2 minute read

Orando Holdings berkembang ke peringkatantarabangsa

Biarpun eraberubah, pasarandan saingan semakinkompetitif, namun syarikat hartanah diterajui

DatukSeriDr. EngWei

Chun tetapkomited membinarumah idaman buatsemua

Oleh AZIAHNOH Foto ARTCHEN

ORANDO Holdings (Orando) nama yang tidak asing lagi dalam sektor hartanah baik di Malaysia mahupun luar negara

Kukuh bertapak selama dua dekad dalam sektor hartanah disifatkan kejayaan terbesar buat Orando yang memulakan empayar bisnes pada tahun 2003.

Selari dengan visi bina rumah idaman untuk semua, Orando mengekalkan reputasi sebagai pemaju yang sentiasa komited membina kediaman ikhlas daripada hati dalam dunia hartanah serba kompetitif.

Semangat itu terserlah apabila

Orando menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah berprestij lewat tahun kebelakangan ini.

Antaranya European Quality Award dari United Kingdom, Five Star Best Residential High Rise Development Award dan Safe Home Award bagi projek Vila Vista di bawah Asia Pacific Property Awards 2014.

Ini termasuklah, Sin Chew Business Excellence Award, The Star Outstanding Business Award (SOBA) untuk CSR terbaik dan Best Quality Leadership Award oleh European Society for Quality Research (ESQR), Switzerland.

Menurut Pengarah Urusan Datuk Seri Dr. Eng WeiChun, bagi tahun ini syarikat hartanah berkenaan akan meneruskan misi mereka membina kediaman dengan standard SwissWatch demi kepuasan pembeli.

Beliau optimis melayari pasaran hartanah walaupun menghadapi pelbagai cabaran selepas pandemik Covid-19 melanda sehingga inflasi menjejaskan unjuran ekonomi dunia.

Pun demikian, WeiChun sedikitpun tidak melatah, apatah lagi berputus asa. Semangatnya jitu kerana memegang prinsip bahawa kemelesetan ekonomi adalah perkarasemula jadi.

“Inflasi tinggi, namun harga hartanah masih sama. Cabaran kami dalam industri kekurangan tenaga kerja, bahan dan proses perbankan. Pada masa sama, berdepan situasi kuasa pembeli semakin menurun sehingga menjejaskan keuntungan syarikat.

“Namun begitu, saya yakin masalah ini dapat diatasi kelak dari semasa ke semasa. Sebagai orang bisnes, maka kesabaran itu penting sebelum mengatur langkah yang seterusnya,” ujarnya ketika ditemui Majoriti 7baru-baru ini.

Ditanya projek perumahan Orando yang istimewa buat dirinya, beliau tertawa kecil sambil menerangkan bahawa setiap projek itu ibarat anak sendiri.

“Setiap projek perumahan umpama anak kecil saya yang mana semua istimewa. Saya gembirakerana mempunyai pasukan sentiasa berusaha memberikan produk terbaik, berkualiti dan menepati cita rasa pembeli.

“Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan bahawa eratelah berubah. Pasaran dan saingan semakin kompetitif hari ini,” jelas WeiChun yang tidak menganggap pemaju lain sebagai satu persaingan.

Bicaranya, beliau juga sentiasa mendidik diri untuk tidak menjadi pesaing terhadap mana-mana syarikat pemaju lain.

“Ini disebabkan hala tuju Orando hanya sekadar memberi pilihan buat pembeli agar mereka dapat membandingkan produk terbaik dalam kalangan pemain industri,” tambahnya.

Sementaraitu, WeiChun turut menzahirkan keterujaan apabila Orando bakal melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.

“Kami kini dalam perancangan membuka sebuah hotel baharu di kelab golf di United Kingdom tahun ini. Ia merupakan projek pertama dilaksanakan di luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, berbicaratentang nilai dipegang dalam dunia bisnes beliau berpegang pada formula penting.

“Persoalan apa nilai yang kita bawa dalam industri perlu sentiasa diutamakan. Jangan laksanakan perkarabiasa atau yang sudah ada.

“Banyak industri bakal diganti kerana faktor peredaran zaman. Oleh itu, jangan jadi syarikat yang senang ‘digantikan’ itu,” ujarnya mengakhiri kata.

This article is from: