2 minute read

Gandingan formula tradisional danmoden

Duniausahawan Jejakjutawan

Oleh FATINSHAHAR

BERHASRAT untuk memberikan bantuan penyelesaian mengurangkan kesakitan bagi golongan milenial, mudah dan selamat, produk unik PainFix menggunakan ramuan herba semula jadi menawarkan falsafah berbeza tentang pengurusan kesakitan.

Diterajui dua jejaka muda, YenTse Yapdan Jian Ping Fan, produk diketengahkan sejak tahun 2016 itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kaedah mengekalkan kesihatan otot dan tulang yang baik serta menghalang isu-isu kesakitan kerap dihadapiorang ramai.

Lebih menarik, PainFix turut bekerjasama dengan Persatuan Alumni NFL di Amerika Syarikat (AS), mengadakan kaji selidik bagi 50 bekas atlet NFL profesional juga rakan kongsi jenama itu.

“Sedia maklum, bola sepak Amerika (American football)antarasukan kadar kecederaan tertinggi dan atlet NFL bersaramenggunakan penampal (patches) PainFix terhadap pelbagai kecederaan seperti sakit pinggang, bahu dan lutut.

“Menerapkan antaraformula tradisional dan moden, PainFix membantu mengurangkan kesakitan kerapdihadapi masyarakat.

“Jenama ini juga berbeza daripada pasaran umum kerana lazimnya menggunakan bahan penyejuk atau pemanasan seperti minyak wintergreen, kapur barus atau mentol menghasilkan sensasi dan kelegaan sementara,” katanya. Selain memainkan peranan positif terhadap sukan tempatan, dua usahawan itu juga berhasrat membentuk demografi negarasemakin menua dengan kualiti kehidupan bebas sakit otot dan sendi. “Pada pengamatan kami, permintaan terhadap pasa- ranperubatan bagi menyelesaikan kesakitan otot dan mengurangkan keradangan berkembang pesat dalam kalangan masyarakat setempat.

“Trend ini juga ketarakelihatan apabila perkhidmatan klinik fisioterapi, kiropraktik dan osteopatik semakin ramai,” jelasnya.

Menyentuh tentang perancangan Pain Fix untuk tahun 2023, pertama, mereka teruja untuk bekerjasama dengan Farmasi Caring dan membawa produk PainFix kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara.

“Kami ingin memastikan produk diketengahkan memenuhi keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan di Caring.

“Selain itu, kami juga terbuka untuk bekerjasama dengan barisan farmasi hospital, peruncit dan rangkaian pengedar untuk mengembangkan lagi geografi pelanggan di dalam dan luar negara.

“Buat masa ini, kami juga dalam perancangan untuk meneruskan kerjasama usaha mengembangkan pasaran PainFix ke AS bersama Persatuan Alumni NFL,” tambahnya.

Berkongsi kisah bermulanya PainFix, Tse Yapmemberitahu, membesar dalam keluarga mengamalkan perawatan perubatan tradisional mendorong dirinya mendekati permasalahan kesihatan masyarakat.

“Semasa belajar dan bekerja di luar negara, saya menyedari bahawa biarpun terdapat pelbagai perkembangan dalam perubatan moden, sakit otot dan sendi kronik adalah satu bahagian yang mana tiada banyak kemajuan dicapai.

“Malah, terdapat kebergantungan tinggi terhadap ubat penahan sakit dan pembedahan untuk masalah belakang dan lutut,” tutur beliau. Selepas beberapa tahun menyepadukan fisioterapi ke dalam amalan perubatan klinik keluarganya, kata Tse Yao, pertemuan dengan FanJian Ping pulang dari London dengan Ijazah PhD, Kejuruteraan Biomechinal menarik minatnya untuk memberi tumpuan penyelidikan mendalam kesihatan tulang.

Memulakan Relivium Sciences pada tahun 2016, kajian formula digunakan di klinik keluarga Yendengan kajian bersama saintis di Universiti Monash untuk melihat keberkesanan herba digunakan.

“Penyelidikan dibiayai oleh anak syarikat Agensi Inovasi Malaysia, PlaTCOM Ventures dengan keputusan kajian sel manusia in vitro menunjukkan bahawa formula diketengahkan mengurangkan keradangan.

“Selepas kajian selesai, kami mencipta kit mudah digunakan, mereplikasi urutan dan tampalan herba dijalani oleh pesakit di klinik. Produk pertama kali diperkenalkan PainFix adalah gel penyejuk, krim suam dan tampalan hidrogel terapi sejuk.

“Penggunaan ramuan semula jadi seperti herba diformula. Ini boleh digunakan secaraindividu atau dalam program tiga langkah menggabungkan latihan terapeutik,” katanya.

This article is from: