MP 1988 Jilid 1 Bil. 1

Page 9

CATATAN BUKU MASTERS, Anthony Literary agents: the novelist as spy Oxford : Basil Blackwell, 1987

Novel-novel yang mengisahkan dunia perisikan merupakan buku-buku yang popular dalam abad ke-20. Buku setebal271 halaman ini bukan saja cuba meninjau keintelektualan 13 novelis terkemuka yang telah dianggap sebagai penulis perisik, tetapi juga mengandungi biografi ringkasan setiap novelist. Mereka cuba memindahkan pengalaman masing-masing ke dalam karya tersebut hasil dari tugas yang disandang sebelum itu. Bermula dari novelis John Buchan semasa Perang Dunia Pertama sehingga dilantik sebagai Pengarah golongan intelek. Kemudian kisah Somerset Maugham yang akhimya dilantik sebagai agen perisik dan dihantar ke Switzerland dan Rusia. Semasa Perang Dunia Kedua, Makolm Muggeridge dan Graham Greene telah menganggotai M 16 dan dihantar pula ke Afrika. Begitu juga dengan Ian Fleming, Howard Hunt, John Ie Carre dan lain-lain lagi . Walaupun mereka ini bukan penulis pada asalnya, tetapi dari pengalaman mereka sebagai perisik telah membantu mereka menghasilkan novel-novel perisikan. Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh novelis tanahair dan juga peminatpeminat novel berbentuk perisikan.

CRYSTAL, David The Cambridge Encyclopedia of language. Cambridge: Cambridge University Press, 1987. Memandangkan kurangnya bukubuku bagi sumber maklumat seperti ensiklopedia dalam bidang bahasa, maka kemunculan buku ini sangatlah berguna bagi ahti bahasa dan penyelidik bahasa. Ensaiklopedia ini tidak disusun mengikut abjad, tetapi telah disusun mengikut II topik utama dan dibahagikan pula kepada beberapa sub, topik sebagai rujukan pada beberapa

sub-topik . sebagai rujukan silang. Topik-topik tersebut ialah: I. Falsafah bahasa (konsep, teori kewujudan bahasa) 2. Bahasa dan identiti 3. Struktur bahasa 4-6. Unsur-unsur perantaraan bahasa (Dengar, cakap, tutis, baca, bahasa isyarat dan Ii hat) 7. Bahasa kanak-kanak 8. Hubungan di antara bahasa, akal budi dan kecacatan 9-10. Bahasa-bahasa di dunia II .

Bahasa dan komunikasi

Selalunya buku-buku linguistik agak bosan untuk dibaca oleh mereka yang bukan ahli bahasa. Berlainan sekati dengan buku ini. Cara David Crystal memberikan analisanya yang jelas dengan penggunaan bahasa yang indah menjadi tarikan untuk kita membaca lagi tentang teori linguistik. En aiklopedia setebal471 halaman ini mempunyai bibliografi yang sangat bermakna untuk rujukan di samping adanya indeks perkara, indeks pengarang, glosari linguistik yang ekstensif serta jadual bahasa yang terdapat di dunia beserta dengan jumlah penuturnya . Yang menarik di sini, Bahasa Melayu digolongkan sebagai Bahasa Austronesia dan dituturkan oleh sejumlah 10 juta orang di Malaysia. Singapura. Brunei, Thailand, Sumatera Jawa dan kawasan sekelilingnya . Baha a Melayu sebagai bahasa kedua mempunyai jumlah penutur antara 100-160 juta orang, yang dinyatakan di dalam jadual bahasa dunia. Selain itu Bahasa Tndonesia disenaraikan juga berasingan daripada Bahasa Me\ayu, mempunyai jumlah penutur 30 juta. Bahasa-bahasa Jawa, Sunda, Batak, Minangkabau juga diberi entri yang berasingan. Rekabentuk buku ini sungguh menarik dan sangat selesa untuk dibaca.

ST AND ERA, Old rich The electronic era of pl(blishing : an

overview of concepts. technologies and methods B. Amsterdam : Elsevier, 1987. Penerbitan secara elektronik merupakan satu bidang yang semakin penting di dalam industri penerbitan . Buku ini cuba mengupas secara menyeluruh konsep teknik dan kaedah penerbitan secara elektronik bagi bahan bercetak dan bukan bercetak. Buku ini juga meneliti gay a di dalam teknologi penerbitan elektronik dan kesannya, serta meramalkan peranan yang bakal dimainkan oleh cara penerbitan ini dalam menentukan masa depan industri penerbitan. Buku ini banyak menggunakan angka-angka dan carta untuk menjelaskan konsep-konsep utama , carta perkembangan industri penerbitan dari awal dan unsur-unsur di dalam proses perkembangan tersebut. Buku ini menyediakan lebih 500 istilah penerbitan sebagai panduan para pembaca. Bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang penerbitan dan ahli sains komputer sesuai sekali membaca buku ini. CA TRIONA, Picken The business of trans/at ion and interpreting. London : ASLIB, 1987. Buku ini merupakan himpunan kertas yang dibentangkan di persidangan tahunan yang pertama Tnstitut Penterjemahan dan Interpretasi, London pad a tahun 1987. Kertas kerja ini meliputi permintaan masyarakat terhadap peranan penterjemah/penginterprestasi ; 1atihanlatihan ikhtisas; aktiviti-aktiviti awal dalam kerja-kerja terjemahan; imej kerjaya tersebut; bagaimana agensi atau organisasi penterjemahan dan menginterpretasi boleh diurusniagakan. Tiga judul yang di atas ini boleh didapati dari perpustakaan anda .

Ulasan: Che' Ros A. Rahim

9

L


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.