
1 minute read
Rizab antarabangsa BNMberjumlah AS$114.4 bilion
Oleh MUSTAKIM RAMLI
RIZAB antarabangsa Bank Negara
Malaysia (BNM) berjumlahAS$114.4 bilion (RM512.91 bilion) pada15
Februari 2023. Paras tersebut memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Bank pusat dalam kenyataanberkata, komponen utamarizab antarabangsa ialahrizab mata wang asing (US$102.1 bilion), paras rizab Tabung
KewanganAntarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak PengeluaranKhas(SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion). Sementaraitu, jumlah aset berjumlah RM617.37 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab laintermasuk SDR(RM502.28 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), depositdengan institusi kewangan (RM1.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan(RM23.74 bilion), tanahdan bangunan (RM4.14 bil- ion) danaset-asetlain(RM72.96 bilion).
BNM berkata,modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM160.48 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.94 bilion), depositoleh institusi kewangan (RM208.75 bilion), deposit kerajaan persekutuan(RM10.41 bilion), deposit lain(RM36.91 bilion), kertas Bank Negara(RM6.17 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.38 bilion).
Pembayar cukaisemak status sekatan perjalanan sebelum ke luar negara
LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menyarankan semua pembayar cukai melakukan semakan statussekatan perjalanan terlebih dahulusebelummerancangkeluar negara.
Sekatanperjalanan ke luar negara adalah tindakan dikenakan kepada individudan pengarah syarikat yang tidak menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan hartatanah(CKHT) dan cukai syarikat.
LHDN dalam kenyataanmemberitahu bahawapemakluman mengenai tindakan terbabit akan dibuat ke alamat terakhiryangdikemas kini oleh pembayar cukai kepadaagensi berkenaan melalui data percukaian terkini direkodkan.
Pembayar cukai boleh menyemak statustunggakan cukaidan sekatan perjalananmelaluiportal MyTax atau laman web Jabatan Imigresen Malaysia

“Sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakancukaidan dilarang ke luarnegara, mereka dinasihatkan menghubungi pejabat cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai bagi tindakan sewajarnya,” katanya.
GolonganM40 diberi pengurangancukai pendapatan
KERAJAAN bersetuju menambah pendapatan boleh guna golongan pertengahan M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu sebanyak dua peratus.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,pengurangan cukai itu bermula tahunini membabitkan antara lebihRM35,000 hingga RM100,000.
“Pengurangan ini dijangkadapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna hingga RM1,300.
“Golongan M40 mendapatmanfaat daripada pengurangan kadar cukai, kerajaan akan menaikkankadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara0.5 hingga dua peratus membabitkan lebih RM100,000 hingga RM1 juta.
“Namunbegitu, kurang daripada 150,000 pembayar cukai akan dikenakan cukai lebihtinggi,” katanya ketika membentangkan Belanjawan2023 di Dewan Rakyat.
Kegagalan tidak menjelaskan cukai pendapatan boleh menyebabkan anda disekat ke luar negara.

Setiap projek perumahan umpama anak kecilsayayang mana semuaistimewa. Saya gembirakerana mempunyai pasukan sentiasa berusaha memberikanproduk terbaik, berkualiti dan menepaticitarasa pembeli