @ MJ Corner Restaurant, Tuaran

Para peserta fokus mempelajari proses pembuatan pedak tenakan menggunakan bahan organik.

Tenaga pengajar, Puan Verna Onoh (berdiri) memberikan penerangan dan tunjuk ajar menjahit siling kepada peserta kursus.
Para peserta mengisi inti dalam pai sebelum dibakar.
Gambar kenangan para peserta bersama Puan Linda Anthony dan Pengarah merangkap Jurulatih Sugar Academy PLT,Puan Tinah binti Minsin (duduk berbaju hijau).
Para peserta fokus dalam menyiapkan tugasan menjahit siling yang diberikan.
Para peserta mempraktikkan pembuatan kuih kering.
Para peserta mengguli bahan-bahan membuat pastri.

ZON PANTAI BARAT UTARA

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH

20 Mac 2025 @ Masjid Kg. Sarang, Kota Belud

Pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah lelaki dan wanita yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Masjid Kg. Sarang, Encik Johan bin Daukim.

Bengkel yang dihadiri 38 orang peserta ini disampaikan oleh Penolong Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEINS), Kota Belud, Uztaz Mohd Jasri bin Mohd Jasin. Progam ini bertujuan untuk membimbing para peserta untuk memahami proses pengurusan jenazah lelaki dan wanita. Turut hadir ialah Pengerusi Masjid Kg. Sarang, Encik Johan bin Daukim.

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN

6 Jun 2025 @ Dewan Kg. Tamalang, Kota Belud

Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri

Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia merangkap ADUN N.11 Kedamaian, Datuk Ewon Benedick dan dijayakan dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.11 Kedamaian dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taginambur Jaya, Kota Belud. Penganjuran pesta ini adalah unutk menghargai seni dan budaya maysarakat tempatan selain memperkasakan persefahaman dan pembanguanan konsep Malaysia Madani.

Turut hadir ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.11 Kedamaian, Encik Saikom Watis, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tanginambur Jaya dan Ketua Kampung Tamalang, Encik Sinti Eki.

Pegawai Tadbir Kanan ZPBU, Encik Milus Suaip (kanan) diiringi Pegawai Kawasan Daerah Pitas, Encik Rikim Rumangun (kiri) menyampaikan sumbangan ikhlas kepada penduduk kampung.

BENGKEL ASAS PEMBUATAN GAZEBO 17 April 2025 @ GiatMARA Cawangan Kota Marudu

Bengkel Pembuatan Gazebo anjuran pejabat ZBPU bersama GiatMARA dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Ranau telah dihadiri 28 orang peserta. Program ini dikendalikan oleh Tenaga Pengajar Kanan Kursus Teknologi Perabot GiatMARA, Encik Ajian bin Kairun. Penganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai pengetahuan dan teknik pembuatan gazebo.

Turut hadir ialah Pengurus GiatMARA Cawangan Kota Marudu, Encik Mushdi bin Beludtu dan Timbalan Pengerusi KRT Kg. Ranau, Kota Marudu, Encik Jamal bin Radin.

Ustaz Mohd Jasti (membelakang, berbaju hitam) menyampaikan taklimat kepada para peserta.
Peserta kanak-kanak melakukan demonstrasi pengurusan jenazah kanak-kanak lelaki.
Encik Anjian menunjukkan cara pemasangan gazebo.
Pertandingan Unduk Ngadau Kanak-Kanak.
Datuk Ewon melawat gerai makanan tradisi tempatan.

KURSUS ASAS GUNTING RAMBUT

22 April 2025 @ Gelanggang Futsal Kg. Andap Bangau, Kudat

Kursus ini dianjurkan oleh pejabat ZPBU dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Zon Kudat. Taklimat dan demonstrasi kursus telah disampaikan oleh pengusaha salon tempatan, Puan Afenyen Inggiu dan Puan Sara Fotin Mailok kepada 27 orang peserta. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk menyampaikan pengetahuan mengenai kemahiran gunting rambut yang berpotensi menjadi peluang perniagaan.

Turut hadir ialah Pegawai JPNIN, Encik Nasiruddin bin Ahmad, Ketua Kg. Andap Bangau dan Pengerusi KRT Kg. Anap Bangau, Puan Lilyweldiani Batahong.

Salah seorang peserta mencuba menggunting

KURSUS ASAS ANYAMAN BAKUL PLASTIK DAN MANIK

26 April 2025 @ Dewan Komuniti Kg. Ulu Kukut, Kota Belud

Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kemahiran menganyam bakul plastik dan manik kebudayaan. Seramai 38 orang peserta tempatan menyertai kursus yang disampaikan oleh pengusaha kraf tangan dan manik Kota Marudu, Puan Rosneh bte Darilun. Turut hadir ialah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Ulu Kukut, Kota Belud, Encik Bungin Sidum.

KURSUS ASAS PERTUKANGAN KAYU

27 April 2025 @ Dewan Komuniti Kg. Tamau, Kota Belud

Kursus Asas Pertukangan Kayu ini dianjurkan dengan kerjasama GiatMARA Cawangan Kota Marudu. Taklimat kursus disampaikan oleh Tenaga Pengajar Kanan Kursus Teknologi Perabot GiatMARA, Encik Ajian bin Kairun kepada 25 orang peserta. Turut hadir ialah Ketua Kg. Tamau, Kota Belud, Tuan Haji Razak bin Rakuman.

rambut dalam sesi demonstrasi.
Puan Rosneh (empat dari kanan) memberikan demonstrasi anyaman bakul plastik kepada para peserta.
Encik Ajian memberikan taklimat asas pertukangan kayu kepada para peserta.
Para peserta menggubah manik menjadi perhiasan wanita.
Encik Ajian menunjukkan demonstrasi kepada para peserta.

KURSUS ASAS PENYEDIAAN KUIH KOCHONG HOMEMADE

15 Mei 2025 @ Dewan Terbuka Gereja PCS Kg. Dampirit, Kudat

Kursus Asas Penyediaan Kuih Kochong Homemade ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Zon Kudat, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Dampirit dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Dampirit. Program ini telah disampaikan oleh usahawan kuih kochong tempatan, Puan Nur Shafira Agus Abdullah dan Puan Lilyweldiani Batahong kepada 29 orang peserta kursus. Penganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai cara pembuatan kuih kochong. Turut hadir ialah Pegawai JPNIN, Encik Nasiruddin bin Ahmad.

KURSUS ASAS MEMBUAT SONGKOK

25 Mei 2025 @ Kg. Taun Gusi Karanjongan, Kota Belud

Kursus ini dijayakan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Taun Gusi Karanjongan. Program ini dikendalikan oleh Pengurus SN Tailor, Encik Shahrol Sokor kepada 25 orang peserta. Kursus ini j telah dirasmikan oleh wakil Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.8 Pintasan Kota Belud, Encik Sairi Laidi. Penganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai cara pembuatan songkok. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kota Belud, Encik Nasir Adli.

BENGKEL ASAS JAHITAN DAN SULAMAN MANIK

5 Jun 2025 @ Dewan Kampung Tonsom, Kota Marudu

Penganjuran kursus ini adalah dengan kerjasama GiatMara Cawangan Kota Marudu. Program telah dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada GiatMara, Puan Noriayati. Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kemahiran jahitan dan sulaman manik disamping menggalakkan para peserta untuk berkecimpung dalam industri ini. Turut hadir ialah Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.6 Bandau, Puan Salmi binti Salim, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Rekreasi Sawit Simpang 3 Kota Marudu, Encik John Linsun dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tonsom, Puan Chatrine binti Ayun.

Para peserta sedang membuat songkok masing-masing selepas mendengar taklimat.
Puan Noriyati memberikan taklimat cara-cara membuat lakaran pada kain sulaman.
Puan Nur Shafira (dua dari kanan) menunjukkan cara menyediakan adunan kuih kochong kepada para peserta.
Para peserta sedang mempelajari cara untuk membungkus kuih kochong.

ZON PANTAI TIMUR SELATAN

PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK & MINDA

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN PERIBADI 23 April 2025 @ SK Ranggu, Tawau

Seramai 324 orang murid telah mengambil bahagian dalam program motivasi tersebut yang bertujuan membentuk sahsiah diri yang positif dan peribadi cemerlang dalam kalangan murid. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK Pasir Putih, Puan Fatmawati binti Nurkasman.

Tujuan program ini adalah untuk memupuk nilai-nilai murni, meningkatkan keyakinan diri serta membina jati diri yang kukuh dalam kalangan murid. Program ini juga bertujuan untuk memberi dorongan agar murid sentiasa berdisiplin, bermotivasi dan bersedia menghadapi cabaran dalam pelajaran dan kehidupan seharian.

PROGRAM MOTIVASI “TINGGI IMPIAN, HEBAT TINDAKAN” 24 April 2025 @ Kolej Tingkatan 6, Tawau

Program ceramah motivasi yang bertemakan “Tinggi Impian, Hebat Tindakan” telah dilaksanakan dengan melibatkan seramai 220 orang pelajar yang mendedahkan pelajar kepada pelbagai tips, teknik dan nasihat yang berguna untuk membantu pelajar meningkatkan motivasi diri, daya tahan mental dan fokus terhadap matlamat mereka. Ceramah motivasi tersebut telah disampaikan oleh Pensyarah dari Institute of Science & Management Tawau, Puan Sunita binti Buyong. Program ini adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar agar berani menetapkan impian besar dan bertindak dengan bijak serta konsisten untuk mencapainya.

PROGRAM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK 2 Mei 2025 @ Dewan Ar-Raudhah, SK Kuala Merotai, Tawau

Seramai 171 orang murid serta ibu bapa sekolah tersebut telah menyertai program motivasi ini. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Madai, Kunak, Encik Jumat Mat Saleh. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi dorongan dan panduan kepada para pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik, di samping meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anakanak. Melalui pengisian program ini diharap dapat mencetuskan kesedaran terhadap pentingnya usaha dan sokongan dalam membina masa depan yang cemerlang.

Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Selatan, Puan Norkhajijah binti Haji Mohd. Tusin (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Puan Fatmawati (tengah).
Puan Fatmawati memberi contoh situasi kepada murid semasa ceramah berlangsung.
Gambar berkumpulan bersama para pelajar.
Encik Jumat memberi ceramah kepada para pelajar.
Gambar berkumpulan.

PROGRAM MOTIVASI “ILMU PENDIDIKAN KUNCI KEJAYAAN MASA DEPAN” 5 Mei 2025 @ SMK Agaseh, Lahad Datu

Program motivasi ini telah dilaksanakan dengan melibatkan seramai 220 orang pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran di dalam kelas. Ceramah motivasi tersebut telah disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Madai, Kunak, Encik Jumat Mat Saleh. Melalui perkongsian beliau, para pelajar didedahkan dengan pelbagai panduan, strategi dan tips berguna untuk meningkatkan tumpuan dan pencapaian dalam pembelajaran. Secara keseluruhan, program ini memberi impak yang positif dan sangat bermanfaat dalam menyuntik semangat kepada pelajar yang memerlukan bimbingan dan motivasi tambahan.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

PROGRAM JELAJAH SARINGAN KANSER NEGERI SABAH (SAKAN) 19-25 April 2025 @ Pejabat Kesihatan Daerah, Semporna

Program SAKAN merupakan inisiatif Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bagi meningkatkan kesedaran dan kadar saringan kanser dalam kalangan rakyat negeri ini. Pelaksanaan program ini merangkumi semua daerah di Sabah, Semporna dipilih sebagai lokasi pelaksanaan bagi tahun 2025. Sasaran program saringan awal kanser ini adalah kepada semua penduduk dewasa di daerah Semporna dengan tumpuan khusus kepada golongan wanita berusia antara 30 hingga 65 tahun serta lelaki dewasa berumur 50 tahun ke atas. Keutamaan diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah, khususnya golongan B40.

Beberapa agensi turut berganding bahu dalam menjayakan program ini, termasuk pejabat ZPTS, Majlis Kanser Nasional (MAKNA), serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Kerjasama pelbagai pihak ini diharap dapat memperluas capaian perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan saringan awal kanser.

KURSUS CARA-CARA PENJAGAAN, PENGGUNAAN BAJA & PENGHASILAN BUAH KELAPA SAWIT 6 Mei 2025 @ Dewan Panglima Udin Ulu Tungku, Tungku

Seramai 50 orang pekebun kecil dari daerah Tungku telah menyertai kursus penjagaan, penggunaan baja dan penghasilan pokok kelapa sawit. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penjagaan pokok kelapa sawit, penggunaan baja yang betul serta cara untuk meningkatkan hasil tanaman. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn. Bhd., Encik Choon Chun Hong. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat jangka panjang kepada pekebun kecil dalam usaha memperkukuh ekonomi komuniti setempat.

Para pelajar yang menyertai program ceramah tersebut.
Para hadirin yang datang ke program SAKAN 2025.
Meja Pameran MAKNA.
Ketua Pentadbir Zon ZPTS, Puan Norkhajijah binti Haji Mohd. Tusin (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Jumat (dua dari kiri).
Gambar berkumpulan.
Para pekebun kecil yang menyertai kursus tersebut.
Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Selatan, Puan Norkhajijah binti Haji Mohd. Tusin (tiga dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Choon Chun Hong (dua dari kanan).

14 Mei 2025 @ Madrasah Islamiah Kg. Pulau Mabul, Semporna

Majlis Penyerahan Sumbangan Bangku dan Meja di Madrasah Islamiah, Kampung Pulau Mabul, Semporna ini telah disempurnakan oleh Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail. Tujuan program ini selari dengan objektif Kumpulan Yayasan Sabah dalam melaksanakan program sosial yang bersifat amal dan kebajikan. Selain itu, inisiatif ini bukan sahaja membantu menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada pelajar madrasah, tetapi juga mencerminkan keprihatinan Kumpulan Yayasan Sabah terhadap keperluan masyarakat setempat.

Encik Zulkhairi menyampaikan ucapan sebagai pembuka tirai majlis tersebut.

ZON PANTAI TIMUR UTARA

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Dalam usaha memperkukuh pelaksanaan fardu kifayah dalam kalangan masyarakat luar bandar, pejabat Zon Pantai Timur Utara (ZPTU) telah menganjurkan dua Kursus Pengurusan Jenazah.

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan ilmu dan kemahiran asas pengurusan jenazah mengikut tuntutan syariat Islam. Sesi ini merangkumi aspek teori dan amali, termasuk tatacara memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, dan mengebumikan jenazah secara tertib serta beradab.

Inisiatif ini bertujuan melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan dan bersedia melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah di peringkat komuniti, khususnya di kawasan luar bandar.

10 Mei 2025 @ Masjid Kg.

15 April 2025 @ Kg. Bakong-Bakong, Telupid

Penyerahan sumbangan bangku dan meja kepada Ketua Pentadbir Madrasah Islamiah, Ustaz Morshid Harun (empat dari kiri) yang disampaikan oleh Encik Zulkhairi (lapan dari kanan).
Gambar berkumpulan.
Nusa Jaya, Kinabatangan
Gambar berkumpulan.
Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar berkenaan tatacara mengkafankan jenazah.
Gambar berkumpulan.

amali memandikan jenazah.

Gambar berkumpulan.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

KURSUS ASAS MEMBUAT BUN

17 April 2025 @ Kg. Cahaya Baru, Beluran

Seramai 25 orang peserta dari Kg. Cahaya Baru telah menyertai Kursus Pembuatan Bun yang diadakan secara praktikal bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang cara-cara membuat bun dengan betul. Kursus ini bukan sahaja membekalkan kemahiran asas bakeri, malah turut membuka peluang kepada para peserta untuk menceburi perniagaan kecil-kecilan.

Inisiatif ini dilihat berpotensi membantu meningkatkan pendapatan keluarga, khususnya dalam kalangan penduduk luar bandar. Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, para peserta berpeluang mencuba sendiri teknik pembuatan bun dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.

KURSUS ASAS MEMBUAT TART TELUR PORTUGIS DAN CENDOL 24 April 2025 @ Dewan Poimpunan Kg. Kolapis Darat, Beluran

Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus yang memberi pendedahan mengenai teknik penyediaan dua hidangan popular iaitu Tart Telur Portugis dan Cendol. Kursus ini dilaksanakan melalui sesi ceramah, bengkel dan latihan praktikal bagi memastikan para peserta memperoleh kemahiran secara menyeluruh.

Selain memperkenalkan kemahiran baharu, kursus ini turut membuka ruang kepada mereka untuk menceburi perniagaan kecilkecilan sebagai sumber pendapatan tambahan. Inisiatif ini diharap dapat memperkasa ekonomi keluarga serta menggalakkan minat dalam bidang keusahawanan makanan dalam kalangan komuniti setempat.

28 April 2025 @ Dewan Kg. Binsulung, Paitan

Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini yang memberi penekanan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian berasaskan durian, khususnya berkaitan penanaman durian Musang King secara sistematik dan berskala.

Durian Musang King (D197) merupakan antara durian paling premium dan mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa. Oleh kerana potensi pasaran yang menguntungkan, projek penanaman durian Musang King dilihat sebagai satu usaha jangka panjang yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusaha pertanian. Selain memberi pendedahan kepada peserta, program ini turut membuka potensi peluang pekerjaan kepada komuniti setempat dan menjanjikan sumber pendapatan tetap menerusi hasil jualan durian, sekali gus memperkasa ekonomi luar bandar.

Latihan
Gambar berkumpulan. Turut dalam gambar ialah Ketua Pentadbir ZPTU, Encik Abdul Rasid bin Abdul Sani (tiga dari kanan).
Tenaga pengajar, Encik Will Scott bin Giri menyampaikan taklimat mengenai penanaman durian.
Gambar berkumpulan.

KURSUS ASAS MEMBUAT MI KUNING DAN DUMPLING

30 April 2025 @ Dewan Serbaguna Kg. Sanan, Tongod

Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini yang bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan pembuatan mi kuning dan dumpling . Program ini memberi fokus kepada teknik pembuatan yang betul dan berkualiti, sekali gus membantu peserta memahami proses penyediaan makanan secara lebih sistematik dan profesional.

PROGRAM PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK

24 Mei 2025 @ Pejabat Daerah Paitan

Dalam program ini, Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat ZPTU telah menawarkan beberapa perkhidmatan kepada orang ramai, antaranya peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF).

Ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah turut dimeriahkan dengan pameran produk kraf tangan oleh usahawan tempatan ZPTU, yang menampilkan kreativiti serta keunikan hasil tangan komuniti pedalaman.

Latihan amali membuat dumpling. Gambar berkumpulan.
Para pengunjung di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah.
Pameran produk kraf tangan oleh usahawan tempatan ZPTU.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib (tengah) mengunjungi reruai Kumpulan Yayasan Sabah.
Ketua Pentadbir ZPTU, Encik Abdul Rasid bin Abdul Sani (kanan) mewakili Kumpulan Yayasan Sabah, menerima hamper kemenangan bagi kategori ruang khemah paling kreatif sempena Pesta Kaamatan.

Ceramah Bulan Syawal dan Motivasi Tempat Kerja

Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) telah menganjurkan Ceramah dan Motivasi Tempat Kerja sempena bulan Syawal pada 17 April 2025 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Samsul Debat yang dihadiri seramai 150 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Ustaz Syamsul (empat dari kiri) beramah mesra bersama staf Kumpulan Yayasan Sabah.
Ustaz Syamsul menyampaikan ceramah.

Gigih Lahirkan Usahawan Berjaya PKS

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau telah berlangsung pada 9 hingga 11 Mei 2025. Acara tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Merangkap ADUN N40 Bingkor, Datuk Robert Tawik.

Pusat Kraftangan Sabah (PKS) turut serta dalam memeriahkan acara ini menerusi aktiviti pameran dan jualan produk kraf tangan yang diusahakan oleh peserta Program Khas Anak Negeri (PKAN) 2025 serta usahawan kraf tangan yang lain. Selain itu, Pesta Kaamatan pada tahun ini menjadi kenangan terindah buat usahawan bimbingan PKS, Puan Shazanawaty binti Kulintang, pengasas Secret Bamboo Legacy yang juga pengusaha kraf tangan berasaskan anyaman buluh telah dianugerahkan Anugerah Khas Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau Tahun 2025. Usahawan cekal ini telah menerima Anugerah Usahawan Kraftangan Peringkat Daerah Keningau.

Puan Shazanawaty yang berasal dari Kg. Batu Lunguyan, Keningau telah bergiat aktif dalam perusahaan kraftangan sejak tahun 2011. Pada tahun 2017, beliau telah menerima Dana Mula Niaga dalam Program Start-Up dibawah seliaan PKS. Usahawan ini juga telah menerima pengiktirafan logo Authentic Sabah oleh Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) bagi jaminan ketulenan produk kraf yang dihasilkan oleh beliau selain menerima bantuan pembungkusan produk dari DIDR.

Bermula tahun 2021, Puan Shazanawaty telah memulakan operasi jualan kraf di premis jualan kraf tangan PKS-Gambus Retails Shop dan di Pusat Informasi Pelancongan Keningau pada tahun 2023. Tidak hanya memasarkan produk hasil tangan beliau, seramai 46 orang usahawan kraf luar juga berpeluang memasarkan produk mereka melalui kaedah konsainan. Pendekatan ini sekaligus memberi peluang pemasaran produk kepada para usahawan Industri Kecil Sederhana-Kraf tangan dan turut memperkasakan komuniti kraf. Lebih membanggakan, produk kraf beliau semakin terkenal di pasaran tempatan dan turut menerima permintaan dari luar negara. Agensi-agensi kerajaan juga banyak menempah hasil kraf tangan beliau sebagai cenderamata untuk majlis-majlis rasmi.

Beliau juga telah menubuhkan Persatuan Komuniti Kraftangan Keningau dan dilantik sebagai pengerusi persatuan yang berperanan melonjakkan penyertaan para usahawan kraf serta berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam pembuatan kraf selain turut memperkukuh kerjasama usahawan kraf di daerah itu.

Persatuan yang ditubuhkan pada tahun 2024, kini mempunyai 15 orang ahli yang bergiat aktif dalam bidang kraf. Persatuan ini dalam perancangan membangunkan kolaborasi dengan Universiti Malaysia Sabah dalam inovasi produk berasaskan buluh.

Berkat warisan kemahiran menganyam keluarga, beliau telah membuka jalan pengkomersialan dan inovasi produk berasaskan buluh. Kegigihan beliau mengusahakan kraf tangan anyaman buluh tidak hanya membangunkan pendapatan beliau serta komuniti kraf yang terlibat, tetapi turut menjadi manifestasi pembangun ekonomi masyarakat.

Puan Shazanawaty menerima Anugerah Usahawan Kraftangan Peringkat Daerah Keningau daripada
Datuk Robert (kanan) diiringi Pengerusi, Persatuan Kebudayaan & Pelancongan Keningau, Encik Rafie Robert (kiri).
Antara produk buluh buatan Puan Shazanawaty.
Aktiviti pameran dan jualan kraf tangan didikan PKS.

Encik Hanafiah menyampaikan ucapan sebagai wakil kepada Pengarah Yayasan Sabah.

PROGRAM SEMBANG MADANI

Pada 26 Mac 2025, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Cawangan Sabah dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah menganjurkan Program Sembang Madani bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha. Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman berkenaan konsep Madani serta peranan AKM dalam pembangunan negara.

Encik Hanafiah menyampaikan cenderamata kepada Puan Yusnilawati.

Pengisian program dimulakan dengan aktiviti Kahoot kenegaraan yang dikendalikan oleh Penolong Pegawai, AKM Negeri Sabah, Cik Sharifah Nurfarahin binti Syukor dan kemudiannya, diikuti dengan sesi pengenalan AKM yang disampaikan oleh Penolong Pengarah AKM Negeri Sabah, Puan Yusnilawati binti Abdul Asik.

Program tersebut dihadiri oleh 69 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah. Turut hadir ialah Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman dan ketua-ketua bahagian serta anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah.

Gambar berkumpulan.

Sesi Libat Urus Inisiatif Hala Tuju SMJ

Kumpulan Yayasan Sabah

Unit Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Pejabat Setiausaha Korporat Yayasan Sabah telah mengadakan sesi libat urus Inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Tahun 2025 pada 20 Jun 2025 bertempat di bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Korporat, Menara Tun Mustapha. Sesi libat urus ini merupakan kerjasama dengan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Ketua Menteri (JKM).

Taklimat hala tuju SMJ disampaikan oleh Penolong Pengarah Sekretariat Sabah Maju Jaya, JKM, Puan Oreynie Arlina Yeop binti MD Arling. Turut hadir, Pengurus Unit Sekretariat SMJ Pejabat Setiausaha Korporat, Puan Jessie Toiloh dan Pegawai SMJ Unit Sekretariat SMJ, Jabatan Ketua Menteri, Cik Farha Fazliyanah binti Mohammad Ali. Seramai 18 orang sekretariat termasuk staf Pejabat Setiausaha Korporat hadir di sesi libat urus tersebut.

Objektif pada kali ini adalah untuk menyelaras serta mengemaskini maklumat terkini berkaitan inisiatif sedia ada dan cadangan inisiatif baharu di bawah pelaksanaan hala tuju SMJ bagi tahun 2025 dan memuktamadkan senarai inisiatif sedia ada Kumpulan Yayasan Sabah.

Penolong Pengarah Sekretariat Sabah Maju Jaya, JKM, Puan Oreynie Arlina Yeop binti MD Arling (empat dari kanan) sedang memberikan penerangan sesi libat urus Inisiatif Hala Tuju SMJ.

Gambar berkumpulan

Sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah turut serta dalam acara perbarisan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Acara sambutan dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri serta barisan kabinet negeri.

Sebanyak 80 kontinjen perbarisan terdiri daripada kontinjen kategori jabatan kerajaan berpakaian rasmi, kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian rasmi, kategori sekolah menengah, sekolah rendah, institut pengajian tinggi awam dan swasta, kategori persatuan etnik sabah, kategori pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kategori swasta/ komersil. Sebanyak 17 das tembakan meriam oleh Rejimen ke-6 Artileri DiRaja.

Lintas hormat daripada kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah.
Pengurus Kontinjen, Encik Ahmad Fauziee Wasimin (baris depan, kiri) turut kelihatan semasa menerima piala kemenangan yang disampaikan oleh Dato’ Sri Dr. Haji Sabin (baris depan, tiga dari kanan).
Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah meraikan kemenangan bersama-sama dengan staf Kumpulan Yayasan Sabah yang hadir memberikan sokongan.

Dalam acara perbarisan kategori Swasta dan Komersial, Kumpulan Yayasan Sabah telah berjaya mendapat tempat Ketiga dengan markah 93%. Hadiah disampaikan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah.

Kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah memulakan latihan kawad kaki bermula 19 Mei 2025 dan kemudiannya menghadiri raptai selama dua hari iaitu pada 18 hingga 19 Jun 2025.

Sesi pemanasan dan regangan badan.

Sesi latihan kontinjen bersama jurulatih, Sarjan Mejar Ismail Ahmat.
Amanat dan kata-kata semangat daripada Pengurus Kontinjen, Encik Ahmad Fauziee Wasimin.
Panel penilai menilai disiplin dan keseragaman setiap kontinjen sebelum bermulanya sesi raptai.
Siap siaga dengan semangat yang tidak pernah luntur.

Dr. Shahriman (dua dari kiri) berkongsi peluang melanjutkan pengajian tinggi ke UNIMAP.

Kunjungan Hormat ke Bahagian Pembangunan Pendidikan

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang diwakili oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Dan Teknologi Mekanikal, Prof. Ir. Ts. Dr. Shahriman Abu Bakar serta Penyelaras Jaringan Industri dan Pengurusan Kualiti Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal, Dr. Aimi Athira binti Aznan. Turut hadir Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan (BPP), Tuan Haji Asman Dulamid.

Kunjungan hormat ini adalah ruang perbincangan awal ke arah kerjasama strategik antara dua institusi yang berkongsi aspirasi dalam memperkukuh jaringan kemahiran dan akademik.

Tuan Haji Asman (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Dr. Shahriman (dua dari kanan).

Kunjungan Hormat UMPSA

Ke Bahagian Pembangunan Pendidikan

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh

Naib Canselor, Professor Dr. Yatimah Alias bersama 11 orang delegasi dari institusi tersebut. Turut hadir Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan (BPP), Tuan Haji Asman Dulamid.

Kunjungan ini membuka ruang kepada perbincangan yang berfokus kepada cadangan kerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya menjurus ke arah kolaborasi tajaan pendidikan yang dapat memberi manfaat jangka panjang kepada pelajar serta komuniti akademik di Sabah. Objektif utama kunjungan ini adalah untuk merintis peluang jalinan strategik antara UMPSA dan Kumpulan Yayasan Sabah serta memperkukuh jaringan antara institusi pengajian tinggi dengan agensi kerajaan negeri dalam usaha membangunkan modal insan berdaya saing.

Professor Dr. Yatimah (kanan) bersama rombongan UMPSA.

Sesi perkongsian daripada

Professor Dr. Yatimah (tiga dari kiri) mengenai cadangan kerjasama dalam bidang pendidikan.

Gambar kenangan bersama staf BPP, Kumpulan Yayasan Sabah.

Kunjungan Hormat

GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE (GMI)

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman telah menerima kunjungan hormat dari German-Malaysia Institute (GMI) yang diwakili oleh Pegawai Pinjaman dan Penajaan Pelajar, Puan Anizah Hamzah serta Kaunselor Pelajar, Puan Norsiah Berdi.

Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama strategik yang dapat memberikan manfaat bersama terutamanya dalam bidang latihan teknikal. GMI merupakan sebuah institusi pendidikan dan TVET di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berfokus pada teknologi kejuruteraan Jerman.

Encik Hanafiah (dua dari Kanan) menerima cenderamata daripada Puan Anizah.

Puan Anizah (kanan) berkongsi tentang pengajian dan manfaat di German-Malaysia Institute (GMI).

Lawatan Akademik

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan telah menerima lawatan daripada Unit Tingkatan Enam SMK Terusan, Lahad Datu pada 8 Mei 2025. Lawatan ini telah diketuai oleh Guru Kaunseling, Dr. Mapatan bin Sudin bersama 68 orang pelajar serta tujuh orang guru pengiring. Turut hadir Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Tuan Haji Asman Dulamid.

Lawatan ini bertujuan untuk mendalami serta memahami fungsi dan peranan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah.

Dr. Mapatan (dua dari kanan) memperkenalkan rombongan lawatan kepada Tuan Haji Asman (kanan).
Gambar berkumpulan bersama rombongan lawatan.
Dr. Mapatan (kiri) bertukar cenderamata dengan Tuan Haji Asman (kanan).

BENGKEL LATIHAN HIRARC

KERJASAMA

KUMPULAN YAYASAN SABAH & JKKP SABAH

Majlis Penutupan Program Latihan Bengkel Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Penilaian Risiko (HIRARC) telah diadakan di bilik Multivision pada 15 dan 16 April 2025. Program ini dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah melibatkan penyertaan OSH-Coordinator daripada syarikatsyarikat di bawah naungan Kumpulan Yayasan Sabah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan Pengarah JKKP Sabah, Tuan Haji Zulkifly bin Sulaiman.

Gambar kenangan peserta kursus bersama Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (empat dari kiri) dan Tuan Haji Zulkifly (lima dari kiri).
Tuan Haji Zulkifly menyampaikan taklimat kepada peserta kursus.

Kursus COACHING for LEADERS

membentuk PEMIMPIN MASA HADAPAN

Seramai 20 orang staf telah menyertai Kursus Coaching for Leaders yang telah berlangsung pada 16 hingga 17 April 2025, bertempat di Kinabalu Room, Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Abdul Aziz bin Kassim, seorang Jurulatih Bersekutu dan Perunding daripada Prisma Adventure Sdn. Bhd.

Kursus intensif selama dua hari ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan organisasi melalui pemantapan pengurusan hubungan strategik serta pengukuhan kompetensi peribadi, profesional, dan komunikasi dalam kalangan pemimpin. Dalam era perubahan yang pesat dan persekitaran kerja yang semakin kompleks, keupayaan seorang pemimpin untuk memimpin dengan empati, berkomunikasi secara berkesan, serta membuat keputusan yang tepat dan bijaksana adalah lebih penting berbanding sebelum ini.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada perbezaan asas antara peranan Coach, Coachee, dan proses Coaching itu sendiri. Penjelasan turut diberikan mengenai tanggungjawab masing-masing dalam memastikan keberkesanan sesi coaching. Kursus ini juga menekankan tiga komponen utama yang menjadi asas kepada sesi coaching yang berjaya, iaitu Connection (hubungan), Clarification (penjelasan), dan Commitment (komitmen).

Dengan pendekatan yang sistematik dan praktikal, kursus ini diyakini mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan barisan pemimpin masa hadapan yang lebih dinamik, berdaya tahan, dan responsif terhadap cabaran semasa serta keperluan organisasi yang sentiasa berubah. Penerapan ilmu dan kemahiran yang diperoleh diharapkan dapat memperkukuh budaya kepimpinan berasaskan coaching dalam organisasi.

Para peserta bergambar kumpulan bersama

Encik Abdul Aziz sebagai kenangan.

Para peserta telah diberikan masa untuk membentuk kumpulan masing-masing dan menjalankan aktiviti.
Encik Abdul Aziz sedang memberi penerangan kepada para peserta.

Pegawai Turus Persenjataan memberi taklimat pengendalian senjata api kepada

BORNEO SECURITY CENTRE SDN. BHD

Perkukuh Pengendalian Senjata Api

Seramai 14 orang staf daripada Borneo Security Centre Sdn. Bhd. (BSCSB) telah menjalani sesi latihan menembak di Lapang Sasar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lok Kawi, Kota Kinabalu pada 2 Mei 2025. Sesi latihan kemahiran menembak tersebut telah dikendalikan oleh dua orang Pegawai Turus Persenjataan, Kontinjen Sabah. Latihan menembak ini bertujuan bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan pembaharuan permit dan lesen senjata api tahun 2025/2026.

Turut hadir pada sesi latihan tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi ICSB, Encik Douglas Joinol, Pengurus Besar Innoprise Capital Sdn. Bhd., Encik Awang Zainuddin bin Awang Matusin dan Pengurus BSCSB, Puan Norje Haji Busu.

Puan Norjie sedang memberi taklimat selepas sesi latihan menembak.
Pemenang sharp shooter, Encik Abd Rashid bin Mahali (kiri) menerima sagu hati daripada Encik Douglas(tengah) disaksikan oleh Puan Norjie.
staf BSCSB.
Gambar berkumpulan staf BSCSB bersama Encik Douglas (enam dari kiri) dan Puan Norjie (tujuh dari kiri) yang menyertai sesi latihan menembak tersebut.

ENCIK TEO GUAN LECK

Ketua Pentadbir Zon

Zon Pedalaman

Utara

Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Ogos 1989 sebagai Pengurus Kawasan Yayasan Sabah Kuala Penyu. Sepanjang lebih tiga dekad berkhidmat, saya telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai jawatan di beberapa jabatan yang berbeza, yang memperkaya pengalaman saya dalam bidang pengurusan dan pembangunan masyarakat. Perjalanan kerjaya saya bersama Kumpulan Yayasan Sabah akhirnya melabuhkan tirainya apabila saya bersara secara rasmi pada 13 Januari 2025.

Antara aspek paling berharga sepanjang perkhidmatan saya ialah peluang untuk menyumbang secara langsung kepada peningkatan kualiti kehidupan rakyat Sabah, khususnya di kawasan luar bandar. Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan, sosioekonomi dan inisiatif Yayasan Sabah Bersama Rakyat, saya dapat melihat sendiri impak positif yang tercetus dalam kehidupan masyarakat setempat. Perubahan yang berlaku, walaupun sedikit demi sedikit, memberikan satu kepuasan jiwa yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Namun, tugas ini tidak datang tanpa cabaran. Antara kesukaran utama ialah memastikan setiap program pembangunan dapat dilaksanakan secara efektif di kawasan pedalaman yang masih berdepan dengan kekangan infrastruktur asas serta capaian logistik. Walaupun begitu, dengan komitmen padu, sokongan pentadbiran dan kerjasama erat daripada pelbagai pihak, cabaran ini berjaya diatasi secara berperingkat dan menyuntik semangat baharu dalam melaksanakan tanggungjawab.

Kini, setelah menamatkan perkhidmatan, saya memilih untuk terus aktif dalam bidang pertanian, khususnya dengan menguruskan kebun durian sebagai salah satu aktiviti utama semasa persaraan. Selain memberi kepuasan peribadi, ia juga membuka ruang kepada saya untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat serta memanfaatkan pengalaman pengurusan yang telah saya timba.

Apa yang paling saya rindui sepanjang perkhidmatan adalah hubungan akrab bersama masyarakat dan rakan setugas, serta detik-detik menyaksikan hasil usaha kami membuahkan kejayaan. Wajah ceria masyarakat kampung apabila menerima manfaat daripada inisiatif Kumpulan Yayasan Sabah amat menyentuh hati saya dan memberi makna yang besar terhadap tugasan yang saya pikul selama ini.

Antara detik yang paling saya kenang sepanjang perkhidmatan adalah apabila diberi penghormatan menyampaikan taklimat pembangunan kraf tangan kepada dua Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Abdullah Badawi. Pengalaman ini bukan sahaja menjadi satu pencapaian peribadi, malah simbol kepercayaan terhadap keupayaan saya sebagai penjawat awam yang membawa aspirasi rakyat.

Pengurus Kumpulan Pusat Kraftangan Sabah PUAN VIVIAN EVANS

Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 November 1989 sebagai Penggerak Pembangunan Insan (PDCat) di Bahagian Sosio-Ekonomi, Pejabat Kawasan Yayasan Sabah Keningau.

Sepanjang 35 tahun 7 bulan berkhidmat, aspek terbaik dan paling berharga apabila dapat menimba pengalaman kerja di pejabat-pejabat yang berbeza iaitu di pejabat zon, Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB) dan terakhir di Pusat Kraftangan Sabah (PKS). Selain itu, mendapat pendedahan berurusan dengan Jabatan Perdana Menteri melalui pelaksanaan Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah.

Lumrah dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, pelbagai cabaran diharungi. Antara aspek yang paling sukar ketika bertugas dalam organisasi ini ialah semasa menguruskan kumpulan sasar khususnya dalam konteks melibatkan pelbagai latar belakang, keupayaan dan personaliti individu yang terlibat. Selain itu, membimbing staf pelaksana agar sentiasa seiring dengan visi dan matlamat organisasi juga merupakan aspek yang mencabar. Ia memerlukan kesabaran, komunikasi berkesan, dan pendekatan yang sesuai bagi memastikan program berjalan lancar dan objektif tercapai.

Bekerja dalam organisasi ini memberikan satu kepuasan dalam diri saya kerana setiap usaha dan sumbangan secara langsung memberi impak positif kepada kesejahteraan masyarakat. Ia adalah satu pengalaman yang amat membanggakan dan memberi makna mendalam dalam kerjaya saya.

Terlalu banyak kenangan manis dan pahit dilalui bersama rakan-rakan sekerja di PKS. Namun, kami nekad sehati sejiwa menyokong antara satu sama lain. Setiap staf berperanan bukan sahaja sebagai rakan sekerja, tetapi juga sebagai satu keluarga besar yang saling membantu dalam menghadapi cabaran tugas harian. Kepuasan dalam melihat perubahan positif hasil sumbangan semua yang terlibat adalah sesuatu yang amat bermakna dan sukar diganti.

Saat yang tidak akan saya lupa semasa berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah ialah semasa PKS mencipta sejarah dengan menghasilkan batik canting tangan terpanjang di Malaysia, sepanjang 2,583.8 meter dan rekod ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai pencapaian luar biasa dalam bidang seni kraf. Suasana penuh semangat dan kerjasama antara staf PKS, tenaga pengajar, pelatih, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah menjadikan pengalaman ini sukar untuk dilupakan. Melihat hasil usaha ramai pihak selama seminggu dalam menghasilkan batik terpanjang di Malaysia merupakan saat yang mengharukan dan membanggakan.

Ketika wakil daripada Malaysia Book of Records secara rasmi mengumumkan kejayaan tersebut, kegembiraan jelas terpancar pada wajah setiap individu yang terlibat terutama saya selaku Ketua Program. Sorakan, tepukan gemuruh, dan air mata kegembiraan menjadi saksi pengorbanan dan penat lelah selama ini benar-benar membuahkan hasil. Lebih dari sekadar pencapaian, ia adalah simbol semangat kebersamaan warga PKS dan semua yang terlibat dalam mengangkat warisan seni tempatan ke peringkat kebangsaan. Pengalaman ini bukan sahaja mencipta sejarah, tetapi juga meninggalkan kenangan abadi yang akan dikenang untuk selama-lamanya.

Sebagai warga Kumpulan Yayasan Sabah yang telah menabur bakti selama 36 tahun, saya ingin berpesan kepada semua staf supaya terus berkhidmat dengan berintegriti, dedikasi dan semangat berpasukan. Kepimpinan yang baik dan sokongan antara satu sama lain adalah kunci kejayaan organisasi. Jadikan setiap tugas satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan penuh komitmen. Buat barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, teruskan memberi sokongan dan bimbingan kepada staf bawahan agar mereka berdaya saing dan sentiasa berkembang. Kepimpinan yang baik adalah asas kepada kejayaan organisasi.

Bukti

IJAZAH POSTHUMUS

Encik Mohd. Jaffry menyampaikan anugerah Ijazah Posthumus kepada Puan Nur Izzah ‘Atirah.

Penghormatan buat Allahyarhamah Khamisah binti Ag Abas

Bersempena Majlis Konvokesyen ke-29 Open University Malaysia (OUM), institusi pendidikan tersebut telah menganugerahkan Ijazah Posthumus - Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian kepada Allahyarhamah Khamisah binti Ag. Abas, mantan staf Unit Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ ICSB). Penganugerahan ijazah ini disampaikan oleh Pengarah OUM Kota Kinabalu, Encik Mohd. Jaffry Abd. Rashid kepada adik Allahyarhamah, Puan Nur Izzah ‘Atirah binti Ag. Abas pada 28 Mei 2025 bertempat di OUM Kota Kinabalu Learning Centre.

Semoga pencapaian ini menjadi kenangan terindah buat keluarga dan bukti dedikasi Allahyarhamah semasa hayatnya. Semoga pencapaian ini turut menjadi inspirasi buat anak-anak Allahyarhamah dan juga staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Ahli keluarga Allahyarhamah Khamisah mengabadikan kenangan bersama ijazah dan penghargaan yang diterima daripada OUM.

kesungguhan yang tidak pernah mengenal erti putus asa.
Encik Mohd. Jaffry bersama dengan Encik Ag. Abas bin Hasim (ayah, berkopiah putih), Puan Dg. Rukiah bte Sulaiman (ibu, bertudung hijau), serta anak-anak Allahyarhamah Khamisah iaitu Dayang Nur Hana’ Maisurah (kanan) dan Putri Nur Hana’ Maizahra (depan).
“Meneguhkan Permuafakatan, Memacu Kemampanan”

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KPYSB

Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2025 (MAT 2025) pada 18 Jun 2025 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Dalam ucapan dasarnya, Pengerusi KPYSB, Encik Jessel Kamijan, menzahirkan rasa syukur atas pencapaian memberangsangkan koperasi bagi tahun kewangan 2024/2025. Beliau menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil daripada perancangan strategik yang rapi serta komitmen berterusan seluruh warga kerja koperasi dalam memacu pertumbuhan yang mampan.

Menurut beliau, beberapa cabang perniagaan utama telah menyumbang secara signifikan kepada peningkatan hasil koperasi. Antaranya, perkhidmatan Ar-Rahnu, pengurusan Taman Bakti Ikhlas, perkhidmatan pinjaman, penyewaan bangunan dan dewan, serta perniagaan Dobi Layan Diri.

“Selain itu, pendapatan koperasi turut diperkukuh melalui aktiviti penyewaan apartmen, tapak menara

telekomunikasi, dewan serbaguna KPYSB, serta kiosk dan ruang niaga di Taman Bakti Ikhlas. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) telah ditetapkan bagi setiap unit perniagaan koperasi sebagai langkah kawalan dan pemantauan pencapaian, selaras dengan sasaran tahunan yang ditetapkan KPYSB. Beliau yakin dengan kepelbagaian sumber pendapatan yang diusahakan, prestasi kewangan KPYSB akan terus mampan dan berdaya saing,” tambah beliau lagi.

Dalam mesyuarat ini juga, empat orang anggota lembaga yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan mengikut Undang-Undang Kecil KPYSB telah dipilih semula untuk meneruskan khidmat bakti mereka, iaitu Puan Susan Malagob, Encik Gerard Clement Mojiliu, Encik Stephen Jilimin dan Puan Hajah Nabsia @ Jamilah Yunus.

Sokongan dan kesetiaan para anggota merupakan tunjang utama kemajuan koperasi. Segala usaha perlu digembleng secara kolektif dalam semangat permuafakatan, seiring dengan aspirasi Malaysia Madani, ke arah membina masa depan yang lebih mampan, progresif dan inklusif.

Encik Jessel menyampaikan ucapan.
Antara ahli KPYSB yang hadir.
Barisan Pengurusan dan Anggota Lembaga KPYSB 2025/2026 bersama wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (empat dari kanan).

PESAYA KE-15, Kelantan…

Kontinjen YSG datang!

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah dalam misi mempersiapkan diri memberi saingan sengit dalam Pesta Sukan Antara Yayasan-Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-15 yang akan berlangsung pada 12 hingga 20 Julai 2025 di Kota Bahru, Kelantan. Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah diketuai oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman selaku Ketua Kontinjen.

Sebanyak 11 kontinjen dari yayasan-yayasan negeri seluruh Malaysia bakal menyertai kejohanan tersebut yang menyaksikan 13 acara dipertandingkan. Kumpulan Yayasan Sabah menghantar seramai 110 orang yang terdiri daripada atlet dan pegawai. Antara sukan yang disertai oleh Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah adalah futsal terbuka, futsal veteran, e-sport, dart, ping pong, karom, petanque, badminton, golf dan boling.

Ping Pong
Futsal Veteran
e-sport
Petanque
Dart

EDITORIAL

PENASIHAT

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, JP

SIDANG EDITORIAL

Sam S. Karnail

Annieyldah Peter Hamidon

Nurfaezah Abdul Ghani

Mary Joan Taji @ Paul

SUMBANGAN RENCANA

Staf Bahagian Komunikasi Korporat

Staf Pejabat Ketua Pegawai Operasi ICSB

Staf Pejabat-Pejabat Zon

Staf Pusat Kraftangan Sabah

Staf Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad

REKA BENTUK & SUSUN ATUR

Alastair Nicholas

Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin

Juliana Lim Yuen Ling

Muhammad Fahmi Abdul Alim

Hannah Hidayati Zainudin

JURUGAMBAR

Samson Lawrence Zairulazrin Delin

Azli bin Mohd. Abu Bakar

Junior Juryzam

Hannah Hidayati Zainudin

Staf Bahagian Komunikasi Korporat

Staf Pejabat-pejabat Zon

Staf Pusat Kraftangan Sabah

Karom
Badminton
Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.
Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan.
Boling

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.