2 minute read

Wata kehidup pada Remy

Selepasberperandalam terkenal inibakalkembali

Oleh FAIZAL HARUN NASUTION Foto IZZRAFIQALIAS

FILEM The Expert bakal mengalih panorama kerjaya lakonan Remy Ishak, 41, dari liga percintaan dan mistik kepada aksi dan jenayah. Filem arahan Andre yang juga menghasilkan filem Polis

Evo itu membawa jiwa aktor Remy mendalami gerak jiwa seorang perompak manakala menerusi karya baharu arahan Khabir Bakhtia pula beliau bakal menyelami dunia scammer

“Saya tidak pernah merencanakan perjalanan kerjaya. Bukan kononnya mahu fokus pada genre filem aksi atau jenayah selepas menjayakan genre-genrefilem sebelumnya. Saya tidak kisah pun tawaran filem apa menjengah asalkan skripnya membenarkan saya meneroka watak.

“Pada saya, perjalanan watak itu paling utama. Ia umpama cabaran baharu yang saya nantikan kerana dapat mempersembahkan kepakaran dalam menjiwai watak manakala penonton pula boleh melihat saya dari sisi berbeza,” jelas Remy ketika mengawali wawancarabersama MJ7 pada petang itu.

Menyentuh tentang kepuasan berlakon sepanjang titian kerjayanya sebagai aktor, jejaka kelahiran negeri Melaka itu menyifatkan istilah puas tidak pernah terbit. Bahkan, ia seakan tidak berpenghujung selagi menggalas tugas sebagai seorang anak wayang.

“Sebagai pelakon untuk mendapatkan hasil lakonan terbaik, selain usaha berkongsi ilham dengan pengarah dan penulis skrip juga antaraformula untuk mencapai piawaian kepada kesempurnaan watak.

“Sifat realisme manusia adalah kiblat saya dalam ‘mengukir’watak dipersembahkan bagi sesebuah naskah. Ia tentang sifat dan perilaku

Filem Harum Malam adalah persembahan lakonan beliau kembali selepas filem Sangkar.Menjengah umpama mengubat rindu kepada parapeminat yang selama ini menjadi penyokong kerjaya. Dan laporan media menjadi medan terdedahnya kisah beliau mengalami masalah kesihatan mental.

“Sekarang agak okey.Segala-galanya berpunca daripada ‘penat emosi’.

Dunia pelakon sarat dengan penghayatan emosi tinggi. Andai pada hari itu saya gembira, namun tiba di set penggambaran pula skrip menuntut saya bersedih, marah atau apa saja.

“Ia paksaan emosi bagi situasi berbeza-beza. Paksa untuk marah, sedih dan macam-macam lagi. Mungkin terlalu lama melakukan demi kerjaya akhirnya memberi kesan kepada kesihatan emosi dan mental,” bicaraRemy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak.

“Apa saranan doktor?” soal saya.

“Saya memilih mendapatkan rawatan secaraalami berbanding mengambil ubat-ubatan. Cumabelajar merehatkan minda, melapangkan fikiran dan menjauhi diri melayari media sosial. Ringkasnya, saya mengelak membaca apa sahaja komen daripada warga maya,” ujarnya.

Sebagai aktor, tentunya Remy juga seorang pemerhati dan pengkaji kepada situasi masyarakat di sekitarnya. Ingin juga tahu, apakah perkaratentang orang sekeliling yang mencuit minatnya sehingga membuatkan beliau ingin berkata-kata.

“Tamadun kita kena ubah. Mungkin ada beberapa perkaramemerlukan kerja kerasuntuk dicapai, tetapi tidak mustahil

“Salah satunya kesedaran yang mana kita harus peka kerana ia adalah nilai tambah kepada masyarakat bertamadun.

“Jika dulu, perkaratidak berkenan di mata membuatkan hati dan mulut berkata-kata. Tetapi mungkin kerana menginjak usia saya lebih terbuka tentangnya.

“Pada saya, gambaran sifat itu bersebab dan mula menerima kerenah individusekeliling. Antararagammasyarakat menarik minat saya adalah sifat perbezaan kelompok gaya hidup golongan B40 dan T20, namun tetap sedia dan akur bertoleransi dalam usaha memudahkan urusan antara satu sama lain,” Remy menzahirkan pandangan.

Pelapis HeroMalaya?

Antaraaktor yang berada di baris depan hero Malaya, tentunya Remy juga punya mata yang peka dalam menilai siapakah bakal menjadi pelapis aktor. Dan tentulah punya kualiti terbaik untuk meneruskan kelangsungan mewarnai dunia layar perak pada masa mendatang.

“Ramai sebenarnya berbakat besar cuma mungkin belum berpeluang mengembangkan dan membuktikan bakat pada naskah hebat. Niezam Zaidi dan Naim Daniel misalnya, berpotensi besar dalam industri lakonan.

“Pun begitu, terpulang ke atasindividu nasib dan tuahnya dalam gelanggang seni. Sebab mereka bukan mengganti, sebaliknya memikul tanggungjawab kepada kelangsungan industri,” jelas peraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Majlis Kuala Lumpur Film Critics Assembly Awards 2018 menerusi filem Pulang

Menurut beliau, sebagai generasi yang bakal memastikan kelangsungan dunia lakonan, nilai diri pada mata masyarakat amat penting untuk dipelihara. Sepintas kata beliau, “Elakkan diri dikenali dengan perkaranegatif dan tidak wajar.”

Berbicaramengenai industri, Remy meluahkan bahawaparapelakon tiada persatuan yang telus dan berfungsi dengan tepat dalam membela dan memantau antaranya kadar bayaran, royalti dan perkaraberkaitan.

“Andai saya diberi peluang mengubah atmosferadunia seni tempatan itulah perkaraingin saya lakukan.

“Ihave abig dream,tetapiada yang menasihati jangan cakap bimbang tidak kecapaian. Saya sebenarnya takut bercita-cita kerana apabila menjadi impian ia bertukar menjadi komitmen.

“Pada saya simple.Buktikan dan biarlah hasilnya yang bercerita,” ujar suami kepada Ezza Yusof itu mengakhiri perbualan.

Di sinilahsisigelap kita digunakan untuk memperinci watakdan situasi.Sayaharus beradadekat dengan crowd, just to getthe real vibesfor that particularrole

This article is from: