3 minute read

Fesyen muslimah popularkan pusatborongsehenti

Tiadajalan pintasuntuk teruskepuncak kejayaan. FionaBong berdikit-dikit mengutip pengalamansebelum menerajuempayar

Kenanga Wholesale yang keluarga wariskan Oleh

APABILA berbicaratentang pembelian secarapukal atau borong, nama gedung yang satu ini pasti akan terbit aras paling atas di minda. Pusat beli-belah secaraborong KWCFashion

Wholesale yang terletak di Jalan Gelugor, Pudu, Kuala Lumpurantara sasaran utama peniaga kecil membeli barang jualan secarapukal pada harga cukup lumayan. Majoriti 7kali ini membawakan teman-teman pembaca mengenali tokoh dan pemilik di sebalik gahnya bangunan yang menghimpunkan pelbagai pembekal peruncit di bawah satu bumbung.

FIONA Bong Hui Ting, 41, Pengurus KWCFashion Wholesale, berkongsi bagaimana Kenanga membina reputasi sebagai pusat jualan borong terunggul di negaraini.

Boleh ceritakan bagaimana KWC Fashion Wholesale atau Kenanga Mall mula tercetus ideanya?

Pada 12 tahun lalu, konsep borong masih baharu di Malaysia. My late father adalah pemborong tekstil pada awal tahun 90-an. Pada ketika itu, beliau nampak potensi lokasi ini. Sebab itu, jika anda perasan sekitar bangunan KWCturut dikelilingi kedai-kedai pemborong.

Sementaraitu, ia tidak jauh dari kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Cukupstrategik. Beliau juga nampak potensi perniagaan secaraborong apabila konsep perniagaan sebegini berjaya di Korea, Thailand dan Indonesia sekitar tahun 1990 hingga 2000. Justeru, Kenanga muncul sebagai satu-satunya kompleks pukal memenuhi kehendak pembeli secaraborong sehingga hari ini.

Bagaimana anda boleh berada di posisi sekarang?

Saya berasal dari Kuala Lumpur dan graduan jurusan Pereka Grafik dari Middlesex University di London. Usai menamatkan pengajian, saya pulang ke tanah air dan mula kemudi kembaradengan menjawat jawatan sebagai Group A&P Manager di KWC Fashion Wholesale pada usia awal 30 tahun. Jangan anggap ia semudah disangka kerana wholesale is not same likenormal shopping mall.Pada usia muda saya harus mengemudi sebuah perniagaan yang banyak kerenahnya. Berdepan dan mengendalikan semua isu agar tidak mengganggu operasi bisnes untuk terus berjaya. Anda pun tahu tiada jalan pintas untuk berjaya? Sebagai salah seorang pewaris saya perlu belajar mengenali empayar perniagaan bermula dengan jawatan lebih rendah berbanding posisi saya hari ini.

Apakah yang membuatkan nama gedung ini dekat dengan pembeli atau peruncit Melayu?

Fesyen muslimah. Item tersebut bukan saja diminati dan banyak mendapat permintaan tinggi, malah pantas berkembang. Busana tradisi seperti baju kurung dan kebaya moden juga tidak kalah permintaannya. Rekaan yang hadir sering diolah baharu dan sentiasa evolve.Bukan sekadar ready-to-wear,kami juga menawarkan stesen tempahan (custom made). Sebanyak 95 peratus item jualan di KWCFashion Wholesale adalah pakaian siap jahit manakala lima peratus lagi menerusi perkhidmatan tempahan.

Apakah kesulitan yang hadapi untuk mengekalkan prestasi KWC Fashion Wholesale?

Ia bukan sahaja tentang meneruskan perniagaan dalam situasi inflasi yang melanda negara. Ia juga tentang bagaimana menguruskan bangunan dan perniagaan berusia 12 tahun ini. Saya harus peka banyak perkaradan pantas bertindak. Kini belian dalam talian (online)semakin popular berbanding membeli di butik fizikal. Ia menjadikan situasi kompetatif dan mencabar.

Pun demikian, saya yakin, meskipun pembelian online trending ketika ini, namun masih ada pelanggan lebih suka membeli secarakonvensional.

Mereka dapat melihat dan menilai sendiri produk diingini, sekali gus mengurangkan risikokerugian. Andai membeli secaraonline pembeli hanya mendapat info dan foto tentang produk, tetapi tidak dapat melihat kualiti kain, jahitan atau perincian. Sebelum ini, bilangan belian pukal atau borong mesti bermula antara10 atau 12 unit, namun hari ini tiga unit sudah dianggap belian pukal. Ia bergantung kepada kualiti dan kesediaan item yang dijual kepada pemborong.

Apakah kelayakan untuk menjadi vendor KWCFashion Wholesale?

Ini soalan menarik kerana umum tidak tahu bahawa KWCFashion Wholesale adalah pusat beli-belah yang mana bangunannya bersifat hak milik strata. Sesiapa pun boleh membeli mana-mana unit di dalam bangunan dan berhak menjual apa sahaja, asalkan bukan bahan larangan dagangan dan tidak melanggar undang-undang. Kami juga tidak meletak sebarang syarat tertentu dan tidak boleh mengawal apakah produk atau item borong yang dijual.

Bagaimana anda mengendali kerenah status penyewa dan pemilik di dalam satu bangunan?

Kemahuan saya agak standard. Pastikan premis nampak kemas dan teratur. Bukan mudah juga sebenarnya untuk memantau penyewa dan pemilik kerana status dan keperluan mereka dalam menjalankan perniagaan itu berbeza. Adajuga kesyang mana pemilik premis terlupa melunaskan bil elektrik sehingga membuatkan premisnya bergelap ketika satu bangunan beroperasi. Isu lesen muzik untuk siaran premis juga antarayang timbul Kepada pemilik premis, apa yang boleh saya dan pasukan lakukan hanyalah memberikan nasihat memperbaiki dan tidak mengulanginya lagi. Pihak kami memberi layanan sama rata tidak kirapenyewa atau pemilik. Ringkasnya, kami lakukan tanggungjawab kami dan mereka (penyewa dan pembeli) jalankan tanggungjawab mereka.

Apakah prinsip perniagaan yang masih anda amalkan sehingga ke hari ini?

Be kind dan kita harus melayan mereka (pekerja) sepertimana kita ingin mereka melayan kita.

Penhaligon’s

Dengan dua WaranDiraja dan reputasi teguh sebagai salah satu minyak wangi paling ikonik di England, Penhaligon terkenal dengan pilihan minyak wangi mewah dan produk gaya hidup.

Ditubuhkan pada tahun 1870 oleh tukang gunting rambut Cornish, William Penhaligon, minyak wangi pertama Hammam Bouquet telah dicipta pada tahun 1872 diikuti banyak lagi ciptaan menarik.

Berpegang teguh pada warisan pengasasnya hari ini Penhaligon hanya mendapatkan bahan-bahan terunggul jarang ditemui dan diadun teliti tiada tandingan. Setiap haruman disarung dengan botol Penhaligon istimewa dalam reka bentuk asal kaca jernih bersama penutup berbalut riben.

Dengan tiga koleksi wangian tersendiri seperti British Tales, Trade Routes dan Portraits, Penhaligon’s mempunyai rangkaian wangian menarik agar anda dapat mencari bauan signatur sempurna.

This article is from: