~
(C
. ,... ~
M.
,... 00
-
eN ,...
:::::!O -'z
en en
BULAN BAHASA KBBANGSAAN BAHASA JIWA BANGSA
Keliru , J
Dingin tak beku Panas talc cair Beku bukan kaku Cair tak mengalir Kaku dalam Iesu Ilukah keliru Atau ilukah dungu? "
II
fikir dalam renUfl8 c>ungai akal berlakung Tak mengalir ke muam bati Terhenti... ~u jiwa berlumpur Ber~lut dan kotor hat.inya ~makin 6le8lptt l\I...fI01Il8kUl
mefl8himpit.
lIUIll'Ubiru
elihat pada perkembangan dunia maklumat, kita boleh menjangkakan bahawa ianya. tidak mungkin ada noktah. Apa sahaja maklumat yang diperlukan, sudah pasti ada. cara untuk mendapatkannya Cabaran ini seharusnya menjadi satu tarikan kepada para pelajar yang bakal memilih bidang pengajian apabila memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kita sudah biasa dengan istilah Pustakawan tetapi killi istilah lain pula cuba diperkenalkan seperti Pakar Maklumat atau Pegawai Maklumat. Sebenarnya gelaran jawatan ini tidak menjadi keutamaan, tetapi apa yang penting ialah keberfungsian (functionality) orang yang menyandang jawatan tersebut. Pihak Fakulti Pengajian Maklumat UiTM sendiri telah menyedari hakikat bahawa industri memerlukan tenaga kerja yang serba boleh. Jika ungkapan Inggeris 'Jack of All Trades, Master of None' menjadi suatu sifat yang tidak digalakkan pada zaman dahulu. tetapi tidak lagi pada zaman sekarang. 'Jack of All Trades' amat digalakkan pada zaman teknologi maklumat kerana pengetahuan yang pelbagai oleh Pustakawan atau Pakar Maklumat amat membantu memberi nilai tambah kepada maklumat yang disampaikan. KeIebihan seperti ini akan mengangkat martabat Pustakawan terutamanya yang berkhidmat di perpustakaan khusus. Pengkhususan dalam bidang tertentu selain daripada bidang perpustakaan sahaja amat digalakkan. Sebagai contohnya, pustakawan yang menguruskan rekod perubatan atau rekod perundangan sudah tentu amat membantu doktor atau peguam dalam menyelesaikan masalah untuk mendapatkan maklumat khusus untuk mengubati sesuatu penyakit kronik atau kes rum1t yang memerlukan banyak rujukan kes¡kes lama. Fungsi 'Jack of All Trades' tidak semestinya memerlukan pustakawan berpengetahuan begitu terperinci sehingga menggalakkan pustakawan bertukar profesion, tetapi sekurang¡ kurangnya menjadi jambatan penghubung kepada maklumat khusus yang dicari dengan Iebih cekap dan pantas kerana pustakawan faham dan arif tentang subjek pencarian. Persefahaman di antara pustakawan dan pelanggan ini merupakan satu titik pertemuan yang ideal bagi mewujudkan satu suasana kerja yang harmoni dan produktif. Imej pustakawan yang pada awalnya hanya bergelumang dengan buku dan katalog seharusnya dipertingkatkan lag} dengan mengadaptasi pengetahuan dan kebolehan tambahan. Rata-rata pustakawan zaman ini telah mahir dalam bidang teknologi maklumat, malah ada yang boleh menjadi penganalisis sistem kerana mampu menghubungkan pengetahuan yang terperinci tentang sistem perpustakaan dengan liku liku dalam teknologi leT. Kebolehan dan minat dalam bidang yang berkaitan seperti pengurusan rekod, pengurusan arkib, bidang muzium, fotografi, videografi, reka bentuk dalaman, rekaan grafik dan pelbagai lagi sudah tentu memaparkan imej yang begitu positif terhadap profesion kepustakawanan. Sekurang-kurangnya. jika pustakawan mampu melakukan tugastugas yang memerlukan kebolehan tambahan, persepsi masyarakat terhadap profesion ini dapat dipertingkatkan. Penyediaan tenaga kerja bersliat 'Jack of All Trades' ini sudah lama difikirkan oleh universiti yang berkaitan, cuma mungkin kurang dipromosikan. Tidak dinafikan bahawa bidang kepustakawanan adalah b1dang yang rumit tetapl mempunyai kelebihannya yang tersendiri, Tetapi sudah tiba masanya para pustakawan sendiri mengambil inisiatif mempelbagaikan kebolehan masing¡masing atas dasar minat dan komitmen tanpa mengharapkan sesuatu yang magis berlaku terhadap karier mereka demi meluaskan lag! skop bidang ini.
M
.
I
~
lSI KANDUNGAN ,.
FOKUS
PENASIHAT:
Pencarian Maklumat Melalui Internet: Masa Depan Buku Bercetak dan Perpustakaan Jama/uddin Mohd Su/ong
Aizan Mohd Ali
Buku Sebagai Sumber Rujukan Utama Datuk Jaafar Rahim
5 EDITOR:
8
RENCANA Persidangan Perpustakaan Digital ke-5 dan Pusat Dokumentasi Melayu Aimi Umaimah Hashim Hushaimi
10
Nik Aman Nik Yusoff Idros Samsudin Mohd Hiezam Hj Hashim Salim Md Zin Che Rabitah Che Omar Mohd Azoha Mohd Yusoff
•
JURUTAIP: Maisara Anum Kamaruddin
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dan Peranan Pustakawan dalam Pendokumentasian Dialek Wan Khairoslinda Wan Mohd Khairi
13
SOROTAN Ekspo Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 : Bahasa Jiwa Bangsa Salim Md lin
20
Program Gerakan Membaca Pusat Dokumentasi Melayu Mohd Hiezam Hashim
22
WAWANCARA Karier dalam Pengurusan Maklumat Harus Dipromosi?
25
PDM SANA-SINI
28
. ULASAN BUKU
31
BICARA ILHAM Keliru Hipokrlt Tamu Malam Terbangnya Seekor Camar Putih Lenyapnya Sebuah Harapan Sepanjang Perjalanan Catatan Buat Seorang Teman
2
18 19 32 39
nternet boleh dieapai melalui pelbagai jenis peralatan seperti tele10n bimbit, PDA dan sebagainya selain melalui komputer. Kini be rita dapat disampaikan dan diterima lebih eepat. Sebagai eontoh, liputan dan keputusan pili han raya kita yang lalu melalui Internet menunjukkan peningkatan yang begitu ketara berbanding maklumat yang diperoleh melalui kaea televisyen. Sesungguhnya teknologi Internet telah mengubah ban yak eara kita bekerja. Apakah yang terdapat di Internet? Pelbagai jenis maklumat dan bentuk dimuatkan di Internet. Selain maklumat dalam bentuk teks, terdapat juga gambar, animasi, audio, dan
I
video. Mengapakah Internet menjadl begitu popular sekali? Penearian maklumat melalui Internet lebih eepat dan pantas, mudah untuk mengurus data seeara dalam talian (onllnd) , dan maklumat tersebut boleh dieetak. Mereka yang memuat naik maklumat boleh mengemas klni bahan tersebut pada bila-bila masa. Internet menyediakan sebuah perpustakaan maya yang besar yang mengandungl pelbagai jenis maklumat termasuk buku elektronik (e-buku). E-buku mudah untuk diearl, malah disediakan kemudahan perblneangan melalui platform seperti forum. E-buku memang merupakan sumber popular untuk pengunjung Internet menearl maklumat seperti sukan,
berbanding pembacaan melalui Internet (PC). Walau apa pun, kesihatan, sains, pendidikan, dan pelbagai bidang lain. Memang tidak dapat dinafikan lagi kemajuan penghasilan buku adalah yang lebih utama, manakala Internet adalah sumber maklumat tambahan. dan penjualan e-buku di seluruh dunia. Statistik menunjukkan Ada pendapat lain mengatakan bahawa betapa bahawa pasaran e-buku sentiasa berkembang maju. Jadi berbahayanya jika seseorang itu memilih Internet sematamengapa pengguna Internet memilih e-buku? Mengapa e-buku begitu popular? E-buku mudah alih. Mudah dibaca, mata berbanding buku bercetak untuk mendapatkan menyediakan fungsi zum, boleh menukar saiz fon dan maklumat. Mereka berhujah bahawa maklumat di Internet ada yang mengelirukan (misleadindJ , ketepatannya diragui, kemudahan lain. Kita boleh membawa banyak e-buku di dalam satu peranti. Namun e-buku tidak berg una tanpa dan sesetengahnya ketinggalan zaman. Buku bercetak dapat dipegang (dirasa) bukan hanya pembaca (reader). Terdapat beberapa dilihat semata-mata seperti maklumat jenis pembaca di pasaran seperti di Internet. Bayangkan pembacaan Amazon's Kindle, Jinke's Hanlin dan sebuah novel dibandingkan pembacaan Sony's eReader yang menggabungkan ... Kesan daripada ledakan melalui Internet. Pembaca dapat teknologi yang dikenali dengan e-ink, teknologi maklumat kini menjiwai dan merasakan keseronokan iaitu permukaan maya yang menyerupai membaca buku dengan cara yang kertas yang berupaya mengurangkan dapat dilihat kepada santai berbanding Internet. Pengalaman atau menghapuskan kepedihan dan bahan-bahan maklumat penuh sabar membelek satu demi keletihan mata membaca melalui konvensional seperti buku, satu helaian halaman sebuah novel skrin komputer. Berdasarkan aliran ini, majalah dan sebagainya. sehingga selesai adalah pengalaman kita harus ikut serta memperbanyak Persoalannya adakah yang tidak ada pada Internet. penerbitan e-buku baru khususnya Buku memberikan suatu inspirasi, pencarian maklumat dalam bahasa Melayu. dan mempunyai suatu nilai sentimental Keburukan e-buku secara melalui medium yang tidak ada pada Internet. Buku umumnya berlaku bermula pada konvensional tidak akan melalui proses penilaian peralatan (hardware) yang digunakan diperlukan lagi? ... (review proce5S} sebelum diterbitkan. untuk membaca e-buku. Jika peralatan Berbeza dengan maklumatlbahan yang digunakan komputer, kita daripada Internet yang biasanya akan berhadapan dengan masalah bukan selalunya daripada sumber yang komputer yang mengurangi kepuasan boleh dipercayai. Banyak maklumat pembacaan. Masa yang panjang yang kadang-kadang bercanggah dengan maklumat dalam berada di depan skrin komputer adalah tidak digalakkan dari segi kesihatan. lam an web yang lain. Jika diperhatikan melalui katalog, statistik menunjukkan Kesan daripada ledakan teknologi maklumat kini dapat bahawa penerbit masih menerbitkan buku-buku baru. dilihat kepada bahan-bahan maklumat konvensional seperti Ini membuktikan bahawa permintaan terhadap buku buku, majalah dan sebagainya. Persoalannya adakah masih tinggi. Bagi seseorang pelajar misalnya, lebih pencarian maklumat melalui medium konvensional tid a k mudah mengurus senarai latihan dan ke~a rumah melalui diperlukan lagi? Kebanyakan pengguna penggunaan buku selain dapat menyimpan rekod secara mengatakan bahawa buku bercetak terancang. Berbanding penggunaan Internet, ban yak masa lebih mudah dicapai dan kadang-kadang dibazirkan untuk mencari bah an yang sesuai digunakan serta mudah untuk pembelajaran, mencetak maklumat yang akhirnya dipelajari. Buku memberi tidak diperlukan langsung. Maklumat yang terlalu ban yak lebih ikatan kepada dipaparkan kadang-kadang menyebabkan kita selalu pembaca dilencongkan ke tempat lain. Di sinilah terletaknya kelebihan buku. Sebaliknya, kepelbagaian maklumat yang tidak terhingga yang tersedia di Internet membantu menyediakan guru peluang untuk memilih bah an yang sebenamya mereka perlukan dan bukannya apa yang ditawarkan oleh penerbit buku. Seorang pengkaji dan pengguna wikipedia, iaitu ensiklopedia percuma di Internet , menyatakan bahawa ketepatan maklumat dan fakta dalam wikipedia hampir seratus peratus benar seperti ensiklopedia bercetak. Sudah tiba masanya buku-buku
kita khususnya buku-buku berbahasa Melayu memasukkan maklumat tambahan dengan menyenaraikan alamat laman web yang boleh dirujuk. Melalui cara ini, pelajar dapat melayari Internet untuk mendapatkan maklumat tambahan serta mendapat maklum balas dengan cepat. Persoalannya ialah berapa banyak bahan maklumat seperti makalah dan e-buku dalam bahasa Melayu yang terdapat di Internet. Persoalan ini adalah isu lain yang per1u diberi perhatian yang serius. Sudah sampai masanya editor atau penulis mengubah cara persembahan kandungan dalam penerbitan buku. Penulis digalakkan menyediakan aktiviti dan maklumat tambahan lain yang tidak terdapat di dalam buku mereka di Internet.
Dengan tarikan penggunaan Internet yang begitu hebat, adakah perpustakaan akan lenyap? Adakah buku bercetak tidak diperlukan lagi? Adakah maklumat di Internet boleh dipercayai? Buku bercetak dianggap tidak menarik, bentuk atau fesyen lama. Ini adalah masalah global, kanak-kanak dan remaja kini yang akan menentukan masa depan buku bercetak. Masa akan menentukan sama ada e-buku adalah pilihan yang berdaya maju. Walaupun Internet sangat berguna, namun tidak selamat mencari sesetengah maklumat hanya melalui Internet semata-mata. Satu penyelesaian yang memuaskan masih dicari. Kedua-dua media, Internet dan buku, adalah pelengkap satu sam a lain dan bukannya sebagai pesaing.
Sudah sekian lama saya menjadikan buku sebagai sumber rujukan utama walaupun kini sudah ada teknologi maklumat yang canggih seperti Internet, blog, facebook dan entah apa lagi teknologi baharu. aya semacam tidak terusik oleh perkembangan teknologi maklumat (TM) ini. Begitu pun saya tidak anti TM malah menyukainya. Saya tahu membezakan TM dan segala macam
S
Waktu itu saya tinggal di Kampung Pandan Dalam. Tambang bas dari Jalan Silang ke Kampung Pandan Dalam cuma 12 sen. Saya berjalan dari Jalan Silang ke pejabat. Saya selalu singgah di kedai HMS Ally di Jalan Yap Ah Loy dan sering membeli majalah dan buku. Saya membeli The Psychologist Magazine yang berharga RM1 .00 senaskhah. The Psychologist Magazine ialah majalah bulanan terbitan London. Malah saya membayar RM12.00 kepada HMS Ally untuk langganan 12 bulan. Saya takut majalah habis. Majalah dan buku motivasi yang banyak mengubah diri saya daripada pendiam, pemalu dan penakut kepada periang dan pemberani. Pendeknya
berubah daripada introvert kepada extrovert. Sejak bertugas di DBP pada 1 Julai 1974 sebagai :::::';:::::~;:=:::==::==:;.J saya Pembantu Sastera, saya tetap menjadikan buku perkembangannya daripada ilmu dan peradaban. Betapa hebat sekalipun TM namun TM tidak dapat mengambil alih peranan buku. Buku dan TM adalah dua hal yang berbeza. Kedua-duanya tidak mungkin mengambil alih peranan yang satu lagi. Namun ada orang mengatakan bahawa mereka tidak lagi membaca kerana komputer mulai mengambil alih peranan buku. Kami sudah ada e-book, audio book yang membolehkan maklumat diperoleh di hujung j~ri. Apa sahaja maklumat yang dikehendaki tentang apa sahaja bidang diperoleh dalam masa beberapa saat sahaja. Jadi apa perlunya kita membaca buku? Namun demikian buku tetap subur dalam pemikiran saya sudah sekian lama. Malah bukulah yang mendewasakan, mematangkan dan membijaksanakan saya, bukannya TM. Sejak tahun 1970, iaitu sejak bekerja sebagai Pegawai Kerani Sementara di Pejabat Perniagaan di Bangunan Syarikat Polis, Kuala Lumpur pada 2 November 1970, buku tetap menjadi ternan utama saya. Buku pertama yang saya beli ialah The Power of Positive Thinking karya Norman Vincent Peale, buku kedua, How To Win Friends and Influence People karya Dale Carnegie. Saya terus membeli buku-buku motivasi yang berorientasi applied psychology. Yang dimaksudkan applied psychology ialah hal-hal dalam bidang psikologi yang diaplikasikan misalnya bagaimana cara untuk berkawan dan sebagainya.
sebagai rujukan utama saya. Bagi golongan tertentu, mereka beranggapan buku sudah tidak ada gunanya lagi kerana komputer sudah mengambil alih peranan buku. Lihatlah betapa hebatnya peranan komputer bagi mereka sehingga mereka keliru antara ilmu dengan maklumat yang dianggap sarna sahaja. Mereka berkempen menonjolkan peranan komputer dalam segal a bidang sekali gus memperkecil malah menenggelamkan peranan dan sumbangan buku. Malah sampai pada satu peringkat, mereka mengatakan bahawa mereka yang tidak menggunakan TM akan kehilangan segal agalanya. Kempen mereka ini membimbangkan pencinta buku dan penerbit buku kononnya satu hari kelak, disebabkan perkembangan TM yang melampau-Iampau, akan terjadi 'kematian buku'. 'Kematian buku' terjadi kerana buku tidak lagi dapat menyaingi perkembangan TM yang cukup canggih. Begitulah hal yang terjadi sehingga kadang-kadang mereka menjadi hamba abdi TM tanpa mengetahui keterbatasan dan kelemahan TM. Baiklah kita lupakan sahaja TM dengan segala macam perkembangannya. Kita balik kepada persoalan pokok. Kita biarkan sahaja mereka sesat dalam dunia TM mereka. Kita balik ke dunia kita yang sebenar, yang mengakui kehebatan buku.
Begitulah saya senantiasa pereaya bahawa buku tidak pernah mati, malah akan terus hidup subur selama-Iamanya. Peruntukan sebulan untuk membeli buku dan majalah RM50.00 ketika itu (tahun 1970) dikira besar juga. Gaji saya ketika itu, RM200.00 sebulan. Akan tetapi saya menambah pendapatan dengan menulis artikel dalam Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan majalah Mastika. Saya dibayar RM50.00 untuk sebuah reneana. Jadi dapatlah saya berjimat dan membeli buku. Sejak 1980-an, saya menggilai pemikiran dan falsafah. Memang pun sejak berusia 19 tahun saya mulai meminati kedua-dua bidang ini. Saya tidak tahu apa sebabnya. Tiba-tiba saya dahaga ilmu. Begitulah saya mulai membeli buku dalam bidang pemikiran kreatif terutama Pemikiran Lateral (Lateral Thinking) yang dieiptakan oleh Dr. Edward de Bono. Saya membeli The Mechanism of Mind, Lateral Thinking, Future Positive, Beyond Yes and No, Happiness Purpose, Superititon The Use of Lateral Thinking, New Think, Handbook of Positive Revolution semuanya karya Edward de Bono.
universiti dan pensyarah IPTA dan IPTS. Pengalaman yang paling menyeronokkan ialah apabila say a memberi kuliah tentang Pemikiran Lateral kepada pensyarah saya di USM Pulau Pinang. Begitulah saya pereaya bahawa buku ada kuasa dan tenaga untuk mendewasakan saya. Saya pereaya bahawa peranan buku tidak boleh diambil alih oleh sumber lain kerana ia begitu unik. Saya pereaya jika kita menjadikan buku sebagai rujukan utama kira boleh menjimatkan wang daripada menghadiri berbagai-bagai jenis kursus yang sebenarnya ditawarkan oleh buku. Say a berhasrat untuk mengikuti kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang berkaitan dengan keberkesanan komunikasi man usia. Tetapi has rat itu terpaksa saya lupakan. Bukan sahaja kursusnya selama enam hari (masa yang agak panjang) bahkan bayaran kursusnya juga mahal, kira-kira RM3,500.00. Sebaliknya saya meneari buku-buku tentang NLP. Saya membaca dengan bersungguh-sungguh. Petuapetuanya saya amalkan.
Majalah dan buku motivasi yang ban yak mengubah diri saya daripada pendiam, pemalu dan penakut kepada periang dan pemberani. Pendeknya saya berubah daripada introvert kepada extrovert. Sejak itu saya mulai menulis tentang kreativiti dan Pemikiran Lateral dalam akhbar dan majalah. Kadang-kadang saya bereakap di TV1 dan TV3 sebagai pembieara khusus tentang kreativiti. Saya terus menerus menekankan bidang pemikiran kreatif, Pemikiran Lateral dan Pemikiran Kritis dan terus membeli karya terbaharu de Bono. Idea Lateral Thinking yang dijanakan oleh Edward de Bono memang berkesan untuk mengubah cara berfikir dan bertindak supaya lebih kreatif dan inovatif. Pembaeaan buku de Bono mendorong saya mengikuti kursus Pemikiran Lateral pada bulan Mae 1986 anjuran MARA di Bangunan MARA Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Peserta kursus yang lain ialah Prof. Ungku Aziz dan Prof. Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Saya terus menerus menggilai dunia pemikiran dan terus memburu buku The Creative Brain karya Prof. Dr. Nedd Hermenn dan membelinya. The Creative Brain, buku tentang Pemikiran Keseluruhan Otak (Whole-Brain Thinking) . Buku kedua beliau The Whole Brain Business Book juga saya beli. Saya mendapati pemikiran saya semakin terbuka. Tetapi ada juga masalahnya. Keadaan di DBP saya lihat semakin mengeeewakan. Pem ikiran ketua-ketua bahagian DBP kebanyakannya tertutup. Cadangan-eadangansaya untuk melTJperbaiki organisasi DBP diperkeeilkan, diremehkan malah diketawakan oleh orang atasan. Say a keeewa. Lantas say a memberi eeramah tentang Pemiklran Lateral kepada pelajar sekolah, pelajar
Begitulah eara saya memanfaatkan buku. Saya pereaya bahawa klta akan menjadi leblh profeslonal jlka kita membaca buku yang serius dan berilmu. Richard Carswell dalam bukunya 17 Secrets of World-Class Supergoal-Achievers menyatakan kita akan menjadi ilmuwan yang tersohor jika kita membaca buku selama 30 minit sehari. Bayangkan manfaatnya dalam setahun. Kita tldak payah melanjutkan pengajian ke universiti. Ternyata universiti bukannya tempat orang membaca tetapl tempat untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang. Begitulah saya, buku dan ilmu semacam tidak dapat dipisahkan. Saya dapat berfikir dengan bantu an buku. Maka buku tetap menjadi sumber rujukan utama saya. Itulah kekuatan dan kekuasaan buku!
.
RENCANA
.
--;.-
...... " . - ,
Oleh Aimi Umaimah Hashim Musaimi
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah menganjurkan Persidangan Perpustakaan Digital ke-5 pad a 20 hingga 22 Julai 2009 bagi membincangkan isu-isu berkaitan usaha untuk membangunkan perpustakaan digital seiring dengan perkembangan dunia. Melalui persidangan ini, para Pustakawan dan profesional dalam bidang leT berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai pembangunan perpustakaan digital, cabaran dan rintangan yang dihadapi dalam pembangunan digital, inisiatif pembangunan perpustakaan digital dan kandungan tempatan serta harapan pengguna kepada perkhidmatan perpustakaan digital. Perpustakaan digital adalah merupakan agenda penting negara bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Terdapat pelbagai takrifan inengenai perpustakaan digital ini dan antara yang telah dilontarkan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Encik Raslin Abu Bakar ketika persidangan diadakan iaitu perpustakaan digital merupakan sebuah perpustakaan yang menyimpan kesemua, atau sebahagian daripada koleksinya, dalam
bentuk digital sebagai alternatif, tambahan atau pelengkap kepada koleksinya, yang pada masa kini biasanya terdapat dalam bentuk bercetak atau mikrofilem. Perpustakaan digital menyediakan koleksi multimedia yang tersusun secara sistematik, dengan cara pengurusan yang membolehkan sumber ilmu dan maklumat itu mudah untuk digunakan oleh pengguna perpustakaan dalam pelbagai konteks sosial dan pengurusan organisasi. Pembangunan kandungan digital menjadi komponen utama dalam perpustakaan digital. PNM telah berkongsi pengalaman mereka dalam usaha membangunkan perpustakaan digital melalui Projek Perpustakaan Digital Nasional (PERDANA). PERDANA merupakan projek usahasama antara perpustakaan di Malaysia dalam membangunkan sebuah sistem perpustakaan digital di peringkat kebangsaan yang memberi penekanan kepada penciptaan kandungan digital tempatan yang dapat disediakan dalam satu kerangka kerja yang tersusun dan berstruktur untuk pengguna pad a bila-bila masa dan dari mana-mana maklumat itu diperlukan. Kandungan digital perlu dikongsi bersama oleh semua masyarakat. Piawaian format kandungan digital perlu
diselaraskan bagi memastikan wujudnya integrasi antara kandungan digital yang lain. Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga tidak ketinggalan dalam membangunkan kandungan digital koleksi kepustakaan Melayunya dan usaha tersebut telah bermula sejak tahun 1998 melalui projek pengimbasan majalah terbitannya yang merangkumi majalah Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Kosmik, Malay Literature dan Perisa. Sehingga bulan Disember 2008, sejumlah 457,140 imej digital telah tersedia yang meliputi pelbagai koleksi lain seperti keratan akhbar, gambar foto, litograf, manuskrip, laporan tahunan DBP, pita video, pita ril, manuskrip dan buku terbitan DBP. Semua koleksi digital kepustakaan Melayu ini akan disebarluaskan kepada masyarakat melalui portal Pustaka Digital dan diharapkan portal ini akan menjadi portal rujukan utama para penyelidik dalam bidang kepustakaan Melayu. Isu keperluan atau kehendak pengguna tidak harus dipandang ringan dalam usaha membangunkan perpustakaan digital. Salah seorang pembentang kertas kerja persidangan terse but Dato' Dr. Ismail Alias merungkai harapan dari perspektif pengguna kepada perpustakaan digital. Beberapa
aspek telah disentuh oleh beliau antaranya keperluan kepada perkhidmatan perpustakaan yang mudah diakses bila-bila masa dan di mana-mana jua. Tiada syarat yang ketat dalam muat turun bahan digital. Keupayaan akses terus kepada kandungan digital tanpa perlu melalui ban yak tahap sekatan menjadi perkara yang diambil berat oleh pengguna. Aspek lain yang dibincangkan ialah harapan pengguna terhadap kandungan digital yang meliputi pelbagai sumber maklumat. Pengguna mempunyai banyak pilihan dalam mendapat maklumat yang dikehendaki. Teknologi atau sistem carian yang mesra pengguna dan mudah adalah merupakan aspek ketiga harapan pengguna. Selain itu, garis panduan yang terang dan jelas serta maklumat yang boleh dipercayai
juga menjadi keperluan pengguna. Aspek seterusnya ialah penyediaan khidmat sokongan oleh perpustakaan digital seperti kebolehan 'Frequentfy Asked Questions' (FAa), emel antara pembina kandungan dengan pengguna, khidmat sokongan melalui telefon, faks dan secara atas talian memang diharapkan oleh pengguna. PDM dalam usaha membangunkan kandungan digital melalui portal Pustaka Digital telah mengambil kira aspek-aspek keperluan pengguna tersebut dalam memastikan perkhidmatan ini dapat memenuhi kehendak pengguna portal Pustaka Digital. Melalui portal ini diharapkan penyelidik dari dalam dan luar negara dapat mengakses serta melanggan maklumat persuratan Melayu dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu datang ke PDM. Walau bagaimanapun, pengguna portal ini perlu mendaftar keahlian terlebih dahulu serta perlu membayar yuran langganan sebelum boleh memuat turun bahan digital yang terdapat dalam portal tersebut. Cabaran dan rintangan dalam usaha membangunkan kandungan digital ini tidak dapat dielakkan. Perpustakaan Peta Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah berkongsi pengalaman mereka mengenai cabaran yang mereka hadapi dengan peserta persidangan yang lain. Cabaran utama mereka hadapi ialah peruntukan yang tinggi diperlukan untuk mendigitalkan bahan kerana penyediaan logistik dan perolehan peralatan yang berkaitan seperti perolehan mesin pengimbas berkapasiti tinggi serta penyediaan storan yang besar bagi menampung kapasiti bah an digital yang besar. PDM turut mengalami masalah yang sarna apabila timbulnya masalah storan yang terhad dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Menurut Bahagian Sistem Maklumat (BSM), DBP penyelenggaraan storan bahan digital PDM meningkat dengan amat pesat dan perbelanjaan yang besar telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan pelayan bagi keperluan storan kandungan digital. Namun dengan kerjasama daripada BSM masalah terse but dapat diatasi secara berperingkat-peringkat mengikut peruntukan yang diberikan. Semua kerja pendigitalan dilakukan secara dalaman oleh staf PDM secara berjadual dan kos dapat dikekalkan apabila proses pengimbasan dilakukan secara dalaman. Dengan kerjasama BSM juga storan pelayan PDM telah di naik taraf dari 2 terra byte ke 6 terra byte. Kekurangan tenaga kerja dan kepakaran teknikal bagi memproses bahan yang diimbas juga antara cabaran yang dihadapi perpustakaan JUPEM dan juga PDM. Kepakaran teknikal diperlukan bagi memastikan kandungan digital mematuhi spesifikasi piawaian yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, PDM mengambil pendekatan untuk menjalinkan kerjasama dengan BSM dalam menyelesaikan masalah ini. PDM juga telah mengadakan lawatan kerja ke
perpustakaan yang mempunyai pengalaman dalam usaha membina kandungan digital seperti perpustakaan Yayasan Perdana di Putrajaya untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam proses pengimbasan serta aliran kerja yang dapat dijadikan sebagai panduan. Bagi meningkatkan lagi kemahiran para petugas juga telah diberi peluang menghadiri latihan/bengkel/seminar yang berkaitan. Antara cabaran lain yang dihadapi POM ialah apabila bahan imbasan yang telah diimbas sejak tahun 1998 menghadapi masalah untuk dimuat naik ke pelayan kerana format yang tidak relevan akibat perubahan teknologi yang pesat. Kaitan
...Piawaian format kandungan digital perlu diselaraskan bagi memastikan wujudnya integrasi antara kandungan digital yang lain ...
Menurut kajian UNCTAO (United Nations Conference on Trade and Development) 2005, Internet, platform TV dan permainan video akan menjadi sektor yang paling cepat mengalami pertumbuhan. Berikutan itu, SKMM telah melancarkan inisiatif-inisiatif berikut bagi pembangunan industri kandungan digital di Malaysia yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu dana, modal insan, pembangunan akses dan penstrukturan. Katalog Induk kebangsaan (KIK) juga telah dilancarkan pada hari pertama persidangan tersebut. KIK merupakan kumpulan rekod katalog daripada dua atau lebih perpustakaan yang tujuan utamanya untuk memudahkan pinjaman antara perpustakaan dan bentuk perkongsian sumber lain. KIK boleh dicapai melalui laman web http://www.kik.pnm.my Cik Nafisah Ahmad dari PNM telah berkongsi dengan peserta persidangan mengenai objektif KIK, ia dijelaskan seperti yang berikut; • mewujudkan pangkalan data berpusat bagi memudahkan akses kepada sumber maklumat bahan serta lokasi, • membantu perkongsian sumber, • memudahkan proses kerjasama dalam pengkatalogan, • menyediakan kemudahan bagi pinjaman antara perpustakaan,
POM dalam usaha memantapkan sistem pengurusan perpustakaannya iaitu sistem Pustaka serta standard pengkatalogannya dengan mengikut piawaian MARC 21 (Machine Readable Cataloguinm bagi membolehkan POM menjalinkan kerjasama dengan PNM dan mewujudkan perkongsian maklumat katalog, deskripsi bibliografi dan maklumat pemunya (holdings) koleksi POM dengan 101 buah perpustakaan lain yang telah berdaftar di bawah KIK. Usaha PNM dan Persatuan Pustakawan mengadakan persidangan ini telah mewujudkan ...... rm ....~,~_~~ada para Pustakawan di Malaysia untuk tukar pengalaman dan pengetahuan dalam perpustakaan mll'~mrl_m::aC:lrln ini telah membuka ruang kepada pustakawan POM pelbagai idea objektif per an ini ..,kan supaya maklum tentang st8b.i perpustakaan , juga perkembangan fe~Ologi berasaska p~.fTIelllggialak,kan dan untuk memperkaya ....ige~lai kebudayaan dan menentukan rangka dan tnemastikan pelalksaJ,.'t/
RENCANA
L
•
. "
Oleh Wan Khairoslinda Wan Mohd Khairi Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) lahir daripada penganjuran Minggu Bahasa Kebangsaan yang diilhamkan oleh Tun Syed Nasir Ismail. Gerakan BBK yang bermula pada tanggal22 Julai 1961, bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah memberikan pengaruh yang besar, khususnya kepada jiwa dan fikiran rakyat Malaysia terhadap bahasa kebangsaan.
atlamat utama BBK adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara umum, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat untuk menghargai dan menyayangi bahasa kebangsaan. Justeru, penganjuran BBK diharap dapat menimbulkan kesedaran peri pentingnya
M
penggunaan bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan yang menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Bagi menghargai dan menyayangi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, aspek dialek juga perlu diambil kira. Pengayaan bahasa Melayu standard melalui penyerapan dialek-dialek daerah dan negeri teJah mengukuhkan
kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Kesedaran terhadap pentingnya dialek sebagai khazanah dan jati diri bangsa Melayu yang memperkaya dan memperkasakan bahasa kebangsaan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat supaya tidak pup us ditelan zaman. Bagi mendukung citacita tersebut, usaha pendokumentasian bahasa atau dialek perlu dilaksanakan oleh profesion Pustakawan, khususnya di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), supaya segala aspek berkaitan dialek dapat dimanfaatkan bagi tujuan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu. Usaha pendokumentasian yang ditangani oleh Pustakawan DBP dalam menyokong aktiviti BBK, turut memperkaya khazanah bahasa Melayu. Umumnya, pendokumentasian meliputi proses pengkatalogan, pengelasan dan pengindeksan bahan yang diperoleh oleh PDM bagi koleksi bahan yang meliputi bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Untuk melaksanakan usaha pendokumentasian dan mencapai misi PDM: menjadi kepustakaan Melayu terulung di dunia, usaha pendokumentasian bahasa, terutamanya dialek telah dilakukan secara berterusan oleh Pustakawan DBP hingga hari ini. Proses pengkatalogan yang dilakukan oleh Pustakawan DBP adalah berpandukan piawaian kebangsaan dan antarabangsa yang terkini. Bahan-bahan yang dikatalog terdiri daripada koleksi yang meliputi monograf, tesis, kamus, glosari, daftar kata, kumpulan kertas kerja, bengkel dan seminar. Satu lagi usaha pendokumentasian yang dilaksanakan oleh Pustakawan DBP ialah proses pengelasan yang mengggunakan Sistem Pengelasan Dewey yang merupakan edisi terkini dengan peluasan tempatan untuk koleksi atau bahan berkaitan dialek. Proses pengindeksan
pula merupakan aktiviti niendokumentasikan makalah atau bahan dari luar seperti majalah, akhbar, kertas kerja persidangan, bengkel, seminar dan simposium, ucapan,
James T. Collins (1989), Antologi Kajian Dialek Melayu; dan Asmah Haji Omar (1991), Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Koleksi monograf bagi kajian dialek Melayu terkini yang diterbitkan oleh OBP berjudul Sintaksis Dialek Kelantan oleh Abdul Hamid Mahmood (2006) dan Dialek Melayu U/U Kapuas oleh Yusriadi (2007).
simposium, memaparkan pembentangan kertas kerja berhubung kepentingan dialek dalam bidang sastera dan persuratan Melayu. Menurut Inon Shaharuddin Abd. Rahman dalam kertas kerjanya yang berjudul "Dialek dalam kesusasteraan Melayu: lisan dan tulisan " membincangkan penggunaan dan peranan dialek Melayu dalam penulisan
... Setiap butiran bahan perlu diindeks dan direkodkan dalam koleksi dan dirakamkan ke dalam Sistem Pustaka. Antara butiran yang perlu dirakamkan ialah nombor panggilan, judul, nama pengarang, sumber bahan, dan maklumat-maklumat lain yang sedia ada ... Peranan Pustakawan dalam menyebarkan dan mengemaskinikan maklumat berkaitan dialek dite~emahkan melalui pengkatalogan koleksi tesis. Berdasarkan perkembangan kajian linguistik yang diungguli oleh teori transformasi generatif, memperlihatkan kajian dialektologi generatif oleh Shariffulizan Malek pad a tahun 2003. Tesis sarjana beliau menerapkan pendekatan berasaskan tatingkat kekangan atau dikenali dengan nama teari optimaliti (TO) yang dapat diakses dalam koleksi tesis di POM. Kajian beliau yang berjudul Fonologi vokal rangkap dan kepelbagaian dialek Melayu: satu anal isis teori optimaliti, merupakan percubaan awal untuk menjelaskan perilaku fonologi kepelbagaian dialek melalui TO dengan mengkaji empat dialek utama di Semenanjung Malaysia dengan merujuk kepada data sekunder yang diperoleh daripada pengkaji dialek Melayu terdahulu. Usaha pengawalan bibliografi dengan menerbitkan bibliografi menu rut bidang, merupakan salah satu peranan atau fungsi yang perlu dilakukan oleh Pustakawan. Oengan adanya penerbitan bibliografi dalam bidang linguistik, khususnya dialek membolehkan pengkaji atau pencinta bahasa mahupun masyarakat, amnya mengenal pasti maklumat atau kajian terkini berkaitan dialek. Pendokumentasian kajian dialek dengan penerbitan bibliografi memberi kesan dalam mengenal pasti sejarah perkembangan bahasa Melayu. Misalnya, penerbitan Bibliografi Oialek Melayu di Pulau Borneo (1990), merupakan hasil pengumpulan dan penulisan James T. Collins yang diterbitkan di bawah Siri Bibliografi Sejarah Bahasa Melayu, bertujuan untuk menelusuri asal usul perkembangan bahasa Melayu sejak zaman dahulu hingga ke zaman moden. Penghasilan bibliografi ini meliputi sembilan jenis dialek Melayu yang dikenal pasti, iaitu dialek Sarawak, Brunei, Berau, Kutai, Banjar, Bukit, Pontianak, Kotawaringin dan Sambas yang mengandungi sebanyak 359 entri. Penyusunan bibliografi tersebut merupakan salah satu usaha pendokumentasian untuk memperlihatkan kepelbagaian dialek Melayu yang terdapat di Pulau Borneo. Oi samping itu, penghasilan bibliografi tersebut memberi gambaran tentang penggunaan bahasa Melayu, khususnya di Pulau Borneo yang melambangkan keagungan bangsa dan bahasa Melayu di seluruh kepulauan Nusantara. Proses pengindeksan oleh Pustakawan bagi setiap kumpulan kertas kerja bagi setiap seminar, bengkel dan
sastera moden. Oalam Simposium Dialek yang telah diadakan pada 2 - 3 Oisember 1981 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, sebanyak 10 buah kertas kerja telah dibentangkan. Merujuk kepada kertas kerja yang dibentangkan oleh Inon, Shahnon Ahmad merupakan pengarang awal yang menggunakan dialek Kedah dalam keseluruhan hasil penulisannya, iaitu novel Ranjau Sepanjang Ja/an. Selepas kemunculan Shah non, pengaruh tersebut diikuti oleh penulispenulis lain, seperti Fatimah Busu yang juga menerapkan penggunaan dialek Kelantan, serta Azizi Haji Abdullah dan Norjaya yang menggunakan dialek Kedah. Oalam kertas kerjanya, Inon menegaskan bahawa penggunaan dialek memberi kesan kepada perlukisan watakwatak yang dibina dan memperlihatkan suasana masyarakat yang digambarkan oleh penulis. Dalam novel Srengenge terbitan DBP, Shahnon Ahmad menerapkan unsur dialek geografi pada aspek leksikal, iaitu dialek Kedah untuk memberi
gambaran yang jelas mengenai latar belakang geografi dan aspek agraris seluruh kehidupan latar cerita di Kampung Banggol Dedap serta watak-watak yang dibina. Manakala, dalam cerpen
PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
75
Fatimah Busu yang berjudul Nasinya Tumpah, dialek geograti pada aspek leksikal dan sintaksis dialek Kelantan digunakan sebagai penulisan sasteranya. Merujuk kepada penggunaan dialek dalam sastera prosa memperlihatkan suatu perkembangan yang baik dalam memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu di Malaysia. Secara tidak langsung identiti budaya dan sistem nilai masyarakat dapat dikenal pasti dan dibentuk. Penulisan sastera yang menerapkan unsur dialek seperti yang dibincangkan, dapat digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Hal ini kerana bahasa ialah asas utama dalam membentuk peribadi individu dari aspek tarat sosial, dan intelek. Bagi tujuan memperkaya penggunaan bahasa, penulisan sastera yang menerapkan unsur dialek harus diterokai untuk meningkatkan bilangan kosa kata bahasa Melayu standard, khususnya dalam bilik darjah. Beberapa contoh leksikal dialek dalam penulisan sastera seperti karya Shahnon Ahmad dapat melahirkan buah tiki ran berasaskan penggunaan bahasa yang tepat dan berkesan. Dalam novel beliau yang berjudul Ranjau Sepanjang Ja/an, huraian berkaitan aspek leksikal dikenal pasti amat berkesan kerana penggunaan kata-kata yang bersesuaian dengan pelbagai situasi yang digambarkan. Leksikal dialek yang digunakan oleh pengarang, membolehkan pelajar menggunakan bahasa dalam situasi yang bersesuaian, mengikut tatasusila, sosial dan budaya masyarakat. Proses pengindeksan yang dilakukan oleh Pustakawan pula, memperlihatkan sejarah perkembangan bahasa dan tamadun Melayu yang boleh diakses dalam koleksi akhbar di PDM. Dalam artikel akhbar Berita Harian yang berjudul "Khazanah dialek Melayu cermin kekayaan bahasa", James T. Collins menegaskan bahawa tiada penggunaan b~asa Melayu mengenai bahasa Melayu hn • dan Ambon. Menurut
.,....m=
menye/idiki kepe/bagaian dia/ek Me/ayu, semakin terasa masih banyak sekali yang be/um kita ketahui mengenai dialek Me/ayu". Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, proses pendokumentasian yang melibatkan pengindeksan majalah, seperti majalah Dewan Bahasa terbitan DBP, membolehkan pengindeksan maklumat berkaitan dialek dilakukan. Pengindeksan artikel dalam majalah merakamkan pelbagai jenis artikel berkaitan dialek. Kelainan artikel yang berjudul "Anal isis dialek daerah Kuala Pilah daripada aspek fonologi" oleh Ibrahim bin Mustapa dan Ibrahim Daud memperlihatkan bahawa dialek Kuala Pilah mempunyai kelainan berbanding bahasa Melayu baku dari aspek fonologi. Bahkan perbezaan tersebut jelas ketara berbanding dengan dialek-dialek daerah yang lain di Negeri Sembilan. Ciri-ciri dialek Kuala Pilah yang tersendiri menyebabkan wujudnya perbezaan dari aspeksebutan, intonasi, penggunaan imbuhan, kosa kata dan ayat yang diucapkan berbanding dengan daerah-daerah lain di Negeri Sembilan dan bahasa Melayu standard. Begitu juga tulisan artikel oleh Mohd. Tajuddin Noordin yang berjudul "Satu tinjauan ringkas tentang fonologi dialek Rawa" dalam majalah Dewan Bahasa, terbitan bulan Februari 1975. Dialek Rawa yang dituturkan di negeri Perak dikenal pasti berasal dari Sumatera melalui migrasi puak Rawa. Penulisan artikel tersebut merupakan tinjauan awal untuk mengenal pasti secara ringkas aspek fonem segmental yang terdapat dalam dialek Rawa. Hasil tinjauan yang telah dilakukan menunjukkan terdapat persamaan antara dialek Rawa dan dialek Negeri Sembi lan, khususnya tentang bunyibunyi vokal. Dalam dialek Rawa terdapat kecenderungan untuk menjadikan kata atau perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata diucapkan dengan dua suku kata sahaja. Pendokumentasian dialek Melayu, khususnya dalam koleksi PDM tetahpun mencet:ah sebanyak 286 rekod sama ada d am bentuk I. Merujuk
konteks ini, pembangunan dan kemajuan Malaysia yang berasaskan acuan sendiri, perlu menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu kerana bahasa ialah "jiwa kepada bangsa" dalam pemanifestasian sebuah peradaban yang unggul.
HIPUI)f)IT J{ati ini tertanya serufiri mengapa~1i masili ada sang liipok,.rit ~ta-~ta tfusta mefirufungi fak.ÂĽ tfan li.!sifapan yang tfisengaja~n. apa~1i
ini satu li.!puasan pada gali tfinnya 6iarpun gerak,. 6ingk,.as fak.ÂĽ itu meCempar cemuli entali d'an mana tfatangnya. insafoli li.!rana sarufiwara acap itu fianya ufang tayangan satu cerita fama.
'I'arfi. mafam k,.uterima k,.unjungan wajali 6eTju6afi putifi mefintas tiatfa ungkfzpan yang ada cuma tfengus angin tfan mata yang ingin 6er6icara.
T{f)BftNGNYft ~{{I)Uf) CftMftf) fUTIN 'I'er6angnya see~r camar putili ti~ mentan merufam6a fiati mencuit ufas-ufas liarapan yang ter6awa tfafam impian. 'Ter6angnya camar itu 6erfiijrali Ii.! k,gta metropofitan menguji faut pancaro6a mentafsir aunia 6arunya. Camar putifi, rfi sini k,.au ak,.an terCena 6erfinaung rfi 6awali 6ayang yang suram tfan fiitam. Camar putifi titfak,.k,.ali ~u ingin pufang? Laut se~rang merintfuimu aan 6ayu ingin se~fi mengusap sayang yang ~u te6arkfzn tfi Lepi mentari. Pufangfafi pufang 6awa fiatimu yang sepi.
;tngin mafam 6erpuput terasa amat tfinginnya fiingga menggigiC rasa tufang tfan wajafi itu pun 6eretfaT meninggaC~n ak,.u satu li.!nangan apa~fi yang ingin rfipesan~n? Sutfafi jaufi wajafi itu pergi yang mampu k,y.Tasa fianya rfingin wajalinya angin tajam yang muram tfan peTasaank,y. yang sefaCu li.!fam.
-
Am-eer Ie;~ -
BULAN BAHASA !!,.EBANGSAA!!...
ersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bagi tahun 2009, Ekspo Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan di Pusat Pelaneongan Kuehing, Sarawak pada 3-6 Oktober. Pusat Ookumentasi Melayu menerusi Jawatankuasa Pendokumentasian telah berjaya menyediakan sebuah pameran yang bertemakan 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Pameran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 menonjolkan konsep lam an ilmu sebagai simbolik kepentingan ilmu dan keindahan alam yang terangkum secara semula jadi dalam mewarnai kehidupan manusia. Penyatuan unsur ilmu dan alam itu sendiri dapat membangkitkan rasa ghairah untuk menimba dan menghayati ilmu pengetahuan tanpa jemu dan dilakukan seeara berterusan. Justeru, pameran BBK kali ini menyaksikan OBP mengambil pendekatan berbeza dengan menyatukan maklumat keseluruhan organisasi dalam satu pameran yang sarna dan tidak lagi mengadakan gerai-gerai berasingan mengikut jabatan seperti sebelumnya. Pameran yang telah diadakan di Blok F, Pusat Pelancongan Sarawak tersebut, memberi fokus utama terhadap hasilhasil penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (OBP) sepanjang lebih setengah abad berjuang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang ulung. Hasil penerbitan OBP termasuklah kamus, istilah, ensiklopedia, karya-
B
karya yang memenangi hadiah, karya agung, karya bahasa dan sastera, hasil penerbitan menerusi projek Dana Industri Buku, majalah dan buletin serta penerbitan dalam bentuk multimedia. Kesemua ini diterjemahkan dalam bentuk replika buku bersaiz 4 kaki x 8 kaki. Susunan lima buah repl ika buku berbentuk separa bulat yang menghala ke sebuah glob di tengah-tengahnya melambangkan kesungguhan DBP memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang mampu bersaing dalam pelbagai bidang utama bukan sahaja di peringkat nasional, malahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Glob tersebut adalah sebagai simbolik bahawa bahasa Melayu telah diiktiraf oleh universiti-universiti di seluruh dunia dengan mewujudkan bidang pengajian bahasa Melayu di universiti masingmasing. Pameran ini terbahagi kepada tujuh segmen seperti yang berikut; i. Sejarah dan Perkembangan BBK ii. Perkembangan Bahasa Melayu iii. Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan iv. Bahasa Melayu Nadi 1 Malaysia v. Perkembangan OBP Cawangan Sarawak vi. Sudut Koleksi Borneo
Di samp ing itu , bagi memaparkan a k t i v it i - a k t i v i t i kebahasaan dan kesusasteraan yang telah dijalankan oleh DBP dalam bentuk audiovisual, tayangan video juga disediakan sesuai dengan perkembangan semasa . Rakaman video yang ditayangkan ialah yang berkaitan dengan kegiatan bahasa dan sastera Melayu dan video korporat OBP, antaranya, MABBIM, Ceramah Bahasa, Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN), Pertandingan Forum , Pertandingan Pantun, Bieara Berirama, dan lain-lain. Bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dan untuk menarik lebih ramai pengunjung mengunjungi ruang pameran dalam kempen BBK tahun ini, Jawatankuasa Pendokumentasian mengambil inisiatif mengadakan beberapa aktiviti sampingan sepanjang empat hari ekspo ini berlangsung. Aktiviti sampingan tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aktiviti di dalam ruang pameran (Kuiz Jejak Maklumat dan Teka Silang Kata) dan aktiviti pentas/luar ('Juh Ngeja' dan Sumpit Maklumat). Kuiz Jejak Maklumat yang diadakan telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung ke ruang pameran utama. Pengunjung dapat menghayati pameran sambil menimba ilmu berkaitan bahasa dan sastera Melayu dengan menjawab soalan yang disediakan. Penyertaan kuiz yang
terbuka kepada semua pengunjung ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah disertai oleh pelbagai peringkat umur iaitu antara 10 - 55 tahun. Bagi para pelajar sekolah rendah, mereka dibimbing oleh guru penglring dengan bantuan Ahli Jawatankuasa Pendokumentasian yang bertugas. Manakala, Teka Silang Kata yang diadakan buat pertama kalinya dalam pameran BBK juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebagai sokongan, peserta dibenarkan melayari laman sesawang dan Kamus Dewan edisi keempat yang disediakan dengan bantuan Ahli Jawatankuasa yang bertugas. Aktiviti ini diadakan bagi menggalakkan pengunjung menguji kecekapan minda dan memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa Melayu dalam masyarakat berbilang kaum. Sementara itu,aktiviti luarpentasyang diadakan ialah pertandingan, 'Juh Ngeja' dan kuiz Sumpit Maklumat. Pertandingan 'Juh Ngeja' yang berkonsepkan kuiz 'Spell it Right' telah dilangsungkan di pentas utama Blok C. Perkataan 'Juh' dalam bahasa Melayu Sarawak membawa maksud 'Jom' , manakala perkataan 'Ngeja' bererti 'Mengeja'. 'Juh Ngeja' dipilih bagi mendekatkan lagi masyarakat tempatan dengan budaya berbahasa Melayu yang betul dan mesra. Bagi memeriahkan lagi pe~alanan ekspo, konsep pertandingan ini telah diubah
terakhir. Pertandingan ini telah diubah konsepnya menjadi kuiz terbuka. Walau bagaimanapun, matlamat pertandingan ini iaitu untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul serta memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat setempat berjaya dilaksanakan. Manakala, bagi menyesuaikan acara dengan budaya setempat, kuiz Sumpit Maklumat telah diadakan dalam suasana santai dan meriah. Acara yang berlangsung di laman terbuka Kompleks Pelancongan Sarawak ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Setiap peserta dikehendaki menyumpit sebiji belon yang mengandungi soalan berkaitan bahasa dan sastera Melayu, selain saalan-soalan umum tentang negeri Sarawak. Dengan menggunakan sumpit tradisional, rata-rata peserta berjaya menyumpit belan dan menjawab soalan dengan tepat.
,..-p&a
Pertama: Kumpu. 1954-1959
Z3 April 2009 •
9.00 pagi - 4.30 petang .
Galeri Bahasa Jiwa Bangsa
• Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sed • Mengenang SN Arenawatl • Baca tanpa henti dan bergilir-gilir • Gaya, intonasi dan persembahan
---H1-_:,.......... -..,
IIUBUNGI: _ _ _ _ _ _ - CQ-na:tOM CQ-na3541 ____ -- CQ-n_
Oleh Mohd. Hiezam HI Hashim Majlis Bicara Karya merupakan satu usaha berterusan di bawah Program Gerakan Membaca yang dianjurkan oleh Pusat Ookumentasi Melayu (POM) sejak tahun 1998. Mulai tahun 2008, majlis tersebut telah diubahsuai dan dinamakan Astaka Minda yang bertujuan untuk memperkenalkan tokoh dan penerbitan tempatan serta mempromosi karya yang memberi impak kepada pembinaan negara bangsa Malaysia. Selain itu, majlis ini bertujuan membjna suasana dan persekitaran ke arah menggalakkan minat membaca dan mencintai ilmu serta membina ketajaman minda melalui diskusi secara segar dan berketerampilan. Bersempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April 2009, telah diadakan satu program, Astaka Minda: Baca Naskhah. Program ini merupakan rentetan beberapa acara yang telah dianjurkan sebelumnya yang memberi fokus kepada aktiviti pembacaan naskhah sastera tradisional. Antara aktiviti terse but ialah Baca Naskhah: Su/a/atus Sa/a tin (Sejarah Melayu), 2006, 8aca Naskhah: Hikayat Seri Kelantan, 2007 dan 8aca Naskhah: Hikayat Nakhoda Muda, 2008.
Pada kall Inl program Astaka Minda telah memilih karya seorang tokoh sasterawan negara laitu SN Arenawati. Karya beIIau yang dipHih untuk diblncangkan be~udul Langkah Pertama: KJImpulan CBrpsn AWBI 1954-1959. Selaln untuk memberl penghonnatan dan mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham daJam dunla kesusasteraan tanah air, program Inl dlharap dapat memupuk mlnat membaca dan menghayati karya sastera dalam kalangan pelajar dan masyarakat keseluruhannya. Konsep program Inl lalah peserta dlkehendakl membaca naskhah inl secara bergilir-gilir tanpa henti. Sejumlah 87 pembaca telah mendaftar untuk menyertai aeara ini yang terdiri dari pelajar IPT, murid sekolah, ahli Rakan Dewan, staf DBP, guru-guru sekolah dan pensyarah. Program tersebut telah bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.45 petang. Keseluruhannya, para peserta telah berjaya membaca sebanyak 435 muka surat dalam tempoh 7 jam 15 minit. Secara keseluruhannya, acara ini telah menarik minat sebahagian besar sekolah di Lembah Kelang ini. Antara impak yang diperoleh dalam program ini ialah;
i.
Para peserta dan hadirin yang menyaksikan majlis ini telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai SN Arenawati. ii. Secara tidak langsung, PDM berperanan sebagai agen yang turut mempromosi hasil karya Sasterawan Negara kepada khalayak umum yang mampu mendidik masyarakat agar berpengetahuan tentang karya-karya sastera tempatan dan mampu menghayati warisan persuratan Melayu dengan baik. iii. Berjaya menarik minat bukan sahaja golongan pelajar, malah acara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kalangan guru dan pensyarah. Majlis Astaka Minda berjaya mendekatkan lagi khalayak umum kepada dunia bahasa dan sastera tanah air.
5ebagaI satu penghormatan, Majlls Astaka Minda yang bertemakan Senaskhah Skrlp Sebuah Luklsan: Cetusan Kreatif Othman Hj. Zalnuddln dianjurkan dengan mengupas perjuangan bellau salama leblh 40 tahun sebagai pengkarya dengan menghasilkan sejumlah besar skrlp drama pen1as, televlsyen, fllem dan radio. Sebahaglan darlpada karya tersebut telah dlanggap sebagal warlsan khazanah persuratan tanah air yang tidak temllal. Sesl perblncangan dlpengeruslkan oleh Enclk Abdul Ghapar Abdullah (Ketua Bahaglan Komunlkasl Korporat, DBP) dan dlbicarakan oIeh Enclk Zakarla ArtffIn (Pensyarah ASWARA). Kedua-dua tokoh Ini juga merupakan rakan sepe~uangan yang pemah bergandlng tenaga bersama Tuan Hajl Othman Hajl Zalnuddln dalam beberapa projek pengarahan tester dan drama satu ketlka dahulu.
Pada 23 Jun 2009 pula, bersempena dengan sambutan ulang tahun DBP ke-50, Majlis Astaka Minda telah memberi penghormatan kepada seorang mantan karyawan DBP iaitu Tuan Haji Othman Haji Zainuddin yang mempunyai latar belakang kerjaya sebagai pelukis dan penulis untuk dibicarakan ketokohan kepengarangannya. Beliau pernah berkhidmat sebagai pelukis grafik penerbitan DBP pada tahun 1971-1992, juga dikenali sebagai seorang penulis yang berbakat dan kreatif khususnya dalam bidang penulisan skrip drama, teater, TV dan novel. Selain aktif menulis, beliau juga merupakan penggiat teater Badan Budaya DBP yang banyak menonjolkan karya dan pengarahan dalam pelbagai genre karya daripada drama moden, drama 'epik, bangsawan dan teater.
Sebelum mengakhiri majlis tersebut, Tuan Haji Othman Haji Zainuddin telah menghadiahkan sebuah lukisan kepada DBP sebagai tanda kenang-kenangan dan kecintaan beliau terhadap organisasi ini. Lukisan istimewa ini merupakan lakaran tentang perjuangan DBP sebagai institusi kebahasaan tunggal negara yang gigih berusaha untuk memartabatkan bahasa dan sastera Melayu sejak awal penubuhannya. Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Haji Termuzi Haji Abdul Aziz telah sudi menerima lukisan ini bagi pihak DBP. Pada 16 November 2009 sebuah lagi program Astaka Minda telah dilaksanakan. Pada kali ini fokus program kepada penggiat teater, pengarah filem dan penulis skrip tersohor tanah air iaitu Prof. Or Hatta Azad Khan yang kini menjadi Dekan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik,
-
--
I.~
SOROTAN~-.- .~ Unlversitl Teknologl MARA (UiTM). Majlis Astaka Minda pada kali Ini membawa tajuk : JEJAK SEN I HATIA AZAD KHAN : DALAM KETAWA ADA MAKNA.. Majlis ini telah dipengerusikan oIeh Saudara Zakaria Ariffin (ASWARA ) manakala tetamu jemputan untuk membicarakan ialah Saudara Othman Hafsham. Sambutan yang amat menggalakkan dari audiens telah memenuhi Dewan Kuliah yang dianggarkan melebihi 200 orang yang terdiri daripada para pensyarah, penunM pengajian tinggi, penggiat seni filem dan teater, Individu serta karyawan luar dan dalam DBP. Sebelum diskusi mengenai Prof. Dr. Hatta dibicarakan, sebuah tayangan filem berjudul "Tiga Budak Melayu" hasil produksi penuntut-penuntut jurusan Seni Persembahan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM telah dipertontonkan kepada audiens. Skrip filem ini hasil nukilan Prof. Dr Hatta. Saudara Othman Hafsham telah menghuraikan susur galur perkenalan dan kerjasama antara keduadua mereka khususnya penglibatan mereka dalam mengembang dan memajukan karya filem khasnya filem komedi/humor melalui penghasilan skrip dan pengarahan teater sejak tahun 1983. Tambah beliau lagi Prof. Dr Hatta merupakan seorang genius yang sangat kreatif, tegas dan sememangnya layak untuk menerima Hadiah SEA Write Award yang baru digenggamnya kerana Prof. Dr. Hatta adalah harta intelek negara.
Antara karya Dr Hatta Azad Khan
Wawancara wakil Mutiara Pustaka, Nik Aman Nik Yusoff dengan Y.M. Oato' Prof. Dr. Raja Abdullah Raja Yaacob. Y.M. Dato' Prof. Dr. Raja Abdullah Raja Yaacob atau lebih mesra dengan panggilan Dato' RAY ialah seorang pensyarah yang amat terkenal dalam kalangan pensyarah dan pelajar di Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi MARA dan juga dalam profesion Kepustakaan di Malaysia. Dato' RAY lulusan kumpulan ketiga graduan Sains Perpustakaan Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1972. Memulakan karier beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Pembantu Perpustakaan di bawah seliaan Allahyarham Tuan Syed Ali dan juga Allahyarham Cik Shahar Banun yang pernah menerajui Perpustakaan Negara Malaysia. Selepas bertugas di DBP selama hanya tujuh bulan, beliau menjawat jawatan Pegawai Perpustakaan di ITM selama lima tahun dan berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Sains Perpustakaan dan Sa~ana Pengurusan Rekod di Case Western Reserve University, Amerika Syarikat. Beliau kemudiannya bertukar karier menjadi pensyarah di Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat, ITM sehingga berjaya mendapatkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama. Jawatan tertinggi beliau ialah sebagai Dekan dan Profesor di Fakulti Pengajian Maklumat UiTM dan kini menjadi pensyarah kontrak di Fakulti yang sama setelah bersara. Kewibawaan beliau dalam mendidik dan juga menjadi mentor ribuan graduan Fakulti Pengajian Maklumat amat menyerlah dan pengalaman beliau ingin dikongsi bersama oleh Sidang Editorial Mutiara Pustaka. Ikutilah wawancara saya dengan beliau: MP: Data' pernah menjadi seorang Pustakawan pad a awal karier dan kemudiannya menjadi pensyarah dalam bidang Sains Perpustakaan dan juga Pengajian Maklumat. Bagaimanakah Data' memanfaatkan pengalaman Data' bagi mencurahkan ilmu kepada pelajar Dato'? DIto' RAY : : Saya membuat perbandingan antara diri
say a sebagai pelajar sebelum saya memasuki bidang Sains Perpustakaan dan semasa sudah bekerja. Sebelum memasuki ITM saya tidak tahu apa itu 'Library Science'. Tidak ada minat, malahan tak tahu langsung tentang bidang ini. Tujuan utama saya pad a waktu itu hanyalah untuk lulus dan mendapatkan pekerjaan. Hanya setelah saya memasuki bidang ini barulah saya faham bahawa bidang ini amat luas. Saya amat bersimpati dengan pelajar yang tidak memahami bidang ini. Oleh sebab itu , say a be rasa bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin sebagai seorang Pustakawan pad a masa itu untuk memastikan para pelajar faham tentang profesion ini supaya mereka datang ke perpustakaan dengan satu harapan bahawa ini bidang profesional yang mampu menyelesaikan masalah akademik dan juga masalah lain yang berkaitan. Saya mengambil keputusan menjadi seorang pensyarah dan apabila menjadi seorang pensyarah, mungkin orang hairan kenapa saya begitu mesra dengan para pel ajar saya. Sebenarnya saya ingin memberitahu rahsia saya sendiri bahawa saya khuatir para pelajar bidang ini akan berpendapat seperti saya juga, iaitu menunggu masa sahaja untuk keluar daripada bidang ini. Saya sendiri pernah beberapa kali ingin keluar daripada bidang ini tetapi sebaliknya saya mengambil keputusan untuk mempamerkan betapa profesionalnya bidang ini. Kita boleh jadi seorang profesional dan bidang ini boleh diaplikasikan dalam bidang pentadbiran, pengurusan dan juga teknologi maklumat atau ICT. Ini terbukti pada masa kini graduan kita serba boleh (versatile) dan mereka mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tersebut. Pada peringkat awalnya lulusan bidang ini harus diberi peluang sewaktu dalam tempoh penyesuaian dan latihan bekerja kerana mereka merupakan pelatih. Oleh itu, pengalaman sebagai pustakawan amat membantu bukan sahaja untuk mengajar, malahan memberi iltizam kepada pelajar dalam bidang ini. Sewaktu menjadi Dekan. saya telah mempelbagaikan dari satu program menjadi sembi Ian program dan menggandakan jumlah pelajar yang mendaftar dari hanya 100 orang kepada 4,000 orang. MP: Kursus dalam bidang Sains Perpustakaan sejak mula diperkenalkan telah berkembang pesat dan terbukti dengan bilangan pelajar yang bertambah. Apa komen Dato' tentang situasi ini?
DIto' RAY: Sebenarnya ini bergantung kepada pengetahuan dan maklumat yang ada dalam kalangan pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab pihak fakulti untuk men gang kat bidang ini sebagai bidang profesional. Saya dapati ia bukan sebab kita tidak tahu membaca tetapi tabiat kita yang tidak
suka membaca dan tidak suka ke perpustakaan. Logiknya, bagaimana kita hendak menjadi Pustakawan jika kita tidak suka membaca? Bagaimanapun kita boleh galakkan kempen maklumat kepada masyarakat yang bermaklumat dalam era ICT ini kerana bidang ini telah berkembang dari tugas mengkatalogkan buku sahaja kepada bidang yang berkaitan dengan penggunaan leT. Para pelajar hanya ingin tahu sam a ada bidang ini mampu memberikan harapan sebagai karier dan saya dapati mereka enggan mengambil bidang ini kerana mereka sebenarnya tidak tahu apakah kerjaya kita. Kita perlu mengambil iktibar sebagai Pustakawan kerana kita tidak mempamerkan keprofesionalan kita, malahan kita 'syok' sendiri. Kita sibuk dengan kerja, projek, mesyuarat tetapi kita tidak pentingkan perkhidmatan kepada masyarakat. Bidang Sains Perpustakaan terdiri daripada satu bahagian pengurusan dan satu bahagian perkhidmatan. la industri perkhidmatan sama juga seperti industri pelancongan dan lain-lain. Kita perlu memberi perkhidmatan secara profesional supaya masyarakat sedar tentang profesion kita dan mereka juga ingin menjadi ahli profesional dan perlu selaras dengan istilah baru yang digunakan. Kalau kita gunakan istilah Pegawai Maklumat atau Profesional Maklumat setakat manakah tarafnya sekiranya kita hanya menyuruh pelajar menggunakan OPAC atau gunakan kemudahan Internet sahaja tanpa memberi bimbingan yang sepatutnya. Cara ini tidak profesional kerana kita tidak melatih pelajar kita. Inilah yang patut kita ubah supaya kita dapat bersaing dengan profesion lain. Saya berani berkata bahawa jika ramai masyarakat tahu tentang bidang kita maka ramailah akan berlumba-Iumba memohon untuk memasuki bidang kita. Pernah pada satu ketika, kursus Diploma in Information Management menjadi salah satu yang paling banyak mendapat permintaan dalam kalangan pelajar kerana mereka mengetahui bidang ini unik dan kerjaya mereka bukan sahaja bertumpu di perpustakaan bahkan di mana-mana sekalipun. Satu lagi bukti ialah kursus MSC Information Management boleh dikatakan yang paling ban yak sekali mendapat penyertaan secara konsisten setiap semester sehingga menerima 50 pelajar berbanding dengan program lain yang sukar mendapat penyertaan sekadar 10 orang sahaja di universiti lain. Pada satu ketika terdapat sehingga 175 orang pelajar, dan mereka ini bukan asalnya pelajar bidang yang sama tetapi dari kalangan akauntan, jurutera dan perbagai lagi kerana Sains Maklumat boleh diaplikasi di mana-mana sahaja. MP: Sejak tahun 80-an Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat telah menerapkan bidang ICT dalam kursus yang dipelajari. Bagaimanakah pula pihak KSPM sewaktu di bawah kelolaan Dato' membezakan antara Sains Maklumat dengan Teknologi Maklumat? Oalo' RAY: Sebenarnya pad a peringkat awal tidak ada satu mata pelajaran kornputer yang diajar tetapi cuma yang ada tentang mikrofilem, tetapi pada 'akhir tahun 70-an oleh sebab perkembangan peringkat universal telah terlalu banyak maklumat dan pustakawan tidak sanggup mengkatalogkan
secara konvensional dan kerja ini amat renyah dan tidak dapat ditangani. Mengambil iktibar sistem komputer yang digunakan dalam industri perniagaan yang berasaskan pulangan, tetapi perpustakaan tiada pulangan. Mereka sedar bahawa ledakan maklumat yang berlaku pada ketika itu memerlukan maklumat dengan cepat dan maklumat perlu diakses dengan cepat. Oleh itu mereka mengadaptasi teknologi maklumat yang digunakan untuk sistem automasi perpustakaan. Oleh sebab sistem automasi digunakan, maka kita memasukkan elemen ICT dan sains komputer dalam kurikulum kita dan pada peringkat awal terpaksa meminjam kakitangan dari Kajian Sains Komputer untuk mengajar bidang terse but. Mereka pula merasa amat mencabar sekali kerana berpendapat bahawa aplikasi sistem komputer ke dalam bidang Sains Maklumat adalah begitu rumit. Apabila say a menerajui sebagai Ketua Kursus, saya telah merancang sejak tahun 1986 untuk memecahkan bidang Sains Maklumat ini supaya terdapat pengkhususan iaitu Sains Perpustakaan Tulen, Sistem Maklumat, Perpustakaan Sekolah dan Pengurusan Rekod. Dengan persetujuan pihak atasan saya mula menghantar misalnya Dr. Adnan untuk Sistem Maklumat dan Pengurusan Sumber, Encik Shariff untuk Perpustakaan Sekolah. Puan Hamidah untuk Sains Perpustakaan dan Encik Riduan Pardi untuk Pengurusan Rekod bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. Perkara yang sedemikian juga telah dilakukan oleh Kajian Komunikasi Massa yang mengkhususkan kepada bidang Kewartawanan, Pengiklanan, Penyiaran, Penerbitan dan sebagainya. Apabila saya menganjak paradigma seperti ini pada awalnya orang tidak faham, mengapa Sains Maklumat harus dipecahkan kepada empat cabang? Pada hakikatnya di luar negara lebih banyak cabang yang wujud seperti Audio visual, Pengurusan Maklumat, Multimedia dan sebagainya. Apabila saya menjadi Dekan kita telah berjaya mengubah kepada empat jabatan. Selagi kita ada Sains Perpustakaan (Library Science), selagi itulah pelajar terutamanya kalangan pelajar lelaki tidak mahu memilihnya. Walaupun ada perkembangan, tetapi kita perlu ada nama yang boleh diterima pakai. Apabila kita tukar kepada BSC. In Information Studies barulah ramai yang memohon dan penjenamaan semula ini amat penting. Bak kata pepatah Inggeris, "Leadership in the profession is very important". Sekarang ini kita tidak ada masalah dari segi jumlah permohonan pel ajar kerana pelajar telah tahu apa yang patut dipelajari. Mereka yang ingin belajar khusus dalam bidang ICT boleh mengambil Kursus 'Information System's Management 221 '. la adalah berlainan dari kursus Multimedia atau leT kerana tidak melibatkan tentang perisian komputer tetapi lebih tertumpu kepada aplikasi sistem. Kita tidak lari daripada kandungan asal kursus yang ditawarkan. MP: Seiring dengan perkembangan terkini kita dapati di alam pekerjaan terdapat majikan yang masih memerlukan kemahiran konvensional seperti pengkatalogan dan pengindeksan namun graduan terkini lebih tertumpu kepada
bidang ICT. Bagaimanakah strategi pihak fakulti untuk menangani hal ini Dato' RAY: Ada sedikit masalah di antara fakulti dengan industri kerana industri masih menganggap pelajar kita dilahirkan oleh satu sistem sahaja. Bidang Maklumat amat hebat sebenarnya. Apabila industri mengambil pelajar Pengurusan Rekod untuk menjadi Pustakawan konvensional akan timbul masalah kerana mereka tidak dilatih secara konvensional. Oleh itu kami telah mengambil keputusan bahawa apa sahaja bidang yang ditawarkan mesti ada 'minor' dalam bidang Sains Perpustakaan sebagai asas, kerana mereka masih perlukan pengkatalogan walaupun trend sekarang hanya menggunakan 'copy cataloguing ' yang telah sedia ada. Kita sudah membina satu sistem agar graduan dalam keempat-empat bidang mampu bekerja di perpustakaan konvensional. MP: Apakah pandangan peribadi Dato' tentang graduan lepasan Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM?
bagaimanapun yang membanggakan saya ialah graduan kita berupaya melaksanakan apa sahaja tanggungjawab yang dipikul. Sebagai contoh, Dekan kita adalah bekas pelajar saya, termasuk juga Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Mereka ini mampu melakukan tugas yang berat seperti itu. MP: Berdasarkan perkembangan semasa, adakah sebarang kemungkinan pihak fakulti menambah bidang untuk menampung keperluan industri? Dato' RAY: Kita bercita-cita untuk berbuat seperti apa yang dilakukan di luar negara, misalnya mengadakan 'Summer School' bagi kalangan profesional yang kesuntukan masa memilih untuk berkursus selama tiga bulan. Saya amat optimistik untuk melaksanakan rancangan ini. Sekarang ini kita giatkan untuk memastikan ada tambahan program kerana bidang Sains Maklumat ini amat luas sekali. Dekan telah mengarahkan supaya diwujudkan juga bidang 'Islamic Information Management' (Pengurusan Maklumat Islam) kerana kita kekurangan pakar dalam bidang berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah memulakan kursus ini. la penting kerana Islam ialah agama yang paling besar di dunia tetapi bahan-bahan Islam tidak digunakan sepenuhnya. Bahan ini perlu dianalisis dan banyak terdapat di negara kita dan juga negara luar. Satu lagi kursus yang dirancang ialah 'Medical Records Management' (Pengurusan Rekod Perubatan) dan pihak Kementerian Kesihatan agak terkejut apabila mengetahui bahawa kita ada menawarkan kursus sedemikian dan berhasrat membuat Perjanjian Persefahaman untuk mengambil graduan kita. Dalam bidang Perubatan, rekod perubatan adalah penentuan hidup atau mati. Doktor menulis rekod setiap hari dan rekod ini perlu diselenggara dengan cekap. MP: Apa pandangan Dato' tentang profesion dalam bidang Maklumat di negara kita?
Dato' RAY: Saya begitu bangga sekali. Ada dua jenis graduan iaitu, 'fast learner' dan 'slow learner' bila masuk ke industri. Ini terhasil dari keupayaan mereka sendiri. Industri patut faham dan kita telah berbincang dalam satu forum yang say a hadiri. Fenomena ini berlaku dalam semua bidang baik perakaunan, mekanikal , sains komputer atau bidang lain. Mereka ini seperti masih mentah, masih belum banyak mengetahui tentang pekerjaan mereka. Mereka cuma ada sijil yang merupakan pasport untuk memasuki alam pekerjaan. Kita tidak boleh terlalu kritikal. Bagi yang tidak tahu harus diberi latihan kemahiran. Setiap graduan baru perlu mengikuti latihan dalam perkhidmatan seperti juga doktor melakukan 'housemanship' atau peguam mengikuti 'chambering' dan Pegawai Tadbir Diplomatik mengikuti kursus di INTAN. Mereka ini tidak sepatutnya diharap untuk menggantikan tempat pegawai lama yang bersara dan cekap menjalankan tugas seperti pegawai mahir. Walau
Dato' RAY: Profesion ini adalah berkembang maju tetapi malangnya tidak ada kepimpinan yang menyerlah seperti Dr. Wijasoorya, Tuan Syed Ali, Cik Shahar Banun atau beberapa tokoh lain. Para profesional sekarang terlalu sibuk dengan tugas masing-masing. Orang-orang seperti saya telah hampir ke penghujung karier masing-masing dan kita perlu ada pelapis yang komited. Kita perlu tumpukan juga kepada peningkatan kemahiran dalam khidmat perpustakaan, pengetahuan tentang sumber maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan bidang maklumat demi menghasilkan pelajar Sains Perpustakaan dan Sains Maklumat yang berwibawa.
,
PDM SANA SINI '.' --;.~. .
.
.
abiat membaca amat penting bagi individu yang bergelar seorang pelajar. Rujukan terhadap bahanbahan yang berkualiti mampu membentuk peribadi pelajar yang berkualiti dan berwawasan pada masa hadapan. Bagi menggalakkan lagi am alan membaca terhadap golongan ini, PDMWU sebagai sebuah pusat penyebaran ilmu telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program Ceramah Penguasaan Membaca pada 26 Jun 2009. Program ini telah diadakan di SMK Simpang Ampat, Pulau Pinang. Tujuan utama program ini untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan menimba ilmu sepanjang hayat. Seterusnya dapat menjana minda pelajar untuk meningkatkan Ia9i proses pembelajaran di sekolah. Para pelajar juga secara tak langsung turut didedahkan dengan bahan bacaan yang berkualiti dan sesuai dij ad i kan rujukan bagi setiap pelajar dalam membina kualiti terhadap pembelajaran seharian mereka. Sera m a i 150 pelajar yang terdiri dari pelajar Tingkatan 5 dan 6 telah terpilih untuk menyertai program ini. Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Razak Dali. Beliau merupakan kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang pembacaan mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas dalam bidang ini. Beliau berkongsi pengalaman dengan para pelajar dalam aspek bahan bacaan yang sesuai digunakan oleh seorang pelajar. Bahan bacaan bercorak ilmiah dititikberatkan oleh beliau. Kata-kata semangat dan motivasi turut disentuh agar dijadikan panduan dan semangat untuk pelajar menceburkan diri dalam dunia pembacaan secara lebih serius. Beliau telah memperkatakan tentang kepentingan membaca, jenis-jenis bahan bacaan yang berkualiti dan teknik-teknik membaca yang berkesan. Turut disentuh adalah pentingnya diwujudkan peta minda bagi setiap pelajar bagi memudahkan pelajar mengingati bagi setiap maklumat yang dibaca. Kaedah yang dibincangkan ini juga turut dipraktikkan melalui aktiviti berkumpulan pada penghujung sesi. Setiap kumpulan diberi buku dan perlu mempersembahkan maklumat yang diperoleh inelalui kaedah yang telah diterangkan oleh penceramah. Program sebegini diharap dapat memberi rangsangan dan pengalaman yang berguna kepada para pelajar dalam aspek bacaan masing-masing.
l
Pada 11 Ogos 2009, PDMWU dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah juga telah mengadakan Peraduan Resensi Buku Peringkat Negeri Kedah. Peraduan ini telah dipertandingkan dalam tiga kategori iaitu kategori Sekolah Rendah, kategori Sekolah Menengah Rendah dan kategori Sekolah Menengah Atas. Sasaran penyertaan ialah pelajar dari Sekolah Rendah dan Menengah yang terpilih dari seluruh negeri Kedah. Setiap sekolah dari seluruh Negeri Kedah diwajibkan terlibat secara langsung dengan program ini. Seawal Januari lagi sehingga Julai telah dilangsungkan peraduan bagi peringkat daerah di seluruh negeri Kedah terlebih dahulu. la melibatkan sebelas daerah dari seluruh negeri Kedah iaitu Kubang Pasu, Kulim, Van, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Bandar Bahru, Kota Setar, Kuala "iiiii:~~M~ud:a~ , ~da~n Langkawi. Pelajar yang berjaya • menjuarai pada peringkat daerah seterusnya akan mewakili daerah masingmasing pada peringkat akhir. yarat peraduan ini ialah setiap peserta diwajibkan membaca novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah ditetapkan oleh plhak penganjur. Para peserta harus membaca secara terperinci bagi memperoleh maklumat dan isi kandungan setiap novel. Seterusnya pada peringkat pertandingan mereka -:::~~ perlu memberi ulasan dan pendapat sendiri berdasarkan pemahaman dan pengetahuan melalui novel yang telah dibaca. Peraduan ini disampaikan dalam bentuk lisan dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Para hakim akan menilai para peserta dari aspek kefahaman terhadap kesesuaian bahan yang dibaca, gaya bahasa. gaya penyampaian. kematangan serta ketepatan dalam menyampaikan ulasan dan pendapat masing-masing. Nurzulaika Hasan dari daerah Kubang Pasu telah dinobatkan sebagai pemenang. Bagi peringkat Sekolah Menengah pula. kategori Menengah Rendah disandang oleh Muhd Zakri Husin dari daerah Van manakala kategori Menengah Atas dimenangi oleh Zarina Vati Nordin dari daerah Kota Setar. Jelasnya. am alan membaca adalah satu tuntutan sepanjang hayat. Bagi menyemarakkan amalan ini dalam kalangan masyaraka1, semua pihak harus memainkan peranan yang sewajarnya dalam menyuburkan am alan ini hingga ke peringkat akar umbi.
------
r ........
Galeri Pameran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBPWS) dibuka secara rasminya bersempena dengan majlis perasmian Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) Shaharom Husain,DBP Wilayah Selatan yang telah dirasmikan pada 11 Ogos 2007. Galeri yang terletak di tingkat bawah DBPWS ini dibuka kepada orang ramai mulai Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Penubuhan galeri ini bertujuan melestarikan matlamat utama DBP dalam penyebaran maklumat berkaitan bahasa, sastera dan budaya Melayu kepada masyarakat umum menarik minat masyarakat
memupuk budaya membaca dan cintakan bahasa Melayu. Shaharom Husain merupakan seorang tokoh pengarang dalam bidang persuratan Melayu dan sejarah yang hebat sejak zaman sebelum perang sehingga akhir hayat beliau. Tidak hairanlah DBP Wilayah Selatan mengambil inisiatif untuk menamakan POM tersebut bersempena dengan nama beliau sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam memartabatkan seni bahasa dan kesusasteraan Melayu. Antara karya bahan yang dipamerkan seperti Lembing Awang Pulang ke Dayang, Tun Fatimah, Balang Mas, Siapa Gila, Di Bawah Sinar Matahari, Tun Sri Lanang dan banyak lagi karya beliau yang boleh dilihat oleh pengunjung. Koleksi sejarah awal penubuhan OBP dan OBP Wilayah Selatan, tokoh sastera dan tokoh bahasa serta naskhah-naskhah terkini terbitan OBP merupakan antara bahan yang dipamerkan di dalam galeri pameran OBPWS. Selain itu,sudut sasterawan tanah air, Usman Awang juga teknologi disediakan. Biografi dan sejarah penglibatan awal tokoh ini turut dipamerkan dan pengunjung boleh melihat sendiri koleksi gam bar peribadi tokoh dan keluarga sepanjang hayatnya. Oi sam ping karyakarya kreatif dan naskhah-naskhah lama hasil tulisan beliau seperti dari Bintang ke Bintang, Matinya Seorang Pahlawan, Tulang-tulang Berserakan, Gelombang dan ban yak lagi.
Gambar-gambar kegiatan bahasa dan sastera di sekitar Johor, Melaka dan Kepulauan Riau dan gam bar-gam bar penulis terkenal Johor seperti Zaharah Nawawi, Mawar Shafei, Amiruddin Ali Hanafiah, Gunawan Mahmood, Shaharom Husain, Ungku Mohd Zaman Tahir, WB Rendra dan Zulikifli Kahir turut dipamerkan.Usaha PDM Shaharom Husain, DBPWS mewujudkan galeri pameran ini diharap dapat memberikan kesedaran dan kepekaan masyarakat terhadap nilai bahasa dan kesusasteraan yang perlu dimartabatkan kepada tahap yang sepatutnya,sekali gus mampu bergerak seiring dengan perkembangan masa kini. Orang bijak pandai ada mengatakan tingginya martabat sesuatu bangsa diukur dan dinilai melalui ketinggian bahasa ibunda itu dimartabatkan oleh masyarakat
Penubuhan galeri ini bertujuan melestarikan matlamat utama DSP dalam penyebaran maklumat berkaitan bahasa, sastera dan budaya Melayu kepada masyarakat umum menarik minat masyarakat dalam memupuk budaya membaca dan cintakan bahasa Melayu.
PDM SANA SINI
~,
'.
.'
.
~:.
..' 'j
MENYINGKAP RAHSIA DIRI SN A. SAMAD SAID Oleh Sharru! Riza! Hashim ebagalmana yang dlketahul, Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad Said merupakan seorang sasterawan dan penulls besar yang amat dlhorrnatl dan dlseganl. Namun ramal yang t1dak mengetahui beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Sarnad, juga mempunyai bakat dalam bldang seni lukis. Rahsla Inl diceritakan sendlri oleh Pak Samad pada Majlis Sembang Pagl Bersama-sama Sasterawan Negara Datuk (Dr.) A. Samad Said dl Dewan Wawasan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota 8haru pada 25 Februari 2009. Majlls anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dengan kerjasama Institut Pendldikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu Inl merupakan salah satu acara dalam program gerakan membaca yang secara langsung dapat mendekatkan khalayak dengan seorang tokoh sasterawan tanah alr. Mengulas tentang kebolehan melukls, bldang inl merupakan satu cabang baru selaln daripada bidang penullsan yang menjadl sumber rezekl utamanya keUka Ini. Menurut Pak Samad, walaupun ramal yang tldak mengetahul tentang kebolehannya melukls, namun klnl bellau merasa gemblra kerana hasll karya yang terslmpan saklan lama akhlmya mendapat tempat dan perhatlan masyarakat sarta para pemlnat luklsan I<hususnya. Menurut bellau karya luklsannya Itu akan dlpamerkan di satu galeri dl Dubai daIam tempoh terdekat dan pada ketlka Inl, sebanyak 20 bush luklsannya sedang dalam perb/ncangan untuk dljuaJ oleh pemlnat luklsan rakyat Kanada. Para khalayak majUs Inl bertuah kerana Pak Samad banyak berkongsi rahsla dlri tentang kehldupan beliau dan mlnat membaca yang sudah tertanam dalam dlrl semenjak usia muda. Bagl Pak Samad, mlnat membaca harus dlsusull dengan kesedlaan untuk membeli naskhah buku slmpanan koleksl. Inl kerana menjadlkan buku sebagal teman secara tldak langsung akan dapat menambah IImu dan pengetahuan dalam dlri, leblh-Ieblh lagl bagl seorang sasterawan sepertl bellau. Leblh menarlk, Istari bellau, Datln Rashldah Mat Dahan telah dlundang secara spontan oleh Pak Samad nalk ke pantas untuk turut sarna berkongsl pengalaman dengan para khalayak. Menurut Datln Rashldah, apa yang membezakan Pak Samad dengan orang lain lalah setlap hari dunla beliau hanyalah bersama-sarna buku. Tiada perabot dan peralatan mewah menjadl hlasan dl rumah mereka oleh sebab semua ruang dlpenuhl dengan buku. Majlls yang dlpengeruslkan oleh Sasterawan Negeri Kelantan, Saudara Nomlsham Mustafa Inl mengundang banyak persoalan darlpada khalayak yang hadlr semasa sesi soal jawab. Rata-rata khaJayak yang meJeblhl 400 orang Inl kellhatan amat leruja mendengar klsah kehldupan dan rahsla dlri seorang sasterawan Negara apatah lagl dapat bersemuka secara langsung. Mereka juga amat bertuah kerana Pak Samad mendeklamaslkan dua buah pulsl hasll karya beliau sendlrl sebagal penutup pada majlls tersebut.
S
PROGRAM BACAAN KEGEMARAN SAYA Oleh Teresa Chong ada 14 Mei 2009, PDM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan "Program Bacaan Kegemaran Saya" (BKS) yang bertujuan untuk menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat. Program BKS ini memberi peluang kepada audiens untuk berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai bahan bacaan kegemaran masing-masing dan menjadi platform biasa bagi perkongsian maklumat dan ilmu bersama. Tiga buku telah dibihcangkan iaitu Najib Razak: Pendakian ke Puncak karya Chamil Wariya yang telah dibentangkan oleh Dr. Jeniri Amir, ED: Panduan Meningkatkan Emosikarya Mohd. Azhar Abdul Hamid (ed) pula dikupas oleh Encik Hj. Hambili. Manakala, Abang Haliman Julai pula berkongsi maklumat karya tulisan Radzemah Bolhassan yang berjudul Kerana Kidjang. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Hampir 200 orang audiens termasuk pelajar sekolah menengah, kakitangan pelbagai jabatan kerajaan dan ahli-ahli Rakan Dewan telah menghadiri program ini. DBP Cawangan Sarawak akan terus menjalin hubungan akrab dan mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta sebagai langkah berterusan ke arah menggalakkan masyarakat menyemai minat membaca. Usaha berterusan ini juga merupakan salah satu wadah bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
P
ULASAN BUKU
:
rofesor Dr. Hashim Musa, penulis buku ini ialah seorang Pensyarah Linguistik Melayu di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan seorang Sarjana yang banyak menghasilkan buku, kertas kerja dan rencana akademik yang menjurus kepada persoalan tentang bahasa dan linguistik Melayu. Buku yang diperkatakan ini, merupakan hasil penelitian dan pengalaman penulis tentang hati budi Melayu, iaitu apa yang menjiwai dan menjadi keperibadian Melayu secara teras dan arus perdana dalam diri orang Melayu dan masyarakatnya. Bagi membincangkan persoalan yang cukup menarik ini, penulis telah membahagikan buku ini kepada tujuh bab. Bab Pertama menghuraikan secara mendalam tentang hati budi Melayu. Penghuraian ini meliputi takrif hati budi, komponen teras hati budi Melayu, kekuatan Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan hati budinya dan kerangka hati budi Melayu. Perlu disedari bahawa istilah hati dalam bahasa Melayu dari segi rohaninya boleh diertikan sebagai suatu unsur dalam diri manusia yang halus dan seni daripada jenis roh, iaitu kurniaan Tuhan yang ada hubungan dengan jantung. Hati juga umpama jiwa iaitu tempat perasaan, keinginan dan kemahuan. Sementara itu, budi pula sering kali dikaitkan dengan istilah akal dan intelek. Lantaran itu, istllah hati budi adalah merupakan sifat manusia yang dihubungkan secara jasmaninya dengan otak. Bagi menjelaskan dengan terperinci, penulis membincangkan beberapa elemen yang mampu membentuk manusia agar memiliki hati budi yang murni. Elemen-elemen tersebut ialah; hidup berteraskan agama Islam; pendidikan demi membentuk manusia yang berilmu. beradab, berbudi, bertakwa dan beramal; nilai kerja yang mengutamakan kesungguhan, kecekapan. kerajinan, dan kerukunan bagi
P
manfaat dunia dan akhirat sehingga ke anak cucu; taat dan berkhidmat kepada ibu bapa serta memuliakan mereka; setia kepada ketua yang adil, terpuji dan benar; halus budi bahasa dan budi pekerti; sentiasa bermuafakat, tolong-menolong dan mengutamakan kebajikan umum dan hidup bermasyarakat; hormat dan khidmat dalam pergaulan dengan tetamu; sederhana daiam tutur kata dan tingkah laku; sangat prihatin tentang harga diri dan maruah; tahu tempat dan letak sesuatu; mensyukuri nikmat Allah; memandang masa depan; amanah; bijak manfaatkan waktu; bersifat keterbukaan; berbaik sangka terhadap manusia; jujur; berdikari; ikhlas dan rela berkorban; hidup sederhana; berkasih sayang sesama manusia; dan bijak menanam budi dan membalas budi. Bab Kedua membincangkan nilai sebagai satu daripada unsur yang membentuk kerangka hati budi Melayu, iaitu mengandungi huraian tentang konsep dan teori nilai secara umum dan juga dari sudut pandangan ulama-ulama Islam, pemupukan adab sebagai proses penyemaian nilai dalam masyarakat Melayu tradisional dan nilai-nilai yang utama dalam masyarakat Malaysia kini yang disampaikan melalui sistem pendidikan seperti yang terkandung dalam kurikulum Pengajian Moral Kementerian Pelajaran Malaysia. Penghuraian tentang nilai moral dan etika oleh ulama-ulama Islam diperturunkan dengan mendalam kerana nilai tersebut ban yak mempengaruhi pembentukan konsep dan sistem nilai dalam adat resam dan budaya masyarakat Melayu yang sepenuhnya ditunJangi oleh pengajaran Islam. Perbincangan dalam bab ini tertumpu pads penghuraian tentang konsep, teori dan sistem nilai serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya sebagai satu unsur yang membentuk kerangka hati budi Melayu. Melalui proses pendidikan moral yang dlajarkan di sekolah-sekolah, kerajaan berusaha untuk menyemai beberapa elemen etika yang utama bagi memupuk dan menyuburkan sifat yang membentuk nilal mumi dalam
PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
"3 7
ULASAN BUKU
¡ ~. . _
'.
-l-~~'.
..-
~ _
â&#x20AC;˘
t.....
diri manusia. Sifat-sifat yang sering dititikberatkan ialah penyayang, pemurah, belas kasihan, jujur, adil, sopan santun, rajin, tegas, berani, tabah, sabar, rendah diri, berhemah tinggi, hormat-menghormati, bertoleransi dan baik hatL Bab Ketiga membincangkan tentang beberapa sifat buruk manusia yang boleh merosakkan hati budi manusia tersebut,
... kelemahan dalaman masyarakat Melayu itu sendiri akibat daripada terhakisnya nilai-nilai murni, akhlak, moral dan etlka yang menjejaskan hatl budi masyarakat Melayu tersebut â&#x20AC;˘.. melalui luahan emosi, aksi dan kelakuan yang bertentangan dengan nilai-nilai murni, akhlak, etika dan moral yang mulia dan cantik. Luahan dan manifestasi sifat-sifat yang kurang elok ini telah berlaku dalam masyarakat dan peradaban manusia amnya dan peradaban Melayu khususnya. Antara sifat-sifat buruk yang perlu dijauhi oleh setiap manusia khasnya orang-orang Melayu ialah nafsu serakah, hasad dengki, iri hati, dendam, fitnah, dan cemburu buta. Namun demikian, sifat-sifat inilah yang banyak tersembunyi dalam hati budi orang Melayu. Selain menyentuh sifat-sifat buruk tersebut, bab ini juga turut membincangkan beberapa gejala sosial dalam masyarakat Melayu masa kini akibat daripada pengaruh fahaman liberalisme, sekularisme dan materialisme barat dan juga kelemahan dalaman masyarakat Melayu itu sendiri akibat daripada terhakisnya nilai-nilai murni, akhlak, moral dan etika yang menjejaskan hati budi masyarakat Melayu tersebut. Bab Keempat menjurus ke arah perbincangan yang berkaitan hubungan bahasa dengan pembentukan tamadun. hakikat dan takrif bahasa, kajian bahasa dan tatabahasa, hakikat dan takrif ilmu, penarafan dan penjenisan ilmu, hubungan ilmu dengan pandangan alam Melayu, konsep kebenaran ilmu, penjejasan hati budi akibat kegagalan penyemaian dan pemupukan ilmu yang benar serta terhakisnya adab. yang membawa kepada berleluasanya gejala sosial yang membawa kepada keruntuhan nilai murni masyarakat Melayu masa kini. Bab Kelima membincangkan tentang kesantunan dan keindahan berbahasa sebagai manifestasi daripada budi pekerti, budi bahasa dan akal budi yang tinggi dan mulia. dan penyemaian adab sebagai prasyarat untuk melahirkan insan yang berbudi pekerti, berbudi bahasa dan berakal budi yang mulia dan tinggi sehinggalah terbentuknya hati budi yang murni dan luhur. Bab Keenam menyentuh tentang landskap budaya di Alam Melayu dari segi kepelbagaian budaya. etnik dan agama dalam
tiga zaman, iaitu sebelum penjajahan, zaman penjajahan dan selepas penjajahan. Turut disentuh adalah strategi membina hati budi Melayu untuk menangani cabaran kepelbagaian kaum, budaya dan agama, strategi memantapkan hati budi Melayu, dan strategi memantapkan budaya ilmu, sains dan teknologi orang Melayu demi menghadapi kepelbagaian budaya di negara ini. Bab terakhir menyentuh tentang cabaran-cabaran yang terpaksa diharungi pad a abad ke-21 ini terhadap peradaban manusia sejagat secara umumnya dan cabaran terhadap peradaban Islam khususnya iaitu agenda globalisasi yang semakin mencabar dan tidak menentu. Segala cabaran ini dapat diatasi dengan cara menegakkan amalan Islam dalam kalangan negara bangsa kita dan umat manusia keseluruhannya.
~ep~~ Pmalanan I Sepanjang Perjalanan kita masih mencari arah dan kadang-kala terus bertanya tentang lembah tentang lurah tentang awan tentang nokhtah tentang kehidupan tentang kematian kita akan terus mencari selagi jawapannya tidak ditemui
II Sepanjang perjalanan kita akan terus bertanya beribu persoalan yang jawapannya hampir serupa
III SepanjMg perjalanan kita kadang-kala tef\Upa unna membuat catatafl yang membantu ketlkf Idta merlukan.
â&#x20AC;˘ â&#x20AC;˘
-
---.-.?~
ULASAN ! BUKU~ 4
....
;;
-~'-
..
uku yang merakamkan 2000 tahun evolusi bahasa Melayu di Nusantara dengan perincian terhadap pragmatik bahasa Melayu di alam siber atau budaya elektronik. Buku ini juga merakamkan secara menyeluruh perkembangan bahasa Melayu di Singapura sejak perpisahan dari Malaysia hingga ke hari ini dari perspektif dasar, pragmatik dan masa depan bahasa Melayu di Singapura. Buku ini ditulis berasaskan hasil kajian peringkat sarjana di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura dengan tesis E-kultur dan evolusi bahasa Melayu di Singapura menonjolkan satu kajian komprehensif ke dalam bahasa Melayu dari segi perspektif linguistik dan kebudayaan. Perkembangan teknologi di Singapura khususnya Internet, e-mel, SMS, chat, MSN, IRC, MMS dan Ica mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu di Singapura secara agresif. Bab 1 membincangkan kajian bahasa Melayu juga kajian khusus melibatkan penggunaan bahasa Melayu di Singapura, laras penagih dadah di Singapura, bahasa Melayu dalam akhbar Singapura serta sikap pelajar Melayu Singapura terhadap bahasa Melayu. Bab 2 menekankan evolusi bahasa Melayu abad ketujuh 20 Masihi, diikuti Bab 3 yang memberi fokus kepada proses evolusi bahasa Melayu. Berbanding dengan pandangan David Crystal dalam bukunya Language and the Internet melihat Internet memacu perkembangan kedinamikan bahasa, bab 4 memberikan realiti impak dunia elektronik kepada penggunaan bahasa Melayu di Singapura. Pembangunan nasional dalam sektor industri dan teknologi maklumat mewujudkan gelombang yang melahirkan pelbagai ragam dan laras bahasa mengetepikan nilai dan estetik bahasa Melayu. Sebuah buku yang amat sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada pencinta bahasa, pendidik, penyelidik, sarjana, pembuat dan pelaksana dasar bahasa.
B
.' ,. Ikan ." ... menonJo s ,a t:u kajian komprehens,; f ke dalam bahasa Mel,a yu dar; segi p ,e .r sp ,e ktit linguistik dan Icebudayaan." .. "
ULASAN BUKU
'.
ada tahun-1ahun mendatang InI, Internet banyak mendominasi kehldupan manusIa. E-mal, duria maya (virtual wot1ds), sesawang world wide web, slstem pesanan rlngkas dan chaIgroups semakIn pesat menggantlkan bentuk surat-menyurat dan komunikasl konvensiOnaI. MaIah sesawang kini menjadi garbang utaina bagl Indlvldu untuk mendapatkan maklumat serta digunakan sebagai aldivltl masa senggang. Bagaimanakah keadaan ini mempengaruhi bahasa? Terdapat pandangan umum yang tersebar bahawa technospeak akan menguasai aturan hidup, mengakibatkan nilai dan standard akan hilang. Dalam buku ini, David membincangkan hal di sebaJiknya, bahawa Internet telah menggalakkan peluasan bahasa yang pelbagai dan kreatif secara dramatik mahupun drastik. Menariknya, haJaman 230 merujuk kepada jadual 7.1 Language distribution on the web menunjukkan kedudukan (ranking) bahasa Melayu dalam web hasil kajian The Babel team (inisiatif kerjasama Alis Technologies dan The Internet SocietYJ. Melihat kepada pelbagai genre Internet, iaitu e-mel, sembang (chat) dan sesawang menonjolkan bagaimana Internet mengubah cara kita menggunakan bahasa. Edisi kedua ini dikemas kini secara menyeluruh untuk memberi penjelasan kepada fenomena terkini iaitu blog dan pesanan ringkas, Evolusi bahasa khususnya melalui Internet tidak dapat dinafikan atau dijangkakan arusnya, hanya apabila ia berlaku kita dapat memahami bagaimana ia mempengaruhi dan mencorakkan bahasa kita. Apakah impak yang tidak dijangkakan dari "kuasa paksaan yang tidak dapat dibayangkan" berlaku kepada perkembangan sesuatu bahasa. Buku ini seharusnya membuka minda ahli linguistik, sarjana, pengkaji dan penyelidik meneroka kesan Internet terhadap bahasa dan kebahasaan serta bersedia mendepani impak ini menjadikan dinamik sebagai bahasa ilmu dan teknologi.
P
" ••• Evalusi bahasa khususnya melalui Internet tidak dapat dinafikan atau dijangkakan arusnya, hanya apabila ia berlaku kita dapat memahami bagaimana ia mempengaruhi dan mencarakkan bahasa kita. •••• "
ULASAN BUKU
-.:
JPCQ)~T~CQ)]LCQ) NJL&JLII~lM[IE
INDONESIA: RELEVANSI SASTRA?
Ionialisme mewujudkan pertarungan ideologi antara penjajah dengan yang dijajah, pendatang dan peribumi, ntara Barat dan Timur yang menyerap dalam nilai sosial dan kehidupan. Dalam teori postkolonialisme, perbezaan Barat dan Timur banyak memperkatakan kelunturan sesuatu unsur terhadap unsur lain seperti lama dan baru, tradisi dan modenisasi, laki-Iaki dan perempuan, budaya tinggi dan budaya rendah. Buku ini membincangkan teori dan impak postkolonialisme digunakan dalam menilai khazanah sastera Indonesia secara menyeluruh serta membanding dengan sastera postkolonialisme yang lain. Beberapa karya Barat disenaraikan dalam halaman 200 mengaitkan sastera sebagai objek anal isis postkolonialisme disebut termasuklah The Wrethed of the Earth yang membicarakan tentang psikologi dan aspek kej iwaan masyarakat pascakolonialim yang tidak jauh beza dengan ciri dan karaktemya dalam karya sastera. Kolonialisme mendominasi masalah berkaitan sastera sama ada fiksyen atau karya umum melalui sejarah, pendidikan, pengajaran dan kebudayaan. Bab 14 membincangkan postkolonialisme yang mengaitkan sastera Melayu rendah (Tionghua), peranan bahasa Belanda, Balai Pustaka, Pujangga Baru dan peranan bahasa Indonesia. Manakala Bab 6 menekankan pengaruh postkolonialisme terhadap dasar karya-karya sastera Indonesia melalui pelbagai ragam khazanah sastera Indonesia dan pengalaman bangsa Indonesia menghadapi masa-masa kolonialisme.
~
Bahagian ini juga membincangkan 13 buah karya signifikan dengan impak postkolonialisme seperti Cerita Nyai Dasima, Cerita Nyai Paina, Max Have/aar; Manusia Bebas, Sitti Nurbaya, Salah Asuhan, Layar Terkembang, Be/enggu, A/theis, Pu/ang, Bumi Manusia, Burung-Burung Manyar dan Para Priyayi. Buku ini memberi manfaat kepada sasterawan, sarjana, pengkaji bidang kemanusiaan khususnya sastera, pelajar institut pengajian tinggi, mendalami perkembangan ilmu pengetahuan khususnya sains sosial, kebudayaan dan sastera.
ULASAN BUKU
..
anuskrip Melayu adalah Warisan Intelektual dan Keilmuan bangsa Melayu yang tidak ternilai harganya. Pelbagai bidang ilmu tersimpan dalam manuskrip Melayu termasuk ilmu perubatan. Kekayaan warisan ilmu yang terkandung dalam manuskrip Melayu sepatutnya dikaji dan disebarluaskan untuk makluman dan faedah masyarakat. Bidang perubatan adalah merupakan satu bidang ilmu yang cukup penting dalam kehidupan masyarakat Aktiviti, penggunaan , pembelajaran dan pengamalan perubatan telah wujud dan berkembang dengan luasnya dalam kehidupan masyarakat sejarah dari zaman purbakala lagi. Aktiviti ini meliputi pengubatan dan rawatan penyakit, memproses ubat, penyediaan bahan, pemerolehan ilmu dari pelbagai sumber hingga kepada penanaman tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat Dalam masyarakat Melayu tidak terdapat maklumat yang dapat menunjukkan dengan tepat bila tradisi perubatan ini bermula. Namun begitu, melalui beberapa teks tertulis, seperti hikayat, sejarah dan lain-lain terdapat maklumat yang boleh dikaitkan dengan tradisi pengubatan. Dalam Sejarah Melayu, misalnya terdapat beberapa kisah yang berhubungan, antaranya kisah Tun Hamzah, cucu Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang dibunuh atas perintah Sultan Mahmud Syah, bersama ahli-ahli keluarganya. Tun Hamzah yang pada ketika itu masih kanak-kanak, luka parah ditikam oleh hamba raja. Beliau diubati oleh seorang tabib. Begitu juga dalam cerita-cerita penglipur lara, kita dikisahkan dengan pelbagai kisah tentang penyakit dan caracara mengubatnya. Dalam cerita-cerita seumpama ini, wira dan lain-lain watak utama mungkin jatuh sakit, lalu diubati dengan
M
pelbagai cara oleh dukun, pawang atau bomoh hingga sembuh. Daripada hasil-hasfl penulisan berbentuk manuskrip, khasnya naskhah-naskhah yang tergolong sebagai kitab tib didapati maklumat yang menunjukkan tradisi perubatan ini telah lama dikenal dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Ini berdasarkan kepada kisah sesebuah manuskrip tersebut dan isi kandungan serta ciri-ciri tertentu yang terdapat di dalam naskhah-naskhah berkenaan. Bagi melihat kekayaan dan kepentingan manuskrip-manuskrip perubatan, maka kitab tib ilmu perubatan Melayu ini diterbitkan sebagai satu pilihan terhadap kaedah perubatan secara moden masa kini. Buku ini dibahagikan kepada tujuh (7) bab, dan beberapa lampiran yang amat berguna sebagai panduan kepada para pembaca. Lampiran-Iampiran yang dimuatkan dalam buku ini ialah, glosari Istilah Umum, glosari Istilah Botanis dan Saintifik, gam bar manuskrip dan gam bar-gam bar tumbuh-tumbuhan yang dinyatakan dalam manuskrip. Gambar tumbuh-tumbuhan Inl amat penting bagi memudahkan pembaca atau pengkaji mengenal setiap tumbuh-tumbuhan yang dimaksudkan. Dalam bab pengenalan , penulis membincangkan secara umum tentang ciri-ciri kitab tib dan ilmu perubatan Melayu berdasarkan manuskrip yang dipilih untuk kajian ini. Berdasarkan ciri-ciri itu dapatlah dibina suatu konsep dan pendekatan yang lebih mudah dan sistematik, khususnya pad a aspek persembahan dan pembicaraan. Bab kedua pula membincangkan tentang syarat-syarat untuk menjadi tabib dan beberapa maklumat penting bagi mengenal penyakit Dalam bab ini dinyatakan tujuan atau maksud pengarang manuskrip menulis atau membukukan ilmu atau kaedah pengubatan berkenaan.
Petikan ini dapat menggambarkan beberapa syarat tentang ilmu tabib yang seumpama dan bagaimana menilik penyakit, sama ada penyakit dapat diubati dan sebagainya: "Bab fasal pada menyatakan ilmu tabib yang amat sempurna syaratnya, hakikat mengubati orang sakit yang dijadikan Allah Taala di da/am dunia ini. Maka hendaklah segala tabib
perlulah menjaga makan dan minum supaya tidak berlebihlebihan. Demikian juga minum, hendaklah dibiasakan minum air sejuk, jangan minum yang panas kecuali untuk tujuan berubat. Bagaimana menjaga kesihatan, dengan beriadah atau berekreasi, seperti yang dinyatakan dalam petikan di bawah: Fasal yang ketiga pada memeliharakan gerak tubuh, kerana segal a manusia tiada dapat tiada bergerak, kerana makanan
Bagi melihat kekayaan dan kepentingan manuskrip-manuskrip perubatan, maka kitab tib ilmu perubatan Me/ayu ini diterbitkan sebagai satu pilihan terhadap kaedah perubatan secara moden masa kini. itu tahu akan hakikat meraksi penyakit orang yang sakit itu, serasi dengan diakah atau tiadakah serasi dengan dia. Jikalau tiada serasi dengan dia (dan) tiadalah boleh kita ubati kepada pematah kita. Maka janganlah kita ubati penyakit orang itu; [keranaJ beberapa ubat yang kita bubuh itupun tiada akan sembuh, jadi sia-sia juga. Dan jikalau serasi dengan kita dan boleh pakai pematah kita tatkala ia datang mengubat kita kepadanya, dan kepada penglihatan kita orang yang sakit itupun boleh kita ubati, maka ubatlah. Insya Allah Taala dengan sedikit ubat yang kita beri itu jadi sembuhlah orang itu. Inilah keputusan ilmu tabib" Bab ketiga memuatkan petua-petua umum untuk kesihatan diri. Pengarang manuskrip mengingatkan bahawa pembaca
tinggal atas maadahnya. Barangkali tiada ia bergerak dengan gerak yang tertentu maka jadi tubuhnya jatuh kepada penyakit yang besar. Dan gerak itu dengan gerak sederhana seperti berjalan sesudah makan dan berjalan pada ketika petang hari supaya jadi hangat tubuhnya dan cerna makanan itu. "Bermula yang gerak itu pada ketika khali maadah daripada makanan maka dinamai riadah; bahawa digeraknya dengan gerak perlahan-Iahan seperti berkenderaan di atas kuda jangan ber/ari atau jalan yang derhana atau mengerjakan pekerjaan sesuatu atau membaca Quran dan lainnya. Adapun gerak riadah itu apabila jadi merah tubuh maka keluar peluh pada ketika itu juga kering; itulah gerak riadah. Maka tiada harus bagi manusia bergerak dengan gerak yang sangat yang jadi
ULASAN BUKU
'r
:~'i-
.'-
penyakit yang bersebab daripadanya. Perhatikan petikan di bawah yang menyatakan cara untuk menghilangkan peluh pesakit demam kepialu: "Bab ini ubat kepialu itu yang sangat keluar peluhnya pada tubuh atau pada dadanya seperti embun atau kepada dahinya seperti embun maka sangatlah sejuk tubuhnya dan tiada dapat membukakan matanya dan khalkumnya sangat kering dan sangat sakitnya, jikalau laki-Iaki yang sakit itu adalah sukar mengubati dia, maka ambillah ubatnya akan memadamkan peluhnya itu. Ambit buah kacang botor dan buah karang sekuca maka giling lumat-Iumat jadikan serbuk maka taburkan pada tempat peluhnya itu, afiat. II
Sebagai lagi ubat memadamkan peluhnya itu ambil akar teberau dan daun sembung maka giling lumat-Iumat hancurkan dengan arak atau dengan cuka maka bedakkan pada seluruh tubuhnya, afiat. 8ab keenam membicarakan tentang lain-lain penyakit, terkena dan hidapan. Antara penyakit yang disentuh ialah sakit telinga, sakit mata, sakit gigi, sakit perut, sakit senak, sakit medu, sakit resdung, sa kit kusta, sakit kayap dan sakit puru. 8ab terakhir menyentuh tentang bahan dan khasiatnya dalam perubatan. 8ahan-bahan yang dinyatakan adalah bahan-bahan daripada jenis herba. Keseluruhan teks dalam bab ini merupakan sebahagian daripada pembicaraan dalam Hikayat Nurul Lisan Menjawab Masalah. Penghuraian terperinci bagi khasiat setiap jenis bahan dinyatakan. Misalnya halia untuk menawar racun, menghancurkan lemak, menambahkan ingatan dan menambah selera makan. Demikian juga bawang putih untuk mengubat mati sebelah badan, membuang angin dalam badan, mencerahkan parut, mengeluarkan cacing, membersihkan rahim dan lain-lain.
BICARA ILHArvf~ .,.
Ternan, dan jauh aku melihat tubuhmu, disaluti busana merah yang cukup menawan, yang pastinya, busana itu hasH titik peluhmu sebagai seorang karyawan terbilang yang pernah bergelar cernerlang. Teman, dan jauh aku terlihat wajahmu, wajah ceria yang pernahku lihat; seketika dahulu, sewaktu kita sama-sama menghitung waktu-waktu berlalu, membina angan-angan bersama, meneliti, catatan-catatan sHam; lewat nota-nota yang dengan sengajanya diselitkan di celah-celah lipatan buku. Ternan, kelibat engkaukah itu, atau bayang-bayang mu; yang berselindung di antara susunan-susunan buku dan timbunan fail-fail dokumentasi sesekali menggamit memonku; sewaktu kita sarna..sarna mengadun mimpi; 'Ilali.mlKlU
segala lcenangan lalu,
Teman, wajah engkaukah itu yang tersembunyi di celah-celah gunung dan bukit-bukit kennduan; yang sesekali, meminta aku untuk beraksi di gelanggang seluas ini; untuk kali yang ke berapa, aku sendiri tidak mampu mengingati. Ternan, sesekali ingin juga aku untuk menjadi seperti dinmu yang penuh kenangan; tanpa mernikirkan kemampuan dan keadaan dirimu. Teman, be tapa teringinnya aku untuk kembali seperti dahulu mengutip siput-siput yang terdampar di pantai; sambil berlari dengan penuh keriangan; membelah gigi ombak yang memukul pantai. Teman, bagaimana keadaanmu sekarang, tanpa meninggalkan pesan engkau pergi bagaikan tidak sudi untuk kembali lagi; sehinggakan aku terkapai-kapai dalam ombak kerinduan.
Ternan, kinm salamku kepada teman-teman mu; katakan kepada mereka, pastinya alcan tun&n dari langit "_ICIIJaca:~IGRIIm~ya, tanpa Tasa jemu;