Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol. 2/2021

Page 1

Edaran Percuma

KUMPULAN YAYASAN SABAH April - Jun 2021

Jilid 2/2021


vaksin COVID-19

Hanya selepas setahun penularannya, vaksin virus COVID-19 telah ditemui. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat dua jenis vaksin yang sesuai digunakan dalam penghasilan vaksin COVID-19 iaitu mRNA dan Viral vector. Secara umumnya, vaksin membantu merangsang sistem ketahanan semula jadi badan yang secara langsung dapat mengurangkan risiko jangkitan virus secara mudah, selamat dan berkesan. Vaksin telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kadar jangkitan, penyebaran dan mengurangkan gejala yang serius. Sebagai contoh batuk kokol, hepatitis dan sebagainya.

Namun, tiada vaksin yang mampu memberikan pelindungan 100 peratus. Berdasarkan laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah menjalani ujian klinikal, didapati keberkesanan vaksin COVID-19 adalah di antara 60 hingga 95 peratus. Individu yang telah menerima vaksin COVID-19 akan membentuk antibodi spesifik virus COVID-19. Antibodi ini boleh melindungi individu daripada jangkitan COVID-19 di samping mengurangkan kadar penyebaran virus tersebut. Program vaksinasi COVID-19 di Malaysia dilaksanakan secara berperingkat dengan mengutamakan kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan. Antara kumpulan sasaran utama di dalam pemberian vaksin COVID-19 adalah:

Sebelum menerima suntikan vaksin, setiap individu perlu memaklumkan kepada doktor atau jururawat sekiranya:

• •

Mempunyai alahan yang serius terhadap sebarang vaksin, ubat-ubatan atau produk makanan. Berasa tidak sihat dan demam dengan suhu badan yang tinggi. Sistem ketahanan badan yang lemah contohnya disebabkan oleh jangkitan HIV atau mengambil ubat yang mempengaruhi sistem imun. Mempunyai masalah pendarahan, lebam atau menggunakan ubat untuk menghalang pembekuan darah.

Setelah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu membuat pemantauan tahap kesihatan masing-masing. Sekiranya mengalami gejala seperti sakit di bahagian suntikan, lemah badan, atau apa-apa masalah kesihatan, mereka perlu mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berdekatan. Selain itu, penerima vaksin perlu mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan norma baharu iaitu mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S kerana terdapat sedikit peratusan penerima vaksin tidak menunjukkan respon terhadap vaksin tersebut.

KUMPULAN SASAR PERTAMA Petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan, petugas pusat jagaan warga emas, pasukan keselamatan negara seperti polis, tentera, imigresen dan bomba

KUMPULAN SASAR KEDUA

• Inidividu berumur lebih dari 60 tahun. • Individu yang menghidap penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes, penyakit jantung dan penyakit saluran pernafasan • Orang Kelainan Upaya. • Populasi dewasa lain sehingga mencapai imuniti seperti yang disarankan.

Nasihat doktor diperlukan bagi mereka yang dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi (co-mobid) boleh mengambil vaksin COVID-19 kecuali jika mereka berada dalam keadaan sistem pertahanan badan yang lemah akibat penyakit dan rawatan seperti pesakit HIV atau pesakit kanser yang sedang menerima kemoterapi. Pesakit yang disahkan atau disyaki positif perlu menangguh pengambilan vaksin. Vaksin ini boleh diberikan kepada individu yang telah sembuh daripada jangkitan virus COVID-19. Sumber rujukan: Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

2

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

KKM menasihatkan agar individu perlu menunggu sekurangkurangnya 14 hari setelah menerima vaksin lain sebelum mendapat vaksin COVID-19. Setelah mendapatkan dos kedua vaksin COVID-19, individu perlu menunggu sekurang kurangnya 25 hari sebelum mendapatkan vaksin lain. Majlis Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah diadakan pada 24 Februari 2021 yang akan diteruskan secara berperingkat di seluruh negara. Pengambilan vaksin COVID -19 adalah secara sukarela. Individu yang ingin mendapatkan suntikan vaksin perlu mengisi borang keizinan sebelum mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Masyarakat secara umumnya digalakkan untuk mengambil vaksin COVID-19 mengikut jadual yang ditetapkan.


BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

3


Menyedari kepentingan vaksin COVID-19 ini, enam orang staf Kumpulan Yayasan Sabah telah ditemu ramah bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai insiatif tersebut.

Puan Halimah Gapid

Penolong Pegawai Tadbir Unit Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB)

“Pada pendapat saya suntikan vaksin COVID-19, ini harus diambil oleh semua orang seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun pengambilan vaksin ini tidaklah menjamin 100% seseorang itu tidak dijangkiti COVID-19, namun

sekurang-kurangnya sistem ketahanan badan kita lebih kuat dan juga dapat mengurangkan risiko daripada jangkitan virus tersebut. Saya cadangkan agar pihak Pengurusan dapat membuat kempen kesedaran untuk menggalakkan semua staf mendapatkan vaksin dengan segera demi keselamatan semua.”

Puan Aeudura Stella Angun

Setiausaha kepada Pengurus Besar, Kristal Handal Sdn. Bhd.

“Pada pendapat saya, vaksin COVID-19 wajib diambil oleh golongan yang layak seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengawal penularan penyakit COVID-19 di samping mengurangkan

kebarangkalian penyakit ini menjadi lebih teruk serta demi menjaga kesejahteraan negara.”

Sekali lagi saya

MENGINGATKAN RAKYAT MALAYSIA yang tiada

URUSAN PENTING

DUDUK RUMAH DI LUAR DINASIHATKAN

di

TAN SRI DR NOOR HISHAM KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 4

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Encik EncikMohd MohdFadzrey Fadzreybin binYunus Yunus

Penolong PenolongPegawai PegawaiTadbir Tadbir Bahagian Pungutan Bahagian PungutanPinjaman PinjamanPengajian Pengajian

“Pada saya, suntikan inibaik sangat “Padapendapat pendapatperibadi saya, suntikan vaksinasivaksinasi ini sangat bagibaik bagi membantu mengawal atau memutuskan rantaian penularan membantu mengawal atau memutuskan rantaian penularan COVID-19. COVID-19.Apabila Apabilasemakin semakinramai ramailapisan lapisanmasyarakat masyarakatyang yang mengambil vaksinasi kebarangkalian untuk kita memutuskan mengambil vaksinasi, kebarangkalian untuk kita rantaian penyakit COVID-19 amat tinggi dan secara tidak lansung memutuskan rantaian penyakit dapat melindungi golongan yang berisiko tinggiCOVID-19 dan golonganamat yang tidak layak menerima tinggi danvaksin.” secara tidak langsung dapat

melindungi golongan yang berisiko tinggi dan golongan yang tidak layak menerima vaksin.”

Puan Emmaculate Marie Edward

Pegawai Sumber Manusia Unit Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB)

“Pengambilan vaksin ini adalah salah satu langkah yang baik untuk membendung penularan

berterusan virus COVID-19. Saya bercadang untuk mendapatkan suntikan vaksin di masa hadapan apabila kajian keberkesanannya telah lengkap.”

Encik Hidzwan bin Hasnan

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB)

“Pengambilan vaksin adalah amat penting untuk mengawal penularan COVID-19 di negara kita. Pada mulanya, timbul banyak keraguan berkaitan pengambilan

vaksin ini, tetapi selepas membuat kaji selidik serta bertanya kepada rakan-rakan yang bertugas sebagai barisan hadapan perubatan yang sudah mengambil vaksin tersebut mengenai kesan sampingan yang mereka alami, saya dapati mereka mengalami pelbagai kesan sampingan yang berbeza dan ini bergantung kepada individu itu sendiri. Ada yang mengalami suhu demam yang tinggi dan ada juga yang tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas mengambil vaksin berkenaan. Buat masa ini, saya bercadang untuk mengambil vaksin tersebut sambil mengambil tahu isu semasa mengenai vaksin COVID-19.”

Encik Zinuin Manjani

Penolong Pegawai Sumber Manusia Unit Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB)

“Suntikan vaksin ini adalah antara jalan terbaik untuk kita mengurangkan jangkitan virus COVID-19, di samping mengamalkan langkah-langkah SOP.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

5


Datuk Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kuih Raya kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

SUMBANGAN Kuih

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Raya

KEPADA PASUKAN KESELAMATAN DAN BARISAN HADAPAN KESIHATAN Sempena dengan bulan Ramadan 1442H, Kumpulan Yayasan Sabah turut menyampaikan kuih-muih Hari Raya kepada pasukan keselamatan dan barisan hadapan kesihatan. Majlis Penyerahan Kuih-Muih yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada 29 April 2021 di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu diadakan bagi menghargai pengorbanan anggota-anggota keselamatan dan barisan hadapan kesihatan yang bertugas pada bulan Ramadan dan barisan hadapan kesihatan yang bertugas pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Pada majlis itu, Kumpulan Yayasan Sabah menyumbang sebanyak 24 kotak yang berisi kuih-muih tempatan, minuman dan kurma kepada 12 agensi anggota keselamatan dan barisan hadapan kesihatan. Kumpulan Yayasan Sabah merupakan antara 29 agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan yang telah menjayakan acara tahunan ini. Pada majlis tersebut, Pengarah Yayasan Sabah Merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar menyerahkan sumbangan kuih Raya kepada Datuk Seri Haji Hajiji bagi pihak penerima. Berita Kumpulan Yayasan Sabah turut mengambil kesempatan menemu ramah beberapa ketua anggota keselamatan dan kesihatan bagi mendapat reaksi lanjut penerimaan sumbangan kuih daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Sumbangan kuih Kumpulan Yayasan Sabah. 6

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Para penyumbang daripada agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan bersama dengan ketua-ketua pasukan keselamatan yang hadir di majlis tersebut.

Sebahagian sumbangan kuih Hari Raya daripada 29 agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.

Kolonel Mohammed Firdauz bin Osman Tentera Udara Diraja Malaysia Ketua Staf Angkatan Tugas Bersama 2

“Alhamdullilah kami berasa bangga dan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah atas keprihatinan menyumbangkan kuih Hari Raya kepada anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia yang bertugas semasa perayaan Hari Raya. Saya juga rasa amat terharu rakyat Sabah menghargai jasa-jasa pasukan keselamatan.”

Puan Shevena Jumin Jeffrey Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

“Ini adalah pertama kali kami daripada barisan hadapan petugas kesihatan menerima sumbangan kuih Hari Raya daripada Kerajaan Negeri Sabah. Ini jelas menunjukkan bahawa kami dihargai sepanjang perkhidmatan kami terutamanya semasa pandemik COVID-19 yang kita hadapi sejak tahun lalu. Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihat kepada semua rakyat negeri Sabah agar sentiasa patuh pada SOP agar kita semua dapat membendung pandemik COVID-19.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

7


Datuk Haji Gulamhaidar mengagihkan bubur lambuk kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah.

SUMBANGAN BUBUR LAMBUK MENGERATKAN SILATURAHIM STAF KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sempena dengan bulan Ramadan AlMubarak 2021M/1442H, Majlis Sumbangan Bubur Lambuk dan Bantuan Bakul Makanan Kumpulan Yayasan Sabah telah diadakan pada 22 April 2021 bertempat di Foyer Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sabah Merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. “Program ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) dengan objektif untuk meningkatkan keharmonian dalam kalangan staf Kumpulan Yayasan Sabah. Melalui pengedaran bubur lambuk, staf dari pelbagai latar belakang dapat menikmati bubur lambuk yang merupakan salah satu hidangan Ramadan yang digemari, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf Kumpulan Yayasan Sabah,” demikian menurut Datuk Haji Gulamhaidar yang juga Penaung BAKIYS.

Setiap bakul mengandungi 5 kg beras, 2 kg minyak masak BESS sumbangan Benta Edible Oil Sdn. Bhd. (subsidiari Benta Wawasan Sabah Sdn. Bhd, syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah) dan barangan keperluan asas seperti telur, sardin dalam tin, mihun, kopi, gula, garam, kicap dan jus minuman berperisa. “Ramadan adalah masa kita lebih prihatin dan bermurah hati. Kami berharap bahawa usaha ini akan memberi perbezaan positif kepada banyak pihak, “ kata Datuk Gulamhaidar.

Datuk Haji Gulamhaidar menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang staf.

Pada majlis tersebut, sebanyak 400 bekas bubur lambuk diagihkan kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah. Pada majlis Sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Hasanah kepada staf perkhidmatan pembersihan di Menara Tun Mustapha. yang sama, Datuk Haji Gulamhaidar turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 133 orang staf Datuk Haji Gulamhaidar beramah mesra bersama sebahagian daripada Kumpulan Yayasan Sabah yang bertugas di sekitar kawasan Kota penerima bantuan bakul makanan Kumpulan Yayasan Sabah. Kinabalu. Manakala 327 bakul makanan yang lain turut diagihkan kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah di zon, wilayah dan kawasan konservasi.

Datuk Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) yang diterima oleh Pengerusi BAKIYS, Tuan Haji Mohd Idris bin Mohd. Shafi. 8

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Staf yang bertugas di luar kawasan Kota Kinabalu turut menerima sumbangan bantuan bakul makanan. Lahad Datu @ 1 April 2021

Antara staf yang bertugas di kawasan Lahad Datu yang menerima sumbangan.

Sandakan @ 20 – 23 April 2021

Pengawal Keselamatan di Kawasan Konsesi Yayasan Sabah menerima bantuan bakul makanan.

Sandakan @ 20 – 23 April 2021

Staf yang bertugas di Kawasan Konservasi Kanyon Imbak, Sandakan turut menerima sumbangan bakul makanan.

Turut menerima bakul makanan adalah staf Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) yang bertugas di Karamuak, Sandakan.

Keningau @ 27 April 2021

Antara staf di kawasan Keningau yang menerima bakul makanan masing-masing.

Tawau @ 30 April, 1 & 4 Mei 2021

Penyampaian sumbangan bakul makanan kepada staf kawasan Pemuliharaan Hutan Projek INIKEA, Tawau pada 30 April 2021.

Penyerahan sumbangan bakul makanan kepada staf di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau, Tawau pada 1 Mei 2021.

Staf di Pusat Perhutanan Luasong menerima sumbangan masing-masing pada 4 Mei 2021. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

9


Perspektif

Ramadan

Dalam Norma Baharu Lazimnya, skrip Ramadan kita setiap tahun hampir sama. Walau bagaimanapun, Ramadan kali ini berbeza kerana kita semua diuji dengan pandemik virus COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa dan menyukarkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia. Ramadan kali ini bukanlah Ramadan yang biasa kerana kita semua perlu menempuh ibadat puasa, di samping meneruskan perjuangan bagi memastikan kesan pandemik virus COVID-19 ini berkurangan, dan seterusnya berakhir. Jika beberapa tahun sebelum ini, aktiviti sepanjang bulan Ramadan pada malamnya menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid. Masjid yang jarang-jarang penuh pada bulan-bulan selain Ramadan, jadi sesak pula dengan kehadiran ramai jemaah. Juadah berbuka puasa pula ke bazar Ramadan. Ada pelbagai menu seperti ikan bakar, kuih tepung pelita, air jagung, murtabak jawa, kuih terang bulan dan banyak lagi. Pada hujung minggu atau jika bercuti, sekeluarga pulang ke kampung untuk mengambil peluang bersahur dan berbuka puasa dengan ibu bapa dan sanak saudara yang tercinta. Namun begitu, pengalaman Ramadan sejak tahun lepas sehingga ke hari ini adalah berbeza. Jika tahun lepas, tiada lagi solat sunat berjemaah dan ibadat iktikaf di masjid serta hanya tuan imam, bilal dan siak sahaja yang dibenarkan berjemaah mengimarahkan masjid, tetapi pada tahun ini jumlah jemaah dihadkan dengan kapasiti mengikuti penjarakan fizikal dan tertakluk pada keluasan sesebuah masjid atau surau. Bazar Ramadan tidak dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah memandangkan bilangan kes positif di negeri Sabah masih lagi meningkat setiap hari hingga mencecah tiga angka. Ada peniaga yang mengeluh memandangkan persiapan telah dibuat. Apa sekalipun, semua ini dilaksanakan memandangkan kes positif di negeri Sabah menunjukkan peningkatan di beberapa lokaliti. Ketiadaan bazar Ramadan merupakan salah satu cara mencegah pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sering kali dilihat terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Jika hendak merasa popia basah, ikan bakar atau jus mangga, sama ada mencuba sendiri di

dapur atau membuat pesanan melalui aplikasi Grabfood atau Foodpanda mahupun pembelian secara dalam talian. Dalam erti kata yang lain, Ramadan yang berbeza ini memberikan cabaran yang berbeza kepada kita semua. Banyak rutin harian pada bulan Ramadan ini telah berubah dan tidak lagi seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesemuanya dengan rutin yang baharu. Pendek kata, Ramadan dua tahun ini sarat dengan pelajaran dan pengajaran buat semua umat Islam. Bukan sahaja di Sabah dan Malaysia, malah di seantero dunia. Namun semua cabaran ini tidak boleh dibiarkan sia-sia. Ujian kita pada Ramadan ini bukan setakat mengekalkan momentum ibadat sebagai tetamu Ramadan. Malah, sebagai pejuang menghadapi setiap cabaran dan kesusahan yang diakibatkan oleh pandemik virus COVID-19. Terdapat keuntungan yang besar menanti kita semua, jika kita dengan sabar menempuh setiap dugaan Ramadan 1442 Hijrah ini dengan jayanya. Ramadan juga diharap berjaya memupuk sifat baik dalam diri insan seperti mengasihani sesama manusia, prihatin terhadap orang kurang bernasib baik, sabar dan bersyukur. Ia juga diharap menjadikan Muslim dapat meninggalkan sifat mazmumah (buruk) seperti sabda Rasulullah SAW,

“Lima perkara yang menghapuskan puasa yakni dalam erti menghapuskan pahalanya, iaitu dusta, mengumpat, mengadu-domba, sumpah palsu dan melihat sesuatu dengan hawa nafsu” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Kita masih boleh bergembira walaupun perlu mengadaptasi norma baharu kerana Ramadan menjadikan kita sebagai jiwa bersyukur, masih mampu menghargai nikmat lain yang Allah SWT kurnia. Ia mengajar kita agar tidak menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri.


Ikuti temuramah sidang editorial kali ini dengan staf Kumpulan Yayasan Sabah mengenai Ramadan dalam norma baharu.

“Apa kata mereka?” “Bulan Ramadan tahun ini boleh dikira unik sedikit dan amat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana tradisi dan aktiviti norma sepanjang Ramadan seperti berbuka puasa dan solat sunat Tarawih terpaksa dilakukan mengikuti SOP yang ditetapkan. Tahun ini merupakan tahun kedua bazar Ramadan di negeri Sabah tidak dibenarkan beroperasi oleh kerajaan negeri bagi mengawal penularan COVID-19.

Encik Ahmad Fyzll, Pegawai, Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat

Pembayaran zakat juga terpaksa dilakukan secara dalam talian, amat berbeza daripada kebiasaan dahulu di mana kita bersemuka dengan amil. Seperti orang lain, saya dan keluarga turut berasa sedih kerana banyak perkara yang tidak dapat dilakukan seperti dahulu kala. Mahu atau tidak, kita terpaksa menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa. Beringatlah sentiasa, jaga penjarakan fizikal dan patuhi SOP yang ditetapkan.”

“Berpuasa dalam norma baharu tidak banyak perbezaan. Cuma dengan ketiadaan bazar Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini mengurangkan sedikit kemeriahan suasana berpuasa. Nasihat saya, patuhilah SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. #kitajagakita.” Puan Irine Smith, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian

“Norma baharu tahun 2021 ini memberikan sedikit cabaran kepada saya. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, terdapat kedai yang tidak beroperasi dan bazar Ramadan juga tidak dibenarkan beroperasi. Sebagai staf yang bekerja dan pulang sekitar jam 5.00 petang, saya biasanya akan singgah di bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa tetapi dalam norma baharu ini, saya terpaksa bergegas pulang dan menyediakan juadah untuk keluarga dalam masa 30 minit sahaja.

Puan Nur Arshilla Atiqah binti Jasili, Penyelaras Tempahan Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembangan Maliau & Kanyon Imbak)

Sentiasalah patuhi SOP yang ditetapkan. Jika berbuka puasa di luar, pastikan sentiasa memakai pelitup muka, sentiasa membawa dan menggunakan hand sanitiser di mana sahaja anda berada. #kitaadalahfrontliner #kitajagakita.”

“Ramadan dalam norma baharu terasa sedikit kekurangan daripada kebiasaan sebelumnya. Jika dahulu, dapat kita merasai kemeriahan datang ke masjid beramai-ramai, melihat kanak-kanak bermain di sekitar masjid dan pakcik-pakcik berkumpul untuk minum teh sambil menikmati hidangan ringan serta berbual selepas selesai solat sunat tarawih. Bazaar Ramadan juga tidak dibenarkan. Walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19, ibadah puasa wajib kita laksanakan dengan berlapang dada dan memohon pertolongan Allah SWT dalam mengharungi virus COVID-19. Teruskan ikut SOP yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. Jangan leka dengan kelonggaran yang diberikan kerana kita ialah frontliners. #kitajagakita.” Encik Za’im Zharfan bin Haji Abdul Haling, Kerani Kanan, Pemasaran dan Tempahan, Innoprise Capital Sdn. Bhd.


Encik Hanafiah menyampaikan taklimat mengenai aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah.

PENDIDIKAN ANAK BANGSA

NEGERI SABAH PERLU DIBERI TUMPUAN – Datuk Abidin “Saya ingin Kumpulan Yayasan Sabah menumpukan perhatian terhadap pendidikan lanjutan pelajar-pelajar kawasan luar bandar terutamanya yang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi selaras dengan salah satu objektif penubuhannya, iaitu memberi penekanan terhadap kemajuan pendidikan,” tegas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin bin Madingkir semasa Sesi Taklimat Aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah pada 9 April 2021 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. “Dalam keadaan pandemik COVID-19, pendapatan masyarakat luar bandar terutamanya golongan B40 terjejas dan memberi kesan kepada ibu bapa dalam membayar yuran pengajian anak-anak mereka. Ibu bapa yang berada di bandar mungkin

12

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

boleh mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan bantuan kewangan tetapi bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar, maklumat kadang kala tidak sampai kepada mereka,” kata beliau lagi. Selain itu, Datuk Abidin turut mengesyorkan agar kutipan pinjaman pengajian dilaksanakan dengan lebih tegas memandangkan pembayaran balik para peminjam ini dapat digunakan bagi generasi akan datang. “Saya percaya, ramai antara peminjam ini mempunyai kerjaya yang baik. Saya yakin mereka cukup mampu membayar balik pinjaman yang diberikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dalam membantu pengajian mereka dahulu.”


Tambah beliau lagi, “Program Pembangunan Masyarakat terutamanya pembinaan serta pembaikan rumah perlu diteruskan. Jika dilihat di kawasan pedalaman, masih ramai lagi keluarga yang tinggal di rumah yang dalam keadaan usang. Kita tidak mahu masyarakat luar bandar tercicir dalam era pembangunan moden hari ini.”

Pada sesi taklimat tersebut, Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman telah memberi penerangan kepada Datuk Abidin mengenai program sosial dan aktiviti komersial di samping usaha pemuliharaan alam sekitar Kumpulan Yayasan Sabah.

Manakala dalam ucapan aluannya, Pengarah Yayasan Sabah Merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar menyatakan bahawa sokongan daripada Datuk Abidin amatlah diharapkan sebagai pemangkin buat Kumpulan Yayasan Sabah untuk terus maju selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya. “Sesungguhnya portfolio Datuk Abidin sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang bertanggungjawab memantau beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government-Linked Companies) dan Badan-badan Berkanun termasuk Kumpulan Yayasan Sabah, adalah penting dalam memastikan agenda kerajaan dapat dicapai dengan jayanya.”

Datuk Abidin disambut oleh Datuk Haji Gulamhaidar dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

Datuk Abidin menyampaikan amanat beliau.

Datuk Abidin (sembilan dari kanan) bersama barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

13


Anugerah

JASAMU DIKENANG 2020

Puan Zaiton binti Bakri Pengurus Kumpulan Pusat Kraftangan Sabah

“Saya mula bertugas di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens pada bulan Jun 1983 sebagai kerani, sementara menunggu keputusan tahun akhir pengajian saya. Pada bulan Julai 1983, saya dilantik sebagai Pegawai Perpustakaan sehingga menjawat jawatan Ketua Pustakawan pada tahun 2003 dan seterusnya ditugaskan di Pusat Kraftangan Sabah (PKS) sebagai Pengurus Kumpulan pada tahun 2013. Pada bulan September tahun 2020 selepas bersara wajib, saya telah ditugaskan pada anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah, Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB) yang turut berfungsi sebagai syarikat pemasaran PKS, sebagai Pengurus Besar. Ketika bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah, banyak pengalaman yang telah saya peroleh di mana sebagai Pustakawan, saya banyak berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk membantu dalam pencarian maklumat dan menggalakkan masyarakat gemar membaca bagi membentuk masyarakat berilmu. Saya juga berpeluang untuk membantu menubuhkan k@Borneo atau knowledge@Borneo antara perpustakaan di Sabah, Sarawak, Brunei dan Wilayah Kalimantan di Pontianak, Palangkaraya, Banjarmasin dan Samarinda. Saya juga pernah menjawat tugas Presiden k@Borneo untuk tempoh dua penggal. Pencapaian yang saya peroleh ketika di k@Borneo adalah salah satunya dapat menyatukan daripada bermula tujuh buah perpustakaan sehinggalah kepada 17 buah perpustakaan di Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Wilayah Kalimantan Barat, Tengah, Selatan dan Timur. Saya sempat membuat kunjungan hormat kepada Bapak Gabenor Kalimantan Timur pada tahun 2013. Kunjungan ini sangat bermakna kerana di Wilayah Kalimantan semua badan perpustakaan diletakkan di bawah naungan Pejabat Gabenor. Bertugas di PKS merupakan satu cabaran dan pengalaman yang besar di mana saya bukan sahaja perlu berinteraksi dengan staf seperti kebiasaan di mana-mana bahagian atau unit di Kumpulan Yayasan Sabah tetapi di PKS saya juga perlu mengendalikan pelatih, jurulatih, bakal usahawan dan usahawan daripada pelbagai etnik di seluruh Sabah khususnya dan agensi-agensi yang terlibat dengan kraf tangan. Banyak pencapaian telah diperoleh semasa bertugas di PKS selama tujuh tahun tersebut. Antaranya dapat menaikkan nama PKS amnya dan khususnya Kumpulan Yayasan Sabah. Selama bertugas di PKS saya telah membawa kraf tangan hasil anak tempatan Sabah ke peringkat antarabangsa seperti ke Eropah, Amerika Syarikat, United Kingdom dan China bersama syarikat pemasarannya, KHSB. Ini merupakan hasil kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). Kumpulan Yayasan Sabah melalui KHSB telah memperoleh Sijil Pematuhan Kualiti Batik ISO 692:2007 Batik Malaysia melalui jenama Batik Bayu pada tahun sejak 2015. KHSB merupakan satu-satunya penerima Sijil Pematuhan tersebut untuk negeri Sabah. Setelah berusaha sejak tahun 2015, akhirnya PKS mendapat kelulusan dana sekali lagi daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan sebuah asrama empat tingkat bersebelahan dengan bangunan PKS yang boleh menampung para pelatih seramai dua ratus orang dalam satu-satu masa. Kumpulan Yayasan Sabah melalui PKS amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia kerana telah membantu untuk menjalankan latihan kraf tangan di PKS melalui pemberian dana untuk pembangunan modal insan. PKS juga telah berjaya mengeluarkan usahawan yang cemerlang dan telah dinobatkan sebagai Usahawan Muda oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Master Craft daripadaw Institut Usahawan Muda Malaysia, Pengiktirafan Kraf Kampung Ku di Batu Lunguyan, Sook oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan membantu menubuhkan Koperasi Kraftangan Batu Lunguyan, Sook. Usahawan keluaran PKS dijenamakan sebagai Usahawan Niaga Industri Kraf (UNIK). PKS juga kini memegang rekod Batik Lukisan Tangan Terpanjang 2583.8 meter dalam The Malaysia Book of Records pada tahun 2018 yang sekali gus memecahkan rekod sebelumnya iaitu 2,020 meter yang dicapai pada tahun 1996 di Johor Bahru. Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan apabila membuat jerayawara bersama staf PKS dan staf dari bahagian lain di Kumpulan Yayasan Sabah. Bertugas di lapangan membuat kita lebih dewasa dan dapat mengenal hati budi 14

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


seseorang dengan lebih dekat lagi serta banyak kenangan manis dan pahit dapat dikongsi bersama. Saya dengan tulus ikhlas ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian untuk menjadi seorang yang berjaya dan cemerlang dalam hidup, perlu berusaha bersungguh-sungguh apabila diberi satu tanggungjawab tidak kira sekecil mana pun tugasan tersebut. Integriti merupakan pedoman hidup serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain sebagai prinsip hidup. Bertugas dalam sebuah organisasi kejujuran dan saling hormat-menghormati ialah perkara utama dan sentiasa mendengar pandangan staf sokongan kita kerana ada ketikanya kita sebagai pegawai atasan pun kadangkalanya terlepas pandang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah memberi saya peluang dan kepercayaan untuk bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah khususnya di Perpustakaan Penyelidikan Tun Haji Mohd Fuad Stephens, PKS dan KHSB. Pengalaman yang saya peroleh selama 37 tahun di Kumpulan Yayasan Sabah akan saya kenang selama-lamanya. Tidak dilupakan pada bekas staf saya di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd Fuad Stephens, PKS dan KHSB yang sentiasa memberi kerjasama yang padu dalam satu pasukan kerja tanpa mengira waktu untuk menyiapkan sesuatu tugasan demi kecemerlangan Kumpulan Yayasan Sabah. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan.” “Age and size are only numbers, it’s the attitude you bring to clothes that makes a difference.”- Donna Karan

Dr. Goh Kim Soh @ Doreen Managing Director YSG Bioscape Sdn. Bhd. “I joined Yayasan Sabah in July 1995. The best aspects of working with Yayasan Sabah Group is to have the opportunity and support to spearhead the establishment of a tissue culture facility for the commercial propagation and distribution of clonal teak all over the world, and be the very first to do so! The most difficult aspect of working in Yayasan Sabah Group is the inability to convince the higher management within the Group to invest in large-scale planting of high value timber, especially teak, in logged-over forests in Sabah for the future generations. In retirement, I will continue to assist and advise those who needs my expertise, while at the same time, stopping to smell the roses. I will miss traveling to far away places, meeting new people, learning, and seeing our teak babies growing well on the ground. The most memorable moments working in Yayasan Sabah Group are when the Plant Biotech Lab, a tiny unit within the Forestry Division based in Tawau, upgraded to a full-fledged company in 2003 following the visit of the Director at that time, Tan Sri Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul, and being conferred the Best Staff Award. My advice for all staff/Management of Yayasan Sabah Group is stay humble and be humane, for these are what you will be remembered for at the end of your journey.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

15


Encik Grey bin Denis Sempongan Pengurus Unit Pengukuhan dan Pematuhan Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Ogos 1981. Kebajikan staf dan peluang-peluang kenaikan pangkat kepada staf adalah aspek terbaik bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Sepanjang berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah, aspek terbaik yang saya alami ialah melaksanakan dan membuat keputusan terutamanya dalam penguatkuasaan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard. Saat yang tidak dapat dilupakan dalam menjalankan tugas adalah kemesraan staf dan keprihatinan Pengurusan kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah. Semasa persaraan, saya akan menguruskan kebun buah-buahan dan kebun getah saya sebagai punca pendapatan alternatif, di samping sebagai satu bentuk riadah untuk menjaga kesihatan diri. Saya amat berharap agar staf Kumpulan Yayasan Sabah di semua peringkat bekerja dengan komited, bersih, dan amanah.”

Puan Evelyn Nina Jock Senior Administrative Officer Forestry Division (Sandakan) “I joined Yayasan Sabah Group (YSG) in October 1989. I wrote in applying for any available posts. When I was called in for an interview, it was like any other interview and I did not think that I would get a job at all as I understood then there were others. I was pleasantly surprised when I was called by a staff saying I got the job and YSG had been looking out for me for about a month already. When I was overseas studying in the United Kingdom (UK), I had always wished to work in the prestigious building of YSG. And the interesting bit was, it was not because of whom I know that I got a job there, it was because of who I am and what I could do. Meeting and working with amazing colleagues and friends, and because you spend eight hours daily with them for five working days, they become a part of your journey in life and most of all they were like family. My journey in YSG started in the offices of Group General Manager, Group Company Secretary, Business Development Unit, Pacific Hardwoods Sdn. Bhd, Chief Executive Officer, Tourism and Leisure Division, Sabah Softwoods Berhad and Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. in Sandakan. I appreciate all of my previous bosses from these various offices, Encik Stanislaus Golokin, Encik Damianus Aludah, Encik Chiang Wei Chia, Encik Rudy Kinajil, Tuan Haji Kadir Damsal, Encik Raymond Tan, Tuan Haji Awang Mohdar, Tuan Haji Jihek Basanu, Tuan Haji Mohd. Daud Tampokong, Encik Gregory Mosigil, Encik Thaijudin Jeman, Encik Boljen Majingin and Dr. Esther Li, each unique and different in their style of management. They have inspired and transformed me to be a better version of myself. The most difficult aspects of working in YSG would have to be the human aspects. Being an administrator, I have to be skilled in both my job as well as in human relations. I have to deal with staff personality issues, attitudes, dishonesty, resolving conflicts, absenteeism, and making good decisions daily. I would encourage fortitude teamwork among my peers always. Being successful in handling issues makes me happy. Now that I am retired, I want to retire with confidence and enjoy my detachment from work. I felt I have worked all my life, all those long hours at work, working till about 7 pm and even 9 pm at times. These are but memories now. All I plan to do now is take things easy, have more quality time with my family and to be happier than. I missed the wonderful friends that I met and worked with, in all the different divisions, during my journey in YSG. I worked longer with RBJ and I will certainly miss these friends of mine-too many to mention. And of course, I am going to miss my work, which I had been doing since I started with YSG. The work kept me alert, efficient and hard working. I have not only one memorable moment but many moments throughout my journey with YSG. One in particular was when I assisted a colleague, Encik Sulaiman Badua to prepare an approval memo on a prosthetic leg for his wife, just before he took Voluntary Separation Scheme (VSS) in 2003. The memo was approved by top management and his wife had a new leg. Encik Sulaiman was so grateful that he mentioned to others that he was forever grateful to me and that regardless of race or religion, I was not biased in my endeavour and had helped him and his family. That was indeed wonderful to hear. To my friends whom I have had the pleasure to work with, thank you for all the support and encouragement you have given me. Be yourself, be kind and be humble, in whatever position you hold in YSG. Do not be judgemental and proud just because you have a degree but work hard and be respectful of your superiors as well as your peers.”

16

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Puan Enjilin binti Kasah Pegawai Tadbir Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Februari 1980. Tidak dinafikan banyak aspek terbaik bekerja dengan organisasi ini. Antara aspek tersebut, amalan integriti, bekerjasama dalam satu pasukan, harmoni dan bertoleransi. Pihak Pengurusan sentiasa prihatin terhadap masalah staf terutamanya kebajikan dan kesihatan. Di samping itu, Pengurusan turut mengutamakan kemajuan pendidikan. Saya telah berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia ketika berada bersama Kumpulan Yayasan Sabah. Bagi saya tiada aspek yang paling sukar ketika bertugas. Kami di Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK), mengamalkan kerja berpasukan, bersedia menerima apa sahaja tugasan yang diarahkan tepat pada masanya. Atas faktor tersebut, semua tugas dapat berjalan dengan lancar dan saya sentiasa gembira semasa menjalankan tugasan. Ketika ini, saya menghadapi persaraan dengan positif. Saya bersyukur kerana bersara pada usia persaraan sebenar. Saya bercadang untuk meneruskan minat saya menjaga kesihatan dan bersenam. Di samping itu, jika diizinkan Tuhan, saya bercadang untuk melancong ke tempat menarik apabila dunia sudah pulih daripada pandemik COVID-19. Saya sangat merindui kejujuran, keikhlasan, kerjasama yang erat di antara rakan-rakan sepejabat dahulu. Seperti kata pepatah ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,’ begitulah perumpamaan yang tidak dapat saya lupakan ketika itu. Kami sentiasa tersenyum di samping berusaha mengatasi apa jua masalah dalam tugasan seharian. Saat terindah yang kekal menggamit memori saya semestinya apabila saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 2010 dan 2015. Sebelum saya mengundur diri, saya berharap agar staf dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah dapat merealisasikan impian untuk ‘Memacu Insan Berdaya Maju’ di samping meneruskan misi untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah.”

Encik John bin Chin Chang Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Lahad Datu “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Julai 1981 selama 39 tahun 7 bulan 23 hari. Saya bersara wajib pada 8 Mac 2020. Bagi saya aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah banyak pengalaman yang saya peroleh daripada tugasan seperti timber measuring, kerani perkapalan, kerani am dan pelbagai tugasan

di bahagian pentadbiran.

Kesukaran bekerja itu memang ada di mana–mana organisasi dan dapat di atasi dengan adanya kerjasama dalam kalangan semua pihak dan mengubah nasib seseorang itu untuk berjaya kelak. Rancangan saya semasa persaraan sedang diatur tapi terbuntu sementara buat masa ini disebabkan pandemik COVID-19 yang menyukarkan kita berurusan atas sebab arahan kerajaan untuk semua rakyat, Stay At Home, dan mengikut SOP. Walaupun saya sudah bersara, saya masih merasa rindu bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah dengan tugasan dan kawankawan seperjuangan yang masih berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah terutama sekali daripada segi gurauan, senyuman dan ketawa rakan-rakan sepejabat yang susah untuk dilupakan. Dengan usaha yang gigih dan berbekalkan disiplin, ikhlas dan setia bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah yang saya tidak akan lupakan apabila dinaikkan pangkat ke Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Unit Innoprise Face Foundation Project (INFAPRO) Lahad Datu sehinggalah saya bersara. Nasihat saya untuk staf yang masih berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah agar bekerja dengan ikhlas, setia, jujur dan amanah serta jangan abaikan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan. Harapan saya semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus berkembang maju dan menjadi antara organisasi yang terbaik di Malaysia.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

17


Encik Hassan bin Abdul Penolong Akauntan Bahagian Pantai Timur (Sandakan) “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1983. Pada mulanya, saya ditugaskan di Bahagian Pembangunan Pendidikan (Ibu Pejabat Kota Kinabalu). Kemudian, saya dipindahkan ke pejabat Kawasan Kinabatangan pada tahun 1990, seterusnya ke Sandakan pada tahun 2003. Saya bersara wajib pada bulan Januari 2020. Jawatan terakhir saya adalah Penolong Pegawai Tadbir (Penolong Akauntan). Kumpulan Yayasan Sabah mempunyai tadbir urus yang baik dan sangat mengutamakan kebajikan stafnya. Sebagai contoh, staf Kumpulan Yayasan Sabah yang bersara wajib diberi honorarium. Semasa saya berkhidmat di pejabat Kawasan Kinabatangan, Beluran dan Sandakan, urus tadbirnya disatukan berpusat di daerah Sandakan. Antara projek yang diusahakan adalah khususnya projek kebun kelapa sawit dan kolam ikan. Saya sangat gembira dapat berbakti kepada masyarakat dengan berkongsi pengalaman kepada penduduk setempat. Saya amat rindu dengan program-program sosioekonomi Kumpulan Yayasan Sabah. Melalui program sebeginilah saya dapat melihat dan berkongsi maklumat dengan penduduk setempat. Selain itu, saya juga merindui pengalaman semasa mewakili pasukan ping-pong Kumpulan Yayasan Sabah ketika Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) pertama yang diadakan di Kota Kinabalu pada tahun 1990.”

Encik Madi bin Sanap Pengawal Keselamatan Borneo Security Centre Sdn. Bhd. “Saya mula bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah pada 29 Mei 1989, di Kolam Balak, Tanjung Batu Laut, Tawau. Saya bersyukur kerana setelah bekhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya dapat membeli rumah untuk keluarga saya di Taman Bakti Ikhlas. Dua orang anak saya kini telah tamat pengajian di Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). Banyak cabaran yang saya tempuhi, kenangan pahit dan manis serta pelbagai ragam manusia dalam menjalankan tugas. Saya bercadang untuk memulakan penanaman pisang, walau bagaimanapun rancangan ini bergantung dengan tahap kesihatan saya. Antara perkara yang akan saya rindui adalah pertandingan sukan Kumpulan Yayasan Sabah yang memberi saya peluang ke luar daerah seperti, Sandakan, Tawau dan Keningau. Saya merupakan salah seorang atlet yang sangat aktif dalam sukan olahraga dan sepak takraw. Menerima Anugerah Jasamu Dikenang pada Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Bersabar dan bermegahlah bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah, pasti akan ada hasilnya. Tiada kata lain yang dapat saya ungkapkan selain kata tahniah dan linangan air mata. Selamat tinggal warga Kumpulan Yayasan Sabah.”

Puan Jalita @ Julianah binti Jamari Pegawai Percetakan/Jilidan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens “Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Februari 1982. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah melihat bagaimana organisasi ditadbir urus. Organisasi ini amat mengambil berat dan menjaga kebajikan staf seperti memberi kemudahan rawatan perubatan, pinjaman, skim persaraan dan memberi bayaran Gantian Cuti Rehat (GCR). Pihak Pengurusan juga menyediakan kemudahan tempat solat dan rekreasi. Manakala aspek yang paling sukar apabila mengalami gangguan elektrik dan kerisauan tentang pandemik COVID-19. Menyentuh persoalan selepas persaraan, sudah tentu saya akan berehat dan tinggal bersama keluarga di samping membuat aktiviti riadah dan kerja-kerja amal, Insya-Allah. Aspek yang akan dirindui pastinya rakan-rakan sekerja yang bekerja dalam pasukan yang mempunyai semangat gigih. Di samping itu, saat-saat yang tidak akan dilupakan apabila saya berjaya berkhidmat hingga ke garis penamat dengan Kumpulan Yayasan Sabah di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens dalam tempoh 38 tahun, Alhamdulillah. Nasihat saya untuk semua staf yang masih berkhidmat, teruskanlah bekerja dengan penuh tanggungjawab. Pastikan legasi organisasi ini tetap positif dan berpegang pada nilai-nilai murni Kumpulan Yayasan Sabah agar ia kekal buat selamanya.” 18

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Encik Ejrush @ Edrus bin Dalinting Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Kanan Bahagian Perhutanan, Kota Kinabalu “Saya mula bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 November 1989 dan telah pun berkhidmat selama 34 tahun. Kejayaan yang boleh dibanggakan adalah menjadi staf pertama Kumpulan Yayasan Sabah yang diperakui oleh Majlis Keselamatan Negara. Pada masa persaraan ini, saya terlibat dalam perkhidmatan konsultan persendirian dalam bidang keselamatan dan alam sekitar. Kenangan bersama Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. adalah apabila menerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Sektor Perhutanan di Peringkat Kebangsaan selama 10 tahun berturut-turut dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. Saya turut terlibat penuh dalam pelaksanaan program Mentor Mentee di Malaysia. Nasihat saya kepada staf agar bekerja dengan penuh komited. Kepada pihak Pengurusan, pandanglah staf dari segi kualiti dan pencapaian diri serta kerja seseorang.”

Encik Camillus Francis Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1986 sebagai Kerani Am di Unit Pentadbiran. Kemudian, jawatan saya dinaikkan ke Penolong Pegawai Tadbir pada tahun 2001 dan kekal bertugas di Unit Pentadbiran. Selama 34 tahun berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah, kenangan yang saya tidak akan dapat lupakan adalah waktu selepas VSS, di mana bilangan staf dikurangkan. Ketika itu, saya diamanahkan pelbagai tugasan dan pada masa itu saya betul-betul rasa sibuk kerana semua kerja perlu diselesaikan. Akan tetapi, saya sangat bersyukur menjadi staf Kumpulan Yayasan Sabah kerana diberikan rawatan perubatan percuma dan perlindungan insurans sepanjang berkhidmat. Sudah tentu saya teramat rindu kepada rakan-rakan seperjuangan sebab kami semua telah melalui liku-liku alam pekerjaan bersama. Kenangan yang paling saya rindui adalah semasa menghadiri Seminar Bina Semangat di Hotel Celyn, Ranau dan berpeluang melawat kawasan-kawasan konservasi Kumpulan Yayasan Sabah. Saya doakan agar semua rakan-rakan saya kekal sihat dan dipanjangkan umur, sampai jumpa lagi. Akhir sekali, nasihat saya untuk semua rakan-rakan dan pihak Pengurusan agar dapat melaksanakan tugasan yang diamanahkan kerana anda adalah nadi Kumpulan Yayasan Sabah. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah. THANK YOU!”

Encik Sablas bin Kalat Juruteknik Penyelenggaraan Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya mula bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Januari 1993. Sepanjang tempoh 27 tahun berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, antara aspek terbaik yang menjadi kebanggaan saya adalah menjadi salah seorang pekerja di organisasi yang menjadi mercu tanda negeri Sabah. Pengurusan pentadbiran juga baik dan sentiasa peka dengan kebajikan staf. Sepanjang saya berkhidmat dengan organisasi ini, saya tidak mempunyai sebarang kesukaran ketika bertugas. Apa yang penting bagi saya arahan dipatuhi dan kerja dilaksanakan mengikut masa dan piawaian kerja yang betul. Perancangan semasa bersara, saya akan balik ke kampung di Kota Marudu untuk mengusahakan kebun bersama keluarga. Antara perkara yang saya rindui sepanjang berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bekerja, gurauan rakan-rakan selama 27 tahun berkhidmat dengan organisasi ini. Nasihat saya untuk warga Kumpulan Yayasan Sabah yang masih berkhidmat, tidak mengira apa jawatan, kita perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kesinambungan organisasi ini untuk generasi akan datang. Kunci utama tersebut adalah saling bekerjasama.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

19


Encik Nasib @ Ismail bin Dullah Pemandu Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya mula bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah pada 9 Mei 1985. Saya bersyukur kerana berpeluang berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah yang banyak menjaga kebajikan stafnya. Antara cabaran yang saya hadapi adalah berkerja di luar daerah membawa pegawai ke Kanyon Imbak dan Lembangan Maliau. Ketika itu, jalan raya tidak berturap seperti sekarang. Ada juga jalan yang tidak mempunyai jambatan dan perlu mengharungi sungai. Saya kini sedang mengusahakan perniagaan restoran yang terletak di Plaza Manggatal. Saya merindui rakan-rakan sekerja dan pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah atas kebaikan mereka dan sifat menghormati staf bawahan. Salah sorang pegawai pernah tertinggal dompet di dalam kereta organisasi dan saya secara jujurnya menyimpan dompet berkenaan sehingga pegawai tersebut menghubungi saya. Ketika itu, saya dapat tahu bahawa pegawai tersebut menghadapi masalah peribadi iaitu ibunya yang memerlukan rawatan di hospital. Nasihat saya, selamat bekerja dengan penuh dedikasi dan bertolak ansur antara staf dan pihak Pengurusan diteruskan pada masa akan datang.”

Encik Martin bin Sabuting Koperal Borneo Security Centre Sdn. Bhd. “Saya mula bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah pada 7 September 1981 dan jawatan akhir saya adalah Koperal di Borneo Security Centre Sdn. Bhd. Sepanjang berkhidmat lebih dari 38 tahun, saya berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti dan kursus yang dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Dalam setiap tanggungjawab kita lalui sememangnya ada kenangan yang sukar seperti apabila ada rakan yang tidak hadir bertugas tanpa makluman awal. Ini secara langsung menjejaskan perkhidmatan pengawalan, mencari pengganti atau saya sendiri terpaksa mengambil tempat staf yang tidak hadir. Sungguhpun begitu, saya memang rindu bertugas bersama dengan rakan-rakan seperjuangan. Saat yang tidak dilupakan adalah menjadi salah seorang wakil kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah yang menjuarai Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sabah bagi tahun 2013 hingga 2015 dan menjuarai Perbarisan Sempena Istiadat Perbarisan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 2016. Semasa persaraan ini, saya akan meluangkan lebih masa bersama keluarga dan mengusahakan kebun saya. Di sini saya amat berharap staf mengamalkan kerjasama dan kejujuran bagi memastikan kecemerlangan Kumpulan Yayasan Sabah.”

Encik Abdul Gapad bin Anjuran Pengawal Keselamatan Borneo Security Centre Sdn. Bhd. “Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada bulan Januari 1995. Antara aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah meningkatkan pengalaman dan pengetahuan saya dalam penugasan. Amnya dalam hal-hal keselamatan seperti latihan keselamatan staf, harta benda dan organisasi. Perkara paling sukar sepanjang saya bertugas adalah pada awal tahun 2008 di mana keadaan ekonomi tidak stabil dan memberi kesan kepada syarikat. Rancangan saya selepas persaraan adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga dan menjalankan perniagaan kecilkecilan. Saya akan merindui nilai persahabatan antara staf yang terjalin sepanjang saya berhidmat. Detik yang tidak dapat saya lupakan adalah semasa saya bertugas di podium Menara Tun Mustapha pada tahun 2015 telah berlaku satu gegaran gempa bumi di mana semua orang berlari untuk mencari tempat yang selamat. Nasihat saya kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah adalah teruskan usaha yang baik bagi memperkukuhkan organisasi ini buat generasi Sabah yang akan datang.” 20

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Encik Kasman bin Assan Renjer Hutan Bahagian Perhutanan, Tawau “Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Ogos 1981 sehingga 31 Disember 2020. Aspek yang terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adaah mendapat pengalaman yang banyak tentang pengurusan kayu-kayan dan cara mengelolakan gerak kerja mengikut prosedur syarikat. Saya juga banyak mengikuti kursus yang memberi kemahiran ketika menjalankan tugas di dalam hutan. Manakala aspek yang paling sukar adalah ketika saya menjalankan tugas di dalam hutan yang mempunyai banyak cabaran di luar jangkaan, tetapi atas tanggungjawab saya tetap meneruskan tugasan sehingga bersara. Perancangan selepas bersara, saya akan memulakan kerja sendiri yang memberi manfaat kepada keluarga. Saya akan merindui rakan-rakan setugas yang sangat prihatin. Kenangan yang tidak dapat saya lupakan adaah ketika menjalankan aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat seperti bersukan. Pengalaman ketika saya dan rakan setugas dikepung

sekumpulan gajah liar ketika menjalankan tugas di dalam hutan merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Nasihat saya kepada rakan-rakan yang masih lagi bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab demi memajukan syarikat.”

Encik Othman @ Antab bin Anjar Penolong Pegawai Penyelidik Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak “Saya mula bertugas dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 28 Mei 1979. Telah banyak kenangan manis buat saya sepanjang berkhidmat di organisasi ini. Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika bertugas di luar kawasan yang banyak menggunakan tenaga dan buah fikiran. Saya pernah menjalankan tugas

luar kawasan dengan menggunakan perahu di Kg. Penimbawan, Tuaran. Semua saya tempuhi demi memastikan tugas berkenaan selesai dengan jayanya.

Perancangan saya semasa bersara adalah untuk berehat bersama keluarga di kampung halaman. Saya pasti merindui suasana pejabat dan rakan-rakan di Kumpulan Yayasan Sabah. Nasihat saya kepada rakan-rakan yang masih berkhidmat, jalankanlah tugas anda dengan keikhlasan dan kesetiaan. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

Encik Ak. Kamaruddin bin Pgn. Awang Besar Pustakawan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd Fuad. Stephens “Saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 40 tahun 6 bulan dan 27 hari bermula pada 1 September 1979. Pada saya aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah semangat berpasukan antara staf. Kebajikan staf juga dijaga seperti kemudahan perubatan percuma untuk staf dan ahli keluarga serta manfaat ketika bersara. Alhamdullilah, bagi saya tiada perkara sukar yang dihadapi sepanjang berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Rancangan saya semasa bersara adalah mengurus sepenuhnya perniagaan yang sedia ada dan melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO). Aspek yang akan dirindui sepanjang bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah adalah gelak tawa dan gurau senda rakan sekerja. Saat-saat yang tidak akan dilupakan adalah ketika diberi tugasan luar pejabat. Nasihat saya untuk semua staf yang masih berkhidmat adalah berkerjalah dengan penuh dedikasi, ikhlas dan amanah.” BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

21


Encik Damarin bin Munsing Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Kota Marudu) “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 November 1989 sehingga 11 Mei 2020. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah mendapat peluang mempelajari perkara baharu pada setiap masa melalui latihan yang diberikan serta dapat mengadaptasi cara kerja mengikut trend dan kehendak majikan terutama apabila berlaku perubahan kerajaan. Manakala aspek yang paling sukar adalah ketika menghadapi kebimbangan pada awal tahun 2000 apabila berlaku krisis ekonomi yang membawa kepada pengurangan staf pada tahun 2003. Perancangan selepas bersara, saya akan memulakan kerja peribadi yang dapat memberi manfaat kepada keluarga dan akan membuat saya cekal aktif. Ini juga memberi peluang kepada saya untuk melakukan kerja-kerja peribadi yang tertunggak kerana ketiadaan masa melakukannya semasa saya berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah. Saya akan merindui rakan-rakan setugas yang sangat prihatin. Kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah bersenda gurau bersama rakan sepejabat sepanjang perkhidmatan. Nasihat saya kepada rakan-rakan yang masih lagi bekerja agar terus berusaha untuk mencapai prestasi yang terbaik untuk Kumpulan Yayasan Sabah dan negeri Sabah.”

Puan Ma Leong Chew Financial Services Manager Accounts and Financial Services Division (ICSB) “I joined Yayasan Sabah Group after I graduated in December 1980. The best aspects of working with YSG were being an employee for the past 40 years, priotising the company objectives while projecting a good company’s image. The most difficult aspects of working in YSG was probably the period right after the VSS in 2003 when we all of us to take over two-thirds staff responsibilities without handing-over notes given. When I retire, I will travel more with my family members and spend more time doing my hobby of dressmaking and needleworks. However, I will miss the working life, the friendship we built, the time we shared during our lunch and mostly the yearly annual party with delicious foods, interesting games and exciting exchange of gifts. The most memorable experience I had was during the earthquake tremor incident in 2015 when my sister, a friend and I were talking in front of the library, suddenly we saw people running and shouting. My sister and I quickly ran to the sports complex. We saw plastic chairs and people fell to the ground. Everybody ran for their lives. My advice to all staff of YSG, continue to nurture the organisation’s good image and work with honesty, efficiency and commitment for our future generations.”

Encik Sanior Soludin Penolong Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Kota Marudu) “Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada 26 Ogos 1986. Umum mengetahui Kumpulan Yayasan Sabah adalah salah satu agensi kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat khususnya dalam pembangunan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi. Sebagai staf yang diamanahkan berkhidmat di lapangan sebagai Penolong Pegawai Kawasan di daerah kecil Banggi, aspek terbaik yang diamalkan dalam pemberian bantuan adalah pengenalpastian dengan teliti kumpulan sasar yang perlu dibantu. Hal ini dititikberatkan agar tidak berlaku ketirisan semasa penyaluran bantuan. Aspek paling sukar adalah ketika diberitahu bahawa Kumpulan Yayasan Sabah terpaksa mengadakan Skim Perpisahan Sukarela di mana ramai rakan seperjuangan terkesan daripada arahan tersebut. Semasa bersara kelak, saya tidak akan membuang masa dan akan terus mengusahakan bidang pertanian. Hasrat ingin mengusahakan bidang perusahaan agak terencat berikutan pandemik COVID-19 yang menyukarkan usaha dijalankan.” 22

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Encik Ibrahim bin Mahali Kerani Kanan Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Kanyon Imbak & Lembangan Maliau) “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 17 Julai 1980 sebagai Kerani Penghantar di Bahagian Perhutanan (Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.). Pada tahun 1993, saya dipindahkan ke Bahagian Pemasaran. Setelah berkhidmat 10 tahun, saya kemudiannya berkhidmat di Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar. Saya bersyukur dan bangga kerana dapat menabur bakti dalam sebuah organisasi yang tersohor di Sabah dan pihak Pengurusan yang mengambil berat terhadap kebajikan warga kerjanya bersesuaian dengan slogan “Berjiwa Rakyat, Prihatin, Komited dan Dinamik.” Setiap tanggungjawab yang dipikul pasti ada cabarannya, sama ada kita cekal atau tidak dalam menghadapi tugasan dan tanggungjawab yang diberikan. Aspek yang paling sukar sepanjang tempoh berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah apabila diberikan tanggungjawab dalam menjalankan tugasan tambahan iaitu tugasan di luar tanggungjawab hakiki yang mencabar. Setelah lebih 40 tahun menyumbang tenaga kepada Kumpulan Yayasan Sabah, banyak kenangan manis dan pahit telah dilalui terutamanya yang melibatkan penyertaan dalam pelbagai acara seperti majlis makan malam tahunan, sambutan Hari Raya, menyertai kursus, lawatan sambil belajar dan pengalaman bekerja dengan pelbagai suku kaum dalam satu pejabat. Semua itu tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat saya terutamanya kenangan semasa mengikuti Pesta Sukan Antara Daerah/Wilayah (PESADA/PESAWI) dan juga Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA). Semangat untuk menaikkan nama daerah/wilayah dan juga negeri berkobar-kobar dalam diri saya. Saya merancang untuk membuka kedai makan, kedai runcit atau perkhidmatan mencuci kenderaan tidak lama lagi. Kepada anda yang masih berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, bekerjalah dengan baik. Apabila kita melakukan sesuatu dengan baik, pasti akan mendapat kepuasan dalam bidang yang diceburi. Jadikan diri anda sebagai contoh (role model) yang dibanggakan dan disenangi oleh orang lain terutamanya keluarga, rakan sekerja dan juga majikan.”

Encik Abdul Razak bin Pg. Mohd Ismail Pembantu Tadbir Bahagian Pantai Timur (Sandakan) “Saya telah berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 37 tahun bermula pada tahun 1982. Mula-mula saya ditugaskan di Kinabatangan sebagai pemandu kenderaan. Selepas itu, pada tahun 1989, saya ditugaskan di Sandakan sebagai Pembantu Tadbir. Banyak pengalaman yang telah saya pelajari sepanjang saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah dan amat bersyukur dengan semua peluang yang telah diberikan kepada saya. Pengalaman yang saya tidak akan lupa adalah apabila saya diberi tugasan yang telah membuktikan saya boleh melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Bagi pengalaman yang sukar saya lalui pula adalah apabila ditugaskan untuk melakukan tugasan luar kawasan dan terpaksa berdepan dengan keadaan jalan yang sangat teruk. Tetapi dengan kerjasama yang baik daripada rakan-rakan, kami berjaya melaluinya. Perancangan saya apabila bersara adalah mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan agar dapat menampung pendapatan untuk meneruskan kehidupan dengan keluarga saya. Pesanan saya kepada rakan-rakan yang masih berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah, sentiasalah patuh kepada arahan pihak Pengurusan dan laksanakanlah tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan baik. Semestinya saya akan amat merindui rakan-rakan seperjuangan, susah senang bersama dan kerjasama yang sangat baik telah menjayakan banyak tugasan bersama. Ada jodoh jumpa lagi. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

23


JubliPerak2020

Tahun

Anugerah

Encik Zulkhairi bin Haji Ismail Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (YS/ICSB)

“Sudah semestinya perasaan bercampur baur itu wujud dalam diri saya sebagai ‘warga perak’ Kumpulan Yayasan Sabah. Yang paling menonjol ialah wujud perasaan sentimental yang agak mendalam. Sebelum menyertai Kumpulan Yayasan Sabah, saya pernah berkhidmat sebagai anggota keselamatan di pelbagai kementerian peringkat persekutuan dan juga di sektor swasta. 1 Mei 1995 merupakan tarikh saya mula berkhidmat sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat di Bahagian Komunikasi Korporat. Saya merupakan personel yang terlibat dalam banyak sektor antaranya Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Perhutanan, Pejabat Zon di Sandakan, Beaufort, Keningau, Bahagian Penyelarasan Zon, Pusat Kraftangan Sabah dan sekarang ini di Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB). Hubungan saya dengan Kumpulan Yayasan Sabah saya iktiraf sebagai hubungan simbiotik kerana bila disebut Kumpulan Yayasan Sabah dengan sendirinya kita dirujuk dan kita amat sensitif jika Kumpulan Yayasan Sabah diperkatakan dengan nada tidak baik. Saya bingkas mempertahankan Kumpulan Yayasan Sabah sebagai institusi relevan malah menjadi apit kanan kerajaan. Saya pantang mendengar peranan dan imej Kumpulan Yayasan Sabah diperkecilkan walau apa cara sekalipun. Sehingga hari ini saya berbangga menjadi sebahagian daripada warga Kumpulan Yayasan Sabah yang memberi khidmat jasa kepada semua lapisan rakyat. Saya mendoakan agar Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa makmur sepanjang zaman bukan sahaja bagi tempoh 25 tahun mendatang tetapi biarlah selama-lamanya bagi memberi manfaat langsung kepada rakyat Malaysia di Sabah khususnya kumpulan sasar tanpa sedikit pun mengabaikan anggota perkhidmatan Kumpulan Yayasan Sabah sendiri. Kebajikan warga Kumpulan Yayasan Sabah perlu menjadi keutamaan. Saya juga ingin melihat Kumpulan Yayasan Sabah ditadbir urus dengan sebaik mungkin oleh warganya sendiri. Ini sebagai mengiktiraf konsep ‘kalau bukan warga Kumpulan Yayasan Sabah sendiri siapa lagi.’ Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, kehidupan saya berubah dengan kerja keras selama ini. Semua rezeki dan manfaat yang Allah S.W.T berikan saya nikmati melalui Kumpulan Yayasan Sabah. Kelima-lima orang anak saya telah mendapat pendidikan awal di Tadika Ria Kumpulan Yayasan Sabah. Mana boleh saya mengatakan kehidupan saya tidak berubah. Untuk pengetahuan semua, saya merupakan penerima manfaat Kumpulan Yayasan Sabah secara langsung sejak sekolah rendah. Daripada menerima pakaian seragam sekolah, alat tulis, bantuan susu di peringkat sekolah rendah dan menengah hinggalah mendapat sebahagian tajaan menyambung pelajaran ijazah sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ditaja lagi semasa bekerja untuk mengikuti program MBA (Australia) dan sarjana muda logistik & pengangkutan (UK/CILT). Semuanya ditaja sebahagian dan sebahagiannya pula berupa pinjaman yang sudah habis dibayar. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

Dr. Goh Kim Soh @ Doreen Managing Director YSG Bioscape Sdn. Bhd. “It has been a wonderful and enlightening period in my life, especially working with plants which I thoroughly enjoy while managing a commercial subsidiary that has managed to withstand the constant tide of changes that came along. It is my hope to see the organisation evolving into a mature, professional and esteemed organisation, which Sabahans can look upon proudly as the one and true icon of the State – of the people, by the people and for the people. The organisation has provided me the platform for the development of my professional career, upon which I can proudly state that it is one of the best organisations to work for.”

24

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Puan Mardiana binti Mohd. Yasin Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu) “Saya amat berbangga kerana telah berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun. Tidak terhitung pengalaman pahit dan manis yang telah diharungi dalam tempoh ini dan mengajar saya menjadi staf yang berdedikasi, komited dan jujur dalam menabur bakti untuk organisasi ini. Sudah tentu, Kumpulan Yayasan Sabah banyak memberikan kemudahan yang membolehkan saya kini mempunyai tempat tinggal serta kemudahan lain yang baik dan selesa untuk keluarga terutamanya anak-anak. Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah terus maju dengan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan pendidikan untuk anak-anak Sabah.”

Encik Moktar bin Shaieb Pengawal Keselamatan Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (YS/ICSB) “Perasaan saya sepanjang bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun amat menyenangkan dan saya amat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada warga Kumpulan Yayasan Sabah yang merupakan sebuah organisasi di bawah Kerajaan Negeri Sabah. Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah dalam masa 25 tahun akan datang agar organisasi ini dapat mencapai lebih banyak kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kumpulan Yayasan Sabah banyak mengubah kehidupan saya dari segi sosioekonomi keluarga di samping meningkatkan disiplin dan komunikasi dalam kerjaya yang berkaitan dengan penguatkuasaan keselamatan. Saya amat bertuah kerana banyak mendapat nasihat dan didikan daripada ketua-ketua bahagian dan unit selama berkhidmat sebagai warga Kumpulan Yayasan Sabah dalam bidang penguatkuasaan keselamatan.”

Encik Mohd. Noor bin Ag. Kassim Pembantu Tadbir Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya amat terharu dan berasa bersyukur kerana dapat menyumbang tenaga dan idea selama saya berkerja di organisasi ini sejak 7 Oktober 1995. Saya mula berkhidmat sebagai Penyelia Asrama di pejabat cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur dan kemudian di Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Cuma pada masa ini, cabaran amat dirasai adalah bertugas dalam keadaan pandemik COVID-19. Ia sedikit sebanyak membataskan pergerakan waktu bekerja dan menjejaskan kehadiran staf ke pejabat bagi melaksanakan tanggungjawab. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan lebih maju dan berdaya saing pada masa hadapan serta meningkatkan taraf pendidikan di Sabah dan program-program kemasyarakatan agar lebih sinonim dengan hala tuju Kumpulan Yayasan Sabah. Berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah adalah sumber rezeki saya selama ini. Pengalaman, pergaulan dan komunikasi antara staf merupakan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat saya. Saya berharap suatu masa nanti Kumpulan Yayasan Sabah dapat menerokai bidang-bidang yang lain dalam mengembangkan lagi pendapatannya. Apabila Kumpulan Yayasan Sabah maju dan mempunyai kewangan yang kukuh, organisasi dapat membantu rakyat sekaligus membuka peluang pekerjaan untuk generasi yang akan datang.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

25


Puan Rosneh binti Sik Assistant Administrative Officer Yayasan Sabah Kuala Lumpur Branch Office “I feel lucky, very fortunate and grateful to be able to serve Yayasan Sabah Group (YSG) for the last 25 years. YSG helped me take a step forward in improving my life. I hope YSG continues to exist and become a well-developed and glorious organisation and provide employment opportunities to the people of Sabah so that they can improve their lives for the better. Working with YSG has changed a lot of things in my life since I was a student in high school till the time I succeeded in a master’s degree. Thank you for this unimaginable gift.”

Encik Aisal @ Asaad bin Mali Pegawai Kawasan Bahagian Pantai Timur (Tawau) “Saya amat berpuas hati dan berbangga menjadi salah seorang warga Kumpulan Yayasan Sabah. Saya berterima kasih kepada pihak Pengurusan kerana memberikan kepercayaan serta peluang bagi saya menaburkan bakti selama 25 tahun. Semenjak saya menjadi warga Kumpulan Yayasan Sabah, ianya telah mengubah kehidupan keluarga kami semua dari segi kewangan, penampilan dan keyakinan diri. Saya sekeluarga turut mendapat kemudahan perubatan dan sememangnya saya amat bersyukur. Harapan saya agar Kumpulan Yayasan Sabah kekal menjadi mercu tanda kecemerlangan Kerajaan Negeri Sabah dan meneruskan visi dan misi demi mencapai matlamatnya membantu rakyat negeri ini.”

Encik Aliumar Sakmad Juruteknik Penyelenggaraan Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya sangat bersyukur dan gembira dapat bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun. Banyak pengalaman yang sangat membantu dan memberi pengajaran kepada saya. Kehidupan saya banyak berubah sejak bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Saya sangat berterima kasih kerana diberi peluang berkhidmat untuk Kumpulan Yayasan Sabah selama ini. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan bertambah maju agar dapat meneruskan visi dan misinya untuk membantu rakyat Sabah.”

Encik Ibrahim bin Umbing Pegawai Tadbir dan Akaun Bahagian Perhutanan, Tawau “Saya amat bersyukur menjadi Warga Bahagian Perhutanan Kumpulan Yayasan Sabah Tawau, kerana organisasi ini amat menitikberatkan kebajikan pekerja seperti menyediakan kos perubatan untuk pekerja termasuk anak dan isteri/suami, mengamal dan mempraktikkan pengurusan keselamatan serta kesihatan pekerjaan yang baik serta lainlain insentif yang disediakan seperti elaun kenderaan dan perumahan kepada mereka yang layak serta sistem persaraan (IGRS) selepas bersara. Saya amat berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah terus maju jaya, terus cemerlang, terus berkembang pesat agar rakyat Sabah dan generasi seterusnya boleh mengecapi hasil kekayaan negeri ini seiring dengan cogan katanya, Dinamik, Berjiwa Rakyat, Prihatin dan Komited. Kehidupan saya dan keluarga berubah 180 darjah setelah saya berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah. Di samping menerima gaji, saya juga menerima bonus-bonus yang diberikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Dengan gaji yang mencukupi saya mampu membeli aset untuk bekalan masa hadapan.” 26

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Encik Mohd Hanif bin Jaafar Ketua Penyelia Kenderaan Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur “Selama berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya sangat berbangga kerana dapat menyumbang bakti kepada Kerajaan Negeri Sabah. Suka duka dalam perkhidmatan ini menjadikan saya lebih mengenal erti ketabahan dan saling menghargai kerja berpasukan. Ribuan terima kasih kerana masih memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Harapan saya agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju dengan jayanya dan menjadi inspirasi serta teladan buat agensi-agensi lain yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah. Kumpulan Yayasan Sabah telah menjadikan saya seorang yang gigih, mengerti akan pengorbanan, keikhlasan, kesetiaan dan komited dalam pekerjaan. Selain itu, Kumpulan Yayasan Sabah adalah penyuntik semangat untuk mengubah gaya hidup saya agar lebih cekal dan berkeyakinan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.”

Encik Ag. Roslee bin Ag. Yusoff Kerani Penghantar Unit Hartanah “Syukur Alhamdulillah saya telah diberikan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas peluang pekerjaan yang diberikan selama ini. Harapan saya semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus maju selama-lamanya demi membantu rakyat Sabah terutamanya dari segi pendidikan, memberi peluang pekerjaan dan membantu penduduk yang daif. Sepanjang dalam perkhidmatan, Kumpulan Yayasan Sabah banyak membantu saya dari segi kewangan sehingga dapat membeli aset yang diperlukan dan dapat menyara keluarga sehingga kini. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

Puan Angeline Ayang @ Clara Kerani Am Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya telah berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sejak 25 tahun yang lalu dan selama itu juga banyak pengalaman kerja yang telah saya lalui. Selain rasa bersyukur, harapan saya untuk organisasi ini 25 tahun akan datang agar lebih maju dan memperluaskan sumber perniagaan untuk generasi akan datang khususnya anakanak Sabah. Bekerja di organisasi ini juga telah banyak membantu kehidupan saya terutama sekali dari segi ekonomi keluarga serta pendidikan anak-anak.”

Puan Bainah binti Saiman Pembantu Operasi Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya bersyukur kerana diberi peluang berkhidmat mencurahkan bakti kepada Kumpulan Yayasan Sabah. Sepanjang perkhidmatan saya, perasaan suka duka tetap ada sepanjang berkhidmat. Namun apa yang pasti, saya berasa gembira kerana dapat menyumbangkan bakti kepada Kumpulan Yayasan Sabah demi landskap ekonomi keluarga serta dapat menimba pengalaman baru sepanjang tempoh perkhidmatan saya ini. Cabaran dan halangan yang wujud dalam Kumpulan Yayasan Sabah merupakan suatu perkara yang biasa dihadapi oleh mana-mana organisasi. Oleh itu, saya ingin melihat pada masa akan datang agar Kumpulan Yayasan Sabah dapat mengharungi apa jua cabaran, lebih maju dan berdaya saing sebagai salah sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah yang unggul serta berjaya menerokai prospek baharu yang boleh mendatangkan kejayaan kepada negeri ini.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27


Encik Norzaman bin Abd Ghaffar Khan Pegawai Tadbir Kanan Bahagian Pembangunan Pendidikan “Saya berasa amat bersyukur kerana telah berpeluang berkhidmat selama 25 tahun dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Dalam organisasi inilah saya mendapat peluang untuk meningkatkan kemajuan diri dan melalui pelbagai pengalaman dalam menjalankan tugas. Saya amat berterima kasih kepada organisasi ini kerana di sinilah tempat saya memperoleh sumber rezeki dan mengecapi pelbagai kemudahan yang telah diperuntukkan kepada saya selama ini. Tidak dapat dinafikan selama bertugas bersama organisasi ini sememangnya tidak terlepas daripada pengalaman pahit manis yang mana pengalaman sebegini saya anggap sebagai satu pengajaran ke arah kematangan diri. Saya mengharapkan agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju jaya dalam mencapai matlamatnya demi meningkatkan kemajuan rakyat terutamanya dari segi pendidikan, kerjaya dan seterusnya dapat menjana pembangunan ekonomi negeri Sabah. Selama bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah sememangnya saya telah mengalami perubahan kehidupan. Salah satu perubahan kehidupan yang saya alami ialah apabila diberi peluang untuk meningkatkan kemajuan diri melalui pembangunan akademik. Di samping itu, pengalaman bekerja yang dilalui selama ini telah banyak memberi pengajaran terhadap kehidupan saya yang mana daripada pengalaman tersebut dapat saya ketahui akan kelemahan dan kelebihan diri sendiri.”

Puan Sabturiah binti Sidek Pembantu Tadbir Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran “Syukur Alhamdulillah saya amat bertuah dapat bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah dan dapat menikmati pelbagai kemudahan yang diberikan untuk warga Kumpulan Yayasan Sabah. Saya berharap dalam masa 25 tahun mendatang Kumpulan Yayasan Sabah terus wujud dan dapat memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada rakyat Sabah. Sudah tentu selama berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah, kehidupan saya telah banyak berubah ke tahap yang lebih baik dan selesa.”

Encik Abdul Rasid bin Abdul Sani Pegawai Tadbir Bahagian Pantai Timur (Sandakan) “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Oktober 1995 sebagai Pembantu Tadbir di Pusat Kajian Borneo. Satu pengalaman yang tidak terfikir pun semasa kali pertama bersama Kumpulan Yayasan Sabah. Terlalu banyak pengalaman yang ditimba semasa 25 tahun perkhidmatan. Saya amat gembira dan terharu apabila dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dalam melaksanakan program bagi membantu kumpulan sasar. Ini kerana apabila berjaya melaksanakan program ini, saya berasa puas hati dapat mencapai harapan Pihak pengurusan. Sebuah organisasi yang amat disayangi. Itulah gambarannya sebagai insan yang telah bernaung selama 25 tahun. Segala keperluan dari segi kesihatan dan kebajikan diambil berat malah ianya diperluaskan kepada ahli keluarga. Ia sesuatu yang teramat mulia. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah terus relevan dan berjaya mengharungi cabaran semasa.”

28

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Puan Hajah Zubaidah binti Haji Tussin Pegawai Sumber Manusia Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memberikan peluang pekerjaan kepada saya sehingga ke hari ini. Saya berharap pada masa akan datang Kumpulan Yayasan Sabah akan menjadi sebuah organisasi yang berkembang lebih maju dan memperoleh pendapatan yang lebih baik agar dapat membantu lebih ramai rakyat khususnya di negeri Sabah. Selama bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah, banyak pengalaman yang saya dapat pelajari terutama mengenai pengurusan sumber manusia. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”

Encik Jailani bin Amin Pegawai Pembelian dan Inventori Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (YS/ICSB) “Saya mula berkhidmat pada 5 Jun 1995 sebagai Handyman, Store Keeper dan Penolong Pegawai Pembelian di Bahagian Hartanah-Perkhidmatan Bangunan. Saya bersyukur kini berpeluang memegang jawatan Pegawai Pembelian dan Inventori di Unit Pentadbiran serta dapat berkhidmat dan mencurahkan bakti di organisasi ini selama 25 tahun. Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan terus teguh dan bertambah maju di masa akan datang, seterusnya dapat meneruskan visi dan misi untuk membantu rakyat khususnya di negeri Sabah. Kumpulan Yayasan Sabah telah banyak membantu kehidupan saya sekeluarga. Saya sangat berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah.”

Encik Mohamed Sharuddin bin Mohamed Wali Pengurus Kumpulan Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian “Saya berasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada organisasi keramat. Saya tidak akan rasa bertuah sebegini tanpa ketua-ketua saya dahulu khususnya Encik Bob Rashid, Puan Helen Patrick, Encik Dalahan Buduk, Encik Robbie F. Makajil dan Tuan Haji Mohd Daud Tampokong. Mereka merupakan teladan dan pemimpin yang exemplary dan membentuk siapa saya sekarang ini selepas 25 tahun. Sejajar dengan falsafah Kumpulan Yayasan Sabah yakni sebagai organisasi dinamik, saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah bertransformasi mengikut peredaran semasa dan kehendak semasa dengan lebih pantas dan strategik. Ini memerlukan Kumpulan Yayasan Sabah untuk memberi peluang kepada golongan profesional muda untuk terlibat aktif dalam hala tuju Kumpulan Yayasan Sabah. Yang paling utama, di organisasi inilah saya memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang menyumbang secara signifikan kepada pembangunan diri sebagai individu. Bagaimana orang lain menilai saya dan bagaimana saya meletakkan nilai diri sebagai individu adalah hasil dari penglibatan dan interaksi saya selama berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

29


Encik Abdul Gapad bin Anjuran Pengawal Keselamatan Borneo Security Centre Sdn. Bhd. “Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat selama 25 tahun. Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah semakin berkembang maju dan mampu mencipta nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah telah banyak mengubah kehidupan saya selama ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Kumpulan Yayasan Sabah.”

Puan Sinah binti Bagu Penolong Pegawai Tadbir & Akaun Sunwise Crystal Sdn. Bhd. “Saya berasa bersyukur kerana telah berkhidmat dan menyumbang bakti selama 25 tahun di Kumpulan Yayasan Sabah. Sepanjang tempoh itu, saya berpeluang berganding bahu dengan kawan-kawan seperjuangan dan menambah pengalaman bersama organisasi yang terkenal di Sabah. Harapan saya kepada Kumpulan Yayasan Sabah dalam 25 tahun akan datang agar terus cemerlang memperjuangkan misi dan visi membangunkan rakyat Sabah kepada modal insan yang berilmu dan berjaya. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah melalui aktiviti komersial terus memperoleh keuntungan yang banyak dan semakin cemerlang dalam aktiviti sosial. Kumpulan Yayasan Sabah banyak mengubah kehidupan saya yang berasal dari kampung, daripada seorang yang mengusahakan pertanian kepada seorang yang bekerjaya tetap. Pengalaman ini sangat berguna dan membantu memperbaiki ekonomi kehidupan saya. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah, namamu akan sentiasa terpahat dalam ingatan saya.”

Encik Thomas bin Roling Renjer Hutan Kanan Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembangan Maliau & Kanyon Imbak) “Saya sangat bersyukur, berterima kasih dan berasa bangga kerana diberi peluang untuk bekerja dan berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun. Harapan saya agar Kumpulan Yayasan Sabah terus maju dan memberi inspirasi buat semua warganya untuk sama -sama menuju kejayaan. Selama saya bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah, organisasi ini telah banyak mengubah corak kehidupan saya dan keluarga. Kumpulan Yayasan Sabah banyak memberi kesenangan dan rezeki kepada saya. Terima kasih banyak Kumpulan Yayasan Sabah.”

Puan Rusnah binti Damparan Pembantu Tadbir Kanan Bahagian Pantai Barat (Kota Marudu) “Saya amat bersyukur dan sangat gembira kerana dapat berkhidmat selama 25 tahun bersama Kumpulan Yayasan Sabah. Pada saya, Kumpulan Yayasan Sabah merupakan kebanggaan rakyat negeri Sabah. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus cemerlang dan unggul dalam mencapai misi dan visinya. Selama berkhidmat 25 tahun bersama organisasi ini, kami sekeluarga berjaya mengubah tahap kehidupan yang lebih baik.”

30

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH


Tuan Haji Karim (tiga dari kanan) menerima Sijil Kelulusan Polis Bantuan daripada Dato’ Zainal (dua dari kiri).

PENYERAHAN RASMI SIJIL KELULUSAN PENUBUHAN

POLIS BANTUAN BENTA WAWASAN SDN. BHD. Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) telah menerima sijil kelulusan menubuhkan pasukan Polis Bantuan pada 29 Mei 2021 di Auditorium Aras 5, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu. Polis Bantuan ini ditubuhkan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk syarikat berkenaan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengekalkan keselamatan komuniti setempat. Penubuhan Polis Bantuan ini juga bertujuan menaik taraf kawalan keselamatan di premis operasi BWSB. Pasukan ini akan menjalankan tugas seharian dengan keistimewaan dan kuasa polis yang diperoleh. Di majlis tersebut, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM Bukit Aman, Dato’ Zainal Abidin bin Kasim telah menyerahkan Sijil Penubuhan Polis Bantuan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah BWSB, Tuan Haji Abdul Karim Haji Abdul Wahid.

menubuhkan polis bantuan,” katanya semasa menyampaikan amanat di majlis tersebut.

Tambah beliau, “Polis Bantuan bukan sahaja berfungsi sebagai ‘mata dan telinga’ kepada PDRM tetapi sebagai pembantu yang efektif dalam mencegah berlakunya kejadian jenayah di premis organisasi tersebut.” Tambah beliau, penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/46 dan Peraturan-Peraturan Polis 1970 yang telah wujud sejak tahun 1948 serta Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. “Saya yakin dengan penubuhan Polis Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menurunkan kadar kes jenayah di sekitar premis syarikat,” katanya. Selain itu, beliau berpendapat bahawa pasukan Polis Bantuan BWSB juga

Dato’ Zainal berkata JPJKK PDRM Bukit Aman telah mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk BWSB menubuhkan Polis Bantuan. “Kita memerlukan syarikat yang mempunyai kekuatan dari segi kewangan, pengurusan dan benar-benar memerlukan Polis Bantuan. Kita akan kaji, kita akan buat penyelidikan dan kita akan semak keperluan sesebuah organisasi untuk

Dato’ Zainal (tiga dari kanan) bersama-sama Tuan Haji Karim (dua dari kanan) dan Encik Dominic Dambul (dua dari kiri), bersama Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan Pegawai-pegawai BWSB.

akan membantu dalam usaha Operasi Bersepadu Khazanah (OPS Khazanah) yang merupakan program gandingan PDRM dan Jabatan Hidupan Liar bagi meningkatkan integriti habitat semula jadi hidupan liar dan membanteras segala bentuk aktiviti pemburuan haram, penyeludupan hidupan liar dan jenayah hidupan liar lain di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Beliau juga berterima kasih kepada IPK Sabah yang telah melihat sendiri dan bersetuju dengan keperluan mewujudkan pasukan Polis Bantuan di kawasan operasi perladangan semasa lawatan pemeriksaan tapak yang telah dijalankan pada 6 Mei 2021 lalu. Dalam pada itu, Tuan Haji Karim menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPJKK PDRM Bukit Aman atas kelulusan tersebut dan akan memastikan keperluan-keperluan penugasan pasukan Polis Bantuan dapat diurus dengan sebaik mungkin berlandaskan peraturan dan mandat yang diberikan. Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Polis Daerah Tawau atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada BWSB. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Pemangku Ketua Jabatan PJKK, Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Encik Dominic Dambul bersama Pegawai-pegawai Kanan Polis, serta Pegawai-pegawai BWSB.

Dato’ Zainal menyampaikan ucapan sebelum menyerahkan Sijil Kelulusan Penubuhan Polis Bantuan BWSB.

Lawatan pemeriksaan pos-pos kawalan, pejabat dan penugasan anggota keselamatan diketuai oleh ACP Yusuh bin Mat Tais (empat dari kanan) bersama dengan pegawai kanan dan tujuh orang anggota IPK Sabah. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

31


PROGRAM

JOM MEMBACA

untuk

10

minit

Datuk Haji Gulamhaidar (depan, dua dari kiri) turut meluangkan masa bersama-sama Setiausaha Korporat, Encik Hanafiah Diman dan staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens pada program ini.

Membaca adalah terapi. Program Jom Membaca untuk 10 Minit merupakan acara tahunan yang bertujuan mendorong minat membaca dalam kalangan masyarakat. Program ini diadakan secara serentak pada 22 April 2021 tepat pukul 11:00 pagi di seluruh negara. Program ini turut disertai staf Kumpulan Yayasan Sabah bersama-sama Pengarah Yayasan Sabah Merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar yang dikendalikan oleh Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

Sekumpulan kanak-kanak Tadika Ria, Kumpulan Yayasan Sabah meluangkan masa menyertai program ini.

"Tanamlah minat suka membaca dalam diri kita sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bantu anak anda memahami bahawa membaca itu penting dengan menggalakkan mereka membaca buku di masa lapang agar mereka tidak mensia-siakan masa melakukan aktiviti yang tidak berfaedah," kata Datuk Haji Gulamhaidar lagi.

Staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens meluangkan masa sertai program Jom Membaca untuk 10 minit.

Datuk Haji Gulamhaidar berkongsi pendapat bahawa membaca sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi impak besar terhadap kehidupan individu. "Tabiat membaca dapat mendorong kepekaan kepada isu-isu semasa dan menambah ilmu pengetahuan am seseorang individu," kata beliau. 32

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Menurut Datuk Haji Gulamhaidar, program seperti ini perlu diteruskan agar tabiat membaca menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat yang rajin membaca adalah masyarakat yang cemerlang. Oleh itu, amalan membaca perlu diterapkan dalam diri setiap masyarakat agar Malaysia mempunyai rakyat yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi sekaligus menjadikan negara yang maju. Turut menyertai program ini adalah kanak-kanak dari Tadika Ria, Kumpulan Yayasan Sabah.


Pada 10 Mei 2021, Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) ke-5, k@Borneo telah diadakan secara maya yang melibatkan sebanyak 10 organisasi. Semua organisasi yang terlibat bersetuju untuk terus bekerjasama di bawah k@Borneo demi kepentingan bersama. Antara organisasi yang terlibat termasuklah Pustaka Negeri Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, Yayasan Tun Jugah, Universiti Malaysia Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah, Jabatan Muzium Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah, Universitas Tanjungpura-Kalimantan Bara, Universiti Mulawarman-Kalimantan Timur dan Institut Agama Islam Negeri Pontianak. Memorandum perjanjian persefahaman kali ini merupakan salah satu lagi tonggak untuk kerjasama yang telah lama wujud dalam kalangan ahli k@Borneo untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

MoU k@Borneo

k@Borneo diwujudkan melalui usaha bersepadu dalam kalangan ahli organisasi pada masa itu dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2002. MoU k@Borneo yang pertama ditandatangani antara lapan organisasi adalah pada 12 Ogos 2002, di Kuching, Sarawak. Ia merupakan kerjasama serantau dalam membangun, mengembang dan perkongsian maklumat mengenai Borneo serta bekerjasama dalam meningkatkan keupayaan sumber manusia dalam kalangan rakan peserta institusi maklumat yang terdiri daripada negara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Majlis MoU yang diadakan secara maya tersebut dihadiri oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman dan Ketua Pustakawan, Encik Zainudin Saridi masingmasing selaku penandatangan dan saksi bagi Kumpulan Yayasan Sabah. Encik Hanafiah Diman (kanan) bersama Encik Zainudin Saridi (dua dari kanan) menghadiri majlis MoU secara maya.

Encik Zainudin Saridi (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Encik Hanafiah Diman (kiri) sebagai tanda ucapan terima kasih.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

33


ZON PEDALAMAN UTARA KUMPULAN YAYASAN SABAH

BANTU GOLONGAN ASNAF Susulan daripada pandemik COVID-19 yang turut melanda negeri ini, pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah telah memutuskan untuk tidak menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di setiap zon seperti lazimnya sebelum ini. Ianya digantikan dengan program Ramadan 1442H/2021M. Program ini memfokuskan kepada pemberian sedekah kepada golongan asnaf. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Hal-Ehwal Agama lslam Negeri Sabah (JHEAINS) di setiap daerah dalam Zon Pedalaman Utara (ZPU) yang merangkumi daerah Tambunan, Keningau, Tenom dan Nabawan. Sebanyak empat tempat telah terpilih untuk penganjuran program Ramadan kali ini iaitu Masjid Al-Falah, Nabawan yang diadakan pada 28 April 2021, Masjid Ar-Rahman, Tenom pada 29 April 2021, pejabat JHEAINS, Tambunan pada 5 Mei 2021 dan Masjid Babur Rahman, Kg. Sinulihan, Sook, Keningau pada 6 Mei 2021. Seramai 15 orang penerima terpilih dari setiap daerah untuk menerima sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah yang berlandaskan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Pegawai Kawasan ZPU, Encik Suwandy Sundu (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Encik Jubin bin Mosidin dari daerah Kecil Sook, Keningau.

Tidak ketinggalan menerima sumbangan ialah Encik Nordin lntang (dua kiri) dari daerah Tambunan.

34

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Encik Suwandy (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Encik Md. Hamzah Johari Abdullah, salah seorang penerima di daerah Nabawan.

Isteri kepada Encik Mohd. Fazuan bin Marikoh, daripada daerah Tenom turut menerima sumbangan yang disampaikan oleh Encik Suwandy.


ZON PANTAI BARAT UTARA PROGRAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Nawarah Kg. Ranau, Kota Marudu telah menganjurkan program Ramadan 1442H /2021M. Program ini merupakan penyampaian bantuan berbentuk wang tunai kepada golongan mualaf dan asnaf di daerah Kota Marudu yang berlansung pada 4 Mei 2021. Program ini memberi manfaat kepada seramai 60 orang penerima. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ustaz Numan bin Haji Sungkit, Pengerusi Masjid Nawarah Kg. Ranau, Encik Rahmat bin Parasun, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Kota Marudu dan Koperal Mohd Selihin bin Mohd Sibi, wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu.

Gambar kenangan warga ZPBU bersama Ustaz Numan dan penerima-penerima bantuan Program Ramadan Kumpulan Yayasan Sabah di daerah Kota Marudu.

Encik Adman bin Haji Samat, Pemangku Ketua Pentadbir Zon, ZPBU, Kota Marudu menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima di majlis tersebut.

Kelihatan salah seorang penerima begitu ceria memegang sampul dan bakul makanan yang diterima.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

35


KERJASAMA

SABAH ENVIRONMENTAL TRUST DENGAN KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Haji Gulamhaidar (depan, empat dari kiri) menerima ATV dan kamera selular perangkap hidupan liar daripada Dr. Rahimatsah (depan, empat dari kanan), disaksikan oleh Datuk Haji Adnan Puteh (depan, tengah) serta Pengurusan dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Sabah Environmental Trust (SET) bekerjasama dengan Kumpulan Yayasan Sabah dalam melindungi dan mengurus Kompleks Hutan Hujan Danum-Maliau- Imbak (DaMal). Pada 30 April 2021, Kumpulan Yayasan Sabah telah menerima enam unit kenderaan All-Terrain Vehicle (ATV) daripada Sabah Environmental Trust (SET) untuk digunakan di tiga Kawasan Konservasi Kumpulan Yayasan Sabah, iaitu Lembah Danum, Lembangan Maliau dan Kanyon Imbak. Sumbangan ATV tersebut disalurkan menerusi dana yang disediakan oleh March Conservation Foundation (MCF) dan keseluruhan inisiatif ini disokong oleh Global Conservation (GC), Amerika Syarikat. Kenderaan tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SET, Dr. Rahimatsah Amat kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Turut hadir di majlis penyerahan tersebut ialah Pemegang Amanah SET, Datuk Haji Adnan Puteh serta Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah. Dalam menzahirkan penghargaannya, Datuk Haji Gulamhaidar mengatakan, “Kumpulan Yayasan Sabah berterima kasih atas

36

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

sumbangan kenderaan tersebut. Seperti diketahui umum, kenderaan ATV direka untuk digunakan di pelbagai jenis permukaan tanah berbanding kenderaan jenis lain, dan ini membolehkan Kumpulan Yayasan Sabah melakukan aktiviti rondaan yang lebih intensif dan efektif di kawasan konservasi berkenaan.”

“Setiap kawasan konservasi diperuntukkan dua unit ATV yang dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi terkini dalam membantu aktiviti rondaan jauh di dalam kawasan konservasi di samping meningkatkan kaedah komunikasi dalam pencegahan kegiatan perburuan haram,” katanya. Dalam ulasannya, Dr. Rahimatsah berkata, "Sejak Oktober 2017, SET telah bekerjasama dalam inisiatif yang dipanggil Lembah Danum-Lembangan Maliau-Kanyon Imbak (DaMal): Inisiatif Rondaan (Penguatkuasaan dan Pemantauan) dengan Kumpulan Yayasan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah."


"Inisiatif ini diwujudkan di bawah Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 24 Oktober 2017 antara Kerajaan Negeri Sabah (melalui Jabatan Perhutanan Sabah), SET dan Kumpulan Yayasan Sabah yang memberikan tumpuan kepada pengukuhan perlindungan dan pengurusan rangkaian hutan hujan Lembah Danum, Lembangan Maliau dan Kanyon Imbak. Sebahagian daripada inisiatif yang dimulakan di bawah MoU tersebut adalah untuk meningkatkan kapasiti pasukan melalui penyebaran inisiatif pemuliharaan global, Pertahanan Taman Global (Global Park Defence, GPD)," jelasnya.

panel solar dan bateri) ditambah Sistem Kedudukan Sejagat (Global Positioning System, GPS), telefon pintar serta kamera diserahkan kepada Kumpulan Yayasan Sabah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengumpul data asas hidupan liar untuk dua spesies ikonik di MBCA menerusi pembangunan kapasiti staf MBCA. Kajian ini akan diketuai oleh penyelidik utama dalam menentukan populasi, kelimpahan, keadaan tubuh kedua-dua spesies tersebut serta mewujudkan garam jilat tiruan yang sesuai untuk dibangunkan sebagai tarikan pengunjung pada masa akan datang. Dana untuk kajian spesies itu diperoleh dari People vs Extinction dari Delaware, Amerika Syarikat. Kajian ini bertindak untuk melengkapi usaha berterusan dalam menangani pemburuan haram dan pencerobohan di Kompleks Hutan Hujan DaMaI di bawah MoU bertajuk Inisiatif DaMaI - Rondaan (Penguatkuasaan dan Pemantauan) di Kompleks Hutan Hujan DaMaI.

Setiausaha Korporat, Encik Hanafiah Diman beraksi menguji pandu salah sebuah kenderaan ATV di Menara Tun Mustapha.

Selain ATV dan peralatan lain, SET telah mengedarkan lebih dari 150 unit kamera selular perangkap hidupan liar, perahu yang dilengkapi mesin pemantauan sungai dan tiga unit kenderaan pacuan empat roda untuk membantu pemantauan kerja di Kompleks Hutan Hujan DaMaI. Selain itu, untuk memastikan para renjer memiliki keterampilan yang diperlukan untuk menegakkan sistem GDP yang diperkenalkan di bawah inisiatif ini, program perkembangan kapasiti turut disediakan termasuk menajapara renjer di bawah Pasukan Peronda DaMaI menjalani latihan di Aceh, Sumatera.

Dr. Rahimatsah memberi keterangan kepada Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi Haji Ismail mengenai kenderaan ATV.

"Di bawah MoU tersebut, SET berfungsi sebagai penderma tempatan yang bertanggungjawab menyokong inisiatif DaMal. Majlis penyerahan ATV hari ini merupakan komitmen SET ke arah pencapaian tujuan tersebut," tambahnya. SET turut menyumbang kepada kajian Gajah Pigmi Borneo dan Tembadau yang bakal dilaksanakan selama 18 bulan di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (Maliau Basin Conservation Area, MBCA). Dalam menyokong kajian ini, sejumlah 50 unit kamera perangkap (lengkap dengan selongsong keselamatan, kabel pengunci python, kad SD,

Kenderaan All-Terrain Vehicle (ATV) 200CC GY6 beserta kamera perangkap selular yang menyokong rakaman 4K untuk kegunaan di kawasan konservasi Lembah Danum-Lembangan Maliau-Kanyon Imbak. Staf Kumpulan Yayasan Sabah bergambar bersama kenderaan All-Terrain Vehicle (ATV).

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

37


BPPP GIAT

TINGKATKAN KUTIPAN PINJAMAN Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian (BPPP), Kumpulan Yayasan Sabah sedang melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan kutipan pinjaman terutamanya pinjaman yang tidak dibayar dalam tempoh yang agak lama. Walau bagaimanapun, penularan pandemik COVID-19 mengehadkan pasukan BPPP untuk melaksanakan gerak gempur di seluruh negeri Sabah. Susulan daripada itu, BPPP telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Tanah dan Ukur Sabah pada 18 Mac 2021 serta mesyuarat dengan Jabatan Imigresen Negeri Sabah pada 31 Mac 2021. Kunjungan hormat dan mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan pendapat agensi-agensi berkenaan mengenai tatacara undangundang yang boleh diambil berkenaan isu kutipan pinjaman. Gambar kanan : Bagi menghargai pelajar praktikal yang telah membantu tugasan pungutan pinjaman di BPPP, satu majlis penghargaan telah diadakan pada 17 Mac 2021. Encik Mohd. Sharuddin (empat dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Cik Nur Alyssa binti Brahim, pelajar daripada UiTM Puncak Alam, Selangor.

Gambar bawah : Encik Mohd. Sharuddin turut mengunjungi pejabat Kumpulan Yayasan Sabah di Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi meninjau keadaan di sana.

38

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Puan Seluin Sempuru, Pegawai Tadbir (depan, tiga dari kiri) mengetuai pasukan BPPP dalam kunjungan hormat kepada Encik Awang Fauzi bin Awang Tahir, Timbalan Pengarah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (depan, tiga dari kanan).

Encik Mohd. Sharuddin bin Mohd Wali, Pengurus Kumpulan BPPP (lima dari kanan) bersama dengan Dato’ Dr. Muhamad Sade bin Mohamad Amin, Pengarah, Jabatan Imigresen Negeri Sabah (empat dari kiri).


PELAKSANAAN

SISTEM KAWALAN AKSES PINTU DI MENARA TUN MUSTAPHA

Projek pemasangan sistem kawalan akses pintu di Menara Tun Mustapha (MTM) telah disempurnakan pada bulan Januari 2021. Pemasangan sistem ini pada awalnya dijadualkan bermula pada 1 September 2020. Walau bagaimanapun, tempoh yang dijangka siap dalam masa 45 hari (enam minggu) telah tergendala disebabkan oleh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah pada hujung tahun lepas. Pintu akses keselamatan adalah bertujuan untuk mengelak pihak luar yang tidak mempunyai kebenaran memasuki pejabat dan memantau sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian. Satu taklimat ringkas telah diberikan kepada staf yang terlibat pada 4 Mac 2021 untuk pengendalian sistem ini yang telah dilaksanakan sepenuhnya pada 22 Mac 2021 oleh Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pemasangan kemudahan sistem ini melibatkan 33 buah pintu masuk dan keluar pejabat di bangunan MTM.

KOMPONEN PINTU AKSES

Smart IR Sensor Push Buttons No Touch Infrared Door Exit Push Release Button Switch for Access Control system. Pengesan inframerah untuk membuka pintu dari bahagian dalam pejabat.

MicroEngine EM 600 IBS Magnetic Lock and Magnetic Contact Kedudukan: Terletak di bahagian luar pintu pejabat. Kawalan pintu bermagnet dan pengesan magnet yang terletak di antara bingkai pintu dan pintu pejabat. Doorbell Speaker Alat pembesar suara untuk loceng pintu yang terletak di atas siling pejabat.

1. Doorbell Button, butang loceng kebenaran masuk pelawat ke pejabat. 2. Pengimbas Kad Pintar, terletak di bahagian luar bersebelahan dengan pintu utama. Berfungsi untuk memudahkan staf pejabat berkenaan mengakses pintu masuk utama pejabat.

XP-GTR1500L: Reader with Touch Sense Keypad. Kedudukan : Terletak di dalam pejabat bersebelahan pintu.

PEMAIN PETANQUE KANADA GUNA KEMUDAHAN

KOMPLEKS SUKAN TUN ADNAN YAYASAN SABAH Pada awal bulan Februari 2021 yang lalu, sekumpulan pemain petanque yang berasal daripada negara Kanada dan kini menetap di Sabah telah berkunjung ke Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah untuk menyewa kemudahan sukan petanque. Mereka memaklumkan bahawa mereka mendapat maklumat mengenai kemudahan sukan yang terdapat di Kompleks Sukan Tun Adnan melalui laman web rasmi Kumpulan Yayasan Sabah. Pengurus Kanan, Innoprise Capital Sdn. Bhd. (INNOCAP), Tuan Haji Idris bin Haji Mohamed Shafi turut memaklumkan bahawa INNOCAP dalam perancangan untuk memperbaiki kemudahan sukan petanque di kompleks tersebut.

Para pemain petanque daripada Kanada berbincang mengenai tempahan kemudahan petanque dengan Tuan Haji Idris. BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

39


EDITORIAL

PENASIHAT Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd. Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd.

SIDANG EDITORIAL Sam S. Karnail Annieyldah Peter Hamidon Nurfaezah Abdul Ghani Nur Syafathin binti Mohd Yadi

REKA BENTUK & SUSUN ATUR Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee Bin Wasimin Muhammad Fahmi Abdul Alim

SUMBANGAN RENCANA Staf CCD Staf Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian Staf Pejabat-Pejabat Zon Staf Seksyen ICT, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB)

JURUGAMBAR Bertille Alex Boyou Jeffrey R. Baxter Samson Lawrence Zairulazrin Delin Staf Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian Staf Pejabat-Pejabat Zon

Staf Seksyen ICT, Bahagisan Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd. Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd. TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan Sabah Tingkat 15, Menara Tun Mustapha Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546 Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan. Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.