
1 minute read
Pengalamanmeluncurair indoor
FlowRider menggabungkan teknik skating, snowboarding, skateboarding, wakeboarding dan skiboarding yang dibimbingjurulatih profesional.
FlowRiderdipusat beli-belah 1Utama adalahtaman luncur indoor pertamadi Malaysia membawakan pengalaman meluncur airyang menyeronokkan.
Pengunjungakandiberi latihansebelum melakukan aktiviti surfing
SUKAN atau aktiviti luncur air memberikan pengalaman menyeronokkan. Jika kebiasaannya untuk melakukan sukan ekstrem tersebut orang ramai perlu ke kawasan pantai yang mempunyai kekuatan ombak, namun kini sebaliknya.
Pendek kata, anda tidak perlu memandu ke pantai Terengganu atau Cherating, Pahang kerana aktiviti meluncur air boleh dilakukan secara indoor di FlowRider pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor. Menarik bukan!




Ia adalah taman luncur indoor pertama di Malaysia membawakan konsep taman permainan dan suasana luncur ombak serba baharu bersesuaian semua peringkat umur khususnya buat kanak-kanak mengisi masa lapang sempena musim cuti sekolah.
FlowRider menggabungkan teknik skating, snowboarding, skateboarding, wakeboarding dan skiboarding yang dibimbing jurulatih profesional.

Rasai dan alami gelombang ombak yang tidak berkesudahan. Belajar dan imbangi badan lalu cuba berdiri di atas papan luncur dalam keadaan air bergelorapada kelajuan 32 km/j di atas permukaan vinil komposit.
Baik golongan kanak-kanak mahupun dewasa inilah masanya untuk menerokai pengalaman meluncur ke atas, ke bawah dan berputar seperti beraksi di laut.
Pun demikian, pastikan had ketinggian anda pada paras atau lebih 107 sentimer (cm) termasuk diwajibkan memakai pakaian renang sebelum meluncur air.
Selain itu, FlowRider juga menyediakan kelas latihan meluncur dan ruang untuk menganjurkan parti ulang tahun kelahiran.
INFO
Lokasi: Tingkat LG,pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya,Selangor Masa operasi
:10pagi hingga 10 malam (Khamis -Ahad)
:10pagi hingga 10.30 malam (Jumaat &Sabtu)
Harga :RM55 (dewasa)
:RM50 (kanak-kanak)
:RM65 (dewasa Sabtu,Ahad & cutiumum) :RM60 (dewasa Sabtu,Ahad & cutiumum)
Had ketinggian: 107cm