1 minute read

Robot penghantar makanan di restoran

Kekurangantenagapekerja mendorong kumpulan majikan mengambilinisiatif memanfaatkan penggunaan teknologi robotyangbertindak sebagai‘staf’khususnyadipremis makanan

Oleh MUSTAKIM RAMLI

SEJAK kebelakangan ini, penggunaan robot perkhidmatan layan pelanggan di kedai makan dan minuman (F&B) di Malaysia dilihat semakin rancak seiring kemajuan teknologi.

Faktor kekurangan tenaga kerja sama ada warga asing atau tempatan juga mendorong pengusaha restoran bertindak kreatif dengan memanfaatkan penggunaan teknologi robot bagi mengambil alih tugas sebagai pelayan di premis masing-masing.

Biarpun melibatkan kosyang tinggi, namun robot pelayan dilihat penyelesaian terbaik ketika ini untuk menan- gani krisis kekurangan pekerja dihadapi ramai majikan restoran bagi memulihkan perniagaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Antararestoranterawal menggunakan kaedah penghantaran seakan-akan robot pelayan ialah Sushi King, sistem penghantaran makanan automatik itu bukan sahaja cepat, malah boleh memberikan keterujaan kepada pelanggan menikmati hidangan segar dan panas.

Penggunaan robot di hotel

Terkini pada 10 Februari lalu, teknologi robot diperluaskan ke hotel menerusi kerjasama Diverse Supply ChainSdn. Bhd. (DSC) bersama para pemain industri tempatan seperti Persatuan Hotel Bajet &Bisnes Malaysia (MyBHA), Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA)dan Persatuan Rantaian Peruncitan & Francais ASEAN (ARFF).

Kerjasama tersebut bakal menyaksikan menintegrasikan teknologi serba baharu termasuk perkhidmatan robot di hotel-hotel buat pertama kalinya di Malaysia. DSC akan mengedarkan BUTLERBOTW3 termasuk rangkaian robot yang dikuasai AI dicipta oleh Keenon.

Penggunaan robot perkhidmatan dalam industri hospitaliti, pelancongan dan peruncitan turut mendidik para pekerja mengenai peningkatan kecekapan dan mengukuhkan pengetahuan dalam fungsi-fungsi logistik dan operasi robot.

Inisiatif itu bukan sahaja meningkatkan pengetahuan individu dan memberi peluang kepada parapekerja untuk lebih fokus kepada tugasan kognitif. Pada masa sama, meningkatkan nilai pengendali F&B, hotel dan peruncit.

Robot hantar makanan di restoran mamak

Restoran nasi kandar atau mamak juga tidak ketinggalan menggunakan teknologi robot. Kebergantungan terhadap pekerja asing sebelum ini menyebabkan restoran mamak hampir lumpuh kerana kehilangan pekerja ketika pandemik.

Restoran Kayu Nasi Kandar Original Penang misalnya, memperuntukan RM45,000 bagi setiap robot yang ditempatkan di restoran berkenaan di Pulau Pinang.

Berdasarkan robot pelayan yang digunakan itu ia berupaya menghantar empat hidangan makanan serentak, selain 30 gelas minuman dalam satu-satu masa.

Penggunaan robot di kedai makan secaratidak langsung membantu majikan yang berdepan krisis pekerja, selain mempercepatkan proses penghantaran makanan ke meja pelanggan dalam tempoh masa lebih cepat.

Namun begitu, kosrobot yang tinggi mungkin menyebabkan terdapat penguasaha premis berkira-kirauntuk melaburkan wang bagi menggunakan teknologi canggih sedemikian.