
1 minute read
Menyelamikehilangan pesawatMH370
Saksikan dokumentari khas merungkai pelbagai soalan dan teorikonspirasiyang timbul apabila selepas sembilan tahun penerbangan membawa227 penumpangdan 12 anak kapalitu masih belumditemui
PADA tahun 2014, penerbangan Malaysia Airlines MH370 berlepas dari Kuala LumpurkeLapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital di China. Pun demikian, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dikatakan hilang secaramisteridi Laut China Selatan selepas berlepas. Biarpun operasi mencari dan menyelamat diperluaskan melibatkan beberapa negara, namun tiada serpihan atau mangsa terselamat ditemui. Malah, pada hari ini selepas sembilan tahun tragedi terbabit berlaku tiada siapa dapat menjelaskan bagaimana atau mengapa pesawat itu hilang.
Apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat MH370?
Cuba merungkai soalan-soalan itu Netflix menyiarkan dokumentari bertajuk MH370: The Plane That Disappeared “Seseorang tahu jawapannya. Persoalannya ialah siapa?”, tegas trailer dokumentari yang bakal menjadi fenomena. Ia turut menampilkan ahli keluarga, saintis dan wartawan yang berusaha merungkai misteri di sebalik kehilangan penerbangan berkenaan.
Misteri di sebalik kehilangan MH370

Dokumentari MH370: The Plane That Disappeared diarahkan oleh Louise Malkinson cuba menjawab soalan terbesar seputar kehilangan pesawat berkenaan pada tahun 2014. Memandangkan banyak soalan masih tidak berjawab walaupun sembilan tahun berlalu, namun terdapat banyak teori konspirasi kontroversi timbul.

Dokumentari Netflix akan berbicara tentang teori konspirasi itu bertanya soalan penting, memberi tafsiran logik tentang urutan peristiwa dan paling utama menawarkan perspektif berharga buat ahli keluarga yang terjejas dek tragedi itu.
Dalam pada itu, dokumentari tersebut turut memaparkan pandangan kerajaan dan temu bual bersama Jeff Wise, wartawan sains dan Pengarang The Plane That Wasn’t There: WhyWe Haven’t Found MH370
Tiga bahagian siri
Bagi episod pertama penonton akan melihat paparan beberapa hari dan jam sebelum kehilangan pesawat MH370 termasuk timbulteori konspirasi dan tuduhan tidak berasas.
Episod kedua pula membincangkan bagaimana kemungkinan dua pesawat dari syarikat penerbangan sama mengalami tragedi (MH17 terhempas selepas empat bulan pesawat MH370 hilang). Beberapa pakar akan membincangkan mengenai pesawat MH17 yang ditembak peluru berpandu Rusia sebelum terhempas. Tragedi mengorbankan 298 nyawa itu menyebabkan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia.
Sementaraitu, dalam episod ketiga meneroka bagaimana usai pencarian meluas, timbulpersoalan sama ada serpihan yang ditemui di luar pantai Afrika Timur sebenarnya adalah dari MH370 kerana waris keluarga dan beberapa wartawan berasa ragu dengan penemuan tersebut.
Saksikan MH370: The Plane That Disappeared di Netflix yang mula ditayangkan pada 8Mac 2023.
