
2 minute read
Masalah pendengaran tidakhalang ZeeAvi berkarya
RAMAI jatuh cinta pada Zee Aviapabila namanya mula meledak dalam industri muzik tanah air dengan kemunculan lagu Kantoi
Anak kelahiran Sarawak itu merupakan penyanyi dan penulis lagu yang menempa nama di luar negaraturut mengeluarkan single baharu OK tahun lalu. Bait-bait liriknya menyampaikan mesej healing Namun begitu, di sebalik alunan suaranya yang bersahaja menghiburkanpencinta muzik penyanyi berusia 37 tahun itu mengejutkan ramai pihak.Ini disebabkan beliau mengumumkan mengalami masalah pendengaran.
Bagaimanapun, kondisi kesihatan tersebut sedikitpun tidak melunturkan semangat buat Zee Aviuntuk terus berkarya. Malah, kini pelantun lagu Bitter Heart itu giat mencari ilham menghasilkan album baharu buat peminat.
Bersama Majoriti 7, beliau berkongsi perjalanan dirinya yang mengalami masalah pendengaran, tetapi kekal mengatur langkah di persada muzik tanah air.
Boleh ceritakan bila anda mula menyedari mengalami masalah pendengaran?
Ketika itu saya masih berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Deria pendengaran mula mengalami masalah apabila saya menyedari sukar mendengar ketika komunikasi bersama orang sekeliling (keluarga, rakan-rakan dan penerbit muzik).
Akhirnya, sekitar tahun 2020 ayah menasihati supaya segeramerujuk pakar untuk menjalani pemeriksaan yang sewajarnya. Hasil pemeriksaan doktor mendapati tahap pendengaran saya hanya 60 peratus.
Sebagaiahlimuzik dan penulis lagu, sejujurnya saya berasakan dunia seolah-olahterbalik. Terbit bermacam-macam rasa, sedihdan terkejut. Apatah lagi,iaberkait rapat dengankariersaya sebagai anak seni.

Mendengar keputusan kesihatan daripada doktor, bagaimana perasaan anda pada ketika itu?
Sebagai ahli muzik dan penulis lagu, sejujurnya saya berasakan dunia seolah-olah terbalik. Terbit bermacam-macam rasa, sedih dan terkejut. Apatah lagi, ia berkait rapat dengan karier saya sebagai anak seni.
Pada mulanya, saya enggan mengakui mengalami masalah pendengaran, tetapi lama-kelamaan mula menerima hakikat. Selain itu, mengambil inisiatif memakai alat bantuan pendengaran bermula dua tahun lalu.
Justeru, dari mana muncul kekuatan untuk meneruskan karier sebagai anak seni?
Menjadi anak seni itu adalah satu komitmen dan tanggungjawab. Ia lebih daripada sekadar pekerjaan. Itu takdir dan saya kuat untuk meneruskan perjuangan menulis karya yang boleh dirasai segenap lapisan pendengar.
Adakah sukar untuk meneruskan karier muzik selepas mengalami masalah pendengaran?
Bersyukur hidup saya bertambah baik. Sebelum ini tanpa alat bantuan pendengaran rasa sunyi kerana tidak dapat mendengar frekuensi rendah. Ini disebabkan lebih kerapmengalami limitasi ketika komunikasi berbanding muzik. Saya tidak mahu orang sekeliling berasa kurang selesa kerana terpaksa mengulangi percakapan.
Malah, sebagai ahli muzik sukar untuk belajar daripada orang lain berkarya menerusi kisah mereka jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Jadi, saya dapatkan bantuan demi diri, keluarga dan rakan.
Apakah perspektif baharu yang dipelajari menerusi pengalaman ini?
Saya belajar kepentingan kesihatan pendengaran. Masyarakat jarang berkongsi perkaraberkenaan. Kita tidak sedar tabiat mendengar muzik atau bunyi terlalu kuat berisikomemudaratkan kondisi diri pada kemudian hari.
Selain itu, kita perlu peka dan menjaga semua deria dimiliki. Buat mereka yang aktif dalam dunia muzik disarankan berlatih menggunakan ear plug bagi melindungi telinga.
Bukan itu sahaja, saya sedar ramai mengutamakan experience apabila menghadiri konsert dan teringin duduk berdekatan dengan speaker Namun begitu, beringatlah kerana masalah hilang pendengaran tidak mengenal usia.
Nasihat buat mereka yang mengalami masalah sama dan tidak dapat menerima hakikat?
Seperti permasalahan kesihatan lain jika berasa sakit atau mengalami kecederaan segerarujuk doktor. Begitu juga pendengaran apabila mendapati terdapat masalah terus dapatkan bantuan. Lebih baik mencegah sebelum keadaan menjadi semakin buruk.
Apa alat bantuan pendengaran yang disarankan buat mereka di luar sana?
Ramai mempunyai persepsi bahawa memakai alat pendengaran itu perkara yang leceh kerana saiznya besar. Tetapi, duniasudah berubah. Terdapat pelbagai alat pendengaran bersaiz kecil, ringkas dan menarik. Bagaimanapun, langkah awal lakukan pemeriksaan di pusat rawatan. Secaraperibadi, saya pergi ke Global Hearing Care Centre. Di sana, ujian pendengaran dilakukan secarapercuma. Kini saya menggunakan alat pendengaran Bernafon Alpha.