__MAIN_TEXT__
feature-image

Page 1

~~q~

MUTIARA PUSTAKA Jil. 10

(ISSN : 0128-1461)

September 2004


Memelihara Warisan Memupuk Wawasan


DARI EDITORIAL

Kepustakaan Melayu ditunjangi khazanah warisan persuratan alam Melayu di merata pelosok dunia. Peranan Pusat Dokumentasi Melayu sebagai penyimpan khazanah ilmu tidak pernah berkurang dengan peredaran masa. Dalam tempoh 2000-2005, dijangka sejumlah 150 ,000 naskhah korpus kepustakaan Melayu dapat dikumpul dan disebar luas. Bagaimanapun , usaha membina sebuah kepustakaan Melayu yang komprehensif menuntut kom itmen mendalam semua warga profesional yang terlibat. Pada masa kini, Pusat Dokumentasi Melayu sedang mempelbagaikan cabang perkhidmatan untuk memenuhi keperluan para penyelidik bahasa dan sastera serta masyarakat am seperti pendekatan mesra pengguna agar mereka dapat memanfaatkan koleksi ke arah pembangunan masyarakat berilmu . Maklumat persuratan Melayu yang sedia ada dalam koleksi boleh dicapai melalui web secara cepat, mudah dan berkesan . Persoalannya sekarang , bagaimana untuk mengkreatifkan penggunaannya semaksimum mungkin . Pengukuhan koleksi dan perkhidmatan atas talian semakin penting dengan kepesatan teknologi maklumat. Pemindahan kepada koleksi digital yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi sedang giat diteruskan, dan usaha ini pasti akan membuka jalan ke arah mendinamikkan fungsi pengumpulan dan penyebar luas sumber-sumber rujukan persuratan Melayu. Usaha ke arah ini memerlukan strategi bersepadu untuk meningkatkan imej konvensional kepada pusat rujukan yang kreatif dan inovatif yang menjadi sumber penting melalui perkongsian maklumat, jaringan dengan institusi-institusi pengajian Melayu dari dalam dan luar negara, promosi organisasi dan perkhidmatan , pengukuhan koleksi maklumat serta penandaras.

Walau apa pun cabaran dalam era digital ini , jami nan kecemerlangan perlu bermula dengan persediaan tenaga profesional yang berwibawa dan dibantu oleh kumpulan staf sokongan yang mantap. Gabungan tenaga Inl yang saling menyokong perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi perkembangan pesat dalam menangani jaringan maklumat bersepadu. Mereka mesti mencintai ilmu dan berfikir secara kreatif semasa melaksanakan tugas masingmasing. Nilai khazanah ilmu khususnya persuratan Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat, tetapi bergantung sejauh mana para penyelidik dan masyarakat membuat pelaburan di pasaran dunia globalisasi ini. Aizan Mohd. Ali Ketua Pusat Dokumentasi Melayu .

SIDANG REDAKSI

Penasihat Puan Aizan Mohd. Ali (Ketua Pusat Dokumentasi Melayu) Sidang Editor Puan Kamariah Abu Samah Puan Che Ros Rahim Encik Abang Patdeli Abang Muhi Puan Suhazlina Samsuddin Puan Maisara Anum Kamaruddin Mutiara Pustaka diterbitkan secara tahunan . Sebarang artikel atau pertanyaan hendaklah dikirimkan kepada:-

Sidang Editor, Mutiara Pustaka, Pusat Dokumentasi Melayu, Tingkat 6, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50960 KUALA LUMPUR. No. Tel: 03-2148 1042 No. Faks : 03-21429903 E-mel : khidmat1@dbp.gov.my

1


KANDUNGAN

DARI EDITORIAL

1

Koleksi PDM • Koleksi Kepustakaan Melayu

3

Jaringan Keperpustakawanan • Jaringan Pustaka

4

Teknologi Maklumat dan Komunikasi • Koleksi Digital Artikel Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka . • Kedinamikan dan Penguasaan Teknologi Maklumat Kepustakaan Melayu

5 6

Pembacaan • • •

Wacana ke arah menghasilkan buku terlaris di Malaysia. Bicara Karya 1 Bicara Karya 2

10 10 12

Muzium Bahasa dan Persuratan Melayu •

MBPM melestarikan khazanah bahasa dan persuratan Melayu.

Pusat Dokumentasi Melayu da'n Masyarakat •

Buku Wadah Intelektual

Rakan Dewan: Generasi Maju Berilmu

Keperpustakawanan •

Cabaran dan peluang membangunkan Pusat Dokumentasi Dunia Melayu

Merentas • Pusat • Pusat • Pusat • Pusat

Wilayah Dokumentasi Dokumentasi Dokumentasi Dokumentasi

Melayu Melayu Melayu Melayu

Penerbitan Video

Wilayah Timur Wilaya h Utara Cawangan Sabah Cawangan Sarawak

1 X~

2{ ;'

21.3

2/b

2' f ~~

Penerbitan Bibliografi

yo

Koleksi Terbaru

310

Kalendar Kegiatan

31 'S

2.


K_O_L_E_K_S_I_P_D_M____

L -_ _ _

~r

KOLEKSI KEPUSTAKAAN MELAYU

Pembinaan sumber dan perubahan kepustakaan Melayu menyumbangkan idea dan pemikiran dunia Melayu yang melangkaui batas sempadan dan masa. Usaha memperoleh selengkap mungkin koleksi kepustakaan Melayu telah dilaksanakan PDM hampir lima dekad . Kepelbagaian sumber dan rujukan bertujuan memenuhi keperluan penyelidikan dan apresiasi dalam bidang persuratan Melayu . Bahan bercetak merupakan asas kepada wadah kepustakaan Melayu yang sering mendapat perhatian pengguna dan penyelidik tempatan mahupun luar negeri. Sehingga Disember 2003, PDM telah mengumpulkan 121,651 naskhah monograf yang meliputi buku, kertas kerja , tesis, ~ah dan ce deram:a~.""

Ju

Selain keperluan penyelidikan, bahan bacaan juga penting dalam meningkatkan profesinalisme karyawan khususnya dalam aspek bahasa, sastera, budaya sejagat dan penerbitan. Bagi menyokong keperluan pembacaan, sebanyak 138 judul majalah dan 15 judul akhbar dilanggan bagi melahirkan pekerja berilmu dan kaya maklumat. Sebahagian besar perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu dirakam melalui media akhbar dan majalah. Usaha untuk mendokumentasi artikel majalah dan akhbar telah dilaksanakan bagi memudahkan akses, pengurusan dan penyebaran maklumat kepustakaan Melayu. Sehingga kini 150,651 entri indeks majalah dan 1,481 entri biodata tokoh bahasa dan sastera Melayu telah dirakamkan dan tersebar melalui pangkalan data PUSTAKA. Koleksi audio - visual adalah dokumentasi visual kegiatan bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam bentuk pita. kaset, pita ril , video, gam bar foto dan mikrofom. Koleksi ini

telah mula dikumpulkan pada awal tahun 60an. Selaras dengan perkembangan multimedia dan teknologi digital, peralihan dari analog ke digital turut diambil kira dalam pembinaan koleksi audio-visual. Kini PDM telah mengumpulkan 463,819 keping gambarfoto dan slaid, 2,847 judul pita video, 636 judul pita kaset, 315 judul pita ril , 2,369 gelendong mikrofilem, 5,134 judul mikrofis dan 159 keping CD-ROM. Gabungan koleksi tradisional dan moden menyokong peranan PDM sebagai pusat rujukan berteraskan kepustakaan dunia Melayu yang unik dan khusus jika dibandingkan dengan perpustakaan akademik dan perpustakaan khusus lain di Malaysia. Perancangan untuk melengkapi perbahanan nadir dan manuskrip dalam jangka masa lima tahun diharap akan menonjolkan PDM antara pusat kecemerlangan kepustakaan Melayu serantau dan antarabangsa. Koleksi PDM sehingga Disember 2003 Bahan Bercetak :

t'Al;:' Monograf Majalah -Akhbar

C'

rn ,651 naskhah 138 judul 15 judul

Audio Visual : Gambarlslaid Pita video Pita Kaset Pita Ril

Mikrofi,e1~

Mikrofis CD-ROM Indeks dan Direktori

Akhbar Majalah Biodata Manuskrip

l 3.>

463,819 keping \ ~ 5" ~ 278'17 jUtlu 635 judul 315 judul " ~ v 2,369 gelendong ":2.5,134 judul I \.2 'l. 159 keping l ~";-'-I{,' 50,561 enttri 109-.-581 ntri 1,481 ~Rt . 209 judul

Kamariah Abu Samah kamariah@dbp.gov.my

3

~


JARINGAN KEPERPUSTAKAWANAN

JARINGAN PUSTAKA

Perkongsian antara institusi maklumat khususnya yang merentasi batas geografi memberi faedah yang besar dalam memperkaya sumber maklumat dan koleksi dalam konteks persuratan Melayu. Jaringan Pustaka Pusat Dokumentasi Melayu diwujudkan (rujukan yang sedia ada) di kalangan ahli-ahli negara anggota Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dengan matlamat bagi membolehkan semua maklumat kepustakaan Melayu disebarkan secara meluas di seluruh pelusuk rantau melalui satu gerbang maklumat yang sudah pastinya akan diakses oleh para pengguna internet. Beberapa fasa telah dikenalpasti untuk melaksanakan projek ini. Fasa pertama melibatkan beberapa perpustakaan dan pusat dokumentasi di negara-negara anggota yang telah dipilih sebagai institusi yang akan menjadi teras kepada projek ini iaitu, • • • • • •

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. Perpustakaan Mindanao State University, Filipina. Perpustakaan University Prince of Songkla, Thailand. Perpustakaan National University of Singapore. Perpustakaan Pusat Bahasa Indonesia dan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia .

Kerjasama perkongsian dimulai dengan penyediaan menyediakan sumber maklumat bibliografi dalam bidang persuratan Melayu melalui Katalog Dalam Talian (OPAC) untuk

4

dicapai melalui web . Penyelarasan dan garis panduan dalam menentukan keperluan format, pengurusan bahan, kriteria pemilihan bahan, sistem pengelasan serta rekod katalog disediakan sebagai rangka kerja yang sistematik. Ini maklumat meliputi katalog , indeks, direktori, dan bibliografi yang berkaitan dari yang terdapat di dalam negaranegara anggota yang perlu diselaraskan oleh institusi teras tersebut. Perkongsian maklumat juga akan diperluaskan meliputi pangkalan data dan produk CD-ROM . Fasa kedua dirancang bagi membolehkan institusi-institusi yang terlibat mewujudkan sistem perkongsian (pertukaran) maklumat dan bahan persuratan Melayu di kalangan negara anggota. Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan sebagai pusat penyebaran serantau bagi rujukan dan perbekalan dokumen . Penyediaan infrastruktur jaringan sudah pasti memerlukan rangka utama yang mantap dalam usaha memuatkan bahan-bahan luaran. Perancangan pembangunan struktur teknologi maklumat dan komunikasi melibatkan ; •

Melengkapkan sumber maklumat koleksi persuratan Melayu koleksi PDM termasuk cawangan dan wilayah.

Menyelaras sumber maklumat persuratan Melayu dari koleksi seluruh perpustakaan di Malaysia .

Portal Kepustakaan Melayu yang akan menghimpunkan seluruh koleksi persuratan Melayu di peringkat tempatan hendaklah diwujudkan.

Melaksanakan dasar pendigitalan koleksi kepustakaan Melayu dengan kerjasama kepakaran serta sumber kewangan dengan pusat pengajian tinggi tempatan .

Membina bahan kepustakaan Melayu khususnya koleksi tokoh-tokoh bidang persuratan Melayu .


Mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih terarah dan terancang dengan semua institusi yang mempunyai maklumat persuratan Melayu.

Adalah menjadi harapan melalui projek Jaringan Pustaka yang bakal membentuk jaringan informasi akan menjadi gerbang utama sumber maklumat kepustakaan Melayu yang lengkap serta dapat memenuhi keperluan penyelidikan.

/

Pembangunan kepustakaan Melayu berlatarkan dunia Melayu yang amat besar dan menc~kupi sumber informasi yang menyeluruh dalam jumlah dan j enis maklumat yang mencukupi dunia Melayu kerjasama antara institusi lain amat diperlukan.

majalah terbitan DBP yang memberi penekanan lebih kepada aspek pemuliharaan dan arkib . Majalah yang didigitalkan adalah majalah terbitan DBP dari awal hinggalah 1997/98. Data digital ini juga amat perlu bagi membolehkan penyediaan maklumat dalam bentuk elektronik selaras dengan matlamat PDM menuju ke arah perpustakaan digital. Pendigitalan artikel majalah DBP ini dihasilkan dalam bentuk terbitan CD-ROM imej dan teks penuh . Hasil produk ini secara tidak langsung sebagai langkah pemuliharaan dan ia juga dapat membantu memperkaya sumber rujukan digital tempatan di samping dapat membantu ; •

TEKNOLOGIMAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

• •

i

KOLEKSI DIGITAL ARTIKEL MAJALAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

penyebaran maklumat bahasa , sastera dan budaya Melayu dalam talian. korpus bahasa dan sastera Melayu pengisian pangkalan data langganan majalah dalam talian .

Sehingga kini data digital majalah DBP dalam bentuk CD-ROM teks penuh dan imej adalah seperti yang berikut:

• Dewan Bahasa Maklumat digital memang tidak dapat dinafikan lagi kepentingan serta potensinya . Pendigitalan berupaya mewujudkan pasaran serta peluang baru dalam era teknologi maklumat. Teknologi pendigitalan merubah keseluruhan konsep penyalinan dan penyimpanan bahan , serta mewujudkan pengaksesan maklumat yang lebih global merentasi sempadan. Di sebalik cabaran yang dihadapi apabila melaksanakan projek pendigitalan seperti implikasi kos, isu hak cipta bahan sehinggalah isu menerbit dan menyebarkannya, namun pendigitalan tetap akan menjadi agenda utama dalam pelaksanaan rancangan strategik di institusi masing-masing. Projek pendigitalan PDM bermula seawal tahun 2000 dengan mendigitalkan koleksi

(terbitan 1957-1997)

• Dewan Budaya (terbitan 1979-1998)

Dewan Sastera (terbitan (1971-1998)

Pelita Bahasa (terbitan 1989-1999)

• Dewan Siswa (terbitan 1979-1997)

Dewan Kosmik (terbitan 1993-1997)

Dewan Masyarakat (terbitan 1963-1997)

• Malay Literature (terbitan 1988-1998)

5


•

Perisa (terbitan 1993-1998)

Pendigitalan sahaja tidak memberi banyak manfaat, hanya apabila menggabungkan perkhidmatan dan produk akan memberi lebih nilai tambah. Begitulah dengan data digital artikel majalah DBP, data digital ini sedikit demi sedikit telah dipindahkan ke pelayan sistem bersepadu perpustakaan PDM. Kini sebahagian daripada data digital imej dan teks penuh majalah DBP dapat diakses dalam sistem PUSTAKA melalui modul pengindeksan majalah. Kefleksibelan data digital juga telah membolehkan PDM merancang langkah seterusnya iaitu untuk memuat naik keseluruhan data digital ini ke laman web, ke dalam sebuah pangkalan data untuk membolehkan ia dipasarkan secara langganan, justeru merealisasikan perancangan PDM untuk membekalkan maklumat bahasa, sastera dan budaya dalam talian sekali gus menyediakan prasarana langganan pangkalan data majalah dalam talian khusus untuk penyelidikan. Pemasaran maklumat yang kompetitif melalui internet mampu berdaya saing dengan produk dalani talian lain sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Segmen pasaran dijangka akan meliputi perpustakaan, pusat maklumat, institusi kerajaan/swasta, lebih 112 institusi pengajian Melayu yang menjalin Memorandum Persefahaman dengan DBP juga penyelidik dalam dan luar negara. PDM mempunyai peranan yang besar sebagai pusat rujukan bahasa, sastera dan budaya Melayu di rantau ini. Beberapa agenda yang telah dikenal pasti seperti rangkaian kerjasama MABBIM, MABM, MASTERA serta Jaringan Pustaka amat memerlukan pembaharuan dalam bentuk digital sebagai sumber rujukan dan penyebaran. Sehubungan dengan ini, penerbitan CDROM teks penuh, pengimejan artikel majalah DBP serta pembangunan Sistem langganan Pangkalan Data Premium adalah selaras

6

dengan kemajuan pengurusan maklumat PDM dalam alaf akan datang. Fatimah Zahrin Mohd. Taib fatimah@dbp .gov.my

KEDINAMIKAN DAN PENGUASAAN TEKNOLOGIMAKLUMAT KEPUSTAKAAN MELAYU

Penyebaran kepustakaan Melayu Pusat Dokumentasi Melayu melalui teknologi moden diusahakan secara terancang mulai awal tahun 90-an untuk menjadikannya sebuah pusat nljukan kepustakaan Melayu terpenting di peringkat serantau dan antarabangsa . Program berasaskan teknologi maklumat seperti pendigitalan , Pustaka Digital dan pembtnaan laman web diberi keutamaan dalam pelaksanaan Sasaran Kerja Utama (SKU) Dewan Bahasa dan Pustaka bagi tahun 1995-2005. Sesuai dengan satu dekad tertubuhnya Pusat Dokumentasi Melayu, usaha mengkaji semula aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dibuat untuk memantapkan peranan organisasi maklumat yang kekal berdaya saing dan dapat memainkan peranan utama sebagai sebuah pusat kecemerlangan kepustakaan Melayu di Malaysia . Perancangan pembangunan teknologi maklumat kepustakaan Melayu dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), 20062010 dijangka lebih mencabar dalam dekad komuniti penyelidik yang celik maklumat dan celik IT di samping memantapkan infrastruktur pengkomputeran dalam rangkaian maklumat sedia ada. Forum Teknologi Maklumat telah diadakan pada 2 Mac 2004 bertujuan mendapatkan pandangan dan input ke arah perancangan tersebut di samping mengukuhkan peranan Pusat Dokumentasi Melayu dalam dekad seterusnya.

Matlamat Forum ialah; •

Mengenal pasti hala tuju pengurusan sumber maklumat kepustakaan


Melayu dalam persaingan maklumat global. •

•

•

Memperkasa kepustakaan Melayu sebagai ekonomi maklumat berasaskan pengetahuan (knowledge based economy) . Mewujudkan perkongsian pintar ke arah menghasilkan portal kepustakaan Melayu . Melahirkan pekerja ber ilmu (know/edge worker) dalam pembudayaan teknologi maklumat di kalangan pustakawan .

Forum yang julung kali diadakan telah mendapat sambutan menggalakkan dan dihadiri oleh pustakawan , ahli akadem ik, pelajar khususnya yang terlibat dalam aktiviti pengurusan maklumat kepustakaan Melayu serta karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu Pembinaan Kepustakaan Melayu Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh Shaharom TM Sulaiman , Saiful Farik Mat Yatin, Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM dan Peranan TMK dalam Dinamikan Maklumat Kepustakaan Melayu oleh Prof. Dr. Zainab Awang Ngah, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UM. Forum telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Ding Choo Ming, Felo Penyelidik Kanan , ATMA, UKM .

~~str>J<aan Melayu telah diberi pengertian >I~ \uas iaitu penulisan atau bahan tentang

'A lam Melayu " meliputi pelbagai subj ek $.elain bahasa, budaya dan sastera Melayu . Pusat Dokumentasi dan perpustakaan di Malaysia secara umumnya mem iliki

rangkaian repositori yang kaya dengan khazanah dalam bidang bahasa , kebudayaan, sosiologi, ekonomi dan teknologi yang mempunyai potensi sebagai pusat rujukan koleksi dan sumber maklumat bagi dunia Melayu . Pembangunan teknologi maklumat mampu mengupaya kepustakaan Melayu yang dinamik menjana ilmu di abad mendatang. Pusat ¡ Dokumentasi Melayu dan perpustakaan disarankan supaya memberi tumpuan kepada pembangunan koleksi, penggunaan teknologi, perkongsian pintar, model governan dan kemah iran kesarjanaan pustakawan . Beberapa pendekatan yang dibincangkan meliputi; Infrastruktur

Mewujudkan dan memantapkan infrastruktur pusat kecemerlangan kepustakaan Melayu dengan pengkhususan bidang bagi mengelakkan pertindihan tugas dan perbahanan. la juga memerlukan penubuhan sebuah badan penyelaras memantau pembangunan dalam konteks koleksi secara menyeluruh . Peranan ini dapat dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan melibatkan institusi penyelidikan dan pusat pengajian tinggi seperti Perpustakaan Negara Malaysia , ATMA dan Universiti Malaya. Koleksi pusat kecemerlangan kepustakaan Melayu perlu mengenal pasti potensi sumber kepustakaan Melayu yang unik serta memberi nilai untuk meningkat penggunaan sumber ilmu serta taraf negara sebagai pusat pengajian ilmiah kepustakaan Melayu bertaraf antarabangsa . Penekanan hendaklah diterangkan dalam merancang pembangunan koleksi yang komprehensif, lengkap dan berwibavJa melalui pusat kecemerlangan kepustakaan Melayu. Ini termasuklah kandungan digital yang nyata seperti teks penuh, imejan, audio dan video karya-karya kepustakaan Melayu yang bersifat unik untuk dicapai melalui internet dan dalam talian , sesuai dengan keperluan pengguna masa kini. Pendekatan perancangan bertahap untuk pembangunan produk dan program jangka

7


panjang untuk mencapai matlamat pendigitalan secara holistik, memudahkan pelaksanaan mewujudkan kepustakaan Melayu berteraskan teknologi maklumat. Oleh itu dasar pendigitalan maklumat bagi setiap organisasi maklumat perlu sebagai garis panduan penting pembangunan maklumat institusi. Model governan seperti L2U2L (Library to user to library) yang memberi peluang kepada pengguna melibatkan diri dan berinteraksi melalui eborang, e-tempahan serta menyumbang bahan kepada portal kepustakaan Melayu. Usaha mewujudkan perkongsian pintar antara pusat kecemerlangan kepustakaan Melayu dalam projek pendigitan koleksi adalah disaran untuk mengoptimumkan perkongsian tenaga pakar Teknologi Maklumat dan Pustakawan dalam membangunkan kandungan tempatan ·(Iocal content). Usaha ini akan menyokong k~perluan dan menggalakkan penyelidikan tempatan di pusat pengajian khususnya di bidang pengajian Melayu serta memudahkan permohonan pembiayaan dan pendanaan seperti IRPA. Namun kekukuhan dan kemantapan sesebuah pusat kecemerlangan kepustakaan memerlukan usaha meningkatkan program pembangunan minat kesarjanaan dan intelektual di kalangan pustakawan yang menunjangi kemajuan dan pencapaian institusi tersebut. Pusat kepustakaan Melayu yang ingin mencapai matlamatnya sebagai pusat rujukan kepustakaan Melayu yang terunggul di dunia disarankan untuk melaksanakan beberapa cadangan iaitu:•

mewujudkan dasar pendigitalan kepustakaan Melayu. melaksanakan inisiatif pendigitalan berasaskan perkongsian pintar untuk mendapatkan kerjasama kepakaran, sumber dan kewangan dengan pusat pengajian tinggi.

• menekankan pembinaan produk dan perkhidmatan maklumat tiga dimensi

8

dan realiti maya yang menjadi permintaan penyelidik dan pengguna kepustakaan Melayu yang canggih dan maju. •

mengenal pasti sumber dan bahan kepustakaan Melayu untuk menghasilkan produk digital dengan memberi tumpuan kepada terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi pendigitalan tempoh lima hingga sepuluh tahun (2006-2016). Keutamaan kepada projek yang unik, berfokus dan memberi kesan kepada pembangunan sosial, ekonomi dan teknologi negara.

merancang pembangunan kepakaran kesa~anaan dan keintelektualan di kalangan pustakawan Pusat Dokumentasi Melayu dalam bidang kepustakaan Melayu melalui program jangka pendek dan jangka panjang.

mengusahakan penubuhan badan penyelaras pusat kecemerlangan kepustakaan Melayu.

membina bahan kepustakaan Melayu khususnya koleksi pemikiran tokoh

mewujudkan jaringan kerjasama kepustakaan Melayu dalam dan luar negara yang akan memanfaatkan perkongsian sumber dan kepakaran .

mengetengahkan idea penubuhan badan penyelaras pusat kecemerlangan kepustakaan Melayu

merancang keperluan kewangan dan pembiayaan projek pendigitalan

Sesungguhnya , perpustakaan dan pusat maklumat khususnya yang terlibat dalam kepustakaan Melayu membuat penilaian semula untuk kekal berdaya saing dalam era yang mencabar. Perkhidmatan berteraskan teknologi maklumat komunikasi menguasai kedinamikan sesebuah organisasi


khususnya dalam memberi nilai yang tinggi terhadap khazanah kepustakaan Melayu .

Che Rabitah Che Omar, rabitah@dbp.gov.my. Kamariah Abu Samah , kamariah@dbp.gov.my.

LAMAN WEB

'-

....

.!l . • 1" -

11111\\ 8\111'IOI~ru!l~ I 1!:Im.

e .

ij.

"

-~-,

" I ~)!)..)":'

- - " ....

1-

:

-~",.1Jirq;a

--------

" ' - ..... ' .. T. . . . . 110;"" .l.I!. ., . . ~~.,

....... '....... 1I"""'ll:MCa...

AlMA

Instj!u1 NIDI pan TamMy" Meli¥Jl

_

BERITA SEHASA I NEWS AN AlMA 'IKON OO'£:RMTI~Al COi\fER£:NC£

=~~~r:A=~ST~ 31

·H

'n'2'llS

........

HAlAlU.lIfll..E.'4MALAYIIAK~

- ~250c0s~

"..w _~

..

...... C...,jl....

Laman web Dewan Bahasa dan Pustaka

~.

KtRSU$WMSAMfIAYU MALAYLANGUAGE COURSE

Laman web Institut Alam dan Tamadun Melayu

9


Mengadakan projek adaptasi karya kreatif dalam bentuk drama agar masyarakat lebih mengapresiasi karya .

PN M hendaklah berterusan mempergiat program dan aktiviti untuk memupuk minat membaca rakyat Malaysia.

PEMBACAAN

WACANA KE ARAH MENGHASILKAN BUKU TERLARIS 01 MALAYSIA

Satu wacana telah dianjurkan bersama oleh Pusat Ookumentasi Melayu , OBP dan Perpustakaan Negara Malaysia pada 22 Julai 2003 bersempena Bulan Membaca tahun 2003. Wacana ini diadakan sebagai wadah bagi penulis, penerbit dan juga pengedar b'Jku khususnya di Malaysia untuk membincangkan isu berkaitan penerbitan dan penghasilan serta pemasaran bukubuku terutama untuk mewujudkan sendrio buku terlaris (bestseller). Oi samping itu , dengan adanya wacana ini diharap dapat membuka ruang untuk para peserta mendedahkan peranan dan sumbangan bagi buku-buku yang dianggap terlaris itu memberi perangsang minat pembacaan dan seterusnya meningkatkan daya keintelektualan masyarakat , di samping mempergiat industri penerbitan buku negara. Seramai tiga orang ahli panel telah diundang iaitu Encik Zaffri Hassan dan En. Kee Heng Guan mewaikili pengedar buku dari rJ PH Bookstores Sdn. Bhd, EncikAhadiatAkas',ah mewakili penulis dan Encik Jaafar Taib dari Creative Enterprise mewakili penerbit. M8jlis telah dipengerusikan oleh Y. Bhg. Octuk Johan Jaaffar. Beberapa cadangan telah dikemukakan , •

10

Kerjasama yang padu hendaklah diwujudkan antara para penulis dengan penerbit untuk meningkatkan lagi mutu karya.

Kaedah pemasaran hendaklah lebih kreatif dengan bantuan para penulis.

Mewujudkan anugerah penulis ur·tuk merangsang usaha mereka.

Kesimpulannya , definisi 'buku terlaris " (bestsel/er) merupakan suatu pengertian yang sangat subjektif, pengukuran terlaris itu tidak boleh diukur dari segi jumlah ataupun kuantiti. Ini adalah kerana judul sesebuah buku tidak sama maksud larisny? dengan satu judul yang lain.

BICARA KARYA 1

Bicara karya siri pertama ini merupakan pembuka tirai bagi Kelab Buku Pusat Ookumentasi Melayu untuk tahun 2003 dalam usaha untuk memperkenalkan karya kepada khalayak melalui wacana, bicara dan pelancaran buku. Matlamat utama majlis ini diadakan adalah untuk memperkaya khazanah ilmu, meningkatkan minat membaca serta menggalakkan pembinaan intelektualan di kalangan ahli kelab , karyawan OBP dan masyarakat amnya. Oua orang pembicara telah membicarakan kary.a pilihan masing-masing iaitu Encik Zulkifli Salleh (Ketua Bahagian Majalah OBP) yang memilih buku karangan Tariq Ali 'The Clash of Fundamentalism " dan Encik Jaafar Rahim dengan pilihan bukunya "The Future of Freedom " karya Fareed Zakaria. Majlis telah diadakan di Laman Karyawan, OBP


dipengerusikan oleh Y. Bhg . Datuk Johan Jaaffar. Sambutan kepada majlis ini amat menggalakkan dengan kehadiran seramai lebih kurang 70 orang peserta. Isu utama yang diperkatakan dalam wacana karya ini adalah berkaitan Islam dan demokrasi. Perbincangan hangat oleh pembicara dan para hadirin meliputi isu dan sistem demokrasi di Malaysia , konsep fundamentalisme dan juga kenyataan beberapa pemimpin agama tentang penulis dan buku karya Tariq Ali.

perubahan. Guru-guru bahasa Melayu pada masa dahulu merupakan golongan yang amat penting di sekolah, mereka merupakan tenaga penting dan sering mendapat penghormatan yang amat tinggi daripada masyarakat. Kini senario tersebut telah berubah, guruguru bahasa Melayu tidak lagi dirasakan penting dan banyak cabaran terpaksa dihadapi. Antaranya ialah: •

Masyarakat sudah hilang minat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

Subjek bahasa Melayu kini tenggelam dalam arus teknologi dan globalisasi.

Pendidikan bahasa Melayu di sekolah tidak penting lagi.

Pendekatan dan sukatan bahasa Melayu tidak berubah sejak dari dulu.

Keputusan peperiksaan lebih penting dari apa yang dipelajari.

Beberapa kesilapan serta andaian kurang tepat telah diberikan kepada pelajar dan bahasa Melayu itu sendiri.

BICARA KARYA 2

Bicara Karya kali kedua anjuran Kelab Buku Pusat Dokumentasi Melayu , diadakan pada 24 April 2004 di Dewan Seminar, Menara DBP. Majlis yang diadakan ini amat bertepatan pula bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun. Karya berjudul "Pendidikan Literasi Bahasa Me/ayu: satu pendekatan bersepadu" tulisan Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi , Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dipilih sebagai tajuk majlis kali ini. Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Mahaya Mohd. Yassin dari Maktab Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan . Program ini mendapat sambutan baik di kalangan pendidik , ahli Kelab Buku dan masyarakat umum . Pembicara yang juga penulis buku tersebut adalah seorang ahli akadem ik yang mempunyai pengalaman luas tentang bidang pendidikan bacaan terutama pendidikan bahasa Melayu dan mempunyai kecenderungan dalam bidang kesusasteraan Melayu. Buku tersebut adalah sebahagian daripada hasil kajian beliau untuk ijazah kedoktoran yang diperkemaskan melalui kaji selidik di beberapa buah sekolah di negeri Pahang. Senario peranan dan cabaran pendidikan bahasa Melayu terutama peranan guru-guru bahasa Melayu banyak melalui proses

Sehubungan dengan itu, mata pelajaran kesusasteraan Melayu juga menerima kesan dan akibatnya kerana subjek tersebut telah diajar sebagai sebahagian dari subjek bahasa Melayu. Para pelajar kebanyakannya tidak berminat untuk membaca karya sastera. Tanpa minat yang mendalam kepada subjek bahasa atau sastera, akan lahirnya senario pelajar yang cuma pandai membaca sahaja tetapi tidak berminat untuk menjadikan subjek pembacaan sebagai satu amalan. Mereka ini dikenali sebagai celik huruf dan bukan seorang mahir membaca (literate) . Peluasan maksud literasi terdapat dalam buku pembicara meliputi konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran seseorang pelajar untuk

11


V "

i'ede 38 Se19teFR98r 2GO& yang mendengar, bertutur, membaca , menulis dan berfikir.

Seseorang pelajar akan dianggap memiliki kemahiran literasi bahasa sekiranya mereka mempunyai kemahiran mendengar secara berkesan, kefasihan pertuturan, pemahaman mendalam terhadap bahan yang dibaca , penulisan yang berwibawa se rta penggunaan daya pemikiran yang tinggi ketika menggunakan semua kemahiran asas berbahasa tersebut. Untuk mencapai tahap kecekapan tersebut, beberapa pendekatan telah dicadangkan . Oi antaranya ialah proses pembelajaran metibatkan peranan guru bahasa Melayu yang berkaitan dengan sekolclh, persekitaran, buku, bahan serta kurikulum. Kesemua faktor ini memainkan peranan ya,ng amat penting untuk meningkatkan tahap literasi di sekolah. Pembicara juga telah memberi beberapa saranan demi meningkatkan minat para pelajar serta tahap literasi subjek bahasa dan sastera iaitu; •

Pengajaran bahasa pe!lu berlandaskan kemahiran literasi .

Aktiviti hendaklah dipelbagaikan supaya tidak membosankan. Kemahiran tersebut hendaklah ke xal dan dapat diaplikasikan untuk bidang-bidang yang lain .

Strategi pengajaran bersepadu hendaklah diperkenalkan.

Sukatan pelajaran bahasa Melayu hendaklah dikaji semula.

Minat membaca perlu ditanamkan dalam diri para pelajar terlebih dahulu agar proses pembelajaran seterusnya lebih mudah.

Beberapa soalan dibangkitkan oleh peserta berkaitan dengan pendidikan literasi bahasa Melayu termasuklah komponen sastera dan penggunaan bahasa di kalangan pelajar. Oleh itu penekanan pendidikan litemsi bahasa Melayu harus bermula di peringl ,at

12

tadika dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi.

Che Ros Rahim

ros@dbp.gov.my

MUZIUM BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU

MELESTARIKAN KHAZANAH BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU

Muzium sebagai fenomena kebudayaan adalah cukup penting dari segi antikuiti. Nilainya kini sudah berubah mengikut perubahan zaman seperti mana perubahan nilai yang berlaku dalam perkembangan politik dan kebudayaan . Hari ini muzium memainkan peranan utama dalam kehidupan kebudayaan dan keunggulan sesebuah negara. Secara keseluruhannya, koleksi muzium merupakan sumber unik yang mencitrakan pencapaian dan kemajuan sesebuah negara serta perkembangan sejarahnya. Berasaskan kepentingan dan kewajaran demikianlah , pihak Lembaga Pengelola dan Pengurusan Tertinggi Dewan Bahasa dan Pustaka , Malaysia menubuhkan Muzium Bahasa dan Persuratan Melayu (MBPM) .Penubuhan ini turut direstui oleh kerajaan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan peruntukan sebanyak RM 4 juta bagi pembangunan fizikal muzium yang akan ditempatkan di aras 1 hingga 3 bangunan lama DBP. MBPM akan menjalankan kesemua atau sebahagian daripada fungsi tradisi muzium untuk ; •

Menjadikan MBPM sebagai institusi utama bagi pengumpulan, pendokumentasian , pemeliharaan


dan pameran maklumat, koleksi-koleksi dan objek-objek tentang sejarah dan perkembangan bahasa dan persuratan Melayu di Malaysia , Alam Melayu dan di kalangan diaspora Melayu . Oi samping itu MBPM diharapkan menjadi pusat sumber pendidikan terutama yang berkaitan dengan hal-hal pemupukan, penyuburan serta pemurnian semangat patriotik dan nasionalisme masyarakat. Secara khusus, objektif penubuhan MBPM adalah; •

Untuk memaparkan dan memperagakan sejarah serta perkembangan bahasa dan persuratan Melayu dari zaman prasejarah hingga kini mengikut kronologi jalan cerita .

Untuk memaparkan dan mempamerkan berbagai-bagai laras bahasa seperti bahasa dalam persuratkhabaran , perundangan ,diplomasi ,sains dan teknologi, komunikasi , politik,pengurusan dan pentadbiran , periklanan serta domain penggunaan bahasa yang lain.

Untuk memperlihatkan dan mempamerkan elemen-elemen dalam sistem bahasa seperti evolusi bahasa ,perbendaharaan kata, istilah, morfologi ,semantik, tatabahasa dan gaya bahasa , variasi dialek dan yang seumpamanya.

Untuk menyerlahkan status dan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta persuratan Melayu sebagai elemen dominan dalam pembinaan tamadun dan peradaban bangsa .

Untuk mencitrakan dan menyerlahkan kepentingan serta peranan bahasa dan persuratan Melayu serta tokoh-tokoh utama bidang berkena~n dalam pembentukan dan penyuburan

semangat patriotisme, nasionalisme serta pergerakan agama sepanjang zaman. •

Untuk memaparkan peranan dan fungsi OBP serta pertubuhan dan organisasi kebudayaan yang lain

dalam membangunkan negara ·bangsa Malaysia yang berteraskan bahasa dan persuratan Melayu.

Untuk mengelolakan pelbagai program pameran, seminar, bengkel, syarahan dan yang seumpamanya yang seJaJar dengan matlamat dan objektif MBPM serta bidang bahasa,sastera dan kebudayaan sama ada oleh MBPM sendiri atau pihak luar dari dalam dan luar negara.

Muzium sebagai sebahagian daripada memori kolektif (collective memory) sesungguhnya wajar mendapat sokongan sejajar dengan pelbagai limpahan faedahnya - kebudayaan, ekonomi dan politik. Para karyawan muzium mempunyai tanggungjawab yang khusus dan istimewa dengan bertindak sebagai pembimbing bagi memori tersebut. Tanpa memori dan himpunan sejarah kita tidak berupaya untuk melangkah menuju masa hadapan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang .

Abang Patdeli Abang Muhi apam@dbp.gov.my

13


PDM DAN MASYARAKAT

KELAB BUKU WADAH INTELEKTUAL

Sebagai sebuah organisasi ilmu, Pusat Dokumentasi Melayu tidak ketinggalan menganjurkan program-program ke arah menggalakkan pembacaan di kalangan karyawan DBP dan masyarakat Malaysia. Usaha menghidupkan semula Kelab Buku yang dimulakan sekitar tahun 80-an bertujuan memperkenalkan dan mengenali penerbitan tempatan dan antarabangsa yang signifikan dalam pembinaan jati diri bangsa Malaysia dan tamadun dunia masa kini. Matlamat utama Kelab Buku Pusat Dokumentasi Melayu ini adalah untuk meningkatkan budaya ilmu dan pemikiran kritis melalui pembacaan di kalangan ahlinya serta generasi muda amnya di samping mendedahkan bahan pembacaan yang berkualiti. Sebagai langkah untuk menarik lebih ramai ahli melibatkan diri dalam program pembacaan dan menghargai bahan-bahan terbitan yang bernilai maka pad a tahun 2004 keahlian adalah percuma. Penyertaan terbuka kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Manakala individu yang telah menyertai program Rakan Dewan diberi kemudahan penyertaan automatik mengikut tempoh keahlian. Beberapa siri Majlis Bicara Karya dan forum telah diatur pada tahun ini untuk menyemarakkan minat ahli dalam memperkayakan khazanah ilmu. Di samping itu, ahli juga berpeluang mengikuti kegiatankegiatan yang dianjurkan oleh Pusat Dokumentasi Melayu dari masa ke masa. Individu yang berminat bolehlah menghubungi Unit Khidmat Pengguna melalui talian 03 - 21483540, faks 0321429903 atau e-mel khidmat@dbp.gov.my

14

RAKAN DEWAN BERILMU.

GENERASI MAJU

Peranan Pusat Dokumentasi Melayu sebagai institusi maklumat yang menggalakkan peningkatan ilmu di kalangan masyarakat telah dipergiatkan dengan menyemarakkan program keahlian Rakan Dewan yang mula diperkenalkan pad a tahun 1999. Ekoran dari program penswastaan fungsi percetakan dan pemasaran , aktiviti yang pad a asalnya dilaksanakan oleh Bahagian Perniagaan telah diambil alih oleh Pusat Dokumentasi Melayu. Sesuai dengan matlamatnya sebagai pusat rujukan kepustakaan Melayu serantau dan kewibawaan khazanahnya yang komprehensif di- Asia Tenggara khususnya dalam bidang bahasa, sastera , kebudayaan Melayu dan penerbitan , PDM memberi peluang kepada khalayak untuk mengakses maklumat dan perkhidm'atan khususnya kepada pelajar, penyelidik dan para sarjana. Program ini juga menyokong wadah mengembangkan wahana bahasa dan kesusasteraan Melayu yang dimainkan oleh DBP di kalangan masyarakat Malaysia. PDM membuka keahlian Rakan Dewan kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas bagi kategori individu , dan kategori korporat terbuka kepada institusi dan organisasi tempatan dengan menawarkan faedah yang menarik kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan keilmuan dan meluaskan pembacaan. Ahli akan menikmati kemudahan pinjaman bahan di PDM ibu pejabat dan cawangan Sabah dan Sarawak kecuali di POM wilayah di Kota Bharu, Seberang Jaya dan Johor Bahru. Oi sam ping itu , ahli juga mendapat potongan harga 25% bagi pembelian buku terbitan DBP dari kedai-kedai Pengedar Dawama. Sehingga Jun 2004, seramai 11, 114 orang telah menyertai keahlian Rakan Dewan yang kebanyakannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi. Pertambahan jumlah keahlian juga meningkatkan kadar perkhidmatan pinjaman bahan dan penggunaan sumber rujukan kepustakaan Melayu. PDM berharap ahli juga menghargai khazanah yang amat bernilai dan memberi

,


kerjasama dalam memelihara bahan yang digunakan agar dapat juga dikongsi oleh generasi akan datang. Tanggungjawab pengguna menghargai nilai bahan dan maklumat kepustakaan Melayu bukan sahaja memastikan wadah persuratan Melayu terpelihara malah kekal sebagai warisan bangsa dan budaya masyarakat Malaysia. Masalah yang dihadapi seperti kehilangan bahan dalam tempoh pinjaman , bahan pinjaman yang tidak dikembalikan dan perbuatan merosakkan sumber kepustakaan Melayu bukan sahaja menyebabkan kerugian kos dan menjejaskan peranan PDM untuk menjadi pusat pengumpulan koleksi kepustakaan Melayu yang lengkap tetapi perbuatan ini merugikan pengguna dan penyelidik lain yang amat memerlukan sumber penyelidikan dan menafikan perkongsian ilmu di kalangan generasi akan datang.

Generasi maju berilmu

RAKAN

DEWAN

Kamariah Abu Samah , kamariah@dbp .gov.my .

â&#x20AC;˘

Wan Salhah Megat Ahmad , salha@dbp.gov.my.

6~cJl!:::a~0l~!:::a DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Malaysia - . _ -

www.dbp.gov.my


KEPERPUSTAKAWANAN L.

CABARAN DAN PELUANG MEMBANGUNKAN PUSAT DOKUMENTASI DUNIA MELAYU: REAKSI KEPADA KONSEP UNIVERSAL AVAILABILITY OF PUBLICA TlONS

Sehingga kini orang ramai masih menganggap perpustakaan adalah tempat yang paling sesuai untuk mencari maklumat dan bahan yang dikehendaki. Oleh sebab itu, misi perpustakaan dalam mendukung pengajaran, penyelidikan dan penyebaran ilmu serta maklumat masih tidak berubah, walaupun media dan kaedah mencari maklumat sudah tidak sama . Untuk memastikan maklumat dan bahan yang dikehendaki itu boleh didapati dengan mudah dan cepat, koleksi perpustakaan harus dibangunkan dengan sebaik-baiknya menurut kem.ampuan kewangan, teknologi, kakitangan,'ruang dan pengurusan yang ada. Kepustakaan yang ingin diperkatakan dalam rencana ini ialah Kepustakaan Dunia Melayu. Minat kepada pembangunan kepustakaan Melayu yang sudah tercetus sejak tahun 1960-an berikutan tekad pemimpin negara dunia ketiga memperjuangkan New Information Order ketika itu (Ding 2002) dalam usaha menentang penjajahan maklumat dari negara barat itu masih membara lagi dalam konteks universal availabilty of publications. Keperluan negara kita untuk mengumpul , mengkatalog, memulihara dan menyelenggara kepustakaan Melayu sebagai koleksi kekal telah diserahkan kepada perpustakaan awam yang tertentu. Institusi itu telah diberi peruntukan tetap yang besar untuk mengurus kerja yang besar manfaatnya kepada penyelidikan dan kemegahan negara. Tetapi, sehingga kini, tidak ada sebuah pun perpustakaan dan pusat dokumentasi Melayu di Malaysia, yang berjumlah tidak kurang daripada 20 buah itu , dapat memenuhi kehendak penyelidikan

\\,

yang mahukan kepelbagaian bahan dan maklumat dalam kepelbagaian bahasa, media , format dan tradisi kepengarangan. Masalah yang paling besar ialah kepustakaan Melayu itu berselerakan di banyak perpustakaan dan pusat dokumentasi , dan yang terdapat di perpustakaan yang sama itu pula berselerakan di banyak koleksi yang berbeza-beza , antaranya koleksi umum , koleksi khas dan koleksi media (mikrofilem , pandang dengar, digital dan manuskrip). Keselerakan bahan di banyak perpustakaan dan tempat itu telah menimbulkan banyak masalah . Antaranya koleksi itu "denies browsability, disrupts research", lebih-Iebih lagi "fail to make sense of the abundance" (Wainright 1991). Selagi keadaan itu tidak diperbaiki , selama itulah sukar untuk kita membangunkan sebuah Pusat Dokumentasi Dunia Melayu yang boleh dibanggakan sebagai pusat rujukan satu hentian (one-stop reference point) dan juga gedung naskhah yang terakhir (resort of last copy) berkaitan kepustakaan Melayu. Pusat Dokumentasi ini dikehendaki mengumpul semua bahan , dari dalam dan luar dunia Melayu yang ada kaitan dengan pengajian dunia Melayu , tanpa mengira bahasa , media, masa , format dan tradisi kepengarangan. Sebelum melanjutkan perbincangan ini, elok dinyatakan dunia Melayu ialah kawasan geografi bahasa Melayu digunakan . Sehubungan itu , antara sarjana yang telah cuba memberi definisi dan skop dunia Melayu ialah Ooi Kee Seng . Menurutnya: "The term The Malay World itself is still a fresh, if challenging, concept, and should not be considered synonymously with Southeast Asia or the Chinese Nanyang. One may for a start roughly say that the Malay World is southern Southeast Asia. Some experts wish to include Madagascar at the expense of the eastern Indonesian islands, while others wish the term to coincide as mush as possible with Malay culture, making Malay World studies a nationalistic project. Problems of delineanation are difficult and are perhaps best judged from case to case, allowing borderline cases to contribute as much stimulus as possible." (2003:92).


Sementara itu , kepustakaan Melayu pula ialah segala bahan yang ada di antara langit dan bumi dunia Melayu , yang ada kaitan dengan sosiobudaya , ekonomi , politik, undang-undang , pertanian , sains , teknologi dan perubatan Melayu . Kesemuanya perlu dikumpulkan dan dipusatkan. Pemusatan segala bahan itu perlu untuk mengatasi masalah yang dihadapi selama ini dalam pembangunan kepustakaan Melayu yang bersifat "distributed collection" (Wainright 1991) . Pusat itu harus ditadbir sebagai sebuah jabatan kekal di bawah Kementerian Kebudayaan, Seni dan Warisan , yang juga mampu memberi peruntukan tetap yang besar untuk segala aktivitinya . Pusat itu mestilah juga boleh bertindak sebagai badan penyelaras yang bersifat berkecuali, selain dapat memenuhi kehendak perpustakaan dalam erti kata yang sebenarnya , iaitu""archival, dispensing and bibliographic", dari segi yang berikut; •

Membekalkan semua bahan tentang dunia Melayu , dari dunia Melayu (termasuk Malaysia , Indonesia , Singapura, Brunei dan Pattani) dan juga dari luar dunia Melayu.

Menjadi pusat rujukan dan pinjaman satu-hentian (one-stop) dan juga gedung naskhah terakhir ' resort of the last copy" kepustakaan dunia Melayu.

Membenarkan semua orang yang berminat merujuk ba han yang terkumpul dengan dikenakan bayaran yang murah .

Mempunyai peralatan dan kemudahan fizikal yang mencukupi (termasuk ruang membaca , kemudahan mesin fotokopi , komputer, internet , e-mel),

Menyeleras kerja pengumpulan kepustakaan Melayu di seluruh dunia .

Mengadakan jaringan dengan pusat dokumentasi di Leiden ,

London , Paris, Canberra , Kyoto , Berkeley, antara yang lain-lain . Pembangunan koleksi itu memerlukan dasar pembangunan koleksi yang teliti dan menyeluruh dan yang mesti dikemaskinikan dari masa ke masa. Oasar itu diperlukan kerana koleksi penyelidikan di banyak perpustakaan dan pusat dokumentasi adalah hasil daripada usaha yang dilakukan dengan penuh sedar, tanggungjawab dan dedikasi. Sehubungan itu , Wilson & Edelman (1996) mengatakan : "Research libraries have built their collections through expensive, carefully planned effort that have extended over decades and in some cases, centuries. Their holdings are deliberate creations of mutual reinforcing materials, not just haphazard accumulation of books and journals. The depth that distinguishes these research collection is reflected most immediately, albeit imperfectly, by the materials in the stacks". Oi sini, koleksi yang semakin besar adalah semakin baik kerana selama ini hanya koleksi yang besar mampu memenuhi kepelbagaian kehendak pelanggan dari segala latar belakang , iaitu kehendak Justin-case " dan juga "just-in-time". Pusat baru dikehendaki mempunyai semua kepustakaan Melayu yang ada di perpustakaan besar dan kecil di Malaysia , Singapura, Indonesia, Brunei , Pattani , Netherlands , United Kingdom , Perancis , Jepun dan Beijing , misalnya. Pengumpulan dan penggabungan bahan itu disebabkan kita perlu memberi perhatian kepada kualiti perkhidmatan dan bahan untuk membolehkan pelanggan dapat mencapai kepelbagaian bahan dalam kepelbagaian bahasa, media , format, masa dan tradisi kepengarangan itu dengan lebih cepat , mudah dan tepat. Kata kunci di sini ialah " uniqueness , speed, accessibility and interaction " yang menjadi matlamat pustakawan dan juga pelanggan , dan bukannya sukar mencari bahan dari sebuah koleksi yang kecil ke sebuah koleksi kecil yang lain. Untuk mencapai objektif itu , pusat itu diprasyaratkan mengumpul segala bahan


dalam segala media, bentuk, bahasa dan tradisi kepengarangan. Kesemuanya itu harus dipandang sebagai saling lengkapmelengkapkan dan bukan yang sebaliknya, lebih-Iebih lagi yang menyusahkan dan yang membebankan. Sekiranya setiap jenis bahan itu mempunyai masalahnya, sudah tentu setiap jenis bahan itu juga mempunyai kelebihan yang tidak terdapat dalam jenis bahan yang lain. Pengumpulan semua bahan, tidak mengira media, jenis, masa, format dan bahasa itu juga disebabkan pengajian dunia Melayu telah berkembang menjadi penyelidikan multi-disiplin sejak dua dekad yang lepas. Perkembangan itu telah menyebabkan semakin banyak penerbitan tentang alam Melayu sudah boleh didapati dari buku dan jurnal di luar bidang pengajian dunia Melayu tradisional. Sehubungan itu, semakin banyak penyelidikan dunia Melayu telah menggunakan bahan dari bidang statistik, matematik, kejuruteraan , perubatan, psikologi , antara banyak yang lain. Hasil perkembangan itu ialah munculnya banyak bidang penyelidikan yang baru dalam pengajian dunia Melayu , selain bahanbahan yang baru itu perlu diberi klasifikasi yang baru. Dengan itu, penyelidikan dunia Melayu sebagai penyelidikan multi disiplin sudah mendapat nafas baru. Tidak kira apa yang berlaku, sarjana pengajian Melayu kini tidak boleh lagi hanya menumpukan perhatian mereka di bidang pengkhusus~n tradisional seperti dahulu. Perkembangan ItU telah juga mengubah pandangan pustakawan tentang tata rajah koleksi dan perkhidmatan kepustakaan Melayu. Oleh sebab penyelidikan pelbagai disiplin , pelbagai media dan pelbagai bahasa telah menjadi kata kunci kesarjanaan dan penyelidikan dalam era pascamodernisme, maka bahan multi-bahasa, media dan disiplin itu seharusnya dipandang saling melengkapkan, dan bukan saling menyingkirkan. Itulah antara sebab utama penyelidikan multi-disiplin harus dijadikan model untuk membangunkan koleksi penyelidikan satu-hentian (one-stop research collection) tentang dunia Melayu. Ini juga bermakna koleksi kepustakaan dunia Melayu yang baik tidak lagi terbatas kepada satu dua disiplin, seperti bahasa, sastera atau budaya.

Tetapi , Pusat Kepustakaan Dunia Melayu yang komprehensif itu akan tinggal sebagai ilusi selagi masalah umum pembangunan koleksi selama ini tidak dapat diatasi. Antaranya ialah

â&#x20AC;˘

Tahukah kita jumlah sebenar kepustakaan Melayu?

â&#x20AC;˘

Tahukah kita bentuk, media, format , disiplin dan tradisi kepustakaan Melayu sejak dahulu?

â&#x20AC;˘

Sebanyak mana kepustakaan itu sudah terkumpul dan di mana?

â&#x20AC;˘

Bolehkah dan mampukah dikumpulkan semua kepustakaan dunia Melayu di satu tempat?

â&#x20AC;˘

Bagaimanakah mendapat kerjasama daripada perpustakaan yang sedia ada?

â&#x20AC;˘

Apakah kelayakan yang diperlukan?

â&#x20AC;˘

Bagaimana mendapatkan salinan bahan lama yang sudah tidak diedarkan lagi?

â&#x20AC;˘

Bolehkah didigitasikan bahanbahan yang lama itu?

kakitangan

Sehingga beberapa tahun yang lepas, hampir semua perpustakaan memenuhi kehendak pelanggannya dengan membangunkan koleksinya. Pembangunan koleksi adalah istilah lain untuk keputusan yang diperlukan untuk membangunkan koleksi perpustakaan dengan berkesan . Walaupun keberkesanan model pembangunan koleksi dengan me miliki bahan itu didapati semakin susah dicapai , kerana kosnya semakin meningkat di satu pihak, sedangkan peruntukan yang diterima semakin susut di satu pihak yang lain, dan juga kerana tidak ada ruang untuk menyimpannya , lebih-Iebih lagi dengan lahirnya maklumat digital yang telah membuka ruang baru kepada perpustakaan untuk dapat berkongsi lebih banyak bahan daripada yang mampu dimilikinya , namun


pembangunan Pusat Dokumentasi Dunia Melayu perlu bergantung pada model pemilikan bahannya. Ini disebabkan tidak banyak kepustakaan Melayu sudah didigitasikan sehingga kini selain pembangunan pangkalan data seperti yang dilakukan di ATMA pada www.malaycivilization .com.

Sebahagian besar masalah itu boleh diatasi dengan adanya pengarah yang berwibawa dan yang dihormati. Oleh sebab persoalan yang dibangkitkan itu adalah isu pentadbiran dan pengurusan kepustakaan, mereka yang diberi tanggungjawab itu seharusnya pustakawan yang terlatih dan yang berpengalaman. Antara kelayakan yang diperlukan adalah ;

Oleh itu, pemilikan bahan adalah segalagalanya, selain berupa ukuran utama tentang kualiti koleksi dan pengurusan kepustakaannya. Dalam konteks itu , lebih besar koleksinya, lebih baiklah ia dapat memenuhi kehendak pelanggan yang juga dijadikan asas perpustakaan membangunkan koleksinya. Sehingga kini , tidak ada sebuah pun perpustakaan di Malaysia dapat memenuhi kehendak penyelidik kita dengan mudah , cepat dan tepat kerana kepustakaan Melayu berselerakan di banyak perpustakaan , dan kepustakaan Melayu di perpustakaan yang sama berselerakan di banyak tempat, selain tidak ada sebuah perpustakaan yang sudah mempunyai kesemua bahan yang disenaraikan dalam buku Ahmat Adam (1994) , Belham (2004) , Byrd (1970) , Chambert-Loir & Osman (1999) dan Proudfoot (1993) , misalnya . Maka , penyelerakan bahan di banyak perpustakaan dan banyak tempat itu bukan sahaja "denies browsability, disrupting research ', lantaran membuat perpustakaan gagal memainkan peranannya "to make sense of the abundance" seperti yang disebut tadi , malahan membuat pelanggannya jemu bermain sembunyi-sembunyi (hide-andseek). Banyaknya koleksi kepustakaan Melayu yang berselerakan itu tidak menjamin koleksi masing-masing mudah digunakan , lebih-Iebih lagi oleh pelanggan dari institusi lain. Masalah itu bertambah rumit kerana birokrasi pentadbiran , peraturan , selain bahan di koleksi khas tidak diketahui maklumat bibliografinya , dan bahan yang lain yang diketahui maklumat bibliografi itu tidak boleh dipinjam kepada pelanggan dari institusi lain. Pendek kata , pelanggan letih dan kecewa kerana sukar menjumpai bahan yang dikehendaki pada masa yang dikehendaki.

mempunyai wawasan agar boleh merancang pembangunan koleksi itu sesuai dengan kehendak pelanggan dan perkembangan ilmu , kesarjanaan, lebih-Iebih lagi teknologi.

mempunyai kepakaran yang membolehkannya memberi nasi hat yang kepada penyelidik dan bukan sekadar menjawab pertanyaan bibliografi. dapat membangunkan perkhidmatan maklumat yang kos-berkesan selaras dengan hala tuju dan strategi penyelidikan dari masa ke masa.

mempunyai kemahiran berkomunikasi yang membolehkannya menjalankan tugas dengan berkesan.

fikiran yang terbuka dan berani menghadapi perubahan dari masa ke masa, lebih-Iebih lagi perubahan dan perkembangan yang mempengaruhi operasi dan hala tuju kepustakaan.

berminat membuat penyelidikan seperti yang dipunyai sarjana , maka sensitif kepada kehendak penyelidik, lebih -Iebih lagi dapat merentasi jurang komunikasi dengan sarjana dan pakar.

mempunyai keyakinan untuk berinteraksi dengan berkesan dengan segala macam sarjana , pakar, penyelidik dan pelanggan.

mesti dapat memberi reaksi segera kepada tekanan sosial, ekonomi , politik dan pendidikan yang apabila


digabungkan boleh mempengaruhi malahan menggantikan tuntutan , jangkaan, prestasi dan perkhidmatan daripada yang lama kepada yang baru. •

perlu memikirkan tindakan yang paling bijak untuk masa depan perpustakaan , kakitangan dan kepustakaan yang dikumpulkan itu.

harus mempertimbangkan sama ada amalan yang lama perlu digugurkan untuk digantikan dengan amalan yang baru .

Tanggungjawab utama pengarah ialah perancangan dan pengurusan. Hanya yang b·e rpengalaman dapat meyakinkan sarjana bahawa mereka boleh mendapat perkhidmatan yang paling baik, selain dapat menyampaikan mesej. Kepada ahli politik dan ekonomi yang lain bahawa pengurusan dan penyelenggaraan kepustakaan bukanlah kerja sosial, tetapi kerja yang berkait rapat dengan penyelidikan, kesarjanaan dan pendidikan . Pengarah itu mesti dapat memotivasikan pustakawan yang lain yang juga mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sama ada disebut ' knowledge counselor, information officer, information broker, cybrarian , subject consultant, librarian-scholars subject specialist, information scientist', kepelbagaian gelaran yang diberikan itu menunjukkan peluangpeluang baru yang sudah dibuka kepada mereka yang sesuai. (Hunt 1995: 202; Humphreys 1967:31). Pentingnya kelayakan akademik dan sains kepustakaan adalah kerana Pusat Kepustakaan Dunia Melayu yang dicadangkan itu tidak dapat diurus sarjana yang tidak tahu teknik mengurus perpustakaan. Hunt (1995:202) mengatakan selanjutnya: "They manage information, identify relevant sources, analyse data , network among experts, have technical expertise, understand information highways and are comfortable in cyberspace .. . They can respond to the needs of librarianship for research and for the creation of enriching interdisciplinary connections . .. " Pendek kata, pengarah itu perlu membuat keputusan yang bijak, sesuai dengan

perubahan masa dan persekitaran , lebihlebih lag i dalam menggunakan kakitangan, masa , ruang , wang , teknologi dan kepakaran dengan sebaik-baiknya . Tidak kira apa juga perubahan yang akan berlaku , aktiviti, aspirasi , misi dan objektif asal perpustakaan perlu dikekalkan , Perpustakaan adalah institusi yang ditubuhkan khas untuk mengurus idea dan maklumat, yang bersifat 'intangible '. Selama ini, ia melakukannya dengan mengumpul sebanyak mana objek kepustakaan yang terdiri daripada buku, jurnal, laporan, tesis, kertas kerja dan lainlain , yang boleh dinampak, dipegang, diperiksa , maka yang dianggap "'highly tangible physical objects'. Untuk pembangunan koleksi jangka panjang, diperlukan dasa r pembangunan koleksi. Antara fungsinya ialah ; • •

sebaga i panduan. untuk melatih kakitangan yang baru untuk menjelaskan rungutan daripada pelanggan

sebagai dokumen penerangan awam

untuk menilai prestasi pengumpulan bahan dan pembesaran serta pemantapan koleksi

sebagai dokumen untuk membolehkan kakitangan berurus dengan pegawai penyelidik

sebaga i dokumen untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi lain

Minat terhadap pengajian dunia Melayu telah meningkat sejak dahulu lagi. Peningkatan minat itu juga telah dinyatakan Ooi (2003: 102): " .. the heterogeneity of the Malay world has over the years inspired many theoretical models in a large variety of academic disciplines throughout the world. This will no doubt continue as new and strong responses to globlization and modern nation-building


occur in the region where the winds meet. " Oleh itu, sudah sampai masanya Malaysia membangunkan Pusat Kepustakaan Dunia Melayu yang paling besar dan lengkap yang boleh dijadikan pusat rujukan satu-hentian, untuk melengkapkan koleksi kepustakaan Melayu di Leiden , London , Paris , Kyoto , Beijing , antara yang lain-lain, yang terletak ribuan kilometer di luar dunia Melayu . Pusat itu tentulah lebih baik, berkesan, selain lebih mudah dan cepat digunakan berbanding dengan koleksi dokumentasi Melayu yang kecil-kecil yang ada di Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan universiti yang lain. Dengan itu , banyak masalah yang dihadapi perpustakaan koleksi kecil selama ini dijangka akan selesai. Tetapi , selagi tidak ada usaha gigih dan kerjasama daripada semua pihak, kita tidak akan pergi ke mana-mana. Masalah itu adalah seperti yang telah dinyatakan Charles Dicken dalam A Tale of Two Cities (1895) : u â&#x20AC;˘â&#x20AC;˘â&#x20AC;˘ We have everything before us, we have nothing before us, we are going direct to Heaven, we were all going direct the other way .... " Projek itu perlu dimulakan sekarang , sebelum kita kehilangan lebih banyak bahan yang lama, dan bahan yang rosak menjadi lebih rosak lagi. Kalau demikian, masalah kita akan menjadi bertambah rumit selain kosnya meningkat. Sepanjang rencana ini tidak disentuh penerbitan elektronik kerana kebanyakan kepustakaan dunia Melayu masih berbentuk analog . Selain itu, perhatian utama kita ialah konsep Universal Avai/abity of Publications, tidak kira sama ada bahan itu berbentuk analog atau digital. Rujukan AhmatAdam . Sejarah dan bibliografi akhbar dan maja/ah Melayu abad ke sembi/an belas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1994. Belham K. Jauh perjalanan banyak pemandangan : (penerbitan buku sejak 1838-2000) Dewan Bahasa 4:5 (Mei 2004): 20-25 Byrd, Cecil K. Early printing in the Straits Settlements, 1806-1858. A preliminary

inquiry. Singapore : Singapore National Library, 1970. Chambert-Loir, Henri & Fathurahman. Panduan koleksi naskah Indonesia sedunia: world Indonesian manuscript collections. Ecole-francais d'Extreme-Orient & Obor Indonesia, 1999.

Osman naskahguide to Jakarta: Yayasan

Ding Choo Ming . Kesarjanaan Cina dalam pengajian dunia Melayu. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 1:1 (Jun 2003): 19-53 Ding Choo Ming. Information imperialism: the unilateral information flow from developed countries to developing countries. Media Asia 29:3 (2002):11-21 Ding Choo Ming. Access to materials in and on Malay studies from Leiden to Bangi : a model of information repackaging on information highway. Colloquium on Dutch Scholarship and the Malay World: a critical assessment. 20-22 November 2000: 1-18. Fisher, William. Terminator 2: library education: the issue that wouldn't die. Library Acquisitions: Practice and Theory 22: 1 (1998): 31-34. Hazen, Dan C. Collection development policies in the information age. College and Research Libraries, (Jan 1995): 29- 31 . Hunt, Patrik J . Interpreters as well as gatherers - the librarian of tomorrow ... today. Special Libraries (Summer 1995): 195-204 Manville , Philip Brook. Tradition and innovation in the management of professional knowledge: a case study of a virtual library. Harvard Library Bulletin 4 :1 (Spring 1993): 29 Marman, Edward. A Method of establishin ~ a depreciated monetary value for print collections. Library Administration & ManagementAssociation 9:2 (1995): 94-101 Ooi Kee Beng. Current Nordic research on the Malay world: a bibliographical sketch. Sari 21 (2003): 89-107


Proudfoot, I. Early Malay printed books: a provisional account of materials published in the Singapore-Malaysia area up to 1920, noting holdings in major public collections. Kuala Lumpur: Academy of Malay Studies & The Library, University of Malaya, 1993. Wainright, Eric. The distributed national collection: a view from the center. . The Australian Library Journal (August 1991): 210221. Wilson, Myoung Chung & Hendrik Edelman. Collection development in an interdisciplinary context. The Journal of Academic Librarianship (May 1996): 195200. Ding Choo Ming , chooming@pkrisc.cc.ukm .my.

MERENTAS WILAYAH

PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH TIMUR

Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka . Wilayah Timur merupakan sebuah perpustakaan khusus yang diharap dapat memenuhi matlamatnya untuk menjadi pusat penyelidikan bahasa , sastera dan budaya Melayu khasnya di negeri Kelantan dan Terengganu iaitu dua buah wilayah pantai timur Semenanjung Malaysia serta di Selatan Thailand yang berada di bawah kelolaannya. Sebagai sebuah perpustakaan khusus yang baru beroperasi , PDM Wilayah Timur akan mencuba sedaya mungkin untuk mendapatkan dan mengumpulkan bahanbahan yang mempunyai nilai estetika dan sejarah yang bermutu terutama dalam bidang bahasa , sastera dan budaya Melayu tempatan yang dihasilkan di wilayah ini. Tujuan utamanya ada lah sebagai tempat rujukan terutamanya kepada para penggiat bahasa , sastera dan budaya , golongan ~rofl'!c;in n ~1

nel;:ll ~r

in stit ut !1p.n G ~ iit3 n tinggi

serta masyarakat umum yang berminat. Selain menyediakan bahan-bahan dalam bidang bahasa , sastera dan budaya , bukubuku dari pelbagai bidang lain juga boleh dirujuk di sini . Koleksi yang terdapat di PDM bukan hanya merangkumi bahan buku tetapi juga terdapat berbagai - bagai bahan lain seperti kertas kerja seminar, majalah , jurnal , bahan audio visual , bahan fotografi dan sebagainya . Sehingga kini terdapat lebih 10,000 bahan koleksi di PDM Wilayah Timur untuk rujukan dan pinjaman oleh pengguna. Pusat Dokumentasi Melayu yang terletak di tingkat tiga bangunan DBP Wilayah Timur boleh dikunjungi oleh ahli Rakan Dewan dan para pengguna yang berumur 18 tahun ke atas. Perkhidmatan bermula dari jam pada pukul 8.30 pagi hingga 4.15 petang.


Bermula dari awal Januari hingga Jun 2004, aktiviti dan kegiatan PDM Wilayah Timur adalah lebih tertumpu kepada promosi Rakan Dewan kepada masyarakat setempat dan memberi perkhidmatan rujukan maklumat kepada para pengguna dan penyelidik yang datang berkunjung ke sini. Selain itu, sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun 2004 ini , tumpuan utama diberikan untuk mendapatkan bahan-bahan perolehan terkini yang diterbitkan dalam usaha memantapkan koleksi yang sedia ada. Untuk penggal kedua tahun 2004 pula (Julai - Disember), antara kegiatan yang sedang dirancang untuk adalah perasmian nama baru PDM Wilayah Timur dengan nama baru iaitu Pusat Dokumentasi Melayu Tengku Anis setelah mendapat mohon perkenan daripada DYMM Raja Perempuan Kelantan baru-baru ini. Penubuhan PDM Wilayah Timur ini diharapkan akan dapat membantu dalam memperjuangkan keagungan dan kedaulatan bahasa , sastera dan budaya Melayu tempatan agar ia terus berkembang dan seterusnya memetikkan rasa bangga yang tinggi dalam setiap jiwa bangsa Melayu betapa warisan dan pusaka nenek moyang ini harus terus dijulang dan disanjung. Sharrul Rizal Hashim sharrul@dbp .gov.my

PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH UTARA

Penubuhan pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara pada 15 Julai 1999 merupakan salah satu usaha jangka panjang untuk pengembangan bahasa dan sastera di kawasan Utara Semenanjung Malaysia, Sumatera Utara dan Selatan Thailand. Seiringan dengan matlamat tersebut, Pusat Dokumentasi Melayu Wilayah Utara wujud sebagai "gedung ilmu yang menyimpan koleksi berkaitan bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu tempatan. Ini selaras dengan matlamatnya untuk menjadi pusat penyelidikan bahasa, sastera dan budaya Melayu yang mempunyai nilai sejarah dan estetika yang bermutu. Namun, koleksi bahan-bahan dari pelbagai bidang juga turut disediakan. Kini Pusat Dokumentasi Melayu Wilayah Utara sedia menawarkan perkhidmatan penyelidikan dan rujukan maklumat bukan sahaja kepada staf DBP malah ahli Rakan Dewan dan para penyelidik umum dari da\am dan luar negara. PDM yang terletak di aras dua bangunan DBP Wilayah Utara beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari pada hari Sabtu bekerja. Koleksi bahan yang berjumlah lebih 4,000 naskhah tertumpu dalam bidang bahasa , sastera dan budaya dalam bentuk bahan bercetak seperti buku , majalah, kertas kerja, prosiding seminar, gambar foto dan bahan bukan bercetak seperti pita video, VCD dan kaset di sam ping mengumpul keratan akhbar tempatan. Pusat Dokumentasi Melayu telah dibuka secara rasminya kepada para pelajar, cendekiawan, penggiat sastera dan sesiapa sahaja yang ingin membuat rujukan maklumat mulai September 2003. Pengguna juga boleh berhubung dengan Pustakawan di talian 04-6211011 atau 04-6211012 untuk mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan . Kemudahan koleksi bahan yang


terdapat di PDM hanya untuk tujuan rujukan dalaman sahaja memandangkan koleksi bahan adalah terhad. Antara kegiatan sepanjang tahun ini adalah mengadakan sudut pameran mini. Pameran ini diadakan sepanjang tahun mengiringi program dan aktiviti korporat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Melalui pameran ini gambar-gambar yang menarik dari setiap program akan dipamerkan untuk tatapan pengunjung PDM serta maklumat ringkas mengenai setiap program. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberi gambaran dan maklumat kepada umum tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Secara tidak langsung akan memberi satu pendedahan kepada orang ramai berkenaan fungsi dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dalam memartabatkan sastera di sekitar Wilayah Utara. PDM juga turut bekerjasama dengan Pusat Kegiatan Guru, Bukit Selambau, Sungai Petani untuk mengadakan Projek Galakan Membaca melalui Peraduan Resensi Buku Peringkat Kuala MudalYan. Program ini diadakan pada bulan Julai 2004 bersempena dengan Bulan Membaca. Program ini diharap akan merangsang para pelajar untuk membaca buku yang ditetapkan bagi memperoleh maklumat dan pengetahuan secarCi " er.ycdtAruh. Dengan ini mereka dapat memberi ulasan dan pendapat melalui apa yang dibaca. la juga akan memupuk tabiat membaca di kalangan para pelajar sekolah khususnya dan rakyat Malaysia amnya apabila tamat persekolahan mereka. Kumpulan sasarannya adalah pelajar sekolah rendah dan menengah daerah Kuala Muda/Yan. Dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori menengah dan rendah. Setiap sekolah di sekitar daerah diwajibkan terlibat secara langsung dengan program ini. Peraduan ini akan dijalankan dalam bentuk lisan dengan menggunakan bahasa Melayu. Selain itu, PDM juga turut bekerjasama dengan Perpustakaan Awam Kulim Keda~ tuk menjayakan Pertandingan Bercenta Kanak-Kanak pada 24 Julai 2004.

Program ini <;ldalah kesinambungan daripada Pertandingan Bercerita yang diadakan pada 19 Julai 2003 di Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Dua kategori yang dipertandingkan iaitu 7-9 tahun dan 10-12 tahun. Penyertaan dihadkan kepada tujuh peserta bagi setiap kategori. Objektifnya adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak memperkembangkan bakat serta mengaplikasikan kreativiti masing-masing. Seterusnya, untuk memupuk minat dan memberi pendedahan kepada orang ramai dalam cabang sastera ini. Penghakiman akan dinilai berdasarkan faktor kelancaran, penghayatan, intonasi, dan gaya penyampaian. PDM juga merancang untuk mewujudkan Pangkalan Data Karyawan DBP Wilayah Utara. Pengumpulan bahan-bahan dari persatuan penulis dan penulis - penulis. di sekitar Wilayah Utara kini sedang glat diusahakan. Penghasilan data yang sistematik akan membolehkan capaian serta kemas kini maklumat dapat dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan cekap. Tujuan utama pengl:1asilan pangkalan data adalah untuk merakamkan input dan menghasilkan output berkaitan individu atau agensi yang terlibat dengan aktiviti bahasa, sastera dan budaya di Wilayah Utara. Dengan wujudnya pangkalan data ini diharapkan perkembangan sastera, bahasa dan budaya di sekitar Wilayah Utara akan dapat dioertinqkatkan .

Mohd Hafiz Salim , shafiz@dbp .gov.my


PERPUSTAKAAN

YBhg. Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd Yassin diiringi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara; Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak melawat sudut pameran mini Pusat Dokumentasi Melayu Wilayah Utara.

Aksi peserta ketika Pertandingan Bercerita 2003. Tahun 2004, Perpustakaan Awam Kulim, Kedah telah diberi penghormatan sebagai penganjur bersama dengan Pusat Dokumentasi Melayu Wilayah Utara bagi menjayakan program ini.

Peryustakaan tercinta ini, yetabuhan kebudayaan yeradaban zaman, gedung aka{ {aut bicara manusia, mutiara yendita tasik ,-ujangga, kota kebenaran yenaung kebebasan ucay suara, 'Dari ruang ini bersinar keagungan yemikiran, menghayati te{uk-Ciku zaman demf. zaman, tanya prasangka aya tanya batas benua, keka{ bernama angin yang men8usayi, abadi bersama {angit yang memayungi, dikeramatkan untuk anda menghiruy sega{a. 'Di yeryustakaan tercinta ini.

Usman Awang


KOLEKSISABAH PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH

Pengenalan Pusat Dokumentasi Melayu Cawangan Sabah telah bermula sebagai sebuah perpustakaan yang ditakrifkan sebagai sebuah perpustakaan khusus untuk penyelidikan bahasa dan sastera di Sabah. Bermula dengan 1,363 naskhah buku pada tahun 1980 kini Pusat Dokumentasi Melayu Cawangan Sabah mempunyai sebanyak 23,397 naskhah koleksi buku di samping koleksi majalah, kertas kerja, fail dokumentasi penulis dan persatuan penulis Sabah dan juga bahan bukan buku seperti kaset, video dan cakera padat. Bersesuaian dengan peranan Pusat Dokumentasi Melayu Cawangan Sabah yang antaranya adalah untuk membina maklumat dan koleksi bahasa dan sastera Melayu termasuk bahasa dan sastera tempatan, maka satu koleksi khas yang digelar Koleksi Sabah telah mula dibina sejak 1980-an. Tujuan dan Skop Tujuan utama koleksi Sabah diwujudkan adalah untuk memperoleh bahan-bahan terbitan yang dihasilkan oleh penulis Sabah khususnya dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, koleksi ini juga menempatkan bahan-bahan terbitan yang berkaitan dengan negeri Sabah dalam pelbagai bidang subjek. Koleksi ini juga dibina untuk menampung keperluan rujukan dan penyelidikan oleh pihak dalam dan luar DBP. Bahan koleksi Sabah terdiri daripada buku, majalah, kertas-kertas kerja dan terbitan stensilan yang diperolehi melalui pembelian, bahan hadiah ikhlas daripada pelbagai pihak dan juga yang peroleh sendiri oleh staf DBP Cawangan Sabah sewaktu menghadiri seminar, persidangan dan sebagainya.

Koleksi Bahan-bahan dalam koleksi Sabah merangkumi bahan-bahan yang diterbitkan pada tahun 50-an sehingga kini. Buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Kesusasteraan Borneo pada tahun 60-an adalah merupakan bahan-bahan yang dijadikan sebagai asas kepada koleksi ini. Selain itu, bahan-bahan dalam koleksi ini juga didapatkan melalui sumbangan ikhlas daripada beberapa orang tokoh penulis seperti Allahyarham K. Bali dan Y. Bhg . Datuk Shuhaibun Yussuf. Sehingga kini, koieksi Sabah merangkumi 1,530 naskhah dan kebanyakannya diterbitkan dalam bahasa Melayu selain dalam bahasa Inggeris, dan terdapat juga judul-judul yang teksnya dalam bahasa sukuan Sabah dan Sarawak. Bahan-bahan dalam koleksi ini adalah untuk rujukan dan penyelidikan di PDM sahaja dan tidak dibenarkan dibawa keluar. Sepanjang tempoh koleksi ini diwujudkan , terdapat pelbagai pihak yang telah merujuk dan memanfaatkannya seperti staf DBP, para penulis , ahli Rakan Dewan yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan orang persendirian yang mengkaji bahasa dan sastera di Sabah. Rancangan Masa Depan Memang terdapat koleksi khusus seperti Koleksi Borneo di beberapa perpustakaan lain di sekitar Kota Kinabalu yang mengumpul bahan-bahan terbitan dari Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Namun, pengumpulan bahan-bahan yang menjurus kepada bahan-bahan terbitan yang berkaitan dengan bahasa dan sastera Melayu yang terdapat dalam koleksi Sabah tidak akan bertindan dengan bahan-bahan terbitan yang terdapat dalam koleksi Borneo di perpustakaan-perpustakaan tersebut. Malah koleksi Sabah di PDM Cawangan Sabah dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang


memerlukan bahan-bahan seumpama ini. Bahan koleksi ini juga dipamerkan sempena pameran-pameran kegiatan DBP Cawangan Sabah yang kerap diadakan. PDM Cawangan Sabah akan terus memperoleh bahan-bahan terbitan untuk Kl)lek~i Sabah untuk memperkaya khazanah bahasa dan sastera Melayu di Sabah khususnya. Perolehan akan terus dilaksanakan melalui pembelian di kedaikedai buku , dan melalui orang perseorangan , persatuan dan jabatan yang bertindak selaku penganjur seminar atau persidangan . Pembinaan koleksi Sabah ini dijangka akan dapat menjadi asas kepada usaha-usaha penyelidikan dan penyebaran maklumat bahasa dan sastera di Sabah . Contohnya, penerbitan katalog , indeks dan direktori yang berkaitan bahasa dan sastera tempatan dapat dilaksanakan dan disebarluaskan dalam bentuk bercetak dan dalam talian .

Pameran PDM sempena Sem in ar Pe nggunaan Bahasa Melayu Sektor Swasta di Keningau

Wok Yamsiah Mohd . Zai n

wok@dbp.gov.my

KOLEKSI BORN EO PUSAT DOKUMENTASI MELAYU TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR (SARAWAK)

Pengenalan

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak ditubuhkan pad a tahun 1981 dengan koleksi lebih kurang 2 ,500 naskhah buku pelbagai bidang yang diwarisi daripada Biro Kesusasteraan Borneo atau lebih dikenali sebagai Borneo Literature Bureau (BLB), satu badan kerajaan yang diambil-alih oleh DBP dalam tahun 1977. Kebanyakan buku pad a ketika itu adalah buku-buku terbitan BLB serta buku terbitan luar negara . Pad a masa itu koleksi Borneo belum wujud lagi. Tiga tahun kemudian menampakkan jumlah buku di perpustakaan bertambah. Dalam pad a itu, sudah ada satu koleksi kecil buku-buku tentang Sarawak yang bukan sahaja dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan malah penulis luar tentang Sarawak. Maka, diadakan satu sudut kecil khusus untuk "Koleksi Tempatan" , nama yang diberi ketika itu. Tujuan mewujudkan koleksi khas buku-buku tentang Sarawak difikirkan perlu memandangkan pegawai-pegawai DBP khususnya yang berada di bahagian editorial sering kali merujuk kepada koleksi tersebut untuk membantu dalam tugas-tugas rasmi mereka. Satu pusat yang dirasakan boleh memperoleh, menyimpan, mendokumentasi serta menyebarkan maklumat bahasa , sastera dan budaya dengan teratur perlu dibangunkan. Justeru koleksi tempatan diwujudkan. Apabila pejabat DBP Cawangan Sarawak berpindah ke bangunan sendiri di Petra Jaya, Perpustakaan DBP Cawangan Sarawak diberi nama Pusat Dokumentasi Melayu Tun Hamdan Sheikh Tahir. Koleksi tempatan itu dinamakan koleksi Borneo, sesuai dengan pertambahan buku-buku yang bukan sahaja tentang Sarawak tetapi yang ada kaitan dengan Sarawak, iaitu Sabah , Brunei dan Kalimantan .


Perlu disebutkan di sini bahawa pemilihan dan perolehan buku dan bahan-bahan lain di PDM berpandukan matlamat DBP. Oleh itu , koleksinya tertumpu kepada bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu khususnya di Sarawak dan yang berkait rapat dengannya. Koleksi Borneo Koleksi Borneo merupakan hampir satu perempat daripada jumlah keseluruhan bahan yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu Tun Hamdan Sheikh Tahir. Selama ini koleksi tersebut ditempatkan bersamasarna koleksi buku-buku umum dan rujukan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Pada Februari 2004 yang lalu, koleksi Borneo dipindahkan dari PDM pusat ke sebuah ruang khas yang berdekatan yang lebih besar untuk menampung koleksi yang kian bertambah . Semua bahan koleksi Borneo hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja. Koleksi Borneo merangkumi bahan-bahan seperti buku, jurnal, potongan akhbar, pita video dan gambar. Setakat ini, terdapat hampir 800 judul buku dengan jumlah bukunya lebih kurang 3,000 naskhah. Semua bahan yang tersimpan di bawah Koleksi Borneo ini adalah yang berkaitan dengan sejarah, budaya, bahasa dan kesusasteraan Sarawak khususnya, dan yang lain itu ada kaitan atau boleh membantu dalam tugastugas penyelidikan terutamanya pegawaipegawai Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri. Buku Satu bahagian di dalam koleksi ini yang sangat istimewa ialah buku-buku yang diterbitkan oleh BLB sejak dahulu dari tahun 1960 hingga tahun 1976, Buku-buku ini yang kebanyakannya untuk bacaan umum seperti novel, sajak dan cerita rakyat boleh didapati dalam berbagai-bagai bahasa seperti Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan Kadazan. Buku-buku tentang sejarah dan budaya di Sarawak banyak menarik minat para penyelidik dari dalam dan luar DBP. Maklum balas daripada pengunjung-pengunjung perpustakaan sangat menggalakkan

memandangkan buku-buku seperti ini sukar ditemui atau jarang ditemui di mana-mana perpustakaan di sekitar Kuching . Potongan Akhbar Poton9.~m akhbar tempatan kelolaan DBP seperti :'Yang Indah itu Bahasa" dan'~adah Bahasa dan Sastera " yang merupakan usaha DBP Cawangan Sarawak dalam memupuk dan mengembangkan bahasa sastera di Sarawak didokumentasikan.

Selain itu , potongan akhbar yang terdapat dalam akhbar tempatan serta akhbar nasional yang mengandungi bahan-bahan seperti cerpen , sajak dan esei disimpan untuk membantu ¡usaha DBP Cawangan Sarawak dalam menggalakkan minat penulisan di kalangan warga Sarawak, seperti penghargaan yang diberi iaitu, "Hadiah Penghargaan Penulis-Penulis Sarawak " yang diadakan setiap tahun . Pita Video Koleksi pita video juga merupakan salah satu rekod penting tentang kegiatan yang dijalankan oleh DBP Cawangan Sarawak seperti kegiatan korporat Dewan, bahasa dan sastera serta yang berkait rapat dengan matlamat dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka. Salah satu kegiatan tahunan penting yang telah rakam ialah "Forum Remaja". Pita video ini sangat berguna dan sering dirujuk oleh guru-guru dan peserta-peserta untuk belajar, mengetahui serta sebagai panduan untuk mereka memperbaiki kelemahan-kelemahan peserta dalam pertandingan Forum Remaja. Walaupun semua rakaman pada masa ini adalah berbentuk pita video, ada kemungkinan besar pad a masa yang akan datang rakaman akan dibuat dalam bentuk cakera padat. Gambar Foto Koleksi gambar foto merupakan satu lagi bahan yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak. Walaupun kebanyakan gambar foto yang dirakamkan adalah kegiatan korporat Dewan , gam bar foto seperti pelbagai


pertandingan bahasa, kegiatan sastera dan budaya sering mendapat perhatian daripada pengguna luar. Gambar foto tentang kebudayaan seperti kraf tangan , pakaian, alat muzik dan permainan tempatan juga menarik perhatian para penyelidik Dewan sendiri serta penyelidik luar. Koleksi ini sering kali dirujuk untuk mendapatkan gambar foto bagi penerbitan brosur, buku cenderamata, poster-poster pameran dan sebagainya.

PENERBITAN CD

GERBANG PERADABAN TIMUR, 2003

Beberapa jenis bahan yang terdapat dalam Koleksi Borneo boleh dimanfaatkan oleh bukan sahaja karyawan DBP malah masyarakat umum, khasnya para penyelidik bahasa, sastera dan budaya.

Sebuah penerbitan korporat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur yang memaparkan sejarah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum merdeka hingga ke penubuhan cawangan di Sabah dan Sarawak. Seterusnya memaparkan penubuhan pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka di wilayah timur, utara dan selatan.

PDM peka dengan perkembangan kegiatan bahasa, sastera dan budaya di Kuching khususnya dan di Sarawak amnya. Koleksi Borneo PDM selama ini telah memberi manfaat serta banyak membantu dalam penyelidikan bahasa, sastera dan budaya tempatan. Memandangkan jumlah penyelidik yang semakin bertambah, maka PDM akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk menambahkan bahan-bahan yang terpilih sesuai dengan matlamat DBP serta keperluan masyarakat umum.

Dalam CD ini terangkum peranan dan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur khususnya dalam menyebarluaskan aspek kebahasaan dan kesusasteraan Melayu . Di samping itu, penerbitan ini memaparkan aktiviti-aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan yang telah dijalankan dalam lingkungan wilayahnya iaitu di negeri Kelantan, Terengganu dan Selatan Thai sama ada dengan kerjasama persatuan penulis setempat ataupun aktiviti korporat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perkhidmatan

Dengan adanya perkhidmatan yang diberikan melalui jenis - jenis bahan yang ada dalam koleksi Borneo ini diharap dapat memenuhi sedikit sebanyak matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyebarkan bahasa, sastera dan budaya di Kuching khasnya , dan Sarawak.

Theresa Chong theresa@dbp.gov.my

BULAN BAHASA DAN SASTERA NEGARA,2003

CD ini diterbitkan khusus sempena perasmian acara Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang telah berlangsung di Pulau Pinang. Majlis ini telah disempurnakan oleh T.Y.T Tun Oato' Seri Haji Abdul Rahman Abbas, Yang dipertua Negeri Pulau Pinang. Majlis pelancaran telah dimeriahkan dengan beberapa persembahan istimewa, antaranya deklamasi sajak, sketsa, nyanyian lagu puisi, persembahan boria, koir dan persembahan dua bintang terkenal tanah air iaitu Francisca Peter dan M.Nasir.


CD ANUGERAH SASTERA NEGERI KELANTAN

PENERBITAN BIBLIOGRAFI

Majlis Anugerah Hadiah Sastera Negeri Kelantan diadakan untuk ,memberi pengiktirafan kepada para penulis dan penggiat sastera negeri Kelantan . Majlis ini telah disempurnakan oleh D.Y.M .M Sultan Kelantan . Majlis yang gilang gemilang ini menyaksikan penganugerahan Anugerah Sastera Negeri Kelantan kepada S. Othman Kelantan. Beberapa kategori telah diperkenalkan, antaranya Hadiah Persuratan Negeri Kelantan , Hadiah Cekal Sastera , dan beberapa kategori karya yang telah dibukukan dan yang telah disiarkan di media tempatan.

Bibliografi Kesusasteraan Bandingan. Jil. 1 (sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara ke-3, 2225 September 2003).

DATO A' AZIZ DERAMAN 22 JULAI2003

VCD diterbitkan sempena persaraan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' A. Aziz Deraman melayari bahtera i~titusi Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ Sebuah nukilan Sajak Panjang buat Dato' A. Aziz Deraman, hasil karya Encik Zaini Ozea dan dideklamasikan oleh Encik Rasdi Daud. Sajak ini sebuah penghargaan karyawan DBP atas jasa dan bakti beliau memperjuang dan memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Mohd. Hiezam Hashim, izammh@dbp .gov.my

Bibliografi ini diterbitkan sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara ke-3 pada 22 hingga 25 September 2003. Kajian kesusasteraan bandingan merupakan satu disiplin ilmu yang baru di Malaysia. Oleh itu , penerb itan ini merupakan langkah permu laan untuk memudahkan para pengkaji dan penyelidik bidang ini mendapatkan sumber maklumat tentang kajian kesusasteraan perbandingan khususnya perbandingan antara kesusasteraan Melayu Malaysia dengan karya-karya sastera di luar Malaysia. Sebanyak lebih kurang 400 entri dikumpulkan. Bibliografi ini disusun mengikut jenis bahan iaitu monograf, kertas kerja persidangan , artikel jurnal/majalah da" akhbar.

Kajian dan Kritikan Sastera Malaysia: satu bibliografi awal. (sempena Seminar Kritikan Sastera Melayu Serantau 24-26 September 2001)

Kritikan sastera adalah alat untuk menilai sesebuah karya sastera. Walaupun kritikan sastera di Malaysia berkembang agak lewat berbanding dengan negara-negara barat, namun pada tahun-tahun 1980-an dan 1990an perkembangan bidang ini sangat memberangsangkan. Oleh itu , penerbitan satu senarai tentang kaj ian dan kritikan sastera Melayu di Malaysia ini diharap dapat membantu para pengkaji dan penyelidik untuk mengenal pasti bahan-bahan yang sedia ada . Sebanyak lebih kurang 1,000 entri telah dikumpulkan yang terdiri daripada makalah-


makalah yang tersiar di dalam akhbar dan majalah serta jurnal terbitan tempatan sahaja sehingga awal tahun 2001.

KOLEKSI TERBARU

(;--- Direktori Penulis Malaysia: edisi tambahan / disusun oleh Idros Samsudin dan Che Ros Rahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001. 108 hal.

Direktori edisi tambahan kepada edisi pertama pada tahun 1990 ini merupakan bahan rujukan cepat yang amat penting untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang penulis. Sejumlah lebih kurang 493 entri nama penulis Malaysia dari pelbagai kaum telah dikumpulkan, khususnya dari para penulis bidang kreatif.

Bibliografi Cerpen Melayu Malaysia. Jil. 1/ penyusun Che Ros Rahim ... [et.al]. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 2003. 119 hal.

Penerbitan bibliografi ini adalah salah satu dalam penerbitan bibliografi kesusasteraan Melayu moden. Sebagai permulaan" bibliografi ini ditumpukan kepada senarai terbitan antologi cerpen Melayu Malaysia peringkat remaja dan dewasa yang pernah diterbitkan di Malaysia sehingga tahun 2000. Sir!

Sejumlah lebih kurang 2 ,500 entri telah dimuatkan di dalam bibliografi ini. Entri disusun mengikut abjad nama pengaran~.y dul , tempat terbit , penerbit, tahun dan loK asi.

Che Ros Rahim ros@dbp.gov.my

Jelani Harun. Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Me/ayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003. 425 hal.

Institusi kesultanan Melayu yang masih ~ hingga ke hari ini memperlihatkan bahawa warisan kepimpinan Melayu zaman silam harus dipelihara dan dipertahankan. Buku ini menampilkan peraturan tentang raja dan pelbagai nasi hat tentang keadilan pemerintah dan kebijaksanaan pembesar negara. Selain itu, membincangkan adab ketatanegaraan secara tuntas aspek definisi, pensejarahan, falsafah, prinsip dan penerokaan karya berkaitan dengan institusi kerajaan Melayu silam yang diperoleh daripada karya-karya yang pernah dihasilkan seperti Bustan al-Salatin, Taj al-Salatin, Kitab Nasihat Segala Raja-raja, Nasihat a/-Muluk dan lain-lain. Buku ini merupakan rujukan penting kepada para penyelidik dan para pelajar jurusan sastera, sejarah, sains politik, undang-undang, agama dan pengurusan.


Hukum Kanun Pahang: Manuskrip agung Negeri Pahang. Diselenggarakan oleh Yaakub Isa. Pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2003. 213 hal.

Penerbitan semula manuskrip Hukum Kanun Pahang dalam bentuk kulit mewah ini memperlihatkan usaha murni Lembaga Muzium Negeri Pahang untuk memulihara pusaka bangsa untuk dijadikan kajian generasi akan datang. Buku ini mengandungi tiga bahagian penting iaitu yang pertama menyediakan manuskrip asal berserta transliterasi menggunakan huruf rumi secara sejajar; kedua menurunkan kembali teks Hukum Kanun Pahang versi Muzium Negeri Pahang dan juga teks versi Winstedt & Kempen . Buku ini merupakan sumber rujukan penting terutama bagi mereka yang ingin membuat kajian filologi dan para pengkaji undang-undang , budaya , sastera dan agama.

Ab . Razak Ab. Karim.Aspek Penggunaan Bahasa Da/am Warkah-warkah Me/ayu Lama: Satu Kajian. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu , Universiti Malaya. 2002. 182 hal.

Kajian warkah-warkah Melayu lama amat kurang dilakukan oleh para pengkaji tempatan memandangkan kesukaran untuk membaca warkah-warkah tersebut dengan pelbagai ejaan yang tidak seragam, tulisan yang kabur dan sebagainya. Memandangkan warkah-warkah lama ini mempunyai banyak ilmu yang terkandung di dalamnya maka inisiatif penulis untuk mengkaji warkahwarkah dari tahun 1521 hingga tahun 1899 ini khususnya dari aspek linguistik adalah sangat berguna untuk tatapan semua. Selain aspek linguistik , buku ini juga membicarakan aspek kosa kata , analisis perbandingan , penggunaan kata gelaran , ganti nama , stilist i k dan juga aspek sosiolinguistik serta anal isis komunikasi.


Muafakat Bahasa: Sejarah MBIM/~BBIM

sebOQOl Pembina Bahasa as......... â&#x20AC;˘...

Asmah Haji Omar. Muafakat Bahasa: Sejarah MBIMIMABBIM sebagai pembina bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. 185 hal.

Buku ini merakamkan sejarah pertumbuhan Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM)/ Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia - Malaysia (MABBIM) sejak awal penubuhannya hinggalah kini. Buku ini menjadi wadah dokumentasi tentang segala usaha dan perjuangan ketiga-tiga negara dalam pemuafakatan bahasa yang telah menyatukan mereka. Bidang geolinguistik dan ruang lingkup politik yang berlainan merupakan eabaran dan kekangan yang turut disentuh oleh penulis . Hasil pemuafakatan oleh negara-negara anggota telah memberi sumbangan kepada pembinaan korpus bahasa Melayu.

Peradaban Melayu Timur Lautl Diselenggara oleh A. Aziz Deraman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003. 432 hal.

Wilayah Timur Laut seeara geografinya meliputi pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian keeil negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan , wilayah selatan Thai, sebahagian wilayah Kemboja , Vietnam dan juga Laos. Melalui penerbitan buku ini dapat menimbulkan semula kesedaran akan kegemilangan peradaban di rantau tersebut yang eukup kaya dengan khazanah alam Melayu seperti bahasa, sastera , kitab-kitab , kebudayaan dan keseniannya .


Kajian Manuskrip Melayu "fAsaInh. Kritilta" dA"Guiangan

Nisriwani Yahaya, Syed Zulflida S. M. Noor. 101 Puteri Dunia Melayu: sejarah dan legenda. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium dan Antikuiti, 2003.479 hal.

Usaha membukukan kisah 101 perihal puteri Melayu zaman silam dari abad ke -7 hingga abad ke -20 ini merupakan satu rakaman yang tidak terkira nilainya kepada sejarah dan warisan bangsa Melayu. Buku ini bukan sahaja memuatkan sejarah dan legenda puteri-puteri Melayu zaman lampau tetapi turut mengungkapkan nilai estetika, seni budaya, busana, bahasa dan kesusasteraan bangsa Melayu zaman silam. Mereka dipilih berdasarkan perilaku, pengaruh mereka di kalangan istana dan masyarakat dan ciri-ciri kecemerlangan mereka terhadap bangsa, agama, dan negara. Kisah-kisah mereka membuktikan bahawa wan ita bukan sahaja berperanan sebagai ibu, isteri dan pengasuh di rumah, malah meliputi pemerintahan, pertahanan, perjuangan dan srikandi negara.

Ding Choo Ming. Kajian manuskrip Melayu: masalah, kritikan dan cadangan. Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2003. 373 hal.

Kajian ini berasaskan penyelidikan penulis untuk ijazah sarjana beliau di UKM dan sebahagian isi buku ini telah disiarkan dalam akhbar Utusan Zaman dari 4 Jun 2000 hingga 17 Februari 2002 . Artikel tersebut telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002 kategori kajian sastera. Buku ini mengkaji tentang kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap manuskrip Melayu yang berjumlah lebih kurang 10,000 yang didapati tersebar di seluruh dunia, terutama di Eropah. Kajian-kajian telah dimulakan oleh para orientalis barat sebagai pentadbir, sejarawan , antopologis dan sarjana tanpa teori sastera , yang mengkaji untuk kepentingan pengetahuan mereka tentang hal ehwal politik, sejarah dan sosial mereka. Pengkajian manuskrip Melayu sebagai cabang akademik hanya bermula pada tahun 1850-an di Belanda dan Great Britain. Melalui buku ini para pengkaji manuskrip akan mengetahui secara komprehensif latar belakang , definisi , koleksi , masalahmasalah , kritikan perbandingan dan pengaruh asing serta beberapa langkah yang perlu dilaksanakan segera untuk memelihara warisan manuskrip Melayu.

Che Ros Rahim ros@dbp.gov.my


,------------------------,,-

KALENDAR KEGIATAN 2004

BULAN

KEGlATAN

12 Januari

Pameran Anugerah Sastera Negara

2 Mac

Forum Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 'Kedinamikan dan Penguasaan Tekno/ogi Maklumat Kepustakaan Melayu"

24 April

Majlis Bicara Karya "Pendidikan Literasi Bahasa Melayu satu Pendekatan Bersepadu" v

SELAMAT BERSARA

18-31 Mei

Pameran Hubungan Malaysia-China:Persuratan Melayu .

22 Jun

Pameran Anugerah Cemerlang .

Karyawan Pusat Dokumentasi Melayu bersama Y. Bhg. Dato' Haji A. Aziz Deraman, Ketua Pengarah DBP dan isteri, Y. Bhg Datin Wan Azizon Wan Hamat di hari persaraan pada 22 Julai 2004.

5 Julai

Pameran Lukisan Jepun (1950-1990) .

19- 24 Julai

Pameran Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu. (MABM).

24 Julai 2004

Majlis Bicara Karya Bersama Ahadiat Akashah.

16-300gos

Pameran Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur.

18 September - 3 Oktober 18 September

Pameran Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Majlis Bicara Karya . \....--" ---

5-70ktober

Pameran Kongres Bahasa Utama Dunia.

7-8 Disember

Pameran Leksikologi dan Leksikografi.

Jasa dan khidmat Y. Bhg . Dato' dan Datin kami sanjungi dan teladani.


(1957 -1997)

Indeks kumulatlf lengkap majalah DBP bagl memenuhl keperluan penyelldlkan bldang bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu Maklumat rujuk silang entrl nama pengarang Melayu sama ada nama samaran atau nama sebenar Mellputl cakupan tajuk perkara yang meluas dalam bldang bahasa, sastera dan kebudayaan Sumber rujukan pentlng indeks bahasa, sastera dan budaya yang lengkap

Menggunakan pelbagal kaedah pencarian yang mudah da/am dwibahasa


Direktori Penulis Malay'sia¡ Edisi Tambahan

â&#x20AC;˘

Sebuah rujukan penting sebagaimana Who's Who in Literature bagi dunia kesusasteraan Malaysia. Mengandungi 493 entri bagi melengkapi edisi pertama yang memuatkan 1,294 maklumat pengarang Melayu.

HARGA RM 15.00 Boleh didapati di Kedai Buku Koperasi DBP dan Pengedar-Pengedar Dawama.

Profile for mutiarapustakapdm

MP 2004 Jilid 10  

MP 2004 Jilid 10  

Advertisement

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded