2 minute read

PSSTLDM

Next Article
DIDIK

DIDIK

OTP DEDAH BUDAYA KERJA TLDM KEPADA PSSTLDM

Oleh: Lt M Mohd Fadhil Ibrahim PSSTLDM

Advertisement

Onboard Training Program (OTP) adalah satu platform latihan terbaru yang diperkenalkan kepada Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM). Program ini bertujuan untuk melatih warga PSSTLDM melalui pelaksanaan latihan secara hands-on di kapalkapal TLDM.

Program ini juga memberi pendedahan tentang budaya kerja TLDM kepada warga PSSTLDM yang berperanan mendokong tugas angkatan tetap di waktu aman serta konflik.

Pada November 2018, kami berpeluang mengikuti latihan OTP di kapal-kapal TLDM antaranya KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD TEGUH SAMUDERA dan KD MAHAWANGSA.

Berbanding anggota Oceans yang lain di kapal yang beroperasi, Lt M Fadhil dan Lt M Fitri ditempatkan di KD LAKSAMANA HANG NADIM yang berlabuh di dermaga Boustead (BNSSB) bagi kerja-kerja pembaikan dan selenggara kapal. Berlabuh di dermaga BNSSB menyebabkan pergerakan anak kapal terbatas kerana di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh TLDM, anak kapal juga perlu patuh pada peraturan pihak Limbungan. Kelengkapan dan peralatan kapal dikosongkan secara berperingkat menjelang hari sebenar kerja-kerja pembaikan dan selenggara kapal dilakukan.

Latihan di kapal dilakukan secara santai namun rutin dan tradisi tentera laut tetap diutamakan. Kesungguhan dan keikhlasan para jurulatih di KD LAKSAMANA HANG NADIM dalam merencana dan melaksanakan latihan-latihan amat dihargai walaupun dengan kekangan peralatan dan tempoh masa yang terhad kerana OTP hanya hadir bagi latihan di kapal selama empat hari.

Antara latihan yang kami lalui ialah pelajaran tali dan ikatan, bendera, simulasi orang jatuh laut dan lawatan keselamatan kapal. Dengan mengikuti aktiviti lawatan malam, pegawai bertugas telah menerangkan mengenai pelbagai peralatan dan kegunaannya di kapal. Contohnya, kami telah diperkenalkan dengan alat pemadam api yang digunakan ketika melawan kebakaran. Pada setiap lawatan malam, pegawai bertugas akan memastikan semua alat melawan kebakaran ini berada dalam keadaan baik. Di samping itu, kami berpeluang mendengar pelbagai pengalaman jurulatih sepanjang tempoh perkhidmatan mereka sebagai nasihat dan pedoman untuk masa hadapan. Benarlah, pelajaran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan di kapal adalah amat berharga, mengukuhkan lagi apa yang kami pelajari secara teori sepanjang setahun di dalam kelas.

Sepanjang berada di kapal, semua kru kapal memberi kerjasama terbaik kepada kami melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Para pegawai turut berkongsi pengalaman dan ilmu tentang kerja-kerja di kapal. Pegawai pentadbir KD LAKSAMANA HANG NADIM, Lt Dya Amir banyak membantu kami melengkapkan Buku Tugas Tentu (BTT).

Pengalaman Lt M Arif dan PKK Dillon yang berada di kapal KD MAHAWANGSA sangatlah mengujakan. Mereka mempunyai hubungan yang baik bersama kru kapal kerana ini adalah pengalaman kedua PKK Dillon berada di kapal tersebut. Kru kapal tidak jemu berkongsi pengalaman mereka berkhidmat dalam TLDM.

Semasa berada di kapal KD MAHAWANGSA, mereka berpeluang melakukan pelbagai tugasan yang digariskan di dalam BTT, dengan mendapatkan keterangan melalui pemerhatian, simulasi, pertanyaan dan juga mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan.

Saya ingin mengajak semua warga PSSTLDM untuk mengambil peluang ini bersamasama berkhidmat di kapal untuk menguatkan kefahaman dan pengetahuan sebagai seorang PSSTLDM.

Kami sangat berharap agar berpeluang lagi menaiki kapal TLDM untuk mendalami ilmu kelautan dan merasa pengalaman bertugas sepertimana yang dilalui oleh anggota tetap TLDM.38 | SAMUDERA

This article is from: