1 minute read

GALLEY

Next Article
VETERAN

VETERAN

Perkasa Samudera

Oleh: KD PERKASA

Advertisement

Nasi Arab Perkasa Samudera merupakan menu istimewa di KD PERKASA yang berpangkalan di Markas Wilayah Laut 1, Kuantan. Masakan ini diperkenalkan oleh LK BDI Khairul Asadi Kamarudin, Ketua Rumah Masak KD PERKASA.

Idea untuknya tercetus apabila Ketua Rumah Masak diberi tugasan oleh Pegawai Laksana dan Pegawai Memerintah untuk menyediakan menu istimewa peribadinya. Berbekalkan ilmu dan pengalaman beliau semasa bertugas di Misi Pengaman Lubnan, maka terhasillah Nasi Arab Perkasa Samudera.

Menu istimewa hasil cetusan idea LK BDI Khairul telah diperkenalkan sewaktu KD PERKASA melaksanakan Latihan Perang Tioman dengan keadaan laut yang sangat bergelora. Walau bagaimanapun, dengan kecekapan beliau, masakan tersebut berjaya disiapkan di sebalik keadaan kapal yang terumbang-ambing di badai gelombang. Lebih menarik lagi, hidangan Nasi Arab Perkasa Samuderanya habis dimakan walaupun dalam keadaan laut bergelora.

Menu Nasi Arab Perkasa Samudera menjadi hidangan istimewa pilihan warga kapal dalam setiap majlis keraian di kapal. Menu ini pernah dihidangkan kepada Panglima Wilayah Laut 1 ketika Mini OSTEX Siri 2/18 dan mendapat pujian dari beliau. Kini, Nasi Arab Perkasa Samudera menjadi signature dish kebanggaan warga KD PERKASA.

Resipi

Bahan

Beras Basmati. Daging Kambing (sesuai juga menggunakan daging lembu/ayam) Air Rebusan Daging Minyak Sapi. Pewarna Kuning dan Pewarna Oren.

Bahan Rempah Ratus (digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)

Jintan Manis Jintan Putih Ketumbar Bunga Cengkih Lada Hitam Buah Pelaga Kulit Kayu Manis

Bahan Tumis

Bawang Besar Bawang Putih Halia Kunyit Hidup Kulit Kayu Manis Bunga Cengkih Bunga Lawan

Bahan Tumis

Bawang Besar Bawang Putih Halia Kunyit Hidup Kulit Kayu Manis Bunga Cengkih Bunga Lawang

Cara Memasak

Panaskan minyak sapi Masukkan bahan tumisan (tumis sehingga kekuningan) Masukkan bahan yang disangai dan dikisar halus (gaul sehingga sebati) Masukkan beras dan air rebusan daging, masak seperti biasa Letakan garam secukupnya Bila nasi sudah kering, letak pewarna kuning dan oren di atas nasi (jangan dikacau) Bila hendak dihidangkan, baru gaulkan nasi sehingga warna bercampur Nasi sesuai dipadankan dengan jenis masakan kari dan biriyani

This article is from: