
1 minute read
Mandianais amalan generasi dahulu
Bantutingkat tenaga dankesegaran badan.
HIDROTERAPI teknik terapi menggunakan air pelbagai asas seperti air, ais dan wap dikatakan bertindak mengikut suhu dapat mengurangkan tekanan.
Biarpundianggap lapuk, hidroterapi ais salah satu kaedah masih mendapat sambutan bagi mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi individu.
Sejarah mencatatkan penggunaan ais sebagai kaedah merawat penyakit sejak zaman Mesir purba.
Evolusi mandian ais bermula sejak tahun 1700 antaranama menyumbang dalam terapi mandian air sejuk ialah James Currie, Vincent Preissnitz dan Sebastian Kneipp.
Hakikatnya, adakah benar mandian ais mendatangkan kebaikan?
Pemilik Bunga Mawar Spa, Mawar Iman berkata, secaraamnya, badan manusia sangat sensitif terhadap rangsangan (stimuli) yang terhasil daripada sumber tertentu dan dapat dikesan organ deria.

“Oleh demikian, hidroterapi ais mengambil manfaat terhadap reaksi tubuh badan apabila menerima rangsangan seperti perubahan suhu panas dan sejuk.
“Sebagai contoh, perubahan suhu badan yang terhasil daripadateknik hidroterapijuga dibuktikan dapat membantu sistem saraf pusat seperti otak, serebelum dan saraf tunjang untuk berfungsi dengan lebih efektif,” katanya.
Jelas Mawar yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri kecantikan dan kesejahteraan diri, terapi hidroterapi luaran adalah sejenis rawatan menggunakan ais atau air ke atas badan seperti merendamkan badan di dalam air.
“Sebagai contoh, mandi menggunakan air yang sejuk dapat membantu merangsang otot dan melancarkan peredaran darah dan dapat merangsang aktiviti dalaman badan.

“Hidroterapi luaran bukan hanya boleh dilakukan di sauna, malah boleh dilakukan di rumah dengan merendamkan badan di dalam tab mandi menggunakan air suam.

“Kaedah ini membolehkan individu merasakan kehangatan air, beri ketenangan emosi dan keseimbangan jiwa yang maksimum,” ujarnya kepada Majoriti 7.
Jelasnya, mandian ais juga banyak digunakan dalam kalangan atlet bagi membantu proses penyembuhan otot dan luka.
“Mandian ais memberikan pelbagai khasiat terhadap kesihatan tubuh dan membantu mengembalikan keremajaan kulit seperti mengecilkan poripori.
“Dari aspek dalaman badan, mandian ais membantu menyingkirkan elemen negatif, sekali gus mengembalikan tenaga dan keseimbangan diri,” katanya turut menawarkan perkhidmatan rawatan wajah menggunakan ais.
Seperti spa, pelbagai terapi lain seperti mandian bunga auradan sauna turut diketengahkan bagi sesi memanjakan diri secaraholistik, jelas beliau.
“Tab mandi akan diisi dengan air sejuk dan pakar terapi akan mencedok ais sedikit demi sedikit bergantung pada tahap ketahanan badan.
“Bagi merangsang tenaga, garam bukit, limau purut dan minyak aromaterapi dicampurkan untuk membantu merangsang tenaga dan ketenangan.
“Mandian ais digalakkan antara15 minit hingga 30 minit, sekurang-kurangnya seminggu sekali bergantung kepada keperluan individu,” ujarnya.
Tutur Mawar, mandian ais sesuai untuk setiap peringkat usia dan pesakit kronik tidak digalakkan.
Mandianais memberikan pelbagai khasiatterhadap kesihatantubuh dan membantu mengembalikan keremajaan kulit seperti mengecilkan pori-pori.
Info
Terapi mandianais atau hidroterapi ais kaedah terapi penjagaankesihatan SebastianKneipp mengembangkan mandianais dandigelar ‘doktorais’. Kaedah mandianair sejukberkembang ke AmerikaSyarikat sekitartahun1800. MenurutPersatuan AlamiHidroterapi AisMalaysia (PAHAM), terapi ais dikategorikan di bawahhidroterapi Mandiais membantu meningkatkan jumlah oksigen dalam darah dan meneutralkangas lengaiyang mengganggu tahapkecerdasan. Keupayaanair sejuk(airdan ais)dan minyak pati bunga (aromaterapi) sebagai peneutralideal menghantar isyarat gelombang ke seluruhsistem tubuh denganlaju.