3 minute read

Platform usahawan wanita pasarkan produk ke luar negara

Hasilbimbingandan peluangdisediakanWawasanita kini lebih 2,000 produk tempatan berjayamenembusi pasaranglobal. Paling membanggakanterdapat usahawan Malaysia di bawahpersatuan itumembuka bisnes di London danNew York.

Oleh MUSTAKIM RAMLI Foto MUHAMAD SHAHRILROSLI

PERSATUAN Usahawan Wawasan produk masing-masing.

Wanita Malaysia (Wawasanita) yang ditubuhkan pada 13 Februari 1996 berperanan melahirkan, membimbing dan memastikan semua usahawan wanita Bumiputera mengembangkan potensi perniagaan ke peringkat antarabangsa khususnya.

Usaha itu dilihat sebagai penyumbangutama, sekali gus menstabilkan ekonomi negaraagar produk Malaysia menembusi pasaran luar negara.

Boleh kongsikan pembabitan usahawan wanita tempatan setakat ini dan apakah sektor menjadi pilihan golongan Hawa untuk menjana pendapatan, sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi negara?

Semasa masih berkhidmat di salah sebuah agensi di Kementerian Pembangunan Usahawan, direkodkan pada tahun 2020 dari sudut pembiayaan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional sebanyak 70 peratus pemohon adalah usahawan wanita. Bahkan, proses melunaskan pembayaran balik golongan wanita juga paling konsisten.

Berdasarkan data dan statistik diperoleh Wawasanita terdapat lima kluster diusahakan usahawan wanita mendapat permintaan tinggi. Pertama makanan dan minuman, spa dan kecantikan (kedua), fesyen dan pakaian (ketiga), kraf dan cenderatama (keempat) dan kelima pula adalah produk dan perkhidmatan.

Dalam kelima-lima kluster itu sektor makanan dan minuman (F&B) senarai teratas kerana salah satu faktor sebahagian besar wanita gemar memasak. Berikutan itu, dihasilkan produk makanan antaranya pes sehingga tercetus idea melakukan inovasi dalam usaha memasarkan jenama makanan tempatan ke peringkat luar negara.

Berapa jumlah ahli yang bernaung dan mendapat bimbingan daripada Wawasanita?

Lebih dua dekad penubuhan berdasarkan rekod selepas pandemik Covid-19 sebanyak 782 syarikat berdaftar bersama Wawasanita. Jika dihitung secarakasar jumlah keseluruhan lebih 3,000 syarikat pernah bernaung dan mendapat bimbangan daripada kami.

Tambahan pula misalnya, situasi seorang usahawan menjual kuih dan pada masa sama menjual tudung, maka dari situ timbulkesedaran untuk cuba memasarkan produk ke luar negara. Tahun 2019 menyaksikan perkembangan usahawan wanita mula mengeksport produk.

Fasa awal peringkat mencuba kini dari semasa ke semasa menjadi agenda wajib.

Apabila pihak persatuan sentiasa komited memimpin dan memberi galakan semangat juang para usahawan wanita semakin bercambah. Selain itu, penubuhan Bahagian Hubungan Antarabangsa Tekun Nasional pada tahun 2019 secaratidak langsung membawa mandat produk usahawan tempatan ke luarnegara. Bukan itu sahaja, kami turut bekerjasama dengan pihak lain seperti Hijrah Selangor dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri(UPEN).

Setakat ini, UPEN Selangor telah peruntukkan RM500,000 dana pembungkusan dan latihan untuk usahawan memasarkan produk ke luar negara, sementelah UPEN Kelantan pula berkolaborasi dengan Wawasanita untuk membawa produk usahawan Kelantan ke London

Adakah proses untuk memasarkan produk ke luar negara mudah dan dapat diselesaikan dalam jangka masa singkat?

Sejujurnya memasarkan produk ke luar negarabukan proses yang mudah dan ia memerlukan bantuan kerajaan, agensi, kementerian dan entiti berkaitan.

Sebagai contoh untuk masuk ke Australia atau Eropah produk tersebut tidak boleh mengandungi bahan berasaskan haiwan. Ia tidak dibenarkan.

Wawasanitayang diterajui

DatinNorli (tiga darikanan) menjalinkerjasamadengan

Restoran Jasmine di London untukmemasarkan produktempatanuntuk pasaranUnitedKingdom.

Selain mempraktikkan program B2B (Business to Business), Wawasanita turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa usahawan dan persatuan di luar negara. Ia sejajar dengan visi persatuan tersebut untuk membantu dan membimbing wanita menjadi usahawan berkualiti, bersaing secarasihatdan adaptasi paradigma dalam ekonomi negara.

Presidennya, Datin Norli Alias berkongsi perkembangan Wawasanita kini berusia 26 tahun mengenai kejayaan usahawan wanita tempatan yang berjaya memasarkan produk ke luarnegara.

Bermula daripada peniaga yang tiada lesen perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak memiliki akaun semasa, kami didik dan bimbing sehingga hari ini para usahawan berkenaan menjadi eksport ready.Atas faktor itu juga dalam pasaran industri wanita kami dianggap champion

Sepanjang 26 tahun Wawasanita ditubuhkan, bila menjadi detik usahawan wanita berani mengambil langkah untuk memasarkan produk mereka ke luar negara?

Usahawan wanita mula proaktif selepas melihat pasaran dalam negara sudah ‘penuh’. Jadi mereka mula mengatur langkah mencari kaedah dan jalan lain untuk meluaskan jualan

Sekiranya usahawan tetap ‘berdegil’ tindakan tersebut akan merumitkan lagi keadaan sehingga menelan kos yang tinggi termasuk perlu melalui pelbagai proses lain seperti pesijilan. Ini disebabkan negaraluar mempunyai parameter yang ketat. Lagipun ia bukan perkarabaharu cuma ia boleh dipermudahkan jika ada ‘G to G’ (kerajaan kepada kerajaan).

Sudah berapa ramai ahli Wawasanita kini berjaya bertapak di luar negara?

Menerusi Wawasanita, salah satu usahawan berjaya ke pasaran luar negaraadalah jenama Rose Puteh UK Limited yang membuka syarikat di London dan menyewa gudang di Lincolnshire.

Ini kejayaan terbesar buat pihak Wawasanita kerana berpeluang melihat pembangunan bisnes berkenaan hingga tahap ini itu.

Selain itu, kami juga mempunyai usahawan di New York yang menjadi hab Wawasanita di sana termasuk usahawan di Myanmar dan Thailand. Secarastatistik bagi pengeksport yang mempunyai produk tersedia untuk dieksport, Wawasanita sudah mempunyai lebih 80 syarikat. Jika dikira SKU(stock keeping unit)pula daripada80syarikat itu terdapat lebih 2,000 produk.

Perkarapaling utama bukan sekadar syarikat, tetapi produk dihasilkan menepati piawaian pasaran luar negara.

Terkini kami menjalin kerjasama dengan Restoran Jasmine di London dalam usaha memasarkan produk anak tempatan di United Kingdom. Diharapkan menerusi kolaborasi seumpama ini usahawan lokal berpeluang membekalkan barangan sedia eksport untuk pengembangan global.