1 minute read

Santai malam layan muzik seni&

Pelbagai aktiviti komunitidianjurkan di sini bersama penduduk setempat.Ohya, jika bertuahpengunjung berpeluang menyaksikan persembahan live band yang menyemarakkan malamhari.

TheZhongshan Building antaraportpilihan warga kota hari ini santai bersama keluarga danteman

BANGUNAN empat tingkat serba putih terletak di Jalan Rotan, Kampung Attap, Kuala Lumpur sarat sejarah dan ceriteratersendiri.

Biarpun mencecah usia lebih 60 tahun, tetapi siapa sangka bangunan berdiri utuh di nadi ibu kota itu semakin menjadi pilihan warga metropolitan khususnya pada sebelah malam.

Masakan tidak, sejak diberi nafas baharu pada tahun 2017, The Zhongshan Building kini antaraport ideal untuk bersantai dan menikmati secawan kopi sambil melayan muzik bersama teman dan seisi keluarga.

Selain itu, pelbagai aktiviti komuniti turut dijalankan bersama penduduk setempat seperti sumbangan makanan dan festival. Jika bertuah pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan live band yang menyemarakkan malam hari anda.

The Zhongshan Building juga menjadi hab kreatif pameran seni pelbagai mediumyang artistik. Di sana menawarkan studio lukisan dan ruang pameran kesenian buat pengunjung menenangkan minda dengan menghayati karya seni dipamerkan.

Secarakasar persekitaran bangunan tersebut kelihatan ‘old skool’, tetapi nilai estetika itulah antaradaya tarikan utama The Zhongshan Building terutamanya buat mereka yang gemar merakam foto #potd (photo of the day).

The Zhongshan Building yang disokong Think City diketuai perunding seni Liza Ho dan Snow Ng yang mana masing-masing memiliki pengalaman dalam bidang seni dan budaya tempatan.

THE ZHONGSHAN BUILDING

Lokasi: Jalan Kampung Attap, 80 -84, Jalan Rotan, Kuala Lumpur Masa operasi: 10 pagi -10malam(kedai dibuka mengikut waktu ditetapkan)

Tarikan: n Tempat makan n Ruangseni n Studio kraftangan n Persembahan muzik

Di sini turutmenyediakan studio lukisan danruang kesenianbuat pengunjung menghayati karyaseni dipamerkan.

This article is from: