2 minute read

BELANJAWAN 2023 Mesrasetiap kategori sasaran

Oleh FATINSHAHAR & SYED MUHAMMAD HAZIQUESYEDNOR Foto YAPCHEEHONG

BELANJAWAN 2023 dibentangkan buat julung kalinya oleh Perdana Menteri

Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memberi manfaat kepada banyak sektor seperti pendidikan, pelancongan, ekonomi, wanita dan infrastruktur.

Bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’, membabitkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion jumlah yang diperuntukkan kepada sektor-sektor dilihat membantu perkembangan, sekali gus memberikan hasil positif kepada negara.

Menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad, pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyerderhana kesenjangan, baik buat golongan B40, M49 mahupunT20 semua terlibat dalam

Belanjawan 2023.

Jika dilihat dengan lebih terperinci banyak yang boleh dibincangkan pada

Belanjawan kali ini.

Pendidikan: Sektor terima peruntukan tertinggi

Setiausaha Agung, Kongres

Kesatuan Guru-Guru Dalam

Perkhidmatan Pelajaran Malaysia,

Mohamad Zapawi Mamat berkata, kerajaan memberikan peruntukan tertinggi sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion tahun sebelumnya. Antarafokus utama adalah untuk meningkatkan taraf pendidikan negara dan memeliharakebajikan guru serta murid.

Katanya, penyediaan makanan berkhasiat dititikberatkan dengan adanya peruntukan ditambah daripada RM625 juta kepada RM777 juta pada bajet tahun ini.

Jelasnya, program di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bakal memanfaatkan seramai 700,000 murid.

“Selain itu, RM108 juta Program Makanan Prasekolah KPM yang mana memanfaatkan lebih 240,000 murid prasekolah.

“Pemantauan ke ataspenyedia makanan bagi memastikan makanan disediakan berkualiti dan berkhasiat adalah penting bagi membekalkan tenaga dan perkembangan anak-anak,” katanya.

Selain itu, usaha meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah juga dapat dilihat menerusi pembekalan sebanyak 50,000 komputer riba ke sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM

Katanya, peruntukan Belanjawan 2023 memberi impak optimum kepada pembangunan pendidikan negara menerusi tujuh teras digariskan bagi melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitaradan negara sejahtera.

Pelancongan: Promosi digandakan bagi menarik pelancong asing

Dalam pada itu, sektor pelancongan antarapenyumbang terbesar dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi menambah baik pelbagai segi dalam sektor tersebut.

Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi

Udanis menjelaskan bahawajumlah diperuntukkan kerajaan kepada sektor pelancongan kali ini adalah jumlah yang baik.

Bagaimanapun katanya, jika hendak berbicaratentang soal promosi banyak lagi perbelanjaan boleh diperuntukkan.

“Daripada RM250 juta itu akan dipecahkan untuk bahagian-bahagian lain seperti infrastruktur jalan dan sebagainya seperti sedia maklum.

“Tahun Melawat Malaysia 2025 menyasarkan ketibaan 23.5 juta pelancong antarabangsa. Ini bermakna kita mempunyai masa kurang dua tahun untuk melunaskan banyak perkara.

“Lebih besar peruntukan diberi, maka lebih luas perkaraboleh dipromosi,” katanya kepada Majoriti 7.

Beliau menyokong usaha kerajaan dalam menambah baik infrastruktur jalan, malah kemudahan asas yang lain juga ditambah baik sebagai persediaan menerima ketibaan para pelancong kelak.

Selain itu, jelasnya aktiviti kebudayaan yang membawa lambang negarawajar diketengahkan semula bagi membantu promosi Malaysia yang hidupharmoni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Cukai barangan mewah: Perkenalan cukai baharu bukan bebanan

Seterusnya, Belanjawan 2023 juga memperkenalkan pencukaian barangan mewah. Berkemungkinan ada yang bersetuju dan kurang bersetuju terhadap pengumuman tersebut.

Pun demikian, Pensyarah Kanan

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti PutraMalaysia, Dr. Aslam Izah Selamat menegaskan, cukai barangan mewah diperkenalkan kerajaan bukan bebanan.

“Pendapat saya, ia bukanlah satu bebanan. Jika mampu berbelanja, maka bukanlah masalah bagi mereka.

“Lagipun kesemua hasil cukai itu akan digunakan pihak kerajaan untuk penambahbaikan demi kelangsungan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia,” katanya. Jelasnya, walaupun cukai barangan mewah dilaksanakan, namun beliau yakin ia tidak menghalang golongan berkemampuan terus berbelanja.

“Saya tidak rasa faktor ini (cukai)