2 minute read

Di Sekitar Lawatan Ketua Menteri Ke Tawau

DI SEKITAR LAWATAN KETUA MENTERI KEY

Serius Datuk Osu [kini Haji] menyampaikan ucapan perasmian beliau Tekun ..... barisan Pengurusan Yayasan Sabah mendengar amanat Ketua Menteri

Datuk Osu menyempurnakan perasmian projek peru mahan pekerja di Luasong. Di sebelah beliau ialah Dr. Jan Falck Datuk Osu menanam pokok di Sabah Softwoods. Turut kelihatan ialah Menteri Di Jabatan Ketua Menteri merangkap Pengerusi SSSB, Datuk Musa Hj. Aman [empat dari kanan] dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat, Dr. Patawari Hj. Patawe [kanan]

Datuk Tahir menyampaikan naskah Garis Panduan Yayasan Sabah kepada Pengurus Kawasan Beaufort, Hasmadih Hj. Tamsir dengan disaksikan oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Urusetia Kawasan, Dollah Haji Mahmood Ketua Menteri diberi penerangan mengenai hilang papan

YSMETERAIMoU

DENGANUKM

Satu majlis menandatangani memorandum persefahaman [MoU]di antara Yayasan Sabah dan Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] telah diadakan pada 21 Aprillalu di kampus UKM,Bangi, Selangor.

Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap.Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Osu Haji Sukam. Antara lain objektif MoU ini adalah untuk menjalinkan persefahaman dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan latihan untuk kepentingan Yayasan Sabah dan pembangunan Negeri Sabah.

Dalam ucapan beliau, Ketua Menteri berkata, "Memorandum Persefahaman ini adalah untuk menjalinkan hubungan di antara Yayasan Sabah dan UKM kerana kedua·dua institusi mempunyai khazanah yang kaya dengan sejarah pencapaian sebagai penggerak dan penyumbang strategik dalam mencorakkan pembangunan rakyat negeri dan negara ini."

Di majlis itu, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Mohd. Tahir Jaafar menyerahkan geran bantuan RM50,OOO kepada Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr.Anuwar AlL

Geran ini adalah untuk projek penulisan buku bertajuk, "Sumbangan Universiti Kebangsaan Malaysia Kepada Pembangunan Negeri Sabah". Lembaran buku ini akan merakamkan pelbagai bentuk sumbangan UKM sarna ada secara bersendirian atau bersama pihak lain kepada rakyat dinegeri ini.

Sempena lawatan Ketua Menteri Sabah ke UKM buat pertama kali ini beliau juga telah mengadakan satu perjumpaan dengan para pelajar Sabah yang menuntut di UKM. Pemimpin negeri yang turut bersama Ketua Menteri di sesi dialog dengan para pelajar termasuk Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Senator Tan Sri Datuk Kasitah Gadam, Pembantu Menteri Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi, Datuk Nahalan HajiDamsal, Datuk SeriPanglima HajiAmpong Haji Puyon, Datuk Dr. Yussof Yakub, Datuk Sairin Karno dan Datuk John O.T. Ghanie.

Pertukaran dokumen disaksikan oleh Datuk Haji Osu (tengah), di an tara Datuk Tahir (kanan) dan Prof. Datuk Dr. Anuwar (kiri)

Datuk Hj. Osu memotong reben menandakan pelancaran buku "Sumbangan Universiti Kebangsaan Malaysia kepada Pembangunan Negeri Sabah"

This article is from: