Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.2/2024 ( April-Julai 2024)

Page 1


Edaran Percuma
APRIL - JULAI 2024
Jilid 2/2024

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji melancarkan Portal Tajaan Pendidikan Sabah. Turut serta adalah

Datuk Zainuddin (kiri), Datuk Haji Ariffin (dua dari kiri), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (dua dari kanan) dan Datuk Haji Raisin (kanan).

“Pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah menjadi satu penanda aras yang signifikan dalam membawa era baharu daripada segi bantuan pendidikan kepada pelajarpelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dianggap sebagai satu perubahan yang besar kepada pelajar yang ingin mendapatkan biasiswa, platform pusat sehenti ini memudahkan proses permohonan, menyediakan saluran yang lancar dan efisyen untuk mengakses pelbagai peluang biasiswa,” kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dalam ucapannya semasa majlis pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah yang diadakan pada 2 Julai 2024 di Menara Kinabalu.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN), Datuk Zainudin Aman, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Haji Raisin bin Saidin, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya, dan pegawa-pegawai kanan Kerajaan Negeri Sabah.

Menurut Datuk Seri Panglima Haji Hajiji, “Portal Tajaan Pendidikan Sabah adalah inisiatif di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), bertujuan untuk memperkasakan pelajar dengan kerjasama penaja-penaja pendidikan yang utama di Sabah. Penaja-penaja ini termasuklah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah, Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, dan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas).”

“Pada tahun ini, program tersebut telah melaksanakan subsidi sekali beri sebanyak RM600 untuk tiket penerbangan, yang meringankan beban kewangan pelajar-pelajar Sabah yang pulang ke tanah air untuk sambutan perayaan. Inisiatif yang memberi manfaat kepada pelajar yang belajar di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan ini adalah satu tindak balas langsung dalam menyelesaikan kebimbangan mereka mengenai kos tiket penerbangan yang tinggi,” jelasnya.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin menyampaikan ucapan.

Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah diwakili oleh Puan Chang Yu Tyng @ Monica Chang, Bendahari, menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000.00.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menegaskan bahawa adalah penting untuk kita mempersiapkan belia kita untuk mempunyai pengetahuan yang mereka perlukan, kemahiran berfikir yang tangkas dan berpandangan jauh supaya dapat menghadapi cabaran ekonomi global dan landskap teknologi yang pesat berkembang di masa hadapan. Bak kata pepatah, kekuatan sesebuah negara terletak pada pengetahuan dan kebijaksanaan rakyatnya.

Portal Tajaan Pendidikan Sabah menjangkau kemajuan teknologi; ia menjadi bukti komitmen negeri ini ke arah kesaksamaan pendidikan, merapatkan jurang antara cita-cita dan peluang. Dalam era di mana akses kepada pendidikan dapat menentukan trajektori kehidupan seseorang, Portal Tajaan Pendidikan Sabah ini dapat memastikan masalah kewangan tidak lagi menjadi menghalang kepada impian akademik seseorang. Dengan menjadikan pendidikan lebih mudah diakses, portal ini membakar semangat intelektual dalam diri setiap pelajar, mendorong mereka untuk meneroka, mencipta inovasi dan berjaya dalam bidang mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Ts. Mohd Yaakob bin Haji Jaafar, menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000.00 daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd.

Dalam majlis tersebut, Tabung Pendidikan Negeri Sabah turut menerima sumbangan sebanyak RM7.7 juta daripada 16 organisasi. Antaranya, Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah, Sabah Electricity Sdn. Bhd., Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd., Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Wilayah Sabah/Labuan, Kolopis Jaya Sdn. Bhd., Angkatan Hebat Sdn. Bhd., Qhazanah Sabah Berhad, Progressive Insurance Berhad, Perbadanan Pinjaman Sabah, Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd., Tanjung Aru Eco Development Sdn. Bhd., SMJ Energy Sdn. Bhd., KKIP Sdn. Bhd., Benta Wawasan Sdn. Bhd., Sabah Softwoods Berhad, dan Kumpulan Sawit Kinabalu.

Pengurus Besar Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Wilayah Sabah/Labuan, Puan Siti Ayu Haniza binti Abdul Wahab menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000.00.

Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. menyumbang sebanyak RM100,000.00 yang disampaikan oleh Datuk Annuar Ayub Aman, Pengerusi Lembaga Pengarah.
Kolopis Jaya Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Kelestarian & Inovasi, Encik Johannes Lo Chaw Jack menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000.00.

Sumbangan sebanyak RM100,000.00 daripada Angkatan Hebat Sdn. Bhd. disampaikan oleh Tuan Haji Faez A. Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Dr. Yusof Yacob menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000.00.

Pengerusi Progressive Insurance Berhad Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Bin Wakiman menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000.00. Sumbangan daripada Perbadanan Pinjaman Sabah sebanyak RM250,000.00 disampaikan oleh Pengerusinya, Datuk Sri Panglima Dr. Yee Moh Cai.

Datuk Japlin Akim, Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. menyampaikan sumbangan sebanyak RM500,000.00.

Tanjung Aru Eco Development Sdn. Bhd. menyumbang sebanyak RM1,000,000.00 yang disampaikan oleh Pengurus Besar, Datuk Jake Jikulin Nointin, JP.

Tidak ketinggalan, SMJ Energy Sdn. Bhd. turut menyumbang RM1,000,000.00 yang disampaikan oleh Datuk Brendan Soh, Pengarah Eksekutif.

Sumbangan KKIP Sdn. Bhd. berjumlah RM1,000,000.00 disampaikan oleh Datuk Thomas Logijin, Ahli Lembaga Pengarah KKIP Sdn. Bhd.

Pengerusi Benta Wawasan Sdn. Bhd., Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid, menyampaikan sumbangan RM1,000,000.00.

Encik Victor Ationg, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu menyumbang RM1,000,000.00.

Sabah Softwoods Berhad diwakili oleh Pengerusi, Datuk Mohd. Arshad bin Bistari menyampaikan dana RM1,000,000.00.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bergambar bersama para penyumbang Tabung Pendidikan Negeri Sabah.

Yayasan Sabah Group for CHARTS COURSE

Yayasan Sabah Group held Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) Senior Management and Subsidiary Retreat in Nexus Resort & Spa Karambunai from 7 to 9 May 2024. The event signifies a crucial juncture in the Yayasan Sabah Group’s strategic growth and excellence pursuit.

Participants deep in strategic conversations about fostering sustainable growth within

Datuk Jasnih addressing the participants.
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (second from left) arriving at the retreat venue.
Datuk Jasnih is also in the picture (left).
the Yayasan Sabah Group.

Executive Chairman of ICSB, Datuk Jasnih bin Daya expressed his appreciation to all attendees and underscored the retreat’s role in bolstering Yayasan Sabah Group’s dedication to its fundamental goals.

Datuk Jasnih stressed the necessity of aligning Yayasan Sabah Group’s efforts with the Sabah Foundation Enactment 1966. He emphasised ensuring that subsidiary investments remain profitable and yield significant dividends for the Yayasan Sabah Group.

“In devising our future business strategies, we must explore new markets, technologies, and business models while remaining faithful to the values and principles that have guided us all these while,” he reiterated.

During the three-day retreat, CEOs from each subsidiary presented their five-year business plans (2024-2028).

Datuk Jasnih also requested retreat participants to provide constructive feedback during these presentations. He described the retreat as a valuable opportunity, echoing the sentiments of the Chief Minister of Sabah cum Chairman of the Yayasan Sabah Board of Trustees, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Ernst & Young representatives Dato’ Mazlan Kamarudin (right) and Encik Mohd Husin Mohd Nor (left) delivered a presentation titled “Reframing the Future of ICSB.
Group Manager of Accounts and Financial Services (YS/ICSB), Encik Joshua Ho, presenting an overview of the financial status of both Yayasan Sabah and ICSB.
Chief Operating Officer of ICSB, Encik Douglas Joinol provides participants with an overview of ISCB’s operations within the Yayasan Sabah Group.

The retreat aims to cultivate collaboration and synergy among ICSB’s Management and its subsidiaries to enhance performance and promote sustainable growth. Participants were engaged in strategic discussions, identifying opportunities, tackling challenges, and developing actionable plans to steer Yayasan Sabah Group towards sustainable success through collaboration and innovation.

Also present at the retreat was the Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar.

As the retreat concludes, Yayasan Sabah Group is well-positioned to implement strategic initiatives to optimise investments, improve business performance, and advance socioeconomic progress in Sabah.

General Manager of Tanjong Aru Hotel Sdn. Bhd., Mr. Conor Hadlington shedding light on the future expansion programmes of Shangri-La Tanjung Aru.
CEO of D’Heritage Sdn. Bhd., Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki, sharing insights with participants on the upcoming business plans for the Sabah International Convention Centre in 2024.
ICSB Senior Management and Subsidiary Retreat participants gather for a group photo, including Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (ninth from the right) and Datuk Jasnih (seventh from the left).
Chief Operating Officer of Innoprise Jungle Lodge Sdn. Bhd. and Borneo Nature Tours Sdn. Bhd., Encik Freddie Coleman, providing insights into the 2023 net profits of both companies and their projected incomes for 2024.
Chief Executive Officer of Sabah Softwoods Bhd., Datuk Haji Mohd. Daud bin Tampokong, provided an overview of the company’s operations.

Camaraderie:

Yayasan Sabah Group Internal Golf Tournament 2024

Yayasan Sabah Group hosted an internal golf tournament at the Nexus Golf Resort Karambunai on 7 May 2024. The event featured 29 avid golfers and showcased a day filled with friendly competition and camaraderie.

The tournament included participants from various divisions and subsidiary companies within the Yayasan Sabah Group, including VIPs, senior Management, executives, and staff. Each golfer displayed exceptional skill and sportsmanship, making the event a memorable experience for all involved.

“We are thrilled to have organised this tournament. Not only did it provide a platform for our staff to showcase their golfing prowess, but it also served as a great team-building opportunity outside the office,” said the Executive Chairman of Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB), Datuk Jasnih bin Daya.

The tournament kicked off early in the morning, with participants eagerly anticipating the challenge ahead. The golfers navigated through the course, showcasing their expertise and determination during the friendly competition. The event concluded with an award ceremony, where the top performers were recognised for outstanding golfing achievements. In the VIP Category, the Chairman of Innoprise Plantation Bhd., Datuk Haji Majin Haji Ajing was the champion. Second place went to the Chairman of Benta Wawasan Sdn. Bhd., Datuk Haji Abdul Karim Haji Wahid. The Chief Operating Officer of ICSB, Encik Douglas Joinol, won third place.

Coursing through
Yayasan Sabah Group’s Internal Golf Tournament bonds staff beyond the office.

In the Invitees Category (Nett), Encik Sabaruddin Ismail from Kolej Teknologi Yayasan Sabah was the champion, followed by Encik Pailin Haji Jani from the Integrity & Enrichment Division, with Encik Zinin Daruan from the Human Resource & Administration Division (YS/ICSB) clinching third place.

The Invitees Category (Gross) saw Encik Dinata D. Abdillah from the Real Estate Division declared champion. Encik Mohd Mizanuza’im bin Abdul Karim from the Accounts & Financial Services Division (YS/ICSB) scored second highest, with Encik Jali Adul from Sabah Softwoods Bhd. trailing in third place.

The Novelties (Nearest to Pin) Category was won by Tuan Haji Lagani Haji Sahid from Benta Wawasan Sdn. Bhd., with Encik Sabaruddin Ismail also winning the second top spot. Encik Julizam Molondoi from Benta Wawasan Sdn. Bhd. secured third place.

The success of the internal golf tournament highlights Yayasan Sabah Group’s commitment to promoting a healthy work-life balance and fostering a sense of community among its staff. Such initiatives boost morale and contribute to a more cohesive and motivated workforce.

Driven by Dedication: Yayasan Sabah Group’s Internal Golf Tournament swings into action.

Datuk Haji Majin (second from right) receiving his prize from Encik Stephen Jilimin, Senior Administration Officer, ICSB Chief Operating Officer’s Office.
Encik Sabaruddin (middle) receiving his prize from Datuk Haji Majin.
Tuan Haji Lagani (middle) receiving his prize from Datuk Haji Abdul Karim.
Encik Dinata (second from right) receiving his prize from Encik Douglas.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin (tiga, kiri) menyampaikan mock-cheque kepada salah seorang siswa yang menerima bantuan TPNS sambil disaksikan oleh

Datuk Mohd. Hanafiah (dua, kiri) dan Encik Hanafiah (Empat, kanan), Encik Mohamad Sidik (kanan, dua), Encik Ramlan (kanan) dan Puan Bahiwata (kiri).

Adik Nurul Izzati bin Jumatli (empat, kanan) yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Sabah menerima mock-cheque bantuan TPNS daripada Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin.

meringankan perbelanjaan pengajian Siswa Siswi

Majlis Penyerahan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) siri ke-3 bagi tahun 2024 menyaksikan 14 orang siswa siswi menerima bantuan secara one off bagi meringankan perbelanjaan pengajian mereka yang diadakan pada 21 Mei 2024 bertempat di Pejabat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Wisma Bandaraya Kota Kinabalu.

Datuk Dr. Haji

Penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana TPNS Siri 3/2024.

mempengerusikan

Mohd. Arifin (kanan)
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana TPNS Siri 3/2024.

Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut adalah Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd. Hanafiah Mohd. Kassim, Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Encik Ramlan bin Awang Ali, Timbalan Pengarah, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas), Encik Mohamad Sidik bin Awang Adi, Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan

Yayasan Sabah, Puan Bahiwata S. Haji Mulia serta ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS yang lain.

Pada majlis penyerahan tersebut, 10 orang siswa siswi hadir menerima bantuan TPNS, manakala dua lagi siswa diwakili oleh ibu bapa mereka kerana sedang menuntut di Mesir dan dua lagi siswa siswi tidak dapat hadir kerana menuntut di Semenanjung Malaysia.

Sebahagian daripada Jawatankuasa Pelaksana TPNS Siri 3/2024 yang menghadiri mesyuarat.
Gambar berkumpulan para penerima bantuan TPNS bersama-sama Ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS.

WILDLIFE FLOURISHES as FORESTS REGROW

A Seminar on Innoprise-IKEA Tropical Forest Rehabilitation Project (INIKEA) Resources & Wildlife Survey 2023, which unveiled new sightings in the Sungai Tiagau Forest Reserve, was officiated by the Assistant Minister to the Chief Minister of Sabah, Datuk Abidin bin Madingkir on 2 May 2024 at ShangriLa Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

The seminar is a follow-up to INIKEA Resources and Wildlife Survey from 7 to 20 August 2023.

The seminar served as a forum for researchers and scientists to present and share their survey findings. The interesting and notable papers focused on the abundance and distribution of wildlife, potential threats such as poaching and forest fires, the impact of surrounding land use, and the potential for tourism development, focusing on critical aspects such as attractions, logistics, and accessibility. Moreover, researchers explored future avenues for studying flora and fauna.

Datuk Abidin addressing the seminar’s participants and invitees.
Group Manager of Conservation and Environmental Management Division of Yayasan Sabah Group, Dr. Waidi Sinun (left) sheds light
Forum session.

Also in attendance were Executive Chairman of Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya representing the Director of Yayasan Sabah, the Managing Director of IKEA Social Entrepreneurship Private Limited, Miss Åsa Skogström Feldt, the Permanent Secretary of the Ministry of Science, Technology and Innovation Sabah, Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, the Deputy Chief Conservator of Forests (Research and Development), Dr. Arthur Chung representing the Chief Conservator of Forests cum Chairman of the

Maliau Basin Management Committee, State and Federal Government heads of departments, NGOs and Yayasan Sabah Group officials.

In his official launching speech, Datuk Abidin remarked, “The recent sightings of wildlife returning to the forests indicate the project’s success in rehabilitating the severely degraded forests. Therefore, I am confident that this seminar will be instrumental in deepening our understanding of the resources and wildlife abundance of the rehabilitated forest.”

The INIKEA collaboration dates back to 1998, stemming from an agreement between Innoprise Corporation Sdn. Bhd. and the Sow-A-Seed Foundation (InsamlingsstiftelsenSåettFrö) to restore 14,300 hectares of degraded forests in the Sungai Tiagau Forest Reserve by reintroducing native tree species that were lost due to logging and forest fires. The project has become one of Malaysia’s largest enrichment-planted areas and the longest active forest restoration area.

Organised by the Yayasan Sabah Group, the seminar saw ten presenters from various campsite areas present intriguing findings and insights regarding the biodiversity, wildlife abundance, and challenges in the INIKEA project area.

Datuk Abidin hopes that the participants will actively participate in providing feedback and exchange findings. He stressed that feedback and input are valuable in supporting the development of INIKEA’s inaugural strategic management plan.

Datuk Abidin also commended the invaluable support from various government departments and organisations such as the Sabah Wildlife Department, Sabah Forestry Department (SFD), Sabah Parks, Sabah Museum, HUTAN Kinabatangan Orangutan Conservation Programme (HUTAN-KOCP), WWFMalaysia, Sabah Environmental Trust (SET), Universiti Malaysia Sabah, and Universiti Teknologi Mara, noting that their expertise will make a significant contribution to be a guideline in the formulation of the INIKEA Strategic Management Plan detailing plans and governance for the coming years.

“The findings will support the formulation of the management plan and will be implemented as the key component,” he said with emphasis.

Seminar participants.

Q & A session.

Yayasan Sabah Group remains committed to implementing sustainable forest management methods, reinforcing its environmental and social responsibility. By forging strong partnerships with government agencies, non-governmental organisations (NGOs), and the private sector, Yayasan Sabah Group ensures that restoration efforts are environmentally sustainable and socially beneficial.

Following the seminar, a dynamic forum session ensued, delving into the exploration of optimal strategies for updating wildlife and natural resources information. Eminent experts and participants engaged in insightful discussions aimed at enhancing our understanding and management of these vital resources.

Dr. Arthur sharing his insights on innovative strategies for updating wildlife and natural resources information.
Datuk Jasnih (second from the left) presenting a memento to Datuk Abidin (third fromright). Also in the picture are Dr. Arthur (left), Ms. Åsa (second from right) and Datuk Mohd. Hanafiah(right).
Datuk Abidin carefully selecting his favourite photograph from the collection.
The stunning fauna of INIKEA as seen through the prism of the survey’s dedicated researches.

Insights from the Experts

“During the survey, our team documented 77 animal species, comprising one endangered gibbon species and three vulnerable species: the sun bear, clouded leopard, and marble cat. Of these, 20 species were mammals, 49 were birds, four were amphibians, and four were butterfly species. Our campsite has significant eco-tourism potential, offering opportunities for jungle trekking, bird watching, and wildlife observation. The campsite’s varied range of animal species and its ecotourism potential, making it an ideal location for conservation and sustainable tourist development. Furthermore, distinctive geological features such as the waterfall further enhance its tourism appeal.”

“Our campsite is situated in a former Reduced Impact Logging (RIL) area. During our survey, we recorded 15 mammal species sightings, including banteng, elephants, and sun bears, as well as six bird species. We also detected signs of encroachment, such as traps and snares, and successfully dismantled 24 of them. Moving forward, ongoing monitoring and enforcement efforts will be crucial in safeguarding the biodiversity of this region. It is imperative that we continue to work closely with local authorities and communities to address the issue in the area.”

“During our survey, we encountered trees with claw marks made by sun bears and stumbled upon a half-eaten fruit along the trekking road near the Maris Camp, indicating the gradual resurgence of wildlife in the area. These findings underscore the positive impact of rehabilitation efforts on wildlife resurgence. Consequently, we believe that INIKEA holds untapped potential for eco-tourism, a testament to the success of extensive rehabilitation endeavours. Looking ahead, INIKEA has a promising outlook for evolving into a premier hub for ecotourism and scientific research in the region.”

Camp 1: Dr. Siti Sarayati Haji Abdul Mawah (Universiti Teknologi MARA)
Camp 6: Ms. Sharon Koh (WWF-Malaysia)
Camp 9: Dr. Spencer Hedley Mogindol (Universiti Teknologi MARA)

The participants of INIKEA Resources and Wildlife Survey from 7 to 20 August 2023.

MAJLIS BERSAMA JABATAN KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah siri 2 bagi tahun 2024 telah diadakan pada 10 Mei 2024.

Mesyuarat MBJ sedang berlangsung. proses kerja, peningkatan mutu perkhidmatan dan kebajikan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Dalam mesyuarat kali ini, Pengurus Kumpulan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Encik Joshua Ho telah mempengerusikan mesyuarat MBJ tersebut sebagai wakil kepada Pengarah Yayasan Sabah.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa isu telah dibincangkan yang melibatkan isu-isu sumber manusia, hartanah, infrastuktur dan kemudahan staf termasuk penambahbaikan

Keputusan-keputusan yang dicapai pada mesyuarat tersebut merupakan langkah penting ke arah memperkukuh organisasi ini. Dengan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak, sudah pasti Kumpulan Yayasan Sabah dapat mencapai visi untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan responsif kepada rakyat negeri ini.

The Director of Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli paid a courtesy visit to the Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar bin Khan Bahadar on 14 May 2024 at the Sabah International Convention Centre (SICC). The visit aims to strengthen the partnership between Yayasan Sarawak and Yayasan Sabah Group, especially in education enrichment.

Accompanying Tuan Haji Mersal were the Acting Deputy Director (Education) of Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat Leonard Doo, alongside representatives from respected Sarawak educational and skills institutions, namely

Curtin University Malaysia (Sarawak), Universiti Teknologi Sarawak, Swinburne University of Technology Sarawak, Kolej Laila Taib, Sarawak Skills and Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS).

Also present were the Executive Chairman of Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya, the Corporate Secretary of Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman, and senior officers representing both Yayasan Sabah Group and Yayasan Sarawak.

paid

COURTESY CALL

to Yayasan Sabah Director

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (second from right) in discussion with Tuan Haji Mersal (second from left). Also in the photo are Datuk Jasnih (right) and Encik Watson (left).
Tuan Haji Mersal receiving a memento from Dato’ Sri Haji Gulamhaidar (second from left). Also in the photo are Datuk Jasnih (left) and Encik Watson (right).
Dato’ Sri Haji Gulamhaidar receiving a memento from Tuan Haji Mersal (second from right). Also in the photo are Datuk Jasnih (left) and Encik Watson (right).
Group photo.

MENEROKA KHAZANAH ALAM TERSEMBUNYI

Tinjauan Sumber Dan Hidupan Liar

LEMBANGAN

“Melangkah ke alam di mana masa seolah-olah berhenti, di bawah kanopi hutan hujan yang luas, diiringi oleh simfoni flora dan fauna yang sukar ditemui,”

Dikenali sebagai “Sabah’s Lost World”, Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (MBCA) adalah sebuah khazanah tersembunyi. Kawasan ini adalah lebih daripada sekadar kawasan rizab semula jadi; ia adalah bukti terdapat hidupan alam semula jadi serta landskap unik yang belum diterokai sepenuhnya.

Kumpulan Yayasan Sabah kini sedang merangka Pelan Pengurusan Strategik MBCA yang ketiga. Oleh itu, sebuah tinjauan sumber dan hidupan liar dijalankan bermula dari 13 sehingga 24 Mei 2024 untuk mengumpul maklumat terkini tentang biodiversiti flora, fauna dan spesies haiwan di MBCA dan kawasan sekitarnya. Tinjauan ini merupakan tinjauan kali yang kedua, berikutan tinjauan awal yang telah dijalankan pada tahun 2013.

Dua Air Terjun yang indah dan unik dijumpai di MBCA.

LEMBANGAN MALIAU

Kawasan Konservasi Lembah Maliau adalah Hutan

Simpanan Kelas I (Perlindungan), meliputi kawasan terlindung seluas 58,840 hektar mengikut Maliau Basin Forest Rules 1997. MBCA adalah kawasan konservasi pertama di Malaysia yang menerima sijil daripada Global Sustainable Tourism Council (GSTC), menunjukkan pematuhan kepada piawaian antarabangsa tertinggi untuk tanggungjawab sosial dan alam sekitar.

Objektif utama tinjauan ini bersasarkan pengumpulan data untuk penyediaan Pelan Pengurusan Strategik MBCA, pendokumentasian kepelbagaian dan pengedaran hidupan liar, menilai potensi pembangunan pelancongan dan mengenal pasti topik penyelidikan untuk kajian masa depan.

Seramai lebih daripada 100 orang peserta turut serta dalam tinjauan ini yang terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan iaitu Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Taman-Taman Sabah, HUTAN-KOCP, WWF-Malaysia, Sabah Environmental Trust (SET), Sabah Tourist Guides Association dan Universiti Malaysia Sabah.

Sebanyak sembilan buah tapak perkhemahan telah dikenal pasti untuk tujuan tinjauan ini, dengan peserta ditempatkan secara komprehensif untuk memaksimumkan liputan radius seluas 5 km setiap tapak perkhemahan. Setiap tapak perkhemahan menempatkan pasukan penyelidik berpengalaman, pakar dalam pelbagai aspek dari botani dan zoologi kepada ekologi dan geologi, masing-masing membawa pengetahuan dan pengalaman unik.

Antara spesies burung yang dijumpai di MBCA.
Helikopter yang digunakan untuk menghantar para peserta ke tapak kem kem 1, 2, 6 dan 7.
Suasana tapak kem 8.
Perbincangan para peserta daripada kem 8 mengenai perancangan tinjauan.
Sungai yang ditemui oleh kumpulan kem 8 di sekitar kawasan tinjauan.
Tasik Linumunsut.
Antara spesies kulat yang dijumpai di MBCA.
Hidupan liar yang terdapat di MBCA.

Ketua Kem 4 :

Encik Rayner Bili

Jabatan Perhutanan Sabah

Ketua Kem 9 :

Dr. Rahimatsah Amat

Sabah Environmental Trust (SET)

“One of the area’s unique features is its mud volcanoes, which are scattered in various spots and attract diverse wildlife. These volcanoes are important for the local ecosystem, drawing animals like elephants, Bantengs, deer, proboscis monkeys, and bearded pigs. During the survey, five groups of elephants were seen over several days. The minerals in the mud are believed to be essential for the health of these mammals,” said Dr. Rahimatsah.

Dr. Rahimatsah menegaskan bahawa keperluan untuk lebih banyak kajian untuk memahami sepenuhnya kepentingan geologi gunung berapi lumpur, termasuk menganalisis mineral dan pemetaan kawasan itu. Beliau juga menekankan bahawa pentingnya penglibatan masyarakat tempatan kerana kawasan ini menawarkan pekerjaan seperti sebagai pemandu, porter dan renjer. Pengetahuan dan pengalaman mereka membawa pelawat mampu meningkatkan peluang ekopelancongan, memberi manfaat kepada ekonomi tempatan dan memelihara kawasan itu untuk generasi akan datang. Ini menyerlahkan kepentingan penglibatan masyarakat dalam menguruskan sumber asli.

“Penglibatan belia dalam usaha pemuliharaan adalah sangat penting dalam memastikan pemuliharaan kawasan konservasi yang mampan untuk masa hadapan. Berdasarkan tinjauan ini, jelas bahawa golongan muda semakin penting dalam mengambil peranan kepimpinan, membawa bukan sahaja perspektif baharu tetapi juga potensi inovatif dan pelaksanaan tindakan di lapangan untuk memacu inisiatif pemuliharaan,” jelas Encik Rayner.

Ketua Kem 3 : Cik Suzika Juiling WWF-Malaysia

“Tanpa ragu, kawasan kem 3 iaitu di sekitar Kampung Inarad mempunyai potensi besar untuk aktiviti ekopelancongan, terutama sekali Tasik Linumunsut, satu-satunya tasik air tawar yang terletak di bawah tebing utara Lembangan Maliau sebagai tarikan utama untuk menarik pelancong ke MBCA. Tasik Linumunsut menawarkan peluang unik untuk meneroka keindahan yang belum diterokai di kawasan ini. Perjalanan untuk sampai ke tasik tersebut mengambil masa kira-kira tiga hari dan dua malam,” jelas Cik Suzika.

Cik Suzika berharap Kawasan Konservasi Lembangan Maliau akan menjadi kawasan ekopelancongan yang paling terkenal. Beliau juga berkata, “ Dengan mengambil bahagian dalam tinjauan seperti ini, kita akan menyedari tentang kepentingan untuk menjaga alam semula jadi dan pentingnya penemuan potensi-potensi yang terdapat di kawasan tersebut.”

Kem 3
tinjauan berlangsung.
Kem 4
Gambar berkumpulan bersama peserta Tinjauan Sumber dan Hidupan Liar MBCA.

Pejabat Setiausaha Korporat Yayasan Sabah selaku Urus Setia telah menganjurkan bengkel Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator, KPI) Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 Mei 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat, Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.

Bengkel KPI

Bengkel ini bertujuan untuk menunjukkan kaedah penyediaan KPI kepada para peserta yang terdiri daripada bahagian, unit dan anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah.

Ucapan aluan dan perasmian bengkel disempurnakan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman. Program diteruskan dengan sesi pengenalan kepada KPI yang dikendalikan oleh Pengurus Kanan, pejabat Setiausaha Korporat, Encik Johny James Billy.

Gambar berkumpulan sebelum bengkel bermula.

Encik Hanafiah menyampaikan
Hanafiah Diman ucapan aluan.
Aktiviti berkumpulan membantu para peserta lebih memahami cara melaksanakan KPI.
Encik Johny (kiri) menyampaikan taklimat.
Pembentangan daripada wakil setiap kumpulan.

Lawatan Kumpulan Yayasan Sabah Ke

KUNJUNGAN HORMAT SWEPA | 30 April 2024

Pengerusi SWEPA, Puan Karen (dua dari kanan) sedang memberi penjelasan mengenai SWEPA kepada Encik Hanafiah (dua dari kiri) dan Puan Rodhaizah (kiri).

Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (SWEPA) telah membuat kunjungan hormat ke Menara Tun Mustapha pada 30 April 2024 yang diketuai oleh Pengerusi SWEPA, Puan Karen Wong. Rombongan SWEPA disambut mesra oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman dan Pembantu Eksekutif kepada Pengarah Yayasan Sabah, Puan Rodhaizah Izzah binti Abdul Rashid.

Kunjungan ini bertujuan untuk memberikan pengenalan mengenai SWEPA termasuk aktiviti-aktiviti yang mereka laksanakan. Selain itu, rombongan ini juga menyampaikan hasrat untuk menjemput Kumpulan Yayasan Sabah menghadiri Program International Women’s Conference yang akan diadakan pada 14 hingga 15 Ogos 2024 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Menurut Puan Karen, program ini dianjurkan bertujuan untuk membantu dan membuka lebih banyak peluang kepada wanita di Sabah, meningkatkan kemahiran di samping mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Encik Hanafiah dan Puan Rodhaizah bergambar kumpulan bersama sebahagian daripada ahli-ahli SWEPA.

KUNJUNGAN HORMAT ROTARY CLUB OF KINABALU SUTERA

15 Mei 2024

Rotary Club of Kinabalu Sutera telah mengadakan kunjungan hormat kepada Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Mei 2024 bertempat di Pejabat Pengerusi Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB), Wisma Innoprise.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan Rotary Club of Kinabalu Sutera kepada pihak Kumpulan Yayasan Sabah serta peranannya di samping meneroka peluang kerjasama yang dapat dilaksanakan.

Dalam kunjungan hormat ini, Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman, Pembantu Eksekutif kepada Pengarah Yayasan Sabah, Puan Rodhaizah Izzah binti Abdul Rashid dan Pegawai Tadbir di Pejabat Setiausaha Korporat, Cik Nur Aziemah Zakaria. Manakala, Rotary Club of Kinabalu Sutera pula dihadiri oleh Presiden Rotary Club of Kinabalu, Datuk Verus Aman Shan, dan diikuti dengan rombongannya, Datuk Albert Tan, Encik Roger Yapp Kah Chong, Encik Chaw Zie Der, Encik Adnan Miassin, Puan Christina Aluda dan Encik Ken Chong.

Datuk Verus (lima dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Encik Hanafiah (tiga dari kiri) yang berupa majalah Rotary Club of Kinabalu Sutera.

Gambar berkumpulan bersama rombongan yang hadir.

KUNJUNGAN HORMAT PERTUBUHAN ORANG ASAL SABAH

20 Mei 2024

Pertubuhan Orang Asal Sabah (POAS) mengadakan kunjungan hormat ke Kumpulan Yayasan Sabah pada 20 Mei 2024 bertempat di bilik mesyuarat Tingkat 12, Wisma Innoprise. Rombongan yang dianggotai oleh empat orang ahli ini diketuai oleh En. Wynaldo O’niel Elexter Wilfred. Dalam kunjungan hormat ini, Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman.

Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan projek ‘Welcome To Sabah’ atau dikenali sebagai WELTOS yang berkonsepkan ‘creation of art that can echo the uniqueness and wonders of Sabah’. Program ini merupakan inisiatif pertubuhan dalam menyediakan platform kepada bakat tempatan bagi menyampaikan kreativiti dan keunikan dalam kesenian anak anak tempatan.

WELTOS secara ringkasnya adalah sebuah program yang berpaksikan kepada gerakan yang memberi impak positif bagi menyatupadukan masyarakat di Sabah.

Encik Hanafiah (dua, kiri) mendengar penerangan daripada Encik Wynaldo (empat, kanan) mengenai pertubulan POAS.

Antara rombongan yang hadir.

KUNJUNGAN HORMAT

Rombongan Unit Audit Dalam Yayasan Pahang telah berkunjung ke Menara Tun Mustapha pada 5 Jun 2024. Rombongan seramai lima orang ini diketuai oleh Penolong Pengurus Kanan Unit Audit Dalam Yayasan Pahang, Cik Alyia Hannan binti Mohd Ashari dan disambut oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Audit Dalaman, Kumpulan Yayasan Sabah, Puan Hajah Ainahwati Haji Abdul Sani berserta para pegawai Kumpulan Yayasan Sabah.

Dalam kunjungan ini, Unit Audit Dalam Yayasan Pahang bertukar-tukar pengetahuan bersama Kumpulan Yayasan Sabah termasuk prosedur audit dalam, terma rujukan, sistem digital audit, carta alir proses kerja dan pengurusan audit susulan.

Rombongan Audit Dalam Yayasan Pahang turut beramah mesra bersama Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar selepas selesai sesi taklimat audit dalaman dijalankan.

Rombongan beramah mesra bersama Dato’ Sri Haji Gulamhaidar

dari kanan).

Rombongan Yayasan Pahang dan Kumpulan Yayasan Sabah dalam sesi kunjungan berkenaan.
(empat
Cik Alyia (kanan) mendengar taklimat daripada Hajah Ainahwati (kiri).

OPAC & U-PUSTAKA

Literasi Maklumat

tingkatkan Para Pelajar

Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat-pejabat zon dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens menganjurkan tiga siri Bengkel Perpustakaan Online Public Access Catalogue (OPAC) dan u-Pustaka bermula pada 21 Mei 2024 di SMK Pekan II, Kota Belud, 12 Jun 2024 di SMK Sri Nangka, Tuaran dan 20 Jun 2024 di SM Agama Negeri Islamiah (Pantai Manis), Papar. Seramai 150 orang pelajar daripada sekolah sekitar Kota Belud, Tuaran dan Papar telah menyertai bengkel tersebut.

Objektif utama bengkel tersebut ialah membantu meningkatkan literasi maklumat dan asas pencarian

maklumat dalam perpustakaan bagi meningkatkan kecekapan penggunaan perpustakaan. Di samping itu, bengkel ini juga sebagai persediaan awal kepada para pelajar tingkatan lima dan enam yang akan melanjutkan pengajian diperingkat lebih tinggi kelak.

Ketiga-tiga siri bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi Haji Ismail. Turut hadir, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Zainudin Saridi dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan.

21 Mei 2024 | SMK Pekan II, Kota Belud

Taklimat bengkel disampaikan oleh Pustakawan, Puan Joan Sibin daripada Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.
Latihan praktikal para pelajar menggunakan OPAC.

Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi Haji Ismail (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.Disaksikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Dr. Japran bin Haji Kusin (tiga dari kanan), Pengetua SMK Pekan II, Kota Belud, Encik Jainol bin Sahir (dua dari kiri), Ketua Pustakawan, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Zainudin Saridi (kiri) dan Ketua Pentadbir Zon, Zon Pantai Barat Utara, Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Adman Haji Samat (kiri).

Gambar berkumpulan selepas majlis penutupan bengkel.

12 Jun 2024 | SMK Sri Nangka, Tuaran

Fasilitator dari u-Pustaka, Cik Rinawaty Ag. Ali menerangkan cara-cara mendapatkan bahan bacaan yang terdapat di catalog u-Pustaka.

pelajar

Taklimat bengkel disampaikan oleh Pustakawan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Mohd. Iqbal Firdaus Kamilin (berdiri).

Encik Zainudin (lima dari kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta. Disaksikan oleh Encik Zulkhairi (dua dari kiri) Pegawai SIP+ Pendidikan, Puan Alizizah binti Sipil (empat dari kanan), Pengetua SMK Sri Nangka, Encik Voo Hon Min @ Mohd. Amin (tiga dari kanan) dan Ketua Pentadbir Zon, Zon Pantai Barat Selatan, Kumpulan Yayasan Sabah, Puan Linda Anthony (dua dari kanan).

Para
membuat latihan praktikal menggunakan OPAC.

20 Jun 2024 | SM Agama

Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dan University College of Sabah Foundation (UCSF) turut membuka gerai pameran pendidikan bagi member peluang kepada para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan peluang pendidikan yang ditawarkan di kolej-kolej tersebut.

Salah seorang pelajar menerima sijil penyertaan daripada Encik Zulkhairi (tiga dari kiri). Disaksikan oleh Encik Zainudin (kiri), Penolong Kanan Kokurikulum, SM Agama Negeri Islamiah, Encik Sazali bin Ibrahim

Negeri Islamiah (Pantai Manis), Papar
Pustakawan, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Nestor F. Passon (berbaju korporat) menerangkan cara mengunakan OPAC.
(dua dari kiri) dan Ketua Pentadbir Zon, Zon Pedalaman Selatan, Puan Siti Sheriffah Jabar Khan (kanan).
Gambar berkumpulan.
Gambar berkumpulan.

ZON PANTAI BARAT UTARA

PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA

KURSUS MEMBUAT KUIH TRADISIONAL (INOVASI)

27 April @ Pusat Pentadbiran, Kampung Senaja, Pitas

Kursus yang diadakan pada 27 April 2024 bertempat di Pusat Pentadbiran Kampung Senaja Pitas ini telah disertai seramai 30 orang peserta.

Kursus ini bertujuan untuk mengasah kemahiran asas para peserta dalam mengkomersialkan keluaran kuih

tradisional. Selain itu, para peserta diberi pendedahan dalam menginovasi hasil produk masing-masing untuk dipasarkan.

Pengurus Syarikat Rostam Trading, Puan Dayangku Jaina binti Awangku Aman yang berasal dari Kota Belud, dijemput bagi memberikan taklimat dalam kursus ini. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Senaja, Encik Along bin KK Badawi dan Ketua Kampung Senaja, Puan Siti Jahirah binti Badawi.

BENGKEL TEKNOLOGI ASAS

MEMBAIKI TELEFON BIMBIT

28 April 2024 @ Mini Dewan Raihan, Kota Marudu

Bengkel ini berlangsung pada 28 April 2024 bertempat di Mini Dewan Raihan 7, Kota Marudu. Seramai 26 orang peserta menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Syarikat Business Mobile Repairing Kota Kinabalu, Encik Mohd. Fazlee Atal bin Nazarudin.

Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah bagi menambah kemahiran para peserta khususnya dalam membaiki telefon bimbit.

Puan Dayangku Jaina (berdiri) menyampaikan taklimat kepada para peserta.
Puan Dayangku Jaina (tengah) menunjukkan demonstrasi penyediaan adunan kuih tradisional kepada para peserta.
Sesi soal jawab bersama peserta bengkel.
Encik Mohd. Fazlee (depan) menyampaikan taklimat kepada para peserta.

KURSUS JAHITAN TANJAK (DASTAR)

30 April 2024 @ Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga, Kampung Timbang Dayang, Kota Belud

Kursus ini telah diadakan pada 30 April 2024 bertempat di Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Timbang Dayang, Kota Belud.

Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam menghasilkan tanjak. Penganjuran program ini juga bertujuan untuk menggalakkan peserta untuk memulakan perniagaan menjahit tanjak yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing dalam jangka masa yang panjang.

BENGKEL FIQH MUNAKAHAT

Taklimat program ini yang melibatkan 34 orang peserta disampaikan oleh Pengurus Kedai Jahitan SN Tailor Kota Kinabalu, Encik Shahrul bin Sokor.

Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, Encik Mohd. Nasir Adli bin Zainuddin, Timbalan Ketua Kampung Timbang Dayang, Tuan Haji Ideris bin Yakup, Pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Timbang Dayang, Encik Makli bin Mawal, Pengerusi Masjid Kampung Timbang Dayang, Ustaz Jaleh bin Seman Pengerusi dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Encik Ebur bin Sabtar.

Encik Shahrul (kanan) menunjukkan cara-cara melekatkan kain interlining kepada peserta kursus.

4 Mei 2024 @ Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga, Kampung Linau, Kota Belud

Bengkel ini telah berlangsung pada 4 Mei 2024 yang lalu dan diadakan bertempat di Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Linau, Kota Belud.

Taklimat bengkel telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Daerah Kota Belud, Ustaz Mohd. Jasri bin Mohd. Jasin kepada 55 orang peserta.

Objektif program ini adalah meningkatkan pengetahuan dalam hukum dan undang-undang syariah berkaitan kehidupan berkeluarga.

Dalam program yang sama, Pengurus Pemasaran Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), Encik Hilary Sibangun dan

Ustaz Mohd Jasri menyampaikan ceramah Fiqh Munakahat kepada para peserta.

Pegawai Pemasaran University College Sabah Foundation (UCSF), Encik Albert Makuat telah menyampaikan taklimat peluang pengajian di KTYS dan UCSF. Manakala, Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Salim bin Japaran telah menyampaikan taklimat berkenaan tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, Encik Mohd. Nasir Adli bin Zainuddin, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Linau, Encik Madlan bin Dulamid dan Pengerusi Rukun Tetangga (KRT) Kampung Linau, Encik Maryadi bin Manjin.

Encik Albert menyampaikan taklimat peluang pengajian di UCSF.

Encik Hilary menyampaikan taklimat peluang pengajian di KTYS.

Encik Salim menyampaikan taklimat berkenaan tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah.

Encik Shahrul (kiri) menyampaikan taklimat kepada para peserta.

KURSUS PENANAMAN PISANG BERBATAS

9 Mei 2024 @ Kampung Marudu Darat, Kota Marudu

Seramai 27 orang penduduk setempat Kampung Marudu Darat, Kota Marudu telah menyertai kursus penanaman pisang berbatas pada 9 Mei 2024 yang dianjurkan oleh pejabat ZPBU. Progam ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah ZPBU dengan Jabatan Pertanian Kota Marudu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Marudu Darat, Kota Marudu. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas penanaman pisang secara sistematik.

Taklimat kursus disampaikan oleh Puan Suzie Sammy bertempat di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan, Kota Marudu. Para peserta kemudian menjalani latihan secara amali di kebun pengusaha pisang, Encik Malison bin Modusik bagi memudahkan para peserta memahami dan mempelajari kaedah penanaman pisang yang betul.

Turut hadir adalah pegawai daripada Jabatan Pertanian Kota Marudu, Encik Mosintau Majin.

KURSUS E-PEMASARAN

16 Mei 2024 @ Pusat Sebaran Maklumat Nasional, Pekan Kudat

Pejabat ZPBU telah mengadakan kursus e-Pemasaran ini dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kudat pada 16 Mei 2024 bertempat di bilik komputer, Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kudat. Seramai 19 orang peserta telah menerima manfaat daripada penganjuran kursus ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah

KURSUS PERTANIAN FERTIGASI

untuk memberi pengetahuan asas kepada peserta tentang e-pemasaran dan e-dagang. Taklimat kursus telah disampaikan oleh Pegawai Rakan Digital, Puan Syahmimi binti Liasin.

18 Mei 2024 @ Dewan Terbuka Kampung Salimpodon Darat, Pitas

Pejabat ZPBU telah mengadakan kursus pertanian fertigasi pada 18 Mei 2024 bertempat di Dewan Terbuka Kampung Salimpodon Darat, Pitas. Program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Salimpodon Darat, Pitas.

Seramai 26 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada penduduk sekitar daerah Pitas. Taklimat program telah disampaikan oleh Pengurus, Syarikat Marudu Fertigasi, Encik Tony Makapin.

Objektif utama dalam program ini adalah untuk menerangkan kelebihan pertanian mengunakan sistem fertigasi. Para peserta didedahkan dengan kaedah penyediaan ladang

Puan Suzie (kanan) menyampaikan taklimat kepada para peserta.
Encik Adman, Ketua Pentadbir Zon, ZPBU (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
Puan Syahmimi (kanan) memberi tunjuk ajar kepada para peserta.
Encik Tony ( tengah) menunjukkan cara-cara untuk menyambung tangka baja ke polibeg.
Peserta kursus menjalani latihan amali di kebun pisang.

Encik Adman, Ketua Pentadbir Zon, ZPBU ( tengah) menyampaikan penghargaan kepada Encik Tony sambil (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Encik Jasli (kiri), Encik Salim (dua dari kanan) dan Encik Adie (kanan).

fertigasi, komponen dan penetapan baja, tapak semaian, serta piawaian dalam pengurusan ladang fertigasi. Taklimat kursus juga menerangkan mengenai teknologi terkini yang digunakan dalam sektor pertanian. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan para peserta untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian dan membantu meningkatkan pendapatan keluarga.

Selain itu, wakil daripada Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Salim Japaran turut hadir memberikan taklimat mengenai peluang tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah. Manakala, Pegawai, University College Sabah Foundation (UCSF), Encik Adie Azizan Abd Hamid telah menyampaikan taklimat peluang pengajian ke UCSF.

Turut hadir pada program ini ialah pengerusi JPKK Kampung Salimpodon Darat, Encik Jasli Kulabid.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

KURSUS FARDHU KIFAYAH DAN CERAMAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 25 Mei 2024 @ Masjid Imam Haji Duasan, Kampung Korina, Daerah Matunggong

Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada penduduk setempat telah menyertai program ini pada tarikh 25 Mei 2024 bertempat di Masjid Imam Haji Duasan, Kampung Korina, daerah Matunggong.

Objektif program adalah untuk memantapkan pengurusan jenazah ahli masjid di Kampung Korina. Selain itu, program ini juga mengetengahkan hal undang-undang kekluargaan dalam Islam.

Penceramah program merupakan penceramah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Matunggong, Ustaz Salleh bin Jatil dan Ustazah Halimah binti Matawas. Dalam program yang sama, mewakili Kumpulan Yayasan Sabah, Ketua Pentadbir Zon, ZPBU, Encik Adman bin Haji Samad menyerahkan sumbangan berupa dua set kain kapan kepada Pengerusi Masjid Imam Haji Duasan, Encik Lidin @ Mohd Alidin bin Karim.

Turut hadir adalah Pegawai Penguatkuasa JHEAINS daerah Matunggong, Encik Sharif Haris bin Sharif Bidin.

Ustazah Halimah (kanan) menunjukkan cara untuk memotong kain kafan bagi jenazah wanita kepada para peserta.

Ustaz Salleh (depan) menyampaikan ceramah mengenai undang-undang keluarga Islam kepada peserta.

ZON PANTAI BARAT SELATAN

PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA

MASJID KG. SEMBULAN 2 Mac 2024 @ Masjid Kg. Sembulan

Para peserta mendengar penerangan mengenai pengurusan jenazah sebelum dan selepas jenazah dikafankan dibimbing oleh Ustaz Haji Jasimin (kopiah putih)

Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pantai Barat Selatan (ZPBS) telah mengadakan Kursus Fardu Kifayah Pengurusan Jenazah pada 2 Mac 2024 bertempat di Masjid Kg. Sembulan, Kota Kinabalu melibatkan 35 orang peserta.

Ustazah Neng Athirah (baju ungu) memberi penerangan dan mempraktikkan cara menguruskan jenazah wanita kepada peserta wanita.

Encik Mohd. Azubair Sainuddin (tengah berbaju biru) Pegawai Tadbir Kanan, ZPS, Encik Rusdi Awang (duduk baju putih) Setiausaha Masjid Kg.Sembulan, Ustaz Haji Jasimin bin Mohd Rashid (duduk kopiah putih) dan Ustazah Neng Athirah Malinda binti Joslan (duduk baju ungu) penceramah jemputan, bergambar kenangan bersama para peserta kursus.

MASJID AL-IKHWAN, TAMAN KUALA MANGGATAL

Kumpulan Yayasan Sabah juga telah mengadakan Kursus Asas Fardu Ain pada 3 Mac 2024 bertempat di Taman Kuala Manggatal melibatkan 43 orang peserta.

Para peserta memberi tumpuan mendengar ceramah daripada Ustaz Khalid Kawsin.

Encik Mohd Azubair Sainuddin (berbaju biru di tengah), Tuan Haji Sulaiman Liman (enam dari kanan, baris kedua) Pengerusi Masjid Al-Ikhwan, Tuan Haji Sarikin Marno (lima dari kanan, baris kedua) Timbalan Pengerusi Masjid Al-Ikhwan, Ustaz Safwan (enam dari kiri, baris kedua) Imam Masjid Al-Ikhwan dan Ustaz Khalid Kawsin (tujuh dari kiri, baris kedua) penceramah jemputan dan tenaga pengajar daripada Pondok FiiDzilaill Quran, Kota Belud, bergambar kenangan bersama para peserta program.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI

Kursus membuat makanan tradisi telah diadakan pada 7 mac 2024 bertempat di Kg. Kimoligan Penampang melibatkan 26 orang peserta.

Puan Winnie Ann (tengah) sedang menunjukkan cara membuat hinava ikan tenggiri kepada para peserta kursus.
Para peserta kursus sedang mempraktikkan pembuatan ‘hinompuka’, sejenis kuih tradisional.
Encik Muhammad Syimir bin Rasidi (duduk, kiri) Pegawai Kawasan Penampang, Puan Barbara David (dua dari kiri) , Pengerusi JKKK Kg. Kimoligan, Puan Linda Anthony (tiga dari kiri) Ketua Pentadbir Zon dan Puan Winnie Ann (duduk, kanan) tenaga pengajarjemputan bergambar bersama para peserta kursus.

ZON PANTAI TIMUR UTARA

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

KURSUS JAHITAN

CROCHET DAN BOUQUET

6-9 Mei 2024 @ Bilik Mesyuarat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara

Dalam kursus ini, peserta diajar teknik-teknik asas jahitan crochet termasuk mata, rajutan, dan penggabungan rajutan untuk mencipta corak yang menarik dan kreatif. Mereka juga mempelajari cara menghasilkan gubahan yang menarik dengan menggunakan teknik-teknik asas crochet. Selain itu, peserta diberi panduan tentang pemilihan benang dan bahan yang sesuai untuk jahitan crochet agar menghasilkan hasil yang berkualiti dan tahan lama.

KURSUS ASAS MENCETAK BAJU

8 Mei 2024 @ Kampung Gana Jati, Telupid

Dalam kursus ini, para peserta yang terdiri daripada golongan belia berdekatan diberikan tunjuk ajar tentang cara menggunakan mesin pencetak bagi mencetak corak atau gambar pada baju. Objektif kursus ini adalah untuk membekalkan kemahiran baharu kepada para peserta dalam usaha mempertingkatkan produktiviti dan memberi peluang perniagaan kepada masyarakat setempat.

Tenaga pengajar turut menekankan terhadap pemilihan material kain yang sesuai untuk menghasilkan cetakan yang menarik dan tahan lama tanpa merosakkan kain. Dengan kemahiran ini, para peserta dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan menarik minat pembeli. Justeru, penganjuran kursus asas cetak baju ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia tempatan untuk mempelajari kemahiran baru tetapi juga membuka jalan kepada mereka untuk menceburi bidang perniagaan yang berpotensi menguntungkan.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

KURSUS PENGUCAPAN AWAM

5 Mei 2024 @ Masjid Nur Iman Kampung Gomantung Jaya, Kinabatangan Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memberi ucapan secara awam dalam kalangan masyarakat setempat serta membina keyakinan diri mereka. Para peserta diperkenalkan dengan pelbagai teknik seperti cara mengawal nada suara, penggunaan bahasa tubuh, dan menyusun kandungan ucapan dengan baik.

Selain itu, para peserta juga diberi peluang untuk berlatih berucap di hadapan rakan-rakan kursus untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan diri dan mengatasi rasa gugup.

Para peserta menghasilkan corak atau gambar menggunakan perisian reka bentuk grafik.
Gambar berkumpulan.
Antara hasil produk crochet dan bouquet peserta.
Gambar berkumpulan.

PROGRAM SAMBUTAN KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KINABATANGAN

15 Mei 2024 @ Dewan Seri Milian, Kinabatangan

Pelbagai aktiviti menariktermasuk Pertandingan Karaoke, Pertandingan Unduk Ngadau Kanak-Kanak, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Pertandingan Bola Tampar turut memeriahkan suasana sambutan pesta kaamatan tersebut.

Program ini turut menyampaikan sijil tamat Bengkel Pensijilan Halal sebagai sebahagian daripada usaha memastikan pengeluaran dan penjualan makanan tempatan patuh kepada standard halal yang ditetapkan. Melalui program ini, masyarakat tempatan dapat memperkukuhkan lagi kefahaman mereka tentang pentingnya halal dalam agama dan kehidupan seharian.

Secara keseluruhannya, Program Sambutan Kaamatan Peringkat Daerah Kinabatangan telah mencapai matlamatnya untuk meraikan warisan budaya masyarakat tempatan sambil memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi keunikan budaya mereka dengan masyarakat lain. Semoga program seumpama ini akan diteruskan untuk memperkukuhkan lagi kebanggaan dan kesedaran akan warisan budaya di kalangan masyarakat setempat.

Sesi gambar

Penyampaian hadiah berupa wang tunai dan hamper yang disampaikan oleh Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah, Mohd Ismail Ayob (empat dari kanan) kepada salah seorang pemenang, disaksikan oleh Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Utara, Puan Ane Abdul Rahman (tiga dari kanan).

PAMERAN DAN JUALAN KRAF SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KINABATANGAN

16 Mei 2024 @ Dewan Sri Lamag, Kinabatangan

Pameran dan Jualan Kraftangan telah menjadi tarikan utama sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kinabatangan 2024 yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kinabatangan.

Seramai tiga orang peserta Program Komuniti Kraf (PKK) di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabahdari daerah Sandakan telah menyertai pameran tersebut.

Dengan mempamerkanpelbagai hasil kraftangan yang mencerminkan keindahan dan keunikan warisan seni kraf Sabah, pameran dan jualan kraf ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menghargai hasil karya seni dan kraftangan tempatan. Selain itu, acara ini juga memberi platform kepada para pengusaha kraf tempatan untuk memperluaskan jaringan perniagaan mereka. Semoga dengan adanya acara seperti ini, industri kraf tempatan dapat terus berkembang dan diiktiraf dalam skala yang lebih luas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah (lima dari kanan) merasmikan acara Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kinabatangan 2024.
Penyampaian cenderamata kepada Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah (dua dari kanan) semasa melawat gerai pameran Zon Pantai Timur Utara.
berkumpulan bersama para pemenang dan peserta pertandingan.
Puan Ane Abdul Rahman (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan karaoke. Turut dalam gambar ialah Pegawai Tadbir Kanan, ZPTU, Encik Abdul Rasid bin Abdul Sani (kiri).
Sesi mewarna.
Gambar berkumpulan para peserta yang telah menamatkan Bengkel Pensijilan Halal dan Sijil Pengendalian Makanan.

ZON PANTAI TIMUR SELATAN

PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK DAN MINDA

Karnival Minggu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 22 - 26 April 2024 @ SMK Titingan, Tawau

Karnival Minggu STEM yang dianjurkan oleh Pejabat ZPTS pada 22 sehingga 26 April 2024 di SMK Titingan, Tawau adalah bertujuan untuk memupuk minat pelajar dalam bidang berkenaan. Selain itu, karnival ini juga dapat membantu tahap pencapaian dan memberi impak positif kepada pelajar agar prestasi akademik pelajar terus meningkat. Seramai 245 orang pelajar telah menerima manfaat daripada karnival yang dijalankan ini.

Karnival ESTREAMIC 2024 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara 9 Mei 2024 - 25 Jun 2024 @ Dewan Al-Faribi, SMK Kuhara, Tawau

Karnival ESTREAMIC 2024 di peringkat SMK Kuhara, Tawau telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbir Zon, ZPTS, Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin. Karnival yang diadakan pada 9 Mei 2024 sehingga 25 Jun 2024 telah memberi manfaat kepada seramai 1887 orang pelajar keseluruhannya. Para pelajar SMK Kuhara diberi peluang untuk membuka booth pameran serta booth jualan sepanjang karnival ini dijalankan. Secara tidak langsung, para pelajar mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada pameran yang berinformasi serta pengalaman kepada para pelajar untuk menjadi seorang usahawan. Objektif karnival ini mencapai sasaran apabila ianya berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 20 Mei 2024 @ SK Kennedy Bay, Lahad Datu

Seramai 40 orang pelajar SK Kennedy Bay, Lahad Datu telah menerima manfaat daripada Karnival STEM anjuran Pejabat ZPTS yang diadakan pada 20 Mei 2024. Sudah tentu program ini dapat membudayakan nilai dan menanam sikap ingin mengetahui tentang ciptaan sesuatu inovasi serta dapat membantu meningkatkan daya saing pelajar dalam bidang sains serta teknologi.

Para pelajar yang menyertai karnival tersebut.
Ketua Pentadbir Zon ZPTS, Puan Norkhajijah (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar SMK Titingan.
Booth pameran informasi Matematik oleh pelajar.
Sebahagian daripada para pelajar yang menyertai karnival tersebut.
Gambar berkumpulan.
Majlis Perasmian Karnival ESTREAMIC 2024. Pengetua SMK Kuhara, Encik Mokhtar bin Abdul Rashid (enam dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Pentadbir Zon ZPTS, Puan Norkhajijah (lima dari kanan).

Bengkel Kecemerlangan Bidang Sains, Matematik, Kimia & Matematik Tambahan 23 Mei 2024 @ SMK Tungku, Lahad Datu

Seramai 190 pelajar SMK Tungku mengambil bahagian dalam Bengkel Kecemerlangan

Bidang Sains, Matematik, Kimia dan Matematik Tambahan yang dianjurkan oleh

Pejabat Zon Pantai Timur Selatan (ZPTS). Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada program ‘outreach’ pelajar yang bertujuan untuk menyemai minat dalam bidang kejuruteraan dan sains sekali gus menggalakkan pelajar sekolah menengah melanjutkan pelajaran dalam bidang itu.

Puan

yang menyertai bengkel tersebut.

Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 23 Mei 2024 @ SK Kunak 2, Kunak

Seramai 500 orang pelajar yang melibatkan 15 buah sekolah rendah sekitar daerah Kunak telah menerima manfaat daripada Karnival STEM anjuran Pejabat ZPTS yang diadakan pada 23 Mei 2024 bertempat di SK Kunak 2, Kunak. Karnival STEM yang berteraskan kepada bidang ilmu berpaksikan teknologi, sudah tentu program ini dapat membudayakan nilai dan menanam sikap ingin mengetahui tentang ciptaan sesuatu inovasi serta dapat membantu meningkatkan daya saing pelajar dalam bidang sains serta teknologi.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

Gotong-Royong Baik Pulih Tandas 30 April 2024 @ Masjid Nur Hidayah, Kg. Makuao, Tungku

Pejabat ZPTS telah mengadakan gotong-royong membaik pulih tandas di Masjid Nur Hidayah, Kg. Makuao, Tungku dan program tersebut telah mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa masjid serta penglibatan penduduk setempat.

Seramai 15 orang telah hadir membantu mengganti zink, gelagar, pasang mozek dan mengecat tandas masjid tersebut.

Gotong-Royong Mengecat Masjid 6 Mei 2024 @ Masjid Al-Ikhlas Kg. Sapagaya Hilir, Lahad Datu

Pejabat ZPTS telah mengadakan program gotong-royong mengecat masjid Al-Ikhlas Kg. Sapagaya Hilir di Lahad Datu yang bertujuan untuk mencantikkan dan menjaga keadaan fizikal masjid agar tetap kelihatan indah serta dapat memberi keselesaan kepada jemaah yang hadir untuk beribadah. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa masjid serta penglibatan penduduk setempat.

Norkhajijah Haji Mohd. Tussin, (kedua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Puan Julizah binti Nordin, guru SMK Tungku (tengah).
Para pelajar
Salah satu kumpulan menunjukkan hasil ciptaan kreatif mereka iaitu Menara Tun Mustapha.
Salah satu kumpulan yang menghasilkan kereta lumba yang menggunakan tenaga kinetik.
Baik pulih tandas sedang berjalan.
Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin, (dua dari kanan) mengecat dinding masjid bersama beberapa penduduk kampung yang lain.
Tandas yang telah siap dibaik pulih.
Gambar berkumpulan bersama Puan Nurkhajijah dan Pengerusi Masjid Al-Ikhlas, Kg. Sapagaya Hilir, Encik Abdul Sani@Abduul Sani bin Abdul Abe (lapan dari kanan).

GOTONG-ROYONG MENANAM POKOK HIASAN

16 Mei 2024 @ Masjid Nur Hikmah, Kg. Blok 31, Tawau

Pejabat ZPTS telah mengadakan program gotong royong menanam pokok hiasan di sekitar kawasan Masjid Nur Hikmah, Kg. Blok 31, Tawau yang bertujuan untuk menceriakan dan mencantikkan lagi pemandangan kawasan masjid tersebut. Seramai 25 orang penduduk kampung sekitar masjid tersebut hadir bagi mengeratkan silaturahim sambil membantu proses penanaman pokok hiasan ini.

GOTONG - ROYONG BAIK PULIH TANDAS

25 Mei 2024 @ Masjid Kg. Sakong Kecil, Semporna

Pejabat ZPTS telah mengadakan program gotong-royong membaik pulih tandas di Masjid Kg. Sakong Kecil, Semporna yang dibantu oleh seramai 15 orang kampung sekitar masjid tersebut. Program ini bertujuan agar penduduk kampung sekitar dapat menggunakan tandas di masjid tersebut dengan selesa dan bersih.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

18 Mei 2024 @ Kolej Komuniti, Lahad

Seramai 21 orang peserta telah menyertai kursus penghasilan bebola ayam dan nuget ayam yang terdiri daripada golongan belia dan suri rumah. Pejabat ZPTS telah menjemput dua tenaga pengajar iaitu Encik Mansur Nassir bagi penghasilan bebola ikan dan Encik Khairul Taufiq Latif bagi penghasilan membuat nuget ayam. Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan asas dalam pembuatan bebola dan nuget ayam dalam masa yang sama membuka peluang kepada semua komuniti setempat yang kurang berkemampuan dan ingin menambah pendapatan keluarga.

Para penduduk kampung yang hadir bergambar kumpulan bersama Puan Norkhajijah Haji Mohd. Tussin, (tengah) dan Ketua Kampung Blok 31, Encik Omar Bin Yusuf (berdiri, tujuh dari kiri).
Tandas Masjid Kg. Sakong Kecil sebelum dibaik pulih.
Penduduk kampung sedang menanam pokok hiasan.
Baik pulih tandas sedang dilaksanakan oleh orang kampung sekitar masjid.
Tandas Masjid Kg. Sakong Kecil selepas dibaik pulih.
Encik Mansur Nassir (kiri) sedang mengajar peserta menghasilkan bebola ayam.
Gambar berkumpulan.

Program Keusahawanan Produk IKS ke Pasaran Tempatan & Kursus Pengendalian Makanan 20 Mei 2024 @ Pusat Ekonomi Digital Pekan Kunak, Kunak

Seramai 25 orang penduduk setempat telah menyertai Program Keusahawanan Produk IKS ke Pasaran Tempatan dan Kursus Pengendalian Makanan yang menyasarkan penduduk sekitar Pekan Kunak. Program keusahawanan produk IKS ke Pasaran Tempatan merupakan platform terbaik bagi pengusaha IKS daripada seluruh Sabah untuk memperkenalkan produk yang mereka hasilkan dan memberi ruang untuk mereka menjual kepada orang ramai bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka. Pejabat ZPTS juga menjemput para penceramah yang pakar dalam bidang keusahawanan IKS iaitu Pengurus Operasi Sthamin Group, Puan Sherlinda binti Rabu, R&D Food Safety Solutions Tawau, Puan Dahirah binti Mahmud dan Pengurus PEDi Pekan Kunak, Puan Noor Adilah binti Mohd Farid.

KURSUS ASAS GUBAHAN BOUQUET

24 Mei 2024 @ Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Bubul Lama, Semporna

Kursus Asas Gubahan Bouquet kian mendapat perhatian daripada masyarakat setempat terutamanya dalam kalangan wanita. Penghasilan Bouquet ini adalah trend bisnes yang hangat dan boleh menghasilkan duit pendapatan sampingan walaupun bermula daripada rumah sahaja. Program ini bertujuan bagi menarik minat dan membuka peluang kepada semua komuniti setempat yang kurang berkemampuan dan ingin menambah pendapatan keluarga serta peluang kepada pelajar lepasan SPM yang ingin memulakan perniagaan sendiri. Seramai 15 orang penduduk setempat telah menyertai kursus tersebut.

Puan Rena Binti Ali, tenaga pengajar gubahan bouquet (barisan kiri, berdiri, kanan) memberi tunjuk ajar kepada peserta.
Gambar berkumpulan.
Puan Sherlinda sedang memberi ceramah.
Gambar berkumpulan.

ZON PEDALAMAN UTARA

BIASISWA MENENGAH YAYASAN SABAH

Pejabat Zon Pedalaman Utara (ZPU) telah melaksanakan penyampaian Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) yang dilaksanakan pada bulan Mei 2024. Seramai 280 pelajar daripada 25 buah sekolah menengah di daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan telah menerima manfaat tajaan BMYS ini. Tajaan BMYS ditawarkan secara one-off dengan kadar RM250.00 bagi setiap pelajar yang terpilih bertujuan untuk menampung sebahagian perbelanjaan persekolahan pelajar sekaligus membantu meringankan beban kos perbelanjaan ibu bapa pelajar berkenaan.

Daerah Keningau

Penolong Pegawai Kawasan Keningau, ZPU, Puan Sofiah binti Khamis (lima dari kiri) menyampaikan cek BMYS kepada Pengetua SM St. Francis Xavier, Keningau, Puan Betty Leong (empat dari kanan) disaksikan oleh Guru Biasiswa, Puan Siti Halimah binti Basri dan para penerima BMYS.

Puan Sofiah binti Khamis (tiga dari kiri) menyampaikan cek BMYS kepada Penolong Kanan Pentadbiran SMK Keningau, Keningau, Encik Danny Sulimin (empat dari kanan) dan disaksikan oleh Guru Biasiswa, Puan Naza Rozella binti Aridy (kanan) serta para pelajar penerima BMYS.

Pegawai Kawasan Keningau, Encik Victor P. Gansau (kiri) menyampaikan cek BMYS kepada Penolong Kanan 1, SMK Gunsanad, Keningau, Puan Norsiah Salehuddin (dua dari kanan). Turut hadir adalah Puan Sofiah binti Khamis (kiri).

Penyampaian cek BMYS kepada Pengetua SMK Bingkor, Keningau, Puan Dorothea Caherina Onong (duduk, dua dari kanan) oleh Encik Victor P. Gansau (duduk, dua dari kiri). Turut hadir Puan Sofiah binti Khamis (kiri), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Kaslan bin Yusah (kanan) serta para penerima BMYS.

SMK Keningau 2, Keningau, Tuan Haji Ahmud bin Haji Saribin (tengah) menerima cek BMYS daripada Encik Victor P. Gansau (dua dari kiri), dan disaksikan oleh Puan Sofiah binti Khamis (kanan) dan para penerima BMYS.

Penyampaian cek BMYS kepada Penolong Kanan 1, SMK Agama, Keningau, Encik Saripin Muji (dua dari kanan) oleh Puan Sofiah binti Khamis (tiga dari kiri). Turut hadir adalah Guru Biasiswa, Puan Siti Natrah binti Ali (kiri) dan para penerima BMYS.

Penolong Kanan 1, SMK Tulid, Keningau, Encik Arudin bin Duali (lima dari kanan) menerima cek BMYS daripada Puan Sofiah binti Khamis (lapan dari kiri) dan disaksikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik John Madais (empat dari kanan), Guru Biasiswa, Puan Callie Ajik (enam dari kanan) serta para penerima BMYS.

kanan) serta para penerima BMYS.

Pengetua SMK Sook, Keningau, Encik Jasni bin Mohd. Sulaiman (5 dari kanan) menerima cek BMYS daripada Encik Victor P. Gansau (empat dari kiri) dan disaksikan oleh Puan Sofiah binti Khamis (tiga dari kanan), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Nicholos Maniah (empat dari kanan) serta para penerima BMYS.

Pengetua
Penyampaian cek BMYS kepada Pengetua SMK Apin-Apin, Keningau, Encik Jefri bin Mohammad Yusuf (tujuh dari kiri) oleh Encik Victor P. Gansau (enam dari kanan). Turut hadir adalah Puan Sofiah binti Khamis (lima dari kanan), Penolong Kanan 1, Encik Hamid bin Roslan (enam dari kiri) serta para penerima BMYS.
Pengetua SMK Gunsanad II Keningau, Encik Mike Iping (tujuh dari kanan) menerima cek BMYS daripada Puan Sofiah binti Khamis (lapan dari kiri),dan disaksikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Ahmad Wahide (tujuh dari kiri), Guru Biasiswa, Puan Emmy Olen (kiri) serta para penerima BMYS.
Pengetua SMJK Ken Hwa, Keningau, Encik Chong Yu Kiong @ Anthony Chong (enam dari kanan) menerima cek BMYS daripada Puan Sofiah binti Khamis (empat dari kiri) dan disaksikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Charles Ng (lima dari

Pegawai Kawasan Tenom, ZPU, Encik Hamidin Suin (dua dari kiri) menyampaikan cek BMYS kepada Pengetua SMK Kemabong, Tenom, Encik Patrick Usit (tiga dari kiri) dan disaksikan oleh para penerima BMYS.

Pengetua SMK Chinta Mata, Tenom, Encik Junik Bajit (enam dari kanan) menerima cek BMYS yang disampaikan oleh Encik Hamidin Suin (tiga dari kiri).

Penyampaian Cek BMYS kepada Pengetua SMK Desa Wawasan, Tambunan, Encik Yusuf Rosli (depan, dua dari kiri) oleh Pegawai Kawasan Tambunan, ZPU, Puan Justina David (depan, tiga dari kanan). Turut serta adalah Penolong Kanan 1, Encik Jasli Dumin (dua dari kanan), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Kifli Rosli (kiri) serta Guru Biasiswa, Puan Nur Izzati binti Rubaidullah (kanan) dan para penerima BMYS.

dari kanan) oleh Pegawai Kawasan Nabawan, ZPU, Encik Suwandy Sundu (lima dari kiri) dan disaksikan oleh Penolong Kanan 1, Encik Jamadin Samaan (empat dari kanan), Encik Robin

Daerah Tambunan
Daerah Nabawan
Puan Justina David (depan, kiri) menyampaian cek BMYS kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Nambayan, Encik Bede John.
Penyampaian Cek BMYS kepada Pengetua SMK Sepulot, Nabawan, Encik Ramin @ Hairin Kundamor (lima
Yami PK HEM (tiga dari kanan), Guru Biasiswa, Puan Claudia Musih (kiri) dan para penerima BMYS.
Pengetua SMK Nabawan, Encik Goh Soon Peng (lima dari kiri) menerima cek BMYS daripada Encik Suwandy Sundu (lima dari kanan) dan disaksikan oleh Guru Biasiswa, Encik Julian Mikat (kiri)
Penyampaian cek BMYS daripada Encik Suwandy Sundu (depan, dua dari kanan) kepada Pengetua SMK Nabawan 2, Encik Salimun@Ambuor Amaron (depan, dua dari kiri). Turut serta adalah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Petrus Andrew Rupin (kiri), Guru Penyelaras Biasiswa, Puan Norhidayah (kanan) dan para penerima BMYS.
Pengetua SM St. Martin Tambunan, Encik Pancratius Primus (depan, kanan) menerima cek BMYS yang disampaikan oleh Puan Justina David (empat dari kiri) dan para penerima BMYS.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Tambunan, Tambunan, Puan Kittih Ombou (tengah) menerima cek BMYS daripada Puan Justina David (kanan) dan disaksikan oleh Guru Biasiswa, Puan Mackrina Yubong (kiri).
Pengetua SMK Tenom, Encik Malek Mohd. Shafdar bin Gulam Hassan (empat dari kanan) menerima cek BMYS daripada Encik Hamidin Suin (empat dari kiri).
Encik Hamidin Suin (tiga dari kiri) menyampaikan cek BMYS kepada Pengetua SMK St. Anthony, Tenom, Encik Gilbert S. Olas (lima dari kanan).
Penyampaian cek BMYS kepada Pengetua SMJK Chung Hwa, Tenom, Puan Ouu Chu Suan (lima dari kanan) oleh Encik Hamidin Suin (empat dari kiri).
Penyampaian cek BMYS kepada Pengetua SMK Entabuan,Tenom, Encik Azalan Dimon (kiri) daripada Encik Hamidin Suin.

Lawatan Mobile Team

Pejabat ZPU telah menyertai Program Lawatan Mobile Team Daerah Kecil Sook yang diadakan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Mei 2024 di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Tulid dan N.45 Sook.

Penyertaan ZPU sebagai Ahli Jawatankuasa Focus Group Daerah bersama agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan bertujuan untuk melakukan verifikasi e-Kasih bersepadu kepada kumpulan sasar. Penyertaan ZPU selaras dengan peranan dan objektif Kumpulan Yayasan Sabah iaitu menokok-tambah usaha kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Sabah.

Seramai 15 Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai telah dilawati sepanjang dua hari tersebut yang mana program ini dikendalikan oleh Pejabat Daerah Kecil Sook dan disertai oleh lebih 16 agensi dan jabatan kerajaan yang menyediakan bantuan serta perkhidmatan yang khusus untuk golongan yang berdaftar dibawah e-Kasih.

Pasukan Mobile Team terdiri daripada pegawai-pegawai agensi dan jabatan kerajaan serta pemimpin masyarakat yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Puan Caroline Benjamin Jiungan. Turut serta dalam rombongan ini ialah Pegawai Kawasan Keningau, ZPU, Encik Victor P. Gansau dan Penolong Pegawai Kawasan Keningau ZPU, Puan Sofiah binti Khamis.

Pejabat ZPU turut menyumbangkan bakul makanan sebagai buah tangan untuk disampaikan kepada KIR termiskin yang dilawati.

Kawad Kebakaran, Demonstrasi/Latihan Dan Taklimat Keselamatan Kebakaran Bagi Penghuni Asrama Daerah Yayasan Sabah (ADYS) Keningau Tahun 2024

Pejabat ZPU telah mengadakan kawad kebakaran, demonstrasi/latihan dan taklimat keselamatan kebakaran bagi penghuni Asrama Daerah Yayasan Sabah (ADYS) Keningau pada 5 Jun 2024.

Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan keselamatan di premis Asrama Yayasan Sabah selaras dengan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah serta Pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Seramai 27 orang pelajar ADYS Keningau, Pegawai Tadbir ZPU, penyelia asrama dan pengawal keselamatan terlibat dengan pengendalian kawad kebakaran tersebut. Pelaksanaan Kawad kebakaran ini juga bertujuan untuk menilai sejauh mana tahap kesiapsiagaan penghuni asrama sekiranya berlaku kecemasan termasuk tindakan pantas daripada penyelia asrama memberi amaran awal dan menghubungi pihak Bomba & Penyelamat. Program ini telah dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terdiri daripada sembilan orang anggota dan sebuah jentera.

Antara rumah KIR yang dilawati.
Demonstrasi memadamkan api kebakaran dikendalikan oleh anggota Bomba dan Penyelamat. Penghuni asrama turut menjalani latihan memadamkan api kebakaran.
Post-mortem dan komen mengenai program keselamatan kebakaran oleh Pegawai Bomba dan Penyelamat.

ZON PEDALAMAN SELATAN

PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA

MASJID KAMPUNG MENTULUD, BEAUFORT

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Zon Pedalaman Selatan (ZPS) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 18 Mac 2024 bertempat di Masjid Al-Quddus, Kampung Mentulud, Beaufort. Seramai 150 orang penduduk sekitar kampung tersebut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Datuk Haji Roslan Muharam menyampaikan ucapan beliau.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Merangkap ADUN N.34 Lumadan, Datuk Haji Roslan Muharam. Dalam majlis tersebut, Kumpulan Yayasan Sabah turut menyampaikan sumbangan peralatan masjid iaitu kipas siling dua unit serta duit tabung masjid sebanyak RM300 yang disampaikan oleh Ketua Pentadbir ZPS, Puan Siti Sheriffah Haji Jabar Khan.

Puan Siti Sheriffah (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Al-Quddus

Kg. Mentulud, Tuan Abd. Sani Haji Mokjin (kiri) sambil disaksikan oleh

Datuk Haji Roslan (tiga dari kiri), Encik Mazlan Joehari bin Manan, Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah, dan Encik Muanam Shafie Mujiarto, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen

Sipitang mewakili Ahli Parlimen 173 Sipitang.

SURAU KAMPUNG PURUN, KUALA PENYU

Encik Joumat bin Haji Bisnim (dua dari kanan), Penolong Pegawai Kuala Penyu turut menyampaikan sumbangan bakul barangan kepada wakil warga asnaf.

Puan Siti Sherrifah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan berupa empat gulung tikar sejadah kepada Pengerusi Surau Kg. Purun, Kuala Penyu, Encik Hanafi Anggin (empat dari kanan).

ZPS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 25 Mac 2024 bertempat di Surau Kampung Purun, Kuala Penyu. Seramai 80 orang penduduk sekitar kampung tersebut turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.

SURAU KAMPUNG BUBUS, SIPITANG

ZPS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Surau Kampung Bubus, Sipitang pada 26 Mac 2024. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran seramai 100 orang penduduk sekitar kampung tersebut.

Puan Siti Sheriffah (empat dari kanan) turut menyampaikan sumbangan untuk tabung surau dan peralatan kepada Pengerusi Surau Kg. Sg. Bubus, Sipitang, Imam Roslan bin Bakal (kiri), sambil disaksikan oleh ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof bin Yacob (lima dari kanan).

Jamuan bersama jemaah surau Kg. Bubus.

MASJID KAMPUNG KUALA, PAPAR

Seramai 150 orang masyarakat Kg. Kuala, Papar telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa pada 4 April 2024 bertempat di Masjid Kampung Kuala, Papar.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Setiausaha Politik, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Encik Mohammad Ghazali bin Datuk Seri Panglima Hajiji, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Kumpulan Yayasan Sabah,

Encik Salim (tengah) menyampaikan

Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Pegawai Daerah Papar, Encik Fuad bin Abdullah, Setiausaha Sulit, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Encik Rosli Ibrahim, Pengerusi Masjid, Encik Aslie Safli, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Pantai Manis, Encik Sehbirin Muhjin dan Pengerusi BAKIYS, Encik Salim bin Japaran.

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

KURSUS ASAS GUBAHAN BOUQUET BUNGA

Seramai 30 orang peserta terlibat di dalam program kursus

Gubahan Bouquet Bunga bertempat di mini dewan terbuka, Masjid Al Hadi, Kg. Jabang Beaufort pada 20 Mei 2024.

Program kursus Gubahan Bouquet Bunga ini dikendalikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pedalaman Selatan. Tujuan program kursus Gubahan Bouquet Bunga ini diadakan adalah untuk mengajar teknik asas gubahan dan cara-cara membuat gubahan bouquet bunga.

Ceramah serta demonstrasi gubahan telah dikendalikan oleh Puan Farella selaku tenaga pengajar. Turut hadir, Tuan Haji Mazlan @ Joehari Manan, Pengerusi Skuad Antidadah Negeri Sabah merangkap Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah selaku perasmi program kursus.

Puan Siti Sharifah (tiga, kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Mazlan @ Joehari Manan.

Program tersebut juga dihadiri oleh Tuan Aliman Sani bin Pg. Bujang selaku wakil kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Puan Maria Tongi.

Program berakhir dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta, penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah Puan Farella, diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan kepada JPKK serta penyampaian hadiah kepada tiga pengubah bouquet tercantik.

Tuan Haji Mazlan turut menerima cenderamata selaku perasmi program.

sumbangan sebanyak 30 buah kerusi kepada Pengerusi Masjid Kampung Kuala, Papar (empat dari kiri)
Encik Zulkhairi (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan berupa empat gulung sejadah kepada Pengerusi Masjid Kampung Kuala, Papar.
Puan Siti Sharifah (tiga, kiri) menyampaikan sijil kepada Puan Farella.

DARAH DERMA Kempen

Bertemakan “Setitik Darah Sejuta Harapan”, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens telah menganjurkan satu kempen derma darah dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) pada 5 Jun 2024 bertempat di Foyer Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. Sepanjang kempen tersebut berlangsung, pihak Hospital Queen Elizabeth II berjaya mengumpul sebanyak lebih daripada 50 beg darah.

Kempen ini secara langsung dapat meningkatkan kesedaran kepada orang awam bahawa satu beg darah yang didermakan boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa sekaligus dan ianya disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Para penderma darah pada hari tersebut menerima bakul goodies yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens. Turut hadir pada kempen tersebut adalah Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail diiringi oleh Ketua Pustakawan, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Zainudin Saridi.

Para penderma darah yang terdiri daripada staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Para staf akan menerima bakul goodies selepas menderma darah.

Encik Zulkhairi (berdiri, dua dari kiri) serta Encik Zainudin (berdiri, kiri) beramah mesra dengan salah satu penderma darah.

EDITORIAL

PENASIHAT

Dato’ Sri Haji Gulamhaidar bin Khan Bahadar, JP

SIDANG EDITORIAL

Sam S. Karnail

Somineh Sipin

Nurfaezah Abdul Ghani

Mary Joan Taji

SUMBANGAN RENCANA

Staf Bahagian Komunikasi Korporat

Staf Pejabat-Pejabat Zon

Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd Fuad

Stephen

REKA BENTUK & SUSUN ATUR

Alastair Nicholas Peter

Ahmad Fauziee bin Wasimin

Juliana Lim Yuen Ling

Muhammad Fahmi Abdul Alim

Hannah Hidayati Zainudin

JURUGAMBAR

Jeffrey R. Baxter

Samson Lawrence

Zairulazrin Delin

Azli Mohd. Abu Bakar

Junior Juryzam bin Jumat

Muhammad Fahmi Abdul Alim

Staf Pejabat-pejabat Zon

TERBITAN Bahagian Komunikasi Korporat

Kumpulan Yayasan Sabah

Tingkat 15, Menara Tun Mustapha

Ibu Pejabat Yayasan Sabah

Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546

Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.my E-mel: ysinfo@ysnet.org.my

Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.
Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.