
1 minute read
Kembara backpacking beri lebih kepuasan
MELANCONG memberikan 1,001 pengalaman, apatah lagi mengunjungi negarayang belum pernah dilawati sebelum ini.
Adayang melancong kerana ingin melihat keindahan negaraorang dan ada juga menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai agenda utama dengan memilih pakej percutian disediakan agensi pelancongan.
Berbeza dengan Siti Azila Alias, penulis itu memilih untuk mengembarasecara backpacking bersama sahabat baiknya, Siti Nur Mas Erah Amran ke beberapa negararantauAsia seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Sri Lanka dan India.
Jelasnya, mengembaradengan hanya membawa sebuah beg galas lebih mencabar dan puas kerana segala perancangan merangkumi jadual perjalanan, lokasi ingin dituju, pengangkutan yang ingin digunakan dan tempat penginapan ditentukan mereka sendiri.

“Biasanya kami merancang dalam tempoh setahun. Dalam tempoh masa itu saya akan bertindak mencari tiket penerbangan, tiket kereta api dan tempat penginapan. Saya akan cari tiket semurah yang mungkin ada kalanya hingga enam dan tujuh bulan juga mencari.
“Tugas menentukan lokasi ingin dituju diserahkan kepada Erah kerana dia banyak buat kajian dan membaca,” katanya yang mengakui ada negara dikunjungi mereka lebih daripada sekali dengan lokasi dikunjungi adalah berbeza.
Siti Azila berkata, tempoh masa mengunjungi sesuatu negarabergantung pada keluasan negaraterbabit seperti Singapurahanya tiga hari dua malam manakala India dan Sri Lanka pula mencecah lebih dua minggu.
“Pemilihan lokasi kriterianya keindahan dan sejarahkeranasetiap negaramempunyai hidden gems tersendiri. Tambahan pula, kami gemar makan jadi sudah pasti faktor makanan juga menjadi penentulokasi dikunjungi,” jelasnya memperuntukan RM1,000 hingga RM3,000setiap kali melancong.
Isteri kepada Mohd. Shahril Ahmad itu juga mengakui bahawa setiap pengembaraan ada pengalaman pahit dan manis yang kekal dalam ingatan sampai bila-bila dan dijadikan panduan.
“Paling manis tentunya impian bermain salji sejak kecil tercapai di Kashmir dan dapat menjejak kaki ke salah satu keajaiban dunia di Taj Mahal.




“Pahit pula biasalah apabila perempuan pasti ada pihak mengambil kesempatan dengan cubaan menipu. Di Sri Lanka kami hampir ditipu konduktor bas yang mengenakan harga tinggi sedangkan kami sudah membuat kajian awal harga sebenar tiket berkenaan.
“Berlaku pentengkaran mulut hingga datang lelaki tempatan membantu dan akhirnya kami dapat harga sebenar tiket bas yang jauh lebih murah dari dimintanya,” tutur beliau yang bakal menggembarasekali lagi ke Indonesia hujung tahun ini.
Mengakhiri perbualan, Siti Azila memberitahu,menggembarabersama individu atau mereka yang ‘sekepala’ adalah lebih menyeronokan dan memberi lebih nikmat dalam percutian.