1 minute read

Peluangmesra bersamahaiwan

BERSEMPENA cuti sekolah ibu bapalah golongan paling sibuk memikirkan aktiviti menarik untuk mengisi masa lapang anak-anak.

Buat anda yang cuti tahunan terhad usah bimbang kerana masih berpeluang menghiburkan permata hati dengan program menyeronokkan pada hujung minggu.

Karnival permainan

Singgah sebentar di pusat beli-belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Terdapat karnival permainan berlangsung hingga 19 Mac ini di aras satu gedung tersebut.

Dengan setiap pembelian serendah RM30 pengunjung boleh bermain sekurang-kurangnya tiga daripada 10 game disediakan.

Mesrabersamahaiwan

Bukan setakat itu pihak Wangsa Walk juga menawarkan aktiviti membelai haiwan hingga 19 Mac 2023 di aras satu.

Bagi 50 orang terawal membelanjakan RM30 berpeluang bermesradan bergambar bersama haiwan di sana.

Belajar DIYkraf

Sementaraitu, di Muzium Negara, Kuala Lumpur pula mengadakan Program Ceria.

Berkonsepkan Do-It-Yourself atau DIY kanak-kanak berpeluang menghasilkan pelbagai kraf seperti rebana ubi, wau bulan dan kotak. Selain itu mempelajari sejarah aktiviti sedemikian juga memberi pendedahan tentang koleksi dan artifak berciri- kan kebudayaan dan warisan negara.

Aktiviti bermesra bersamahaiwan antara dianjurkan di WangsaWalk sempena musim cuti sekolah.

Terokai permainan tradisional Jom Main Permainan Tradisional juga berlangsung di pekarangan Muzium Negarahingga 19 Mac 2023.

Antaranya melibatkan permainan kelereng, batu seremban, congkak dan capteh bermula pada pukul 9pagi hingga 5petang.