MP 1996 Jilid 6

Page 7

Koleksi Istimewa

A U KRIP KE LIT D-RO

,

Oleh: Raja Masittah Raja Arifftn Fatimah Zahrin Mohd. Taib Ritah Yaha!la

s

Seorang ahli falsafah politik Perancis, Montesquieu pernah membuat catatan dalam bukunya Lettres Persanes (= Suratsurat Parsi, 1722) yang berbunyi: "Aku mempunyai sebuah bilik kecil penuh dengan manuskrip-manuskrip yang amat berharga; waJaupun mataku rosak kerana membacanya , aku lebih suka menggunakannya daripada karya-karya yang dicetak, yang tidak begitu sahih fakta .... "

Ahli-ahli filologi sememangnya berminat mengkaji teks zaman klasik, pertengahan, dan pembaharuan. Minat terhadap persoalan ketulenan teks timbul apabila para sarjana mempercayai bahawa teks semasa tidak mempunyai niIai dan keunikan yang dimiliki oleh dokumen-dokumen lama kerana ia boleh dikaitkan dengan satu tradisi sastera yang boleh dikenal pasti. Tidak dapat dinafikan bahawa kajian sistematik terhadap manuskrip asal telah meningkatkan lagi pemahaman ki ta tentang kesusasteraan semasa. DaTi manuskrip kita dapat mengesan perkembangan para penulis dan karya mereka, kehidupan negarawan dan pelbagai aktiviti manusia. Kajian manuskrip juga membolehkan kita mengikuti perkembangan sesuatu hasil tulisan atau pengarang dan dapat menyak-

sikan pergerakan nadi kreatif. Oleh itu, pengumpulan manuskrip amat perlu untuk dirujuk khususnya oleh ahli manuskriptologi dan filologi. Kesannya, perpustakaan-perpustakaan di dunia yang memahami kepentingan warisan ini tetap memuliharanya. Tetapi, kadangkala walaupun kepentingan ini diperakui tetapi sumber-sumber yang diperuntukkan bagi melindunginya tip is sekali. Dalam konteks ini, Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP terus memperoleh, mengumpul, dan menyimpan manuskrip (tulisan tangan jawi). Sehingga kini PDM mempunyai 176 judul (204 naskhah) manuskrip yang dikumpul sejak tahun-tahun 1950-an dan didokumentasikan sebagai satu koleksi khas. Manuskrip dalam bentllk tulisan tanganJawi merangkum pelbagai bidang ilmll seperti bahasa, kesusasteraan (hikayat, syair), undang-undang dan h ukum, perubatan tradisional, astronomi, hal ehwal Islam, dan sebagainya. Sebagai usaha membantu para penyelidik, PDM telah menghasilkan Katalog ManLiskrip di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (1983) yang diterbitkan bersempena dengan "Pertemuan Sehari Mengenai Manuskrip MelaYll", pada 10 Oktober 1983. Judul-judul manuskrip tulisan tangan yang tersimpan di POM boleh dirujuk pada Lam-

piran A. Dengan kecanggihan teknologi hari ini pula, para penyelidik dapat mencapai maklumat manuskrip Melayu melalui sistem pengkomputeran. PDM sentiasa membantu usaha mumi para penyelidik yang ingin membuat kajian berasaskan manuskrip koleksinya. Sebahagian besar koleksi manuskrip di PDM telah dikaji, dianalisis, dan ditransliterasikan ke Rumi oleh mahasiswa universiti tempatan, para sarjana dalam dan luarnegara, dan Penulis Tamu DBP sendiri. Dr. Ian Proudfoot, Ketua Pusat Sejarah Asia, Australia National University misalnya, telah merujuk beberapa buah manuskrip koleksi POM dalam usaha menghasilkan karya tet'bitan terbarunya, Early Malay Printed Books (1993). Statistik yang berikut bagi tiga tahun kebelakangan ini telah menunjukkan peningkatan penggunaan dan rujukan manuskrip dalam bidang kesusasteraan, perubatan, sejarah, hukum kanun da'n kitab mengenai Islam oleh para penyelidik dari inslitusi tempatan (Pengarah KBN, Muzium Islam, Pensyarah, wartawan, dan pegawai kerajaan yang lain) dan luar negara seperti Thailand, Indonesia, dan British Library, London. Manuskrip-manuskrip POM juga dimanfaatkan untuk pameran pada peringkat tempatan dan antarabangsa:


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.