1 minute read

Busung buatan orang?

BUSUNG dalam kalangan masyarakat tempatan bukan perkaraasing, bahkan keadaan perut yang membuncit sering dikaitkan dengan ‘buatan orang’.

Penyakit ‘misteri’ yang muncul secaratiba-tiba itu turut dikaitkan apabila individu berdepan situasi seperti hilang seleramakan, turun berat badan, kembung perut, bengkak kaki dan kesukaran bernafas.

Pakar Perut, Usus dan Hati, Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh memberitahu, mengikut perubatan sains keadaan perut membuncit atau dipercayai busung dalam kalangan masyarakat tempatan adalah merujuk kepada ascites.

“Gejala penyakit seperti pening, muntah dan sakit ulu hati boleh muncul secaratiba-tiba bergantung kepada punca pengumpulan cecair pada lapisan dalam abdomen.

“Oleh itu, jumpa doktor dengan kadar segerauntuk mencari punca dan mencegah sebelum menjadi lebih teruk kerana masalah ini tanda kepada penyakit lain,” katanya kepada Majoriti 7.

Tambah beliau, penyakit tersebut adalah pengumpulan cecair bahagian ruang abdomen yang mengakibatkan perut membesar. Kaedah rawatan bergantung kepada puncanya.

“Ubat diuretik boleh membantu merawat busung dengan meningkatkan pengeluaran garam dan air daripada badan, seterusnya mengurangkan tekanan dalam salur darah vena pada hati.

“Selain itu, prosedur paracentesis menggunakan jarum halus dan panjang membantu membuang lebihan cecair antaraempat hingga 10 liter. Hasilnya, fizikal perut pesakit boleh kembali normal,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad Shukri menjelaskan bahawa jika pesakit membiarkan kesihatan tanpa sebarang tindakan lanjut bimbang penyakit lain lebih serius berlaku terutamanya fungsi hati terjejas.

Beliau memberitahu,lazimnya pesakit mengalami busung disebabkan parut pada hati yang mana secara saintifik dikenali sebagai sirosis.

“Sirosis akan meningkatkan tekanan saluran darah dalam hati dan memaksa cecair pergi ke ruang lapisan dalam abdomen lalu menyebabkan berlakunya busung.

“Kerosakan hati adalah faktor risiko utama untuk seseorang mengalami busung. Antarapunca kerosakan hati termasuklah Hepatitis Bdan C disebabkan virus dan pengambilan alkohol.

“Penyakit lain juga boleh meningkatkan risikomendapat busung seperti jantung, masalah buah pinggang dan kanser ovari serta kanser hati,” katanya.

Selain itu, kata Dr. Ahmad Shukri, golongan kanak-kanak turut berpotensi mengalami busung, namun masalah itu jarang berlaku.

“Kebarangkalian untuk wanita dan lelaki mengalami busung adalah sama. Disebabkan itu, penting untuk menjalani ujian saringan kesihatan secaraberkala.

“Jika melihat sebarang perubahan segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.