Berita Yayasan Sabah Vol.22, No.1 (Januari-April 2000)

Page 7

I January-April

2000

UMS-YS Pemangkin Perkembangan

Ilmu

pendidikan a wal kanak-kanak merupakan tahap yang perlu dititikberatkan disebabkan pada peringkat ini kanak-kanak mudah teradaptasi dengan persekitaran. Sempena majlisini, para peserta telah membuat persembahan koir,

deklamasi sajak, pentomin, tarian rampaian dan lawak jenaka. Di samping itu juga, satu pameran telah diadakan di ruang Iegar Teater Mini Yayasan Sabah yang mempamerkan aktiviti dan kraftangan-para pelajar semasa menjalani program tersebut selama setahun.

Kanak-Kanak

Kerjasama yang terjalin di antara Yayasan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah merupakan langkah positif dalam meningkatkan mutu pendidikan prasekolah khususnya di i.egeri Sabah. Demikian menurut .t'imbalan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Mohd. Tahir Jaafar di Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Prasekolah UMS-YS Sesi 1999/2000 di Teater Mini Yayasan Sabah pada 30 Mac lalu. "Saya percaya kegigihan guru prasekolah ini menjadi intipati pembentukan diri untuk menjadi pendidik anak bangsa yang dedikasi dan berwibawa," katanya. Menurut beliau us aha meningkatkan mutu pendidikan di peringkat prasekolah merupakan satu langkah penyediaan awal dalam melahirkan generasi muda 'ang berkualiti dari aspek fizikal J.an mental. "Guru-guru prasekolah yang dibekalkan dengan ilmu, latihan dan kemahiran seharusnya melengkapkan diri untuk mendidik kanak-kanak agar menjadi insan yang kamil," tambahnya.

YS MENANG EKSPO JUALAN IKS Yayasan Sabah yang turut serta dalam ekspo Jualan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang diadakan selama dua hari bermula dari 31 Mac lalu di Dewan Masyarakat Sandakan telah memenangi hadiah Gerai Paling Ceria dan Indah. Gerai Yayasan Sabah bukan sahaja mengadakan pameran tetapi juga menjual hasil barangan pengusaha IKS di kawasan luar bandar melalui aktiviti Bakti Ikhlas dan hasil kraftangan dari Pusat Orang-orang Buta Sandakan.

Ekspo yang dirasmikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk DayangAdeline Leongini adalah usahasama pihak FAMADaerah Sandakan dengan agensi Kerajaan Persekutuan, negeri dan swasta. Ekspo tersebut turut disertai oleh pengusaha -pengusaha IKS di sekitar Sandakan seperti Tabung Haji, Jabatan Penjara Sandakan, FAMA dan BERNAS daerah Sandakan.

Sehingga kini, program yang dimulakan pada tahun 1970 ini telah melahirkan seramai 143 orang pelatih. Pada majlis ini seramai 70 pelatih menerima sijil daripada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan Universiti Malaysia Sabah, Mejar Prof. Dr. Kamaruzaman Ampon selaku wakil Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah. Sementara itu, menurut Pengurus Kumpulan Pusat Perkembangan Kanak-kanak, Nabsia Hj. Yunus,

Pengurus Kawasan Yayasan Sabah Sandakan, Rahmawati Mohd Radis memberi penerangan mengenai pameran Yayasan Sabah kepada Datuk Dayang Adeline Leong (dua dari kiri)


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.