MutiaN Buletin Perpustakaan DBP
Bil. 2, Jilid 1, Jan/Feb/Mac 1989
ISSN: 0128-1461
KOLEKSI FOTO BAHASA DAN KESUSASTERAAN KEBANGSAAN ... Gambar tidak sekadar menyimpan kenangan masa silam!
G
A MBA R tidak sekadar menyimpan kenangan masa lalu atau potret keindahan alam. Gambar menjadi aksi pada setiap perubahan sosio-budaya masyarakat. Gambar yang merakamkan sesuatu peristiwa penting akan menjadi rujukan para sarjana di masa akan datang. (Bersambung ke m .s. 20 )
Antara Kandungan
eMinat membaca dan pembangunan buku - 2 ePerpustakaan DBP sebagai sumber ilmu - 4 eUlasan buku - 6 ePameran sepanjang 1988 - 10 eKe arah pemantapan koleksi Bahasa dan Sastera Melayu-12 eBibliografi sumber ilmu - 13
MUTIARA PUSTAKA
Minat Membaca dan Pembangunan Buku Rohani Rustam
Usaha penerbitan buku akan menjadi sia-sia sekiranya tidak ada pembaca. Untuk itu, minat membaca harus ada. Menyedari akan hakikat tersebut maka, Asian Cultural Centre for Unesco (ACCU) yang terletak di Tokyo, telah menganjurkan Kursus Galakan Minat Membaca di dalam konteks pembangunan buku. Inilah kali pertama kursus yang membincangkan permasalahan tentang Minat Membaca diadakan, sungguhpun ACCU telah mengadakan kursus di dalam bidang penerbitan pada tiaptiap tahun sejak tahun 1967. Kursus Galakan Minat Membaca ini telah berlangsung dari 13 sehingga 31 Oktober 1988. Seramai 22 peserta dari 17 buah negara rantau AsiaPasifik telah mengikuti kursus tersebut. Para peserta terdiri daripada pustakawan, pendidik, penulis dan penerbit. J"ujuan utama kursus ialah untuk menemukan mereka yang sedang aktif di dalam kegiatan galakan membap untuk bertukartukar pendapat serta pengalaman yang dialami di dalam negara masingmasing dalam usaha meningkatkan minat membaca, di samping mengutarakan cadangan untuk mendorong masyarakat agar suka membaca. Sebagai permulaan, kursus ini menumpukan perhatian kepada golongan kanak-kanak iaitu, menyemaikan minat membaca di kalangan kanak,kanak. Para penceramah yang telah diundang oleh pihak penganjur merupakan pakar di negeri Jepun yang telah lama berkecimpung di dalam bidang masing-masing. Pada amnya, ceramah-ceramah yang diadakan menyentuh tiga topik utama iaitu, bahan bacaan untuk
Kanak-kanak sedang mendengar kamishibai di perpustakaan mini, Pusat Kesihatan. Nerima-ku.
kanak-kanak, cara-cara mengenalkan buku kepada kanak-kanak dan peranan perpustakaan dalam usaha galakan membaca. Dr. Satoshi Kako, pakar di dalam bidang budaya kanakkanak telah berceramah tentang Budaya Kanak-kanak dan Ciptaan Buku Bergambar. Beliau menekankan beLapa pentingnya dihasilkan buku yang baleh dibandingkan dengan diri mereka sendiri dan diminati oleh kanak-kanak tanpa memaksakan nilai-nilai orang dewasa di dalam karya tersebut. Dr. Kako sebenarnya ialah seorang jurutera yang telah menghasilkan ban yak buku bergambar untuk kanak-kanak. Beliau sendiri membuat ilustrasi bagi buku-buku beliau. Buku bergambar beliau mempunyai laLar belakang sains seperti menjaga ekologi dsb. Buku bergambar yang terbaru sekali dihasilkannya ber-
dasarkan projek pembinaan empangan air di Jawa, Indonesia. Cerita tersebut menggambarkan pengalaman beliau sebagai pakar runding projek tersebut. Seorang penceramah lagi yang menarik perhatian saya ialah Ms. Matsuoka, pustakawan yang terkenal dalam kegiatan galakan membaca di kalangan kanak-kanak Jepun. Beliau telah menekankan tentang peranan bercerita dan membaca kuat sebagai usaha yang sangat berpengaruh bagi menarik minat membaca kanakkanak . Pustakawan dan ibu bapa di Jepun menggunakan teknik bercerita yang dikenali dengan nama Kamishibai untuk bercerita kepada kanakkanak. Ternyata Kamishibai sangat digemari oleh kanak-kanak di Jepun, sehingga para penerbit di negara Jepun banyak menerbitkan cerita bergambar yang berbentuk Kami-
~
2
Samh . m.s. 8
MUTIARA PUSTAKA
Pembinaan Koleksi Perpustakaan DBP Norma Bachik
Perpustakaan DBP memainkan peranan penting untuk memenuhi harapan DBP mengembalikan statusnya sebagai gedung ilmu, tempat tumpuan kegiatan intelektual dan tempat masyarakat massa membuat rujukan serta mendapatkan bahan dan maklumat ten tang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Salah satu tugas Perpustakaan DBP yang amat penting dan menelan biaya yang besar ialah Pembinaan Koleksi. Perpustakaan DBP menumpukan sebahagian besar tenaga dan perbelanjaannya untuk memperoleh bahanbahan bagi menampung kegiatan organisasi induknya dalam bidang penerbitan, penyelidikan dan latihan. Bahan-bahan diperolehi dalam semua bentuk bahan bercetak seperti monograf, jurnal, terbitan bersiri, mikrofilem, mikrofis, pita video, pita
Sidang Redaksi: Penasihat Editor
Rohani Rustam A. Wahab Hamzah Aizan Mohd. Ali Jurutaip Zaiton Joned Perekaletak : Mazlan Mohamed
M utiara Pustaka diterbitkan setiap tiga bulan sekali oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Peti Surat 10803. 50926 Kuala Lumpur. Dicetak oleh Percetakan Dewan Bahasa dan Pus taka, H ulu Kelang. Selangor Darul Ehsan. Mutiara Pustaka pertama kali terbit pada bulan September 1988.
kaset/ ril. gambar dan sebagainya. Keutamaan diberikan kepada: I. Bahan-bahan yang membicarakan ten tang bahasa dan kesusasteraan Melayu yang dihasilkan di dalam Bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain (Tnggeris, Belanda. Perancis) terbitan dalam atau luar negeri. 2. Terbitan di dalam Bahasa Melayu bagi semua bidang ilmu sesuai untuk peringkat pengajian tinggi. 3. Manuskrip Melayu lama atau salinannya terutamanya sekali ten tang bahasa dan kesusasteraan, yang tersimpan di institusi luar negeri. 4. Bahan-bahan tulisan tangan penulis-penulis tanah air yang terkenal seperti A. Samad Ismail, Usman Awang, Keris Mas dan lain-lain. 5. Skrip drama radio, te\evisyen dan filem. 6. Bahan-bahan rujukan seperti kamus. ensiklopedia, direktori, buku tahunan dan sebagainya yang ada kaitan dengan koleksi utama Perpustakaan dan yang diperlukan untuk projek-projek pengembangan bahasa dan kesusasteraan, penyelidikan, penterjemahan dan penerbitan DBP. 7. Judul-judul terpilih untuk bacaan profesional pegawai-pegawai DBP. Untuk memperoleh bahan-bahan tersebut Perpustakaan tidak dapat bergantung hanya kepada pembekalpembekal tempatan sahaja tetapi terpaksa berusaha membuat lawatan
perolehan ke tempat-tempat yang difikirkan dapat memenuhi keperluan tadi. Satu daripada masalah besar yang dihadapi dalam perolehan bahan-bahan berbahasa Melayu ialah kawalan bibliografi yang kurang memuaskan. Tidak semua penerbit menerbitkan katalog yang boleh membantu pustakawan membuat pemilihan bahan, apatah lagi untuk mengesan bahan-bahan yang retrospektif. Jadi di sinilah kerjasama di antara para penyelidik dan pengguna perpustakaan penting dalam usaha mengesan bahan. Jika penyelidik dan pengguna perpustakaan mempunyai maklumat tentang bahan-bahan yang mereka perlukan. m<!reka bolehlah memberitahu pihak perpustakaan untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Sebenarnya, yang menimbulkan kesukaran ialah apabila penyelidik dan pengguna perpustakaan sendiri tidak mahu memberi maklum balas kepada perpustakaan ten tang bahan-bahan yang mereka perlukan tetapi sebaliknya hanya menyalahkan perpustakaan penyelidikan, kerjasama dan bantuan daripada penyelidik dan pengguna perpustakaan amat diharapkan dalam kerja-kerja pembinaan koleksi ini. Setakat ini Perpustakaan DBP bolehlah berbangga dengan koleksi utamanya dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Kira-kira 75% daripada bahan-bahan dalam koleksi asas atau 'core collection' bagi bidangbidang tersebut ada tersimpan di perpustakaan kita dan perpustakaan masih meningkatkan usaha untuk memperolehi lebih banyak lagi bahanbahan bahasa dan kesusasteraan Melayu terutama yang retrospektif.
3
ML/TIARA peSTAKA
Perpostakaan DBP sebagai Somber lImo Jaafar Abdul Rahim
ARI itu ku rasakan hari yang bahagia bagiku. Apa tidaknya; pagi itu aku menerima telefon daripada Puan Aizan Mohd. Ali, Pegawai Perpustakaan DBP. "Maaf ya, Encik Jaafar, dah siap artikel yang dijanjikan (maksudnya artikel inilah!)" "Belum jawabku". Pukul9 pagi, Puan Rohani Ruslam, Ketu Pustakawan OBP menghadiahi aku sebuah buku berjudul Japanese Literature karya Daniel Keene. Buku ini dibelinya di Jepun sewaktu beliau melawat Jepun. Oh, alangkah bahagianya aku! Puku19.30 pagi aku dihadiahi buku berjudul Part of Speech karya Joseph Brodsky (pemenang Hadiah Nobel 1987) oleh Prof. Muhammad Haji Salleh. Petang yang sarna di kantin OBP aku berbual tentang perkembangan sastera terbaru dengan Johan Jaaffar, Mohammad Oaud Mohammad dan A. Wahab Hamzah (Pegawai Perpustakaan DBP). Rancak sekali perbualan kami. Muncullah rungutan¡ Johan Jaaffar mengapa sastera Melayu tidak boleh me nang Hadiah Nobel. Kami berbual ten tang teori bam pasca-stmkturalisme sert1! muncullah nama Michel Foucault, Jacques Derrida, Roland Barthes, Hirsh, Stanley Fish dan Paul de Mann. Ketiga-tiga peristiwa ini merupakan sebahagian peristiwa hidupku dalam organisasi yang kucintai: DBP. Aku sentiasa mahu bergelumang dengan ilmu. Dan salah satu wahana ilmu bagiku, tidak lain tidak bukan ialah Perpustakaan DBP. Setiap hari ke Perpustakaan. Itu memang gedung ilmu. Teringat aku tatkala peradaban Islam gemilang di Baghdad. Ukurannya ialah buku.
H
4
Jaafar Abd. Rahim. editor DBP.
Dalam Perpustakaan Harun Aminurrashid ada 6 juta koleksi, mungkin sarna banyak dengan koleksi di Library of Congress, Amerika kini! BAGIKU PERPUSTAKAAN DBP MERUPAKAN WAHANA TAMADUN DBP. Tanpa perpustakaan, DBP tidak akan mencapai tamadun. lni bagiku. Bagi orang lain entahlah! Aku rasa rindu kalau tidak ke perpustakaan. Oi sana ku membaca; dalam ertikata mengaut seberapa banyak ilmu yang dapat dimanfaatkan. Aku percaya kata-kata Prof. William James bahawa manusia perlu memanfaatkan sebanyak mungkin kekuatan akalrtya. Apatah lagi buku dan bahan bacaan lain dapat dipinjam. Ini memungkinkan aku menambah ilmu di luar masa
pejabat. Aku terpikat dengan kerjasarna yang diberikan oleh Sdr. Idros, Che Ros, dengan Sdr. A. Wahab Hamzah, dengan Sdr. Nik Aman, dengan Sdr. Hadijah Sani, dengan Sdr. Fatimah Zaharin, dengan Puan Norma, Sdr. Kamariah, Sdr. Wan Salhah, lebih-Iebih lagi dengan Puan Aizan Mohd. Ali. Aku percaya Perpustakaan DBP kemaskini dengan buku daripada berbagai-bagai ragam ilmu terbaru. Ini terbukti dengan buku terbaru yang dimilikinya. Sesuailah dengan cita-cita aku bahawa Perpustakaan OBP sebagai sumber ilmu khususnya bahasa dan sastera. Aku gembira apabila Puan Rohani dan Puan Azian tidak pernah menolak cadanganku untuk membeli bukubuku bam. Agaknya mereka faham hasratku yang mencintai ilmu, bukan untuk kepentingan aku, tetapi untuk kepentingan OBP. Kadang-kadang buku itu aku hendak cepat, tetapi Pegawai Perpustakaan tetap cepat meladeni kehendakku. Padaku inilah sikap yang patut dicontohi. Sikap yang baik itu memudahkan aku dan editor DBP yang lain mempercepatkan kerja. Aku rasa ini di antara sumbangan Perpustakaan OBP yang terbesar. Selanjutnya pada aku, Perpustakaan harus menerima biaya yang lebih besar. Bukan apa-apa, ini soal pembinaan minda. Biaya membina minda hams dibesarkan. Kita hams mensaratkan Perpustakaan DBP. Malah bagiku ruang Perpustakaan OBP harus diperluas untuk memperbanyak bahan bacaan. Mungkin Tuan Haji Jumaat, Ketua Pengarahku dapat memikirkan hal ini dengan serius.
MUTIARA PUSTAKA
Regional Training Course on Information Consolidation Idros Samsudin Kursus 'In/ormation Consolidation" ini telah diadakan di kampus Universiti Osmania, Hyderabad, India pada 14 hingga 22 Mac 1988. Institute of Public Enterprise yang merupakan salah satu institut di bawah Univer iti Osmania, telah mengendalikan kursus 1m. Penaga utama kur u ialah UNESCO. Tujuan utama kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada para pu takawan teknik-teknik 'in/ormation consolidation' supaya segala usaha-usaha pengumpulan dan penyeragaman maklumat yang dijalankan dapat memberi faedah kepada para penyeIidik. Kursus ini dikendalikan dengan tiga kaedah iaitu kuliah, tutorial dan latihan amali.
Shri M .W. Raganathan
8.
In/ormation Analysis lor Decision Support Systems oleh Prof. A. Neelameghan
9.
Computer based information system ill the area 0/ Agriculture art INCRISAT oleh Shri LJ. Haravy
10.
Information Consolidation Services for small scale industries oleh Shri S. Pandurangam
II.
Marketing and Dissemination of Ill/ormation olch Prof. A. Neelameghan
12.
In/ormation Packaging for Mass Media oleh Shri NX. Gopalakrishnan
13.
Planning and Management of In/ormation Consolidation Units oleh Dr. S. Seetharama.
bahagi kepada tiga kategori; pertama penting, kedua sederhana penting dan ketiga tidak penting. Semua maklumat-maklumat ini biar apapun kategorinya harus kita simpan kerana maklumat-maklumat yang kita anggap tidak penting pada suatu masa akan menjadi penting pada masa yang akan datang. Justeru itu pengumpulan maklumat ini perlu dibuat dengan cara yang sistematik supaya mudah diperolehi atau dicari pada masa yang diperlukan. Maklumat-maklumat yang kita terima ini biar dalam bent uk apa sekalipun dapat kita simpan dengan beberapa kaedah laltu indeks, bibliografi, abstrak dan katalog. Sebelum sesuatu maklumat itu kita sebarkan, kita seharusnya terlebih dahulu mengetahui latar belakang pengguna. Latar be\akang ini penting kerana setiap pengguna mempunyai citarasa yang berlainan. Jika kita menyebarkan sesuatu maklumat tanpa menge41hui latar belakang pengguna, ini bermakna kita melakukan pem-
Sepanjang kursus berlangsung, sejumlah 13 kuliah telah diberikan. Kuliah-kuliah tersebut ialah:
'Information Consolidation': keperluan kepada Perpustakaan
I.
Use 0/ Scientific and Technical Information oleh Shri S. Aruynachalam.
Saban hari kita terdedah kepada berbagai maklumat. Maklumat-maklumat yang kita terima biasanya ter-
2.
Technical Writingoleh Shri M.V. Ranganathan
Institute of Public Enterprise dl mana kursus ini dijalankan.
3. 4. 5.
6.
7.
Framell'Ork/or Information Consolidation oleh Dr. S. Seetharama Pre-requisite for information consolidation oleh Dr. S. Seetharama Management In/ormation System: Methodology for Design and Del'elopment oleh Prof. K.N. Gaur Preparation of Information Consolidation Products oleh Dr. S. Seetharama Orientation of Information for audio-visual Presentation oleh
~
Samb. m.s. 8
5
MUTIA RA PUSTA KA
ULASANBUKU BLUST, Robert A. Austronesian Root Theory : An 'Essay on the Limits of Morphology. John Benjamins, 1988. KA T A merupakan unsur bahasa yang paling istimewa, dengan maksud bahawa 'kata' menjadi unsur terbesar dalam bidang kajian fonologi, menduduki tempat terbawah dalam tatatingkat bidang kajian morfologi, dan malah 'kata' boleh menjadi ayat, khususnya dalam ayat transformasi pada bidang kajian sintaksis. Kata adalah unit bahasa yang utuh yang mengandung makna. Seterusnya, kata sendirinya terdiri daripada kata asas atau kata akar yang melalui proses-proses pembetukan kata yang tertentu, seperti pengimbuhan, penggandaan, pengulangan dan sebagainya, dapat menjadi kata terbitan. Jadi, kata sendiri terbahagi kepada dua jenis; kata akar dan kata terbitan . Oi dalam tulisan oleh sarjanasarjana tempatan tentangnya, khususnya ten tang penerbitan kata, istilah kata akar sering disamakan dengan istilah akar kata. Ini mungkin saja jika kita berbincang tentang kata terbitan, kata asas atau kata akar sekaligus menjadi akar kepada kata (terbitan?) tersebut. Namun, ada percubaan untuk membezakannya, misalnya yang dilakukan oleh Ahmad Juhari , (1985) dan Abdullah Jumain (1986). Bagaimanapun, melalui kedua-dua rencana ini, konsep kata akar dan akar kata masih belum begitu jelas; oleh kedua-dua sarjana, kata akar dan akar kata masih seolah-olah sama saja. Oleh hal yang demikian, apabilabuku Austronesian Root Theory: An Essay . on the Limits of Morphology
6
(1988) oleh Robert A. Blust terbit, maka kelihatan bahawa ketaksaan konsep dan kesamaran fahaman tentang akar kata dan kata akar, mungkin mulai menemui cahaya, kerana itulah, yakni akar kata, menjadi ini persoalan yang dikemukakan oleh Blust. Bagaimanapun, sebagai lazimnya pengkajian bahasa yang banyak dibuat kini, Blust semula memegang pengalaman ten tang adanya konsep akar kata dalam bahasa-bahasa rumpun Semitik dan Indo-Europah . Seterusnya, berdasarkan pandangan tentang kesejagatan bahasa maka Blust mencuba mencari-cari unsur akar kata di dalam bahasa rumpun Austronesian. Sebagaimana Lazimnya pada kebanyakan kajian dalam pelbagai subbidang ilmu bahasa untuk Bahasa Melayu khususnya dan untuk bahasa serumpun amnya, Blust berjaya menemukan ciri-ciri yang memenuhi teori' akar kata dalam bahasabahasa rumpun Semitik dan IndoEropah itu di dalam rumpun Bahasa Austronesian . Blust meyebut bahawa teori akar kata ini semula disebut oleh seorang ahli filologi bangsa Belanda, Pijnappel, seawal kurun ke sembilan belas. Pandangan awal ini telah dikembangkan oleh Rensard Brandstetter dalam tahun 1906, yang telah membuat penelitian terhadap akar dan kata dalam bahasa rumpun Indonesia. Bertitik tolak dari sini, Blust Lelah mengkaji beberapa bahasa dalam rumpun Austronesia lalu menemukan banyak persamaan akar bagi bahasa-bahasa yang dikajinya seperti bahasa Bisayan, Bugis, Indonesia , Jawa , Batak Karo, Melayu, Malagasy, Jawa Kuno dan
lain-lain. Lalu, hasil daripada penelitiannya itu, antara lain Blust merumuskan bahawa , pertama-tama akar kata rumpun Austronesia terdiri daripada suku kata binaan KVK (jarang sekali K V) yang tidak ada batasnya pada pengisian kedudukan konsonan dan vokal selain daripada kendala struktur morfem bahasa rumpun ini. Kedua, Blust mengatakan bahawa akar kata mungkin terjadi sebagai bentuk bebas, tapi ini berlaku jika akar itu bersifat onomatopoetik . Ketiga, akar kata sentiasa saja berkedudukan pada suku kata akhir dalam kata dua suku kata ata lebih panjang kecuali apabila akar kata itu berbentuk bebas. Seterusnya, sebagai ciri keempat, Blust mengatakan bahawa tidak semua morfem mengandung akar dan kelima, ada akar yang memperlihatkan pola kelainan vokal yang kelihatannya selari dengan peningkatan semantik dan bukannya fungsi kenahuan. Oi samping itu, Blust juga menemukan bahawa banyak bahasa dalam rumpun Austronesia memperlihatkan unsur yang tidak dapat dipanggil morfem mengikut kayu ukur kriteria pembeza, yang memperlihatkan satu hubungan makna dan bentuk. Oengan hal yang demikian, beliau mencuba menyelesaikan masalah ini dengan membezakan kepada fenomena dan morfem. Seterusnya, setelah mendapat pegangan yang kukuh tentang leori akar kata untuk bahasa rumpun Austronesia, Blust telah memperlihatkan akar-akar itu dengan membuat perbandingan melalui paradigma, di antara satu bahawa dengan yang lain dalam rumpun ini .
Kemudian, beliau telah mengariskan ciri-ciri akar kata bagi bahasa rumpun Austronesia, dengan menggariskan ciri-ciri fonologinya, ciri-ciri semantiknya, diikuti oleh taburan ciriciri akar kata tersebut. Dan tidak ketinggalan, Blust telah juga merumuskan asal kata yang dijadikannya bahan kajian. Bahan kajian beliaulah yang sebenarnya menarik dijadikan sumber rujukan beberapa penentuan seterusnya. Misalnya saja, bahan yang dikumpulkan oleh Blust ini berfaedah jika dapat digunakan bagi pembinaan kamus, kerana teori akar yang dikemukakan Blust, secara langsung pula adalah berdasarkan makna; akar kata dari pelbagai bahasa serum pun itu memperlihatkan persamaan dan atau kelainan makna dengan sedikit ban yak perbezaan bunyi dan lafal. Seterusnya akar kata merumpun mungkin berfaedah jika dapat digembeling untuk pebinaan kata baru khususnya dalam pembentukan istilah. Dengan hal yang demikian, buku kecil yang semula ditulis berasaskan kuliah tentang "batasan morfologi" yang disampaikan di sebuah universiti di Belanda dalam sesei 1981 - 1982 ini. bukan saja menarik dengan' satu persoalan yang khusus dan jarang dibincangkan iaitu ten tang teori akar kata, tetapi juga secara tidak langsungnya dapal membuka pandangan kita terhadap akar "roots" bangsa A ustronesia sendiri.
Zaina/ Abidin Abu Bakar
WALUYO, Herman J. Teori dan apresiasi puisi. Jakarta: Erlangga. 1987. Buku ini merupakan sebuah buku 'Teori Sastera' yang cukup bak. ditulis oleh Herma J. Waluyo, eorang sarjana bahasa dan sastera yang mempunyai pengalaman luas dalam biang pendidikan dan penelitian sastera terutama puisi.
Buku ini mengandungi scbanyak 7 bab dan di dalam setiap bab dibahagikanpula kepada unit-unit kecil yang sistematik dengan berdasarkan perkembangan yang amat jelas. Bab awal membicarakan tentang memahami puisi yang dmulakannya dari mentera, pantun da ;syair, pusi Jawa (Melau), puisi baru, puisi Angkatan 45 dan puisi mutakhir. Oalam bab 2 pula penulis telah membaha'gikan judul penyair dan kenyataan sejarah sebagai pemberi maknapuisi, ini termasuk beberapa aliran di dalam sastera sepeni aliran romantik, realisme, realisme so ial. ekspresionisme, impresionse dan imajis. Ini ditambah pula dengan latar beJakang sosial budaya penyair. Oalam bab 3 pemuda diperkenalkan dengan struktur fizik puisi sebagai met ode pengucapan puisi yang sekaligus menyentuh tentang penyimpangan bahasa dan sintaksis dalam puisi. Bab 4 agak menarik kerana terdapat pembicaraan yang mengaitkan tentang struktur batin puisi itu sendiri. Tni terma uk Kod Hermeneutik, Kod Proairetik. Kod Semantik, Kod Simbohk dan Kod Budaya, kemudian ditambah dengan penganalisaan tentang tema, perasaan, nada dan suasana serta amanat yang terkandung di dalam sesebuah puisi . Oi samping itu penulis telah memberi gambaran tentang berbagai jeni puisi dalam bab berikutnya. Beliau sengaja tidak membahagikan secara kaku penjenisan puisi tersebut, ini di ebabkan penjenisan puisi itu hanya didasarkan atas faktor yang dominan dan tidak bersifat hitam putih dengan perbezaan yang tajam. Sedangkan di dalam Bab 6, banyak sekali terdapat ten tang pembahasaan puisi di samping membahas beberapa kumpulan puisi seperti Po/ret Pemballgllnan da/arn Puisi karya W.S. Rendra . Oi sini meliputi pembicaraan tentang kecenderungan puisi muta.khir Indonesia yang mendeskripsikan berbagai ciri khusus puisi mutakhir Indonesia. Selanjutnya penulis membicarakan penyair dari zaman ke zaman kerana beliau berpandangan bahawa pcm-
baca perlu memahai konsep PUISI secara lengkap dan menyeluruh. Jika seseorang berbicara ten tang puisi Indonesia, maka dengan sendirinya mereka harus ingat kepada para penyairnya mulai dari zaman Muhammad Yamin sampai kepada Eka Budijanta atau penyair yang lebih muda dari Eka. Dengan begitu gambaran ten tang puisi Indonesia tidak hanya sampai zaman Chairil Anwar. Oengan gambaran yang menyeluruh 1m, pembaca akan lebih mudah mencari hubungan antara puisi itu dengan penyair dan kenyataan sejarahnya. Sebagai sebuah buku yang bersifat akademik buku ini telah banyak mendedahkan berbagai fikiran dan pandangan dari hasil penelitian pengarangnya yang cukup peka terhadap perkembangan puisi Indonesia kini. Buku ini bukan saja menggarap persekitaran puisi tetapi ianya juga telah mengheret kita ke dalam alam puisi yang amat kompleks sifatnya. Setiap bab diberikan penghuraian dengan jelas serta contoh-contoh yang menarik sehingga ternyata kesannya kepada kita.
Ahmad Nazri Ahmad Ra:!ali
SUKADA, Made
Pembinaan kritik sastera Indonesia: Masalah sistematika ana/isis struktur fiksi. Bandung: Angkasa. 1987. Kritikan sastera amat subjektif, individu dan mengandungi unsur perasaan dan memerlukan pertimbang~m sikap moral pengkritik. Tni tidak bererti seorang pengktitik itu harus menghsilkan kritikan yang 'sewenang-wenangnya' tanpa proses belajar sebelumnya. Bagi seseorang pengkritik, untuk menulis kritik sastera secara bertanggungjawab memerlukan tingkat kesedaran dan tingkat intelektual yang tinggi. Buku yang ditulis oleh Drs. Made Sukada ini merupakan rujukan yang
â&#x20AC;˘ 7
baik dalam bidang kritikan sastera. Walaupun buku ini nipis. setebal 132 halaman sahaja namun isinya padar dengan pembicaraan ten tang aspekaspek dalam kritikan sastera. Kandungannya merangkumi masalah eksistensi sastera, kaedah empirisme dalam ilmu sastera, pendekatan kepada strukturlisme. pendidikan
semiotik dan perbincangan renrang struktur karya sastera Indonesia . Lampiran-Iampiran yang disertakan dapat membantu pembaca memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai topik-topik yang diperbincangkan . Sumber maklumat yang terdapat di dalam buku ini memaparkan tesis sarjana penulis, nota-nota kuliah dan
juga daripada ceramah yang pernah beliau sampaikan. Buku ini merupakan satu bahan rujukan yang baik dalam bidang ini terutama bagi pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi khususnya dan para pengkritik sastera amnya.
kanak . Lebih kurang 100 orang kanak-kanak di sekitar kawasan perumahan Nerima-ku menjadi ahli Bunko Watanabe yang dibuka dua kali seminggu selama 2-3 jam untuk kanak-kanak membaca dan meminjam buku. Pad a waktu tersebut juga ibu-ibu yang memberikan tenaga sukarela akan membacakan buku cerita kepada kanak-kanak, secara bergilir-gilir. Saya juga berpeluang melawat 'Bunko ' kepunyaan Puan Momoko Ichi, penulis dan penterjemah buku kanak-kanak yang terkenal di Jepun . Beliaulah orang yang pertama mewujudkan Bunko di Jepun. Tidaklah menghairankan Bunko beliau lebih maju dan indah lagi. Kami juga menghadiri Kongres Pustakawan Jepun yang ke-74 yang bertemakan Ke arah Persatuan Setempat Yang Ber-
faedah: Perpustakaan dan Pendidikan Seumur Hidup. Seramai 1,500 pustakawan dari seluruh Jepun menghadiri Kongres tersebut. Pada keseluruhannya, kursus ini sangar bermakna dan menarik . Di sam ping mempelajari isu-isu baru tentang minat membaca para peserta juga dapat bertukar-tukar pendapat. Di daJam usaha mewujudkan minat membaca ini , ternyata Malaysia jauh lebih di hadapan daripada negaranegara Asia Pasifik yang lain (kecuali Korea Selatan dan Jepun). Namun demikian, masih ban yak lagi yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat supaya rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi. Di dalam usaha 1m, perpustakaan memainkan peranan yang amat penting.
Wan Sa/hall Hj. Megat Ahmad
~ Somb . dori m .s. 2 shibai ini. Ms. Matsuoka yang pernah berada di Kuala Lumpur, telah menyatakan bahawa beliau tidak setuju sesi bercerita dipertandingkan dengan menggunakan bermacam alat atau pakaian. Cara ini mewujudkan suasana yang tidak tulen sehingga keindahan kata-kata di dalam cerita itu hilang dan kanak-kanak tidak dapat menghayati keindahan cerita tersebut. Para peserta kursus juga dibawa melawat beberapa perpustakaan. Saya sangat tertarik dengan perpustakaan rumah di kawasan Nerima-ku. Perpustakaan kecil yang dikenali dengan nama Bunko ini terletak di rumah Puan Watanabe. Beliau seorang pekerja sukarela yang telah meluangkan sebuah bilik kecil di rumah beliau sebagai perpustakaan untuk kanak-
~
Somb. dori m.s. 5
baziran kerana maklumat yang kita sediakan tidak tepat atau tidak mencapai kehendak sebenar seseorang pengguna. Justeru itu 'Consolidation Information' perlu dilakukan supaya hubungan dua hala antara pustakawan dengan pengguna dapat dijalinkan dengan erat dan mencapai titik kepuasan yang sebenarnya. Dalam usaha menyebarkan maklumat yang kita kumpulkan, buletin memainkan peranan yang cukup penting. Buletin dapat menggambarkan kepada pengguna segata kegiatankegiatan yang telah dan akan dijalan-
American Resource Centre and Perkan. Tanpa buletin pengguna tidak pustakaan Awam Cawangan Hyderatahu setakat mana maklumat yang bad. relah terkumpul. Selain daripada mengikut kursus ini, peserta-peserta telah berpeluang Satu perkara yang cukup menarik mengunjungi beberapa pusat sumber . daripada kunjungan ini ialah kedan perpustakaan yang terdapat di upayaan mereka menggunakan sistem sekitar kota Hyderabad. Kunjungan komputer. Segala aktivi ti yang mereka ini cukup penting dalam usaha melihat jalankan seperti perolehan, katalog, perlaksanaan 'Consolidation Informa- penyebaran maklumat, pinjaman dan tion' yang telah dipelajari . pengumpu]an data semuanya menggunakan komputer. Tni menunjukkan Pusat sumber dan perpustakaan yang telah dikunjungi ialah Perpustakaan mereka lebih ke hadapan berbanding Osmania Universiti, Muslim S&!ar dengan sistem yang kita ada di PerJung, Perpustakaan British Council , pustakaan DBP.
â&#x20AC;˘ 8
MUTIARA PUSTAKA
Persefahaman Bagi Memperoleh Penerbitan Di Perangkat Kebangsaan Che Ros Rahim Tahukah anda bahawa maklumat yang tcrdapat di merata-rata tempat dan dalam berbagai bentuk di negara kita boleh diperolehi melalui sistem perkongsian maklumat di antara perpustakaan atau pusat maklumat para pengguna yang memerlukan maklumat dalam sesuatu bidang akan mendapat perkhidmatan dan bantuan yang dikehendaki. Oalam bidang kepustakawanan, kerjasarna perkongsian maklumat ini telah lama dilaksanakan. Kemudahan Memperoleh Penerbitan di peringkat kebangsaan ini atau 'National Availability of Publications' (NAP) sebenarnya lahir dari Kemudahan Memperoleh Penerbitan di peringkat antarabangsa (Universal Availability of Publication) yang telah dimajukan oleh IFLA (International Federation of Library Association) pada tahun 1975. Oi peringkat kebangsaan tekanan khusus diberikan kepada Sistem Perbekalan Penerbitan (SPP). Sebelum itu projek ini lebih dikenali dengan istilah Pinjaman-Antara-Perpustakaan. Walaupun istilah ini diubah tetapi pad a prinsip dan perlaksanaannya tidak banyak berbeza. Sejajar dengan penukaran istilah tersebut, satu seminar tentang Kemudahan Memperoleh Penerbitan ini telah diadakan pada 15- 16 lulai 1987 di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur di bawah anjuran Perpu~takaan Negara Malaysia. Di an tara lain, objektif seminar tersebut ialah untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman ten tang konsep 'UAP' dan 'NAP' kerana sebelum ini kerjasama adalah lebih
banyak berbentuk secara tidak rasmi. Oleh itu seminar ini berharap akan dapat persetujuan daripada pesertapeserta bagi melaksanakan sis tern Pembekalan Penerbitan Peringkat Kebangsaan. lenis-jenis bahan penerbitan yang boleh diperolehi melalui sistem ini ialah semua jenis bahan bercetak, grafik, audio, elektronik atau media yang disediakan untuk kegunaan awam. Manakala bahan-bahan yang tergolong'di dalam istilah sulit, terhad atau yang diharamkan tidak termasuk dalam sistem ini. Para pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini boleh berjumpa dengan pegawai yang mengendalikan sistem ini di perpustakaan masingmasing. Penerbitan yang diminta di bawah program ini perlu disediakan secepat mungkin jika memenuhi syarat-syarat eperti tidak melanggar peruntukan konvensyen-konvensyen hakcipta. Oengan itu para pengguna atau perpu takaan pemohon haruslah menyedari syarat-syarat tersebut supaya
tidak timbul rasa tidak puas hati atau saling tuduh menuduh sekiranya perpustakaan pembekal tidak membekalkan bahan-bahan yang diminta. Di sam ping itu institusi-institusi lain yang tidak disebutkan dalam akta tersebut. mengikut Memorandum Persefahaman dalam sis tern Pembekalan Penerbitan ini boleh mendapatkan bahan atau maklumat dengan memohon bantuan melalui Ketua Pengarah Perpustakaan Negara sebagai Pusat Penyelaras sistem ini. Tnstitusi pemohon juga boleh terus memohon kepada perpustakaan pembekal yang akan menjawab permohonan mengikut budibicaranya. Sistem ini amatlah berfaedah kepada masyarakat yang memerlukan maklumat sesuai dengan perkembangan maklumat masakini. Oengan adanya kemudahan tersebut para pengguna akan memperolehi penerbitan tanpa sebarang halangan. Adalah disarankan semua Pusat Maklumat atau perpustakaan di negara ini men and atangani Memorandum Persefahaman tersebllt lIntllk mendapat faedah dari perkhidmatan itu.
Maklumal boleh diperolehi melalui sislem perkongsian niaklumal anlara perpuslakaan.
PAM: SEPANJ
Nik AmOi
AL-F ARUQI: 2 April 1988 Pameran ini diadakan Sempena Majlis Memperingati Allahyarham Profesor Ismail al-Faruqi . Bahan-bahan yang dipamerkan ialah biodata AI-Faruqi, buku-buku hasil tulisan Allahyarham. buku-buku mengenai Allahyarham
dan gambar-gambar kenangan Allahyarham bersama para pelajar yang pernah menuntut dengan beliau. Majlis terse but adalah anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Akademi Sains Islam Malaysia dan telah dirasmikan oleh Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia. SERAJAH DALAM KARY A KREATlF: 16 - 18 Jun 1988 Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed telah melancarkan buku
10
drama berjudul 'Sungai Korok Wan Mat Seman' karya Y .B. Tan Sri Muhammad Zahir Ismail. Bersempena dengan majlis tersebut. perpustakaan telah mengadakan pameran mengenai tokoh tersebut iaitu Wan Mohamad Samano bekas Perdana Menteri Kedah. Antara yang dipamer-
ja di Malaysia. Antara bahan yang dipamerkan ialah gambar-gambar para penulis novel remaja dan hasil karya mereka, carta graf jualan bukubuku remaja Dewan Bahasa dan Pus taka dan maklumat lain ten tang prestasi penerbitan buku remaja Dewan Bahasa dan Pus taka.
kan ialah biodata dan gambar Wan Mohamad Saman serta gambargam bar terusan yang telah berjaya dibina oleh Wan Mohamad Saman dan rakyat Kedah.
HASSAN AHMAD: SUKU ABAD BERSAMA DBP: 13 Ogos 1988
SASTERA REMAJA: PENULTS DAN KARY A: I - 6 Ogos 1988 Pameran ini sempena dengan Minggu Remaja yang dirasmikarr oleh Y.B. Datuk Dr. Yusof Nor. Skop pameran bertumpu kepada peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa Pustaka dalam mengembangkan sa~(era rema-
Sempena dengan Majlis Perpisahan Datuk Hassan Ahmad. Perpustakaan telah mengadakan satu pameran khas mengenai perjuangan dan ketokohan beliau semasa di Dewan Bahasa dan Pustaka . Pameran tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pus taka, Tuan Haji Abdul Rahim Bakar. Antara bahan-bahan yang dipamerkan ialah biodata. gambar-gambar beliau sewaktu mula-mula menjawat jawatan
uRAN (\NG 1988 ik Yussof
L Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Gambar-gambar lain pula menunjukkan penglibatan beliau dalam badan-badan profesional seperti Pengerusi Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK), Pengerusi Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM)
Peranan Datuk dalam hal ini lidak siapa yang dapal menafikannya."
dan beberapa jawatan penting yang lain. Sewaktu majlis perasmian Ketua Pustakawan Puan Rohani Rustam telah memberikan ucapan . "Bukanlah tujua kami untuk sengaja mendewadewakan Datuk atau menjulang tinggi Datuk di saat Datuk hendak meninggalkan Dewan:'Pameran ini unluk memperingarkan kita semua dan generasi muda yang akan datang tentang sumbangan Daluk kepada bangsa dan negara khususnya di dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan kesusasteraan kebangsaan kila.
1988 Perpustakaan sekali lagi diberi I - 2 Pameran AI-Faruql. penghormatan untuk mengadakan 3 - .4 Pameran sejarah dalam karya kreatif. pameran ten tang program tersebut. 5 - 6 Pameran sastera remaja: penulis dan karya. Pameran telah diadakan di dua tempat 7 - 10 Pameran Hassan Ahmad : suku abad beriaitu di ruang legar bangunan Dewan sarna DBP Bandaraya pada 25 November dan II -12 Pameran Alam Pantun Melayu. seterusnya di Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri. Pameran ini memfokuskan mengambil bahagian. Gambar dan biodata mereka dipamerkan.
PENGUCAPAN PUISI KUALA LUMPUR 1988: 25 November 1988 Sempena dengan program 'Pengucapan Puisi Kuala Lumpur 1988' yang diadakan dari 24 hingga 27 November
Pantun Melayu: Studies On The Malay Pantun' pada 1umaat 15.7. 1988, satu pameran yang berjudul 'Alam Pantun Melayu' telah diadakan. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Encik Anwar Ibrahim.
ALAM PANTUN MEL AYU: 151ulai 1988 Sempena
pelancaran
buku
'Alam
11
.~fUTIARA
PUSTAKA
Ke arah Pemantapan Koleksi Bahasa & Sastera Melayu Idros Samsudin
Koleksi Perpustakaan DBP agak istimewa sifatnya berbanding dengan perpustakaan-perpustakaan k h usus yang lain. Keistimewaan koleksi Perpustakaan DBP terletak pada 'Koleksi Fail Dokumentasi' yang telah sekian lama dibina. Fail dokumentasi rata-rata mengandungi keratan-keratan akhbar (dari dalam dan luar negeri). Ini meliputi perkara-perkara seperti penulis, kegiatan bahasa dan sastera, persatuan penulis dan beberapa bidang lain yang berkaitan khususnya buku dan pcmbacaan. Bahan yang agak istimewa ialah maklumal DBP. Sesungguhnya, kerja melengkapkan koleksi fail maklumat ini tidaklah muctah. Saban hari petugas 'wajib' membaca sepintas lalu hampir 8 judul akhbar tempatan, untuk menentukan apa-apa maklumat yang harus disimpan. Bermula dari proses pembacaan ini, kerja-kerja pemotongan dan penampalan keratan-keratan tersebut akan dilakukan hinggalah lengkap dan sampai kepada pengguna. Selain daripada koleksi potongan akhbar ini, fail dokumentasi juga memuatkan maklumat-maklumat penting yang terdapat dari berbagai-bagai sumber lain seperti stensilan, kad-kad jemputan dan laporan-laporan tahunan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi ' khasnya yang berkaitan dengan bahasa dan sastera. Menyebul ten tang organisasi bahasa dan sastera ini, usaha-usaha melengkapkan koleksi fail dokumentasi sabah di lakukan. Kepekaan para petugas adalah sentiasa dituntut agar apa jua kegiatan baik besar atau kecil yang dilakukan oleh sesebuah organisasi tersebut dikum-
12
pul. Malah usaha-usaha melengkapkan maklumat ini merangkumi kerjakcrja menghubungi organisasi-organisasi tersebut untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang sedia ada. Dalam usaha ini kebuntuan sering dialami kerana usaha yang dilak ukan ini tidak mendapat tindak balas yang sewajarnya daripada organisasi tersebut. Akibat dari ini, hanya beberapa organisasi sahaja yang mempunyai maklumat lengkap yang terkumpul dalam simpanan kolcksi di Perpustakaan DBP. Dari hasil kajian yang dilakukan, Perpustakaan DBP mendapali bahawa kebanyakan organisasi bahasa dan sastera tidak menjadikan 'budaya menyimpan' sebagai satu yang harus diutamakan. Kita tidak menafikan, bahawa setiap organisasi tersebut ada menyimpan maklumat-maklumat utarna sepcrti sejarah penubuhannya, perlembagaan dan beberapa kegiatankegiatan yang pernah diadakan. Keadaan amat mendukacitakan kerana segala maklumat tersebut tidak terurus penyimpannya. Masalah utama yang sering disuarakan oleh beberapa ahli jawatankuasa ialah ketiadaan tempat yang sesuai untuk menyimpan bahan-bahan tersebut. Tambahan pula kekerapan pertukaran ahli jawatankuasa pad a setiap mesyuarat agung khususnya jawatan Setiausaha. Maklumat-maklumat yang berpindah dari satu tangan ke satu tangan memungkinkan bahan-bahan yang bernilai ini hi lang begitu sahaja. Akibat daripada kekurangan maklumat ini, para pengkaji sering dilanda masalah dalam menjalankan sesuatu kajian. Lantaran itu jika kita perhatikan pad a senarai latihan ilmiah yang dikeluarkan oleh
Koleksi potongan akhbar di Unit Dokumentasi Perpustakaan DBP.
setiap perpustakaan akademik, cuma segeJintir sahaja organisasi bahasa dan sastera dijadikan bahan kajian utama oleh seseorang mahasiswa. Sesungguhnya keghairahan mahasiswa untuk melakukan kajian mengenai organisasi bahasa dan sastera ini telah lama wujud tetapi mereka scring mcnghadapi jalan buntu apabila membuat kajian. Masa yang lama dan kos yang berlebihan perlu diambil kira oleh seseorang penyeJidik. Mereka perlu bertemu dengan setiap ahlijawatakuasa dari awal hingga kini untuk menagih maklumat. Seandainya maklumatmaklumat ini sudah sedia terkumpul bilangan kajian ten tang organisasi ini meningkat dari tahun ke tahun. J usteru itu aliran perkembangan organisasi bahasa ddn sastera ke arah meningkatkan mutu bahasa dan kesusasteraan tanahair dapat dilihat dan dinilai oleh generasi yang akan datang. Lantaran itu Perpustakaan DBP dengan 'tangan terbuka' menerima apa sahaja maklumat organisasi bahasa dan sastcra untuk dijadikan bahan dokumentasi. Sudilah menghubungi kami pada bilahila masa.
ML'TIARA PUSTAKA
BmLIOGRAFI
SUMBERILMU Fatimah Zahrin Mohd. Taib
Bibliografi merupakan sumber rujukan kepada bahan-bahan penyelidikan seperti buku, makalah , kertas kerja. tesis atau dokumen-dokumen yang telah diterbitkan dalam sesuatu bidang tertentu. Oalam era ledakan maklumat di mana berbagai jenis dan bentuk maklumat yang wujud dan berkembang dengan begitu pesat sekali menyulitkan lagi kerja-kerja penyelidikan. Bertolak dari sinilah kepakaran dan keperluan untuk penyelenggaraan konsolidasi maklumat itu amat penting. Bibliografi ini menyenaraikan bibliografi, indeks, katalog juga senarai semakan (checklist) yang telah diusahakan oleh Perpustakaan OBP, sarna ada diterbitkan atau tidak. ludul-judul bibliografi yang telah dipilih disusun mengikut susunan kronologi dan diberi anotasi ringkas. Oi samping itu beberapa judul bibliografi ringkas yang juga disediakan oleh perpustakaan atas permintaan pengguna tertentu turut disenaraikan.
BIBLIOGRAFI YANG DITERBITKAN Karya kreatij ASEAN ( 1967-1977): saW bibliografi. 1977. Bibliografi ini memaparkan karyakarya kreatif dari negara-negara ASEAN yang terdapat di perpustakaan di Malaysia. Karya-karya kreatif yangdimuatkan terbatas kepada puisi , cerpen, drama dan novel. Bahanbahan yang dikumpul, disusun mengikut negara . Bahan-bahan dari
setiap negara itu dikelaskan pula mengikutjenis karyanya. Nama-nama samaran serta biodata penulis-penulis ASEAN dilampirkan bersama.
Kary a sastera dalam terjemahan: saW bibliografi. 1978 . Bibliografi ini memuatkan karyakarya saste(a terjemahan yang diterbitkan di Malaysia dan di Indonesia . Terjemahan dari Bahasa lnggeris ke dalam Bahasa Melayu dan sebaliknya disenaraikan. Terjemahan dari bahasabahasa lain seperti Arab, Belanda yang dapat dikesan dimuatkan juga. Penyusunan entri adalah mengikut perkara seperti biografi, cerita rakyat, cerpen, drama. fiksyen sejarah, kritik & sejarah, novel, puisi.
ASAS 50 (senarai awal) . 1970. Bibliografi ringkas ini menyenaraikan bahan-bahan yang berkaitan dengan ASAS 50. Bahan-bahan yang disenaraikan dalam bibliografi 1nI termasuk 13 judul majalah, 19 judul Antara bibliografi yang pe;nah dihasilkan.
buku/ tesis dan 105 buah rencana akhbar dan majala h.
Indeks Dewan Bahasa 1967-1976. 1981 Indeks ini merupakan lanjutan daripada indeks sepuluh tahun yang pertama yang diterbitkan da1am tahun 1968 berjudul "Faharasat Majalah Dewan Bahasa 10 tahun" . Indeks ini menyenaraikan Iebih kurang 800 makalah yang terdiri daripada makalah bahasa, sastera, esei(kritik yang telah diindeks daripada majalah Dewan Bahasa. Entri disusun di dalam 2 bahagian, bahagian pertama mengandungi indeks pengarang dan bahagian kedua mengandungi indeks perkara.
Suarasa 3 penulis: satu hibliografi. 1981 Bibliografi ini menyenaraikan hasil karya 3 orang penulis Malaysia yang memenangi Anugerah SEA Award iaitu A . Samad Said, Baha Zain dan Abdullah Hussain. Bibliografi ini disusun meliputi hanya karya-karya penulis sejak mereka bergiat di dalam
bidang penulisan sehingga kini. Karya-karya yang disenaraikan adalah dalam bentuk buku dan majalah. Bibliografi ini mengandungi 3 bahagian mengikut nama penulis. Sumbangsih - senarai penerbitan DBP, tempatan dan Brunei. 1981.
binaan dan standardisasi Bahasa Melayu telah dikumpul dan disenaraikan. Bibliografi ini disusun mengikut subjek dan bentuk. Semua entri disusun mengikut susunan abjad. Terdapatjuga lampiran bagi indeks nama. Sumbangsilt II: katalog penerbitan Dewan Bahasa dan Pus taka 1956-1986.
Katalog ini menyenaraikan buku 1986. terbitan DBP, penerbit-penerbit temKatalog ini merupakan hasil dari patan dan juga negara ASEAN yang pengemaskinian katalog Penerbitan menyertai Pameran Kemajuan Bahasa, DBP yang pertama kali diterbitkan Sastera dan Penerbitan Buku Dalam sebagai Sumbangsih I dalam tahun Bahasa Malaysia. Katalog ini mengan1981. Sumbangsih II menyenaraikan dungi 2 bahagian iaitu bahagian tambahan judul-judul yang diterbitkan pertama terbitan OBP sejak tahun 1956 selepas J ulai 1981 sehingga April 1986. - Julai 1981;jumlah yang dapat dikesan Katalog ini disusun di dalam dua ialah 1,210 judul. Bahagian kedua pula bahagian. Bahagian I - Pengarangj ialah terbitan dari penerbit tempatan Judul; bahagian 2 - Tajuk Perkara. dan Negara ASEAN. Susunan bahan di dalam senarai ini ialah mengikut jenis ' Entri utama ialah PengarangjJudul, penerbitan (atlas, buku panduan, semen tara pendekatan tajuk perkara merupakan indeks kepada entri utama. ensiklopedia, kamus, majalah, risalah) Sebanyak sepuluh perkara utama telah dan mengikut tajuk perkara. dikesan. Di dalam tiap-tiap perkara Kata/og Manuskrip Ko/eksi Perutama ini disenaraikan sub-bidang yang pustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, berkaitan. Senarai perkara dilampirkan 1983. bersama. Katalog tnl mengandungi koleksi Has:an Ahmad: sebuah bibliografi. 1988. manuskrip di perpustakaan sehingga Bibliografi ini merupakan dokumentasi September 1983. KataJog ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian 1 karya-karya yang beJiau hasilkan dalam bentuk buku, makalah, kertas kerja dan mengandungi koleksi manuskrip dalam ucapan. Bibliografi ini disusun di,dalam bentuk tulisan tangan jawi, Sejumlah 177 entri manuskrip dalam bentuk dua bahagian. Bahagian pertama tulisan tangan jawi disenaraikan. Setiap disusun mengikut jenis bahan dan entri diberi a,notasi ringkas. Bahagian 2 bahagian kedua diberikan indeks perkara. Semua entri disusun mengikut mengandungi senarai manuskrip dalam susunan abjad dan diberikan nombor bentuk mikrofilem yang diperolehi dari entri untuk memudahkan penggunaan institusi di luar negeri (tanpa anotasi). indeks perkara. Bibliografi ini menyeBahagian 3 mengandungi senarai naraikan 350 hasil penulisan beliau yang manuskrip dalam bentuk mikrofis yang terdapat dalam koleksi dokumentasi diperolehi dari individu dan institusi Perpustakaan OBP. Biodata ringkas tempatan (tanpa anotasi). dilampirkan bersama. Katalog ini disusun mengikut subjek dan entri disusun mengikut abjad. Indeks Puisi Malaysia 1967-1987. 1988 Setiap entri mengandungi maklumat Indeks ini disediakan bagi mendapatmengenai manuskrip secara terperinci kan gambaran yang jelas ten tang peryang dapat dikesan. kembangan puisi di Malaysia. Sejumlah Sejarah Bahasa Me/ayu: saju bibliografi 14,730 buah puisi yang tersiar di dalam awal. 1984. majalah-majalah telah diindeks meliputi tahun 1967 sehingga 1987. Indeks ini Bibliografi ini disediakan bersempena Bengkel Sejarah Bahasa Melayu yang disusun mengikut nama pengarang. Senarai nama-nama samaran dan telah diadakan dalam tahun 1984. majalah yang diindeks dilampirkan Sejumlah 1,114 entri yang berkaitan bersama. dengan sejarah pertumbuhan, pem-
14
Bibliografi Yang Tidak Diterbitkan Pendidikan di Malaysia - senarai awal.
1978 Bibliografi 1nt disediakan sebagai panduan bagi bahan-bahan dalam bidang pendidikan di Malaysia yang ada atau pemah diterbitkan. Bahanbahan yang disenaraikan meliputi koleksi Perpustakaan OBP, Universiti Malaya dan Perpustakaan Negara. Penyusunan entri adalah mengikutjenis bahan iaitu laporan, majalah, kertas kerja, tesis, ucapan, buku. BibliograJi Usman A wang. 1983
Karya yang disenaraikan di dalam bibliografi ini meliputi hasil karya berbent uk kreatif dan bukan kreatif hasil karya beliau sejak beliau mula bergiat di dalam bidang penulisan sehingga kini. Bibliografi ini memuatkan lebih kurang 463 entri. Bibliografi ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian awal mengandungi karya-karya beliau yang disusun mengikut bentuk dan mengikut urutan kronologi. Bahagian kedua mengandungi tulisan-tulisan mengenai beliau dan semua karya ini disusun dalam susunan abjad. Kassim Ahmad: satu bibliograJi (senarai Qlral) 1983.
Senarai awal 101 disusun untuk memudahkan para penyelidik membuat kajian mengenai karya-karya beliau. Senarai ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama mengandungi sejumlah 110 entri mengenai diri bcliau. Bahagian kedua menyenaraikan sebanyak 78 hasil karya beliau iaitu terdiri daripada antologi cerpen, ceramah, ucapan, kertas kerja, esei /kritik dan puisi. Bibliografi kebudayaall dan tamadun Melayu . 1984
Bibliografi ini mengandungi judul-juctul tentang kebudayaan dan tamadun Melayu merangkumi semua aspek kehidupan bangsa Melayu seperti bahasa. kesusasteraan. kesenian. politik dan kerajaan, pertanian dan sebagainya. Bahan-bahannya terdiri daripada
Asia Tenggara' . Hanya judul-judul terpilih yang tidak terdapat di dalam bibliografi dan katalog yang pernah diterbitkan , dimasukkan di dalam senarai ini. Sejumlah besar judul-judul yang dimuatkan merupakan bahanbahan yang baru diperolehi oleh Perpustakaan DBP sendiri. Bibliografi dan katalog yang telah diterbitkan disenaraikan untuk memberi gambaran koleksi yang ada di dalam bidang Tamadun Islam. Senarai semakan ini mengandungi 112 entri . Bahan-bahan disusun mengikut bidang perkara dalam susunan abjad seperti falsafah , kebudayaan , kesusasteraan. politik, sejarah, seni dan lain-lain. Hanya data bibliografi ringkas sahaja diberikan seperti nama pengarang, judul, nama, penerbit, tempat. terbit dan tahun terbit.
Bibliografi memudahka n kerJa-k erJa penyelidlkan
buku-buku dan majalah-majalah terbitan DBP sahaja. Bibliografi ini disusun mengikut subjek.
Katalog kamus & kamus-istilah terbitan Indonesia. 1984 Katalog ini disediakan bagi membantu para penyelidik yang membuat kajian dalam bidang peristilahan dan perkamusan. Bahan-bahan yang disenaraikan di dalam katalog ini merupakan . bahan-bahan yang ada di dalam koleksi Perpustakaan DBP sahaja. Susunan katalog ini mengikut urutan abjad nama pengarang. Untuk memudahkan para penyelidik mendapatkan baha n, nombor pengkelasan bagi setiap entri dicatatkan. Jumlah entri ialah 140 judul dalam bentuk monograf dan mikrofis.
Sejarah sistem tulison: sotu bibliografi. 1985. Bibliografi ini cuba menyenaraikan berbagai sumber bahan seperti buku. artikel, kertas kerja, bibliografi dan lainlain yang menyentuh mengenai sistem tulisan. Sejumlah 145 entri telah dikumpulkan. Penyusunan bahan adalah mengikut bentuk dan semua entri disusun mengikut abjad.
terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama menyenaraikan karya beliau seperti buku. makalah (puisi , cerpen dan esei kritik) dan kertas kerja. Bahagian kedua merupakan senarai esei dan kajian tentang Arenawati. Bahagian kedua merupakan senarai esei dan kajian ten tang Arenawati. Bahagian akhir ialah hasil-hasil tulisan yang mengulas ka rya Arenawati. Kesemua entri disusun mengikut susunan abjad.
Senarai Bibliograti Ringkas
Pembelajaran dan pengajaran bahasa dan sos/era: salU bibliogra/i terpilih. 1987. Bibliografi ini mengandungi judul-judul yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa dan sastera di peringkat rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi . Bahan-bahan mera ngkumi buku, kertas kerja. artikel majalah/surat khabar, a rtikel. tesis. lapora n dan lain-lain. Bibliografi ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian I mengandungi pembelajaran pengajaran bahasa manakala bahagian 2 mengandungi pembelajaran - pengajaran sastera. Di setiap bahagian entri disusun mengikut bentuk bahan. Keseluruhan entri disusun mengikut abjad.
Senarai kuryo senorai esei dall kajian tentang Arenall"ati. 1986
Tconadufl Islam di Asia Tenggara/Islamic Cil'i/i::ation in S.l!.A.: senarai semakan/ checklist. 1987.
Bibliografi ini menyenaraikan hasil karya serta kajian tentang Arenawati dari awal hingga kini. Bibliografi ini
Senarai emakan in i disediakan untuk memberi maklumat awal kepada penyelidik projek 'Tamadun Islam di
10. II. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19.
Bibliografi Gamelan Bibliografi ' Melayu' Bibliografi novel-novel Melayu 1960an dan 1970an Bibliografi novel-novel Melayu 1976-1980 Bibliografi ringkas mengenai pengurusan Bibliograft sejarah Indonesia Bibliografi sejarah Pahang dan Johor Buku-buku karya Harun Aminurrashid Cerita kanak-kanak (Junior fiction) Kanak-kanak - buku dan pembacaan Kedatangan Islam ke Indonesia: satu bibliografi Kemala: senarai awal Kesusasteraan Melayu - kajian dan kritikan 1960-1970 Matlob: senarai awal Nasionalisma Melayu: satu bibliograft ringkas Polemik Sastera Islam Senarai antologi puisi Melayu moden Senarai buku uf!dang-undang (terbitan Indonesia dan Singapura) Senarai buku bacaan kanak-kanak Bahasa Malaysia
~ Samh. m.s. 17
15
MUTIARA PUSTAKA
Seminar /Kursus/Ceramah 6 Sept . 1988: Encik Zulkifli Kamaruddin telah mengikuti kursus intensifsehari untuk Penyelenggara Pejabat bertema Meningkatkan produktiviti kerja dan imej syarikat di Hotel South East Asia.
12-17 Sept. 1988: Cik Kamariah Abu Samah berpeluang mengikuti Bengkel Pembentukan Pangkalan Data Menggunakan Perisian CDS-ISIS, di ITM, Shah Alam . Bengkel ini dianjurkan oleh Kajian Sains Perpustakaan & Maklumat bersama Bahagian Latihan dan Biasiswa TTM . Kursus ini memberi penekanan kepada pembentukan pengkalan data bibliografik dan bukan bibliografik dan sistem sepadu di dalam bidangbidang tertentu. 16 Sept. 1988: Puan Rohani menerima undangan untuk memberi ceramah bertajuk Ke Arah Mew.ujudkan Perpustakaan Mini Di Rumah di Institut Penilaian Negara, Bandar Baru Bangi.
21-23 Sept. 1988: Sempena Projek Khemah Membaca anjuran Perpustakaan Negeri Sabah, Puan Rohani telah diundang ke Kota Kinabalu untuk memberi ceramah bertajuk Kemahiran Menggunakan Bahan Rujukan.
J Okt. 1988: Di Seminar Minat Membaca Bermula dari Rumah anjuran J/ K Gerakan Membaca Negeri Terengganu dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan . Awam Negeri Terengganu, Puan Rohani telah membentangkan kertas kerja berjudul 'Ibu bapa dan minat
16
membaca anak-anak ' . Seminar ini merupakan salah satu akti viti yang dirancang khas selaras dengan cita-cita kerajaan untuk membina masyarakat Malaysia .
Penubuhan Perpustakaan di Rumah dan Peranan Ibu-ibu Dalam Menggalakkan Pembacaan Di Kalangan Kanak-Kanak , di Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat.
13-31 Okt. 1988:
19 N ov. 1988:
Puan Rohani telah mengikuti kursus Training Course for Promotion of Reading Habits and Book Development di Tokyo. Kursus anjuran ACCU ini telah membincangkan permasalahan ten tang minat membaca.
Puan Rohani diundang lagi untuk memberi ceramah di Hotel Plaza. Tajuk ceramah beliau ialah Strategi Menimbulkan Minat Membaca di Ka/angan Ke/uarga.
1-22 Nov. 1988:
23-26 No v. 1988:
Encik Abdul Wahab Hamzah, Encik Zulkitli Abbas dan Encik Husin Alias berpeluang menghadiri Training Course in Conservation of Archival Materials di Arkib Negara Malaysia. Objektif kursus ini adalah untuk mengetahui tatacara dan konsep penjagaan bahanbahan lama seperti filem, buku , risalah, dokumen dan sebagainya serta latihan amali mengenai pemuliharaan.
Encik Husin telah mengikuti Kursus Mikrofilem di Arkib Negara Malaysia.
15 Nov. 1988: Puan Rohani menerima undangan untuk memberi ceramah bertajuk
25-26 Nov. 1988: Puan Wan Salhah dan Cik Kamariah telah menghadiri Worksho(J on Subject Indexing di ITM, Petaling Jaya. Bengkel ini dianjurkan oleh Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat dan Persatuan Perpustakaan Malaysia. Skop bengkel meliputi pengenalan kepada ' Subject indexing' , jerris-jenis 'subject indexing' dan metode dalam pembinaa n indeks.
Buku , Filem . mikrofilem dan negatif gambar perJu pemuliharaan rapi .
MCTIARA PUSTAKA
Ke Arab Kecemerlangan Pengurusan Perpustakaan dan Pusat Maklumat Norma Bachik
Seminar Ke arah Kecemerlangan Pengurusan Perpustakaan dan Pusat Maklumat telah diadakan di Hotel PJ Hilton pada 18 dan 19 Oktober 1988, anjuran Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat, Institut Teknologi Mara. Objektif utama seminar tersebut ialah untuk menarik perhatian pihak pengurusan Perpustakaan dan Pusat Maklumat di semua peringkat betapa pentingnya pengurusan yang cekap dan berkesan bagi mempa!!tikan perkhidmatan yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat. Sebanyak 13 kertas kerja telah dibentangkan, membincangkan 6 topik utama iaitu: I.
Kecemerlangan dalam pengurusan kakitangan perpustakaan
lh$"
dan pusat maklumat. 2.
Kecemeriangan dalam perancangan dan penilaian sumber perkhidmatan perpustakaan dan pusat maklumat.
3.
Ekonomi maklumat.
4.
Pemasaran perkhidmatan maklumat.
5.
Perhubungan awam.
6.
Pengguna teknologi maklumat.
Ucapan dasar tentang 'Ke Arah Kecemeriangan Dalam Pengurusan' diberikan oleh Yg. Bhg. Tan Sri Dato' Alwi Jantan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Antara kertas kerja yang paling menarik adalah mengenai topik 'Pemasaran Perkhidmatan Perpusta-
kaan dan Pusat Maklumat'. ~emang tidak pernah difikirkan pun oleh sebahagian pihak Pengurusan Perpustakaan dan Pusat Maklumat bahawa perkhidmatan maklumat yang diberikan itu bukan sahaja satu tugas murni tetapi juga boleh dijadikan sumber kewangan dan keuntungan. Dalam keadaan semua benda diletakkan harga, perkhidmatan penyebaran maklumat sepatutnya tidak terkecuali kerana masa dan tenaga yang digunakan untuk pencarian maklumat melibatkan kes walaupun tidak disedari. Sudah sewajarnyalah Perpustakaan dan Pusat Maklumat mengenakan bayaran bagi perk hidmatan ' yang diberikan seperti juga perkhidmatan-perkhidmatan yang lain.
Samb. dar; m.S. 15
20. Senarai Ensiklopedia dalam bidang kebudayaan 21. Senarai Esei/Kritik 22. Senarai Penyajak-Penyajak Melayu (1930-1983) 23. Senarai Terbitan Undang-Undang dalam Bahasa Malaysia (terbitan Malaysia). 24. Senarai terpilih judul-judul ten tang
pembacaan di Perpustakaan DBP. 25. Teater: satu bibliografi ringkas Bibliografi yang sedang diusahakan, antaranya ialah: I. 2.
Bibliografi Tamadun Islam di Malaysia - projek JRCICA Senarai Per uratkhabaran Melayu (1967-87)
3. 4. 5. 6. 7. 8.
Bibliografi Sejarah Bahasa Melayu Indeks Cerpen Malaysia (19671987) Katalog Koleksi Mikrofilem Direktori Penulis Senarai nama-nama samaran Melayu Bibliografi Tatabahasa
17
MUTIARA PUSTAKA.
Mengapa banyak kepritusan kurang berkesan dibuat oleh para pengurus? Keluaran sulung M utiara Pustaka telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan. Sambutan yang demikian, jelas menunjukkan betapa anda sentiasa memberikan pcrhatian yang serius terhadap setiap perkembangan yang berlaku di perpustakaan. Mutiara Pustaka harus menjadi tali penghubung antara perpustakaan dan anda sebagai pengguna.
setiap keputusan yang diambil (decision making) menentukan untung dan rugi, jatuh dan naiknya organisasi tersebut. Oalam situasi begini kita melihat peranan yang penting antara pembuat keputusan (decision makers) dan penyedia maklumat (perpustakaan). Oi sinilah pentingnya hubungan sebuah sistem rangkaian maklumat yang terurus dan berkesan bagi sesebuah organisasi . Maklumat yang
Tahun Naga (1988) telah berlalu dengan meninggalkan berbagai perIsllwa yang sewajarnya diambil ikhtibar. Jelas, kesan dari sifat tamak manusia dalam penstlwa 'Black Monday' 17 Oktober 1987 masih berlarutan, kelembapan ekonomi dunia masih jauh dari pemulihan dan kesannya masih mempengaruhi kita semua. Naga pergi dengan seribu peristiwa dan yang tiba adalah (tahun) ular (1989). Tetapi awas, jika naga terkenaI dengan bahang apinya. sekecilkedl ular, boleh membelit dan amat bisa. Bagi sebuah organisasi. setiap perlstlwa, kejayaan dan kegagalan seharusnya menjadi pedoman untuk melaksanakan setiap rancangan di masa depan. Tahun 1989 harus menjadi landasan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan di tahun-tahun 1990an. Menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak pasti di masa depan, oukan tugas yang mudah. Segalagalanya perlu perancangan dan persediaan. Dasar yang diambil perlu penelitian dan setiap keputusan yang dibuat perlu tepat. Keputusan begini perlu maklumat yang tepat. Ini kerana
18
tepat. bermutu dan terkini bertanggungjawab membantu membuat keputusan mengambil ' keputusan yang tepat dan menguntungkan kepada organisasinya. Barangkali kita perlu belajar dan mengambillkhtibar daripada kesilapan yang telah dilakukan oleh IBM, . sebuah organisasi yang dikatakan mempunyai pengurusan yang terbaik di dunia. Kegagalan IBM dikatakan berpunca daripada sikap yang tidak tahu apa yang dilakukan. Sistem maklumat tidak berjalan lancar, tindakan yang lambat mengakibatkan hilang hubungan dengan pasaran,
pengurusan yang berpandukan Iisan sahaja; birokrasi yang penuh remeh temeh dan kesilapan khusus dalam perniagaan. Organisasi besar harus bersifat 'flexible', cepat dan cekap mengambil tindakan, dalam menghadapi saingan, maka organisasi lain seharusnya memeriksa situasi masingmasing jikalau tidak mahu menghadapi kerugian. Benarlah kata John Spielberger (yang dulunya bersama IBM, sekarang Pengerusi 'Information Technology Services), banyak keputusan buruk telah dibuat oleh para pengurus kerana mereka tidak mengetahui rancangan-rancangan syarikat mereka sena kesannya terhadap mereka sendiri . Hairanlah kita mengapa sebuah syarikat Jepun begitu berjaya? Jika ditanya kepada eksekutifnya mereka akan berkata, tugas mengumpul maklumat adalah sebahagian daripada tugas mereka. Begitu penting data maklumat di dalam syarikat Jepun sehingga setiap eksekutifnya harus dilengkapi dengan maklumatmaklumat yang terkini di dalam bidang mereka. Bagi Mitsui. sebuah syarikat gergasi Jepun, Mottonya berbunyi. "Maklumat adalah darah daging syarikat". Para eksekutifnya bertukar tidak kurang daripada 80.000 data maklumat atau perpustakaan yang menyediakan sistem maklumat yang paling berkesan dan sistematik. Tanpa sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang berkesan bagaimanakah sebuah R & 0 dapat bertindak dengan berkesan dan memberikan sumbangan penting kepada pem-
bang un an dan kemajuan organisasi. R & D, merupakan nadi kemajuan, dan sesebuah organisasi perlu perpustakaan yang bermutu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan penyelidikan. Cukup menghairankan dalam keadaan yang demikian genting dan penting, masih ada organisasi yang mengenepikan sesebuah perpustakaan atau pu at maklumat. Perkara demikian adalah
hal yang lumrah dalam mana-mana organisasi di Malaysia . Perpustakaan hanyalah 'second priority', yang boleh diletakkan di mana-mana sahaja di dalam hicraki pentadbiran. Bagaimanc perlu digunakan keupayaan perpustakaan di dalam pengurusan organisasi tidak pernah difikirkan. Apa yang berlaku, ialah eksekutif bertindak lanpa banluan maklumal yang terkini dan yang selengkapnya.
Akibatnya, berlakulah keputusan yang salah, duplikasi dan tidak viable. Tidaklah menghairankan bahawa di Malaysia scring tcrdapat organisasi yang selalu ketinggalan, semen tara organisasi asing sudah jauh ke hadapan. Segala-galanya bermula kerana kila meletakkan 'priority' pada tempal yang salah. AWH
SUDAH TERBIT INDEKS PUISI MALAYSIA 1967 - 1987 Sejak sekian lama majalah menjadi gelanggang para penyair menulis sajak-sajak mereka. Menjadi pendorong para penyair untuk terus berkarya dan terus menyinari dunia kesusastanah air. Demikian juga Perpustakaan DBP tanpa jemu mendokumentasikan sajak-sajak tersebut untuk tatapan generasi depan. Kini berkat usaha tersebut sudah terbit sebuah indeks lengkap yang menyenaraikan 14 730 buah sajak yang pernah tersiar di dalam 101 buah majalah tempatan yang terbit antara 1967 - 1987. Indeks 1m di usun mengikut nama pengarang dan turut dilengkapkan dengan senarai nama-nama samaran penulis tempatan.
ANDA YANG BERMTNATSILA ALAMATKA PERPUST AKAAN DEWAN BAHASA DA PUSTAK PETI SURAT 10803 50926 KUALA LUMPUR. atau telefon terus 03-2481011 Samb.320 HARGA SENASKHAH MS50.00
PESA AN ANDA KEPADA:
19
Bagi sebuah perpustakaan koleksi gam bar menjadi sebahagian daripada koleksinya yang penting selain dari bahan-bahan bertulis seperti buku, majalah atau dokumen-dokumen lainnya. Kemajuan bahasa dan kesusasteraan adalah lam bang ketinggian dan pencapaian peradaban sesuatu bangsa . Ukuran kemajuan selalunya diukur daripada hasilnya, seperti jumlah buku yang telah diterbitkan. Tetapi gambar mengambil peranan merakamkan aktiviti yang membawa kearah kejayaan terse but. Oleh itu setiap peristiwa bahasa dan sastera tempatan serta tokoh yang terlibat wajar disimpan dan didokumentasikan dengan baik.
tempatan serta tokoh-tokoh yang terlibat. Umpamanya. koleksi Usman Awang, merangkumi setiap penglibatan Usman di bidang kesusasteraan seperti sajak dan gambar-gambarnya dari muda hingga sekarang, dari mula bertugas di DBP hinggalah selepas bersara dan koleksinya masih berkembang. Koleksi gambar-gambar tersebut tersimpan rapi dalam bentuk negatif 135 mm dan 120 mm dan selaid 135 mm dan 120 mm. Negatif dan slaid difailkan mengikut judul-judul peristiwa yang diberikan nombor panggiIan bersiri pada setiap sampul. Gambar-gambar tokohjuga diberikan nombor panggilan bersiri. Gambar-gambar yang terdapat didalam koleksi perpustakaan diperolehi melalui Unit Senifoto Dewan Bahasa dan Pustaka yang menghantar
Mengumpulkan gam bar-gam bar yang berhubung dengan perkembangan bahasa dan sastera tempatan serta tokoh yang terlibat bukanlah usaha yang mudah. Tidak semua peristiwa tersebut dapat diikuti dan tidak semua tokoh yang terlibat di bidang tersebut dapat diambil gambarnya. Namun berkat ketekunan,jurugambar Dewan Bahasa dan Pu!rtaka telah berjaya merakamkan hampir setiap peristiwa yang berhubung dengan perkembangan bahasa dan kesusasteraan tempatan sejak dari awal tahun lima puluhan lagi. Kini, perpustakaan Dewan Bahasa dan Pus taka boleh berbangga kerana mempunyai koleksi gam bar yang boleh dikatakan lengkap berhubung dengan detiK-detik peristiwa perk embangan bahasa dan kesusasteraan
setiap jurugambarnya merakamkan setiap penstlwa yang berhubung dengan Bahasa dan Sastera serta tokoh yang terlibat. Selepas digunakan oleh Bahagian Majalah, negatifnya akan diserahkan ke perpustakaan untuk proses penyimpanan. Untuk tahun 1988 sahaja, pihak perpustakaan telah menerima 171 judul slaid yang dianggarkan mengandungi kira-kira 7,000 keping frem slaid. 177 judul negatif hitam putih dan 82 judul negatif warna. Koleksi gam bar perpustakaan DBP sekarang ini dianggarkan mempunyai 1,397 gambar-gambar tokoh penulis dan 2,861 judul gambar-gambar tentang kegiatan bahasa dan sastera kebangsaan. lumlah ini akan terus meningkat dari masa kesemasa. Selain dari itu perpustakaanjuga menyimpan
koleksi Foto Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan.
20
gambar-gambar yang umum subjeknya. Perpustakaan DBP selain mempunyai koleksi buku dan majalah yang paling lengkap berhubung dengan bahasa dan sastera Melayu. kami berharap mempunyai dokumentasi foto yang Iengkap sebagai saksi kepada pembangunan bahasa dan sastera Malaysia. Koleksi foto di Perpustakaan DBP mempunyai dua peranan iairu untuk memberi khidmar gam bar kepada penerbitan DBP terutamanya majalah juga berperanan sebagai bahan dokumentasi untuk rujukan para sarjan yang membuat penyelidikan. Gambar-gambar yang terdapat di dalam koleksi kami boleh dibeli oleh orang luar dengan bayaran yang telah ditetapkan.
BERIT A KOI,EKSI ANDA. sila ambil perhalian! Perpuslakaan baru-baru ini telah memperolehi 3 naskhah manuskrip tulisan tangan alas kulil kayu. Puan Aizan telah berusaha memperolehi manuskrip lersebut semasa membuat lawatan perolehan ke Medan dan Acheh. Mauskrip yang dipercayai berusia kira-kira 100 tahun. ditulis dalam bahasa Batak adalah mengenai bidang perubatan, geografi dan astrologi. Anda berminat? Sabar! Naskhah-naskhah tersebut sedang diawet dan akan dipamerkan di perpustakaan anda tidak lama lagi.