
1 minute read
Seri flora &landskap KLPF 2023
taman. Ini termasuklah, memupuk budaya penghayatan alam semula jadi. Bertemakan Laman Seni dan Flora Malaysia variasi bunga dan tumbuhan dipersembahkan dalam bentuk laman berunsur seni.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, festival itu diadakan bertujuan mempromosikan taman awam di ibu negarabagi menarik penglibatan masyarakat menyumbang kepada pembentukan sebuah bandar rayaberkembang maju dan mampan.
“Ia juga memberi pendedahan kepada warga bandar khususnya dalam bidang landskap, reka bentuk hiasan rumah, kaedah penjagaan dan tumbuhan berasaskan makanan,” katanya.
Terdapat lima komponen disediakan iaitu BalconyKL Showdown (pertandingan seni bina), pertandingan seni alam sekitar (kreativiti), Taman Seni dan FloraMalaysia (bunga rasmi bandar), Mystical Dome of Titiwangsa (fantasi pencahayaan tumbuh-tumbuhan)dan Garden of Haven (gazebo tajaan).