1 minute read

Kikisbudayakerja negatif, tingkatkan positifdiri

Walhal, ironinya apabila pekerja di syarikat Abercerita kepada staf syarikat B, topik sama juga berlaku biarpun industri profesion tidak sealiran.

Keseriusan masalah budaya kerja toksik tersebut mendorong Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) menggesa majikan memberi perhatian kepada keperluan kesihatan mental pekerja dan melihat kemurungan sebagai masalah perlu dipandang serius, bahkan sebelum negaradilanda pandemik Covid-19.

Gunakan akal logik, siapa yang gemar meletakkan diri dalam takungan toksik? Pastinya, perkaraitu hanya menambah ‘beban’ otak, minda, emosi dan peribadi kita semua.

Apa dimaksudkan dengan persekitaran toksik? Sentimen sering diutarakan melibatkan kerenah, politik dalaman, budaya berat sebelah, cemburu rakan sekerja, rungutan tidak berkesudahan, salah menyalahi dan gemar menyibuk antaraisu dihadapi golongan working class di negaraini. Individu hebat dalam psikologi atau bijak mengawal diri mungkin menyifatkan ia perkararemeh. Malangnya, ramai bertindak seperti span menyerap ‘kotoran’ sehingga menjadi bakteria yang akhirnya menggugat keseimbangan dan kesejahteraan diri.

JIKA diteliti statistik terkini sebahagian besar pekerja dikatakan mula mengalami tekanan dan kemurungan salah satunya dek situasi ‘toksik’ di tempat kerja.

Ramai mula mengambil langkah pendek menghantar notis berhenti kerja dengan alasan tempat kerja untuk mencari rezeki demi diri sendiri dan keluarga tidak kondusif. Sana dan sini sarat dikelilingi toksik. Namun begitu, sayangnya keputusan berhenti kerja dilakukan tanpa mempunyai plan B.

Pernah juga sahabat di tempat kerja lama Ejen Mberbincang mengenai keputusannya berhenti daripada bidang pekerjaan diceburi lebih 20 tahun. Bukan kerana hilang minat, tetapi persekitaran tempat kerja terlalu negatif mematahkan semangat.

Itu keputusan yang berani. Mencari kesejahteraan diri, sekali gus menghindari budaya lapuk dengan sentimen toksik.

Pun demikian, sebulan lalu beliau berhenti lagi di syarikat baharu atas alasan budaya sama di tempat kerja terbabit. Bermain di benar fikiran Ejen Msampaibila perlu bertukar tempat kerja? Bukankah, masing-masing punya tanggungjawab dan perut perlu diisi.

Pada hemat Ejen M, jika dibahaskan isu ini pasti ada yang saling menuding jari. Tegah diri daripada bertindak demikian. Cari solusi. Bak kata orang, satu jari dituju, sementelah empat jari lain kembali pada diri.

Bersama- sama kita wujudkan budaya komunikasi, toleransi dan saling menghormati tidak kirausia antarajunior atau senior. Kikis kepercayaan diri lebih hebat dan sebagainya.

Adalah wajar untuk sama-sama progresif dalam pemikiran. Lebih baik, berlapang dada dan lihat kekurangan diri masing-masing.

Jangan terlalu angkuh dan sombong dengan terus mengamalkan budaya kolot yang sewajarnya diubah demi kesejahteraan semua pihak.

This article is from: