1 minute read

Kemeriahan oasiscashmere

Oleh AZIAHNOH

PERTUNJUKAN fesyen Zegna pada

Minggu Fesyen Milan meraikan kemeriahan cashmere dengan cukup gah menampilkan gentian cashmere itu di dalam bekas ruang udara.

Bertemakan The Oasis of Cashmere, pertunjukan itu menyerlahkan komitmen Zegna terhadap inovasi dalam material dan tekstur.

Sebanyak 70 peratus koleksi diperbuat menggunakan cashmere manakala 20 peratus lagi melibatkan cashmere yang dicampur bersama fabrik lain.

Pengarah Artistik, Alessandro Sartori menekankan bahawa kepentingan gaya dan teknikal seiring.

Selain itu, penggunaan jenama teknologi hibrid jugamenyukarkan kumpulan itu ditiru.

Koleksi tersebut menampilkan evolusi jahitan lembut yang menonjol dengan tumpuan pada lapisan dan rona hue.

Kedudukan Zegna sebagai sebuah nama terkemuka dunia dalam penciptaan fabrik halus dikekalkan dalam Oasis Cashmere, sekali gus menonjolkan khazanah pertukangan Itali.

Pengertian lembut dan teliti dipaparkan melalui koleksi dan diserlahkan dalam jaket bomber yang dipotong, kotpanjang, baju polo, kardigan dan blazer melepaskan keduadua lapel serta kolar.