MP 1998 Jilid 8

Page 1

Jilid 8 Oktober 1998 (JSSN: 0128-1461)

"Memelihara Warisan Memupuk Wawasan"

Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka KUALA LUMPUR.

OirtlJlk olrh PI S '\1 . "01 OS I \ I IIDP



Kandungan

-&JJ:~tt.l

2

..OeAgenalan-

cD Perpu~c'

r-n,LT

(q~

3

J)Ief\~Rustam

/I JI

Dmri Pustakawan

rJ ~HtrJ

J/

* Simposi~~~'Elektronik * sym~ IF~ Kawalan Bibliografi vBengkel MS ISO ,. f\J ktv '::J

)

7 11 14

..~

17

~

20

f"-' ~kt- .\' lL~/ Sidang Editor PeAasihat: Editor:

Pentadbiran:

~ . ,

~aSittah

\,...--/

~

~

Raja Raja Fatimah Zahrin Mohd. Taib Ritah Yahaya Zuhara: Jamaluddin

Sidang Editor berhak membuat penyuntingan ke atas karya Yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang tersiar adalah pandangan penyumbang dan bukan pendapat Sidang Editor.

flI

(J{v,-<- \ .

~_"L~' L~ ~


PENGENALAN

M

utiara Pustaka (MP) merupakan buJetin Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) yang telah September 1988.

mula diusahakan penerbitannya pada

bulan

.M P memuatkan makalah-makaJah khusus dalam

bidang kepustakawanan, di sam ping bidang lair. yang berkaitan dengan bidang utamanya. Pada peringkat awal, MP diterbitkan pada setiap tiga bulan dan kekerapan ini berubah pada tahun 1995, iaitu sekaJi dalam setahun.

Selain mengemukakan makfumat semasa dan berita terkini tentang perkembangan PDM, MP memberi peluang kepada para pustakawan mengemukakan idea dan pandangan tentang PDM, di samping mengasah bakat penulisan.

Para penulis

undangan MP turut menyumbangkan makalah yang mencabar yang berhubung kait dengan PDM. Terima kasih kepada mereka.

Keluaran terkini MP, Jilid 8, 1998 telah mengorak selangkah ke hadapan dengan penyebaran maklumat dan makalahnya melalui Laman DBP yang mengizinkan lebih ramai kha!ayak mengaksesnya, dan "Selamat membaca".

2


.,

.'

, ,.'" ,

PERPUSTAKAAN TERCINTA (Teks uca.pan Ketua PDM di Perhimpunan BuJanan DBP pada 6 Oktober 1997)

S

esiapa sahaja yang pemah melangkah masuk ke Perpustakaan Universiti Malaya pasti melihat sajak PERPUSTAKAAN karya sasterawan negara Usman Awang yang terpampang di dinding perpustakaan tersebut.

Perpustakaan tercinta ini, pelabuhan kebudayaan peradaban zaman, gedung aka/ /aut bicara manusia, muffasa peiJdeta tasik pujangga, kota kebenaran penaung kebebasan ucap suara,

Dari ruang ini bersinar keagungan pemikiran, menghayati tefuk-liku zaman demi zaman, tanpa prasangka apa tanpa batas benua, kekaJ bersama angin yang mengusapi, abadi bersama /angit yang memayungi, dikeramatkan untuk anda menghirup segaJa. Di perpustakaan tercinta ini.

Sajak tersebut dan !agu DBP telah menguatkan iltizam saya dan anak-anak buah saya di PDM untuk terus memelihara warisan persuratan keagungan pemikiran para sasterawan dan ilmuan kita, dan terus memupuk wawasan untuk generasi muda kita.

Perpustakaan, pusat sumber, pusat dokumentasi .. . hanya namanya yang berbeza, te1api fungsi utamanya tetap sama, iaitu menyediakan bahan bacaan dan

rujukan untuk keperluan minda kita sebagai karyawan dalam organisasi ilmu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.

3


Para

pejuang

bahasa

dan

kesusasteraan

kebangsaan

sebelum

kita,

sesungguhnya mempunyai pandangan jauh terutamanya apabila mereka mewujudkan sebuah perpustakaan yang seiring dengan bahagian-bahagian penting di DBP. Kini, sungguhpun struktur organisasi DBP sering berubah, namun perpustakaan kita masih teguh di bawah Jabatan Ketua Pengarah.

Yang berubah hanyalah nama. Yang bertambah ialah beban kerja. Yang perlu diubah ialah sikap kita.

Kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran menjelang alaf baru. Pusat Dokumentasi Melayu khususnya sedang berada dafam sekitaran yang cepat sekafi berubah. Dari sekitaran media cetak kepada media efektronik; dari fungsi simpanan (custodian) kepada fungsi akses (koleksi terbuka); dari perkhidmatan percuma kepada perkhidmatan berbayar; mempunyai saingan baru; berhadapan dengan keperfuan pengguna baru; dan menghadapi peruntukan kewangan yang semakin kecil, tenaga kerja bermutu yang semakin kurang; dan ruang koleksi yang semakin sempit.

Dafam suasana yang sedang berubah ini, para pustakawan perlu be/ajar semula menangani maklumat dalam bentuk yang berlainan, perlu mempunyai kemahiran pelbagai untuk mengurus maklumat yang semakin banyak dan perfu menyenggara khazanah ilmu ini dengan penuh rasa tanggungjawab.

Untuk itu, struktur PDM telah disusun semu/a dengan mengambif kira ciri-ciri yang berikut:

•

organik

•

fleksibel

4


•

menuntut kemahiran pel<e~a

pelbag~i

daripada tenaga pekerja:

Setiap

mengurus dirinya sendiri dan projeknya, dan menggunakan

kuasa yang diberi (empowerment) dengan bijak merentas fungsi.

Corak pengurusan tUM berubah, daripada perintah dan kawal (command and control) . kepada 'pemudahan, tunjuk ajar dan penyelarasan' {facilit2ting, coaching and coordinating).

Ciri-ciri tersebut berhubung rapat dengan. tuntutan kawalan mutu

(TOM), iaitu memberi folrus kepada pelanggan atau pengguna, dan menyelaras semua proses teknik.

DaJam sekitaran baru ini, tidak ada tempat bagi mereka yang tidak boleh menyesuaikan diri bekerja dalam satu kumpulan; tidak ada tempat bagi mereka yang tidak bersedia untuk

~a

kuat meningkatkan produktMti; tidak ada tempat bagi

mereka yang tidal< roempunyai keyakinan diri; tidak ada tempat bagi mereka yang tidak bersedia urrtuk memperoleh ilmu dan kemahiran terkini; tidak ada tempat bagi mereka yang tidak cergas dan proaktif; tidak ada tempat bagi mereka yang tidak menghayati visi dan misi yang telah dipersetujui untuk mencapai matlamat yang sama dan demikianlah seterusnya dan seterusnya.

Apalah gunanya gedung ilmu ini sekiranya tidak ada pelanggan atau pembacanya?

PDM telah mengatur strategi untuk menctapatkan ramai pengguna.

Tetapi, jumlah yang besar sahaja bukanlah kayu ukuran yang baik. Yang lebih penting

ialah dapat menarik pengguna yang berkualiti yang tahu menghayati perkhidmatan yang disediakan.

Malah, yang amat penting lagi ialah warga DBP sendiri tahu

menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan. . . Janganiah kita terlalu ghairah untuk mengatakan bahawa semua maklumat dan ilmu I:x>leh diperoleh dengan hanya menekan butang komputer di bilik kita. Yang akan ~

dapat melalui komputer ialah maklumat Kita masih perlu melangkah masuk ke

perpustakaan untuk meneroka sumber i1mu yang begitu banyak

5


Bagi seorang pustakawan, apa ya~g Jebih menggembirakan iaJah adanya warga DBP yang telah menemui buku-buku yang menarik apabila mereka sendiri datang ke PDM. Saya sungguh gembira apabila Sdr. Rahman Yusof, Sdr. Ariffin (Audit), Tuan Haji Abu Bakar dan pengguna setia PDM, Sdr. Jaafar Rahim memberitahu saya bahawa ukita mempunyai judul-judul buku yang hebat belaka dalam koleksi

~

di

OBP."

Kita boleh menyenaraikan pelbagai sebab mengapa berat sungguh kaki kita hendak ke perpustakaan atau ke POM.

Silalah baca laporan kaji selidik Profil

Pembaca yang baru diterbitkan.

Sesungguhnya amat sukar untuk kita hendak menerima kritikan diri ini; tetapi hakikatnya ialah kita tidak mempunyai tradisi membaca yang kuat. Maka itu kita¡ tidak suka membaca, tidal< mencintai ilmu. Lihatlah sahaja betapa keCilnya ruang POM kita. Oi bangunan yang baru nanti, ruangnya juga tidak seberapa

Akhir kata, saya bagi pihak warga POM ingin mengajak kita semua merenung kembali sajak Usman Awang tadi, semoga terbuka minda kita untuk menghadapi alaf baru. Agar kita dapat mengatasi jerebu alam sekitar dan jerebu minda kita!

Rohani Rustam

6


Dian Pustakawan

SIMPOSIUM KEBANGSAAN KERAJAAN ELEKTRONIK

S

imposium ini telah berlangsung selama dua (2) hari iaitu dari 18 hingga 19 Disember 1997 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Tujuan

simposium ialah untuk memberi kefahaman kepada ketua-ketua agensi

Kerajaan dan pihak yang berkaitan tentang wawasan, konsep, rasienal dan strategi perancangan. dan pelaksanaan Kerajaan Elektronik dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, . di

samping memberi peluang kepada para peserta

bertukar-tukar

pengalaman dengan agansi-agensi yang telah melaksanakan Kerajaan Elektrenik dari dalam dan luar

negara:.

Kerajaan Elektronik merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana untuk pembangunan pantas Kerider Raya Multimedia (MSC) selain Teleperubatan, Sekelah Bestari, Kad Pelbagai guna: Kelempok R&D, Rangkaian Perusahaan Sedunia dan Pusat Pasaran Tanpa Sempadan. Kerajaan Elektronik dijangka menjadi

~mangkin

kepada kejayaan Kerider Raya Multimedia dan ia memerlukan persepakatan antara anggota Kerajaan, syarikat swasta dan erang awam ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020 . Kerajaan Elektronik dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Usaha

permulaan, lima aplikasi telah dipilih sebagai projek perintis, iaitu:

Pejabat

Perclana

Menteri

'Generic

Office

Envirenmยง!nt',

Sistem

Pemantauan Projek, Sistem Maklumat Pengurusan SlJmber Manusia, Perolehan Kerajaan Secara Elektronik, dan Pendaftaran Kenderaan dan Lesen Memandu, Perkhidmatan Saman, Pembayaran utiliti Secara Elektronik dan Sistem Maklumat Secara Dalam Talian Kementerian Kesihatan.

7


Konsep Kerajaan Elektronik sec:lang diterapkan pada semua peringkat agensi Kerajaan. Agensi kerajaan perlu membuat perancangan teliti dalam melaksanakan Kerajaan EJektronik supaya.selaras dengan kerja harian pejabat. Arrtara cabaran yang bakal dihadapi dalam pelaksanaarr- Keraj~an Elektronik ialah:

Perubahan sikap semua pegawai yang terlibat dengan teknoJogi maklumat.

Mereka tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab

pelaksanaan jabatannya kepada pakar-pakar.

Ketua Jabatan harus mengambil inisiatif dan bersedia melakukan anjakan paradigma.

Sumber

kewangan

yang

terhad

dan

kekangan

belanjawan

memerlukan kerajaan negeri melaksanakan penggunaan IT secara berperingkat. -peringkat.

Mewujudkan infrastruktur maklumat bersepadu dalam Kerajaan untuk membolehkan anggota kerajaan mencapai maklumat secara terus antara agensi.

Perubahan pada struktur hirarki dan bentuk hubungan dalam . organisasi membolehkan individu dalam organisasi berhubung terus tanpa mementingkan kedudukan dan pang kat.

Agensi Kerajaan harus membuka ruang agar pengguna awam mudah mendapat maklumat dan bantuan daripada agensi tanpa karenah birokrasi yang·ketenaluan.

8


Sebanyak 17 kertas kerja telah dibentangkan.

Beberapa cadangan penting

telah dikemukakan oIeh pembentang dan peserta simposium. Antara yang penting ialah:

•

YAB Datuk Sen Dr.

Mahathir Mohamad

ketika

merasmikan

simposium telah mencadangkan penubuhan sebuah badan induk untuk menggubal wawasan dan strategi yang lebih bersepadu bagi . pembangunan teknologi maklumat di agensi-agensi kerajaan. Majlis yang dikenali sebagai Majlis IT dan Intemet Kerajaan (MITIK) akan bertanggungjawab membuat susulan

pelaksanaan

dasar dan

strategi IT negara. 8eliau tUM menyarankan supaya semua agensi kerajaan meml:?ina laman masing-masing sebelum tahun 2000, bagi menjayakan sistem maklumat rasmi kerajaan yang berfungsi melalui internet. Dalam hal ini, DBP harus berbangga kerana merupakan salah satu agensi yang mendahului agensi-agensi kerajaan yang lain dalam pembinaan laman web.

•

Agensi-agensi kerajaan harus membuat pembaharuan tentang pendekatan mereka terhadap penggunaan teknologi r:naklumat. Komitmen semua ketua jabatan, pengurusan tinggi dan kakitangan serta perubahan struktur amat per1u dilaksanakan.

•

Mewujudkan jawatan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) yang akan bertanggungjawab menggalakkan para pekerja dalam organisasinya menggunakan dan berkongsi maklumat, serta memastikan seluruh staf menerapkan din kepada teknologi Kerajaan Eleldronik.

CIO

mestilah terdiri daripada eksekutif kanan di peringkat,gred 1.

•

Institusi

latihan

awam dan

swasta

harus

bergabung

untuk

mewujudkan peluang latihan melalui suasana perkongsian yang bijak.

Memandangkan INTAN tidak mampu menyediakan waktu

latihan yang mencukupi, kerajaan perlu mempertimbangkan supaya

9


peluang latihan tUM dilaksanakan di koIej dan institusi latihan

swasta. Sebagai usaha permuiaan, lebih daripada 130,000 orang pegawai kerajaan dan kakitangan pelbagai peringkat

perlu diberi

latihan sehingga tahun 2000. Penggunaan teknologi maklumat terkini sahaja tidak memadai tanpa komitmen daripada pihak pengurusan tinggi dan penerimaan daripada semua anggota perkhidmatan awam dalam keputusan membuat perubahan. Simposium ini diharapkan berjaya memberi pemahaman kepada pihak-pihak yang terlibat daJam usaha membentuk Kerajaan Elektronik di Malaysia. Nihayah bt. Ebni Hajar.

Indeks l\1ajalah DBP 1997

S

esiapa yang berminat untuk memiIiki indeks rriajaJah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Jumai Dewan -Bahasa, dan Pelita Ba hasa bagi tahun 1997 bolehlah menghubungi Pusat Dokumentasi MeJayu, Dewan Bahasa dan Pustaka di a1amatseperti yang berikut:

Pusat -Do1annentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Sila sertakan sampul stnat beralamat senc;liri dan setem 30 sen.

10


Diari Pustalcawan

Seminar IFLAlUBCIM: Kawalan Bibliografi

S

eminar serantau di peringkat Asia Tenggara ini telah berlangsung dari 9 hingga 10 Mac 1998 anjuran IFLA melalui UBCI M (Universal Bibliographic Control and Intemational MARC, merupakan satu daripada lima program

dasar IFLA selain Universal Availability of Publications; Preservation and Conservation; Universal Dataflow and Telecom) dan ALP (Advancement of Librarianship in the 3rd. World). Objektif seminar ialah untuk memberi peluangkepada semua karyawan yang terlibat dalam bidang sains perpustakaan dan makluniat untuk bertemu, berbincang dan bertukar idea

kh~sus

tentang isu pengawalan bibliografi.

Melalui pendedahan

maklumat berkenaan, diharapkan usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini akan dapat memenuhi keperluan serta matlamat IFLA sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bertanggung jawab menangani hal-hal berkaitan maklumat, pendokumentasian dan aOOb.

dengan

Jelasnya, melalui seminar ini pihak IFLA

melalui UBCIM dan ALP akan memperoleh input terutamanya tentang perkembangan terkini aktiviti pengawalan bibliografi di rantau ini. Selain promosi tentang kerjasama sumber bibliografi melalui pembangunan 'standards' dapat di ketengahkan, ia digunakan juga sebagai wahana menyebarkan maklumat pelbagai kegiatan dan program IFLA

liga orang wakil IFLA sebagai pembentang kertas telah

menjelaskan latar

belakang, program ser:ta kegiatan IFLA di Asia Tenggara dan di seluruh dunia. Pembentangan kertas kerja daripada setiap negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Seterusnya oleh wakil.

Kertas kerja tersebut memberi tumpuan

perbincangan tentang latar belakang institusi dan bertanggungjawabnya terhadap pengawalan bibliografi; penerbitan bibliografi, kesediaan pangkalan data, standard yang digunalcan, rangkaian kerjasama, sistem komputer yang digunakan, dan pemasalahan serta prospek institusi berkenaan.

11


Antara isu dan permasaJahan ketara yang dihadapi oleh setiap negara berkenaan daJam usaha menangani pengawalan bibliografi ialah:

Judul dalam koleksi tidak komprehensif kerana pelaksanaan akta penyerahan bahan ttdak berkesan dan definisi 'hasil penerbitan' terutamanya dalam era teknologi rnasih belum jelas.

Masalah bahasa dan bentuk tulisan (selain bertulisan roman) contohnya Jawi, Cina, Tamil, dll. suitt untuk diinput ke dalam sistem untuk penerbitan bibliografi kerana masih belum ada lagi perisian . yang mampu

Format

dan

~erjasc!ma

m~nangani

rnasalah ini.

standard bibliografi tidak selaras dan menyulitkan

pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Pertindihan tugas antara organisasi-organisasi yang mengusahakan subjek yang sarna.

Kekurangan infrastruktur dan komunikasi yang menjadi halangan kepada usaha pengumpulan bibliografi, contohnya di Indonesia, Filipina, dll.

Selain di atas, perbincangan dan perhatian ditumpukan terhadap tiga isu yang berkaitan iaitu: •

Pengalaman beberapa buah institusi di Malaysia dalam usaha menangani bahanlkoleksi bertU/isan jawi.

Pe~nan

agensi Pengawalan Bibliograft (NBA) secara umum,

disampaikan oleh Ms. Ingrid Parent (IFLA).

12


•

Demonstrasi sepintas lalu Unimarc (Format Universal MARC yang boleh menerima sebarang rekod daripada pelbagai MARC melalui sistem 'Tagging' - codes dan block.

Seminar ini telah banyak memberikan makluman dan pencledahan tentang isu pengawal.an bibliografi.

Persoalannya "adakah pengawalan bibliografi ini masih"

perlu diteruskan?". Jawapannya, perlu dan penting l<erana kOleksi bibliografi yang lengl<ap mencerminkan keintelektualan sesuatu bangsa dan negara.

Che Ros Rahim.

A

DAKAH anda seorang penulis. penter;emah. penyunting? Keterangan " peribadi anda amat kami perlukan untuk dimasukkan ke dalam Direktori Penulis Malaysia Edisi ke-2. yang dijangka diterbitkan pada 22 Jun 1999 bersempena dengan ulang tabun penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ke-43. " Sila dapatkan borang maklumat peribadi daripada: Sdr. Idros Samsudin. Pusat ~kumentasi Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Peti Surat 10803. 50926 Kuala Lumpur. No. Tel: 24810n - Samb. 157

Sila kembalikan borang yang telah diisi ke alamat yang tersebut di atas untuk. tindakan kami selanjutnya

13


BENGKEL MS ISO 9000

P

erpustakaan UUM merupakan perpustakaan yang pertama di Malaysia yang telah dianugerahi siji! MS ISO 9002 oIeh SIRIM pada 17 Disember 1997. Dengan penganugerahan ini, perpustakaan UUM berhasrat untuk

berkongsi pengalaman dengan perpustakaan-perpustakaan lain tentang kejayaannya mencapai sijil MS ISO 9002. Untuk tujuan ini, satu bengkel telah diadakan di UUM dari 15 hingga 16 Ogos 1998 yang dihadiri oleh 25 orang peserta dari perpustakaanperpustakaan di Malaysia. Objektif utama bengkel ini ialah: •

Usaha ke arah mewujudkan satu sistem kualiti yang terancang dalam organisas; khususnya perpustakaan mela/ui pelaksanaan sistem kualiti yang berasaskan standard MS /509000.

Mengetahui dan memahami prinsip asas dan elemen-elemen ISO.

Mendokumentasikan sistem kualiti perpustakaan berasaskan standard MS 1509000.

Apakah yang boleh dipelajari?

Prinsip asas dalam ISO dan pengalaman yang dihadapi dan dilalui sepanjang penyediaan dokumen Manual Kualiti Perpustakaan UUM.

20 elemen ISO yang harus diketahui dan difahami secara mendalam dan elemen-elemen tertentu yang sesuai dan

diterima guna

dalam

proses

perkhidmatan sesebuah perpustakaan. •

Kaedah .dan cara mendokumentasikan sistem kualiti yang mengambil kira 20 keperluanlelemen

ISO 9000.

Pendokumentasian dokumen kualiti perlu

14


memasukkan atau mengaitkan elemen-elemen yang berkaitan dan diturunkan secara

sistematik

untuk

menghasilkan

satu

manual

kualiti

sesebuah

perpustakaan.

care

penyediaan manual kualiti, prosedur kualiti, arahan kerja dan dokumen-

dokumen sokongan yang bencaitan oIeh pustakawan perolehal'l. pustakawan serial, pustakawan pemerosesan teknik, pustakawan rujukan,

pustakawan

perkhidmatan, . pustakawan automasi, dan pegawai tadbir yang mengetuai unit pentadbiran perpustakaan. •

MeI~

sambil belajar ke bahagian-bahagian tertentu di Perpustakaan UUM

untuk melihat secara dekat bagaimana penyelenggaraan tugas dilaksanakan mengikut MS 160 9000 yang telah didokumentasikan.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan MS ISO 9000 •

Komitmen daripada semua stat perpustakaan:

Konsep ISO 9000 dan

kepentingan serta faedahnya perlu diketahui secara mendalam bukan sahaja di kaJangan pustakawan mala han semua stat sokongan. •

Setiap

stat sokongan mestilah berusaha mengambil tahu dan memahaminya

melalui latihan dan pimpinan daripada pengurus masing-masing supaya mereka tahu apakah peranan dan di manakah mereka dalam pelaksanaan MS ISO 9000. cadangan •

Para pustakawan harus diberi kesempatan menghadiri bengkel seperti ini untuk

mendapatkan penghayatan yang lebih jelas khususnya dalam bidang tugas masing-masing.

15


Kesimpulan

Bengkel MS ISO 9000 ini berjaya mencapai objektifnya untuk berkongsi pengalaman dengan para peserta bengkel tentang memahami prinsip-prinsip asas ISO dan penerangan elemen-elemennya; dan kaedah yang betul mendokumentasikan sistem kualiti berasaskan standard MS ISO 9000 bagi mewujudkan satu sistem kualiti yang terancang di perpustakaan.

Hasil bengkel amat jelas. panduan dan

Peserta yang baru dalam bidang ini mendapat

bimbingan yang menggalakkan sementara peserta yang telah

mempunyai asas dalam bidang ini akan

bertambah jelas terutama dalam proses

penerapan 20 elemen dan pendokumentasian sistem kualiti perpustakaan.

Raja Masittah Raja Ariffin

16


Buku dan Pembacaan

Judul

Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey

Penyusun

Dr. Mat Jizat Abdol (Universiti Teknologi MalaySia)

Penerbit

DBP (1995)

Pengulas

. Idros Samsudin

Buku Sistem PengeJasan PerpuJuhan

Dewey

memuatkan bahan tentang sistem

pengelasan yang digunakan di puSat-pusat sumber. Bahan yang dimuatkan ke dalam buku ini disampaikaJ1 dengan jelas dan mudah difahami oleh semua golongan, bermula daripada_konsep asas sistem pengelasan yang telah digunakan oleh manusia dari zamari¡ AriStotle hingga ke penggunaan Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey yang digunakan pada masa kini.

Buku ini mengesyori<an dua cara mengelaskan sesebuah buku. Pendekatan pertama menggunakan kod Senarai Pengelasan Perpuluhan Dewey iaitu daripada proses ringkasan pertama, ringkasan kedua dan ringkasan ketiga yang telah disenaraikan untuk digunakan di pusat sumber. Pendekatan Aktif.

Pendekatan

Pendekatan sedemikian dinamakan

kedua dinamakan Pendekatan

Pasif dengan

menggunakan Senarai Tajuk Perkara dan kod Senarai Pengelasan Perpuluhan Dewey ketika mencari suatu ked pengelasan untuk sesebuah buku.

Buku ini juga dilengkapkan dengan beberapa arahan _dan panduan cara memproses sesebuah buku dengan memilih ked pengelasan yang tersedia itu. Malahan: ia menjadi teras kandungan buku ini. Penyusun mengasaskan arahan dan

cara

proses pengelasan yang terdapat dalam buku ini pada ked pengelasan yang

tersenarai dalam Senarai Ringkas Sistem PengeJasan Perpuluhan Dewey (terbitan

17


Dewan Bahasa dan Pustaka) dan Dewey Decimal C/assiffication edisi yang ke-19 dan ke-20 karya Forest Press.

Buku ini dibahagikan kepada enam bab. Pecahan-pecahan bab ialah: Bab I

Pengelasan: Definisi dan Falsafahnya

Bab II

Prinsip-prinsip Asas Pengelasan

Bab III :

Notasi

BablV:

Panduan Pengelasan bahan

BabV:

Struktur Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey

BabVI:

Unit Pembahagian

Sebagai tambahan terhadap persoalan yang dibincangkan, penulis turut memuatkan biodata Melville Louis Kossuth Dewey, pengasas¡ Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey.

Persoalan penting buku ini termuat dalam bab VI, (Unit Pembahagian). Jenis unit pembahagian yang disentuh ialah: i)

Unit pembahagian berbentuk sama

ii)

Unit pembahagian taburan tempat

iii)

Unit pembahagian kesusasteraan

iv)

Unit pembahagian bahasa individu

v)

Unit pembahagian etnik dan wangsa

vi)

Unit pembahagian bahasa untuk bangsa

vii)

Unit pembahagian orang dan lapangannya

Setiap jenis unit pembahagian ini mempunyai perkara sekunder pad a setiap unit yang tertentu. Unit-unit ini tidak ada persamaan antara satu dengan yang lain. la berdiri di atas identitinya tersendiri. Unit ini tidak boleh digunakan bersendirian untuk menjelaskan sesuatu perkara dan bentuk sesebuah bahan.

lazimnya nombor kelas

utama akan digabungkan dengan nombor unit pembahagian ini untuk menjelaskan perkara sesuatu bahan.

18


Raganathan S. R menamakan unit pembahagian ini sebagai common iso/ate. Pembahagian ini terdiri danpada unit-unit kecil yang terdapat dalam struktur pengetahuan. Unit-unit kecil ini menggantikari istilah atau angka yang sama dalam memberi nombor kod pengelasan pada sesuatu perkara.

Kandungan buku ini disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh semua golongan; bermula daripada konsep asas sistem pengelasan yang telah digunakan oleh manusia dari zaman Aristotle sehingga kepada penggunaan Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey yang digunakan pada masa ini.

DEWEY

19


LAWATAN KE PDM

ari Ogos 1997 sehingga September 1998 PDM telah

D

menerima 127 orang peIawat yang terdiri daripada

para peJajar dan' penye/idik tempatan dan luar

negara, iaitu dari Jepun, Amerika Syarikat, Indonesia, Austr.ciIia da"n

Botswana.

SUDAHIWt ANnA MENMDI AHu? Sumber llIjukan dan maklumat peoting daIam sesuaIU pcnyclidikan. Tanpanya, penyclidilam tidak sempuma. Satu-sallmya institusi yang dapat menyediakan maJdumat bahasa. sastera dan budaya Melayu dalam bagai SUDlber ia1ah

PUSAT DOKUMENTASf MELA\1J DBP

Kini, PUSAT DOKUMENTASI MELAYU (PDM) telah memperkenalkan SKIM KEAHLIAN kepada orang ramai (18 tahun ke atas) khususnya penyelidik dalam bidang bahasa, sastera, budaya Melayu dan disiplin yang berkaitan. Kini, PDM turut menawarkan keahlian korporat bagi institusi yang berminat. Untuk keterangan lanjut, sudilah menghubungi :

Unit Khidmat Pengguna Tel Faks e-mail :

03-2481011 samb. 153/154 03-2482249 03-2442081 khidmat@dbp.goy.my .

Anda boleh mendaftar terus dalam talian melalui Laman DBP pada lokasi: http://dbp.gov.my/ahli.htm Pusat Dokumentasi MeJayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-2481011; Faks: 03-2442081; e-mail: khidmat@dbp.gov.my . masittah@dbp.gov.my



C\x:uTech 135

PUSAT FOTOSTAT DEWAl\,' BAHASA DAN PUSTAKA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.