
2 minute read
Perasmian Asrama Daerah YS Sipitang
Ikan Program yelidikan dan
Pembangunan _____ - Daluk Sapawi
Yayasan Sabah haruslah meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan khususnya dalam usaha menaiktarafbidang pendidikan dari pelbagai slldut.
"Harapan ini adalah bersandarkan kepada kebolehan dan kepakaran yang dimiliki oleh segenap gunatenaga Yayasan Sabah sarna ada di ibupejabat mahupun di pejabat-pejabat kawasan," kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Sapawi HajJ Ahmad.
"Unjuran ini juga untuk mengimbau slogan yang bermain di bibir rakyat jelata Sabah iaitu ' Malaysia Boleh', ' Sabah Boleh ' dan saya yakin 'Yayasan Sabah j llga Bo leh' !" tegas beliau di majlis perasmian Asrama Daerah Yayasan Sabah Sipitang pad a 22 Mac lalu.
Menyentuh mengenai asrama tersebut, bel iau berharap peratus kehadiran pelajar ke sekolah dapat dipertingkatkan sekaligus mengelakkan daripada berlakllnya keciciran dalam proses pembelajaran mereka.
"Dengan adanya asrama ini, anak
Da/uk Sapawi membuka lirai p/ak bagi menyempurnakan maj/is perasmian Asrama Daerah Sipi/ang
anak tidak perlu lagi bersusah payah berjalan kaki sejauh 16 hingga 18 kilometer melalui lereng bukit, mengharungi sungai serta merentasi hutan setiap hari untuk ke sekolah," kata beliau.
Dalam hal ini beliau menyeru semua pihak memberi sokongan dan komitmen yang menyeluruh bagi memastikan pelbagai program kerajaan dapat direalisasikan. "Hanya dengan sokongan padu rakyat jelata, Negeri Sabah akan dapat memintas negeri-negeri lain di Semenanjung malah jiran kita Sarawak dalam jangkamasa terdekat," tam bah beliau.
Sementara itu Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Musa Haji Aman berkata kewujudan kompleks Asrama Daerah Yayasan Sabah Sipitang tersebut menzahirkan pelaksanaan pelbagai program pembangunan Yayasan Sabah.
"lni selaras dengan peranannya menokoktambah usaha-usaha Kerajaan terutama dalam mengangkat martabat pendidikan agar 'duduk sarna rendah, berdiri sarna tinggi ' dengan negeri-negeri lain di Semenanjung dan juga Sarawak," tegas beliau dalam ucapannya yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Datuk Mohd. Tahir Jaafar pada majlis tersebut.
"Ramai pelajar terutama di luar bandar masih jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan kerana kemudahan pembelajaran yang terdapat di kawasan bandar adalah jauh leoih baik daripada di luar ban dar," katanya.
"Atas keprihatinan dan keinsafan inilah, Yayasan Sabah membelanjakan tidak kurang daripada RM50 juta setahun bagi tujuan menjana pembangunan sosioekonomi dan kebajikan rakyatjelata Malaysia di Sabah," tam bah beliau.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Sipitang, Mohd. Farid Haji Mohd. Yamin serta ketuaketua jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan daerah Sipitang.
Bangunan Asrama Daerah Yayasan Sabah, Sipitang, buat pertama kali dibina dalam tahun 1972 dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia. Sejak ia beroperasi, seramai lebih kurang 1,500 orang pelajar telah mendapat faedah darinya. Disebabkan keadaan fizikal bangunan yang semakin dimakan usia maka bangunan asrama baru dibina dengan kos kira-kira RM320,000. Asrama ini mampu menempatkan seramai 60 orang penghuni.