1 minute read

RIBUAN PEMINATHADIR

‘KONSERTJELAJAH

DI KUANTAN!

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection menarik lebih 6,000 pengunjung di lokasi ketiga siri

Jelajah Suria yang berlangsung di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang minggu lalu dengan berjaya meraih

150,000 jumlah tontonan di seluruh platform digital Suria.

Konsert yang bermula seawal jam 2.00 petang itu dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari kumpulan tarian Jabatan

Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang. Antarabarisan artis yang membuat persembahan seperti

Ramlah Ram,Syamel, Ernie Zakri, Azan Scan, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Floor88, Xpose band, Syameer Azmi, Zulhadi,Amad Fadlin, Tallisya, Heedan Mohd dan Danial Kifli.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, “Sejujurnya, kami berasa sangat teruja dan menzahirkan rasa syukur diatas sambutan luar biasa yang diberikan oleh pengunjung di Pantai Timur khususnya di Kuantan ini dan lebih istimewa lagi turut menyaksikan kehadiran pendengar Suria FM yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur”

“Lebih terharu, apabila melihat pengunjungtiba di lokasi beberapa jam lebih awal untuk tidak melepaskan peluang dudukdi barisan hadapan pentas, sekaligus ini menjadipembakar semangat buat kami, seluruh warga kerja Suria FM yang ‘tidak ramaitapi kami ada’ untuk lebihberusaha memberikan yang terbaik buat peminat pada lokasi akhir Jelajah Suria”.

Pentas Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan berakhir di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 4Mac 2023 dengan membariskan lebih10artis popular tanah air seperti Fauziah

Dato Ahmad Daud(Ogy), Newboyz, Misha Omar, Akim &The Majistret, Muss, Alif Satar &The Locos, Dolla, Hasif Upin, Venus, Airliftz, Meer Nash, Iss Arffan, Aliff Iskandar, Aufahanie, Rief Danial, Amir Hasan dan ramailagi!

Pengunjung berpeluang untuk menangi tawaran utama sebuah motosikal Modenas MR3 bernilai lebih RM 4,000dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria minima pembelian sebanyak RM100 yang dijual di booth kedai Suria sepanjang konsert berlangsung.

Pengunjung juga tidak ketinggalan beramah mesra dan memenangi wang tunai yang lumayan dengan menyertai cabutan bertuah serta sesi soal jawab bersama Anggun Cotton Collection sebagai penaja utama juga penaja bersama AC Gas dan Smart Selangor.

Malaysia:

Instagram: suriamalaysia

Facebook: @SuriaMalaysia

TikTok: @suriamalaysia

Youtube: SuriaTV

Twitter: @suria_malaysia