
2 minute read
Seminar Kemahiran Keibubapaan
KEMA"HIRAN KEIB UBAPAAN PE TING : DATUK MUSA
Para peserta sibuk dengan urusan pendajiaran. Pengetahuan mengenai kemahiran keibubapaan adalah penting dalam memimpin keluarga ke arah kebahagiaan.
"Sekiranya ibu bapa dalam setiap keluarga memiliki kemahiran keibubapaan, sudah pasti gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja kita dapat dibendung," jelas Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Musa Haji Aman di majJis perasmian Seminar Kemahiran Keibubapaan di sebuah hotel ternama di Keningau pada 18 Mac lalu. Ucapan beliau disampaikan oJeh Pengurus KumpuJan Bahagian Perkhidmatan Korporat, Kamis Haji AwangAli.
Menurut Datuk Musa juga, masyarakat yang berjaya bergantung kepada corak pembentukan sesebuah keluarga di daJam masyarakat tersebut. Manakala kejayaan sesebuah keluarga pula bergantung kepada kecekapan dan kepintaran ibu bapa, di dalam memimpin sesebuah institusi keluarga tersebut.
lusteru itu, kata Datuk Musa, ibu bapa mestilah prihatin akan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka dan melaksanakan tugas terse but dengan penuh amanah dan bertanggungjawab agar anak-anak mereka berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Seminar sehari itu melibatkan seramai 180 peserta dari daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawanl Pensiangan. Sebanyak empat kertas kerjadibentangkan oleh ahli panel dari Pusat Perkembangan Kertas kerja tersebut ialah Pertumbuhan dan Kanak-Kanak; Kesihatan dan Pemakanan yang Baik untuk Keluarga dan Anak; Menangani Masalah Tingkahlaku Anak-anak; .danCani-cara Membantu Anak-anak Dalam Pembelajaran.
PEMBANGUNAN HARoS SEIMBAHS: MUSA
Tertumpu....Azmi Abdul Hamid menyampaikan ceramah be/iau.
Pembangunan masyarakat haruslah seimbang di antara aspek kerohanian dan fizikal.
Permasalahan sosial yang berat dan kronik timbul jika kita hanya memberi penekanan dalam pembangunan fizikal sahaja.
"Gejalasosial yang ada pada hari ini jelas membuktikan betapa terhakisnya nilai-nilai kemanusian dalam setiap nurani kehidupan insan," dem ikian menurut Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Musa Haji Aman dalam ucapan beliau di majlis perasmian Seminar Belia Penggerak Wawasan pada 19 Mac lalu di Dewan Serbaguna Perpustakaan Negeri, cawangan Penampang. Ucapan beliau disampaikan oleh Pengurus Kumpulan, Bahagian Perkhidmatan Korporat, Kamis Haji Awang Ali.

"Hal ini berlaku kerana selama ini pembangunan dimengertikan sebagai satu konsep yang lebih menititberatkan soal-soal kebendaan sahaja," tambah beliau.
Salah seorangpeserla mengemukakan kemusykilan beliau semasa sesi seminar lersebul.
"Sehubungan dengan itu kita haruslah menampilkan suatu pengertian pembangunan yang lebih bersepadu dan saksama yang merangkumi nilainilai luhur, meliputi kemajuan rohani, sosial dan ekonomi," tegas Datuk Musa.
Datuk Musa menambah, hanya dengan tnl belia berupaya membebaskan diri daripada belenggu gejala sosial l sekiranya mereka mahu berjaya sebagai penggerak pembangunan.
Menurut beliau Yayasan Sabah melalui program kemasyarakatan telahpun melaksanakan kira-kira 110 program yang merangkumi kegiatan pembangunan ekonomi dan sosial di daerah Penampang. Antara lain objektifseminar tersebut ialah untuk melahirkan penggerak komuniti; membantu belia membentuk program-program yang bersifat operasional; dan membuka minda belia dengan ide-ide luar yang boleh dicontohi. Adalah menjadi harapan Yayasan Sabah, agar seminar ini menjadi medan untuk membimbing belia yang kelak akan meneraJul kepimpinan negeri.
Tujuh puluh tiga orang belia dari kawasan Moyog dan Petagas menyertai seminar sehari tersebut yang dikendalikan oleh Pengerusi PusatKajian Belia dan Pembangunan Alternatif Sungai Petani, Kedah, Azmi Abdul Hamid.