1 minute read

Kafe sistem audio vintaj

Ibarat lari sejenak dari kesibukan kota apabilakafe berpangkalan di Kota Damansaramembawa pelanggankembali ke era50-an yang mendamaikan jiwa deksegenap ruangdihiasi item dekorasi klasik

BAYANGKAN menghirup kopi sambil duduk bersantai di kerusi rotan dan ditemani alunan muzik retro. Pastinya ambien vintaj pantas menggamit kenangan.

Ibarat lari sejenak dari kesibukan kota apabila Vintage Kissa Cafe membawa pelanggan kembali ke era50-an yang mendamaikan jiwa dek segenap ruang dihiasi item dekorasi klasik. Keunikkannya berbeza dengan barisan kafe urban sedia ada.

Menghimpunkan pelbagai koleksi audio vintaj, kafe yang turut menerapkan konsep muzik terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu memberikan ketenangan.

Perkarapaling menyeronokkan buat pencinta muzik apabila dapat meluangkan masa ‘menyelami’ emosi dengan memainkan koleksi piring hitam, kaset atau cakerapadat (CD).

Pemilik kafe, Ck Yapmenjelaskan bahawa sebagai pengikut dan pengumpul audiovintaj sememangnya beliau ingin mewujudkan satu ruang khusus untuk penggemar muzik vintaj sepertinya.

“Di sini, saya mainkan muzik analog terutamanya Jazz menggunakan kelengkapan sistem audio vintaj era 50-an hingga 70-an. Sumber audio digunakan adalah OpenReel, Vinyl, kaset dan cd.

“Kafe ini juga ideal dijadikan port menghimpunkan komuniti penggemar muzik vintaj untuk saling bertukar pengalaman.

“Selain menumpukan koleksi muzik dan sistem audio vintaj berkualiti, sentuhan dekorasi di seluruh kafe turut mengutamakan sentuhan eradahulu untuk menyerlahkan lagi mood,” katanya.

Di samping bersantai melayan muzik, kafe yang mengambil masa hampir setahun untuk peringkat hiasan dengan koleksi vintaj menyediakan hidangan ringkas.

“Menu signatur kami ialah croffles berasaskan adunan tepung premium Jepun sehingga menjadikannya lembut dalam setiap gigitan.

“Antaranya classic croffles, caramel, chocolate dan biscoff lotus memberikan cita rasa berbeza. Wafel juga tidak kurang hebat rasanya termasuk sajian nasi goreng dan spageti.

“Suasana santai tidak lengkap tanpa gandingan pilihan kopi yang diadunkan menggunakan mesin kopi menyerlahkan aurakonsep pilihan. Selain itu, pelanggan juga boleh memesan secawan teh,” tuturnya.

VINTAGE KISSA CAFE

Lokasi:

Kota Damansara, PetalingJaya,Selangor Waktu operasi: 10 pagi hingga 6petang (Selasa- Ahad)

Matcha croffles lembut dan lazat.

Scramble eggwith avacado wrap