SUKAN
KEJOHANAN SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN 2018
TLDM CAPAI MISI GEMILANG KE-11 Oleh: PW I Normahaily Mohd Nor Foto: LEKAS TLDM
T
LDM mengekalkan momentum hebat apabila muncul juara keseluruhan buat kali ke-11 berturut-turut dalam Karnival Sukan Antara Perkhidmatan 2018 yang berakhir meriah pada 8 Disember 2018 lalu. Terdahulu, TLDM mensasarkan misi gemilang untuk menakluki podium yang menjadi rebutan tiga penjuru melalui baki 11 acara lagi iaitu memanah, lumba basikal, bola tampar lelaki dan wanita, badminton, bina badan, tinju, ragbi tujuh sebelah, ragbi 15 sebelah, sukan lasak dan golf. TLDM menepati ramalan apabila berjaya mengungguli empat acara ‘favourite’ iaitu badminton, memanah, bola tampar wanita dan lumba basikal sekali gus berjaya menambah jumlah kutipan pingat pasukan menjadikan 20 pingat emas, 15 perak dan 5 gangsa, meninggalkan TDM di tempat kedua dengan 16 pingat emas, 15 perak dan 9 gangsa manakala TUDM di tempat ketiga dengan empat pingat emas, 10 perak dan 26 gangsa. Kejohanan yang berlangsung secara karnival bermula 9 April 2018 itu telah menyaksikan
34 | SAMUDERA
pertembungan sengit ketigatiga pesaing. Namun TLDM dilihat mempunyai kelebihan bagi meraih kejuaraan seawal kejohanan. Aksi cemerlang dalam suasana tegang pada babak akhir karnival melengkapkan dominasi juara bertahan ini. Pujian harus diberikan kepada semua atlet serta pihak pengurusan pasukan yang berjaya melunaskan
tanggungjawab dan mengekalkan prestasi terbaik dalam kejohanan sukan yang cukup berprestij ini.