1 minute read

SIHAT

Next Article
SUKAN

SUKAN

Berjalan Kaki 15 minit

UNTUK SIHAT

Advertisement

Oleh: Kdr Segar a/l Muniandy TLDM

Sibuk, letih atau tiada masa adalah antara alasan yang lazim kita dengar dari mereka yang tidak gemar menjalankan rutin senaman. Bersenam tidak semestinya mengambil masa yang lama atau perlu berada di stadium, padang, taman mahupun gimnasium. Hanya dengan berjalan selama 15 minit di sekitar tempat kerja juga adalah merupakan salah satu senaman yang baik untuk kesihatan. Mencegah penyakit

Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke. Hal ini kerana aliran darah dalam badan anda akan berjalan lancar dan membantu semua otot untuk berfungsi dengan baik. Selain itu ianya juga akan membakar lemak dalam badan anda serta meningkatkan metabolisme tubuh. Malah kandungan gula dalam darah juga dapat dikawal dengan baik sekaligus dapat mencegah diabetis.

Bagi anda yang teruja ingin langsing khususnya golongan wanita, berjalan adalah antara altenatif mudah untuk bersenam. Malah di pejabat juga anda boleh melakukannya. Berjalanlah 15 minit, empat kali seminggu di sekitar pejabat anda.

Manakala bagi anda yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, berjalan kaki juga mampu menurunkan berat badan kerana lemak yang tersimpan akan terbakar terutamanya di bahagian perut dan kaki. Kaedah ini amat efektif namun harus dilaksanakan secara teratur selain mengamalkan diet yang sihat.

Dengan berjalan juga ianya akan membantu melancarkan peristaltik usus dan proses buang air besar yang dapat mencegah kanser usus. Berjalan bukan hanya membuatkan otot-otot badan menjadi sihat, malah rangka tubuh atau tulang anda juga akan menjadi kuat. Malah, dengan berjalan kaki juga, ia dapat merawat tekanan emosi anda. Jadi, jika anda berasa tertekan atau kemurungan, berjalanlah ke mana-mana untuk 15 minit. Pasti anda akan berasa lebih tenang dan segar. Sihat sebelum sakit

Anda wajib memanfaatkan nikmat kesihatan sebelum ditimpa sakit. Diri kita sendiri yang harus membahagikan masa dengan bijak. Usah biarkan alasan kesibukan kerja seharian membataskan kita untuk bersenam. Laksanakan senaman ringkas ini dengan penuh disiplin dan pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya!

This article is from: